You are on page 1of 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PANDUAN PEMBELAJARAN

HBML4803
PERBANDINGAN TATABAHASA
MELAYU
Jun 2009
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PANDUAN PEMBELAJARAN
HBML4803
Perbandingan Tatabahasa Melayu
Jun 2009

Disediakan oleh: Cik Norazlina Mohamad


Fakulti Pendidikan dan Bahasa,
Open University Malaysia

Diterbitkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Terbitan Pertama: Jun 2009

Hak Cipta @ Open University Malaysia (OUM).


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Presiden, Open University Malaysia (OUM).

3
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Isi Kandungan
Pengenalan Kursus................................................................................................... 6
Sinopsis Kursus............................................................................................... 6
Sasaran Kursus ............................................................................................... 6
Hasil Pembelajaran Kursus ............................................................................. 6
Beban Kursus .................................................................................................. 6
Keperluan Kursus ..................................................................................................... 7
Pengetahuan Asas .......................................................................................... 7
Sumber dan Keperluan Kursus ............................................................................... 7
Buku Teks ....................................................................................................... 7
Rujukan Penting .............................................................................................. 7
Saranan Bacaan Tambahan ........................................................................... 8
Sumber Perpustakaan Digital OUM ................................................................ 8
Penilaian .................................................................................................................... 8
Format Penilaian ............................................................................................. 8
Penghantaran Tugasan Lewat........................................................................ 8
Panduan Pembelajaran Mingguan........................................................................... 9
Minggu 1.......................................................................................................... 9
Minggu 2........................................................................................................ 10
Minggu 3........................................................................................................ 11
Minggu 4........................................................................................................ 12
Minggu 5........................................................................................................ 13
Minggu 6........................................................................................................ 14
Minggu 7........................................................................................................ 15
Minggu 8........................................................................................................ 16
Minggu 9........................................................................................................ 17
Minggu 10...................................................................................................... 18

5
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PENGENALAN KURSUS

Sinopsis Kursus
Kursus ini akan memperkenalkan falsafah tatabahasa (Otto Jespersen, 1968), khususnya
prinsip yang mendefinisikan bentuk dan fungsi tatabahasa sesebuah bahasa. Tumpuan akan
diberi kepada unsur-unsur tatabahasa sejagat dan unsur-unsur khusus bahasa Melayu.
Kemudian, pelajar akan meneliti tatabahasa pegangan, iaitu Tatabahasa Dewan dan
dibandingkan dengan tatabahasa-tatabahasa lain yang dikarang oleh Za’ba (1952), Asmah Hj.
Omar (1993) dan Abdullah Hassan (2002). Di samping perbandingan dengan tatabahasa
tempatan, kursus ini juga akan membandingkan tatabahasa pegangan dengan tatabahasa yang
diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Barat.

Sasaran Kursus
Sasaran kursus ini ialah:
Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Sarjana Muda Keguruan major
bidang Bahasa Melayu dengan Kepujian (SMK).

Hasil Pembelajaran Kursus


Di akhir kursus ini, anda haruslah dapat:
1. Memahami susur-galur dan aliran di sebalik penulisan tatabahasa Melayu dari zaman
Raja Ali Haji hingga hari ini;
2. Menjustifikasi perbezaan-perbezaan yang berlaku dalam penulisan tatabahasa Melayu;
3. Membandingkan pengkelasan morfologi bahasa Melayu daripada segi bentuk dan fungsi
berdasarkan penulisan tatabahasa yang dibuat oleh ahli tatabahasa yang masyhur di
Malaysia;
4. Membandingkan pengkelasan sintaksis bahasa Melayu daripada segi binaan, bentuk dan
ragam sintaksis berdasarkan penulisan tatabahasa yang dibuat oleh ahli tatabahasa yang
masyhur di Malaysia.

Beban Kursus
Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran
bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit
memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti
yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

6
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti
Pembelajaran
Membaca modul dan menyiapkan latihan 60
Menghadiri 5 sesi tutorial ( 2 jam setiap sesi) 10
Perbincangan atas talian 15
Menyiapkan tugasan 20
Ulangkaji 15
Total 120

KEPERLUAN KURSUS

Pengetahuan Asas
Dalam silibus pengajian, pelajar dikehendaki mengikuti susunan tahap pengetahuan asas yang
bermula daripada tahap 1 sehingga ke tahap berikutnya.

Contoh:

SUMBER DAN KEPERLUAN KURSUS

Buku Teks
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Publishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Penting
1. Alisjahbana, S.T. (1964). Tatabahasa Baru Bahasa Melayu/Indonesia 1 &2. Kuala
Lumpur: Zaman Baru Limited.

2. Arbak Othman (1984). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana.

3. Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpu: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

4. Asraf Abdul Wahab (1985). Tatabahasa Bahasa Melayu Baku. Kuala Lumpur: Sasbadi.

7
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Saranan Bacaan Tambahan


1. Zainal Abidin Ahmad (1965). Pelita Bahasa Melayu I – III. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
2. Moeliono, A. et al (1988). Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia. Jakarta : Balai Pustaka.
3. Jespenson, O. (1968). The Philosophy of Grammar. London : Ceorge, Allen and Unwin
Ltd.

Sumber Perpustakaan Digital OUM


Para pelajar OUM juga disediakan dengan kemudahan menggunakan Perpustakaan Digital Tan
Sri Dr. Abdullah Sanusi yang menawarkan akses seperti:
1. OPAC – Enjin carian bagi pelajar mencari buku-buku, jurnal, artikel, kamus digital, soalan-
soalan peperiksaan lepas, panduan perpustakaan dan bahan bacaan lain yang dimuatkan
di perpustakaan digital ini.
2. i-TOOLS – menyediakan perkhidmatan yang merangkumi koleksi digital seperti e-Jounals
dan e-Books.
3. Library Community – soalan interaktif yang menghubungkan pelajar dengan komuniti
OUM melalui Blog@OUM, TSDASL Facebook, PERPUN, PPM dan IFLA.
4. Online Newspapers – membolehkan pelajar mendapatkan berita-berita terkini melalui
Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, New Straits Times, The Star dan termasuk
juga blog seperti Agenda Daily.com.
5. MyLibrary Bulletin – maklumat terkini dari masa ke semasa mengenai perkembangan
perpustakaan digital TSDAS dan informasi-informasi berguna mengenai perpustakaan
digital ini.
6. Recommended Reading – cadangan buku-buku terkini berkaitan dengan pembelajaran
pelajar lengkap dengan informasi seperti ringkasan kandungan buku, OUM ID, katalog,
penerbit dan sebagainya.

PENILAIAN

Format penilaian
Sila rujuk MyLMS

Penghantaran Tugasan Lewat


Tugasan yang tidak dihantar menjelang atau pada tarikh akhir tanpa mendapat kebenaran rasmi
untuk tempoh penghantaran tambahan daripada tutor kursus akan menyebabkan tugasan
tersebut dikenakan penalti.

8
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

PANDUAN PEMBELAJARAN
MINGGUAN

Minggu 1
Topik 1: Falsafah Tatabahasa – Bentuk dan Fungsi

Bahan Bacaan
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

− Topik 1 menjelaskan tentang ciri-ciri penting dalam tatabahasa; pendapat tentang


tatabahasa; pengertian tatabahasa; sistem, fungsi dan tugas tatabahasa serta rumusan
pengertian tatabahasa.
− Tatabahasa atau dahulunya dikenali sebagai ‘nahu’ adalah bermula dengan perkataan-
perkataan yang boleh terbina secara semulajadi sebagai perkataan atau dibina dengan
imbuhan kepada perkataan lain, atau dengan menggabungkan dua perkataan berlainan
menjadi sebuah perkataan baharu. Perkataan-perkataan yang mempunyai makna ini
kemudiannya disusun menjadi ayat-ayat yang bermakna.
− Terdapat pelbagai konsep tatabahasa yang dikategorikan sebagai tatabahasa pegangan
dan tatabahasa pedagogi.
− Tatabahasa pegangan adalah tatabahasa yang dipilih oleh pihak berwajib bagi menentukan
sesuatu tatabahasa itu dijadikan pedoman umum untuk semua sekolah, institut perguruan
dan universiti.
− Tatabahasa pedagogi pula adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran bahasa.

Soalan-soalan Pembelajaran
1. Beri definisi tatabahasa.
2. Apa perbezaan antara tatabahasa pegangan dan tatabahasa pedagogi?
3. Bagaimana tatabahasa pedagogi memperlengkap Tatabahasa Dewan?
4. Bincangkan contoh-contoh pengajaran aspek tatabahasa seperti dihuraikan dalam
Tatabahasa Dewan yang diubahsuai untuk keperluan pengajaran bahasa Melayu?

9
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 2
Topik 2: Susur Galur Perkembangan Penulisan Tatabahasa
Melayu

Bahan Bacaan
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

− Topik 2 menjelaskan tentang susur galur dan peringkat-peringkat perkembangan penulisan


tatabahasa Melayu di samping jenis-jenis tatabahasa seperti tatabahasa formal, deskriptif,
nosional, preskriptif, bebas konteks dan fungsional.
− Tatabahasa adalah merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu
bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan.
− Buku Tatabahasa Dewan telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia supaya
digunakan sebagai tatabahasa pegangan. Ini bermakna rumus-rumus tatabahasa yang
terdapat dalam Tatabahasa Dewan hendaklah dijadikan pedoman bagi mengajarkan
tatabahasa Melayu di sekolah, institut perguruan dan universiti.

Soalan-soalan Pembelajaran
1. Melalui susur galur bahasa Melayu, bagaimanakah anda mengaitkan perumpunan bahasa
Melayu dengan bahasa-bahasa lain?
2. Jelaskan jenis-jenis tatabahasa.
3. Mengapakah kita perlu mengetahui jenis-jenis dan perbezaan-perbezaan tatabahasa itu?
4. Apakah unit-unit bahasa yang terlibat dalam analisis tatabahasa?

10
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 3
Topik 3: Tokoh dan Aliran Dalam Tatabahasa Melayu
Bahan Bacaan
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

− Tokoh dan aliran dalam tatabahasa Melayu turut dibincangkan dalam Topik 3. Antara
sarjana-sarjana Barat yang dimuatkan dalam topik ini ialah seperti W.Marsden dan R. O.
Winstedt manakala sarjana-sarjana tempatan yang dibincangkan ialah seperti Pendeta
Za’ba, Asmah Haji Omar dan Abdullah.
− Antara faktor yang menjadikan sarjana-sarjana Barat ini sebahagian daripada sejarah
perkembangan bahasa Melayu dan turut dimuatkan dalam kandungan mata pelajaran
bahasa Melayu adalah kerana sumbangan-sumbangan mereka yang tidak dapat dinafikan.
Dalam zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, bahasa Melayu telah digunakan untuk
tujuan rasmi di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Eropah (Inggeris)
yang bertugas di negeri-negeri Melayu dikehendaki mempelajari bahasa Melayu dan wajib
lulus peperiksaan bahasa Melayu sebagai syarat pengesahan jawatan. Faktor inilah yang
telah menarik minta yang tinggi terhadap bahasa Melayu di kalangan pegawai-pegawai
Inggeris sehingga menjadikan mereka sarjana bahasa Melayu yang terkenal seperti
Marsden dan Winstedt misalnya.
− Baik sarjana Barat mahupun sarjana tempatan, masing-masing mempunyai aliran
tatabahasa yang mereka pegang dalam memartabatkan bahasa Melayu.
− Selain daripada itu, peranan dan sumbangan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam
memartabat dan memperkukuhkan bahasa Melayu turut dibincangkan.

Soalan-soalan Pembelajaran
1. Senaraikan tokoh-tokoh penting yang terlibat dalam memartabatkan bahasa Melayu.
2. Apakah aliran-aliran tatabahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu?
3. Apakah perbezaan antara aliran-aliran yang dipegang oleh tokoh-tokoh bahasa?
4. Apakah sumbangan utama Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa
Melayu sehingga ke hari ini?

11
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 4
Topik 4: Tatabahasa Tradisional

Bahan Bacaan
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

− Topik 4 hingga 6 menumpukan kepada bentuk-bentuk tatabahasa. Penumpuan Topik 4


adalah kepada Tatabahasa Tradisional. Ciri-ciri tatabahasa ini adalah mengikut acuan pola
dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani.
− Tatabahasa Tradisional boleh diaplikasikan kepada tatabahasa lain dan bercirikan kajian
bahasa sebelum linguistik moden. Selain itu, apsek-aspek lain yang dibincangkan ialah
seperti tatabahasa preskriptif, dan rumus-rumus yang menentukan penggunaan bahasa
dalam konteks sosial.

Soalan-soalan Pembelajaran
1. Berikan definisi tatabahasa tradisional.
2. Apakah perbezaan antara tatabahasa tradisional dan tatabahasa preskriptif?
3. Mengapakah Latin dan Yunani dikaitkan dengan tatabahasa tradisional?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan linguistik moden?

12
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 5
Topik 5: Tatabahasa Struktural

Bahan Bacaan
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

− Dalam Topik 5, aspek-aspek penting yang dibincangkan ialah definisi Tatabahasa Struktural
dan konstituen dalam ayat. Konsep ayat seperti konsep struktur permukaan seperti yang
dipegang oleh penganut aliran struktural turut ditekankan dalam topik ini. Hal ini adalah
kerana ramai yang mengguna dan memahami struktur bahasa pada tahap struktur
permukaan daripada tahap struktur dalaman.
− Tatabahasa Struktural menganggap bahasa sebagai struktur dan unsur-unsur yang
membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu. Unsur-unsur ini juga
digunakan untuk menjana ayat dan menentukan struktur konstituennya.

Soalan-soalan Pembelajaran
1. Berikan definisi lengkap tatabahasa struktural.
2. Apakah unsur-unsur yang membentuk struktur tatabahasa struktural?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman?
4. Apakah yang menentukan konstituen dalam ayat?

13
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 6
Topik 6: Tatabahasa Generatif (TG)

Bahan Bacaan
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

− Topik 6 pula membincangkan tentang Tatabahasa Generatif (TG) dari aspek rumus struktur
frasa (dalaman) bahasa Melayu, rumus transformasi dan ayat terbitan serta proses
penyusunan semula.

− Kerangka asas TG yang membezakannya dengan teori lingusitik yang lain seperti struktural
ialah TG beranggapan bahawa bahasa terdiri daripada beberapa set rumus. Dengan kata
lain, rumuslah yang telah membentuk sesuatu kata dan ayat dalam sesuatu bahasa. Hal ini
berlaku kerana TG beranggapan bahawa proses penambahan, pengguguran dan
penukaran merupakan antara proses semulajadi yang berlaku dalam sesuatu bahasa.

− Dalam teori Tatabahasa Generatif diandaikan bahawa setiap ayat mestilah mempunyai
subjek sepanjang ia diterbitkan dari struktur dalaman ke struktur luaran. Selain itu, cara
menganalisis sesetengah struktur ayat ialah dengan menggunakan struktur ayat pasif.

− Tatabahasa ini telah dipelopori oleh Noam Chomsky pada tahun 1957. Menurut TG, ayat
dilihat sebagai unit asas yang mempunyai stuktur luaran dan struktur dalaman dimana
hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa dan pemerian
bahasa pula menggunakan Rumus Transformasi.

Soalan-soalan Pembelajaran
1. Berikan definisi tatabahasa generatif.
2. Bagaimanakah tatabahasa generatif berbeza daripada tatabahasa sruktural?
3. Jelaskan penggunaan Rumus Struktur Frasa dalam analisis hubungan linguistik dalam ayat.
4. Huraikan Rumus Transformasi.

14
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 7
Topik 7: Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Bahan Bacaan
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

− Topik 7 membincangkan tentang pembentukan kata bahasa Melayu yang melibatkan aspek
morfologi seperti penggolongan kata, proses penerbitan kata, dan proses-proses lain.
− Terdapat beberapa cara membentuk perkataan. Antaranya ialah melalui proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Melalui proses pembentukan kata ini,
bentuk-bentuk yang terhasil adalah seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk
kata majmuk dan bentuk kata ganda.

Soalan-soalan Pembelajaran
1. Mengapakah aspek morfologi dikaitkan dengan proses pembentukan kata bahasa
Melayu?
2. Apakah perbezaan antara struktur kata dan penggolongan kata?
3. Berapakah jenis penggandaan yang terdapat dalam bahasa Melayu?
4. Apakah jenis-jenis imbuhan dalam bahasa Melayu?

15
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 8
Topik 8: Penggolongan Kata Bahasa Melayu

Bahan Bacaan
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

− Aspek morfologi didalami lagi dengan membicangkan topik penggolongan kata bahasa
Melayu dalam Topik 8. Terdapat empat golongan perkataan utama yang dikelaskan dalam
buku Tatabahasa Dewan iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
− Kata nama yang menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara
mempunyai tiga subgolongan di bawahnya.
− Kata adjektif ialah kata yang memberi sifat kepada sesuatu benda, orang dan perkara.
− Kata kerja yang mengandungi makna perbuatan pula terdiri daripada dua jenis, iaitu kata
kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
− Berlainan pula dengan kata kerja, kata tugas adalah perkataan-perkataan yang tidak
mempunyai makna sendiri tetapi melakukan tugas-tugas atau fungsi tatabahasa seperti kata
adverba, kata sendi dan kata hubung.
− Topik 8 ini menumpukan kepada golongan kata dan proses penerbitan kata.

Soalan-soalan Pembelajaran
1. Huraikan tiga subgolongan kata nama.
2. Jelaskan perbezaan antara kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
3. Terangkan perbezaan antara kata kerja dan kata tugas.
4. Huraikan tugas dan fungsi kata adverba.

16
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 9
Topik 9: Penjenisan dan Pengkelasan Frasa Bahasa Melayu

Bahan Bacaan
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

− Penjenisan dan pengkelasan frasa Bahasa Melayu dalam Topik 9 ini membincangkan
tentang frasa dan klausa. Terdapat dua jenis frasa yang dibincangkan iaitu frasa nama dan
frasa kerja.
− Frasa ialah unsur yang menjadi sebahagian daripada ayat yang terdiri daripada satu
perkataan ataupun sekumpulan perkataan yang digabungkan menurut rumus tatabahasa
Melayu bagi membawa makna. Apa yang penting, setiap frasa mesti mempunyai inti kerana
intilah yang sebenarnya membina struktur frasa.
− Terdapat empat jenis frasa iaitu: frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi.
Namun begitu, Topik 9 akan menumpukan perbincangan kepada frasa nama dan frasa kerja
sahaja.
− Frasa dan klausa adalah kedua-duanya unsur dalam ayat. Sebuah ayat mempunyai subjek
dan predikat dan begitu jugalah dengan klausa yang mempunyai subjek dan predikat. Oleh
itu, frasa boleh dirumuskan sebagai ayat dalam ayat. Maka tidak hairanlah apabila Za’ba
menggelar klausa sebagai ayat kecil.

Soalan-soalan Pembelajaran
1. Huraikan perbezaan antara frasa dan klausa.
2. Jelaskan perbezaan fungsi frasa nama dan frasa kerja.
3. Bagaimana klausa boleh membentuk ayat majmuk?
4. Apakah perbezaan diantara objek dan pelengkap?

17
PANDUAN PEMBELAJARAN HBML4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu

Minggu 10
Topik 10: Penjenisan dan Pengkelasan Ayat Bahasa Melayu

Bahan Bacaan
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS
Publishing Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

− Bab terakhir memfokus kepada golongan jenis ayat dan pola ayat seperti ayat dasar, ayat
terbitan, ayat tunggal, ayat aktif dan ayat pasif. Apabila dua perkataan digabungkan maka
terbentuklah ayat apabila ia mengandungi subjek dan predikat yang bermakna.
− Ayat mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan
frasa pula terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan. Ini menunjukkan bahawa ayat terletak
pada peringkat susunan yang tertinggi dalam tatabahasa kerana mengandungi makna yang
lengkap.
− Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa. Jika dikaji binaan sesuatu ayat itu maka boleh dikesan rangka
dasarnya berasal daripada beberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah yang
disebut pola ayat dasar bagi sesuatu bahasa.
− Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu mengandungi satu
konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, seperti ayat-ayat jenis
lain, ayat tunggal juga terbit daripada ayat dasar dan binaan ayat tunggal adalah menyamai
ayat dasar.
− Ayat tunggal dalam bahasa Melayu juga boleh dibahagikan kepada ayat aktif dan ayat pasif.
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai
judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif
tak transitif.
− Ayat pasif pula boleh dibahagikan kepada ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat
pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua dan ayat pasif
dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
− Ayat terbitan pula ialah hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu melibatkan
pelaksanaan rumus transformasi, yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta
memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.

Soalan-soalan Pembelajaran
1. Adakah ayat dasar dan ayat tunggal terdiri daripada jenis ayat yang sama?
2. Apakah yang anda faham dengan konsep bahawa pembentukan semua jenis ayat adalah
terdiri daripada jenis ayat dasar?
3. Jelaskan perbezaan antara ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
4. Huraikan jenis-jenis ayat pasif.

18

You might also like