You are on page 1of 31

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri

Latihan Industri adalah salah satu pra syarat yang diwajibkan ke atas pelajar-
pelajar kolej Komuniti di Malaysia untuk melayakkan pelajar mendapat Sijil Kursus di
Kolej Komuniti.

Latihan Industri akan mengambil masa selama 6 bulan bagi memberi


kefahaman kepada pelajar untuk merasai pengalaman bekerja sepenuh masa, juga
dapat membantu pelajar mengaplikasikan pembelajaran yang telah dipelajari ketika di
tempat latihan industri tersebut.
2

1.1.1 Objektif Latihan Industri

Objektif Latihan Industri mengandungi perkara berikut:

1.1.2 Mengetahui tentang syarikat dengan memahami struktur organisasi, operasi


perniagaan dan fungsi pentadbiran.
1.1.3 Menimba pengalaman praktikal yang berkaitan dengan bidang pengajian yang
diambil.
1.1.4 Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja.
1.1.5 Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
1.1.6 Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.
1.1.7 Menyediakan laporan rasmi dan lain-lain tugasan seperti yang diarahkan.
3

1.2 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

1.2.1 Ia memberi gambaran sebenar tentang alam pekerjaan yang bakal ditempuhi
oleh para pelajar nanti.
1.2.2 Para pelajar akan dapat mempraktikkan teori yang dipelajari semasa kuliah
dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan. Ini dapat memperkukuhkan
lagi pengalaman yang diperolehi kerana teori yang dipelajari dapat
digandingkan bersama dengan pengalaman yang diperolehi semasa bekerja.
1.2.3 Pengalaman kerja yang diperolehi dapat dijalankan bersama sebagai landasan
untuk memudahkan pelajar menceburi bidang pekerjaan dan tidak merasa
kekok suatu hari nanti misalnya untuk memilih sektor pekerjaan.
1.2.4 Memantapkan lagi keyakinan diri pelajar untuk meneruskan perjuangan dalam
menuntut ilmu. Hasil hubungan baik dengan orang ramai semasa latihan
dijalankan, mempunyai kenalan yang lebih ramai yang terdiri daripada pelbagai
lapisan masyarakat.
4

1.3 Skop Latihan Industri

Semasa menjalani latihan industri selama enam bulan, pelajar dapat


mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari di bilik kuliah. Bagi Jabatan Hospitaliti,
skop latihan adalah tertumpu kepada selok-belok industri Hospitaliti terutamanya
bidang perhotelan. Jadi, jenis gerak kerja yang dilakukan sepanjang menjalani latihan
industri adalah meliputi perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan sama ada di
bahagian hadapan atau belakang.

Setiap pelajar yang menjalani latihan industri akan dimaklumkan dan di ajar
bagaimana sesuatu bahagian itu beroperasi. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan tugas
yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin kerana sudah memahami cara
untuk melakukannya. Pelajar juga perlu mengetahui tujuan bagi setiap kerja yang
dijalankan.
5

1.4 Lokasi Residence Hotel di Seluruh Malaysia

Hubungi kami:

CORPORATE OFFICE
Suite 1.03, Level 1, Wisma E & C
No. 2, Lorong Dungun Kiri, Damansara Heights

Tel: 06320954711
Fax:60320951711
6

1.5 Pengenalan Organisasi

Residence Hotel @ Uniten Bangi ditubuhkan pada awal tahun 1999. Residence
Hotel @ Uniten Bangi berkeluasan 1200 ekar, manakala keluasan tasik buatan 500
ekar dan telah membina Restoran D’tasik Seafood. Masa untuk sampai ke Residence
Hotel melalui Putrajaya Highway dan North South Expressway ( Plusway ) dari susur
keluar Serdang atau Kajang. Berpandukan arah ke University College KLIUC, dan
dikenali sebagai IKRAM, kedudukan serta lokasi Residence Hotel berada dalam
kawasan Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN ) selepas kawalan keselamatan.
Residence Hotel @ Uniten Bangi adalah sebuah destinasi dan tempat penginapan. Di
sini menawarkan pelbagai jenis bilik dan makanan. Residence Hotel mempunyai 160
bilik dan juga membuka Restoran D’tasik yang menyediakan masakan ala thai dan
makanan laut ‘ seafood ‘. Suasana santai dan pemandangan yang menarik, tempat
makan serta susunan perabot serta layanan yang di berikan menjadikan Restoran
D’tasik sebagai satu daya tarikan bagi pelanggan yang mengunjungi Restoran D’tasik.
Selain Residence Hotel @ Uniten Bangi terdapat juga hotel yang berhampiran seperti
Equatoriol Bangi, Putrajaya Marriott Hotel dan Renaissance Palm Garden.

Residence Hotel @ UNITEN Bangi


7

1.5.1 Carta Organisasi

PENGURUS BESAR
Mohd Hamid B. Abdulah

PENGURUS
PENGURUS JABATAN CHEF EKSEKUTIF
KAUNTER MAKANAN DAN
HADAPAN MINUMAN Ismail Bin Ahmad

Pn Hazafirah Binti Mr Azlan Su


Mohd nor

PENGURUS
JABATAN
PENGEMASAN CHIF STEWARD

Puan Fatimah Binti Zakaria Bin Anwar


Zafli
8

1.5.2 Bahagian Pemasaran dan Jualan

Tanggungjawab bahagian ini adalah menarik pelanggan datang ke hotel


melalui pengiklanan dan promosi. Bahagian ini juga menghasilkan pelan pemasaran
dengan menilai hasil kajian pasaran, menentukan matlamat bagi tempoh pelan
tersebut dan mengemukakan strategi pemasaran yang perlu untuk mencapai
matlamat.

1.5.3 Bahagian Pembelian

Bahagian ini adalah bertanggungjawab untuk membeli makanan dan sumber


dapur pada harga yang berpatutan. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab
untuk membeli barang-barang gunaan hotel seperti alat tulis, perabot, perkakasan,
stok penyelenggaraan dan sebagainya.

1.5.4 Bahagian Akaun

Tugas bahagian ini ialah menyeliakan seluruh transaksi kewangan dan


melaporkan keadaan kewangan hotel. Selain itu,bahagian ini juga bertanggungjawab
9

menyediakan belanjawan untuk mengawal perbelanjaan dan menjangkakan


pendapatan jualan. Pengawal kewangan dalam bahagian ini juga bertindak sebagai
penasihat kepada pihak atasan pengurusan dalam hal ehwal kewangan.

1.5.5 Bahagian Penyelenggaraan atau Kejuruteraan

Kebanyakan kerja-kerja penyelenggaran hotel telah diberikan kepada


kontraktor dari luar yang pakar dalam sesetengah kerja tersebut. Bagaimanapun,
objektif utama bahagian ini ialah untuk memastikan keadaan luar dan dalam bangunan
tidak mempunyai sebarang kecacatan dari segi cat bangunan, perabot, permaidani,
lampu dan sistem paip bangunan serta sistem elektrik lain yang memerlukan
penyelenggaraan sebelum ia boleh digunakan. Selain itu, penghiasan semula terhadap
fasiliti-fasiliti dalam hotel juga merupakan salah satu tugas bahagian ini.

1.5.6 Bahagian Sekuriti

Staf sekuriti adalah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan semua


pelanggan dan pekerja-pekerja lain. Mereka juga bertanggungjawab mengelakkan
kecurian barang-barang pelanggan dan harta benda hotel.

1.3.1 JABATAN ‘HOUSEKEEPING’


10

Jabatan ‘housekeeping’ mempunyai 26 orang pekerja. Jabatan ini


bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara kebersihan dan kecantikan
hotel bukan sahaja untuk tetamu tetapi seluruh pekerja di dalam hotel. Jabatan
ini juga mempunyai tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti hotel.
Objektif dan tanggungjawab jabatan ini ialah:
1)    Memberikan rasa selamat kepada tetamu
2)    Mengekalkan kebersihan hotel
3)    Melindungi kecantikan asal bangunan
4)    Meramah mesra bukan sahaja pada tetamu malah pada seluruh pekerja di
hotel
5)    Mewujudkan kerjasama di antara pekerja dan juga jabatan
6)    Memastikan bahawa kaedah pembuangan sampah mesti dilakukan
dengan cara yang betul
7)    Menghapuskan serangga perosak
8)    Memastikan keperluan ‘linen’ dan ‘chemical’ sentiasa mencukupi
9)    Mengekalkan cara penggunaan barang-barang di jabatan ‘housekeeping’
10) Menyediakan ‘made’ report dan mengawal perbelanjaan hotel.

1.3.2 JABATAN ‘KITCHEN’


11

Jabatan ini beroperasi hanya 2 ‘shift’ sahaja iaitu 7.00 pagi hingga 3.00
petang dan 3.00 petang sehingga 11.00 malam. Jabatan ini juga mempunyai 6
‘outlet’ iaitu ‘main kitchen, cold kitchen, breakfast, pastry, butcher’ dan ‘D’Tasek
Restaurant’. Moto yang sentiasa digunakan oleh jabatan ‘kitchen’ ini ialah
sentiasa cergas, pastikan kerjasama wujud antara satu sama lain, mengenali
diri-sendiri serta orang disekeliling, menggunapakai idea orang lain atau boleh
menerima pendapat orang lain dan pentingnya kreativiti dalam memasak dan
juga menghias.

BAB 2
12

KEMAJUAN KERJA 

 
JABATAN PENGEMASAN
 
Nama : Arina Firda binti Safie

Nombor Pendaftaran : A02SHK09F060


 
Kursus : Sijil Hotel dan Katering
 
Latihan Industri : Residence Hotel@UNITEN Bangi
 
Tajuk Projek : Prosedur Pengemasan Bilik
 
Posisi : Housekeeping
 
Tempat : Bilik Tingkat 1 – Tingkat 6
 
Pemantau : Puan Zarinah

Tarikh : 12 Julai – 15 Ogos 2010

JABATAN ‘HOUSEKEEPING’
13

Pada minggu pertama penulis memasuki jabatan ‘housekeeping’ penulis


didedahkan dengan bagaimana cara bekerja di dalam jabatan ‘housekeeping.
penulis bekerja mengikut jadual yang diberikan. Pada pukul 8.00 pagi penulis
bersama staf ‘housekeeping’ yang lain mendengar penerangan dan taklimat
daripada supervisor, Kak Jun pada setiap pagi sebelum dibahagikan kepada
kumpulan tugasan.

penulis telah ditugaskan di setiap bilik mengikut jadual yang diberi.


Pelbagai jenis bilik yang disediakan di hotel ini mengikut tingkat yang telah
disusun dengan teratur. Antara jenis-jenis bilik yang telah ditugaskan kepada
penulis ialah executive superior, executive deluxe, superior room dan suite.

Bilik status occupied


14

1.Ketuk bilik sebanyak 3 kali dan sambil menyebut housekeeping


2.Buka pintu serta tarik langsir
3.Tarik katil dan tukarkan bedsheet helaian yang pertama dengan bedsheet yang
baru.
4.Tukarkan sarung bantal yang baru dan letakkan bedrunner.
5.Gantikan atau tambah barang seperti gula , nescafe dan teh.Cuci coffee cup dan
kettle.
6.Vacuum carpet
7.Setelah selesai kemas katil , prosedur yang seterusnya ialah melakukan wipe
keseluruhan bilik , antaranya ialah wipe meja , almari , kerusi , tingkap , rak kasut dan
peti ais.
8.Cuci tandas seperti cuci mangkuk tandas , lap bath tab letakkan bath towel
sebanyak 2 helai , bath mat sehelai , face towel 2 helai susun amenities baru seperti
syampu sabun sanitary bag dan shower cap
9.Lap singki dan lantai sehingga kering.

Bilik status check out

1. Ketuk bilik sebanyak 3 kali dan sambil menyebut housekeeping.


2. Buka pintu serta tarik langsir
3. Tarik katil dan tukarkan ketiga-tiga bedsheet kotor dengan bedsheet yang
baru.
4. Tukarkan sarung bantal yang baru dan letakkan bedrunner.
5. Gantikan atau tambah barang seperti gula , nescafe dan teh.
6. Cuci coffee cup dan kettle .
7. Vacuum carpet
8. Setelah selesai kemas katil , prosedur yang seterusnya ialah melakukan wipe
keseluruhan bilik , antaranya ialah wipe meja , almari , kerusi , tingkap , rak
kasut dan peti ais.
9. Cuci tandas seperti cuci mangkuk tandas , lap bath tab letakkan bath towel
sebanyak 2 helai , bath mat sehelai , face towel 2 helai susun amenities baru
seperti syampu sabun sanitary bag dan shower cap.
10. Lap singki dan lantai sehingga kering.
15

Pada minggu terakhir, penulis telah ditugaskan ke bahagian ‘Public


Area’. Antaranya ialah membersihkan bilik air yang terdapat di lobi dan di
tingkat 1 (bilik mesyuarat). penulis hendaklah memastikan bilik air di kedua-dua
tempat ini sentiasa bersih dan selamat. Termasuklah mengemop, menyapu,
membersihkan setiap tandas yang ada di dalam bilik air, mengelap cermin,
memberus dan mewangikan tandas. Seterusnya mengelap pintu kaca di depan
lobi dan juga menyapu di kawasan lobi.

penulis diberi tugas untuk memvakum di semua bilik mesyuarat yang


ada. Kerja memvakum mestilah tidak mengganggu tetamu yang menghadiri
mesyuarat pada ketika itu. penulis juga sempat belajar ‘buffing’ di kawasan lobi.
‘Buffing’ adalah satu kaedah di mana cara tersebut dapat menyinarkan lantai
lobi. Kemudian, penulis juga menyapu di kawasan tempat letak kereta tetamu
dan juga orang atasan hotel.

penulis juga telah membersihkan kawasan lobi dengan menggunakan


kaedah ‘dustmop’ iaitu menyapu sambil mengemop. Ia merupakan alat yang
hanya digunakan oleh bahagian ‘Public Area’ sahaja. Ia menyerupai batang
mop tetapi mempunyai kain lembut untuk mengelap lantai. pemulis juga belajar
membersihkan loker. Ini termasuklah loker lelaki dan loker wanita.
16

JABATAN MAKANAN DAN MINUMAN


 
Nama : Arina Firda binti Safie

Nombor Pendaftaran : A02SHK09F060


 
Kursus : Sijil Hotel dan Katering
 
Latihan Industri : Residence Hotel@UNITEN Bangi
 
Tajuk Projek : Prosedur Menghidang , Melayan serta Membersihkan
 
Posisi : Pelayan
 
Tempat : Jupiter Coffe House
 
Pemantau : Encik Hatta Bin Zulkifli

Tarikh : 16 Ogos – 03 Oktober 2010

Pada bulan kedua penulis di tempatkan di Jupiter Coffe House Residence Hotel,
jabatan makanan dan minuman ini adalah merupakan jabatan yang bertanggungjawab
17

dalam memberikan layanan yang memuaskan kepada pelanggan ketika menjamu


selera. Penampilan yang ditunjukan oleh penulis sentiasa dalam keadaan bersih dan
kemas. Selain itu, penulis perlu menunjukkan reaksi muka yang ceria dan sentiasa
memberikan senyuman kepada tetamu yang datang. Banyak ilmu baru yang dapat
penulis pelajari ketika berada di jabatan ini.

Encik Hatta Bin Zulkifli selaku FOOD BEVARAGES OPERATION MANAGER


telah menerangkan tentang ‘ set up table ‘, cara mengambil pesanan pelanggan yang
datang dengan betul, cara-cara menghantar minuman dan makanan kepada tetamu
dan sebagainya.

Bahagian makanan dan minuman. Bahagian ini adalah bertanggungjawab dalam


semua penyediaan dan perkhidmatan makanan dan minuman . Bahagian ini boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil seperti bahagian dapur, bahagian
pelayan, bahagian restoran, bahagian minuman dan bahagian perkhidmatan bilik.

2.1.1 Jenis-jenis Peralatan Yang Digunakan


18

Jenis-jenis gelas yang digunakan

 Highball

 Pilsner

 Goblet

 Mug

Peralatan untuk menghidangkan minuman

 Tea pot

 Coffee pot

 Coffee/tea cup

 Creamer jug

 Sugar bowl

Peralatan untuk menyediakan minuman

 Barspoon

 Blender

 Fruit squeezers

 Papan pemotong

 Pisau

 Penapis

Peralatan yang digunakan untuk serving


19

 Straw

 Tray

 Coaster

 Napkin

Peralatan yang digunakan untuk set-up

 Spoon

 Fork

 Knife

 Butter knife

 Soup spoon

 B/b plate

 Serviette

2.1.2 Teknik Menerangkan Menu

i. Sekiranya kad menu tertutup, buka dahulu sebelum ditunjukkan kepada tetamu
supaya tetamu mudah untuk membaca dan membuat pilihan.

ii. Memegang kad menu menggunakan tangan kiri.

iii. Mempersembahkan kad menu pada sebelah kanan tetamu.

iv. Setelah semua kad menu diberikan kepada tetamu, cadangkan hidangan yang
istimewa dan terangkan setiap perbezaan hidangan yang terdapat pada menu.
20

2.1.3 Prosedur Menghidangkan Minuman Sejuk

i. Goblet diletakkan pada sebelah kanan tetamu.

ii. Air dituangkan pada sebelah kanan tetamu.

iii. Bergerak mengikut lawan jam semasa melayan tetamu.

iv. Melayan dari masa ke semasa

2.1.5 Prosedur Membersihkan Pinggan

Sepanjang sebulan berada di jabatan makanan dan minuman di Jupiter Coffee


House pelbagai teknik dan cara mengendalikan tugas telah penulis pelajari hasil
daripada tunjuk ajar yang telah diberikan oleh semua kakitangan di jabatan ini.
Antaranya adalah cara membersihkan pinggan ketika tetamu masih ada. Berikut
adalah proses yang dilakukan.

i. Alihkan pinggan kotor dari sebelah kiri tetamu dan diletakkan pada sebelah kiri
tangan.

ii. Sebelum mengalihkan pinggan berkenaan, tanya terlebih dahulu kepada


pelanggan sama ada sudah selesai makan atau belum dengan ucapan
permulaan ‘excuse me‘

iii. Jangan sesekali melonggokkan sisa makanan di hadapan tetamu.


21

2.1.6 Set up Table

i. Pastikan meja berada dalam keadaan yang lebih bersih sebelum tugas-tugas
setting table dilakukan.

ii. Kerusi perlu di susun terlebih dahulu supaya kelihatan kemas.

iii. Kemudian, cutlery diletakkan di mana spoon dan table knife diletakkan di
sebelah kanan manakala fork diletakkan di sebelah kiri.

Meja yang siap di set up


22

Disamping itu juga penulis mempelajari cara-cara melayan tetamu yang makan untuk (
SET DOME ). Lauk-pauk terus dihidangkan di atas meja tetamu sebelum tetamu
datang untuk menjamu selera. penulis diberi peluang untuk menjaga meja tersebut
dengan dibantu oleh staff di sini. Selain itu penulis turut mempelajari beberapa jenis
lipatan napkin dengan tunjuk ajar petugas Jupiter Coffee House. Kerjasama yang
diberikan memudahkan penulis menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Selain itu,
penulis juga turut mempelajari cara untuk set up bagi semua hidangan room service
dan jenis-jenis peralatan yang digunakan.

2.1.8 Rajah : contoh meja ( dome set )

 
23

KEMAJUAN KERJA

BAHAGIAN DAPUR

 
Nama : Arina Firda binti Safie

Nombor Pendaftran : A02SHK09F060


 
Kursus : Sijil Hotel dan Katering
 
Latihan Industri : Residence Hotel@UNITEN
 
Tajuk Projek : Prosedur Dapur
 
Posisi : Pelatih Hot & Cold Kitchen
 
Tempat : Kitchen.
 
Pemantau : Mr. Ex Chef Ismail Abidin.

Tarikh : 04 Oktober -12 Disember 2010


24

2.2 BAHAGIAN DAPUR

Seperti biasa, pada minggu pertama memasuki jabatan ‘kitchen’, penulis


memperkenalkan diri kepada semua staf yang ada di bahagian tersebut. Di sana,
penulis telah didedahkan kepada selok belok cara kerja di dalam ‘kitchen’, di mana
penulis dikehendaki untuk masuk bekerja mengikut shift yang telah ditetapkan oleh
pihak atasan yang terlibat. Terdapat dua shift yang dijadualkan iaitu pada jam 7 pagi
hingga jam 3 petang dan jam 3 petang hingga jam 11 malam.

Di ‘kitchen’ penulis telah ditempatkan di main kitchen antara tugasan yang telah
diberikan kepada penulis ialah membuat hidangan utama seperti ayam masak minang,
ikan asam pedas, ayam kurma,terung sambal,sayur kalian goreng,pucuk paku goreng
dan kupang goreng serta pelbagai lagi hidangan utama

Penulis juga telah ditugaskan untuk memasak nasi antaranya ialah nasi minyak, nasi
hujan panas, nasi pandan, nasi tembikai, nasi pilau dan sebagainya.

Penulis telah ditugaskan untuk menjaga stall pada waktu lunch antaranya ialah stall
asam laksa, antara condiment yang perlu ada ialah timun, cili padi, bawang goreng,
salad, limau nipis dan telur rebus.

Seterusnya penulis teleh dihantar di bahagian dapur ala carte, penulis mempelajari
cara untuk memasak pelbagai jenis menu ala carte seperti nasi goreng Malaysia,
mee / mihun / kuew teaw goreng, sup, tom yam, dan berbagai lagi jenis masakan ala
carte. Semua pesanan yang diambil dari pelanggan hendaklah disiapkan dengan
segera kira-kira 15 minit.

Kemudian penulis ditugaskan ke bahagian pastry. Di bahagian ini,


kebanyakannya membuat dan menyediakan pencuci mulut seperti kek, kuih muih,
pudding, jeli, dan air buah dalam sebuah stall. Menu yang terdapat di stall ini sering
kali bertukar-tukar menu antaranya ABC, cendol, ice teller, fruit jelly, dan sebagainya.
25

Aktiviti Mise en place


No Objektif kerja Mise en place
1 Persediaan awal ( bahan )  Penyediaan stok
 Penyediaan pes
 Memotong daging
 Memotong dan membersihkan
sayuran
 Memotong dan membersihkan ayam
2 Penyediaan pra masakan  Merebus bahan
( bahan )  Mencelur
 Blanching
 Mengadun
 Menguli
 Memerap
 Breading
 Coating
3 Persediaan Alatan  Pastikan alatan dalam keadaan baik
dan berfungsi.
 Susun atur alatan adalah
mempermudahkan dan melancarkan
operasi
4 Persediaan perakaunan  Adalah sesuatu yang amat bijak bagi
mana-mana pengurusan dapur yang
meletakkan perakaunan seperti
pengekosan dan penetapan margin
keuntungan dalam mise en place ini
akan menjadikan masakannya bukan
sahaja menepati cita rasa bahkan
menepati objektif perniagaan.

Bab 3
26

Tugasan terpilih

3.1 OUTSIDE CATERING

Pada 4/12/2010 saya bersama 2 orang lagi rakan ditugaskan oleh Chef untuk
bertugas di luar kawasan hotel. Kami bertugas Outside Catering di bangunan MCA,
Kuala Lumpur sempena Konvekesyen Barisan Nasional 2010. Seramai 30 orang
commis beserta Chef dari Seri Pasific hotel bertugas untuk packing Nasi Lemak
sebanyak 2500 pax. Saya bertugas dari pukul 11 malam – 7 pagi. Saya beserta rakan
dihantar ke Seri Pasific Hotel pada pukul 11 malam, kemudian kami ditugaskan untuk
membantu chef di hotel tersebut menyediakan bahan-bahan asas untuk Nasi Lemak.
Pada pukul 3 pagi, saya dan semua commis dan chef menaiki bas dan menuju ke
bangunan MCA Kuala Lumpur. Semua Commis dan Chef packing Nasi Lemak
sebanyak 2500 pax. Tugas ini selesai sekitar pukul 6.30 pagi.

Rajah 17 : Packing Nasi Lemak Rajah 18 : Majlis kovensyen BN 2010


27

BAB 4

HASIL DAPATAN KERJA

4.1 HASIL PENYEDIAAN MENU

AYAM LEMON SOS

UDANG BUTTER
28

NASI GORENG MALAYSIA

AIS KACANG

BAB 5
29

Kesimpulan dan Cadangan

Kesimpulan

Setelah selesai menyiapkan buku laporan industri ini, saya berasa amat
bebangga dan bertuah sekali kerana menjadi salah seorang pelajar yang telah berjaya
menamatkan program latihan industri ini dengan jayanya. Secara amnya, kesimpulan
ini dibuat adalah berdasarkan tentang apa yang telah saya ceritakan didalam buku
laporan ini. Saya berasa bersyukur kerana dengan bantuan para pensyarah serta
rakan – rakan, telah mendorong saya untuk menyiapkan buku laporan yang tidak
seberapa ini.

Kesimpulan yang dapat saya buat setelah tamatnya latihan industri, sepanjang lima
bulan di sini saya dapat membuat kesimpulan bahawa latihan ini telah mencapai
matlamat dan objektif yang dikehendaki oleh pihak Kolej Komuniti. Berdasarkan latihan
yang diberikan, saya secara tidak langsung berpeluang untuk mempraktikkan apa
yang dipelajari secara teori semasa di Kolej Komuniti kepada alam pekerjaan yang
sebenarnya kelak.

Selain dapat melakukan kerja, saya juga dapat mendidik dan membimbing diri
untuk menjadi seorang pekerja yang baik, berdisiplin, rajin serta sentiasa menepati
masa. Pengalaman seperti ini dapat membantu saya untuk mengatur langkah ke alam
realiti pekerjaan. Latihan Industri ini berupaya membina keyakinan diri dan sikap
positif para pelajar. Selain itu, pelatih dapat mengukur tahap kecemerlangan masing-
masing, dapat mengetahui kelebihan dan kekurangan diri serta mengekalkan dan
memantapkan kemahiran yang sedia ada dalam diri seorang pelatih.
30

Cadangan

Setelah lima bulan menjalani latihan industri, iaitu bermula 12 Januari 2009
sehingga 12 Jun 2009, pelbagai perkara yang dapat dilihat sepanjang tempoh
menjalani latihan industri ini. Latihan industri merupakan perkara yang wajib diambil
oleh setiap pelajar yang menuntut di Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Tujuan perkara
ini dilakukan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar supaya dapat melihat
dengan lebih dekat lagi cara bekerja didalam jurusan masing – masing. Disini, saya
ingin memberi sedikit komen kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti dan juga
organisasi yang telah saya pilih untuk menjalani latihan industri iaitu Residence Hotel
at UNITEN.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Kolej Komuniti


kerana dengan adanya latihan industri ia dapat mendedahkan pelajar kepada dunia
pekerjaan yang sebenar. Selain dapat melatih, supaya menjadi pelajar yang
bertanggungjawab, pihak Kolej Komuniti juga telah memberi kesan serta pengalaman
yang indah dalam diri setiap pelajar ketika menjalani latihan industri. Ini adalah langkah
yang baik untuk membentuk pelajar yang cemerlang dan berwibawa. Pada dasarnya,
pihak pengurusan Kolej Komuniti khususnya pengurusan unit latihan industri telah
memberi sepenuh perhatian terhadap pelajarnya. Cuma, sebelum menjalani latihan
industri pelajar kurang diberi pendedahan untuk membuat buku laporan latihan industri
secara lengkap. Walaupun pihak yang bertanggungjawab telah mengadakan
perjumpaan untuk pelajar – pelajar yang akan menjalani latihan industri dan diberi
sedikit taklimat mengenai cara penulisannya, namun ia masih tidak mencukupi ini
kerana, pelajar masih terpinga – pinga untuk membuat buku laporan industri. Sebagai
contoh, pihak pengurusan boleh menunjukkan contoh buku laporan yang telah langkap
kepada para pelajar.

RUJUKAN

Sumber Rujukan
31

i. Buku garis panduan latihan indutri Kolej Komuniti


ii. www.residencehotel.com.my
iii. www.yahoo.com( food and baverage )
iv. Pekerja-pekerja Residence Hotel @ uniten Bangi

You might also like