You are on page 1of 3

JENIS-JENIS UJIAN

Ujian Rujukan Norma

Ujian Rujukan Norma ini mempunyai tujuannya iaitu untuk membandingkan prestasi
seorang individu dengan individu-individu yang lain atau membandingkan prestasi
kumpulan dengan kumpulan yang lain dengan menggunakan keputusan ujian yang
sama. Misalnya, di peringkat sekolah, Ujian Rujukan Norma dijalankan dalam
peperiksaan seperti Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun
dan juga peperiksaan awam sepeti PMR, SPM dan STPM. Markah-markah sesuatu
mata pelajaran yang diperolehi sebagai criteria asas untuk membandingkan prestasi
pelajar dalam kelas atau antara kelas. Dalam ujian rujukan norma ini juga, soalan-
soalan ujian lazimnya digubal berdasarkan kepada sukatan pelajaran dalam sesuatu
peringkat tertentu dan kesukaran soalan-soalan ujian ini bermula dari tahap mudah
(25%), sederhana (50%) dan sukar (25%).

Ujian Rujukan Kriteria

Ujian Rujukan Kriteria bertujuan untuk menentukan taraf pencapaian seseorang individu
yang dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran. Di peringkat sekolah, guru
menetapkan criteria pada peringkat paling minimum bagi setiap murid dikehendaki
mencapai objektif pelajarannya. Ujian rujukan criteria biasanya diadakan setelah
sesuatu kemahiran diajarkan. Ujian ini sesuai digunakan untuk menguji sebahagian
kecil isi kandungan pelajaran sahaja iaitu satu atau beberapa kemahiran yang telah
diajarkan. Keputusan ujian akan digunakan untuk menetukan sama ada murid
berkenaan menguasai kemahiran dalam peringkat yang dikehendaki atau tidak. Ujian
rujukan criteria juga dikenali sebagai ujian rujukan objektif.
Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru untuk mengukur sejauh mana
seseorang murid dapat menguasai tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru yang
merangkumi aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Ujian ini juga dapat
menentukan kesediaan murid untuk memulakan tajuk baru dan juga dapat mengenal
pasti masalah yang dihadapi murid bagi tajuk-tajuk yang diuji. Ujian pencapaian boleh
dibahagikan kepada dua iaitu Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria.

Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan juga dikenali sebagai ujian mental. Ujian ini digunakan untuk
mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu. Ujian
kecerdasan ini memberikan bukti tentang potensi yang ditunjukkan oleh murid-murid
berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut.

Ujian Prestasi

Ujian prestasi ialah ujian yang digunakan untuk mengukur kecekapan murid melakukan
sesuatu tugas yang melibatkan manipulasi objek yang konkrit dan ianya juga
memerlukan murid untuk membuat beberapa tugasan lain sebagai ukuran tambahan.
Ujian ini melibatkan penggunaan alat yang konkrit seperti penggunaan gambar dan
radas dan tidak hanya tertumpu kepada aspek bahasa dan ujian bertulis.

Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik digunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ujian ini juga digunakan untuk
mementukan punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Ujian diagnostic ini
ditumpukan kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara terperinci supaya masalah
yang dihadapi oleh setiap murid dapat dikesan bagi tajuk tersebut. Ujian ini penting
kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan memberikan peluang kepada
guru untuk menjalankan aktiviti pemulihan kepada murid-murid tersebut. Ciri-ciri ujian
diagnostic ini ialah ujian ini tidak memberikan skor atau gred kepada murid, ujian ini
dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dan laporan ujian
dibuat dalam bentuk profil perkara yang belum dikuasai pelajar.

Ujian Personaliti

Ujian personality ialah ujian yang digunakan untuk mengukur personality pelajar seperti
sikap, pendirian, nilai, minat dan motivasi. Ciri-ciri ini diukur melalui alat-alat psikologi
berbentuk ujian, inventori, indicator atau indeks.Terdapat tiga alat yang dapat
digunakan oleh guru untuk mengukur personality murid iaitu inventori laporan kendiri
(apa yang murid kata mengenai dirinya sendiri), inventori sosiometrik (apa yang orang
lain kata tentang sesorang pelajar dan teknik pemerhatian (apa yang dibuat oleh pelajar
dalam situasi tertentu).

Ujian Bakat

Ujian bakat ialah ujian yang digunakan untuk membuat telahan tentang bakat atau
keistimewaan yang dimiliki oleh murid. Ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua
kumpulan iaitu ujian bakat yang berasaskan kajian besar-besaran dan ujian bakat yang
berasaskan keperluan tertentu. Ujian ini juga bertujuan untuk memberikan maklumat
asas untuk membuat jangkaan tentang prestasi masa depan seseorang pelajar dalam
sesuatu bidang.

You might also like