You are on page 1of 15

Jenis Ayat Majmuk

Terdapat 3 jenis utama


Ayat majmuk gabungan.
Ayat majmuk pancangan.
Ayat majmuk campuran.
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang
terdiri daripada dua ayat atau lebih yang
menjadikan satu dengan cara
menggabungkan atau mencantumkan ayat-
ayat tersebut dengan kata hubung
seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya.
Contohnya ayat majmuk gabungan

1.Murid-murid berlari dan menyanyi.
2.Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
3.Encik hendak ke sekolah atau hendak ke
pejabat?
Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya,
iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri
sendiri.
Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud
oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun berturut-
turut.
Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata
hubung; apabila ini berlaku, nada suara berfungsi
sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan
pernyataan
Ayat-ayat yang digabungkan itu, dalam
bentuk tulisan, dipisahkan oleh tanda
baca koma (,).

1.Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri


mereka.
2.Penari-penari itu sungguh santun,
melenggok ke kiri, melenggok ke kanan.
Ayat majmuk pancangan
 Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang

tidak setara.

 Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapatsatu klausa bebas

 atau ayat utama dansatu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.

 Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan

kata hubungan seperti agar, bahawa, jika, untuk, ketika, semasa,

setelah, semenjak, selagi, selama, supaya, hingga, walaupun..

 Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan

kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis
Relatif.
 Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata
hubung yang.
 Contoh:
a. Wanita yang menjadi calon ibu misali itu ibu saya.
- Wanita itu menjadi calon ibu misali.
- Wanita itu ibu saya.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis
Komplemen
 Ayat majmuk pancangan komplemen menggunakan kata
hubunganbahawa dan untuk.
 Contoh:

a. Perdana Menteri mengumumkan bahawa kakitangan


kerajaan akan menerima kenaikan gaji tidak lama lagi.

b. Tentulah tidak wajar untuk mereka melakukan aktiviti


membuli pelajar lain di sekolah.
Ayat Majmuk Pancangan Jenis
Keterangan
 Ayat majmuk pancangan keterangan berfungsi memberikan
huraian lanjut kepada kata kerja induk.
 Ayat-ayat ini terdiri daripada ayat majmuk keterangan
musabab, waktu, syarat, cara, tujuan, perbandingan,
pertentangan dan akibat.
 Contoh ayat majmuk pancangan keterangan musabab:

a. Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan


itu kerana tidak diundang.

b. Oleh sebab mereka tidak menjelaskan yuran tahunan


persatuan, keahlian mereka dalam persatuan itu akan
digantung.
 Contoh ayat majmuk pancangan keterangan waktu.

a. Guru baru itu melaporkan diri di sekolah


itu setelah menerima surat daripada Jabatan Pelajaran
Negeri.

b. Sementara menunggu anak saya pulang dari


sekolah, saya mengemas rumah.
 Contoh ayat majmuk pancangan keterangan syarat:

a. Sekiranya awak lulus dengan cemerlang dalam


peperiksaan ini saya akan menghadiahi awak sebuah
motosikal.

b. Kita akan dapat melaksanakan Program Pendidikan Alam


Sekitar iniseandainya kita mendapat kerjasama daripada
semua pihak.
 Contoh ayat majmuk keterangan cara:

a. Murid-murid di kawasan pedalaman itu ke


sekolah dengan menaiki perahu.

b. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi serta usaha yang


gigih, Hazreen berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
 Contoh ayat majmuk keterangan tujuan:

a. Pekerja syarikat itu digesa melipatgandakan usaha


mereka untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil kerja.

b. Demi menjaga nama baik dan imej sekolah, semua pelajar


yang mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga
peringkat daerah itu dinasihati agar mematuhi peraturan
pertandingan.
 Contoh ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan:

a. Sikap pemuda itu yang tidak pandai menghargai pemberian


orang lain, samalah ibarat kera mendapat bunga.

b. Suasana kehidupan penduduk desa itu amat harmoni


lantaran mereka saling membantu bagaikan aur dengan tebing.
 Contoh ayat majmuk keterangan pertentangan:

a. Walaupun malam sudah larut, Faizal masih terus


mengulang kaji pelajarannya.

b. Meskipun ayah saya sudah berumur, dia masih ingin


menguruskan kebun buah-buahannya.
 Contoh ayat majmuk keterangan akibat:

a. Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang


suaranya.

b. Pelajar yang cacat penglihatan itu amat gigih dan berusaha


bersungguh-sungguh sehingga dia berjaya.
Ayat majmuk campuran
 Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih
daripada satu jenis ayat , yakni yang terdiri daripada
campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan
jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata
hubung.

You might also like