You are on page 1of 15

Apa maksud penyelidikan Etnografi?

Ia berasal daripada perkataan Greek, “Ethnos” bererti


manusia, bangsa atau budaya. Ia sejenis kajian
lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering
digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi.

Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi sebagai


penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya tentang
adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan
kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari
kerja lapangan. Ia adalah kajian deskriptif ke atas
budaya, sub budaya, institusi atau kumpulan
sesebuah masyarakat.
 Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan
bentuk kajian kualitatif untuk menerangkan,
menganalisa dan Meninterpretasi bentuk “culture-
sharing” sesuatu kumpulan seperti tingkah laku,
kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik,
interaksi, kehidupan dan gaya dalm perhubungan.

Untuk memahami “culture-sharing”, seseorang


pengkaji perlu meluangkan masa dilapangan untuk
temubual, memantau dan mendokumentasi bagi
memahaminya. Masa yang lama diambil, mka data
dapat direkodkan dengan terperinci.

 Ringkasnya, etnografi ialah gambaran dan belajar


tentang budaya manusia dalam skala yang kecil yang
saling berintraksi.
Etnografi secara umumnya ialah kaedah kerja lapangan
(pemerhatian). Teknik ini biasanya berkaitan dengan
disiplin antropologi.

Dalam teknik ini data dan maklumat diperolehi dengan


merujuk kepada kajian pemahaman dan pemerhatian
terhadap budaya dan sub-budaya.

Pengkaji akan terlibat sama dalam masyarakat yang


dikaji dan akan berinteraksi dengan mereka. Contohnya
kajian amalan pemujaan oleh satu golongan etnik di
sesuatu kawasan penempatan.

Kajian yang dibuat oleh pengkaji atau penyelidik


biasanya berkisarkan kepada memahami budaya
masyarakat tersebut dan membezakan ciri-ciri budaya
itu dan melihat persamaan dengan budaya lain.
1. Etnografi akademik
Kajian ini berusaha untuk menambah pengetahuan mengenai
sesuatu budaya atau mengenal pasti corak interaksi sosial,
seperti konsep “darah” dalam hubungan kekeluargaan Orang
Asli.
2. Etnografi aplikasi
Bertujuan membangunkan satu pentafsiran yang menyeluruh
terhadap sesuatu masyarakat atau institusi sosial seperti
hospital, sekolah dan agensi kerajaan.
3. Etnografi tradisional atau klasik
Penyelidik akan tinggal bersama dan menghurai pelbagai
kumpulan sosial seperti Mat Rempit dan pemain judi
profesional.
4. Etnografi analitik
Melibatkan kerja lapangan seperti pemerhatian, temu bual,
pengumpulan dokumen, membuat rakaman dll. Ia amat popular
dan biasanya digunakan oleh penyelidik.
1. Etnografi Kritikal

2. Etnografi Realistik

3. Kajian Kes Etnografi

4. Etnografi Pengakuan

5. Etnografi Auto

6. Etnografi Mikro

7. Etnografi Feminis

8. Sejarah Hidup

9. Etnografi Novel

10. Etnografi Postmodern


Lazimnya 3 jenis Etnografi sering digunakan oleh penyelidik,
iaitu:

a) Etnografi Kritikal – penyelidikan berbentuk politikal dan


bertujuan menyatakan sesuatu ketidakadilan atau
membantah sesuatu dominasi ke atas sesebuah kumpulan
dalam masyarakat seperti hak wanita dan kes buli di
sekolah.
b) Etnografi Realistik – pula bertujuan memberi gambaran
sebenar tentang sesuatu budaya atau sistem dan biasa
dijalankan oleh ahli budaya atau ahli antropologi terhadap
kehidupan sebenar seperti cara hidup keluarga, pekerjaan,
jaringan sosial dan sistem status.
c) Kajian Kes Etnografi - tumpuan pada penyelidikan terhadap
aktiviti sesuatu kumpulan yang spesifik atau corak tingkah
laku yang dibentuk dalam suatu jangkamasa tertentu.
1. Tumpuan untuk memahami tingkah laku manusia
dalam kumpulan kecil yang melibatkan penyelidik dan
respondan dalam kajian.

2. Kajian melibatkan persekitaran semulajadi atau di


tapak kajian (Gay & Airasian, 2003). Ia bermaksud
pembolehubah yang dikaji itu berada dalam
persekitaran semulajadi dan persekitaran yang tidak di
kawal oleh penyelidik (Sabitha Marican, 2005).

3. Kajian melibatkan interaksi bersemuka penyelidik dan


responden (Gay & Airasian, 2003), iaitu seperti
pemerhatian dan temu bual oleh penyelidik
(bertanyakan soalan dengan jelas).
4. Keputusan pemerhatian akan dicatatkan dalam
bentuk nota serta dihuraikan semula dan disusun
semula untuk dianalisis secara keseluruhan
(Sabitha Marican, 2005).

5. Menurut Hammersey (1998), pengumpulan data


secara tidak berstruktur, iaitu tidak mengikut
sepenuhnya perancangan di awal kajian dan data
diambil berbentuk data-data mentah.

6. Kajian menggunakan pelbagai sumber data


(pemerhatian, rakaman, temu bual, pita audio dan
peta video (Massey, 1998). Manakala menurut
Hammersley (1998), walaupun data didapati
pelbagai sumber, pemerhatian dan perbualan yang
tidak formal akan menjadi sumber utama.
7. Kajian menggunakan konsep kebudayaan
sebagai mekanisme menginterpretasi keputusan
yang diperolehi untuk memhami isu yang dikaji
(Gay & Airasian, 2003).
1. Kajian perkembangan kanak-kanak dalam
masyarakat di Arfika Barat oleh Lancy (1996) telah
mengambarkan kanak-kanak belajar secara tidak
formal melalui pemerhatian mereka ke atas ibu
bapa dan masyarakat sekitar.

2. Kajian tentang gaya hidup di kalangan kaki tangan


awam yang telah pencen dan dbagaimana mereka
habiskan wang pampasan yang diterima (Sabitha
Marican 2005)

3. Kajian di kalangan wanita yang mempunyai anak


yang berhadapan dengan masalah tempat
perlindungan atau tidak ada rumah (Thrasher &
Muwbary, 1995)
Menurut Jean J Schensul (2005), kelebihan
penyelidikan ini ialah:

1. Etnografi boleh digunakan sama ada kuantitatif


atau kualitatif.

2. Penyelidik boleh berinteraksi berdepan dengan


sampel tau subjek yang terlibat.

3. Refleksi lebih tepat diperolehi terhadap


perspektif dan tingkah laku perserta / sampel.
4. Penyelidik boleh menggunakan pelbagai
data yang dikutip lebih tepat dan
mempunyai kebolehpercayaan tinggi,

5. Pengumpulan datanya lebih induktif,


interaktif dan boleh diulang.

6. Strategi lebih analitik untuk membina


teori, tingkah laku atau pembudayaan
setempat.
6. Menggunakan konsep budaya sebagai
alat untuk melihat komuniti dan
menginterpretasikan keputusan yang
didapati.

7. Rangka dan tindakan penyelidikan dapat


dilakukan berdasarkan konteks sosio
politik dan sejarahnya.

8. Kaedah etnografi sangat berguna


kepada kumpulan peniaga untuk
memahami bagaimana pengguna
menggunakan produk dan perkhidmatan
mereka (Miller, Daniel, 1987)
1. Perspektif pengkaji berkemungkinan dipengaruhi
oleh kecederungan budayanya sendiri.

2. Data diperolehi tidak lengkap kerana responden


tidak memenuhi ciri yang ada dalam budaya yang
dikaji, tidak jujur dan banyak pantang larang.

3. Tempoh masa kajian terlalu lama sehingga


bertahun-tahun kerana pengkaji perlu membuat
pemerhatian yang penuh ke atas sesebuah
masyarakat yang dikaji.
Walaupun terdapat kelemahan, namun kaedah ini
amat perlu dan penting untuk dilaksanakan
kerana dapatan kajiannya banyak membantu dan
memberi maklumat yang diperlukan oleh pihak-
pihak atau organisasi tertentu untuk mereka
melaksanakan dasar atau rancangan di masa
hadapan.

You might also like