You are on page 1of 4

Unit 7.0: Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika / Prasekolah dan ke Tahun Satu.

Lawatan awal ibubapa dan kanak-kanak


Taklimat dan penerangan program Taska,Tadika/ Prasekolah dan Tahun Satu
Peranan dan tanggungjawab Guru dalam membantu kanak-kanak menyesuaikan diri
Perancangan dan pengurusan Institusi

TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH


Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu
keadaan yang lain.
Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi


perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau
prasekolah.

Tujuan program Transisi:


Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta
pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-kanak
secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di
Tahun Satu.
Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak
masalah.

Peranan guru prasekolah


a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan merasa
yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.
b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak .Guru
prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada
kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka.
c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan
persekitaran yang baru di prasekolah.
d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang
berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.
e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan
yang berlaku di rumah mereka.

Peranan pembantu prasekolah


a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak berada di
tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas.
b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan, rehat dan
bermain.
c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah.
d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.
Aktiviti 9:
1. 1. Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah dan menggunakan pendapat anda jelaskan
mengapakah program transisi perlu di adakan.
2. Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan program transisi dari
rumah ke prasekolah

KONSEP TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH


1. Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu
keadaan yang lain.
2. Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

3. Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi


perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau
prasekolah.

Tujuan program Transisi


- Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta
pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.

- Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-
kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara
formal di Tahun Satu.

- Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak
masalah.

Peranan guru prasekolah


a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan merasa
yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.

b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak .Guru


prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada
kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka.

c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan
persekitaran yang baru di prasekolah.
d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang
berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.

e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan
yang berlaku di rumah mereka.

Peranan pembantu prasekolah


a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak berada di
tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas.
b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan, rehat dan
bermain.
c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah.
d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.

Rujukan:

http://zulprasekolah.blogspot.com/2009/01/pra-3101-asas-pendidikan-awal-kanak.html

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/program-transisi.html

You might also like