You are on page 1of 10

TEKS UCAPAN

YB. DATUK SERI NOH BIN HAJI OMAR,


MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

SEMPENA
MAJLIS PENYAMPAIAN ELAUN SARA HIDUP NELAYAN
KAWASAN PARLIMEN TANJONG KARANG

DI DEWAN MCA PASIR PENAMBANG, KUALA SELANGOR

JUMAAT - 28 JANUARI 2011


WAKTU KETIBAAN - 4.45 PETANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Salam Sejahtera.
Salam 1Malaysia.

YB Dato’ Mohd Johari bin Baharom,


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YB Tuan Chua Tee Yong,


Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YBhg Dato’ Mohd Hashim bin Abdullah,


Ketua Setiausaha,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood,


Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia

YH Dato’ Haji Mohad Khazin bin Hamzah,


Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

YBrs Encik Abdul Rahman bin Haji Ellis,


Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM

Encik Mohd Hanifiah bin Hussein,


Pengarah LKIM Negeri Selangor

1
Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani

Ahli-Ahli Yang Berhormat

Dato-Dato, Datin-Datin

Dif-Dif Kehormat

Wargakerja Jabatan/Agensi Kementerian Pertanian dan


Industri Asas Tani

Pengerusi dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan

Seterusnya, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

1. Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala


kerana dapat hadir bersama-sama pada petang ini bagi
menjayakan majlis untuk para nelayan di kawasan Parlimen
Tanjong Karang dan ini merupakan kesempatan bagi saya
bertemu serta beramah mesra dan secara tidak langsung dapat
mengeratkan lagi silaturahim antara pihak Kementerian,
Jabatan dan Agensi bersama tuan-tuan masyarakat nelayan di
sini. Semoga pertemuan kali ini menjadi penggerak terbaik bagi
tahun 2011 ini bagi kita sama-sama menggerakkan sektor
perikanan ke arah yang lebih baik.

Saudara Saudari para hadirin Sekalian,

2
2. Dalam usaha meningkatkan hasil tangkapan ikan,
Kementerian telah memperuntukkan RM 170.5 juta. Daripada
jumlah ini, RM132.3 juta untuk menampung elaun sara hidup
nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM38.2 juta sebagai
insentif tangkapan ikan. Ingin saya maklumkan disini bahawa
penerima elaun sara hidup serta insentif yang diberi ini bukan
hanya tertumpu kepada nelayan Melayu sahaja malah
penumpuan kita turut kepada nelayan Cina iaitu sebanyak
26.8 peratus, India 0.6 peratus dan lain-lain bangsa sebanyak
1.3 peratus.

3. Pada petang ini, LKIM akan menyampaikan bayaran


elaun RM200.00 kepada saudara saudari masyarakat nelayan
yang layak menerimanya iaitu seramai 395 orang. Semua
sudah tahu bahawa kerajaan memperuntukkan jumlah yang
besar bagi membantu para nelayan. Dengan pemberian elaun
sara hidup ini, pihak Kementerian berharap ia dapat membantu
meningkatkan ekonomi para nelayan dan mengurangkan
bebanan hidup seharian.

4. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang


berperanan meningkatkan sosio ekonomi nelayan sedang
dalam usaha meningkatkan pendapatan nelayan dan
memperkenalkan penggunaan teknologi moden dalam
penangkapan ikan melalui program Transformasi Nelayan.

3
5. Bagi program yang diwujudkan ini, kita mensasarkan
nelayan memperoleh pendapatan melebihi RM1,000 sebulan
yang mana akan mengurangkan jumlah nelayan miskin selain
meningkatkan kualiti ikan dan produktiviti yang lebih tinggi. Di
bawah KPI Menteri yang dilaksanakan dalam tempoh setahun
iaitu tahun 2009 – 2010 yang dilaksanakan oleh LKIM ramai
nelayan miskin tegar yang diberi bantuan telah dapat
meningkatkan pendapatan mereka. Ada nelayan yang mampu
mencapai tiga kali ganda peningkatan pendapatan mereka dan
menghampiri garis golongan berpendapatan sederhana.

Contohnya Encik Amir Hamzah Mat Shaari daripada Kampung


Sungai Nipah, Bagan Datoh Perak. Sebelum mendapat
bantuan pendapatan beliau hanya RM700 sebulan. Pihak LKIM
beri bantuan berupa peralatan tangkapan ikan dan sampan,
beliau kini mampu memperoleh pendapatan mencecah
RM2,500.00 sebulan.

6. LKIM juga telah melaksanakan pelbagai program bagi


membantu masyarakat nelayan antaranya melalui program
Dana Nelayan. Program ini telah diperkenalkan pada tahun
2003 bagi menyediakan pinjaman mudah kepada nelayan
pantai untuk pembelian bot dan peralatan baru atau
meningkatkan keupayaan bot yang sedia ada. Pada tahun
2006, Dana Nelayan ini telah kita perluaskan kepada Skim

4
Pinjaman Transformasi Nelayan Tradisonal kepada nelayan
moden dan komersil iaitu pinjaman secara berkumpulan bagi
membina dan menaiktaraf bot yang lebih besar. Bagi Negeri
Selangor seramai 160 orang nelayan telah diberi pinjaman di
bawah skim berkenaan dengan nilai keseluruhan pinjaman
berjumlah RM3.6 juta. Dan bagi tahun 2011 ini merupakan
tahun kutipan semula dana-dana nelayan yang dipinjam dan
untuk itu, saya mahu, bagi yang telah membuat pinjaman
diharap tuan-tuan dapat membuat bayaran balik seperti yang
telah ditetapkan dalam syarat ketika permohonan pinjaman
dibuat.

Saudara Saudari para hadirin Sekalian,

7. Pada tahun 2010, LKIM telah melaksanakan pelbagai


program yang mana penerima manfaatnya adalah tuan-tuan
golongan nelayan sekalian. Antara yang telah dilaksanakan di
negeri Selangor ini adalah:

BIL PROGRAM BIL. PERUNTUKAN


PENERIMA (RM)
MANFAAT
1. Pembinaan Jeti 2,279 2,271,608.00
Pendaratan Ikan LKIM
2. Pembinaan Kemudahan 125 100,000.00
Nelayan (Pasar Nelayan)

5
3. Pinjaman Dana Nelayan 28 587,120.00
4. Pemberian Elaun Sara 4,539 9,161,000.00
Hidup
5. Insentif Tangkapan Ikan 20,985 33,867,022.00
6. Pembangunan 18 240,000.00
Usahawan Tani (High
Impact Project)
7. Pemberian Subsidi Diesel – 75,523,881.26
1,485
Minyak
12,210,322.46
Petrol – 2,473
8. Skim Bantuan Bencana 86 199,636.00
Alam & Kebajikan
JUMLAH 32,468 RM
134,060,590.44

8. Daripada program-program yang dilaksanakan dan


bilangan penerima-penerima manfaatnya, jelas menunjukkan
bahawa keutamaan kita adalah dalam usaha membantu
masyarakat nelayan dan golongan sasaran meningkatkan taraf
hidup dan menerima faedahnya. Ini adalah bertujuan
merealisasikan hasrat Kementerian, Jabatan dan Agensi bagi
menjadikan sektor pertanian khususnya sektor perikanan ini
sebagai penyumbang utama ekonomi negara. Untuk itu,
seharusnya semua pihak di sini termasuk tuan-tuan sekalian
untuk memainkan peranan secara bersepadu dan seiring bagi
menggerakkan pelbagai aktiviti perikanan secara berterusan

6
dan menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik
mungkin.

Saudara Saudari para hadirin Sekalian,

10. Selaras dengan tema MAHA dan HPPNK 2010 yang telah
berlangsung, ‘Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan’,
inovasi akan dapat membantu menangani cabaran pada masa
hadapan untuk mengurangkan kos pengeluaran dan dalam
masa yang sama meningkatkan hasil pengeluaran makanan
sama ada dalam bentuk kuantiti mahupun kualiti.

11. Sebagai mendokong hasrat kerajaan menjadikan negara


berpendapatan tinggi, pertanian dan pengeluaran makanan
haruslah diusahakan secara komersil dan peningkatan kualiti
yang berterusan. Justeru, tuan-tuan sebagai masyarakat
nelayan haruslah lebih berinovasi, lebih gigih dengan
mengusahakan perikanan bukan sahaja terbatas kepada
kegiatan pengeluaran tetapi juga kegiatan pemprosesan dan
pemasaran. Kegiatan-kegiatan tersebut hendaklah diusahakan
secara berskala besar supaya dapat mengurangkan kos dan
meningkatkan pengeluaran, produk-produk yang dikeluarkan ini
bukan sahaja boleh dijual dalam negara malah boleh dieksport
ke luar negara dalam bentuk segar atau diproses. Inovasi
pembungkusan dan nilai tambah haruslah ditingkatkan dari

7
masa ke semasa supaya hasil perikanan yang dikeluarkan
mempunyai nilai kewangan setimpal dengan kos pengeluaran
serta dapat menembusi pasaran antarabangsa.

12. Banyak program transformasi yang diperkenalkan oleh


Perdana Menteri kita. Saya yakin tujuan kerajaan mengadakan
program dan rancangan ini supaya nelayan menjadi usahawan
yang berjaya dengan harapan pengeluaran makanan negara
dapat ditingkatkan dan menjadikan kegiatan inovasi perikanan
dan inovasi industri berasaskan perikanan sebagai pemangkin
pembangunan negara berpendapatan tinggi. Ini menjadikan
kegiatan perikanan sebagai perniagaan komersil yang
menguntungkan yang boleh disertai secara aktif oleh
Persatuan Nelayan bersama ahli-ahlinya.

Saudara Saudari para hadirin Sekalian,

12. Kementerian sentiasa memberi perhatian serius dalam


usaha membangunkan sektor perikanan serta sentiasa
mengalu-alukan sebarang usaha untuk melaksanakan
transformasi sektor perikanan dan perubahan minda nelayan
untuk melihat arus pembangunan perikanan yang berterusan.
Disamping itu, usaha yang berterusan dan agresif ke arah
menarik minat lebih ramai golongan muda untuk menceburi
bidang perikanan perlu diteruskan.

8
13. Sementara itu, dalam memastikan perancangan dan
pelaksanaan program-program yang dirancang, saya akan
turun padang dan ‘hands on’ terhadap projek yang dijalankan
supaya ianya berjalan bukan sahaja mengikut jadual tetapi
menepati sasaran yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu,
saya juga mohon kepada ketua-ketua jabatan dan agensi untuk
turut melaksanakan tindakan yang sama demi melihat hasil
terbaik daripada apa yang sedang dilaksanakan oleh jabatan
dan agensi masing-masing. Ini amat penting dalam usaha
meletakkan bidang pertanian sebagai satu daripada jentera
pertumbuhan ekonomi negara kita. Saya percaya, dengan
sokongan dan kerjasama semua pihak aspirasi ini akan dapat
kita jayakan.

14. Akhir kata saya mendoakan kejayaan saudara saudari.


Saya mengharapkan semua pihak di sini akan berusaha
mempergiatkan usaha serta sumbangan yang terbaik agar
matlamat negara untuk sektor ini akan tercapai. Saya juga
amat komited untuk melihat sendiri kejayaan-kejayaan nelayan
dibantu oleh jabatan dan agensi di bawah Kementerian dalam
usaha kita menghadapi krisis makanan yang berlaku selain
bergerak selari meningkatkan hasil-hasil pertanian.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum


warrahmatullahi wabarokatuh.... terima kasih.

9
10

You might also like