You are on page 1of 12

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN RAGBI RIMAU BAWAH 12 TAHUN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang permainan Ragbi Rimau MSSM yang terkini
serta Peraturan AM MSSM dan MSSMK.

2. JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan ialah pertandingan antara MSS Daerah versi permainan Ragbi Rimau 7 Sepasukan.

3. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Pemain-pemain hendaklah berumur di bawah 12 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan.

3.2 Pemain-pemain mestilah pelajar yang "bonafide", iaitu pelajar-pelajar yang didaftarkan dalam
jadual kedatangan sekolah tahun pertandingan.

3.3 Hanya kad pengenalan atau surat beranak (asal) diterima sebagai bukti umur

3.4 Setiap Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah boleh menghantar satu (1) pasukan untuk
kejohanan MSSK B-12 dan dua (2) pasukan Sekolah (bukan gabungan) untuk kejohanan
MSSK-MILO.

3.5 Setiap pemain mestilah didaftarkan dengan borang pendaftaran yang ditandatangani oleh
Guru Besar /Penolong Kanan sekolah pelajar terbabit.

3.6 Bilangan Pemain


3.6.1 Pengurus pasukan hendaklah mendaftarkan 12 orang pemain bersama-sama dengan
kad pengenalan/surat lahir mereka selewat-lewatnya 10 minit sebelum perlawanan
pertama pada hari pertandingan.

3.6.2 Sebarang pertukaran pemain selepas itu tidak dibenarkan.

3.6.3 Bilangan pemain adalah sebanyak 7 orang dalam sesuatu permainan.

3.6.4 Minima bilangan pemain untuk sesuatu permainan ialah 5 orang.

3.7 Pertukaran Pemain

3.7.1 5 orang pemain boleh digantikan pada masa dalam setiap permainan.

3.7.2 Pemain gantian ialah secara 'rolling substitution' seperti yang tertera dalam buku
peraturan ragbi rimau.

4. SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pusingan Pertama


Pertandingan dijalankan secara liga 1 pusingan antara 2 kumpulan Kumpulan A : 3 Pasukan
Kumpulan B : 4 Pasukan

4.1.1 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun sebelumnya
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut

JOHAN & KETIGA Kumpulan A


NAIB JOHAN & KEEMPAT Kumpulan B

4.1.2 Pasukan-pasukan lain akan ditempat dalam kumpulan tersebut dengan cabutan undi.

4.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertandingkan kedudukannya.

4.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir)


4.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan bertanding di peringkat separuh
akhir dan pertandingan dijalankan secara kalah mati.
4.2.2 Johan Kumpulan A akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan
B akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan A.
4.2.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
perlawanan akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-
pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.

5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN

5.1 Bagi pertandingan dalam liga, mata berikut akan diberi:


Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

5.2 Sekiranya dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang kumpulan akan
ditentukan mengikut sistem berikut:
5.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang.
5.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.
5.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
5.2.4 Jika masih seri, maka pasukan yang mendapat pungutan "Try" terbanyak akan diambil
kira.

5.3 Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati, jika berlaku seri selepas sesuatu perlawanan,
langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang:
5.3.1 Masa tambahan 10 minit sehala secara 'sudden death' diberikan.
5.3.2 Jika masih seri, lambungan syiling sebanyak tiga (3) kali akan dilakukan.

5.4 Perlawanan Akhir


Jika berlaku seri selepas tamat perlawanan, masa tambahan 10 minit sehala mengikut
peraturan ragbi rimau.

5.5 Masa Perlawanan


5.5.1 Masa untuk sesuatu perlawanan ialah 20 minit - 5 minit rehat - 20 minit.
5.5.2 Jika sesuatu perlawanan terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat
dielakkan dan perlawanan itu telahpun dijalankan melebihi 30 minit, maka keputusan
pada masa perlawanan itu diberhentikan diambil kira.

6. PAKAIAN
Peraturan Pakaian ialah seperti yang telah ditetapkan dalam buku peraturan Ragbi Rimau MSSM.

7. GELANGGANG PERMAINAN
Gelanggang permainan mengikut spesifikasi dan ukuran gelanggang yang telah ditetapkan dalam
buku peraturan Ragbi Rimau MSSM. (Sila lihat Lampiran A)

8. ALATAN
Bola pertandingan adalah saiz 3 dan spesifikasi bola ialah menurut peraturan yang ditetapkan oleh
buku peraturan Ragbi Rimau MSSM.

9. KELEWATAN

9.1 Pasukan yang lewat masuk padang melebihi 15 minit dari masa yang ditetapkan dikira tidak
menghadirkan diri.

9.2 Pasukan yang menunggu akan diberi kemenangan 15 - 0.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Sebarang penarikan diri atau menyerah kalah tidak dibenarkan.

10.2 Sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan akan dibatalkan.
Pasukan tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib.

11. BANTAHAN

11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola
Pertandingan dalam masa 1 jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan.
11.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan
ialah 10 - 0 diberikan kepada pihak membuat bantahan.

11.3 Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak
RM300.00 tunai. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas.

11.4 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:


11.4.1 Pengerusi Pengelola atau wakilnya
11.4.2 Setiausaha Pengelola atau wakilnya
11.4.3 Pengerusi Teknik Ragbi MSSMK atau wakilnya
11.4.4 2 orang wakil Pengurus Pasukan yang tidak terlibat.

12. LEMBAGA JURI RAYUAN


Sila Rujuk Peraturan Am MSSMK

13. LEMBAGA TATATERTIB


Sila Rujuk Peraturan Am MSSMK

14. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am
MSSMK
Garisan Bola Mati
Garisan Tepi Gol

5 – 10 m
KAWASAN GOL

Garisan Gol

5m 15 m
Garisan 5 Meter

Garisan 15 Meter

3m

10 m
Garisan 5 Meter

5m
Garisan Tepi

GARISAN TENGAH 70 m

5m

Garisan 5 Meter
10 m
3m

Garisan 15 Meter

Garisan 5 Meter

5m 15 m

Garisan Gol
Garisan Tepi Gol

KAWASAN GOL 5 – 10 m

Garisan Bola Mati

50 meter
UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN PERTANDINGAN RAGBI BAWAH 15 TAHUN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang permainan Ragbi Lembaga Antarabangsa
Variasi Bawah 19 Tahun yang terkini serta peraturan-peraturan AM MSSM dan MSSMK.

2. JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan ialah pertandingan antara sekolah versi permainan 10 Sepasukan.

3. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Pemain-pemain hendaklah berumur di bawah 15 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan.

3.2 Semua pemain mestilah pelajar yang didaftarkan dalam jadual kedatangan sekolah tahun
pertandingan yang bergabung dengan MSSMK.

3.3 Hanya kad pengenalan (asal) diterima sebagai bukti umur. Pemain yang hilang kad pengenalan
mestilah mempunyai surat pengesahan dengan Pejabat Pendaftaran Negara (JPN 1/9) dan
salinan surat lahir yang disahkan oleh Pengetua Sekolah pemain berkenaan.

3.4 Setiap sekolah dikehendaki menghantar satu (1) pasukan untuk kejohanan.

3.5 Setiap pemain mestilah didaftarkan dengan borang biodata yang ditandatangani oleh pengetua
sekolah pelajar terbabit.

3.6 Bilangan Pemain


3.6.1 Pengurus pasukan boleh mendaftarkan 15 orang pemain bersama-sama dengan kad
pengenalan/surat lahir mereka selewat-lewatnya 10 minit sebelum perlawanan pertama
pada hari pertandingan.
3.6.2 Sebarang tambahan atau pertukaran pemain selepas itu tidak diterima.
3.6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang front row.

3.7 Pertukaran Pemain


3.7.1 5 orang pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap permainan.
3.7.2 Pemain yang digantikan tidak boleh bermain semula dalam perlawanan KECUALI
untuk menggantikan pemain yang mendapat luka yang terbuka dan berdarah atau untuk
menggantikan pemain front row yang mendapat kecederaan jika pemain yang sesuai
untuk posisi tersebut tiada.

4. SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pusingan Pertama 4.1.1 Pertandingan dijalankan secara liga 1 pusingan antara 2 kumpulan
4.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun sebelumnya
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
JOHAN & KETIGA Kumpulan A
NAIB JOHAN & KEEMPAT Kumpulan B
4.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempat dalam kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
4.1.4 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertandingkan kedudukannya.

4.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir)


4.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan bertanding di peringkat separuh
akhir kumpulan menang secara kalah mati.
4.2.2 Tempat Ketiga dan Keempat dalam setiap kumpulan akan bertanding di peringkat
separuh akhir kumpulan kalah secara kalah mati.
4.2.3 Johan Kumpulan A akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan
B akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan A.
4.2.4 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
perlawanan akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-
pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.
5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN

5.1 Bagi pertandingan dalam liga, mata berikut akan diberi:


Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

5.2 Sekiranya dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang kumpulan akan
ditentukan mengikut sistem berikut:
5.2.1 Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang.
5.2.2 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.
5.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
5.2.4 Jika masih seri, maka pasukan yang mendapat pungutan (l) Gol, (ll) Try, (lll) Gol Penalti
dan (V) Drop Gol terbanyak akan diambil kira.

5.3 Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati dan perlawanan akhir, jika berlaku seri
selepas sesuatu perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan
pemenang:
5.3.1 Masa tambahan 5 minit sehala diberikan. (Perlawanan akhir 10 minit sehala)
5.3.2 Jika masih seri, sepakan penalti secara "sudden death" mengikut giliran pasukan secara
selang-seli diadakan di garisan 22 meter.
5.3.3 Hanya pemain-pemain yang bermain dan berada dalam padang semasa masa
tambahan dibenarkan mengambil sepakan penalti.

5.4 Masa Perlawanan


5.4.1 Masa untuk sesuatu perlawanan ialah 10 minit - 1 minit rehat - 10 minit.
5.4.2 Jika sesuatu perlawanan terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat
dielakkan dan perlawanan itu telahpun dijalankan melebihi 15 minit, maka keputusan
pada masa perlawanan itu diberhentikan diambil kira.

6. PAKAIAN
Peraturan Pakaian ialah seperti yang telah ditetapkan dalam buku peraturan Lembaga Ragbi
Antarabangsa (IRB)

7. GELANGGANG PERMAINAN
Gelanggang permainan mengikut spesifikasi dan ukuran gelanggang yang telah ditetapkan dalam
buku peraturan Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). (Lihat Lampiran)

8. ALATAN
Bola pertandingan adalah saiz 5 dan spesifikasi bola ialah menurut peraturan yang ditetapkan oleh
buku peraturan Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). (Lihat Lampiran)

9. KELEWATAN

9.1 Pasukan yang lewat masuk padang melebihi 10 minit dari masa yang ditetapkan dikira tidak
menghadirkan diri.

9.2 Pasukan yang menunggu akan diberi kemenangan 21 - 0.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Sebarang penarikan diri atau menyerah kalah tidak dibenarkan.

10.2 Sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan akan dibatalkan.
Pasukan tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib.

10.3 Setiap pasukan mesti mengandungi sekurang-kurangnya 7 orang pemain untuk memulakan
perlawanan. Jika tidak kemenangan percuma 21-0 akan diberikan kepada pihak lawan.
11. BANTAHAN

11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola
Pertandingan dalam masa 1 jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan.

11.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan
ialah 21 - 0 diberikan kepada pihak membuat bantahan.

11.3 Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak
RM300.00 tunai. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas.

11.4 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:


11.4.1 Pengerusi Pengelola atau wakilnya
11.4.2 Setiausaha Pengelola atau wakilnya
11.4.3 Pengerusi Teknik Ragbi MSSMK atau wakilnya
11.4.4 2 orang wakil Pengurus Pasukan yang tidak terlibat.

12. LEMBAGA JURI RAYUAN


Sila Rujuk Peraturan Am MSSMK

13. LEMBAGA TATATERTIB


Sila Rujuk Peraturan Am MSSMK

14. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am
MSSMK
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PERTANDINGAN RAGBI BAWAH 18 TAHUN

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang permainan Ragbi Lembaga Antarabangsa
Variasi Bawah 19 Tahun yang terkini serta peraturan-peraturan AM MSSM dan MSSMK.

2. JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan ialah pertandingan antara sekolah versi permainan 15 Sepasukan.

3. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Pemain-pemain hendaklah berumur di bawah 18 tahun pada 1 Januari tahun pertandingan
.
3.2 Semua pemain mestilah pelajar yang didaftarkan dalam jadual kedatangan sekolah tahun
pertandingan yang bergabung dengan MSSMK.

3.3 Hanya kad pengenalan (asal) diterima sebagai bukti umur. Pemain yang hilang kad pengenalan
mestilah mempunyai surat pengesahan dengan Pejabat Pendaftaran Negara (JPN 1/9) dan
salinan surat lahir yang disahkan oleh Pengetua Sekolah pemain berkenaan.

3.4 Setiap sekolah dikehendaki menghantar satu (1) pasukan untuk kejohanan.

3.5 Setiap pemain mestilah didaftarkan dengan borang biodata yang ditandatangani oleh pengetua
sekolah pelajar terbabit.

3.6 Bilangan Pemain


3.6.1 Pengurus pasukan boleh mendaftarkan 25 orang pemain bersama-sama dengan kad
pengenalan/surat lahir mereka selewat-lewatnya 10 minit sebelum perlawanan pertama
pada hari pertandingan.
3.6.2 Sebarang tambahan atau pertukaran pemain selepas itu tidak diterima.
3.6.3 Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 3 orang tight-head prop
dan 3 orang lock forward.

3.7 Pertukaran Pemain


3.7.1 7 orang pemain boleh digantikan pada bila-bila masa dalam setiap permainan.
3.7.2 Pemain yang digantikan tidak boleh bermain semula dalam perlawanan KECUALI
untuk menggantikan pemain yang mendapat luka yang terbuka dan berdarah atau untuk
menggantikan pemain front row yang mendapat kecederaan jika pemain yang sesuai
untuk posisi tersebut tiada.

4. SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pusingan Pertama


4.1.1 Pertandingan dijalankan secara liga 1 pusingan antara 2 kumpulan
4.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun sebelumnya
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut

JOHAN & KETIGA Kumpulan A


NAIB JOHAN & KEEMPAT Kumpulan B

4.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempat dalam kumpulan tersebut dengan cabutan undi.
4.1.4 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertandingkan kedudukannya.

4.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir)


4.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan bertanding di peringkat separuh
akhir kumpulan menang secara kalah mati.
4.2.2 Tempat Ketiga dan Keempat dalam setiap kumpulan akan bertanding di peringkat
separuh akhir kumpulan kalah secara kalah mati.
4.2.3 Johan Kumpulan A akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan
B akan bertemu dengan Naib Johan Kumpulan A.
4.2.4 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
perlawanan akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN, sementara pasukan-
pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.

5. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN

5.1 Bagi pertandingan dalam liga, mata berikut akan diberi:


Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

5.2 Sekiranya dua pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang kumpulan akan
ditentukan mengikut sistem berikut:
5.2.1 Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.
5.2.3 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
5.2.4 Jika masih seri, maka pasukan yang mendapat pungutan (l) Gol, (ll) Try, (lll) Gol Penalti
dan (V) Drop Gol terbanyak akan diambil kira.

5.3 Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati dan akhir, jika berlaku seri selepas sesuatu
perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang:
5.3.1 Masa tambahan 10 minit sehala diberikan (Perlawanan akhir 15 minit)
5.3.2 Jika masih seri, sepakan penalti secara "sudden death" mengikut giliran pasukan secara
selang-seli diadakan di garisan 22 meter.
5.3.3 Hanya pemain-pemain yang bermain dan berada dalam padang semasa masa
tambahan dibenarkan mengambil sepakan penalti.

5.4 Masa Perlawanan


5.4.1 Masa untuk sesuatu perlawanan ialah 30 minit - 5 minit rehat - 30 minit.
5.4.2 Jika sesuatu perlawanan terpaksa diberhentikan kerana sesuatu sebab yang tidak dapat
dielakkan dan perlawanan itu telahpun dijalankan melebihi 50 minit, maka keputusan
pada masa perlawanan itu diberhentikan diambil kira.

6. PAKAIAN
Peraturan Pakaian ialah seperti yang telah ditetapkan dalam buku peraturan Lembaga Ragbi
Antarabangsa (IRB)

7. GELANGGANG PERMAINAN
Gelanggang permainan mengikut spesifikasi dan ukuran gelanggang yang telah ditetapkan dalam
buku peraturan Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). (Lihat Lampiran)

8. ALATAN

Bola pertandingan adalah saiz 5 dan spesifikasi bola ialah menurut peraturan yang ditetapkan oleh
buku peraturan Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). (Lihat Lampiran)

9. KELEWATAN

9.1 Pasukan yang lewat masuk padang melebihi 15 minit dari masa yang ditetapkan dikira tidak
menghadirkan diri.
9.2 Pasukan yang menunggu akan diberi kemenangan 21 - 0.

10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

10.1 Sebarang penarikan diri atau menyerah kalah tidak dibenarkan.


10.2 Sekiranya ada pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada
pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan akan dibatalkan.
Pasukan tersebut akan dirujuk kepada Lembaga Tatatertib.
10.3 Setiap pasukan mesti mengandungi sekurang-kurangnya 12 orang pemain untuk memulakan
perlawanan. Jika tidak kemenangan percuma 21-0 akan diberikan kepada pihak lawan.
11. BANTAHAN

11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola
Pertandingan dalam masa 1 jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan.
11.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan
ialah 21 - 0 diberikan kepada pihak membuat bantahan.
11.3 Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak
RM300.00 tunai. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berasas.
11.4 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:
11.4.1 Pengerusi Pengelola atau wakilnya
11.4.2 Setiausaha Pengelola atau wakilnya
11.4.3 Pengerusi Teknik Ragbi MSSMK atau wakilnya
11.4.4 2 orang wakil Pengurus Pasukan yang tidak terlibat.

12. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan Am MSSMK

13. LEMBAGA TATATERTIB

14. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad. Sila rujuk Peraturan Am
MSSMK
UKURAN TIANG GOL RAGBI

> 3.4 meter

3 meter
Diameter tiang ragbi ialah di antara 3 - 4 inci
5.6 meter

UKURAN BOLA

280 - 300 mm

580 - 620 mm

INTERNATIONAL RUGBY BOARD

740 - 770 mm
UKURAN PADANG RAGBI

Garisan Bola Mati


Garisan Tepi Gol

Tidak
KAWASAN GOL melebihi
22 m
5.6 m

5m 22 m
Garisan 5 Meter

Garisan 22 Meter

5m

15 m
Garisan 10 Meter

10 m
Garisan Tepi

GARISAN TENGAH Tidak


melebihi
100 m
10 m

Garisan 10 Meter
15 m
5m

Garisan 22 Meter

Garisan 5 Meter

5m 22 m

Garisan Gol
Garisan Tepi Gol

KAWASAN GOL Tidak


melebihi
22 m
Garisan Bola Mati

Tidak melebihi 70 m

You might also like