You are on page 1of 8

Nama : ALFREAD ANAK MAGGIE

No. Kad Pengenalan : 800709-13-5187


Kursus : Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia
No. Angka Giliran : 2009052050044

BAHAGIAN B. TUGASAN KUMPULAN


SOALAN 3A

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu, Sabah telah


dianugerahkan sebagai Guru Besar Cemerlang. Kejayaan beliau
memimpin sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang
diamalkan..

a) Huraikan corak kepimpinan yang diamalkan oleh Guru Besar berkenaan.


Pengenalan.

Pemimpin dikenali sebagai pentadbir, penguasa, pengatur dan pemakmur


yang bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberi kepadanya.
Kepimpinan pula merupakan kuasa yang menggabungkan pemimpin dengan
pengikut untuk mencapai sesuatu objektif. Setiap organisasi haruslah mempunyai
seorang pemimpin kerana pemimpin adalah orang yang dapat menentukan matlamat
dan objektif dapat dicapai. Pemimpin juga akan bertanggungjawab mengawal
perjalanan dan hala tuju organisasi. Untuk mencapai matlamat yang betul maka
pemimpin akan mengamalkan corak dan gaya kepimpinan yang sesuai.
Kuasa.
Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya dan cemerlang seseorang
pemimpin tersebut haruslah mempunyai kuasa untuk mentadbir dan memerintah
ruang lingkup yang berada di bawah kekuasaannya. Kuasa tersebut juga
merupakan satu pengaruh yang boleh membuatkan orang bawahannya ikut
kepadanya. Berikut merupakan antara kuasa-kuasa yang perlu ada pada seorang
pemimpin:

i. Kuasa paksaan
Kuasa paksaan ini adalah satu kuasa yang boleh menyebabkan seseorang
pegawai wajib melakukan tugasnya. Namun begitu pegawai tersebut
bukanlah bermaksud beliau dipaksa untuk melakukan suatu kerja yang bukan
berada di dalam skop tugasnya. Kuasa paksaan ini haruslah berlandas atau
menggunakan undang-undang yang telah ditetapkan seperti mana yang telah
termaktub dalam bidang tugas seorang pegawai.

ii. Kuasa hubungan.


Kuasa hubungan pula bermaksud satu kuasa yang ada pada seorang ketua
untuk membuat perhubungan atau kontak dengan orang lain. Dalam kontek
ini kuasa hubungan boleh dirujuk kepada kuasa seorang untuk membuat
kontak dengan orang atasannya. Kuasa hubungan ini penting supaya
matlamat organisasi sentiasa diperhatikan dan dapat mengelak dari terpesong
keluar dari matlamat utama. Kuasa hubungan juga akan membuatkan
kepentingan organisasi sentiasa terpelihara.

iii. Kuasa rujukan.


Kuasa rujukan pula bermaksud, pemimpin tersebut merupakan seorang yang
mempunyai nilai moral yang tinggi, berperibadi mulai dan sentiasa menjadi
sumber idea kepada yang lain. Sekiranya terdapat kemyuskiran tentang suatu
perkara maka pemimpin tersebut akan dirujuk agar mereka mendapat
pentunjuk yang betul. Dari segi perwatakan, pemimpin tersebut akan sentiasa
menjadi role model kepada orang bawahan kerana ketinggian keperibadinya
iv. Kuasa kepakaran.
Kuasa kepakaran boleh dilihat melalui pengetahuan, kemahiran, latihan serta
pengalaman pemimpin. Dengan ada perkara ini maka beliau mampu untuk
mempengaruhi orang lain. Untuk menjadi seorang ketua, pemimpin haruslah
lebih pakar dalam berbanding dengan orang lain. Dengan adanya kepakaran
yang tinggi maka orang di bawahnya akan lebih menghormati pemimpinnya.
Kuasa kepakaran ini boleh diperolehi melalui latihan, kursus yang dihadiri,
penambahan kemahiran serta pengalaman yang banyak dan pelbagai.

v. Kuasa maklumat.
Untuk menjadi pemimpin, kuasa maklumat perlu juga wujud. Ini kerana
seseorang yang mempunyai maklumat penting dianggap sebagai seorang
yang berkuasa. Dengan maklumat yang dimiliki maka pemimpin dapat
mangawal organisasi dengan baik dan stabil. Maklumat yang terkini menjadi
senjata kepada kejayaan organisasi. Dengan maklumat yang banyak,
pemimpin mampu untuk memanipulasi keadaan mengikut kehendaknya agar
mencapai matlamat organisasi yang diketuainya.

vi. Kuasa ganjaran.


Kuasa ganjaran ialah, anak buah bekerja dengan gigih kerana mereka
menganggap dengan bekerja mereka akan mendapat ganjaran. Selain itu ia
merupakan salah satu kuasa yang membolehkan pemimpin mengganjarkan
anak buahnya. Ganjaran ini penting kerana ia merupakan salah satu motivasi
untuk berbuat sesuatu yang lebih baik dan untuk berusaha dengan lebih gigih
lagi. Sekiranya ahli di dalam organisasi mempunyai nilai motivasi yang tinggi
maka produktiviti juga akan meningkat.
Nilai murni kepimpinan.
Selain dari mempunyai kuasa untuk mengarah, seorang pemimpin juga
memerlukan nilai moral yang baik untuk ditunjukkan kepada bawahannya agar beliau
dihormati dan disegani oleh orang bawahannya. Seseorang pemimpin juga haruslah
seorang yang berakhlak mulia. Ini kerana beliau adalah role model ataupun contoh
kepada bawahannya. Berikut merupakan antara nilai murni kepimpinan yang perlu
ada pada Guru Besar tersebut sehinggakan beliau terpilih sebagai Guru Besar
Cemerlang:

i. Bersih, cekap dan amanah.


Nilai bersih, cekap dan amanah adalah di antara nilai yang perlu ada. Antara
maksud bersih di sini adalah bersih dari amalan negatif seperti rasuah dan
pecah amanah. Cekap pula merujuk kepada cara sesuatu pekerjaan
dilakukan. Ia haruslah dilakukan dengan cekap dan teratur agar menepati
spesifikasi kerja yang telah ditetapkan. Amanah pula merujuk kepada sikap
bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang telah diberikan untuk tugas-
tugas tertentu.

ii. Kerelaan berkongsi kuasa dengan pekerja.


Dalam keadaan tertentu seorang pemimpin perlulah menurunkan kuasa
kepada orang di bawahnya. Antara contoh yang mana kuasa boleh
diturunkankan kepada bawahannya ialah semasa pemimpin tersebut berada
di luar kawasan untuk bertugas ataupun semasa beliau bercuti. Beliau
mestilah mamberikan kuasa mentadbir kepada penolongnya mentadbir agar
kerja-kerja yang ditinggal pada masa tersebut tidak tertangguh.

iii. Mempunyai emosi seimbang dan pandai berjenaka.


Dari segi emosi pula, seorang pemimpin haruslah mempunyai emosi yang
stabil dan seimbang. Pemimpin haruslah stabil agar setiap tindakan dan
keputusan yang diambil adalah berlunaskan tatacara yang betul dan tidak
berat kepada kepentingan peribadi. Pemimpin yang pandai berjenaka pula
akan mendekatkan lagi dirinya dengan orang bawahannya.
iv. Memberi teladan yang baik kepada pekerja-pekerja.
Teladan yang baik kepada pekerja-pekerja adalah amat penting dalam
sesebuah organisasi. Ini kerana organisasi akan menjadi lemah sekiranya
ketua menunjukkan teladan yang tidak baik. Pekerja-pekerja akan lebih
cenderung meniru perkara yang kurang baik berbanding perkara yang baik.
Pemimpin adalah role model yang penting, maka teladan yang baik adalah
perlu ditunjukkan.

v. Tidak mengawal pekerja sehingga menimbulkan ketegangan.


Mengawal pekerja adalah penting untuk memastikan objektif dan matlamat
organisasi tercapai. Namun begitu pemimpin haruslah juga memberi ruang
kepada pekerjanya. Sikap toleransi perlu ada dalam setiap tindakan yang
diambil. Pekerja akan menjadi stress sekiranya setiap pergerakan dan
tindakan mereka dikawal. Ini akan menyebabkan keadaan di tempat kerja
menjadi tegang. Ketegangan ini pula akan menyebabkan masalah disiplin
timbul.

vi. Sentiasa terbuka kepada kritikan yang membina.


Seorang pemimpin yang baik akan sentiasa terbuka kepada kritikan yang
membina. Setiap kritikan mesti dicerna dengan baik. Kritikan terjadi kerana
terdapat perkara yang orang lain tidak berpuas hati. Kritikan ini harus diambil
perhatian dan dijadikan sebagai rujukan untuk memperbaiki corak kepimpinan
yang sedia ada. Ada kalanya pemimpin juga silap dalam tindakannya kerana
pemimpin juga adalah seperti orang lain yang tidak lari dari kesilapan.
Gaya kepimpinan demokratik dan eksekutif.

Selain itu juga seorang pemimpin harus mengamalkan corak dan gaya
kepimpinan yang demokratik dan eksekutif. Dengan mengamalkan corak
kepimpinan yang sedemikian maka pemimpin tersebut akan sentiasa berunding
dan mengambil kira pendapat dan penyertaan orang bawahan dalam
pengurusan organisasi. Maka dengan ini orang bawahan akan dapat
mengutarakan buah fikiran. Mungkin orang bawahan akan dapat memberikan buah
fikiran yang lebih baik, yang tidak terfikir oleh pemimpin itu sendiri, terutamanya
dalam menyelesaikan sesuatu masalah ataupun situasi. Besar kemungkinan
pendapat yang diutarakan merupakan satu jalan penyelesaian yang paling baik
untuk sesuatu masalah. Setiap pendapat yang lain mesti dipertimbangkan.

Dalam mengamalkan gaya kepimpinan yang demokratik dan eksekutif,


seseorang pemimpin yang cemerlang juga akan sentiasa menetapkan objektif
yang tinggi dan berkemampuan untuk membimbing dan menasihati stafnya.
Objektif organisasi yang tinggi akan memandu pekerja di dalam organisasi tersebut
berusaha dengan lebih keras lagi demi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Dalam usaha mencapai objektif tersebut maka, pemimpin yang mengetuainya
mestilah mampu untuk memberi bimbingan serta menasihati stafnya agar sentiasa
menuju ke arah sasaran yang telah ditentukan. Sekiranya pemimpin yang
mengetuai pasukan itu gagal untuk member dorongan dan bimbingan maka adalah
mustahil kepada organisasi tersebut untuk mencapai matlamat mereka.
Penutup.

Dengan mengamalkan corak kepimpinan seperti yang dinyatakan seperti di


atas maka, adalah patut Guru Besar tersebut dianugerahkan sebagai Guru Besar
cemerlang. Corak kepimpinan yang sebegini akan membawa kejayaan yang lebih
besar kepada sekolah pada masa akan datang. Sekiranya semua Guru Besar di
Malaysia mengamalkan corak kepimpinan yang sama adalah tidak mustahil segala
matlamat dan dasar kerajaan dapat dicapai pada masa akan datang.

You might also like