You are on page 1of 37

Teknik Menghasilkan Rumusan Berkesan

TEKNIK MERUMUSKAN PETIKAN/ RENCANA

A. MENULIS PENGENALAN:
1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada
perkataan ‘dan’ dalam pengenalan.
2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan:
* faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi
* langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan
* kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif
* ciri = sifat = bentuk
* masalah = halangan = cabaran = kekangan

3. Contoh:
1. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada masyarakat.

Pengenalan rumusan :
Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah.

2. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan
Bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan Bandar tersebut.

Pengenalan rumusan :
Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan
Bandar.

3. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah
melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan :
Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang.

4. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada
Negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan :
Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada Negara.

5. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara
untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengenalan rumusan :
Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan ringan kepada kanak-kanak.
B. MENULIS ISI TERSURAT:
1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata dalam soalan.
Jangan ubah)
2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja.
3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi)
4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda.
5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat.
6. Pastikan maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam I ayat.
7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat.

8. Contoh penggunaan ayat:

Contoh 1: Rumusan yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat)

-Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat.
-Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar.
-Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena tersebut.
-Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran.
-Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi.
-Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di Bandar.

Contoh 2 : Rumusan kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa)

-Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit.
-Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar.
-Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar.
-Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar.
-Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan.

9. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain
yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)
Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-undang.
Sepatutnya : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-undang.

Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.
Sepatutnya : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik.

10. Contoh :
Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan
kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap
orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat. "
Isi tersurat :
-Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai
menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba.

Contoh 2 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang
dihadapi.

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis
ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai
menjadi lebih mudah."

Isi tersurat :
- Selain itu, kesan kemajuan teknologi kepada negara ialah tugas yang dijalankan oleh orang
ramai menjadi lebih mudah.

Contoh 3 : Rumuskan ciri-ciri tanaman kontan di negara kita dan kepentingannya.

"Antara tanaman kontan tersebut termasuklah getah dan kelapa sawit. Tanaman ini banyak
ditanam di sini kerana tanah lateritnya yang subur. Hasil tanaman ini adalah digunakan untuk
jualan yang memberi keuntungan kepada negara."

Isi tersurat :
- Ciri-ciri pertanian kontan yang lain termasuklah digunakan sebagai jualan bagi memberi
keuntungan kepada negara.

Contoh 4 : Rumuskan kesan negatif kafe siber dalam kalangan remaja dan langkah
mengatasinya.

"Umum mengetahui perkembangan kafe siber begitu pesat sehingga seperti cendawan tumbuh.
Banyak pihak berpendapat bahawa perkembangan ini amat wajar bagi meningkatkan kemajuan
IT dalam kalangan penduduk. Namun segelintir kecil menentangnya dengan alasan bahawa
tempat ini akan menjadi tempat berkembangnya gejala sosial dalam kalangan remaja. "

Isi tersurat :
- Kesan negatif yang terakhir ialah kafe siber akan menjadi tempat berkembangnya masalah
sosial dalam kalangan masyarakat.
C. MENULIS ISI TERSIRAT:
1. Berdasarkan kunci kata soalan yang kedua.
2. Isi bahagian ini perlu anda fikir sendiri dan bukan diambil dari petikan juga.
3. Jika isi tersirat yang anda fikirkan sudah ada dalam petikan juga, jangan ambil sebagai isi
anda.
4. Penggunaan ayat dan penanda wacana adalah sama dengan isi tersurat.
5. Jumlah minimum ialah 2 isi tetapi jika isi tersurat kurang, bahagian isi ini perlu ditambah.
6. JANGAN gunakan perkataan ‘harus/ patut/ mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah’ dan lain-lain
yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)

7. Contoh :
Contoh 1 : Rumuskan kesan-kesan kemajuan teknologi kepada negara dan masalah yang
dihadapi.

"Banyak kemajuan tercapai apabila manusia memperkenalkan sains dan teknologi. Pelbagai jenis
ciptaan turut dihasilkan sehingga menyebabkan tugas yang dilaksanakan oleh orang ramai
menjadi lebih mudah."

Isi tersirat :
- Masalah yang dihadapi dalam menyebarkan kemajuan teknologi ialah kekurangan pakar yang
mampu memberi perkhidmatan dalam bidang ini kerana masih baru di negara kita.

Contoh 2 : Rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah
untuk memajukannya.

Isi tersirat :
-Langkah untuk memajukan sektor pertanian yang seterusnya ialah kerajaan memberi
kemudahan subsidi baja kepada para petani.

Contoh 3 : Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya.

"Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan
kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap
orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat."

Isi tersirat :
- Langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang terakhir adalah dengan menguatkuasakan
undang-undang jalan raya kepada pemandu yang menyalahi peraturan di jalan raya.

Contoh 4 : Rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara
untuk mencegahnya.

Isi tersirat :
- Untuk mengatasi masalah ini, langkah lain ialah ibu bapa memberi didikan agar anak-anak
memilih makanan yang seimbang.
D. MENULIS PENUTUP / ULASAN:
1. 3 aspek perlu ditulis iaitu:
i. siapa bertindak ii. apa tindakan iii. tujuan tindakan
2. Ayat mesti mengandungi perkataan berikut:
i. Kesimpulannya / Oleh itu / Justeru / Maka / Jadi
ii. harus / patutlah / mestilah / wajarlah / harus / patut
iii. supaya / agar
3. Ayat seharusnya berbunyi begini :

Contoh 1 :
Kesimpulannya, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).

Contoh 2 :
Oleh itu, (siapa bertindak) harus (apa tindakan) agar (tujuan tindakan).

4. Contoh jawapan ulasan rumusan anda:


Contoh 1 :
Rumuskan faktor penyalahgunaan dadah dan langkah membanterasnya.

Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, kerajaan dan masyarakat harus berganding bahu agar masalah penyalahgunaan
dadah dapat diatasi.

Contoh 2 :
Buat rumusan tentang ciri makanan seimbang dan kebaikan makanan tersebut.

Ulasan rumusan:
Oleh itu, ibu bapa harus mendidik anak-anak mereka agar bijak memilih makanan yang
seimbang.

Contoh 3 :
Rumuskan inisiatif untuk menggalakkan pelajar membaca dan masalah yang dihadapi.

Ulasan rumusan:
Oleh hal yang demikian, para pelajar patut bijak memilih buku yang dibaca agar mendapat
pengetahuan yang berfaedah.

Contoh 4 :
Rumuskan faedah penggunaan Bahasa Inggeris dalam sains dan matematik serta
permasalahannya.

Ulasan rumusan:
Kesimpulannya, para pelajar haruslah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata
pelajaran tersebut agar mutu bahasa Inggeris mereka dapat dipertingkatkan.
Contoh Rumusan Lengkap

Contoh Rumusan Lengkap 1:

Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya. Panjang rumusan
tidak boleh lebih 120 patah perkataan.

___________________________________________________________________
Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta
orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang
asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal.
Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu
rumah. Kedatangan golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam
segi pekerjaan penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke
negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di
negara asal mereka.

Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan
yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu
memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian
besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah
pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu
ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti
Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru,
walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran
pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah.

Selain faktor di atas, kebanjiran penatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan
yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana
pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan.
Keadaan ini ditembah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan
dengan gaji yang tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi
perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini
menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak
memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi
membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.

Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan
pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad.
Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan
pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan
yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan
penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai
pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan.
Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian
besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.

Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah,
penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut
menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing
tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa
dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi
malah merugikan negara.

___________________________________________________________________

Contoh Jawapan Rumusan 1:

Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.

Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik
berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak
pekerjaandi sini memberi pendapatan yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang aman,
telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan
mereka ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di Malaysia. Faktor yang
turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada pihak di negara kita memberi perlindungan
kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang juga menyukarkan pemantauan pekerja
asing dilaksanakan.

Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas.
Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia.

Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat
dikurangkan.

(121 patah perkataan)

Contoh Rumusan Lengkap 2:

Rumuskan punca lambakan barangan tiruan di Malaysia dan langkah mengatasinya. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

____________________________________________________________________

Barang-barang terkenal terutamanya yang berjenama terkenal telah berada di pasaran tempatan
sejak beberapa tahun yang lalu. Gejala ini berterusan kerana memiliki barangan berjenama
terkenal menjadi idaman kebanyakan orang yang mengutamakan prestij. Namun begitu, bukan
semua orang mampu memiliki barangan yang berjenama kerana harganya yang mahal. Untuk
memenuhi tuntutan kemahuan tersebut, maka segelintir anggota masyarakat beralih kepada
barangan tiruan. Mereka berpendapat mutu barangan ciplak itu tiada bezanya daripada kualiti
barangan asli.

Penimbunan barangan tiruan itu disokong oleh pasaran globalisasi yang memudahkan barangan
berkenaan memasuki negara kita. Barangan tiruan ini biasanya dibawa masuk melalui pintu
sempadan dan pelabuhan dalam dua bentuk iaitu, separuh siap atau siap sepenuhnya. Barangan
separuh siap akan melalui proses pembungkusan dan pelebelan sebelum memasuki pasaran.
Dengan kemudahamn logistik, barangan ini dapat dihantar oleh pengedar ke sesuatu destinasi
dengan cepat dan mudah. Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan
lapangan terbang menjadi satu cabaran kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti isinya.
Keadaan ini bertambah rumit apabila para pengimport membuat perisytiharan palsu terhadap
barangan itu. Kaedah lain yang digunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab ini antaranya
adalah melalui penghantaran cepat dengan perkhidmatan bas ekspres atau kereta api. Malah
kecanggihan teknologi kini mengizinkan pesanan dan bayaran barangan dibuat melalui talian
laman web yang dilayari oleh pelanggan.

Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan dibuat secara tunai tanpa
sebarang resit. Oleh itu, apabila serbuan dibuat ke atas penjual, maka pembekalnya tidak dapat
dikesan. Sekalipun dikenali pembekalnya namun penjual tidak berani memaklumkannya kepada
pihak berkuasa tentang identiti pembekalnya kerana hal ini membabitkan kegiatan sindiket dan
mengancam nyawa mereka. Bagi para pengguna pula, mereka sukar membezakan antara
barangan tiruan dengan barangan asli. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan mesin canggih yang
dapat menghasilkan bahan tiruan yang hampir menyerupai barangan tulen. Pada masa ini,
barangan tiruan yang paling banyak di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan, alat ganti
kenderaan, alat komunikasi, cakera optik dan perisian kompeter. Barangan ini laris di pasaran
atas kecenderungan sebahagian pengguna yang tidak memperdulikan ketulenannya asalkan
barangan itu berjenama dan murah.

Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket besar dengan modal
yang banyak. Oleh sebab itulah kita dapati sekalipun barangan itu dirampas hari ini, namun
keesokan harinya mereka boleh beroperasi semula kerana sumbernya mempunyai rangkaian
perniagaan besar yang boleh bertukar ganti dan stok barangan tersebut mungkin berada di mana-
mana sahaja.
____________________________________________________________________

Contoh Jawapan Rumusan 2:

Petikan membincangkan faktor yang menyebabkan lambakan barang-barang tiruan di Malaysia.

Punca lambakan barang-barang tiruan di Malaysia ialah golongan yang tidak berkemampuan
ingin memiliki barangan berjenama dengan memilih barangan tiruan. Selain itu, pasaran
globalisasi memudahkan barangan tiruan memasuki Malaysia. Pada masa yang sama, teknologi
terkini mengizinkan pesanan dan bayaran dibuat melalui talian laman web. Malahan, kegiatan
pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara tunai menyebabkan serbuan dibuat menemui
kegagalan. Faktor lain ialah pengguna sukar membezakan di antara barangan tiruan dengan
barangan asli kerana bentuknya yang hampir sama. Faktor terakhir ialah penjualan barangan
tiruan dilindungi oleh sindiket besar.
Untuk mengatasinya, tindakan undang-undang yang tegas dikenakan kepada semua pihak yang
terlibat. Masyarakat juga boleh melaporkan jenayah ini kepada pihak berkuasa tanpa rasa takut.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar masalah pengedaran barang-barang tiruan
dapat dibanteras.

(120 patah perkataan )

Contoh Rumusan Lengkap

Contoh Rumusan Lengkap 1:

Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing dan kesan-kesannya. Panjang rumusan
tidak boleh lebih 120 patah perkataan.

___________________________________________________________________
Kebanyakan media menganggarkan jumlah pekerja asing di negara kita telah melebihi dua juta
orang. Daripada jumlah tersebut, sebahagian besarnya pula adalah bertumpu di bandar-bandar
besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang
asing yang datang dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Nepal.
Tumpuan mereka adalah dalam sektor pembinaan, perindustrian, perladangan dan pembantu
rumah. Kedatangan golongan ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif khususnya dalam
segi pekerjaan penduduk tempatan dan pembangunan negara. Sebab utama mereka bertumpu ke
negara kita adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding dengan di
negara asal mereka.

Selain itu, matlamat utama mereka bertumpu ke Malaysia adalah disebabkan banyak pekerjaan
yang terdapat di sini memberi pendapatan yang tinggi. Rata-rata golongan ini mampu
memperoleh pendapatan sehingga ribuan ringgit sebulan. Daripada jumlah tersebut, sebahagian
besarnya akan dikirimkan kepada keluarga mereka yang menetap di negara asal. Ini ditambah
pula dengan keadaan negara kita yang aman dan makmur, telah menggalakkan mereka bertumpu
ke Malaysia. Hal ini amat berbeza sekali dengan keadaan di negara asal mereka seperti
Indonesia, Bangladesh dan Nepal yang kerap berlaku pergolakan politik dan peperangan. Justeru,
walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk mengekang kebanjiran
pendatang asing ini, namun jumlah mereka semakin bertambah.

Selain faktor di atas, kebanjiran penatang asing di negara kita turut disebabkan oleh permintaan
yang tinggi terhadap buruh asing dari luar negeri oleh majikan di Malaysia. Hal ini kerana
pendatang asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding dengan buruh tempatan.
Keadaan ini ditembah pula oleh sikap pekerja tempatan yang lebih gemar memilih pekerjaan
dengan gaji yang tinggi. Lebih menyulitkan keadaan, ada pihak di negara kita yang memberi
perlindungan kepada pekerja asing sehingga menggalakkan mereka bertumpu di Malaysia. Ini
menyebabkan pendatang asing berasa selamat bekerja di sini walaupun sebahagiannya tidak
memiliki permit. Sikap negatif penduduk tempatan ini telah banyak menyebabkan operasi
membanteras pekerja asing tanpa permit menemui kegagalan.
Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang dikelilingi oleh lautan, keadaan
pantainya yang terlalu luas menyebabkan kawalan daripada pihak berkuasa menjadi terhad.
Sebagai contohnya, sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menjadi kawasan pendaratan
pekerja asing tanpa permit untuk bekerja di Malaysia. Tambah merumitkan keadaan, jabatan
yang ditugaskan untuk mengawal kebanjiran pekerja asing itu masih mengalami kekurangan
penguatkuasa bagi menjalankan rondaan dan serbuan. Situasi ini telah menyebabkan ramai
pekerja asing yang memasuki negara kita secara tidak sah, bebas tanpa berjaya dikesan.
Kebanyakan rondaan yang dilakukan gagal menemui pekerja asing tersebut yang sebahagian
besarnya menjadikan Selat Melaka sebagai laluan yang selamat untuk ke negara kita.

Oleh sebab jumlah mereka yang terlalu ramai telah memberi kesan yang amat parah,
penguatkuasaan perlulah lebih kerap dilakukan. Untuk tujuan tersebut, kerajaan turut
menggunakan tenaga RELA bagi menjalankan rondaan dan tangkapan terhadap pekerja asing
tanpa permit. Mereka yang ditangkap akan ditempatkan di pusat-pusat tahanan sebelum didakwa
dan dihantar pulang ke negara asal mereka. Usaha ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi
malah merugikan negara.

___________________________________________________________________

Contoh Jawapan Rumusan 1:

Petikan membincangkan sebab-sebab yang mendorong Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing.

Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing disebabkan peluang pekerjaan yang lebih baik
berbanding dengan di negara asal. Selain itu, mereka berkunjung ke Malaysia kerana banyak
pekerjaandi sini memberi pendapatan yang tinggi. Pada Masa yang sama, negara kita yang aman,
telah menggalakkan mereka bertumpu ke Malaysia. Faktor lain yang menggalakkan kedatangan
mereka ialah permintaan yang tinggi terhadap buruh asing oleh majikan di Malaysia. Faktor yang
turut mempengaruhi kehadiran mereka ialah ada pihak di negara kita memberi perlindungan
kepada pekerja asing. Pantai Malaysia yang panjang juga menyukarkan pemantauan pekerja
asing dilaksanakan.

Kehadiran mereka telah menyebabkan peluang pekerjaan penduduk tempatan semakin terbatas.
Malahan, jenayah membabitkan golongan ini semakin berleluasa di Malaysia.

Kesimpulannya, kerajaan perlu mengambil tindakan tegas agar jumlah pekerja asing dapat
dikurangkan.

(121 patah perkataan)

Contoh Rumusan Lengkap 2:

Rumuskan punca lambakan barangan tiruan di Malaysia dan langkah mengatasinya. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
____________________________________________________________________

Barang-barang terkenal terutamanya yang berjenama terkenal telah berada di pasaran tempatan
sejak beberapa tahun yang lalu. Gejala ini berterusan kerana memiliki barangan berjenama
terkenal menjadi idaman kebanyakan orang yang mengutamakan prestij. Namun begitu, bukan
semua orang mampu memiliki barangan yang berjenama kerana harganya yang mahal. Untuk
memenuhi tuntutan kemahuan tersebut, maka segelintir anggota masyarakat beralih kepada
barangan tiruan. Mereka berpendapat mutu barangan ciplak itu tiada bezanya daripada kualiti
barangan asli.

Penimbunan barangan tiruan itu disokong oleh pasaran globalisasi yang memudahkan barangan
berkenaan memasuki negara kita. Barangan tiruan ini biasanya dibawa masuk melalui pintu
sempadan dan pelabuhan dalam dua bentuk iaitu, separuh siap atau siap sepenuhnya. Barangan
separuh siap akan melalui proses pembungkusan dan pelebelan sebelum memasuki pasaran.
Dengan kemudahamn logistik, barangan ini dapat dihantar oleh pengedar ke sesuatu destinasi
dengan cepat dan mudah. Pertambahan kontena barangan yang sampai di pelabuhan dan
lapangan terbang menjadi satu cabaran kepada pihak berkuasa untuk mengenalpasti isinya.
Keadaan ini bertambah rumit apabila para pengimport membuat perisytiharan palsu terhadap
barangan itu. Kaedah lain yang digunakan oleh golongan tidak bertanggungjawab ini antaranya
adalah melalui penghantaran cepat dengan perkhidmatan bas ekspres atau kereta api. Malah
kecanggihan teknologi kini mengizinkan pesanan dan bayaran barangan dibuat melalui talian
laman web yang dilayari oleh pelanggan.

Modus operandi kegiatan pengedaran dan penjualan barangan tiruan dibuat secara tunai tanpa
sebarang resit. Oleh itu, apabila serbuan dibuat ke atas penjual, maka pembekalnya tidak dapat
dikesan. Sekalipun dikenali pembekalnya namun penjual tidak berani memaklumkannya kepada
pihak berkuasa tentang identiti pembekalnya kerana hal ini membabitkan kegiatan sindiket dan
mengancam nyawa mereka. Bagi para pengguna pula, mereka sukar membezakan antara
barangan tiruan dengan barangan asli. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan mesin canggih yang
dapat menghasilkan bahan tiruan yang hampir menyerupai barangan tulen. Pada masa ini,
barangan tiruan yang paling banyak di pasaran ialah pakaian, makanan, ubat-ubatan, alat ganti
kenderaan, alat komunikasi, cakera optik dan perisian kompeter. Barangan ini laris di pasaran
atas kecenderungan sebahagian pengguna yang tidak memperdulikan ketulenannya asalkan
barangan itu berjenama dan murah.

Penjualan barangan tiruan kian berleluasa kerana dipayungi oleh sindiket besar dengan modal
yang banyak. Oleh sebab itulah kita dapati sekalipun barangan itu dirampas hari ini, namun
keesokan harinya mereka boleh beroperasi semula kerana sumbernya mempunyai rangkaian
perniagaan besar yang boleh bertukar ganti dan stok barangan tersebut mungkin berada di mana-
mana sahaja.
____________________________________________________________________

Contoh Jawapan Rumusan 2:

Petikan membincangkan faktor yang menyebabkan lambakan barang-barang tiruan di Malaysia.


Punca lambakan barang-barang tiruan di Malaysia ialah golongan yang tidak berkemampuan
ingin memiliki barangan berjenama dengan memilih barangan tiruan. Selain itu, pasaran
globalisasi memudahkan barangan tiruan memasuki Malaysia. Pada masa yang sama, teknologi
terkini mengizinkan pesanan dan bayaran dibuat melalui talian laman web. Malahan, kegiatan
pengedaran barangan tiruan boleh dibuat secara tunai menyebabkan serbuan dibuat menemui
kegagalan. Faktor lain ialah pengguna sukar membezakan di antara barangan tiruan dengan
barangan asli kerana bentuknya yang hampir sama. Faktor terakhir ialah penjualan barangan
tiruan dilindungi oleh sindiket besar.

Untuk mengatasinya, tindakan undang-undang yang tegas dikenakan kepada semua pihak yang
terlibat. Masyarakat juga boleh melaporkan jenayah ini kepada pihak berkuasa tanpa rasa takut.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama agar masalah pengedaran barang-barang tiruan
dapat dibanteras.

(120 patah perkataan )

Petikan Soalan Rumusan

Soalan Rumusan 1:

Baca petikan yang diberi di bawah, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan langkah memperbaiki program ini.
Panjang 120 patah perkataan.
____________________________________________________
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2002.
Pada setiap tahun, program ini dilaksanakan sebanyak dua kali bagi membolehkan lebih ramai
remaja menyertainya. Golongan remaja yang diwajibkan untuk menyertai program PLKN ini
adalah terdiri daripada lepasan sekolah iaitu sebaik sahaja mereka menamatkan peperiksaan Sijil
Peperiksaan Malaysia. Dengan menyertai PLKN ini, para peserta akan dapat mengisi masa
lapang mereka dengan berfaedah sambil menunggu keputusan peperiksaan. Dengan masa lapang
yang sentiasa terisi, remaja akan terhindar daripada melakukan jenayah yang tidak berfaedah
seperti menyertai perlumbaan motosikal haram, menyalahgunakan dadah, menyertai kumpulan
haram dan sebagainya.

Peserta PLKN adalah terdiri daripada remaja pelbagai kaum. Di kem-kem PLKN, remaja
tersebut yang terdiri daripada remaja Melayu, Cina dan India ditempatkan di dalam satu kawasan
yang sama. Oleh itu penyertaan mereka dalam PLKN dapat menyemai semangat perpaduan di
antara pelbagai kaum. Semangat perpaduan ini amat penting bagi membentuk Malaysia yang
aman dan harmoni. Penyertaan mereka dalam PLKN juga menggalakkan mereka untuk belajar
berdikari tanpa mengharapkan pertolongan daripada orang lain. Sebagai contohnya, mereka
dikehendaki untuk mengemas dan mencuci pakaian mereka sendiri ketika berjauhan daripada
keluarga. Hal seperti ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya golongan remaja tidak
didedahkan dengan program PLKN.

Semasa berada di kem latihan, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk golongan remaja
tersebut. Antaranya termasuklah ceramah, motivasi, latihan ketenteraan dan sebagainya. Dengan
cara ini, penyertaan mereka akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara kita. Program
yang diatur dikendalikan oleh jurulatih yang terdiri daripada pakar-pakar alam bidang
ketenteraan dan kepolisian. Oleh itu, tidak hairanlah apabila sebahagian besar peserta yang
ditemui menjelaskan bahawa penyertaan mereka telah dapat meningkatkan semangat keyakinan
dan jati diri yang tinggi dalam diri mereka. Semangat seperti inilah yang perlu sentiasa ada dan
disemai dalam jiwa setiap remaja di negara kita. Hal ini adalah amat penting memandangkan
golongan remaja inilah yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Selain itu, program PLKN juga disertai oleh golongan remaja dari seluruh pelosok negara.
Peserta dari Perlis hinggalah Sabah dan Sarawak ditempatkan di dalam beberapa buah kem
latihan di seluruh negara. Dengan cara ini para peserta yang menyertai program PLKN akan
dapat mengenali di antara satu dengan yang lain di samping dapat mempelajari pelbagai budaya
yang menarik. Hal seperti ini tidak mungkin dapat dirasai sekiranya remaja tidak menyertai
program PLKN sehingga ada golongan remaja yang bersikap seperti “katak di bawah
tempurung”. Dalam masa yang sama juga, para peserta akan dapat mencari rakan-rakan yang
baru dari seluruh negara bagi bertukar-tukar pendapat. Mereka dapat berbincang mengenai
perkara yang berkaitan dengan pelajaran mahupun tentang isu-isu semasa.

Memandangkan penyertaan remaja dalam program PLKN memberi pelbagai faedah, maka
golongan remaja tidak harus melepaskan peluang ini. Justeru, ibu bapa pula tidak harus berasa
bimbang ketika anak-anak mereka mengikuti program ini kerana keselamatan mereka adalah
terjamin. Mereka sentiasa dikawal selia dan dijaga dengan baik oleh jurulatih yang sentiasa
komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka.
____________________________________________________

Soalan Rumusan 2:

Rumuskan sebab-sebab berlakunya pencabulan bahasa kebangsaan dan usaha-usaha


memperkasakannya. Panjang 120 patah perkataan.
__________________________________________________
Sejak berabad-abad dahulu, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia telah berkembang dan
menggunakan istilah asing untuk memperkaya kosa katanya. Malah sebelum era penjajahan,
bahasa Malaysia telah meminjam istilah daripada bahasa Sanskrit dan bahasa Arab.
Perkembangan ini lebih ketara apabila kita memasuki zaman teknologi maklumat. Dari sudut
peminjaman bahasa, kini kedudukan bahasa Malaysia agak kritikal kerana sebahagian daripada
bahasa asing sudah menodai kemurniannya. Kini semakin banyak premis perniagaan dan swasta
tidak peka terhadap penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.

Kebanyakan istilah dan kata yang dipaparkan di premis tersebut menggunakan bahasa rojak.
Perbuatan ini memperlihatkan sikap tidak peka terhadap usaha untuk memertabatkan bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Selain suasana di atas, kita mendapati masih banyak papan
tanda iklan yang menggunakan bahasa asing atau bahasa kacukan. Tindakan tidak
bertanggungjawab ini sedikit demi sedikit mengikis dan melunturkan keistimewaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa sanjungan rakyat negara ini. Sementara itu, pihak media pula
menyiarkan iklan yang mencampuradukkan penggunaan bahasa Malaysia dengan bahasa
Inggeris. Hal seperti ini akan mengelirukan golongan kanak-kanak dan remaja sama ada sesuatu
kata itu berasal daripada bahasa ibunda mereka atau celupan bahasa asing.

Kesalahan penggunaan bahasa Malaysia dapat dilihat dengan ketara menerusi khidmat pesanan
ringkas yang mediumnya ialah telefon bimbit dan ruangan sembang siber di internet.
Menerusinya, singkatan kata, lambang, angka atau kod tertentu telah digunakan untuk
menggantikan maksud sebenar lambang tulisan. Makalah dalam majalah pun tidak
mengendahkan kemurnian bahasa Malaysia malah turut dirojakkan bahasanya secara sesuka hati.
Selain itu, penggunaan bahasa rojak juga telah digunakan secara meluas dalam akhbar dan
majalah. Penggunaannya telah tersebar ke dalam lubuk hati rakyat. Bukan setakat itu sahaja,
bahkan tajuk cerita dan drama, serta nama kumpulan muzik menggunakan bahasa Inggeris juga.
Dengan itu, jelaslah bahawa wujud kalangan yang sengaja memperlekehkan bahasa sendiri atau
masih menganggap bahasa Malaysia tidak global sifatnya. Sikap ini ada kaitannya dengan
amalan pemujaan bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi dan boleh membawa kemajuan
kepada penggunanya.

Pada masa ini, sebahagian daripada kita masih beranggapan bahawa tiada undang-undang yang
boleh diguna pakai secara berkesan bagi menyekat kegiatan penyangak bahasa ini. Selain itu,
bahasa Malaysia turut hilang sebahagian daripada daya tahan apabila ada pihak yang
beranggapan bahawa bahasa Malaysia hanya milik orang Melayu. Anggapan seperti ini tidak
dapat membantu dalam kemajuan bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan yang menjadi
lambang penyatuan rakyat negara ini.
___________________________________________________

Soalan Rumusan 3

Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang menyebabkan
penghijrahan dari luar bandar ke bandar dan kesan-kesannya. Panjang rumusan mestilah
tidak lebih 120 patah perkataan.

____________________________________________________
Penghijrahan bermaksud perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Biasanya, golongan yang selalu berpindah ialah orang-orang muda atau remaja yang baru tamat
persekolahan. Kebanyakan remaja berpindah dari kawasan luar bandar atau kampung menuju ke
bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bahru dan lain-lain.

Sebab atau faktor utama mereka berhijrah ke bandar adalah disebabkan untuk mencari pekerjaan
yang lebih baik. Sektor pertanian di luar bandar iaitu pertanian tidak menggalakkan remaja
menceburi bidang ini. Remaja lebih tertarik pada sektor industri atau perkilangan yang banyak
terdapat di bandar-bandar. Penghijrahan mereka ke bandar-bandar juga disebabkan ingin mencari
pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan pendapatan yang boleh didapati di luar bandar.
Justeru, faktor tarikan ini telah menggalakkan lebih banyak penghijrahan jenis ini berlaku.

Bagi golongan dewasa, kebanyakan mereka berpindah keluar dari kawasan luar bandar adalah
bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing. Peluang pekerjaan yang terhad biasanya
menyebabkan pendapatan mereka rendah. Hal seperti ini mengakibatkan berlakunya masalah
penggangguran dan kadar kemiskinan yang tinggi di kawasan tersebut. Bagi golongan pekerja
pula, penghijrahan mereka ke bandar selalunya disebabkan oleh arahan untuk bertukar tempat
kerja oleh majikan. Perpindahan seperti ini selalunya berlaku di kalangan pekerja awam seperti
polis, guru, pegawai kerajaan dan lain-lain.

Memandangkan kawasan luar bandar masih kekurangan kemudahan awam seperti pusat
pendidikan tinggi, sebahagian penduduk dari kawasan ini berhijrah ke bandar untuk melanjutkan
pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Dasar awal kerajaan yang menempatkan universiti di
bandar-bandar besar seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan sebagainya,
telah menggalakkan perpindahan jenis ini berlaku. Bagi generasi kedua pula, mereka turut
berpindah ke kawasan bandar sama ada disebabkan oleh perkahwinan atau mengikut keluarga
yang berpindah. Fenomena seperti banyak berlaku di kebanyakan negara-negara sedang
membangun seperti Malaysia dan Indonesia.
________________________________________________

Soalan Rumusan 4:

Baca petikan di bawah dan rumuskan masalah perkembangan sistem jalan raya di negara
kita dan langkah mengatasinya. Panjang ringkasan hendaklah tidak lebih 120 patah
perkataan. Gunakan ayat anda sendiri.

_____________________________________________________
Sistem jalan raya di negara kita semakin baik dari setahun ke setahun. Perkembangan jalan raya
di negara kita bermula sejak kedatangan British ke Tanah Melayu iaitu bagi memudahkan pihak
peperintah membawa keluar hasil ekonomi negara. Antara hasil tersebut termasuklah bijih timah
dan getah yang menjadi keperluan utama penjajah ke Malaysia. Revolusi perindustrian di Eropah
menggalakkan negara tersebut merantau jauh bagi mencari bahan untuk perkembangan industri
mereka.

Menjelang sekitar tahun 1970-an, perkembangan sistem jalan raya di negara kita bertambah maju
apabila beberapa batang lebuh raya utama dibina. Tujuan pembinaan lebuh raya tersebut adalah
bagi menampung kekurangan sistem pengangkutan negara. Sebagai contohnya, kerajaan telah
menswastakan Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Karak. Hal ini telah memudahkan
orang ramai di samping mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Sama juga dengan jalan kereta api di Malaysia, pembinaan jalan raya menyebabkan pelbagai
fenomena alam sekitar akibat penebangan hutan dan jumlah kenderaan yang semakin bertambah.
Banyak kawasan hutan diterokai untuk dimajukan dengan sistem jalan raya. Kesannya
berlakulah tanah runtuh dan meningkatkan kadar hakisan. Jumlah asap yang dikeluarkan oleh
kenderaan juga secara langsung menggalakkan berlakunya pencemaran udara di negara kita.

Memandangkan kebanyakan pengguna di Malaysia kurang bertamnggungjawab, pembinaan


jalan raya tersebut mengundang kepada pelbagai masalah. Masalah paling serius ialah kadar
kemalangan jalan raya yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Banyak sudah langkah
dilaksanakan oleh kerajaan tetapi jalan raya masih menjadi tempat yang kerap berlakunya
kematian umum.

Kita masih mampu berbangga kerana jalan raya di negara kita adalah antara yang terbaik di Asia.
Langkah meningkat mutu sistem jalan raya sering dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk
kemudahan orang ramai. Antara usaha tersebut termasuklah membaiki kerosakan, menanam
rumput di tebing jalan raya serta menambahbaikkan kemudahan rehat dan rekreasi di seluruh
jalan raya di negara kita.
____________________________________________________

Soalan Rumusan 5:
Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kesan pembangunan sektor
perindustrian di Malaysia dan langkah mengatasinya. Gunakan ayat anda sendiri dan
jangan lebih 120 patah perkataan.

____________________________________________________
Penekanan kerajaan dalam usaha membangunkan sektor perindustrian adalah disebabkan oleh
daya saing yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Usaha kerajaan
membangunkan bidang perindustrian di samping melakukan penyelidikan dan pembangunan
yang lebih giat membolehkan sektor perindustrian memperbaiki keluaran yang sedia ada di
samping memperkenalkan produk baru yang lebih berdaya saing dalam pasaran.

Kerajaan berusaha memperkukuh asas sektor pembuatan dengan membangunkan kelompok


industri teguh, dan memperkukuh perkhidmatan yang berkaitan dengan pembuatan. Bagi
mencapai tujuan itu kerajaan telah menyediakan insentif bagi meningkatkan bidang perindustrian
di Malaysia.

Perkembangan sektor perindustrian tidak dapat mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar
yang disebabkan oleh pembuangan sisa-sisa kilang secara tidak terkawal daripada berlaku.
Hakisan tanah dan juga banjir kilat berlaku akibat pembukaan tanah untuk tujuan perindustrian.
Kesihatan penduduk setempat turut terancam akibat pencemaran udara. Sisa toksid turut dibuang
ke dalam sungai daripada kilang perindustrian, ladang dan kebun, makmal, hospital dan
sebagainya.

Pelbagai langkah dijalankan untuk mengelakkan fenomena seperti ini daripada terus berlaku.
Antaranya dengan mengadakan sistem pembuangan sisa kilang dan sampah yang sistematik serta
selamat. Pihak berkuasa juga harus mengenakan hukuman berat kepada pengusaha kilang yang
membuang sampah atau sisa toksid yang berbahaya. Pengusahaq kilang digalakkan agar
memasang alat penapis bahan kimia sebelum melepaskan asap ke atmosfera. Kawasan pelupusan
sampah yang diselia dengan rapi oleh pihak berkuasa tempatan atau pihak swasta harus segera
disediakan. Pendidikan dan kempen ”Cintai Alam Sekitar” di sekolah atau di media massa bagi
menyedarkan orang ramai akan bahaya pencemaran alam sekitar harus diadakan dengan lebih
kerap.
__________________________________________________
Soalan Rumusan 6:
Baca petikan dan buat satu rumusan tentang faedah pengiklanan di media masa dan
masalah yang timbul. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan.
____________________________________________________
Kini, pengiklanan merupakan keperluan biasa dalam bidang mempromosikan sebarang jenis
pengeluaran. Setiap masa dan di mana-mana sahaja, pengiklanan sudah menjadi satu trend yang
memperlihatkan kepentingan yang tidak dapat disingkirkan dalam aspek kehidupan masyarakat.
Jelasnya, pengiklanan dapat membantu pihak pengeluar untuk melariskan hasil keluaran mereka
kepada orang ramai. Secara tidak langsung, penggunaan pengiklanan di media masa tersebut
turut dapat mengurangkan kos mempromosikan barang-barang keluaran seseorang. Hal ini
bermula sejak dahulu lagi iaitu apabila media masa mula berkembang pesat dan kepentingannya
diakui oleh masyarakat di seluruh dunia.

Antara media masa yang menjadi tumpuan pengeluar untuk mempromosikan barangan keluaran
mereka ialah televisyen dan akhbar tempatan. Hal ini disebabkan media tersebut mendapat
liputan yang lebih meluas berbanding dengan media masa yang lain. Seperkara yang menarik,
pengiklanan yang dibuat di media ini membolehkan sesuatu barangan dikenali oleh orang ramai
di seluruh negara. Pada masa yang sama keadah pengiklanan ini membolehkan para pengguna
membuat penelitian awal sebelum sesuatu pembelian dibuat. Dengan itu, pengiklanan dapat
membantu orang ramai agar mereka dapat membeli sesuatu keluaran yang paling baik ataupun
paling sesuai dengan kehendak serta keperluan mereka.

Tidak menghairankan jika kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa hampir 80 peratus
pengeluar barangan di negara kita menggunakan kaedah pengiklanan di media masa untuk
melariskan jualan mereka. Hal ini berkait rapat dengan keperluan pengguna bahawa mereka
boleh membuat perbandingan dan meneliti kandungan sesuatu barangan dengan baik. Melalui
kajian yang dijalankan, pembelian melalui iklan di media masa juga memberi kepuasan yang
lebih tinggi kepada pembeli, berbanding dengan pengguna yang membeli tanpa merujuk pada
iklan terlebih dahulu. Sementara itu, bagi pihak media pula mereka dapat meningkatkan
pendapatan berasaskan iklan yang disiarkan oleh media mereka. Hal ini akan dapat
membolehkan hasil pendapatan syarikat media berterusan dan operasi syarikat media berjalan
lancar.

Selain itu, memandangkan keperluan syarikat media seperti televisyen untuk mengadakan siaran
langsung semakin meningkat, penyertaan syarikat pengeluar dalam urusan pengiklanan adalah
amat diperlukan. Dengan adanya pendapatan yang diperoleh daripada pengiklan, sesuatu siaran
langsung akan dapat dilaksanakan. Sebagai contohnya, siaran langsung berkaitan dengan sukan
pada peringkat tempatan atau pada peringkat antarabangsa, kerap mendapat bantuan kewangan
melalui pengiklanan oleh syarikat besar seperti Milo, Adidas dan sebagainya. Pada masa yang
sama, syarikat pengiklanan tumbuh seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Secara tidak
langsuang, hal ini akan menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai khusus sebagai
pelakon dan penyampai iklan.
___________________________________________________
Soalan Rumusan 7:
Baca petikan di bawah dan buat rumusan tentang punca-punca peningkatan jenayah di
kalangan remaja serta langkah-langkah untuk mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah
tidak lebih 120 patah perkataan.

____________________________________________________
Berita kematian seorang pelajar terbunuh akibat dibuli oleh sekumpulan pelajar lain di sebuah
sekolah berasrama baru-baru ini amat menyayat hati. Walaupun begitu, kita dapat membuat
kesimpulan awal bahawa kadar jenayah dalam kalangan remaja di negara kita semakin
meningkat. Hal ini amat membimbangkan dan merupakan satu petanda bahawa sesuatu tindakan
tegas perlu dilaksanakan bagi mengekang perkara tersebut daripada terus berleluasa. Dalam hal
ini, peranan semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan kerajaan perlu
digembeling bersama.

Kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2006 menunjukkan bahawa
kebanyakan pelajar atau remaja yang terlibat dengan gejala yang tidak sihat itu dipengaruhi oleh
rakan sebaya yang negatif ataupun ”orang luar”. Hal ini disebabkan remaja tidak dapat memilih
sesuatu perbuatan itu sama ada betul atau salah. Dalam beberapa hal yang lain, masyarakat lebih
mudah memperkatakan bahawa kesilapan ini adalah disebabkan oleh kurangnya peranan ibu
bapa dan pihak sekolah untuk memberi didikan agama serta moral kepada golongan remaja.
Sama ada benar atau tidak, hal ini memang saling berkait rapat.

Selain itu, pembabitan remaja dalam kejadian itu turut dikaitkan dengan sikap ibu bapa. Ramai
ibu bapa yang terlalu mengutamakan kerjaya serta wang ringgit tanpa mengambil kira
kepentingan keluarga. Keperluan harta benda yang semakin meningkat menyebabkan ibu bapa
melupai tugas mereka sebagai penjaga kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang kesunyian
dan kebosanan akan mudah terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat apatah lagi jika mereka
tidak memiliki didikan agama yang sempurna. Ibu bapa juga kurang memberi perhatian kepada
perbuatan anak-anak yang kerap melayari internet atau media masa yang lain. Masalah yang
timbul ialah ada media tersebut mempengaruhi remaja dengan unsur-unsur negatif yang terdapat
di dalamnya.

Menurut pegawai khas UNESCO pula, kemungkinan besar jenayah dalam kalangan remaja di
Asia adalah berkait rapat dengan kadar kemiskinan yang tinggi dalam kalangan keluarga remaja.
Kemiskinan menyebabkan remaja terbeban dan kerap mengakibatkan mereka terjebak dalam
situasi yang tidak sihat. Beliau turut menambah bahawa situasi ini akan bertambah buruk
sekiranya keadaan keluarga remaja tersebut tidak aman. Keadaan keluarga yang berpecah-belah
seperti pertengkaran ibu bapa atau perceraian mampu meningkatkan kadar jenayah kepada
golongan ini. Walaupun begitu, apa-apa jua pendapat yang diberi oleh semua pihak, kesannya
tetap membimbangkan kita. Proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah institusi pendidikan
bakal terjejas malah perkara yang lebih membimbangkan kita ialah negara bakal kehilangan
tenaga muda serta pemimpin masa depan yang berkualiti. Justeru, hal ini tidak boleh dipandang
ringan atau dipandang dengan sebelah mata.
___________________________________________________
Soalan Rumusan 8:
Rumuskan kaedah mengukuhkan bahasa kebangsaan sesebuah negara dan masalah yang
dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

__________________________________________________
Setiap Negara mempunyai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan mereka.Mereka meletakkan
bahasa mereka pada kedudukan atau taraf yang tinggi. Mereka berasa amat bangga apabila
mereka berjaya menggantikan bahasa penjajah dengan bahasa mereka. Kedudukan taraf sesuatu
bahasa itu ditentukan oleh masyarakat dan juga kerajaan. Terdapat pelbagai cara negara di dunia
ini menentukan kedudukan bahasa mereka. Bagi Malaysia, Bahasa Melayu mendapat kedudukan
yang tinggi hasil daripada perjuangan rakyat. Apabila mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi pentadbiran negara.
Dalam perlembagaan juga dinyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara. Bagi
masyarakat Melayu, mereka tentulah berasa bangga kerana bahasa Melayu telah dijadikan salah
satu bahasa utama negara.

Selain itu kedudukan bahasa di sesebuah negara diperkukuh melalui akta-akta yang digubal oleh
kerajaan. Malaysia menggunakan Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa, Akta Parlimen dan
sebagainya untuk menetapkan kedudukan dan fungsi bahasa Melayu di pelbagai peringkat. Di
negara-negara Arab pula, mereka tidak menghadapi masalah untuk menetapkan kedudukan
bahasa mereka kerana sebahagian besar penduduk di benua itu berbahasa Arab. Selain itu bahasa
Arab juga berkaitan dengan bahasa keagamaan. Bagi orang Yahudi pula, bahasa Hebrew
merupakan bahasa yang mulia dan masyarakat Yahudi menjadikan bahasa tersebut sebagai
bahasa rasmi mereka.

Di Rusia pula, kerajaan sering menukar-nukar kedudukan bahasa mereka. Oleh itu mereka sering
menggunakan bahasa rasmi dan kebangsaan yang berbeza. Mereka melakukan perkara tersebut
bagi mengelakkan pengaruh dari luar, terutama pengaruh negara-negara yang berhampiran
dengan Asia Barat. Oleh sebab mereka mempunyai bahasa yang pelbagai, mereka sering
menggunakan bahasa rasmi yang berbeza dengan sistem tulisannya yang berlainan. Sebagai
contohnya, bagi tujuan penyatuan rakyat mereka pernah menggunakan bahasa Kazakstan dan
Cyrylic.

Penentuan kedudukan Bahasa Melayu juga pernah dilakukan melalui Mahkamah, dan usaha ini
telah berjaya. Sebagai contohnya usaha menubuhkan Universiti Merdeka yang suatu masa
dahulu dibahaskan, berjaya dihalangkan oleh Mahkamah Agung. Mahkamah ini telah
memutuskan bahawa penggunaan bahasa lain selain Bahasa Melayu di universiti adalah dilarang.
Kes seperti ini juga berlaku di Kanada. Kes ini berlaku apabila persengketaan antara pejuang
Bahasa Perancis dengan pejuang Bahasa Inggeris semakin memuncak. Apabila kes ini dibawa ke
mahkamah, Mahkamah Agung Kanada membuat keputusan bahawa bahasa rasmi Kanada ada
dua iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis.

Di negara Filipina pula, penentuan kedudukan bahasa mereka dibuat melalui Dekri. Sebagai
contohnya, mantan Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos telah mengeluarkan Dekri Presiden
yang menetapkan bahasa Sepanyol sebagai salah satu bahasa rasmi di Utara Filipina. Penentuan
kedudukan bahasa di sesetengah negara bukanlah merupakan suatu perkara yang mudah.
Masing-masing pihak menginginkan bahasa kumpulan mereka diangkat menjadi bahasa
kebangsaan atau bahasa rasmi. Jelaslah bahawa pelbagai masalah telah timbul apabila pihak
kerajaan sesebuah negara ingin menentukan taraf atau kedudukan sesuatu bahasa tersebut.
___________________________________________________
Soalan Rumusan 9:
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang langkah-
langkah untuk meningkatkan penggunaan teknologi maklumat di kalangan kakitangan
kerajaan dan kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patath perkataan.

___________________________________________________
Kini terdapat pendedahan oleh beberapa pihak bahawa ada kakitangna kerajaan yang enggan
menggunakan kemudahan teknologi maklumat di jabatan masing-masin. Perkara seumpama ini
tidak harus dibiarkan berterusan dan kakitangan kerajaan yang terlibat harus memandang serius
pendedahan tersebut.

Menyedari hakikat ini, kerajaan bertindak mengadakan pelbagai kempen kesedaran di kalangan
kakitangan. Kesannya, sebahagian kakitangan kerajaan mulai sedar akan kepentingan teknologi
maklumat dan telah berjinak-jinak menggunakan komputer. Mereka mula mengubah sikap dan
menganggap penggunaan teknologi maklumat bukan lagi membebankan sebaliknya membantu
mereka menghadapi cabaran dan perubahan. Sementara itu, ketua-ketua jabatan pula mula
mengenal pasti kakitangan di jabatan masing-masing yang belum menguasai kemahiran
komputer ini dan merangka program untuk mendekatkan mereka dengan alat-alat ini melalui
pelbagai kursus.

Kita faham bahawa terdapat sebahagian kakitangan kerajaan yang tidak begitu positif
pandangannya terhadap teknologi maklumat ini. Mereka lebih selesa memnggunakan alat-alat
dan cara lama. Menyedari hal ini, kerajaan bertindak menggantikan peralatan lama dengan
peralatan canggih dan mereka terpaksa belajar menguasainya supaya dapat melaksanakan kerja
dengan mudah seperti orang lain. Di samping itu, kerajaan menggalakkan penggunaan e-mail
dalam urusan pentadbiran. Urusan pendaftaran, pembayaran dan sebagainya yang dilakukan
secara e-mail dapat menjimatkan masa dan kos. Tindakan ini mendorong kakitangan kerajaan
memahirkan diri dengan internet.

Perkara ini perlulah dipandang serius kerana keperluan teknologi maklumat dalam pentadbiran
sudah banyak dan lama dihebahkan oleh kerajaan. Sesiapa yang tidak menyertainya sudah pasti
akan ketinggalan. Keadaan ini akan menjejaskan keupayaan daya saing negara dan
menggagalkan usaha untuk mewujudkan kerajaan elektronik. Dengan itu, tidak patut mana-mana
kakitangan kerajaan ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat. Bagi mengatasinya,
kerajaan telah mula mengambil kakitangan baru yang mempunyai kemahiran komputer.

Kerajaan sudah melakukan pelbagai usaha besar untuk menyemai budaya teknologi maklumat.
Pada peringkat negara, usaha ini merangkumi penubuhan Koridor raya Multi Media d an
menggalakkan pemilikan komputer peribadi melalui kelonggaran mengeluarkan simpanan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan tersebut. Negara sedar bahawa masa
depan dunia terletak pada pengnurusan maklumat, lebih-lebih lagi gagasan k-ekonomi
menghendaki peningkatan keupayaan teknologi maklumat di kalangan masyarakat dan rakyat di
negara ini. Selain itu, Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU)
telah merangka program yang sesuai supaya kakitangan kerajaan menguasai teknologi
maklumat. Sesungguhnya kemakmuran masa depan negara terletak pada keupayaan rakyatnya
termasuk kakitangan kerajaan menguasai teknologi maklumat.
(Diubahsuaikan daripada Kakitangan Kerajaan Mesti Serius dengan IT, dalam Rencana
Pengarang, Utusan Malaysia, 11 Disember 2000)
_________________________________________________

Soalan Rumusan 10:


Baca petikan dan rumuskan kesan-kesan penggunaan kad kredit dan langkah mengatasinya.
Panjang tidak lebih 120 perkataan.

_________________________________________________
Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat hari ini kian meningkat. Kad kredit kini
dianggap sebagai barang keperluan harian sama seperti telefon bimbit.
Kelonggaran syarat yang diberikan oleh kerajaan dan institusi perbankan membolehkan
pengguna memiliki kad kredit dengan lebih mudah.

Kajian melaporkan bahawa lebih 3.5 juta kad kredit telah diedarkan di seluruh negara.
Penggunaan kad kredit mewujudkan masyarakat tanpa tunai yang dari segi keselamatannya lebih
terjamin kerana pengguna tidak perlu membawa sejumlah wang yang banyak dan berisiko
dirompak, kecurian, ragut atau tercicir ketika mahu berbelanja. Pengguna juga boleh berbelanja
tanpa mengeluarkan wang saku. Mereka juga boleh membeli sekaligus barang yang berharga
tinggi kerana kaedah ini lebih mendapat kepercayaan daripada penjual. Bagaimanapun,
pengguna masih tertakluk kepada kad kredit yang diberikan ketika memohon.

Pengguna hanya perlu menurunkan tandatangan di atas slip barangan atau perkhidmatan yang
dibeli dan bayaran akan dilakukan oleh pihak bank atau syarikat kewangan sebagai pemegang
akaunnya. Bayaran tidak semestinya dilangsaikan sepenuhnya seperti jumlah yang digunakan
tetapi boleh dibayar secara ansuran. Pengguna terdorong berbelanja untuk mencukupkan mata
ganjaran bagi mendapatkan barangan atau hadiah. Walau bagaimanapun, senario hutang
tertunggak tidak boleh lari daripada penggunaan kad kredit dan jika sekali tertunggak akan
mempengaruhi bayaran bulanan yang berikutnya kerana faedah akan bertambah.

Statistik menunjukkan jumlah belian menggunakan kad kredit dilaporkan meningkat daripada
RM 1710 juta kepada RM 2.8 billion dari tahun 1998 ke tahun 2000. Keadaan ini menunjukkan
langkah kerajaan untuk melonjakkan semula pertumbuhan ekonomi telah berjaya menerusi
aktiviti budaya berbelanja rakyat Malaysia. Pelbagai faedah dan pakej tertentu diperkenalkan
untuk menarik pengguna memiliki kad kredit. Penggunaan ”wang plastik” tanpa tunai ini
mendorong seseorang berbelanja tanpa kawalan. Keadaan ini mendedahkan pemilik kepada
beban hutang yang melampau malah kegagalan membayar balik boleh menyebabkan kedudukan
dana institusio yang menguruskan pinjaman kad kredit turut terjejas.

Kad kredit bukanlah aset untuk menunjuk-nunjuk dan perlu digunakan hanya semasa kecemasan
sahaja agar perbelanjaan dapat dikawal. Rakyat perlu berfikir dengan matang ketika
menggunakan kad kredit demi masa depan mereka.
__________________________________________________
Soalan Rumusan 11:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca-
punca mata pelajaran Pendidikan Jasmani diabaikan dan kepentingan mata pelajaran ini
kepada pelajar. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

__________________________________________________
Mengapakah negara kita menunjukkan pencapaian sukan yang merosot dari semasa ke semasa?
Kita dapat memberi jawapan yang paling mudah, iaitu remaja di negara kita malas untuk
melibatkan diri dalam kegiatan sukan. Kenapakah hal ini terjadi? Salah satu punca yang dikenal
pasti ialah mata pelajaran Pendidikan Jasmani kurang diberi perhatian di sekolah. Jika perkara ini
dibiarkan, kita tidak akan dapat melahirkan ahli sukan yang mampu mengharumkan nama negara
pada suatu hari nanti. Banyak pihak yang melahirkan rasa hairan tentang punca sebilangan besar
masyarakat kita kurang berminat untuk bersukan tetapi cukup gemar menjadi penonton atau
peminat fanatik bagi sesuatu jenis sukan.

Akar umbi masalah ini mungkin berpunca daripada kurangnya minat murid terhadap mata
pelajaran Pendidikan Jasmani. Minat yang merudum di peringkat sekolah ini kemudian dibawa
dalam kehidupan sosial. Sebenarnya mata pelajaran ini adalah wajib dalam sistem pendidikan
kita. Mata pelajaran ini diajarkan dua kali seminggu di sekolah menengah dan tiga kali seminggu
di sekolah rendah. Masalah mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang sering dianggap sebagai
mata pelajaran sampingan bukanlah perkara atau isu baharu. Hal ini demikian kerana terdapat
guru yang mengambil waktu Pendidikan Jasmani untuk mengajarkan mata pelajaran yang
berkaitan dengan peperiksaan umum.

Guru menganggap bahawa mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Oleh itu, mereka menggunakan waktu mata pelajaran tersebut untuk
menyediakan murid bagi menghadapi peperiksaan. Murid pula beranggapan bahawa mereka
dapat memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada bersenam atau bersukan.
Walaupun mereka sedar bahawa mata pelajaran ini penting bagi meningkatkan tahap kesihatan
dari segi fizikal dan mental, namun sikap malas dan menganggap bahawa mata pelajaran
Pendidikan Jasmani tidak penting mempengaruhi minda mereka. Tanpa kesihatan fizikal,
seseorang itu akan mengalami masalah dari segi mental. Pihak pentadbiran sekolah pula sering
meletakkan guru yang mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani sebagai pencukup
jumlah waktu mengajar guru. Hal ini berpunca daripada masalah kekurangan guru yang opsyen
bagi mata pelajaran tersebut. Guru yang terlibat dalam mata pelajaran ini pula memandang
rendah terhadap mata pelajaran ini kerana mata pelajaran ini tidak mempunyai nilai dari segi
peperiksaan umum.

Sistem persekolahan yang terlalu mementingkan pencapaian akademik juga turut menjadi
penyumbang terhadap punca-punca mata pelajaran ini dianaktirikan. Para ibu bapa pula
menganggap bahawa mata pelajaran ini banyak membuang masa kerana murid telah diwajibkan
menyertai kegiatan kokurikulum yang lain pada luar waktu pembelajaran.

Jadi, cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bahawa pelajar sekolah
rendah dan sekolah menengah akan diwajibkan menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran
Pendidikan Jasmani adalah satu langkah bagi membetulkan tanggapan ibu bapa, guru dan pelajar
bahawa sebenarnya semua mata pelajaran adalah penting. Di samping itu, cadangan yang
dikemukakan itu dapat dilihat sebagai usaha untuk menyedarkan pelajar tentang kepentingan
pembangunan sukan dan sahsiah diri. Selain itu, usaha ini jika dilakukan dengan serius, dapat
mengurangkan bilangan pelajar gemuk di sekolah. Tegasnya, mata pelajaran Pendidikan Jasmani
memainkan peranan yang penting sebagai landasan untuk mencungkil bakat atlet dari peringkat
sekolah sebelum meneruskan kerjaya mereka dalam bidang sukan. Kita berasa optimis bahawa
negara mampu melahirkan atlet yang berwibawa dan berjaya jika asasnya bermula dengan baik
di sekolah.
_________________________________________________
Soalan Rumusan 12:
Baca rencana di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan hutan semulajadi di
negara kita serta langkah-langkah untuk mengatasi kepupusan hutan. Panjang rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

__________________________________________________
Hutan semulajadi di negara adalah merupakan salah satu daripada hutan yang tertua di dunia.
Usianya yang melebihi 2 juta tahun menjadi eset yang amat berharga kepada negara. Pelbagai
jenis tumbuhan dari jenis kayu keras terdapat di kawasan hutan ini seperti pokok cengal, meranti,
balau dan sebagainya. Secara tidak langsung keadaan ini menggambarkan bahawa hutan amat
perlu untuk diawasi agar tidak pupus memandangkan hutan dapat menjadi daya tarikan kepada
para pelancong untuk melancong ke negara kita.

Dalam masa yang sama, tumbuhan semulajadi di negara kita turut menjadi tempat pembiakan
haiwan liar supaya tidak pupus. Haiwan utama yang terdapat di sini termasuklah gajah, kuda,
harimau dan beberapa spesies lain yang tidak terdapat di negara lain. Menurut beberapa orang
pengkaji, keunikan haiwan ini mampu terus dikekalkan jika amalan penjagaan hutan terus
dijalankan. Dalam pada itu, penjagaan hutan juga mampu menyediakan kawasan tadahan hujan
yang luas serta sumber air bersih untuk kegunaan penduduk. Sumber air daripada hutan ini masih
bersih kerana kebanyakan hutan di Malaysia masih belum tercemar.
Menurut seorang pengkaji biotumbuhan iaitu Professor K.L Jessey dari Universiti John Hopkin
Amerika Syarikat, tumbuhan semulajadi mampu menyederhanakan suhu di sesebuah kawasan
sehingga 5 darjah selsius. Funfsi hutan ini bukanlah kecil memandangkan era pemanasan global
semakin kelihatan pada masa sekarang. Dalam masa yang sama, selain berfungsi
menyederhanakan suhu, hutan juga dapat mengawal kadar pencemaran yang terlalu tinggi
dengan menyerap gas-gas karbon monoksida serta membebaskan gas oksigen ke dalam udara.
Dengan cara ini, kandungan udara menjadi lebih stabil dan bersih serta sesuai untuk kehidupan
manusia.

Di beberapa buah kawasan hutan di Malaysia, terdapat juga beberapa kelompok masyarakat yang
tinggal di situ. Mereka menjadikan kawasan hutan sebagai tempat tinggal mereka khususnya
kaum asli di kawasan pedalaman. Apa yang menarik, kebanyakan mereka masih mengamalkan
ciri-ciri budaya tradisi yang diwarisi sejak berkurun-kurun lamanya. Budaya masyarakat ini perlu
dikekalkan dan dikaji sebagai satu cara untuk mengekalkannya kepada generasi yang akan
datang.

Namun begitu, dalam kesibukan dan kegairahan kita mengejar kemajuan hidup, kadang kala
hutan turut menerima musibah yang nyata. Banyak kawasan hutan di negara kita telah ditebang
untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah bagi tujuan pertanian, pembinaan kawasan petempatan,
perindustrian dan sebagainya. Justeru, jika hutan tidak dijaga dan dikawalselia, tidak hairanlah
jika satu hari nanti keluasan hutan di Malaysia akan semakin berkurangan dan akhirnya pupus.
__________________________________________________

Soalan Rumusan 13:


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang punca
remaja bersikap liar dan langkah menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 perkataan.
________________________________________________
Alam remaja penuh dengan pancaroba. Pelbagai perkara yang baik dan buruk sering
melingkungi hidup mereka. Di negara kita kini, masalah remaja liar mungkin belum dianggap
begitu serius, namun kebanyakan kes remaja liar atau kes jenayah dalam kalangan remaja
biasanya dikaitkan dengan penagihan dadah.

Kes kecurian sepatu di masjid atau di rumah-rumah pangsa sudah dianggap kejadian biasa dan
bukan sebagai satu keanehan lagi. Sudah diketahui umum bahawa kebanyakan jenayah kecil
seperti ini adalah perbuatan penagih dadah yang gian dan tiada wang untuk membeli dadah.
Justeru, golongan ini sanggup mencuri dan barang curi tersebut dijual di pasar malam.

Ternyata dadah antara punca gejala sosial yang melibatkan para remaja. Oleh itu, jika masalah
dadah dapat diatasi, secara tidak langsung kebanyakan masalah remaja liar mungkin turut dapat
diatasi.

Masalah remaja nakal biasanya berpunca daripada ketiadaan didikan moral atau agama.
Kepincangan ini kian ketara akhir-akhir ini kerana hubungan ibu bapa kian renggang dengan
anak-anak mereka. Ibu bapa sibuk dengan urusan masing-masing sehingga mengabaikan
tanggungjawab terhadap tanggungan mereka.

Para ibu yang dulu berperanan sebagai suri rumah dan pengasuh anak sepenuh masa kini, lebih
ramai yang keluar meninggalkan rumah untuk bekerja. Oleh itu, anak-anak yang sudah remaja
biasanya berasa kesunyian di rumah. Menjelang petang mereka mencari kawan untuk
bersembang atau bermain bola atau sebagainya. Pengaruh kawan mudah menyeret mereka ke
lubuk dadah, menjadi kutu rayau atau terlibat dengan vandalisme.

Tanpa disiplin di rumah dan tanpa didikan agama atau akhlak, golongan remaja hari ini lebih
terdedah pada dorongan nafsu sendiri hingga menjadi perogol atau penjenayah. Ternyata disiplin
berkala dalam program sekolah sahaja belum berjaya meninggalkan kesan yang mendalam,
kecuali disiplin sepenuh masa yang biasanya diadakan di sekolah agama.

Paling membimbangkan akhir-akhir ini golongan remaja muslim semakin terdedah kepada
pengaruh luaran yang berbau politik atau bersifat anti akhlak, anti disiplin dan anti undang-
undang. Media massa juga dikatakan menjadi punca remaja bersikap liar kerana mereka
terpengaruh dengan adegan negatif yang dipaparkan. Ibu bapa pula tidak mampu untuk
menyekat anak-anak mereka daripada menonton apa-apa rancangan yang disiarkan di kaca
televisyen.

Soalan Rumusan Tingkatan 5

Soalan Rumusan 1:

Baca petikan diberi. Buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran ekonomi Malaysia pada
abad ke-21 dan langkah untuk menanganinya. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih
daripada 120 patah perkataan.
_________________________________________________

Malaysia merupakan sebuah negara sedang membangun yang sebaris dengan negara-negara lain
termasuk Indonesia, India, Maxico dan sebagainya. Dasar utama Malaysia adalah berpaksikan
ekonomi pertanian dan disokong pula oleh sektor perindustrian. Dalam kalangan negara dunia
ketiga ini, Malaysia kelihatan mendahului rakan-rakan seangkatan dalam bidang ekonomi
serantau. Meskipun begitu, terlalu banyak ranjau dan duri yang terpaksa ditempuh oleh negara
kerdil ini bagi bersaing dalam dunia globalisasi.

Memandangkan sumber ekonomi negara masih bergantung pada sektor pertanian maka turun
naik harga barang-barang pertanian kerap kali menjejaskan keutuhan ekonomi negara.
Penurunan harga getah dan kelapa sawit baru-baru ini umpamanya, mengakibatkan negara
kehilangan hampir 15 peratus daripada sumber pendapatan negara kasar. Hal ini turut
menjejaskan perkembangan sektor-sektor yang lain di negara kita. Malaysia juga menghadapi
tekanan yang hebat akibat persaingan daripada negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian.
Keadaan ini menambahsulitkan lagi langkah kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dalam
tempoh kegawatan ini.

Selain itu, oleh sebab Malaysia merupakan pengeluar baru dalam industri pembuatan, pasaran
bagi hasil keluaran industri Malaysia oleh negara-negara lain di dunia secara umumnya masih
terhad dan terlalu kecil. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan dari segi kos pengeluaran
yang agak tinggi berbanding dengan negara industri yang telah lama bertapak seperti Jepun dan
Amerika Syarikat. Bagi negara maju tersebut, pasaran mereka terbuka luas disebabkan sikap dan
nilai masyarakat dunia yang telah sedia mengenali mutu atau kualiti barangan yang dikeluarkan
oleh negara-negara ini.

Pada sekitar tahun 2006, peningkatan harga minyak turut menjejaskan ekonomi negara apabila
harga minyak dunia melambung pada harga melebihi 130 Dolar setong. Akibat kenaikan sumber
utama pengeluaran ini, banyak kilang dan syarikat besar di Malaysia menghadapi masalah dan
kesannya banyak daripada syarikat ini yang terpaksa gulung tikar. Pada masa yang sama,
kemelut yang berlaku akibat sekatan pengekspotan barang-barang keluaran Malaysia oleh
negara-negara besar terutamanya Amerika Syarikat menyebabkan ekonomin Malaysia bertambah
parah. Hal ini berlaku kerana dasar Amerika yang ingin melindungi sektor perindustrian di
negara tersebut.
Dalam keadaan kegawatan ekonomi yang masih berterusan dan tidak diketahui penghujungnya
ini, ekonomi negara semakin membimbangkan apabila beberapa negara besar menghentikan
pembelian barang-barang keluaran Malaysia akibat mengalami masalah kewangan global. Hal
ini bukan sahaja merencatkan sumber pendapatan kasar negara malah pada masa yang sama turut
mengancam kedudukan pengeluar industri di Malaysia. Jumlah pelabur luar Negara yang
semakin berkurangan turut mengecilkan aliran modal tunai dalam pasaran ekonomi Malaysia.
Hal inilah yang perlu diambil perhatian oleh pentadbiran negara yang baru demi menyelamatkan
ekonomi Malaysia agar terus menuju ke arah sebuah negara maju.

___________________________

Click Jawapan pada gambar di bawah:

_______________________________________________

Soalan Rumusan 2:

Baca petikan di bawah. Buat satu rumusan tentang keburukan-keburukan merokok dan
kekangan mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar. panjang rumusan
hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

______________________________________________
Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada juga
dalam kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang
menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang
bersifat kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh
makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap
rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran
wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Rokok
yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang sepatutnya dapat digunakan untuk
tujuan lain yang lebih berfaedah.

Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang
digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada
penyakit kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah
diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri
mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga mereka dan
orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih
berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan siperokok.

Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain
sehingga dapat menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan
menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang.
Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat menjamu
selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang
bagi melarang orang ramai menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premis
kerajaan.

Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang
bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini
mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja
daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak
Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan oleh api
rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca kebakaran yang berjaya
diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di
merata-rata tempat.

Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang
menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang
individu. Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok!
__________________________
Click jawapan pada gambar di bawah:

______________________________________________________________

Soalan Rumusan 3:

Baca petikan di bawah dan tulis rumusan tentang faedah-faedah membeli barang-barang
buatan tempatan dan cabaran yang dihadapi oleh barang-barang tempatan. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.
_____________________________________________
Pada tahun 1986, Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta nasional sendiri yang dinamakan
Proton Saga. Sejak tarikh tersebut, promosi secara besar-besaran dilaksanakan bagi
menggalakkan rakyat negara ini membeli dan menggunakan barangan tempatan bukan sahaja
terhadap kereta nasional tersebut malah bagi semua hasil keluaran industri tempatan. Promosi
pertama mengajak rakyat membeli dan menggunakan barangan tempatan ini telah berjaya
meningkatkan pasaran bagi hasil keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi
negara.

Membeli barangan tempatan dan menggunakannya bukanlah sesuatu yang harus dipandang aneh.
Hal ini disebabkan mutu atau kualiti barangan tempatan adalah setanding dengan hasil keluaran
yang dijual oleh negara-negara lain. Malah keluaran tempatan mampu diakui kualitinya kerana
pembikinannya adalah berkonsepkan kemalaysiaan. Pada masa yang sama, pembelian barangan
tempatan dapat mengurangkan pembelian barang-barang yang setara dari luar Negara. Sebagai
contohnya, dengan membeli kereta nasional, negara kita dapat mengurangkan pembelian kereta
import dari Jepun dan Amerika syarikat. Dengan cara itu, negara telah berjaya mengurangkan
aliran wang negara kita daripada keluar ke negara lain. Hal ini sudah pasti mampu menambah
nilai tambah hasil industri di Malaysia.

Pembelian barangan tempatan oleh rakyat sendiri juga mampu menggalakkan pertumbuhan
kilang-kilang dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat menjamin kemajuan industri
secara berterusan. Dalam keadaan seperti ini, kilang-kilang yang dibuka akan dapat menyediakan
peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sekali gus mampu mengurangkan kadar
pengangguran di negara kita. Memandangkan jumlah penduduk Malaysia telah mencecah 27 juta
orang pada tahun 2008, perkembangan industri adalah amat penting bagi menyediakan peluang
pekerjaan terutamanya kepada golongan lepasan sekolah dan lepasan pusat pengajian tinggi.

Usaha yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir untuk
mempromosikan barangan buatan tempatan perlu diteruskan bagi memantapkan kepercayaan
rakyat agar barangan tempatan terus diguna pakai. Pembelian dan penggunaan barangan
tempatan sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat. Mereka juga akan lebih beruntung kerana dapat
membeli barangan tempatan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga barangan
import, sedangkan mutu serta kualitinya adalah sama. Justeru, bagi rakyat yang cinta akan
negara, saranan kerajaan agar menggunakan barangan tempatan perlulah disambut baik.

__________________________
Click jawapan pada gambar di bawah:

__________________________________________________
Soalan Rumusan 4:

Baca petikan yang diberi di bawah dan tulis satu rumusan tentang ciri-ciri masyarakat
majmuk di Malaysia dan langkah menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.
___________________________________________

Malaysia sebuah negara yang unik berbanding dengan negara-negara lain di seluruh dunia.
Bukan sahaja muka buminya dipenuhi dengan keindahan semula jadi yang menggamit kehadiran
pelancong, malah masyarakatnya juga dilihat amat menarik. Ramai pengkaji antropologi dan
sosiologi berpendapat bahawa kajian masyarakat Malaysia akan menemukan keseronokan jika
kajian tersebut dijalankan dengan baik. Masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk kerana
terdiri daripada berbilang-bilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Selebihnya ialah
masyarakat daripada keturunan campuran akibat asimilasi masyarakat tempatan dengan
pendatang awal di Tanah Melayu.

Selain itu, keunikan masyarakat majmuk di negara ini dapat dilihat melalui penggunaan satu
bahasa iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi. Bahasa inilah yang
berfungsi sebagai bahasa komunikasi di antara masyarakat tersebut. Penggunaan bahasa ini
membolehkan masyarakat majmuk di Malaysia hidup dalam suasana harmoni dan aman damai.
Sikap mementingkan diri seolah-olah tidak wujud dengan amalan semangat dan sikap toleransi
serta saling hormat-menghormati di antara pelbagai kaum. Keadaan seperti ini hampir tidak
wujud di negara lain termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat mahupun di negara-
negara Eropah serta Afrika Selatan.

Masyarakat majmuk di Malaysia juga bercirikan semangat perpaduan yang jitu sehingga wujud
kerjasama yang erat sesama mereka. Kerjasama ini dapat dilihat baik dalam apa-apa juga bidang
termasuk dalam bidang ekonomi dan sosial. Masyarakat yang berbilang kaum itu juga
mengamalkan budaya ibunda yang berbeza seperti perayaan, makanan dan pakaian. Namun
begitu setiap kaum menghormati budaya kaum lain tanpa rasa janggal mahupun berasa
kelainannya. Kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia secara umumnya dipandu oleh
kebebasan untuk mengamalkan budaya asal kaum tertentu tanpa sebarang halangan. Namun
begitu, agama Islam diterima sebagai agama rasmi negara dengan agama yang lain bebas untuk
diamalkan oleh setiap penganut.

Dari sudut kepercayaan, setiap masyarakat dibenarkan hidup dalam budaya asal mereka
mengikut kaum masing-masing. Namun pada waktu yang sama, setiap kaum turut menghormati
kepercayaan dan agama yang dianuti oleh kaum lain. Keunikan inilah yang menjadikan daya
tarikan masyarakan dari negara lain untuk belajar sesuatu yang menarik tentang Malaysia.

__________________________
Click jawapan pada gambar di bawah:

___________________________________________

RUMUSAN 5:
Baca petikan di bawah kemudian buat satu rumusan tentang gejala-gejala sosial dalam
kalangan remaja dan langkah untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak
lebih daripada 120 patah perkataan.

________________________________________________

Pada abad ke-21, masalah yang kian meruncing dan sukar dibendung kewujudannya ialah
masalah sosial dalam kalangan remaja. Hal ini kerap disuarakan oleh orang ramai malah turut
disiarkan berulang kali di media-media masa tempatan. keadaan ini amat membimbangkan kita
kerana golongan remaja merupakan pemimpin pelapis yang bakal mentadbir dan memimpin
negara pada masa depan. Dalam laporan terbaru yang disiarkan di televisyen, gejala sosial paling
membimbangkan dalam kalangan mereka ialah pertambahan jumlah remaja yang terjebak dalam
najis dadah. Hal ini perlu ditekankan kerana Malaysia memandang bahawa dadah adalah musuh
nombor satu negara pada masa ini.

Penglibatan remaja dalam kancah penyalahgunaan dadah ini kerap kali menimbulkan masalah
berterusan. Kini, timbul pula golongan Mat Rempit dalam kalangan remaja yang tidak segan silu
menunjukkan kehebatan bermotosikal tanpa mengikut undang-undang yang ditetapkan.
persoalannya ialah mereka bukan sahaja membahayakan nyawa mereka sendiri tetapi turut
membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Semasa isu mat Rempit ini sedang
heboh diperkatakan, lahir pula gejala yang tidak sehat dalam kalangan remaja apabila sebahagian
besar daripada mereka terlibat dengan jenayah ragut sehingga menyebabkan kematian. Hal ini
bukan sahaja memeranjatkan kita tetapi kita dapat merasakan bahawa keruntuhan nilai moral
serta nilai-nilai kemanusiaan yang dianggap murni semakin menipis dalam jiwa remaja kita.

Selain itu, mengikut laporan yang diberi oleh pihak polis, pada masa ini semakin ramai remaja
khususnya remaja perempuan yang terlibat dengan masalah lari dari rumah ekoran berlaku
masalah dalaman di antara keluarga mereka. Golongan ini mudah terdedah dengan gejala yang
tidak sihat termasuklah melibatkan diri dalam sek bebas ataupun melacurkan diri demi
mendapatkan kepuasan diri mahupun untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan mereka
setelah terpisah daripada keluarga. Kesannya bukan sahaja dirasai dalam jangka masa pendek
tetapi lebih parah dalam jangka masa panjang.

Sementara itu, beberapa buah akhbar tempatan turut melaporkan bahawa ramai remaja
terutamanya remaja di bawah umur gemar menghabiskan masa melepak di pusat-pusat membeli
belah mahupun di kafe siber. Golongan remaja seperti ini akan lebih mudah melakukan
kesalahan disiplin sekolah kerana terlibat dengan gejala ponteng sekolah dan ada pula yang
terjebak dalam kegiatan gangsterisme. Justeru, tindakan seperti ini akan lebih menyukarkan
hasrat kerajaan dalam usaha untuk melahirkan rakyat minda kelas pertama pada masa depan.
Apatah lagi dengan sikap golongan remaja yang terlalu terikut-ikut dengan budaya barat yang
dianggap tidak sopan dari pandangan masyarakat timur. Natijahnya, kita sedang berhadapan
dengan satu masalah yang bukan sahaja perlu diatasi tetapi memerlukan kerjasama semua pihak
bagi membawa remaja kita kembali semula ke pangkal jalan.

___________________________________________________
RUMUSAN 6:

Baca petikan di bawah dan buat rumusan tentang kesan-kesan kenaikan harga petrol di
Malaysia dan inisiatif yang diambil untuk mengatasinya. Panjang rumusan anda hendaklah
tidak lebih daripada 120 patah perkataan sahaja

___________________________________________________

Pada tahun 2007, berlaku krisis harga pertoleum pada peringkat dunia sehingga menyebabkan
kebanyakan negara menghadapi kesukaran dan krisis ekonomi. Di Malaysia, kerajaan terpaksa
menaikkan harga petrol sebanyak 3 kali dengan kenaikan terbesar sebanyak RM1 pada akhir
tahun 2007. Kenaikan harga petrol secara mendadak ini amat memeranjatkan orang ramai kerana
petrol menjadi bahan terpenting dalam semua bidang kehidupan. Kesan mendadak yang dapat
dilihat secara langsung melalui dasar kerajaan ini ialah berlakunya kenaikan harga barang-barang
meliputi semua jenis barang makanan mahupun barang kegunaan harian yang lain. Kenaikan
harga barang-barang ini tidak dapat dielakkan kerana kenaikan harga petrol telah mengakibatkan
kenaikan kos pengeluaran kepada pekilang-pekilang mahupun kepada syarikat pengangkutan.

Selain itu, perkara yang amat membimbangkan kerajaan ialah banyak kilang mahupun syarikat-
syarikat besar yang sebelum ini menyumbang pendapatan kepada negara melalui cukai, telah
mengalami kerugian besar kerana kenaikan kos tersebut. Pada masa yang sama kilang-kilang
terpaksa mengecilkan pengeluaran kerana permintaan yang semakin berkurangan dari seluruh
dunia. Ada di antara syarikat dan kilang-kilang ini yang terpaksa gulung tikar atau menghentikan
operasi pengeluarannya untuk seketika sehingga keadaan pulih seperti sedia kala. Dasar yang
diamalkan oleh pekilang di samping ketidakmampuan pekilang untuk terus beroperasi ini telah
menyebabkan pendapatan negara terjejas dengan begitu serius.

Pada masa yang sama, kenaikan harga petrol ini telah menyebabkan banyak kilang
memberhentikan pekerja mereka bagi mengurangkan kos pengeluaran yang semakin meningkat.
Ada juga pekerja yang diberhentikan untuk sementara sehingga keadaan pulih semula.
Akibatnya, kesan jelas yang berlaku akibat fenomena harga minyak ini ialah kadar pengangguran
di Malaysia meningkat dari 3.5 peratus kepada 5.4 peratus setahun dan kenaikan ini merupakan
kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia moden. Sebagai contohnya, sepanjang 3 bulan
pertama kenaikan harga petrol, seramai lebih 400 ribu pekerja swasta atau pekerja kilang telah
kehilangan pekerjaan. Bagi pekerja awam, mereka lebih bernasib baik kerana secara umumnya
kurang merasai kesan kenaikan harga petrol ini.

Pada suku kedua fasa kenaikan harga petrol ini, kajian menunjukkan bahawa kadar kemiskinan
dalam kalangan rakyat semakin meningkat dengan mendadak. Daripada jumlah 5.3 peratus,
kadar kemiskinan telah meningkat kepada 7.6 peratus daripada jumlah keseluruhan jumlah
penduduk. Menurut pengkaji, kenaikan angka ini adalah disebabkan indeks harga barang yang
telah meningkat dari 2.3 kepada 5.7 mata. Pendapatan penduduk miskin tegar yang sebelumnya
ialah RM500 sebulan telah meningkat kepada RM800 sebulan. Mereka dalam kumpulan
berpendapatan tersebut kini termasuk dalam kumpulan miskin tegar kerana kenaikan harga
barang-barang keperluan. Krisis ini tidak terhenti di situ sahaja tetapi menyumbang kepada
pertambahan bilangan jenayah yang melibatkan kecurian, rompakan, peras ugut dan ragut.
Persoalannya, mampukah kita menghadapi krisis kenaikan harga petrol ini yang dijangka akan
mencecah harga RM4.50 seliter pada tahun 2020 nanti?

____________________________________________________

RUMUSAN 7:

Baca rencana di bawah. Tulis rumusan tentang peranan-peranan guru dalam mendidik
pelajar dan halangan-halangan yang dihadapi. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

___________________________________________________

Guru merupakan insan yang dianggap terlalu mulia bukan sahaja dalam kalangan masyarakat di
seluruh dunia tetapi dari sudut pandangan agama. Semua agama di dunia termasuk agama Islam,
Buddha, Hindu mahupun agama yang lain mengiktiraf tugas seorang guru. Perlu diingat bahawa,
tugas seorang guru bukan sahaja mendidik dan mengajar pelajarnya dari segi akademik untuk
menjadi seorang yang pintar, tetapi tugas seorang guru adalah lebih daripada itu. Jika di rumah,
seorang pelajar berdamping dengan ibu dan bapa, di sekolah pula tugas ini dipikul oleh seorang
guru. Merekalah yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan para pelajar agar terhindar
daripada sebarang mara bahaya ketika tiada ibu dan bapa di samping mereka. Namun begitu,
tidak ramai yang menyedari termasuk pelajar itu sendiri bahawa tugas seorang guru adalah
terlalu berat sehingga ada yang mengatakan "guru itu umpama lilin, membakar diri untuk
menerangi orang lain".

Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, guru juga berfungsi untuk menyemai nilai-nilai murni
dan akhlak yang sempurna dalam diri pelajar. Biarpun tugas ini dilakukan tanpa disedari oleh
pelajar itu sendiri, namun hakikatnya peranan ini perlu dilaksanakan bagi membentuk diri
individu yang sempurna demi kebaikan agama, bangsa dan negara. Ramai pelajar tidak
menyedari bahawa guru memarahi pelajar atau menghukum pelajar adalah bagi membentuk
disiplin pelajar tersebut agar menjadi masyarakat yang berguna dan tidak melanggar undang-
undang negara pada masa depan. Tugas ini biarpun sukar dilaksanakan namun digalas dengan
hati yang tabah dan penuh ikhlas. Guru tidak pernah membeza-bezakan perhatian dan kasih
sayang kepada setiap pelajar mereka hatta kepada pelajar yang dianggap kurang berdisiplin.
Namun sebagai manusia biasa, kadang-kala sikap keterlanjuran guru menjalankan hukuman
boleh sahaja terjadi.

Pada masa yang sama, guru juga bertanggungjawab kepada masyarakat di sekeliling tempat
mereka bertugas. Mereka perlu sentiasa memberi kerjasama dalam bentuk cadangan, saranan
atau apa jua aktiviti masyarakat yang dilaksanakan dan dianggap sesuai dalam profession yang
dipegang. Seorang guru tidak boleh bersikap sombong atau memencilkan diri dalam
masyarakatnya kerana hal ini bertentangan dengan semangat keguruan. Mereka juga menjadi
wadah kepada pihak kerajaan untuk menanamkan semangat cinta akan negara kepada generasi
muda itu serta menyampaikan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat yang harmoni serta
bersatu-padu. Dasar-dasar kerajaan yang diterapkan kepada pelajar ini dapat melahirkan rakyat
yang teguh dan berani demi memimpin negara pada masa yang akan datang. Justeru ingatlah
falasafah orang Yunani, "jika seorang doktor melakukan kesilapan, hanya seorang pesakit yang
akan ditimpa kesusahan tetapi jika seorang guru melakukan kesilapan, kesannya akan
berpanjangan hingga beberapa keturunan".

Guru bagi masyarakat tradisional di negara kita dianggap terlalu ideal sehingga sebelum
menyerahkan anak-anak mereka untuk belajar, mereka membekalkan guru tersebut sebatang
rotan. Kegunaannya adalah untuk menghukum anak mereka atau mendidik anak-anak mereka
supaya menjadi orang yang berguna. Di sini kita dapat melihat betapa peranan seorang guru
terlalu besar untuk menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ibu bapa untuk
mendidik anak-anak mereka untuk menjadi manusia yang berguna. Namun senario terkini
kelihatan sudah semakin berubah. Ada golongan ibu bapa yang bertindak seolah-olah lebih bijak
menegur dan menyalahkan guru itu dan ini. Golongan ibu bapa seperti itu perlu lebih sedar dan
insaf bahawa mereka menghantar anak-anak ke sekolah kerana mereka tidak mampu untuk
mendidik anak mereka sendirian tanpa bantuan seorang guru. Selamat hari Guru.

__________________________________________________

RUMUSAN 8:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
amalan membaca dan sebab-sebab rakyat kurang membaca. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

__________________________________________________
Membaca merupakan aktiviti yang amat berfaedah. Walau bagaimanapun, ramai orang membaca
buku hanya untuk mengisi masa lapang. Sebenarnya, amalan membaca amat penting bagi kita
semua kerana dengan membaca akan dapat melahirkan generasi yang berfikiran kritis dan
matang. Kita mestilah memupuk budaya membaca kepada kanak-kanak dan remaja zaman
sekarang. Budaya membaca bukan sahaja dapat membina generasi yang kritis malah
pembudayaan amalan itu akan dapat mempercepat usaha untuk membentuk negara kita agar
lebih maju dan pesat membangun seperti negara Jepun dan Korea Selatan. Hasil daripada
membaca sesuatu makalah mampu memberikan pengalaman yang baru yang dapat diaplikasikan
dalam urusan harian yang tertentu.

Untuk memenuhi hasrat mewujudkan masyarakat yang gemar membaca, banyak perpustakaan
awam dibina. Selain itu, kerajaan mengisytiharkan bulan Julai sebagai Bulan Membaca peringkat
kebangsaan. Tindakan ini selaras dengan saranan Perdana Menteri kita yang mahukan rakyat
membaca supaya kita dapat melahirkan masyarakat yang serba tahu. Di samping itu, amalan
membaca membolehkan kita membuat refleksi tentang kelemahan diri kita sendiri kerana kita
akan dapat memahami perkara-perkara yang tidak diketahui selama ini! Pengetahuan am sama
ada isu semasa ataupun sejarah dapat menaikkan motivasi diri sehingga mewujudkan daya saing
yang sihat.

Menurut Frank Tibolt, penulis buku Sentuhan Kejayaan, dengan membaca kita dapat berubah
menjadi manusia yang lengkap. Kata-kata Mohd. Atiq, pelajar yang mendapat keputusan
cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2003 bahawa membaca itu keperluan hidup jelas
membuktikan bahawa budaya membaca mesti diamalkan setiap masa. Dalam hal ini, galakan
yang diberikan kepada pihak sekolah untuk menubuhkan kelab bacaan patut dipuji. Usaha
mengadakan majlis pelancaran buku baru juga merupakan pendekatan proaktif yang boleh
mendorong lebih ramai anggota masyarakat untuk mencintai buku.

Sebenarnya, masyarakat negara ini belum boleh dianggap sebagai masyarakat pembaca. Kita
perlu melakukan anjakan paradigma seiring dengan kemajuan dunia pada hari ini. Jika ada usaha
bersungguh-sungguh ke arah itu, mungkin pada suatu hari nanti kita pun akan berubah dan
menjadi seperti masyarakat Barat dan Asia Timur yang memperoleh keseronokan daripada
membaca. Kita harus terus membaca kerana jika kita sentiasa menangguhkan tindakan, akhirnya
kita tidak akan dapat menghabiskan walau sebuah buku pun dalam setahun. Kita berharap juga
agar masyarakat tidak terlalu cenderung untuk membeli majalah hiburan dan cerita fiksyen
semata-mata supaya kita dapat membebaskan diri daripada belenggu bahan picisan
seumpamanya. Eloklah kita cuba meninjau bahan bacaan lain yang banyak mengandungi
maklumat yang dapat dimanfaatkan.

__________________________________________________

RUMUSAN 9:

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang faktor-
faktor rakyat wajib memerangi rasuah dan halangannya. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah kata.

____________________________________________________
Rasuah merupakan salah satu penyakit masyarakat yang wujud sejak dahulu dan berterusan
hingga sekarang. Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai institusi masyarakat tidak terkecuali
dalam pentadbiran awam sesebuah negara. Kini, dapat kita saksikan sikap serius kerajaan
Malaysia bertindak membasmi rasuah hingga akar umbi, terutama yang melibatkan sektor awam.
Langkah tegas kerajaan ini harus disambut baik oleh semua lapisan masyarakat.

Kerajaan telah mengeluarkan arahan-arahan tentang perkara ini dan merangka serta menentukan
suatu penanda aras berhubung dengan rasuah. Ketetapan itu membuktikan sikap serius kerajaan
memerangi rasuah. Perkara yang dapat kita jangkakan pada masa depan ialah peningkatan usaha
Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyelesaikan kes-kes rasuah yang diadukan oleh pihak
yang terlibat kepadanya. Kakitangan sektor awam wajar mengambil perhatian terhadap perkara
ini dan menanamkan azam untuk mengelakkan diri daripada sebarang perbuatan rasuah.
Sesungguhnya, perbuatan rasuah akan merugikan pihak pelaku apabila mereka disiasat, diheret
ke mahkamah, dibicarakan, dan dijatuhi hukuman. Sebelum perkara ini berlaku, wajarlah iktibar
daripada peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna diambil. Bagi
anggota masyarakat pula, mereka perlu mengambil kira keseriusan kerajaan dan tidak melibatkan
diri menawarkan rasuah sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan masalah masing-masing
secara haram. Amalan menawarkan rasuah hanya menyelesaikan masalah dalam jangka masa
pendek.
Amalan rasuah ini akan mendatangkan mudarat besar kepada masyarakat, rakyat, dan negara.
Semua pihak, baik kakitangan kerajaan mahupun anggota masyarakat perlu menahan diri
daripada melakukan rasuah dengan memikirkan kepentingan jangka panjang negara. Kita
haruslah menyokong usaha kerajaan membasmi rasuah demi kebaikan kita semua. Sokongan itu
meliputi amalan mahupun sikap serta mentaliti masing-masing. Kita mengakui bahawa rasuah
mempunyai pelbagai tahap. Ada yang bertahap rendah dan melibatkan nilai yang sedikit. Di
samping itu, wujud rasuah yang membabitkan jumlah yang besar dan berkaitan pula dengan
kedudukan yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, kedua-duanya tetap rasuah dan menjadi
wabak masyarakat yang sangat bahaya. Sesungguhnya rasuah menjadi penyakit yang memakan
diri sesuatu organisasi. Maka usaha memeranginya perlu bermula daripada mentaliti dan sikap
antirasuah khususnya di kalangan kakitangan sektor awam. Mereka harus disedarkan bahawa
rasuah melemahkan sektor awam dan akhirnya mendatangkan mudarat kepada semua pihak.

Apabila rasuah berleluasa, jentera sektor awam tidak akan berkesan dan segala rancangan
kerajaan tidak dapat disempurnakan. Jika rasuah tidak dapat dibanteras, rakyatlah yang akan
menanggung kerugian kerana merekalah yang membayar cukai tetapi tidak dapat menikmati
keefisienan perkhidmatan kerajaan.

____________________________________________________

RUMUSAN 10:

Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kesan negatif penggunaan telefon
bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah dan langkah-langkah pencegahannya. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

_______________________________________________________

Pada masa ini, sebilangan murid sekolah pada hakikatnya telah pun mempunyai telefon bimbit
sama ada dibeli oleh ibu bapa masing-masing atau dibeli dengan duit simpanan sendiri. Cuma
penggunaannya terbatas di luar sekolah kerana mereka dilarang menggunakannya di kawasan
sekolah. Memang tidak dinafikan telefon bimbit menjadi alat hubungan imbit yang penting
namun kita perlu melihat kesan negatif kepada murid sekolah.

Kita semua sudah biasa melihat kesan buruk penggunaan telefon ini di kalangan orang dewasa.
Misalnya, telefon bimbit digunakan untuk merakam gambar yang tidak senonoh. Mereka juga
menggunakannya untuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) berantai. Di samping itu,
pengguna juga melanggan pelbagai perkhidmatan yang tidak penting seperti yang diiklankan di
media massa. Siapakah yang boleh memberi jaminan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam
perkara-perkara sedemikian?

Murid-murid juga dikhuatiri menyalahgunakan telefon bimbit semasa proses pengajaran dan
pembelajaran diadakan. Antara lain, murid dikhuatiri menggunakan telefon bimbit untuk menipu
dalam peperiksaan. Mereka juga mungkin leka menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS)
dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran. Selain itu, tidak mustahil jika
terdapat murid yang memuat turun perkara-perkara yang tidak diingini semasa di dalam kelas.
Tidak keterlaluan jika kita mengandaikan bahawa akan timbul kesan psikologi terhadap murid
sekolah yang kurang mampu. Maka akan wujudlah suatu trend dalam kalangan murid sekolah
bahawa telefon bimbit ialah perkara penting pada zaman persekolahan. Oleh itu, mereka akan
memaksa ibu bapa membelikan telefon itu untuk mereka.

Selain itu, pemilikan telefon bimbit dalam kalangan murid dikhuatiri menimbulkan suasana
hubungan sosial yang tidak baik di dalam kawasan sekolah. Hal ini demikian kerana ada murid
yang mula menjadikan telefon sebagai salah satu simbol status sosial. Jika satu ketika dahulu
jenama kasut, beg atau kotak pensel pun boleh digunakan sebagai simbol status sosial di
kalangan murid, maka telefon bimbit juga diramal akan turut menjadi alat untuk murid
menunjuk-nunjuk.

Masalah penggunaan telefon bimbit di sekolah perlu diberikan perhatian. Dengan itu, langkah
melarang penggunaan telefon bimbit di sekolah dianggap wajar. Larangan ini wajar diteruskan
memandangkan penggunaan telefon bimbit lebih banyak membawa keburukan daripada
kebaikan.

_____________________________________________________

RUMUSAN 11:

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang peranan
generasi muda dalam mengisi kemerdekaan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
mereka. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

____________________________________________________
Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh generasi muda melalui usaha kuat mereka dan dasar-
dasar kerajaan. Bagaimanapun, generasi muda juga menghadapi pelbagai permasalahan yang jika
tidak diatasi akan memberi kesan kepada usaha membangunkan negara setelah 50 tahun
mencapai kemerdekaan. Pelbagai permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda terutama
remaja kerap diperkatakan. Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan remaja
di Malaysia kian serius dan bertambah kronik. Statistik penyalahgunaan dadah pula masih lagi
memberi petunjuk mengenai kedudukan masalah ini pada peringkat yang membimbangkan.
Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara boleh membantut usaha menjayakan dasar-dasar
yang diwujudkan. Oleh itu, generasi muda perlu menjauhi diri daripada dadah kerana mereka
merupakan aset yang bernilai bagi negara.

Mereka juga kurang mempunyai semangat patriotisme kerana dikatakan tidak dapat merasakan
detik-detik perjuangan kepayahan menuntut kemerdekaan di samping hidup dalam zaman yang
selesa. Mereka sepatutnya bertanggungjawab membina kejayaan negara dan sanggup bekerja
keras untuk negara. Generasi muda juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan.
Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020.
Generasi muda mestilah berusaha untuk memajukan diri mereka. Melalui Kementerian Belia dan
Sukan, kerajaan telah melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu remaja dan belia
memajukan diri mereka. Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) telah diwujudkan bagi
membantu golongan muda yang ingin berniaga mendapatkan maklumat dan bantuan.
Konvensyen Pembangunan Belia Meneroka Generasi 2007 contohnya bertujuan menentukan
hala tuju, falsafah dan strategi pembangunan belia yang progresif, menggariskan mekanisme
pengurusan pembangunan belia, menyediakan kod etika pertubuhan belia dan membina teras
pembangunan belia yang terbilang.

Generasi muda melalui kesedaran mereka dan bantuan pihak lain diharapkan akan terus
memastikan bahawa Malaysia menjadi negara yang aman dan stabil, mengamalkan
kesederhanaan serta saling menghormati dalam adunan warga pelbagai budaya. Adalah tugas
generasi muda untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang kepada konsep keadilan dan
kesaksamaan, mengusahakan kemiskinan dihapuskan dan memastikan kemakmuran dapat
dinikmati bersama. Selain itu, adalah juga menjadi harapan agar generasi muda akan mengisi
perjuangan kemerdekaan dalam fasa 50 tahun kedua dengan memastikan prinsip demokrasi akan
terus diamalkan dan mengurus negara dengan bijak. Kejayaan negara dalam fasa kedua 50 tahun
kemerdekaan negara memerlukan komitmen semua warganegara terutama sekali generasi muda.

You might also like