You are on page 1of 26

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KERAMAT

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 1

TAJUK:
SALASILAH KELUARGA

NAMA:
NOR ALIA BINTI AHMAD SIRAJ

KELAS:
1 AKMAL

NAMA GURU:
EN.KHOR HOOI CHOON

TARIKH HANTAR:
1 JULAI 2008
PENGHARGAAN

Saya Nor Alia Binti Ahmad Siraj, bersyukur kepada Allah


S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kami
dapat menyiapkan kerja kursus Sejarah ini tanpa menghadapi
masalah.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada semua ahli keluarga saya yang
banyak membantu dalam kewangan. Tanpa bantuan dari
mereka semua saya tidak akan dapat menyiapkan kerja folio
Sejarah ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada


Encik Khor iaitu guru matapelajaran Sejarah saya kerana tidak
jemu memberi tunjuk ajar kepada saya. Sekali lagi saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan dan
kerjasama cikgu. Sekian, terima kasih.

Nor Alia Binti Ahmad Siraj


1 Akmal
2
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
Penghargaan
1.0 Pengenalan 1
1.1 Pengenalan 2
1.2 Objektif Kajian 2
1.3 Kaedah Kajian 2
1.4 Penutup 2

2.0 Definisi Salasilah Keluarga 3


2.1 Pengenalan 4
2.2 Definisi Keluarga 4
2.3 Salasilah 4
2.4 Kepentingan Salasilah Keluarga 5
2.5 Penutup 6

3.0 Salasilah Keluarga 7


3.1 Pengenalan 8
3.2 Sejarah Keluarga 8
3.3 Asal Usul Ayah 8
3.4 Asal Usul Ibu 10
3.5 Butiran Peribadi Adik-Beradik 12
3.6 Penutup 14

4.0 Kesimpulan 16
Rujukan 18
Lampiran
Komen Guru
BAB 1

PENGENALAN
1.0Pengenalan

Kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah Tingkatan Satu ini bertajuk salasilah
keluarga. Bagi membantu saya untuk menyediakan kertas kerja ini, saya memerlukan
objektif kajian dan kaedah kajian untuk mendapatkan hasil kajian saya. Oleh itu, bab ini
akan saya menerangkan dengan lanjut mengenai objektif kajian dan keadah kajian saya.

1.1Objektif Kajian

Bagi menyediakan dan menyiapkan kerja kursus Sejarah Tingkatan Satu ini,
terdapat tiga objektif telah ditetapkan iaitu:

1) Mengenalpasti apakah maksud atau definisi salasilah keluarga.


2) Mengumpul maklumat atau sumber primer (sumber bertulis) dan sekunder
(sumber lisan) yang berkaitan dengan salasilah dan asal usul keluarga saya.
3) Menghurai dan menerangkan tentang salasilah keluarga saya.

1.2Keadah Kajian

Bagi mendapat maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan kerja kursus ini, saya
perlu mengenalpasti langkah atau keadah yang perlu digunakan. Antara kaedah yang akan
saya gunakan ialah:

1) Mengumpul sumber primer (sumber bertulis) iaitu sijil-sijil kelahiran


keluarga saya dan kurikulum vitea keluarga.
2) Mengumpul sumber sekunder (sumber lisan) iaitu menemubual ibu dan
bapa serta saudara-mara.

1.3Penutup

Kesimpulannya dengan melaksanakan objektif dan kaedah kajian yang telah


ditetapkan di atas, maka hasil kajian kerja kursus ini akan dapat dikumpul dan
menghuraikan mengenai sejarah atau salasilah serta asal usul keluarga saya.

2
BAB 2

DEFINISI SALASILAH
KELUARGA
2.1Pengenalan

Bab ini akan menerangkan mengenai beberapa definisi keluarga, fungsi-fungsi


keluarga, maksud salasilah dan juga kepentingan-kepentingan salasilah keluarga. Perkara
yang akan dijelaskan di bawah ini bertujuan untuk membantu pemahaman saya mengenai
apa itu salasilah keluarga.

2.2Definisi Keluarga

Keluarga berasal dari bahasa Sanskrit iaitu kula dan warga "kulawarga" yang
bererti "anggota" "kelompok kerabat". Keluarga adalah lingkungan di mana beberapa
orang yang masih memiliki hubungan darah, bersatu. Keluarga juga bermaksud satu
kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau
pengambilan anak angkat.

Menurut Yayasan Budi Penyayang Malaysia pula, keluarga adalah asas kepada
masyarakat dan merupakan unit terkecil dalam masyarakat. Keluarga terdiri daripada
empat iaitu:

1) Keluarga Asas: terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak;


2) Keluarga Luas: terdiri daripada beberapa keluarga asas yang sama
keturunan;
3) Keluarga Orientasi: keluarga yang bertanggungjawab untuk meletak
mereka kepada masyarakat melalui pendidikan dan sebagainya; dan
4) Keluarga Prokreasi: keluarga yang bertanggungjawab menghasilkan,
membudayakan dan mensosialkan zuriat.

2.3Salasilah

Menurut kamus sastera melayu, salasilah bermaksud susur galur keturunan, asal
keturunan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa salasilah keluarga adalah bermaksud susur
galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan sesebuah keluarga.

4
2.4Kepentingan Salasilah Keluarga

Salasilah keluarga seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia
bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada
hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim
sangatlah dituntut dalam Islam.

Allah berfirman:

"Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan


menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturrahim kaum kerabat.”
(Surah An-Nisaa: 1)

Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman:

"Barang siapa yang memutuskan tali kekeluargaan, akan aku putuskan


hubunganKu dengan dia. Dan barangsiapa menyambungkan tali kekeluargaan,
Akupun akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti.”

Lebih daripada itu diriwayatkan dalam banyak hadis bahawa amalan silaturrahim
akan memakmurkan rumah dan menambah usia walaupun para pelakunya bukan orang
baik-baik. Amalan silaturrahim ini akan membersihkan segala amalan kita yang lain serta
melipatgandakan kekayaan dan menolak bala.

Hadis Jubair bin Mut'im r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan
hubungan kekeluargaan (Silaturahim).

Selain itu, kepentingan salasilah keluarga adalah untuk mengelak masalah


perkahwinan adik dengan abang kandung atau kakak dengan adik kandung (mahram) yang
boleh berlaku kerana sudah lumrah suami yang pergi merantau terus kekal di perantauan,
berkahwin baru dan mendapat anak-anak pula di tempat baru. Manakala di kampung asal
sudah ada isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Perpisahan yang terus menerus tidak

5
balik-balik dan tidak memperkenalkan anak-anak isteri baru dengan anak-anak isteri lama
boleh memungkinkan berlaku perkahwinan mahram ini. Maka itu adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa untuk menceritakan secara terperinci susur galur salasilah mereka
kepada anak cucu supaya tidak berlaku masalah seperti perbalahan/pergaduhan antara
sesama saudara mara dan perkahwinan antara adik beradik kandung.

2.5Penutup

Kesimpulannya, keluarga yang merupakan unit kecil kepada masyarakat


mempunyai sejarah, asal usul, keturunan dan bangsa. Salasilah keluarga seseorang itu amat
penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan
saya dan setiap individu lain boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum
kerabat serta merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam
Islam. Selain itu, mengetahui salasilah keluarga juga penting untuk mengelak masalah
perkahwinan mahram yang mana diharamkan dalam Islam kerana akan menimbulkan
masalah kekeliruan kepada masyarakat.

6
BAB 3

SALASILAH
KELUARGA

7
3.1Pengenalan

Dalam bab ini, saya akan menerangkan mengenai latar belakang keluarga atau
sejarah keluarga saya. Penerangan mengenai asal usul ayah dan ibu saya. Selain itu, saya
akan menyertakan butiran peribadi setiap ahli keluarga saya.

3.2Sejarah Keluarga

Sejarah keluarga asas saya bermula pada 5 September 1973 iaitu hari Khamis
bersamaan 9 Syaaban 1394 hijrah. Di mana ayah saya Ahmad Siraj Bin Sa’at telah
berkahwin dengan ibu saya Aminah Binti Sihat. Hasil perkahwinan ayah dan ibu saya,
mereka dikurniakan lima anak perempuan.

Ayah dan Ibu saya yang berasal dari Batu Pahat, Johor Darul Takzim telah
berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat pekerjaan sebagai Penyelia Juruteknik di
Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan kini dikenali sebagai Telekom Malaysia Berhad.
Oleh itu, kami sekeluarga telah menetap selama 28 tahun di Taman Permata, Hulu Klang,
Selangor setelah ayah dan ibu saya membeli rumah di sini.

Walau bagaimanapun, ayah saya telah berkahwin lagi satu dengan Siti Aminah
Binti Mat Zin pada 9 Jun 1994 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak.
Kini ibu tiri saya menetap di Wangsa Maju, Seksyen 1.

3.3Asal Usul Ayah

Nama ayah saya ialah Ahmad Siraj Bin Sa’at. Berumur 57


tahun pada tahun ini dan dilahirkan pada pukul 5 pagi ,pada 6
Disember 1951 di Parit Besar, Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan anak kedua daripada 8 orang adik-beradik dan berasal
daripada Batu Pahat di Johor. Ayah saya berketurunan Jawa
Ponorogo yang diwarisi dari moyang saya yang berasal dari

8
Tanah Jawa, Indonesia. Di muka surat sebelah, saya lampirkan gambarajah keluarga asas
ayah saya.

9
3.4Asal Usul Ibu

Nama ibu saya ialah Aminah Binti Sihat. Berumur 53


tahun pada tahun ini dan dilahirkan pada 1 Mei 1955 di Parit
Besar, Batu Pahat, Johor. Ibu saya merupakan anak pertama
daripada 12 adik-beradik dan juga berketurunan jawa yang
diwarisi dari moyang dan turun ke datuk saya.

Keluarga ibu saya juga bertutur dalam bahasa jawa.


Namun, saya dan adik-beradik saya cuma boleh memahami sedikit sahaja bahasa jawa
kerana dibesarkan di Kuala Lumpur yang mana bahasa pertuturan utama adalah bahasa
melayu.

Ibu saya merupakan suri rumahtangga dan telah berumahtangga dengan ayah saya
selama 35 tahun. Ibu dan ayah saya adalah berasal dari satu kampung yang sama dan
mempunyai hubungan persaudaraan. Di muka surat sebelah, saya lampirkan gambarajah
keluarga asas ibu saya.

10
3.5Butiran Peribadi Adik Beradik

Setelah menerangkan serba sedikit asal usul ayah dan ibu saya. Maka, seterusnya
saya akan menerangkan serba sedikit butir-butir peribadi saya dan adik-beradik yang lain.

3.5.1Butir Peribadi Kakak Sulung

Anak pertama dalam keluarga saya bernama Arlinawati


Binti Ahmad Siraj dan kini berumur 32 tahun. Dilahirkan pada 8
April 1975 di Hospital Daerah Batu Pahat, Johor. Kakak saya sudah
berkahwin dan dikurniakan empat orang anak. Kakak saya yang
pertama merupakan seorang suri rumah tangga.

3.5.2Butiran Peribadi Kakak Kedua

Anak kedua dalam keluarga saya bernama Norlailatulazma


Binti Ahmad Siraj bermaksud cahaya malam kecekalan dalam
Islam. Kini berumur 28 tahun. dan dilahirkan pada 9 Ogos 1980 di
Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL). Kini kakak saya baru
berkahwin dan belum mempunyai cahaya mata. Kakak yang kedua
berkerja sendiri dengan membuka perniagaan runcit.

3.5.3Butiran Peribadi Kakak Ketiga

Anak ketiga dalam keluarga saya bernama Siti Fatimah


Binti Ahmad Siraj bermaksud cik yang tidak menyusu lagi dalam
Islam. Kini kakak ketiga saya berumur 24 tahun dan dilahirkan
pada 5 Disember 1984 di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL).
Kakak ketiga saya baru menamatkan pengajian Sarjana Muda
Perancangan Bandar dan Wilayah di Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Skudai, Johor. Kakak ketiga saya ini merupakan bekas
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat.

12
3.5.4Butiran Peribadi Kakak Keempat

Anak keempat dalam keluarga saya bernama Norazima


Binti Ahmad Siraj bermaksud cahaya yang mulia atau agung
dalam Islam. Kini kakak keempat saya berumur 22 tahun dan
dilahirkan pada 12 Mac 1986 di Hospital Besar Kuala Lumpur
(HBKL). Kakak keempat saya kini bekerja sebagai kerani
kewangan di bahagian pinjaman perumahan perbendaharaan,
Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya dan mempunyai
Diploma Pemasaran Multimedia di Kolej Multimedia Telekom Malaysia (TMMC).
Kakak keempat saya juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Keramat.

3.5.5Butiran Peribadi Kakak Kelima

Kakak kelima saya ini merupakan cahaya mata ayah saya


bersama ibu tiri saya. Namanya Siti Aishah Binti Ahmad Siraj dan
bermaksud cik yang hidup bahagia dalam Islam. Kakak kelima
saya ini juga berumur 13 tahun dan dilahirkan pada 22 Mei 1995 di
Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL). Kini bersekolah di Sekolah
Menengah Seri Keramat dan berada di Kelas 1 Cemerlang.

3.5.6Butiran Peribadi Saya

Nama saya Nor Alia Binti Ahmad Siraj dan bermaksud


cahaya ketinggian dalam Islam. Saya berumur 13 tahun pada tahun
ini dan dilahirkan pada tarikh 19 November 1995 di Damai Service
Hospital, Taman Melawati. Saya dibesarkan di alamat 1681 Jalan
Permata 4, Taman Permata Hulu Kelang 53300 Kuala Lumpur.
Saya merupakan anak yang keenam daripada tujuh orang adik-
beradik. Ketika saya berumur 6 tahun saya di sekolahkan di Taman
Asuhan Kanak-Kanak Islam Taman Permata iaitu di Taman Permata, Hulu Kelang. Ketika
saya berumur 7 tahun sehingga 12 tahun, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman

13
Permata dan Sekolah Rendah Agama Taman Permata. Sewaktu saya berumur 12 tahun
saya telah mendapat keputusan 4A 1B dalam peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan
mumtaz, 92.0% dalam peperiksaan PSRA. Sekarang saya bersekolah di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Keramat dan dimasukkan ke kelas 1 Akmal

3.5.7Butiran Peribadi Adik Saya

Anak bongsu dalam keluarga saya bernama Ibrahim Bin


Ahmad Siraj dan bermaksud nama Nabi Ibrahim a.s dalam Islam.
Kini berumur 12 tahun dan dilahirkan pada 5 Ogos 1996 di
Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL). Kini bersekolah di Sekolah
Kebangsaan Taman Permata dan Sekolah Rendah Agama Taman
Permata.

3.6Penutup

Penerangan-penerangan lanjut di atas ini adalah merupakan sejarah salasilah


keluarga besar dan gambarajah salasilah keluarga besar saya dilampirkan di muka surat
sebelah. Kesimpulannya, saya memiliki seorang ayah, dua orang ibu dan tujuh orang adik
beradik serta empat orang anak saudara.

14
BAB 4

KESIMPULAN
Kesimpulannya, sejarah boleh dijadikan iktibar dan pengajaran serta panduan untuk
generasi masa kini dan masa akan datang. Dengan mempelajari sejarah, generasi kita dapat
mengetahui asal-usul keluarga dan keturunan serta dapat memupuk perasaan bangga akan
keluarga sendiri. Di samping itu, sejarah dapat memupuk perasaan kasih sayang dan saling
menghormati di antara satu sama lain.

17
RUJUKAN
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (April, 2002),
Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sejarah
Tingkatan 1 & 2, Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://www.scribd.com/doc/493893/Sejarah-Tingkatan-1dan-2

http://www.penyayang.org.my/bm/keluarga/index.html

http://id.wikipedia.org/wiki/Keluarga

http://ms.wikipedia.org/wiki/Keluarga

http://www.sabah.edu.my/cwm001/kamus-s.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Salasilah

http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1483

18
LAMPIRAN

Gambar Sekeluarga Semasa Majlis Persandingan Kakak Kedua Saya.

Gambar Bersama Nenek dan Datuk serta Sepupu-Sepupu Sebelah Ibu Saya.
ULASAN GURU

Nama Guru: Encik Khor Hooi Choon.

Ulasan Guru:

Markah:

Tarikh:

Tanda Tangan:

You might also like