You are on page 1of 19

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), PERAK

FAKULTI:

SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR

KOD PROGRAM (KUMPULAN): AP 117 (ID 2C)

KOD KURSUS: CTU 151 (TAMADUN ISLAM)

TAJUK:

“JENIS-JENIS PAKAIAN YANG BERCANGGAH DENGAN SYARIAT ISLAM”

AHLI KUMPULAN:

BIL. NAMA. NO.ID


1. MUHAMMAD SADDAM BIN 2010466824
HUSSIN
2. MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD 2010419954
HANAFIAH
3. MUHAMMAD NASRUDDIN BIN 2010443326
ABDUL RAHIM
4. FATHUL AIZATT BIN AHMAD 2010610634
FUAD
5. MOHAMAD AFIS AZIM BIN 2010271316
ABDULLAH
6. MOHAMED REDZUAN BIN 2010635846
ROSLAN

SEMESTER : JANUARI - APRIL 2011

NAMA PENSYARAH:

USTAZAH MASTHURHAH HJ .ISMAIL

PERKARA MARKAH PENUH MARKAH


PENDAHULUAN 1
ISI 4
HURAIAN + CONTOH 6
PENUTUP 1
RUJUKAN 2
KEKEMASAN 1
JUMLAH 15

1
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, saya memanjatkan puji-pujian kepada Allah S.W.T, Tuhan dan pemilik bagi
sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan besar , Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarga dan sahabat baginda , juga buat pendokong dan pencipta kebenaran di sepanjang
zaman.

Kami sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya penulisan ini dapat disiapkan dengan
jayanya, dan kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih yang kepada USTAZAH
MASTHURHAH BINTI HJ ISMAIL yang telah banyak memberi dorongan kepada kami untuk
menyiapkan kerja kursus Pemikiran Dan Tamadun Islam (CTU 151) yang bertajuk” Jenis- Jenis
Pakaian Yang Bercanggah Dengan Syariat Islam.

Kami berasa bangga kerana kerja kursus ini dapat disiapkan dalam jangka masa pendek. Terima
kasih kepada semua orang yang telah banyak membantu kami dalam melaksanakan tugasan yang
diberi terutama ahli kumpulan ini yang telah banyak menyumbang tenaga dan maklumat dalam
menyiapkan kerja kursus ini. Akhir kata, saya berharap folio kami ini dapat diterima oleh ustazah
dengan baik. InsyaAllah.

Sekian.

2
ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ….2

1.0 DEFINSI AURAT ….3~5

1.1 Aurat
1.2 Dalil Al-Quran
1.3 Dalil Hadis
1.4 Aurat Lelaki
1.5 Aurat Wanita

2.0 ADAB BERPAKAIAN MENURUT ISLAM ….5~6

3.0 TATSUSILA BERPAKAIAN DALAM ISLAM ….7~8


3.1 Menutup Aurat

3.2 Tidak menampakkan tubuh


3.3 Tidak ketat
3.4 Tidak menimbulkan riak
3.5 Perbezaan aurat lelaki wanita
3.6 Larangan memakai sutera
3.7 Memakai pakaian labuh
3.8 Memilih warna pakaian yang sesuai
3.9 Larangan memakai emas
3.10 Memulakan dengan sebelah kanan

4.0 PERHIASAN YANG DILARANG DALAM ISLAM ....9~15

4.1 Barang kemas daripada emas dan perak


4.2 Bejana emas dan perak
4.3 Memakai sutera
4.4 Gambar yang lukisan yang bernyawa atau diharamkan
4.5 Patung-patung
4.6 Memakai cemara

5.0 ETIKA BERPAKAIAN MUNURUT PANDANGAN ISLAM ….15~19

5.1 Lelaki
5.2 Wanita

3
DEFINISI SOLAT

Aurat (Arab: ‫ )عورة‬merupakan istilah Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota


badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata
lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang
bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki
atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-
Quran dan Hadis. [1]

Dalil Al Quran

“ Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-
bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang
berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda
(limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka
mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)[2] ”

“ "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat ”


pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan
mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada

 suami mereka atau


 bapa mereka atau
 bapa mertua mereka atau
 anak-anak mereka, atau
 anak-anak tiri mereka atau
 saudara-saudara mereka atau
 anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
 anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
 perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
 orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan
 kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang

4
tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai
orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)[3]

“ "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-


perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh
tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka
dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.
Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-
Ahzab : Ayat 59)[4] ”
Dalil Hadis

"Jika salah seorang kamu mengahwinkan hamba lelakinya kepada hamba perempuannya
atau kepada pekerjanya, maka janganlah hamba perempuan itu memandang kepada
sesuatu dari ‘auratnya (‘aurat tuannya). Maka sesungguhnya apa yang di bawah pusat
sehingga lututnya adalah ‘aurat." (Hadis ”

“ Aisyah meriwayatkan, bahawa saudaranya iaitu Asma' binti Abu Bakar pernah masuk di
rumah Rasulullah S.A.W dengan berpakaian jarang sehingga nampak kulitnya.
Kemudian beliau berpaling dan mengatakan: "Hai Asma'! Sesungguhnya seorang
perempuan apabila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu,
melainkan ini dan ini - sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis
Riwayat Abu Daud) ”

Bersandarkan dalil-dalil daripada Al Quran dan Hadis, aurat lelaki dan aurat perempuan adalah
seperti beri

Lelaki

Didalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, aurat lelaki ialah diantara pusat dengan lutut, ini
termasuk lelaki dan juga perempuan. Ini bermaksud mereka seharusnya menutup alat kemaluan
dan bahagian diantara pusat dan lutut setiap masa kecuali atas dasar privasi. Mereka juga wajib
memakai pakaian yang longgar dan tidak telus bagi mengelakkan warna kulit dan juga bentuk
badan dilihat oleh golongan bukan ajnabi
Wanita
Aurat wanita sangat komplikated dan berubah mengikut situasi:

 Dihadapan mahram(saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh
badannya kecuali kepala dan tangan. Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan
ialah diantara pusat hingga lutut.

5
 Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan
menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan.
Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan
wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam
 Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah
menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan
berpendapat, muka adalah aurat.Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang
berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum.
 Salafi muslims believe that a woman's awrah in front of unrelated men is her entire body
including her face and hands
 Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak
tangan.

Suara
Sesetengah ilmuwan berpendapat suara wanita juga adalah aurat.

ADAB BERPAKAIAN MENURUT ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud;

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan
untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa
itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah
(dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada seluruh umat manusia melalui Nabi
Muhammad s.a.w. adalah penyelamat dan pembawa rahmat kepada mereka dan seluruh
kehidupan mereka. Ia penyelamat manusia dalam setiap kegiatan dan kehidupan mereka
di dunia dan memberi rahmat kepada manusia di saat bertemu kembali dengan Tuhan
mereka di akhirat kelak.

Dalam hal ini, Islam telah memperincikan secara jelas tentang adab dan peraturan dalam
mengurus kehidupan manusia termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pakaian dan
perhiasan untuk mereka.

6
Islam sebenarnya adalah agama yang mudah dan memudahkan umatnya bila garis dasar
yang ditetapkan dalam berpakaian ialah menutup aurat dan bersih. Aurat mengikut
jumhur ulama bagi lelaki ialah dari bawah lutut hingga ke atas pusat mereka. Walau
bagaimanapun, adab dan kesopanan dalam berpakaian menurut Islam menambahkan
sehingga ke atas bahu apabila kita diminta meletakkan kain atau pakaian lain menutupi
hingga ke atas dua bahu ketika hendak sembahyang.

Manakala aurat bagi wanita ialah seluruh tubuh mereka kecuali muka dan dua tangan
bermula dari pergelangan tangan mereka. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa
seluruh tubuh wanita itu adalah aurat termasuk muka mereka dengan alasan muka juga
boleh menarik perhatian lelaki yang “hatinya berpenyakit” dan akan menimbulkan fitnah
dalam masyarakat.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat


pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-
anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang
yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Rujukan : http://www.scribd.com/doc/4185294/adab-berpakaian-menurut-Islam

7
TATASUSILA BERPAKAIAN DALAM ISLAM

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat
adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau
di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat,
sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita)
iaitu:

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah
seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW
bersabda bermaksud: “Paha itu adalah aurat.” (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh


PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat.
Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang
melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku
lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul
manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-
liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat
dicium daripada jarak yang jauh.” (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat


TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak


RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana
perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat.” Dalam hadis lain,
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.” (Ahmad, Abu Daud,
an-Nasa’iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza


MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga
sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang
bermaksud: “Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang
meniru pakaian dan sikap perempuan.” (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: “Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita
berpakaian lelaki.” ・(Abu Daud dan Al-Hakim).

8
6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat
memakainya di akhirat.” (Muttafaq ‘alaih)

7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi
menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud:
“Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-
perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah
Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” ・(al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai


CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini
sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud:
“Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih).”
(an-Nasa’ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas


TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti
rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara
para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan
berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
“Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita.”

10. Mulakan sebelah kanan


APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim
meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: “Rasulullah suka sebelah kanan dalam
segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci.”Apabila memakai kasut atau
seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan
sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan
sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan
menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya. ” (Riwayat Muslim).

・Sumbangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Rujukan : http://dausso.wordpress.com/2008/07/16/adab-berpakaian-menurut-islam/

9
PERHIASAN YANG DILARANG DALAM ISLAM

Perhiasan dalam bahasa Arab disebut az-zinah, iaitu sesuatu yang dapat memperindah sesuatu
yang lain, barang yang dipakai untuk berhias.

Dalam al-Qur’an terdapat perkataan az-zinah (perhiasan), antaranya sebagaimana firman Allah
Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang (yang
berbagai bentuk dan keadaan) serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya.”

(Surah al-Hijr, ayat 16)

Hukum memakai perhaisan

Pada dasarnya perhiasan dalam erti kata mempercantik diri dan selain diri agar orang lain merasa
senang memandang adalah diharuskan.

Perhiasan itu selama mana ianya tidak bertentangan dan berlawanan dengan syara‘ adalah sangat
digalakkan dan dituntut dalam Islam. Sebagai contoh, Allah memerintahkan agar manusia
memakai perhiasan pada setiap kali pergi ke masjid, firmanNya:

Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap
kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan
jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui
batas.”

(Surah al-‘Araf, ayat 31)

Perhiasan itu fungsinya bukan setakat untuk memperindah dan mencantikkan tubuh badan dan
sesuatu tempat saja, seperti dinding-dinding dan ruang-ruang tertentu di dalam rumah, di masjid
dan sebagainya, tetapi juga fungsinya menjadi alat dan bahan untuk kegunaan suatu tujuan, sama
ada ianya digunakan kerana ada keperluan, seperti untuk perubatan, ataupun digunakan tanpa ada
keperluan, seperti pinggan dan cawan yang diperbuat daripada perak atau emas digunakan untuk
makan dan minum kerana semata-mata menunjukkan gaya kehidupan yang mewah.

Namun begitu, bukan semua jenis barang-barang perhiasan itu diharuskan untuk dijadikan bahan
kegunaan dan hiasan diri dan tempat. Terdapat garis panduan hukum syara‘ yang menentukan
bahan-bahan perhiasan mana yang boleh dan tidak boleh digunakan dan dipakai, baik bagi laki-
laki mahupun perempuan

Berikut adalah beberapa contoh mengenai perhiasan yang dibenarkan dan yang dilarang di dalam
Islam:
10
1) Barang-Barang Kemas Daripada Emas Dan Perak

(a) Barang-barang kemas daripada emas.

Segala perhiasan seperti cincin, anting-anting, kalung, gelang dan seumpamanya yang diperbuat
daripada emas adalah harus dipakai oleh perempuan, tetapi haram bagi kaum lelaki.

Namun begitu, hukum harus berhias diri dengan emas bagi kaum perempuan itu tidaklah bersifat
mutlak, tetapi hendaklah dibatasi pada had yang tertentu. Islam membatasi penggunaan atau
pemakaian yang diharuskan itu dengan dua batasan, iaitu; tidak berlebih-lebihan dan tidak
bermegah-megah.

Dalam hal ini tersebut dalam sebuah hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, sebagaimana
sabda Baginda:

Maksudnya: “Makanlah kamu dan bersedekahlah serta berpakaianlah dengan tidak berlebih-
lebihan dan tidak bermegah-megah.”

(Hadis riwayat An-Nasai’e)

Larangan pemakaian secara berlebihan itu adalah disebabkan hal itu boleh menggambarkan
adanya rasa sombong mempamerkan kekayaan atau menunjuk-nunjuk. Sikap sombong
mempamerkan kekayaan atau menunjuk-nunjuk tidak disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala,
bahkan boleh membawa kepada haram. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan
membangga-banggakan diri.”

(Surah An-Nisaa’, ayat 36)

Menurut ulama dalam mazhab Syafi‘e, berlebihan yang dilarang dalam konteks ini ialah apa
yang dikatakan terlalu berlebihan atau berlebihan yang melampau , seperti seorang perempuan
memakai sepasang gelang kaki yang berat timbangannya dua ratus misqal (bersamaan dengan
850 gram mengikut timbangan pada zaman sekarang), kerana yang demikian itu tidak lagi dikira
sebagai berhias dan tidak lagi dipandang sebagai indah, bahkan akan dipandang jelik.

Akan tetapi berlebihan yang sedikit tidaklah mengapa, namun begitu hukumnya adalah makruh.

Oleh itu, ukuran bagi sikap berlebihan yang melampau itu dalam konteks ini ialah apabila
seorang wanita itu memakai barang perhiasannya sehingga tidak lagi dipandang indah, bahkan
dipandang jelik, maka itu dikatakan terlalu berlebihan. (Mughni al-Muhtaj 1/393, I ‘anah at-
Talibin 2/181)

( b ) Barang-barang kemas daripada emas suasa

11
Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.

Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan
sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki
memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri
daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya
daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas
itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan
membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu. (Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-
Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)

Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-
Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji
Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang lak-laki memakai rantai
leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:

“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari
suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa. Berkata al-Imam an-
Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang
diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”

Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu
dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”

Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu),
dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa
itu.

Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada
pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan
bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada
memakai emas.”

Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat
dengan semata-mata emas.” (Fatwa siri 4/86)

(c) Barang-barang kemas daripada perak.

Harus bagi perempuan memakai cincin, gelang, rantai, loket, anting-anting yang diperbuat
daripada perak. Akan tetapi, barang-barang kemas seperti itu adalah dilarang bagi kaum laki-laki
memakainya kecuali cincin.

Tidak dilarang bagi laki-laki memakai cincin yang diperbuat daripada perak, bahkan hukumnya
adalah sunat, kerana Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam memakai cincin yang diperbuat

12
daripada perak.

Kadar pemakaian perak yang diharuskan bagi perempuan adalah sebagaimana kadar pemakaian
emas yang diharuskan bagi mereka.

Sementara bagi laki-laki, ukuran kadarnya ialah tidak melebihi daripada pandangan adat
kebiasaan atau ‘urf. Dalam erti kata yang lain, jika pada pandangan adat kebiasaan
pemakaiannya itu adalah banyak, maka itulah yang dilarang. Sebaliknya, jika menurut
pandangan adat kebiasaan pemakaiannya itu tidak dikatakan sebagai berlebihan, maka ianya
diharuskan. (Al-Majumu‘ 4/331, Mughni al-Muhtaj 1/392)

(2) Bejana Emas Dan Perak.

Para ulama fiqh telah sepakat menetapkan bahawa haram hukumnya bagi lelaki dan perempuan
memakai atau menggunakan bejana yang diperbuat daripada emas dan perak seperti pinggan,
mangkuk, sudu, garpu dan cawan. Termasuk maksud bejana itu juga pencelak mata, tempat
pencelak mata, pencungkil gigi dan seumpamanya. Penggunaan yang dilarang itu tidak kira sama
ada bagi tujuan sebagai alat untuk makan dan minum, tempat menyimpan ataupun semata-mata
hanya untuk perhiasan tanpa digunakan.

Dasar ketetapan hukum haram memakai atau menggunakan barang-barang ini disandarkan
kepada berbagai-bagai sumber hadis, antaranya sepertimana yang diriwayatkan daripada Ummu
Salamah Radhiallahu ‘anha, beliau berkata bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang minum (menggunakan) pada bejana daripada emas atau perak, maka
dia hanya akan menggelegakkan di dalam perutnya api daripada neraka Jahannam.”

(Hadis riwayat Muslim)

Termasuk juga yang diharamkan itu, memakai bejana yang di disadur dengan emas dan perak.

Namun begitu, tidak mengapa kalau perak dijadikan sebagai pematri atau penampal bejana yang
pecah atau berlubang, jika tampalan itu kecil kerana keperluan atau hajat.

(3) Memakai Sutera

Sutera ialah benang yang lembut dan halus yang didapati daripada sejenis ulat iaitu ulat sutera.

Sutera hanya diharuskan bagi kaum perempuan sahaja. Sementara bagi kaum laki-laki, para
ulama fiqh bersepakat mengatakan bahawa, memakai sutera bagi laki-laki adalah haram.
Larangan memakai sutera bagi laki-laki itu meliputi sama ada untuk tujuan pakaian seperti baju,
kain sarung, tali leher dan sebagainya, ataupun untuk tujuan selain daripada pakaian, iaitu seperti
hamparan permaidani, bantal dan lain-lain.

Perkara ini adalah berdasarkan hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh
Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

13
Maksudnya: “Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam melarang kami daripada minum dengan
menggunakan bejana emas dan perak, menggunakannya untuk makan dan (melarang kami)
daripada memakai sutera, pakaian yang ditenun daripada sutera dan (melarang kami) daripada
duduk di atasnya”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sutera yang dilarang bagi kaum laki-laki itu ialah sutera yang tidak bercampur dengan bahan
yang lain (pure silk) ataupun sutera yang bercampur dengan bahan yang lain tetapi kadar
suteranya lebih banyak daripada bahan yang lain itu.

Ukuran banyak dan sedikit sutera yang dicampur dengan bahan yang lain itu adalah dilihat
kepada berat timbangannya. Oleh itu, jika sutera itu bercampur dengan bahan yang lain dan
bahan suteranya lebih berat timbangannya berbanding dengan bahan yang lain, maka tidak boleh
bagi laki-laki memakainya atau menggunakannya. Jika suteranya lebih ringan timbangannya,
maka diharuskan bagi laki-laki memakainya atau menggunakannya. Jika kadar timbangan
keduanya (sutera dan bahan yang bercampur dengannya) sama berat, maka mengikut pendapat
yang shahih, diharuskan bagi laki-laki memakainya atau menggunakannya. (Al-Majmu‘4/320-
323)[/left]

(4) Gambar Dan Lukisan Objek Yang Bernyawa Atau Yang Diharamkan

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang menggunakan kain, selimut, tabir hiasan yang
terdapat padanya lukisan gambar sesuatu yang bernyawa seperti gambar atau lukisan manusia,
haiwan atau binatang. Akan tetapi, tidak menjadi apa-apa, yakni harus, memakai kain yang
terdapat padanya lukisan gambar sesuatu yang tidak bernyawa seperti gambar atau lukisan
pokok, sungai, gunung-ganang dan seumpamanya.

Termasuk juga perkara yang dilarang oleh syara‘, memakai pakaian yang memaparkan apa
sahaja jenama minuman keras yang diharamkan oleh syara‘, kerana dengan memakai pakaian
tersebut secara tidak langsung ia menandakan bahawa dia redha, menyokong, memberi
pertolongan kepada mempromosi minuman tersebut, walaupun dia tidak berniat sedemikian.

Demikian juga, memakai pakaian yang memaparkan lambang persatuan-persatuan dan simbol-
simbol agama lain seperti salib. Salib termasuk benda-benda yang dipakai khas bagi orang
Nashrani.

Menurut pendapat Al-Imam Al-Sayyid Abdullah bin Yahya, bahawa orang Islam yang memakai
salib dengan cenderung hatinya pada agama Nashrani atau dia maksudkan menyerupai orang
kafir pada cogan-cogan atau adat kufur mereka, maka dia dihukumkan kafir. Dan jika tidak
cenderung hatinya pada agama Nashrani dan tidak pula dia maksudkan menyerupai mereka pada
cogan-cogan atau adat-adat kufur bagi orang Nashrani, maka dia telah berbuat haram dan dosa.
Dan jika dia menyerupai orang Nashrani dalam perkara yang tersebut dengan tidak sengaja atau
tidak semena-mena dan tiada maksud sesuatu daripada perkara-perkara yang tersebut, maka
tidaklah berdosa tetapi dia telah membuat sesuatu yang makruh.

14
(5) Patung-Patung

Membuat atau mengukir patung bagi objek yang bernyawa secara lengkap dengan segala
anggota tubuh badan serta terdapat baginya jisim dan bayang, sama ada ianya dalam bentuk
manusia ataupun binatang, sekalipun patung itu merupakan objek yang tidak pernah wujud atau
hanya merupakan hasil ilham pengukirnya, seperti kuda bersayap atau kuda berwajah manusia
dan sebagainya adalah merupakan suatu dosa besar.
Perkara ini disandarkan kepada beberapa hadis shahih Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
yang memberi amaran tentang azab seksa yang akan ditimpakan kepada mereka yang mengukir
patung pada Hari Kiamat kelak.
Apabila patung-patung tersebut diletakkan sebagai perhiasan, maknanya ianya diletakkan
sebagai sesuatu yang dimuliakan atau ada unsur-unsur penghormatan. Oleh itu, meletakkannya
dengan tujuan perhiasan adalah perbuatan yang haram (berdosa).

Sementara itu pula, Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung-patung
atau gambar-gambar (sesuatu yang bernyawa)”

(Hadis riwayat Muslim)

Al-Imam al-Qurtubi menjelaskan, malaikat tidak mahu memasuki rumah yang terdapat di
dalamnya patung, kerana pemiliknya menyerupai orang-orang kafir, di mana mereka
kebiasaannya meletakkan patung di dalam rumah mereka untuk diagung-agungkan. Dengan itu,
malaikat tidak menyukainya dan tidak mahu memasukinya. (Fath Al-Bari 3/2627)

Namun begitu, patung atau mana-mana anggotanya yang dibuat atau diukir untuk tujuan
pendidikan atau sebagai alat pengajaran dan pembelajaran, seperti patung untuk tujuan kajian,
latihan perubatan atau kedoktoran, atau patung kanak-kanak sebagai mainan bagi kanak-kanak
perempuan untuk tujuan pendidikan dan latihan bagi masa depannya sebagai ibu, itu adalah
diharuskan dan harus dimiliki serta digunakan, kerana terdapat keperluan (hajat). Tidak kira
sama ada ia diperbuat daripada batu, besi, kayu ataupun plastik.

(6) Memakai Cemara

Yang dimaksudkan dengan memakai cemara ialah memakai rambut tambahan, sama ada
daripada rambut lain, nilon atau lain-lain yang digunakan untuk membesarkan sanggul. Ia adalah
sebahagian daripada cara menghias diri, khususnya bagi perempuan.
Perbuatan orang yang menyambung rambutnya sendiri dengan rambut yang lain atau meminta
disambungkan rambutnya hukumnya adalah haram, tidak kira sama ada perempuan ataupun
lelaki
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan bahawa Allah Subahanahu wa Ta'ala
melaknat orang yang melakukannya, bahkan perempuan yang rambutnya gugur kerana sakit atau

15
perempuan yang hendak menjadi pengantin tetap dilarang melakukannya. Ini adalah berdasarkan
beberapa hadis shahih, antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha:
Maksudnya: “Seorang perempuan Anshar telah berkahwin, dan sesungguhnya dia sakit sehingga
gugur rambutnya, kemudian keluarganya bermaksud untuk menyambung rambutnya. Lalu
mereka bertanya dulu kepada Nabi, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah
melaknat perempuan yang menyambung rambut dan yang meminta disambungkan rambutnya.”

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Dalam satu riwayat yang lain, Asma’ binti Abu Bakar berkata:

Maksudnya: “Seorang perempuan telah bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, dia
berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anak saya terkena suatu penyakit sehingga
rambutnya gugur, dan saya akan mengahwinkannya, apakah boleh saya menyambung
rambutnya?” Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Allah melaknat perempuan yang
menyambung rambut dan yang disambungkan rambutnya”
(Rujukan: http://en.netlog.com/pureguy63/blog/blogid=2176885

ETIKA BERPAKAIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM

 
Islam telah pun menggariskan beberapa etika berpakaian bagi lelaki dan perempuan. Etika ini
memenuhi batas-batas penutupan aurat sebagai seorang muslim  , Namun demikian Islam ini
cukup mudah sehinggakan golongan Adam mahupun Hawa diberikan kelonggaran dari segi
pemakaian, Pakailah apa sekalipun yang penting pakaian itu menutup aurat dan menggambarkan
yang kita adalah seorang muslim. Di antara etikanya ialah;
 
Lelaki

-         Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut.
-         Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang.
-         Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan
Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah
memakainya”
-         Memakai jeans yang ketat adalah makruh bagi lelaki.
-         Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita
yang lelaki”

Perempuan

16
-         Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali
pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)
-         Pakailah pakaian yang indah dan tidak mencolok mata.
-         Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.
-         Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain
itu Hukumnya haram)
-         Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan
Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah
memakainya”
-         Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita
yang lelaki”
-         Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian.

Nabi saw bersabda;


“Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka
wanita itu adalah penzina.

Lampiran

17
 

18
Rujukan

 
Syaikh ibn Utsaimin, Majmu’Darus Fatwa al-Haram al-Maliki.
Syaikh ibnu Utsaimin, Fatwa Mu’ashirah, hal 45.
Syaikh ibn Jibrin, Fatwa li al-Kanz ats-Tsamin, rangkuman Ali Abu Lauz.
Syaikh ibn Jibrin, Fatwa al-Mar’ah, hal 169-170.
Syaikh ibn Jibrin, Al-Lu’lu al-Makin, hal 90.

Rujukan: http://abuislam.multiply.com/journal/item/26

19

You might also like