You are on page 1of 1

Semakan Kredit CCRIS di Biro Kredit

Sumber : Bank Negara Malaysia

Untuk pengetahuan semua, apabila anda memohon pinjaman dari sesebuah institusi kewangan
terutamanya bank dan syarikat finance, mereka akan melaksanakan proses penilaian kredit ke atas
anda. Ianya adalah satu penyemakan latar belakang mengenai sejarah kredit terhadap bakal
peminjam sebelum keputusan pemberian pinjaman dibuat.

Semakan dibuat melalui Biro Kredit di Bank Negara Malaysia menggunakan sistem yang dipanggil
CCRIS.

Antara maklumat yang dikumpulkan adalah butir maklumat peribadi anda spt nama, nombor i/c dan
alamat, serta butir terperinci akaun kredit anda, seperti jenis kemudahan kredit/pinjaman yang anda
ada, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status undang2 jika ada.

Sebagai contoh:

Jika anda mempunyai baki tertunggak pinjaman kereta 3 bulan. Ini akan memberi kesan kpd
semakan kredit CCRIS anda, dimana jumlah bayaran tertunggak ini akan 'timbul' sebagai satu rekod
pembayaran yang tidak elok.

Walaupun anda selesaikan bayaran 3 bulan yang tertunggak itu sekaligus, rekod pengendalian akaun
anda akan tetap menunjukkan anda pernah tidak bayar pinjaman kereta untuk 3 bulan.

Dalam erti kata lain, semua maklumat ini ada direkodkan dan semuanya diberi kepada institusi
kewangan berkenaan untuk membantu mereka membuat keputusan samada untuk meluluskan
pinjaman atau tidak.

Sistem CCRIS atau Biro Kredit tidak memberi pendapat terhadap semakan kredit seseorang.
Sebaliknya hanya memberi maklumat kredit sebagai rujukan bank berkenaan. Semua keputusan
samada untuk meluluskan pinjaman, bergantung kepada polisi dan budi bicara bank tersebut.

Maklumat lanjut berkenaan biro kredit

http://creditbureau.bnm.gov.my/

You might also like