You are on page 1of 7

Pembakaran terbuka

Karangan Contoh
     Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan
bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Berita-
berita yang menyedihkan hati kita ini terpampang di
dada-dada akhbar dan dikongsi bersama-sama oleh
manusia sejagat. Kesannya, bencana alam ini telah
meragut banyak nyawa yang tidak berdosa.
Fenomena ini dibuktikan melalui kejadian tanah
runtuh, banjir kilat, jerebu, tsunami, gempa bumi dan
letusan gunung berapi yang sering melanda dunia.
Malangnya, tiada jalan penyelesaian untuk
menghalang bencana alam ini daripada berlaku. Hal
ini demikian kerana, sudah menjadilumrah alam iaitu
apabila tiba saat dan ketikanya, bencana alam ini
pasti akan terjadi. Tiada satu kuasapun yang
mampu menangani kuasa alam, namun kejadian
bencana alam yang berpunca daripada sikap
manusia itu sendiri perlu diberikan perhatian agar
nyawa manusia tidak terancam.

     Aktiviti pembalakan memang merupakan antara


penyumbang ekonomi negara, namun antara sedar
ataupun tidak, aktiviti ini menjadi faktor berlakunya
bencana alam. Individu-individu yang terbabit dalam
aktiviti pembalakan seharusnya memikirkan
kesannya sebelum menebang pokok kerana, sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya. Kawasan hutan yang telah ditebang dan
jika tidak digantikan dengan anak pokok yang
baharu, biasanya akan terdedah kepada hujan dan
menyebabkan hakisan tanah berlaku. Keadaan ini
akan menyebabkan berlakunya kejadian tanah
runtuh yang akan meragut nyawa dan menyebabkan
kerosakan harta benda. Oleh itu, langkah
yang bijaksana dan efektif perlulah dijalankan untuk
menangani masalah ini daripada berlaku.

     Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak


bertanggungjawab yang suka melakukan
pembakaran terbuka. Hal ini nampaknya remeh,
kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap
inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang
menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Jerebu ini pula boleh
menyebabkan pesakit asma mengalami masalah
dan menyebabkan penyakit mereka semakin kronik.
Oleh itu, kita seharusnya sedar dan berhati-hati
semasa melakukan sesuatu perkara
kerana pandang jauh dilayangkan, pandang dekat
ditukikkan supaya tidak berlaku sebarang bencana.
Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kita
untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan
membantu kita untuk menyelamatkan nyawa
manusia sejagat yang tidak berdosa.
     Seterusnya, terdapat sesetengah anggota
masyarakat yang tidak bertanggungjawab iaitu
dengan membuang sampah ke dalam longkang dan
sungai dengan sesuka hati. Secara sedar atau tidak,
golongan ini sebenarnya menganiayai masyarakat
seperti kata pepatah, “kapak tak boleh membelah
kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya”.
Hal ini demikian kerana, sistem perparitan akan
tersumbat oleh sampah sarap yang dibuang ke
dalam sungai dan longkang. Masalah sistem
perparitan yang tersumbat ini pula akan
menyebabkan banjir kilat berlaku. Kejadian ini sudah
pastinya akan menyusahkan banyak pihak yang
tidak berdosa. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah
mengkaji masalah ini hingga ke akar umbinya.

     Punca lain yang menyebabkan bencana alam ini


berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti
pembangunan yang tidak terancang di lereng-lereng
bukit. Keadaan ini sudah tentu menimbulkan
keadaan yang tidak selamat dan boleh
menyebabkan tanah runtuh berlaku. Sebagai
contohnya, sebanyak 14 buah rumah banglo di Bukit
Antarabangsa musnah akibat tanah runtuh dan
mengorbankan empat nyawa pada 6 Disember 2008
yang lalu. Hal ini disebabkan oleh pihak pemaju
yang membangunkan kawasan tersebut tidak
mengambil langkah-langkah keselamatan untuk
mengelakkan berlakunya kejadian tanah runtuh.
Mereka tidak membuat sistem perparitan yang
sempurna untuk menyalurkan air atau membina
tembok konkrit untuk mengelakkan kejadian tanah
runtuh. Perkara ini penting dilakukan kerana
kebanyakan kejadian tanah runtuh berlaku akibat
pergerakan air di dalam tanah yang menyebabkan
tanah itu longgar dan mudah runtuh.

     Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah


bersama-sama dan berganding bahu dengan
mengamalkan peribahasa “seperti aur dengan
tebing” untuk menangani masalah ini. Janganlah kita
mengamalkan peribahasa “seperti enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing”. Jika
perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua
pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada
sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat
perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk
menjaga alam sekitar tidak terletak di bahu kerajaan
semata-mata. Kita harus sedar bahawa, sebenarnya
Allah menganugerahkan alam ini kepada kita
sebagai amanah untuk dijaga. Mahukah kita hidup di
dalam kawasan tanah runtuh, jerebu, banjir dan
kemarau? Oleh hal yang demikian, tepuklah dada,
tanyalah selera, sebelum bertindak.
DEFINISI RASUAH
Rasuah merupakan perbuatan penyalahgunaan kuasa bagi mencapai lebihan pendapatan daripada orang awam. Rasuah merupakan perbuatan
memberi atau menawarkan sebarang bentuk ganjaran bagi mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang. Sememangnya rasuah
mendatangkan kesan buruk kepada
sesebuah negara.

ISI

1. Rasuah akan menggoyah struktur pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.        Politik tak stabil….tunjuk perasaan, rusuhan,
pembunuhan
 Sesebuah karajaan akan jatuh akibat rasuah.
 Sebagai contohnya Empayar Rom, Uthamniah dan Dinasti Ching jatuh kerana gejala ini. (yang salah dibebaskan, yang benar dihukum…)
Thailand, Taiwan.
 Negara-negara itu hancur kerana menteri dan pegawai awam mengamalkan rasuah.
 Akibat rasuah, pentadbirannya tidak terurus. (Filipina:Fidel Marcos)
 Masyarakat hilang keyakinan terhadap pemimpin negara.
 Rakyat akan memberontak dan mencetuskan reformasi.
 Keadaan huru-hara berlaku dan akhirnya kerajaan digulingkan.
 
2. Rasuah juga mengancam ketegaan ekonomi negara.
 Rasuah merupakan kos tidak langsung kepada semua aktiviti ekonomi.
 Sekiranya sesuatu projek berharga RM100 juta, mungkin RM 20 juta hangus akibat rasuah. (rasuah diberi untuk mendapatkan tender/lesen
projek)
 Jadi, kosnya ialah RM 20 juta lebih tinggi.
 Ini pasti menyekat para pelabur asing ke negara kita.
 Pelabur aka lebih suka melabur di negara yang bersih dan cekap.
 Secara tidak langsung ini akan melumpuhkan ekonomi negara.
 

3. Rasuah akan menyebabkan yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana.
 Di India/Indonesia, orang kaya mampu memberi rasuah.
 Maka mereka mendapat lesen dan peluang perniagaan.
 Bertambah kayalah golongan ini.
 Golongan yang miskin dinafikan peluang ekonomi kerana tidak mampu memberi rasuah.
 Sebagai kesanya, jurang ekonomi yang begitu ketara berlaku.
 Maka integrasi negara akan terjejas.
 Prasangka dalam kalangan kaum akan terus menebal.
 

4. Rasuah juga mengancam keselamatan negara.


 Golongan yang tamak hanya akan bekerja jika ada rasuah.
 Perkara yang akhir didahulukan dan yang awal dinafikan kedudukannya.
 Pihak yang terlibat dalam rasuah akan mengetepikan etika dan mutu kerja.
 Kontraktor binaan misalnya, sanggup menggunakan bahan yang kurang bermutu demi mengaut keuntungan. (demi menebus rasuah yang
dikeluarkan)
 (2008 Bukit Antarabangsa: runtuh, 2009 Stadium dan kolam renang Trengganu roboh)
 Bangunan dibina tidak mengikut standard dan piawaian keselamatan.
 Pegawai kerajaan akan meluluskan projek kerana diberi rasuah.
 Akibatnya projek itu akan mudah rosak dan runtuh. (Taiwan: gempa bumi….
 Bangunan dan lebuh raya runtuh mengorbankan banyak nyawa.
 Tegasnya rasuah dapat meragut nyawa.
 

5. Rasuah mencemar maruah, agama, bangsa dan negara. (imej negara)


 Karis Kraus, sarjana Jerman menyatakan “Rasuah lebih hina dan keji daripada pelacuran.
 Seorang pelacur hanya mencemarkan maruah dirinya sahaja tetapi pengamal rasuah mencemarkan maruah keseluruhan negara.
 Agama mengajar kita menjadi manusia yang beriman.
 Jadi, melakukan rasuah merupakan pengkhianatan kepada agama.
 Jika rasuah di Malaysia berleluasa, bangsa kita juga tidak dihormati.
 Kerajaan kita akan dikatakan tidak cekap.  Tak efisien, tak berupaya, mundur, prinsip
 Negara kita akan diketawakan.
 

 Pada kesimpulannya, rasuah sememangnya mendatangkan kesan buruk kepada sesebuah negara.
 Jadi, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.
 Jauhkanlah diri kamu daripada menerima pemberian yang lain, maka kedudukanmu akan setaraf dengannya”. Hadith riwayat Ali ibni Abi
Talib.
 
1991
2  Rasuah adalah satu amalan yang amat mudah merebak dalam sistem hidup masyarakat hingga  boleh meruntuhkan struktur masyarakat itu sendiri. Cara
rasuah merebak seumpama kanser yang membunuh setiap tisu anggota secara senyap dan akhirnya membunuh pesakit berkenaan.

            Bincangkan sebab-sebab berlakunya amalan rasuah dan kesannya terhadap masyarakat.

1999 2 Menurut sebuah majalah tempatan, jumlah jenayah komersil di Malaysia pada tahun 1997 telah meningkat kepada 7137 kes berbanding 4807 kes
pada tahun 1996. Nilai yang terbabit dalam kes-kes pada tahun 1997 meningkat sebanyak 134 peratus kepada RM556 juta berbanding RM238 juta pada
tahun sebelumnya.
Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan sebab-sebab jenayah berkenaan semakin berleluasa dan implikasinya kepada negara. 

You might also like