You are on page 1of 4

Ujian Formatif

 Bahan atau alat ujian yang digunakan oleh guru untuk menguji
sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah
diajar.
 Ujian yang diberikan adalah berasaskan sesuatu kemahiran atau
subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam
jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan.
 Ujian formatif bertujuan untuk menguji kemahiran murid dalam
penguasaan sesuatu subkemahiran bahasa.

2. Ujian Sumatif

 Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian


murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara
jangka masa panjang seperti selepas satu semester atau selepas
setahun persekolahan.
 Ujian ini memberi penekanan kepada kognitif murid.
 Selain itu, jenis ujian ini ialah rujukan norma dan pelaporannya
pula adalah berbentuk jumlah skor.

3. Ujian Kefasihan

 Ujian ini dilakukan bagi menentukan setakat mana murid


mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
 Ia berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan tidak
berdasarkan kepada sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai
kebolehan global (umum) pada bahasa yang dipelajari murid
terbabit.
 Ujian ini sering digunakan bagi menempatkan seseorang dalam
kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehannnya.
 Ia dinilai dari segi :
~ Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.
~ Intonasi dan nada yang betul.
~ Pemilihan ungkapan yang betul.
~ Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu
maksud dengan jelas.
~ Posisi tubuh yang betul.
~ Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti
untuk mennyerap perkataan).

4. Ujian Kemajuan

 Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah


khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru
kelas sahaja.
 Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program
pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang
ingin diuji.
 Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-
murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang
telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
 Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan
lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan
darjahnya secara keseluruhan.

5. Ujian Bakat

 Ujian bakat bertujuan untuk mengesan bakat seseorang pelajar


dalam menguasai bahasa asing sama ada khusus pada satu-satu
bahasa atau secara keseluruhan.
 Ujian ini adalah khusus untuk menelaah potensi seseorang pelajar
dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.
 Ia melibatkan data-data bahasa yang ‘artifical’ yang mengandungi
pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan
kata dan sebagainnya.
 Hasil ujian direkod dan dianalisis untuk membantu guru
memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang
berbakat untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.

6. Ujian Pencapaian

 Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah


menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar
kepada mereka.
 Soalan-soalan yang dikemukakan pula berkaitan dengan isi
pelajaran yang telah diajar sahaja.
 Ujian pencapaian boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah
tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau
semester persekolahan.
 Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan
jenis sekolah dan jurusan pelajar.
 Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.

You might also like