You are on page 1of 10

Matinya Demokrasi Di 

Malaysia?
Posted in Bloggers-United, Malaysia, Pakatan Rakyat, Reformasi at 1:00 amers-United, Malaysia, Pakatan

Rakyat, Reformasi at 1:00 am by Ketua Perusuh

Amat susah untuk kita memperkatakan mengenai jangkahayat demokrasi di Malaysia ini. Mana

tidaknya disuatu pihak (rakyat) amat menyanjung tinggi demokrasi berperlembagaan yang mengikut

lunas-lunas yang ditetapkan oleh undang-undang dan perlembangaan namun disuatu pihak lagi

(penguasa) nampaknya bersungguh-sungguh bersiap siaga melacurkan demokrasi demi kepentingan

tembolok dan kuasa yang ada.

Rakyat Malaysia telah lama dimomokkan dengan isu perbalahan kaum, malah boleh dikatakan

senantiasa diperbaharui idea-idea perbalahan kaum itu oleh media-media yang dikuasai oleh

pemerintah. Tidak cukup dengan isu perbalahan kaum, malah beberapa akta serta ordinan yang

termaktub dalam undang-undang negara digunakan untuk memulas telinga rakyat.

Adanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Polis dan

pelbagai akta-akta lain digunapakai demi untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada

pengetahuan rakyat marhaen. Ianya diguna demi untuk menyelamatkan pemerintah daripada

digulingkan oleh rakyat setelah rakyat mendapati bahawa pemerintah telah menyalahgunakan kuasa.

Bagi rakyat Malaysia, apa yang mampu dilakukan hanyalah membebel diwarung-warung tepi jalan,

kedai kopi, kantin pejabat mahupun dialam siber. Tapi didalam keadaan yang mencemaskan ini,

telinga-telinga dan mata pemerintah ada dimana-mana. Anda (rakyat Malaysia) boleh saja ditangkap

pada bila-bila masa dibawah mana-mana akta yang saya sebutkan diatas. Jika anda berborak (lebih

dari lima orang) membincangkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan

Nasional, kemungkinan untuk anda diangkut oleh pihak polis adalah tinggi sama ada dibawah Akta

Hasutan mahupun Akta Polis.

Jika sekiranya anda meluahkan isi hati anda yang secara langsung mengkritik Kerajaan Barisan

Nasional dialam siber (internet), kemungkinan pada bila-bila masa anda boleh dijemput oleh

Cawangan Jenayah Siber ataupun Cawangan Khas (SB) dibawah Akta Hasutan, Akta Multimedia malah

tidak mustahil anda boleh ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sesebuah negara akan menjadi makmur dan teratur perjalanannya bilamana kritik yang dibuat oleh

mana-mana pihak diambil perhatian dan diperbaiki oleh pihak pemerintah. Namun ini tidak menjadi

kenyataan di Malaysia. Jika anda mengkritik dasar-dasar serta tindakan Kerajaan Barisan Nasional

yang anda rasa bercanggah dengan kehendak rakyat, anda pastinya bersedia untuk “disenyapkan”.

Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, tidak ada walau sekalipun Kerajaan yang memerintah

(Perikatan @ Barisan Nasional) membenarkan rakyat mengkritik dasar-dasar dan tindakan yang dibuat.
Setiap kritik itu pastinya dibalas dengan cara ditangkap dibawah beberapa akta “Draconian” yang pada

penyokong Barisan Nasional adalah amat bersesuaian.

Saya tidak pasti bila masanya saya pula akan dilamar dibawah mana-mana akta ini. Nauzubillah jika

ianya berlaku kepada saya.

Najib Razak nampaknya telah mengorak langkah cemerlang dalam tempoh kurang 100 hari menjawat

jawatan Perdana Menteri Malaysia dengan “mengikat mana-mana mulut” yang celupar mengkritik

beliau. Mengkut maklumat yang saya dapati, lebih dari 50 orang akan diangkut oleh pihak Polis pada

bila-bila masa terdekat ini.

Apa yang ada pada rakyat kini cuma “doa” yang InsyaAllah pastinya akan dikabulkan oleh Allah S.W.T
yang akhirnya akan mengembalikan Malaysia kearah demokrasi yang sebenarnya.
hakim kat Britain guna undang2 syariah!!!

Hakim Britain mungkin guna undang-undang syariah

LONDON: Hakim di Britain terpaksa mengguna pakai undang-undang syariah dalam sesetengah

kes perceraian berikutan cadangan Kesatuan Eropah (EU) menggesa mahkamah keluarga di

seluruh Eropah mengadili kes menggunakan undang-undang negara paling berkait rapat dengan

pasangan terbabit. 

Ia bermakna mahkamah di England boleh mengendalikan kes menggunakan rangka perundangan

Perancis atau memakai undang-undang Arab Saudi kepada suami isteri rakyat negara berkenaan

yang tinggal di Britain. 

Kumpulan pemikir Centre for Social Justice menyifatkan pembaharuan digelar Rome III itu sebagai

mustahil dilaksanakan. Malah mereka memberi amaran ia boleh melambatkan kes, meningkatkan

kos dan membawa kepada keputusan tidak adil. 

Bagaimanapun, laporannya menegaskan bahawa peraturan sedia ada sebagai 慳 ntikeluarga.� 

Buat masa ini, kes cerai pasangan daripada negara EU berbeza boleh didengar di negara pertama

salah seorang memfailkan dokumen perceraian. 

Disebabkan negara berbeza menawarkan pelbagai kelebihan kewangan kepada suami isteri dari
segi pembahagian kekayaan, usaha 慴 erlumba ke mahkamah� di bidang kuasa kehakiman terbaik

tidak menggalakkan pasangan untuk cuba menyelamatkan perkahwinan mereka, menurut laporan

kumpulan pemikir itu. 

Laporan menggesa rumusan lebih mudah, dengan setiap negara melaksanakan undang-undang

sendiri dan kes didengar di negara paling berkait rapat dengan pasangan. 

Sekurang-kurangnya sembilan negara EU - tidak termasuk United Kingdom - dikatakan mahu

menggunakan pelan Rome III itu. - Agensi 


negara omputeh guna undang2 syariah...   kat mesia  guna HODORI.....  mana

gempak  ekkkkkkkk  ;P

Kapitalis – Hadhari
KEDAI KOPI | 25 MAR 2007

“Sistem Ekonomi Islam dan Sistem Ekonomi konvensional : Suatu Perbandingan”. Tajuk ini,
sekarang banyak disentuh oleh pihak PAS dalam ceramah-ceramah mereka di Surau serta Masjid,
dan bagi saya tajuk ini amat bersesuaian sekali ditengah kemelut kenaikan kadar tol dan caj-caj
yang bakal dikenakan kepada rakyat.
Terdapat sifat-sifat istimewa dalam Sistem kapitalis dan ianya di nyatakan secara
ringkas dalam artikel ini. Manakala secara berseloroh, saya ingin nyatakan sifat utama
‘Kapitalis Hadhari’ di Malaysia pula adalah membebankan rakyat bagi membantu
perusahaan kerajaan dan syarikat-syarikat.
Sekadar perkongsian maklumat saya sertakan sebahagian artikel juga link kepada
artikel penuh.

SISTEM EKONOMI ISLAM DAN SISTEM EKONOMI KONVENSIONAL : SUATU


PERBANDINGAN
Oleh Sabri Haron

Abstrak
Kertas ini cuba meninjau mengenai perbezaan asas antara system ekonomi Islam dan system
ekonomi konvensional terutamanya dari segi sumber, matlamat dan aktiviti. Perbezaan asas ini
telah membawa implikasi yang besar terhadap masyarakat dan negara. Kertas ini juga
menjelaskan beberapa kaedah asas yang sewajarnya diberi perhatian di dalam sis “kebiasaan
mum, apa sahaja yang sudah diterima dan diamalkan secara meluas dan berterusan”.
Berdasarkan takrif ini bolehlah dikatakan bahawa konvensional adalah suatu perkara yang sudah
diterima pakai dan dipraktikkan di dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu apabila dihubungkan
dengan ekonomi, maka system ekonomi konvensional bolehlah dikatakan sebagai suatu system
ekonomi yang sudah dipraktikkan secara meluas di dalam sesebuah masyarakat. Berdasarkan
maksud ini ianya bolehlah dikatakan sebagai suatu system yang ditentukan oleh manusia di dalam
sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai piawai yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh
berubah mengikut ketentuan masyarakat. Disebabkan ianya merupakan system manusia yang
tidak tetap maka sudah tentulah ianya berbeza dengan Islam yang mempunyai piawai yang tetap
iaitu bersumberkan wahyu di dalam kesemua bidang termasuklah ekonomi.
Di dalam sejarah dunia, terdapat beberapa system ekonomi konvensional yang begitu
berpengaruh antaranya:
1. Kapitalisme
Sistem ini dikenali sebagai system perusahaan bebas. Di bawah system ini seseorang individu
berhak menggunakan dan mengawal barang-barang ekonomi yang diperolehinya. Mencegah
orang lain dari menggunakan barang-barang itu dan memutuskan bagaimana barang-barang itu
diuruskan setelah dia mati. Dalam hal ini individu bebas berbuat apa sahaja dengan harta
kekayaannya asal sahaja kegiatannya tidak mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak
memiliki harta dibenarkan oleh masyarakat, keseluruhannya hak-hak ini boleh dibatasi melalui
tindakan masyarakat. Persaingan dianggap sebagai daya penggerak untuk menghasilkan operasi
yang cekap. Pada umumnya persaingan dalam system kapitalis ini merupakan daya yang kuat dan
dibenarkan berjalan lebih bebas berbanding dengan system-sistem ekonomi yang lain.
Sifat-sifat istimewa sistem ini ialah:
1. Ia menolak nilai-nilai akidah, syariat dan akhlak yang mulia
2. Pengambilan riba iaitu peminjaman wang melalui institusi kewangan (bank dan
industri kredit) yang mengenakan riba (faedah)
3. Faktor-faktor ekonomi dikuasai oleh individu-individu tertentu secara terus
menerus atau dipunyai oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui
system saham
4. Pemodal-pemodal bank yang besar mempunyai kuasa yang berlebihan ke atas
aktiviti-aktiviti ekonomi dan seterusnya politik negara. Kuasa penentu dalam
system kapitalisme dan demokrasi barat kebanyakannya mirip kepada pemilik
modal
5. Sebahagian besar dari barang-barang dan perkhidmatan yang dihasilkan di bawah
system kapitalisme telah dibebankan bukan sahaja dengan faedah-faedah riba,
tetapi juga dengan bayaran-bayaran pengiklanan yang berlebihan
6. Kapitalisme mempunyai unsur-unsur mengasas monopoli, kerana adalah menjadi
hasrat setiap pemodal untuk menguasai segalanya dan menghapuskan semua
persaingan dengannya
Kapitalisme
Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh
individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya
merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem
ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga
barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini
mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang
bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.

Kapitalisme berasal dari perkataan kapital (bahasa Inggeris: capital) yang bermaksud "modal". Istilah


kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx,
pengasas komunisme. Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti
dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis.

Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di England di antara kurun ke-16 Masehi dan 19 Masehi.
Walaubagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lain terutamanya di kalangansaudagar Zaman
Pertengahan.[1] Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme.[1] Dari
England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20, dan menjadi sistem
ekonomi utama dunia yang menggerakkan era perindustrian.
Kapitalisme Islam
Asas asal kapitalisme dan pasaran bebas boleh dijejak kembali pada Zaman Keemasan
Islam dan Revolusi Pertanian Islam,[3] di mana ekonomi pasaran pertama dan bentuk awal
kapitalisme perdagangan mula berakar di antara kurun ke-8 dan ke-12. Sesetengah sarjana
merujuknya kepada “Kapitalisme Islam”.[4] Orang Islam telah mewujudkan satu sistem ekonomi
monetari dengan mengembangkan sistem pengedaran mata wang bernilai tinggi yang stabil
(seperti dinar) dan menyepadukan bidang monetari yang dulunya bebas. Sementara itu teknik baru
perniagaan dan bentuk organisasi yang inovatif diperkenalkan oleh pakar ekonomi, pedagang dan
peniaga pada masa itu. Di antara inovasi ini termasuk syarikat dagang, perniagaan yang besar,
kontrak, pertukaran bil, perdagangan antarabangsa jarak jauh, perkongsian (mufawada)
seperti mudharabah, dan bentuk awal hutang kredit, keuntungan, kerugian, modal (al-mal),
pengumpulan modal, amanah (wakaf), syarikat permulaan, akaun simpanan, pajakan, juru bank,
penukar mata wang, lejer,[5] dan saman[6]. Konsep perusahaan yang sama seperti syarikat yang
bebas daripada campurtangan negara juga telah wujud pada zaman pertengahan Islam, sementara
institusi agensi juga ditubuhkan. Banyak daripada konsep awal kapitalis ini diambil pakai dan
dibangunkan oleh Eropah dari kurun ke-13 dan seterusnya.

Sistem kontrak yang bergantung kepada pedagang juga sangat berkesan. Pedagang akan membeli
dan menjual atas komisyen, dengan wang yang dipinjamkan kepada mereka oleh pelabur kaya, atau
pelaburan bersama beberapa pedagang, yang selalunya mereka terdiri daripada
orang Islam, Kristian dan Yahudi. Perkongsian perniagaan akan dibuat untuk banyak penerokaan
komersil, dan pertalian yang erat membolehkan rangkaian dagangan terbentuk dalam jarak yang
luas. Rangkaian yang terbina pada masa ini membolehkan sebuah dunia di mana wang dijanjikan
oleh sebuah bank di Baghdad dan ditunaikan di Sepanyol, yang membawa kepada sistem cek seperti
pada hari ini. Setiap kali barangan melepasi bandar-bandar dalam rangkaian luar biasa ini, bandar
akan mengenakan cukai, menyebabkan harga tinggi apabila mencapai destinasi terakhir. Inovasi
yang dibuat oleh orang Islam dan Yahudi membentuk asas kepada sistem ekonomi.

[sunting]Di Eropah
Kapitalisme sebagai sistem ekonomi yang difahami bermula di Eropah pada kurun ke-13, menjelang
akhir zaman feudal. Manusia itu, kata Adam Smith, sentiasa ada kecenderungan untuk "mengangkut
dan menukar barang kepada barang lain." Kecenderungan kepada perdagangan dan pertukaran ini
digalakkan oleh beberapa siri Perang Salib dari kurun ke-11 hingga ke-13. Penerokaan bangsa
Eropah pada kurun ke-15 dan ke-16 menguatkan dorongan kepada perniagaan dan perdagangan,
terutama berikutan kebanjiran logam berharga yang masuk ke Eropah selepas penerokaan dan
penawanan Dunia Baru. Aturan ekonomi yang muncul dari peristiwa-peristiwa ini pada dasarnya
bersifat komersil iaitu tumpuan lebih kepada pertukaran barangan daripada pengeluaran. Penekanan
kepada pengeluaran tidak berlaku hingga kebangkitan perindustrian pada kurun ke-19.
Sebelum masa itu, akan tetapi, satu unsur penting dalam sistem kapitalis muncul: usahawan atau
pengambil risiko. Unsur penting dalam kapitalisme adalah menjalankan aktiviti dengan jangkaan yang
ia akan menghasilkan keuntungan pada masa depan. Kerana masa depan tidak diketahui, kedua-dua
risiko kerugian dan keuntungan wujud. Jangkaan risiko ini adalah salah satu peranan khusus yang
dimainkan oleh seorang usahawan.

Gerakan ke arah kapitalisme dari kurun ke-13 dan seterusnya dikuatkan lagi
oleh Renaisans dan Reformasi. Perkembangan besar ini mengubah masyarakat dan membuka jalan
kepada kemunculan negara-bangsa moden, yang kemudian membawa kepada keamanan, peraturan,
dan undang-undang yang penting bagi pertumbuhan kapitalisme. Pertumbuhan ini dicapai melalui
pengumpulan lebihan ekonomi oleh usahawan dan pelaburan semula lebihan ini ke dalam sistem
untuk pengembangan. Tanpa keamanan, stabiliti dan kesinambungan, proses ini tidak boleh berlaku.

[sunting]Merkantilisme

Rencana utama: Merkantilisme

Dari kurun ke-15 hingga ke-18, dengan kelahiran negara-bangsa, kapitalisme yang berkembang
bukan hanya berbaur komersil tetapi ke arah merkantilisme. Bentuk ini mencapai tahap tertinggi
di England.

Sistem merkantilis lebih kepada harta persendirian dan penggunaan pasaran untuk aktiviti
ekonomi mudah. Tumpuan utama merkantilisme adalah kepentingan negara dan bukan individu
pemilik sumber ekonomi. Pada era merkantilis, tujuan utama dasar ekonomi adalah menguatkan
negara dan agendanya. Untuk itu, kerajaan mengawal kuat aktiviti pengeluaran, pertukaran dan
penggunaan barang.

Ciri paling menonjol merkantilisme adalah kesibukan negara mengumpul kekayaan dalam
bentuk emas dan perak. Kerana kebanyakan negara tidak mempunyai sumber asli yang banyak
bagi logam berharga ini, cara terbaik mendapatkannya adalah melalui perdagangan. Ini
bermakna berusaha ke arah imbangan perdagangan yang menguntungkan iaitu lebih ekport
daripada import. Negara luar akan membayar import dalam bentuk emas dan perak. Negara
merkantalis juga lebih gemar mengekalkan upah rendah kerana percaya ini akan tidak
menggalakkan import dan menyumbang kepada lebihan eksport. Seterusnya menambahkan
lagi emas yang masuk ke dalam kantung negara.

Akan tetapi, kekayaan sebenar sesebuah negara tidak bergantung kepada banyaknya emas
dan perak, tetapi kemampuannya dalam pengeluaran. Emas dan perak yang banyak diperoleh
dari imbangan perdagangan akan menjadi perangsang kepada aktiviti ekonomi secara umum,
membolehkan negara mengenakan lebih cukai dan mendapat lebih perolehan. Tetapi hanya
beberapa negara yang mengamalkan merkantilisme memahami prinsip ini.

[sunting]Membeli, menjual, bekerja dan menggaji


Adam Smith, pelopor sistem ekonomi kapitalisme atau pasaran bebas melalui bukunya The Wealth of Nations.

Dalam kapitalisme, kita berhak menjual atau meminjamkan barang atau perkhidmatan dan
orang lain juga berhak membeli atau meminjam barang atau perkhidmatan tersebut. Masyarakat
dalam ekonomi kapitalis yang tulen tidak perlu mendapat izin daripada raja atau kumpulan
tertentu. Konsep ekonomi kapitalis diperkenalkan oleh Adam Smith dalam bukunya The Wealth
of Nations.

Perkataan modal (capital) merujuk kepada barang atau wang yang dipunyai oleh seseorang dan
boleh digunakan untuk mengeluarkan lebih banyak barang atau mendapat lebih banyak wang.
Sebagai contoh tanah, kilang, alatan, kedai dan mesin adalah modal. Jika seseorang
mempunyai wang yang boleh dilabur, ini dipanggil modal juga. Mereka yang mempunyai modal
ini dipanggil kapitalis (mereka yang menyokong dasar kapitalisme juga digelar kapitalis). Mereka
boleh menggaji pekerja untuk bekerja di kedai, kilang atau tanah.

Dalam kapitalisme, kebanyakan orang adalah golongan pekerja (atau proletariat). Mereka tidak
mempunyai modal dan mesti bekerja untuk menyara hidup. Seseorang boleh memilih untuk
bekerja dengan sesiapa sahaja dalam pasaran bebas. Kerajaan tidak memberitahu individu
kerja apa harus dibuat, juga tidak melarang individu dari melakukan sesuatu pekerjaan.

Konsep ini berbeza dengan sistem ekonomi lain seperti feudalisme, di mana seseorang bekerja
untuk tuan tanah mereka.

[sunting]Pelaburan

Dalam kapitalisme terdapat konsep pelaburan. Individu-individu boleh mengumpulkan duit


bersama untuk membina atau membeli sesuatu dan mereka ini adalah tuan punya benda yang
dilaburkan. Dalam pasaran saham, mereka boleh membeli dan menjual saham.
Pelaburan adalah ciri penting kapitalisme. Perkataan kapitalis boleh merujuk kepada mereka
yang melabur, contohnya mereka yang mencari risiko untuk melabur dalam perniagaan
baru (venture capitalist).

Mereka yang memulakan perniagaan atau melabur dalam perniagaan boleh mendapat banyak
wang atau dipanggil keuntungan. Mereka kemudiannya boleh melaburkan keuntungan dalam
perniagaan lain atau membesarkan perniagaan sedia ada.

[sunting]Kritikan terhadap kapitalisme


Golongan sosialis dan komunis adalah antara mereka yang menentang kapitalisme. Mereka
mengatakan kapitalisme menjejaskan golongan pekerja kerana golongan kapitalis mendapat
lebih banyak keuntungan sedangkan golongan pekerja mendapat gaji yang tidak setimpal.
Wujudnya jurang yang luas kaya dan miskin serta mereka yang miskin dan bertambah miskin.

Karl Marx seorang pemikir komunis dari German dalam bukunya Das Kapital (The Capital)
menulis bahawa kapitalisme hanya dapat disingkirkan apabila golongan pekerja mengambil alih
kerajaan melalui revolusi. Selain itu, sistem ekonomi ini dulunya dianut oleh negara miskin dan
kekurangan sumber daya alam (SDA) dan sumber daya manusia (SDM).

[sunting]Golongan kapitalis
Terdapat pelbagai label untuk penyokong sistem kapitalisme. Di beberapa bahagian di dunia,
mereka dikenali sebagai liberal. Di Amerika Syarikat dan beberapa tempat, mereka yang
menyokong kapitalisme dipanggil libertarian.

Mereka yang menyokong kapitalisme juga mempunyai perbezaan pendapat. Kebanyakan orang
bersetuju bahawa kapitalisme akan berfungsi dengan baik dengan kawalan kerajaan. Di
kebanyakan negara, kerajaan berusaha supaya urus niaga jual beli berjalan dengan adil dan
tidak menindas pekerja. Apabila terdapat campur tangan kerajaan dalam sistem ekonomi
pasaran, ini dipanggil "ekonomi campuran" dan bukannya sistem kapitalisme yang tulen.

You might also like