You are on page 1of 13

J4125 / UNIT3 /1

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

UNIT 3 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN


ROBOT PERINDUSTRIAN

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM :

Di akhir unit ini anda akan dapat memahami kepentingan penggunaan robot di dalam
proses pembuatan.

OBJEKTIF KHUSUS :

Di akhir unit ini anda akan dapat menerangkan tentang :

¾ Kelebihan penggunaan robot dalam proses kimpalan.

¾ Kelebihan penggunaan robot dalam proses penyemburan cat/penyalut.

¾ Kelebihan penggunaan robot dalam proses pemasangan.

¾ Kelebihan penggunaan robot dalam proses memuat ke mesin.

¾ Kelebihan penggunaan robot dalam proses ujian.

¾ Keburukan penggunaan robot dalam semua proses di atas.


J4125 / UNIT3 /2

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

INPUT

3.0 PENGENALAN

Penggunaan robot di dalam industri perngeluaran telah dikenalpasti sebagai salah satu
dari faktor yang dapat mempertingkatkan daya pengeluaran sesebuah industri. Apakah
yang menyebabkan kenyataan ini boleh dikeluarkan ? Unit 3 ini akan membincangkan
secara mendalam apakah kebaikan dan kelemahan penggunaan robot di dalam sesuatu
proses pengeluaran untuk menyokong kebenaran kenyataan di atas.

3.1. Kelebihan penggunaan robot dalam proses kimpalan.

Robot dapat menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi sehingga, empat kali ganda
berbanding dengan kaedah manual. Ini adalah kerana ia mempunyai faktor arc-on-time
yang tinggi iaitu 70% -80% berbanding dengan manusia yang mempunyai faktor ‘arc-on-
time’ sekitar 20%-30%. Keletihan juga. tidak dialamioleh robot. Faktor ‘arc on time’
adalah merujuk kepada ketepatan masa sesuatu kerja dijalankan. Contohnya ialah, robot
dapat melakukan kerja yang diprogramkan tanpa membuang masa kerana semua
pergerakan yang dilakukan telah ditetapkan di dalam program. Ia tidak mempunyai naluri
seperti manusia untuk melakukan kerja-kerja lain selain dari apa yang telah ditetapkan.
Manakala manusia pula mempunyai naluri yang menyebabkan mereka melakukan
pergerakan-pergerakan lain semasa sesuatu tugas dilakukan. Contohnya, manusia akan
mengambil masa untuk membetulkan kedudukannya, alat keselamatan yang
digunakannya dan perbagai pergerakan lain untuk memastikan keselesaannya semasa
melakukan tugasnya. Ini menyebabkan ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk
menyiapkan kerja yang sedang dilakukannya. Selain dari itu, mereka juga akan
mengalami keletihan yang menyebabkan kerja kimpalan yang dilakukan tidak konsisten.

Selain daripada itu, robot dapat menjamin kualiti hasil yang lebih baik, bermutu dan
konsisten. Ini menyebabkan ia lebih selamat digunakan kerana ia dapat memberikan
kualiti persekitaran lebih baik. Semasa kerja-kerja kimpalan dilakukan, terdapat banyak
sisa pembuangan yang akan dibuang samada ke udara ataupun ke tong sampah.
Antaranya adalah gas-gas yang dihasilkan oleh kerja kimpalan dan tatal atau sisa buangan
lain yang tidak berguna. Gas yang dilepaskan mungkin mengandungi racun atau
sebagainya yang menyebabkan pencemaran udara. Manakala bahan buangan lain pula
boleh menyebabkan pencemaran lain pula. Sekiranya ia dapat mengurangkan ralat pada
produk, produk yang rosak dapat dikurangkan. Ini menyebabkan tempahan dapat
disiapkan dengan lebih cepat.
J4125 / UNIT3 /3

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

Kebaikan lain yang diberikan oleh penggunaan robot ialah ia dapat menggantikan
manusia. daripada. tugas yang tidak selesa, meletihkan dan merbahaya. Seperti yang
diketahui, manusia mampunyai kelemahan-kelemahan yang menyebabkan mereka
merasa letih dan tidak selesa. Mereka mudah mengalami keadaan-keadaan begini jika
melakukan satu kerja dalam satu jangkamasa yang agak lama. Ini menyebabkan mereka
perlu diberikan waktu rehat pada sela masa tertentu. Jika robot digunakan menggantikan
manusia, ia dapat menjalankan kerja tanpa memerlukan waktu rehat. Ini menyebabkan ia
dapat melakukan kerja dengan lebih cepat dan banyak. Produktiviti akan dapat
dipertingkatkan dan keuntungan syarikat akan bertambah.

Satu lagi kebaikan penggunaan robot dalam kerja kimpalan ialah, ia membolehkan
rasionalisasi dalam proses pengeluaran. Proses rasionalisasi adalah proses pemantauan
dan pembaikan yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mempertingkatkan
prestasi sistem yang digunakan. Ia juga dilakukan untuk menyenggara sistem
pengeluaran untuk mempastikan sebarang kerosakan atau kelemahan-kelemahan tertentu
dapat ditangani dengan lebih cepat. Proses rasionalisasi ini mesti dilakukan oleh pihak
pengurusan untuk mempertingkatkan mutu pengeluaran. Semasa proses inilah sebarang
kelemahan dan kerosakkan dapat dikenalpasti dan seterusnya tindakan yang segera dapat
diambil.

3.2. Kelebihan penggunaan robot dalam proses penyemburan cat/penyalut.

Kebaikan utama penggunaan robot dalam kerja-kerja penyemburan cat adalah ia dapat
menggantikan pengendali daripada, suasana, yang merbahaya. Keadaan tempat kerja
yang melibatkan kerja penyemburan cat atau penyalut adalah satu kawasan yang
merbahaya kerana keadaannya yang penuh dengan debu cat yang terhasil akibat dari
proses penyemburan. Pekerja selalunya dibekalkan dengan topeng keselamatan untuk
mengelakkan mereka menghidu debu-debu cat dan penyalut dari memasuki sistem
pernafasan mereka. Ini menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan seterusnya akan
mengganggu prestasi kerja mereka. Jika robot digunakan dalam kerja ini ia dapat
mengelakkan pekerja dari keadaan yang merbahaya begini.

Penggunaan tenaga juga akan menjadi lebih rendah kerana semasa proses penyemburan,
kelajuan penyemburan dan pergerakan pengolah robot boleh diseragamkan. Ini
menghasilkan penyemburan yang cepat dan tepat kepada sasaran. Seterusnya tidak akan
berlaku pembaziran cat atau penyalut. Kerja akan menjadi lebih efisyen dan
menyebabkan penggunaan tenaga menjadi lebih rendah berbanding dengan kerja yang
dilakukan secaraa manual.

Akibat dari halaju pengolah yang seragam, kedudukan alat penyembur yang tepat dan
isipadu semburan yang seragam, maka sudah tentulah robot dapat menghasilkan kemasan
J4125 / UNIT3 /4

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

yang lebih seragam bagi produk yang dikeluarkannya. Ini merupakan salah satu dari
kebaikan robot dalam proses penyemburan cat.

Ciri-ciri yang ada pada robot seperti yang dibincangkan di atas juga dapat memberi satu
lagi kebaikan kepada proses penyemburan cat atau penyalut iaitu ia dapat mengurangkan
penggunaan bahan penyalut sehingga 10%-50% berbanding dengan proses secara
manual. Apabila cat dapat disembur dengan lebih seragam disegi halaju, isipadu dan
ketepatan alat penyembur, maaka ia akan menghasilkan penyemburan yang baaik dan
mengurangkan pembaziran. Seterusnya kebaikan-kebaikan ini akan dapat menghasilkan
produktiviti lebih tinggi bagi sesuatu produk.

3.3. Kelebihan penggunaan robot dalam proses pemasangan.

Kebaikan yang ketara dalam penggunaan robot di dalam proses pemasangan ialah ia
dapat memastikan operasi pemasangan akan menjadi lebih cekap, cepat dan tepat. Kerja-
kerja pemasangan yang dilakukan secara manual selalunya akan melibatkan kesilapan-
kesilapan yang terjadi akibat dari kecuaian manusia.

Antara contoh-contoh kecuaian adalah seperti di bawah :

a. Pemasangan komponen-komponen dalam papan litar elektronik yang melibatkan


komponen-komponen yang kecil. Kecuaian yang manusia boleh lakukan adalah
seperti tertinggal komponen-komponen yang tertentu ataupun tersilap memilih
komponen.
b. Pemasangan komponen-komponen yang melibatkan penggunaan skru atau
komponen-komponen penyambungan lain. Secara manual, kemungkinan ada skru
yang tertinggal ( tidak dipasang) ataupun skru yang pasang tidak diketatkan
secara sempurna. Kes-kes begini selalunya tidak dapat dikesan dengan mudah
semasa pemeriksaan mutu dibuat.

Tetapi, jika robot digunakan di dalam proses pemasangan, setiap kerja-kerja yang mesti
dilakukan oleh pengolah akan dirancang secara terperinci terlebih dahulu. Kemudian,
setiap langkah kerja ini akan dimasukkan ke dalam aturcara kerja robot. Setelah siap
diaturcara,kerja-kerja pemeriksaan akan dijalankan untuk mempastikan semua langkah
kerja yang sepatutnya dilakukan telah dimasukkan di dalam aturcara. Setelah
pengaturcara berpuashati, barulah proses pengeluaran dijalankan. Pengolah akan
menjalankan kerja-kerja yang tepat pada setiap kali proses kerja dilakukan kerana ia
mengikut aturcara yang terancang. Selagi aturcara tidak diubah, selagi itulah ia akan
melakukan kerja yang sama. Maka, kebarangkalian untuk melakukan kesilapan adalah
lebih kecil berbanding dengan kerja yang dilakukan secara manual.
J4125 / UNIT3 /5

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

AKTIVITI 3a

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab soalan aktiviti bi bawah,


Sila semak jawapan anda di halaman maklumbalas

Soalan 3a.1

Apakah yang dimaksudkan dengan faktor ‘arc on time’ bagi robot kimpalan.
_____________________________________________________________

Soalan 3a.2

Nyatakan secara ringkas empat kebaikan yang diberikan oleh robot yang digunakan di
dalam proses kimpalan.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Soalan 3a.3
Mengapakah dikatakan penggunaan tenaga akan menjadi lebih rendah sekiranya robot
digunakan di dalam proses penyemburan cat/penyalut ?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Soalan 3a.4
Apakah yang menyebabkan robot penyemburan cat /penyalut dapat menghasilkan produk
yang lebih seragam disegi mutunya ?

i.________________________________________________________________
ii.________________________________________________________________
iii._______________________________________________________________
J4125 / UNIT3 /6

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

MAKLUMBALAS 3a

Sila semak jawapan anda….

Jawapan Soalan 3a.1

Faktor ‘arc on time’ adalah merujuk kepada ketepatan masa sesuatu kerja dijalankan.
Contohnya ialah, robot dapat melakukan kerja yang diprogramkan tanpa membuang masa
kerana semua pergerakan yang dilakukan telah ditetapkan di dalam program. Ia tidak
mempunyai naluri seperti manusia untuk melakukan kerja-kerja lain selain dari apa yang
telah ditetapkan. Manakala manusia pula mempunyai naluri yang menyebabkan mereka
melakukan pergerakan-pergerakan lain semasa sesuatu tugas dilakukan. Contohnya,
manusia akan mengambil masa untuk membetulkan kedudukannya, alat keselamatan
yang digunakannya dan perbagai pergerakan lain untuk memastikan keselesaannya
semasa melakukan tugasnya. Ini menyebabkan ia akan mengambil masa yang lebih lama
untuk menyiapkan kerja yang sedang dilakukannya. Selain dari itu, mereka juga akan
mengalami keletihan yang menyebabkan kerja kimpalan yang dilakukan tidak konsisten.

Jawapan Soalan 3a.2

1. Faktor ‘arc on time’ yang tinggi


2. Kualiti produk yang terhasil terjamin mutunya dan keseragamannya
3. Dapat menggantikan manusia untuk melakukan tugas yang tidak selesa
4. Membolehkan rasionalisasi dibuat dalam proses pengeluaran.

Jawapan Soalan 3a.3

Penggunaan tenaga juga akan menjadi lebih rendah kerana semasa proses penyemburan,
kelajuan penyemburan dan pergerakan pengolah robot boleh diseragamkan. Ini
menghasilkan penyemburan yang cepat dan tepat kepada sasaran. Seterusnya tidak akan
berlaku pembaziran cat atau penyalut. Kerja akan menjadi lebih efisyen dan
menyebabkan penggunaan tenaga menjadi lebih rendah berbanding dengan kerja yang
dilakukan secaraa manual.

Jawapan Soalan 3a.4

1. Akibat dari halaju pengolah yang seragam


2. Kedudukan alat penyembur yang tepat
3. Isipadu semburan yang seragam, maka sudah tentulah robot dapat menghasilkan
kemasan yang lebih seragam bagi produk yang dikeluarkannya. Ini merupakan
salah satu dari kebaikan robot dalam proses penyemburan cat.
J4125 / UNIT3 /7

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

INPUT

3.4. Kelebihan penggunaan robot dalam proses memuat ke mesin.

Penggunaan robot dalam proses memuat ke mesin melibatkan kerja-kerja pemunggahan


bahan kerja atau komponen-komponen kepada atau daripada mesin-mesin yang terlibat
dalam pengeluaran sesuatu produk. Contoh kerja-kerja memuat ke mesin adalah dalam
operasi kerja menekan (press working). Di dalam operasi ini, robot diprogramkan untuk
membebankan kepingan logam ke dalam mesin penekan dan kemudian setelah ditekan
menjadi bentuk-bentuk yang diperlukan, komponen yang telah siap diproses itu akan
dipunggah oleh robot dari mesin penekan.

Bagi proses memuat ke mesin ini, kerja-kerja yang dilakukan melibatkan keadaan yang
merbahaya. Penggunaan robot di dalam proses ini memberikan kelebihan dari segi
keselamatan. Ia dapat menghindarkan pekerja dari mengendalikan / mengelolakan beban-
beban yang berat dan kerja-kerja yang merbahaya. Kerja-kerja yang melibatkan
penggunaan mesin banyak memberikan risiko kemalangan yang boleh mencacatkan
pekerja yang terlibat.

Kebaikan lain hasil dari penggunaan robot di dalam proses ini adalah ia dapat membantu
mengujudkan piawaian keselamatan perindustrian yang lebih ketat dan selamat semasa
mengendalikan mesin-mesin yang merbahaya, .contohnya seperti OSHA.

Selain dari itu robot juga boleh melakukan operasi memuat ke mesin dengan cepat di
tempat yang mempunyai kelegaan yang kecil. Dalam keadaan begini, kerja-kerja yang
dilakukan secara manual adalah agak sukar kerana risiko-risiko kemalangan adalah
tinggi. Ia menyebabkan operasi berjalan dengan lebih perlahan. Tetapi jia robot
digunakan, ia dapat menggunakan kelajuan yang lebih tetap dan cepat dan seterusnya
menghapuskan kejadian (kesesakan) ‘bottel neck’ pada satu-satu mesin. Ia juga dapat
mengurangkan bahan buangan (scrap) akibat dari kerosakan atau kecacatan produk hasil
dari pembebanan yang tidak sempurna.

3.5. Kelebihan penggunaan robot dalam proses ujian.

Proses ujian adalah salah satu dari bidang yang banyak menggunakan robot di dalam
operasinya. Proses ini terpecah kepada dua bentuk utama iaitu proses pengujian ke atas
produk yang dihasilkan untuk mengawal mutu pengeluaran dan proses pengujian di
tempat-tempat yang merbahaya kepada manusia.

Kawalan mutu merupakan salah satu aktiviti yang amat penting di dalam proses
pengeluaran produk. Setiap produk yang dihasilkan perlulah diperiksa dengan teliti
J4125 / UNIT3 /8

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat untuk digunakan. Jika robot digunakan
untuk menjalankan pengujian jenis ini, mutu produk akan mendapat jaminan yang lebih
baik. Antara kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi jika robot digunakan untuk proses
pengujian produk adalah :

ii. Ia dapat membuat pengujian ke atas semua produk yang dihasilkan. Jadi
produk yang tidak sempurna akan diasingkan. Selalunya di dalam
pengeluaran sesuatu produk, hanya sebilangan kecil produk sahaja yang
diuji. Jadi, kemungkinan ada produk yang tidak berkualiti yang tidak terpilih
untuk diuji.

iii. Pengujian yang lebih terperinci dapat dibuat untuk keseluruhan bahagian
produk tersebut dengan melengkapkan robot dengan alat sokongan seperti
pederia bagi mengenalpasti bahagian yang cacat pada sesuatu produk.
Kelalaian manusia boleh mengakibatkan ada bahagian-bahagian tertentu
tidak diperiksa dengan teliti. Jika robot digunakan, ia akan mengikut
atrucara yang telah dirancang dan ditetapkan terlebih dahulu. Maka risiko
pengujian tidak dilakukan akibat dari kelalaian dapat dielakkan.

iv. Robot pengujian dapat membuat pengujian ke atas produk semasa operasi
pemasangan dijalankan. Ini dapat menjimatkan masa untuk menghasilkan
sesuatu produk dan tidak memerlukan aktiviti kawalan mutu melalui
pemilihan sampel berdasarkan jumlah pengeluaran.

v. Pengujian produk menggunakan robot dapat mengekalkan keseragaman


mutu produk tersebut. Jadi, produk yang dihasilkan akan lebih diyakini
disegi keselamatannya oleh pengguna.

Bagi proses pengujian di tempat-tempat yang merbahaya dan tidak tercapai oleh manusia,
robot juga perlu digunakan. Contohnya adalah di kawasan yang melibatkan pencemaran
udara akibat dari pancaran radiasi, kawasan loji nuklear, bahan kimia, kawasan yang
suhunya tinggi, kawasan dasar laut dan kawasan angkasa lepas.

3.6. Kelemahan penggunaan robot dalam semua proses di atas.

Kelemahan utama penggunaan robot dalam proses-proses pengeluaran yang telah


dibincangkan terlebih dahulu adalah disegi kos. Ia memerlukan kos permulaan
(overhead) dan kos penggunaan yang tinggi. Antara kos permulaan yang terlibat adalah
kos untuk membeli peralatan asas, pemasangan, alat-alat tambahan, sistem-sistem
sokongan dan latihan kepada pengendali. Manakala kos penggunaan pula melibatkan kos
pentauliahan, kos penyenggaraan dan kos keusangan. Perbincangan mengenai kos yang
terlibat di dalam penggunaan robot akan dibuat lebih lanjut lagi di dalam unit 11 modul
ini.
J4125 / UNIT3 /9

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

AKTIVITI 3b

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab soalan aktiviti bi bawah,


Sila semak jawapan anda di halaman maklumbalas

Soalan 3b.1
Penggunaan robot dalam proses pemasangan dapat memastikan operasi menjadi
__________________________________________________________________.

Soalan 3b.2
Bagaimanakah bentuk-bentuk kecuaian yang dikatakan biasa dilakukan oleh pengendali
yang menggunakan sesuatu sistem robot dalam proses pemasangan komponen sesuatu
produk

i. ____________________________________________________________

ii. ____________________________________________________________

Soalan 3b.3
Mengapakah kerja-kerja memuat ke mesin dianggap merbahaya kepada pengendali ?

_____________________________________________________________________

Soalan 3b.4
Bagaimanakah penggunaan robot dapat mengatasi masalah kemalangan yang perlu
dihadapi oleh pengendali sesuatu kerja memuat ke mesin?

__________________________________________________________________

Soalan 3b.5
Apakah dua proses pengujian yang biasa menggunakan robot bagi membantu operasinya?

i. ________________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
J4125 / UNIT3 /10

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

MAKLUMBALAS 3b

......Sila semak jawapan anda .....

Jawapan Soalan 3b.1

Cekap, Cepat dan Tepat.

Jawapan Soalan 3b.2

i. Komponen-komponen tidak dipasang dengan sempurna iaitu skru penyambungannya


tidak diketatkan dengan baik atau ada bahagian-bahagian yang tidak diketatkan.
ii. Tersilap memilih komponen-komponen ataupun tertinggal komponen-komponen
yang kecil.

Jawapan Soalan 3b.3

Kerana ia melibatkan penggunaan mesin-mesin yang boleh mendatangkan bahaya kepada


pengendali operasi seperti mesin larik, mesin gerudi, mesin kerja menekan (press work)
dan sebagainya. Kerja-kerja yang melibatkan penggunaan mesin banyak memberikan
risiko kemalangan yang boleh mencacatkan pekerja yang terlibat

Jawapan Soalan 3b.4

Penggunaan robot di dalam proses ini memberikan kelebihan dari segi keselamatan.
Kerja-kerja yang dilakukan oleh robot dalam proses memuat ke mesin melibatkan kerja-
kerja pemunggahan bahan kerja atau komponen-komponen kepada atau daripada mesin-
mesin yang terlibat dalam pengeluaran sesuatu produk. Ia dapat menghindarkan
pengendali dari mengendalikan / mengelolakan beban-beban yang berat dan kerja-kerja
yang merbahaya.

Jawapan Soalan 3b.5

i. Proses pengujian ke atas produk yang dihasilkan untuk mengawal mutu


pengeluaran.

ii. Proses pengujian di tempat-tempat yang merbahaya kepada manusia.


J4125 / UNIT3 /11

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
Jika ada sebarang masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah
anda.
Selamat mencuba semoga berjaya!!!!!!!!

Soalan-soalan di bawah merupakan soalan tugasan yang perlu dihantar satu (1)
minggu dari tarikh anda menamatkan unit ini.

Soalan 1
Berikan sebab utama mengapa robot amat sesuai digunakan di dalam proses-proses
berikut:-

i. Proses kimpalan
ii. Semburan cat
iii. Pemasangan
iv. Memuat ke mesin
v. Ujian

Soalan 2
Sebuah syarikat pengeluaran ingin menggunakan robot di dalam proses pemasangan
produk yang dikeluarkan olehnya. Apakah perkara yang perlu dilakukan oleh pihak yang
bertanggungjawab sebelum mereka menjalankan aktiviti pengeluaran melalui sistem
robotik.

Soalan 3
Anda perlu merujuk kepada bahan-bahan rujukan tertentu seperti buku, majalah, manual
ataupun Internet untuk mendapatkan satu contoh robot yang digunakan di kawasan-
kawasan seperti di bawah :

i. Kawasan yang melibatkan pencemaran udara samada akibat dari pancaran


radiasi, pencemaran nuklear atau bahan kimia merbahaya.
ii. Kawasan yang suhunya tinggi
iii. Kawasan dasar laut
iv. Kawasan angkasa lepas.

Sila nyatakan butir-butir mengenai robot tersebut.


J4125 / UNIT3 /12

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

` MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


sila semak jawapan anda

Jawapan soalan 3.1

i. Kimpalan - kerana ia dapat menghasilkan kualiti produk yang lebih seragam,


memberikan kualiti persekitaran yang lebih baik dan menjimatkan kos hasil dari
pengurangan penggunaan kuasa, bahan mentah dan bahan buangan.

ii. Semburan cat - kerana ia dapat menghasilkan kualiti permukaan yang lebih
seragam, menjamin keselamatan pekerja, memberikan kualiti udara yang lebih
baik dan menjimatkan kos hasil dari pengurangan penggunaan cat/penyalut.

iii. Pemasangan – kerana ia dapat menghasilkan produk dengan lebih cepat dan tepat
serta mengelakkan kecacatan kepada produk hasil dari kecuaian yang dilakukan
oleh manusia.

iv. Memuat ke mesin – kerana produk dapat dihasilkan dengan cepat dan dapat
menggantikan manusia daripada terdedah kepada keadaan yang merbahaya.

v. Ujian – kerana ia dapat menjamin kualiti sesuatu produk yang diuji dan
menggantikan manusia daripada terdedah kepada keadaan yang merbahaya.

Jawapan soalan 3.2

i. Setiap kerja-kerja yang mesti dilakukan oleh pengolah akan dirancang secara
terperinci terlebih dahulu.
ii. Setiap langkah kerja ini akan diaturcarakan mengikut turutan operasi robot.
iii. Kerja-kerja pemeriksaan akan dijalankan untuk mempastikan semua langkah kerja
yang sepatutnya dilakukan telah diaturcarakan.
iv. Setelah pengaturcara berpuashati, barulah proses pengeluaran dijalankan.

Jawapan soalan 3.3

Sila dapatkan keratan rajah bagi robot-robot yang digunakan di kawasan i, ii, iii dan iv di
bawah dan nyatakan butir-butir mengenai robot tersebut.
i. Kawasan yang melibatkan pencemaran udara samada akibat dari pancaran
radiasi, pencemaran nuklear atau bahan kimia merbahaya.
ii. Kawasan yang suhunya tinggi
iii. Kawasan dasar laut
iv. Kawasan angkasa lepas.
J4125 / UNIT3 /13

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ROBOT PERINDUSTRIAN

You might also like