You are on page 1of 13

Pengenalan Ringkas Khat Arab

1. Pengenalan Seni khat

Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud garisan. Oleh itu, seni khat
bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Khat juga bermaksud
tulisan-tulisan ( kitabah ) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang
telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni.
Tulisan-tulisan Arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang
mempunyai estetika yang tinggi.

Picasso, seorang ahli seni terkenal di dunia dari Perancis pernah


mengatakan, " Selepas aku melihat seni yang terdapat pada Khat Arab, aku
mengakui bahwa dunia seni lukis masih terkebelakang dengan kesenian itu ".

Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi


mengandungi nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan,
kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya. Di
antara bentuk dan jenis tulisan Khat Arab ialah:

 
Khat Kufi
 
Khat Thuluth  
Khat Nasakh  

 

 
Khat Ijazah

 
Khat Farisi
 

 
Khat Diwani

Khat Diwani Jali


 

Khat Riq'ah
 

1
Pengenalan Ringkas Khat Arab

Carta Aliran Perkembangan Khat Arab

MESIR
( HIEROGRYPHICS )

ARAMIA

PHOENICIA

NABATEA ( NABATI )
( 2M—106M)

HAURAN (PECAHAN NABATI)

AL-BATRA( PETRA), AL-ULA, ANBARI, HIRI, DUMATUL


MADINAH JANDAL, KUFAH DAN MADINAH

MAKKAH

TAIF

MADINAH

KERAS ( BERSUDUT) LEMBUT ( KURSIF )

Dikenali sebagai Khitabah. Muncul pada Dikenali sebagai Khat. Muncul pada zaman
zaman permulaan Islam yang dimajukan oleh selepas berkembangnya Islam. Khat
bangsa Arab Hijjaz daripada huruf Nabati. bermaksud khitabah yang terikat dengan
Tulisan ini pada asalnya tidak dapat peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan
dibezakan dari aspek kelembutan dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan
kekerasan. Contohnya seperti Khat Kufi kemajuan seni. Contohnya seperti Thuluth
Qadim. dan Nasakh.

2
Pengenalan Ringkas Khat Arab

2. Sejarah Ringkas Perkembangan Khat

Kajian ilmiah membuktikan bahawa bangsa Arab telah mengenali khat


(tulisan) melalui berbagai-bagai sumber yang sampai ke Hijjaz pada abad 6M.
Ianya dibawa masuk oleh ahli-ahli perniagaan Quraisy dan pada waktu itu ia
dikenali sebagai tulisan Nabati, Hiri dan Anbari.

Bilangan mereka yang pandai menulis di Hijjaz pada waktu ketika Islam
adalah sedikit. Di kalangan suku kaum Quraisy sebelum Islam, terdapat 17
orang sahaja yang pandai menulis antaranya Umar bin Khattab, Ali bin Abu
Talib, Uthman bin Affan dann Yazid bin Abu Suffian.

Seni khat pada zaman permulaan Islam

Kedatangan Islam membawa keperluan yang banyak kepada pembangunan


tulisan lalu membuka bidang yang luas dalam penulisan dan dakwah secara
persuratan. Rasulullah s.a.w. mengizinkan penulisan Al-Quran malah
berdakwah dengan menggunakan surat. Rasulullah s.a.w. mengarahkan
sahabat-sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran. Kemudian, penulisan itu
terus rancak pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. hingga ke zaman Saidina
Uthman dengan terhimpunnya Al-Quran Mushaf Uthmani yang ditulis semula
sebanyak 6 naskhah dan diedar ke beberapa jajahan Islam.

Seni khat pada zaman Umawiyyah

Pemerintahan pada zaman ini amat menitikberatkan kemajuan seni khat


kerana ia sangat diperlukan samada dalam penulisan mushaf, ukiran pada
dinding, mencetak mata wang, surat-menyurat dan lain-lainnya.

Pada zaman ini, pembaharuan seni khat berlaku melalui penulisan


dengan keseimbangan baris-baris bacaan supaya sama (disebut sebagai al-
masyq). Pada zaman ini juga berlaku pembaharuan dari aspek peletakan titik
huruf-huruf oleh Abu Al-Aswad Al-Dua'li dan penciptaan baris-baris oleh al-
Khalil bin Ahmad al-Farahidi.

Seni khat pada zaman Abasiyyah

Zaman ini telah menyaksikan kemuncak pembaharuan seni khat pelbagai


dengan munculnya tokoh-tokoh seni seperti Abu Ali dan Ibnu Muqlah. Ibnu
Muqlah dianggap pembuka tirai sejarah pembaharuan seni khat manakala
Abu Ali pula telah mencipta sistem nisbah dalam pembentukan huruf tunggal
yang berasaskan ukuran geometri.

Kemudian diikuti oleh Ibnu Bawwab yang yang telah


memperkembangkan sistem khat bernisbah. Seterusnya Jamaluddin Yaqut
al-Musta'simi yang telah membentuk enam gaya hasil pembelajarannya dari
tulisan Ibnu Muqlah. Enam gaya atau AQLAM SITTAH tersebut ialah:

• Thuluth • Raihani • Riq'ah


• Muhaqqaq • Nasakh • Tauqi'

3
Pengenalan Ringkas Khat Arab

Selepas kejatuhan empayar Abbasiyyah, kemajuan seni khat diteruskan


melalui pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Seni khat selepas zaman Abbasiyyah

Ketika kerajaan Tartar memerintah, ramai ulama dan cendiakawan telah


berpindah ke Mesir demikian juga di Iraq dan Iran. Sehingga tahun 1555M,
muncul penulis Turki, Ahmad Qarahisari yang telah menghidupkan semula
cara penulisan Yaqut. Pada kurun ke-17M, pemerintah al-Hafiz Uthman
Sultan Mustafa II telah menyemarakkan seni khat Aqlam Sittah di seluruh
tanah jajahannya. Abad ke-19, Turki terus cemerlang dengan penulisan Khat
sehingga muncul tokoh-tokoh seni khat tersohor seperti Mustafa Raqim,
Mustafa Izzat, Muhammad Nazif, Ismail Hakki dan lain-lain.

Seni khat di Alam Melayu

Seni khat mula memasuki Tanah Melayu semenjak abad ke-7M melalui
dakwah dan perniagaan yang mula berpusat di Gujerat. Perlak, Sumatera
kemudiannya menjadi pusat penyebaran Islam dan titik berkembangnya seni
tulisan Khat di bumi Melayu. Sehingga kurun 15M, Melaka telah mengambil
alih peranan pusat perniagaan dan penyebaran Islam di Tanah Melayu. Islam
dan tulisan Khat terus berkembang dan ianya terbukti secara rasminya
melalui penemuan batu bersurat Terengganu ( 1303M).

Seterusnya, seni khat dipelajari di Tanah Melayu melalui pengajian


pondok, sekolah-sekolah Arab dan beberapa institusi yang lain. Maktab
Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim contohnya telah melahirkan ramai
guru yang mengajar tulisan jawi suatu masa dahulu. Antara sekolah-sekolah
Arab yang telah melahirkan penulis-penulis Khat tanahair ialah Madrasah Al-
Attas Johor, Sekolah Sultan Zainal Abidin Terengganu, Madrasah
Muhammadiyyah Kelantan, Maktab Mahmud Kedah, Madrasah Al-Ihya Al-
Syarif Perak dan lain-lain.

Penulis-penulis Khat tanahair yang tersohor antaranya ialah Syed


Abdul Rahman bin Hasan Al-Attas, Haji Wan Salleh Fathi bin Wan Isa serta
beberapa penulis muda yang semakin menonjol pada masa kini. Terdapat
penulis-penulis tempatan yang telah memasuki pertandingan di peringkat
antarabangsa bahkan di kalangan mereka yang kerap menjuarai
pertandingan peringkat ASEAN. Adalah lebih baik, bidang penulisan Khat ini
disemarakkan kembali di peringkat pembelajaran tanahair samada formal
mahupun tidak formal agar ianya tidak pupus dimamah zaman.

4
Pengenalan Ringkas Khat Arab

Bentuk-bentuk Khat Arab sebelum Islam sehingga zaman moden

Ukiran Ummul Jamal –Tulisan Nabati ( 250-271M)

Tulisan Humairi bersama terjemahan Arab.

Surat Rasulullah s.a.w. kepada Al-Munzir bin Sawi, Raja Bahrin.

5
Pengenalan Ringkas Khat Arab

Tulisan Khat Arab ( Kufi) di kubur Thabit bin Zaid pada 64H.

Tulisan di Bukit Salaa', Madinah ( Zaman Kulafa' al-Rasyidin)

Sebuah tulisan pada zaman Umawiyyah.

6
Pengenalan Ringkas Khat Arab

Tulisan dengan peletakan titik oleh Abu Aswad al-Dua'li pada pemerintahan
Yusuf Hajaj al-Thaqafi di zaman Umawiyyah

Tulisan Yaqut al-Musta'simi (pencetus Aqlam Sittah) pada zaman Abasiyyah.

Tulisan dengan gaya Kufi oleh Yusuf Ahmad pada 1303M di zaman
Uthmaniyyah.

7
Pengenalan Ringkas Khat Arab

3. ASAS-ASAS AM PENULISAN KHAT

3.1 SEBELUM MENULIS


a) Peralatan menulis:
9 Pen, kayu resam dan sebagainya. Setiap pena
mempunyai kelebihan masing-masing. Bagi mereka
yang ingin menceburi bidang ini, digalakkan
menggunakan kesemua jenis pena. Pena tumbuhan
memerlukan kemahiran mengasah. Pena mata besi
yang biasa digunakan oleh penggemar seni ini ialah
Osmiroid dan Platignum.

Pena Resam

Pena Buluh

Pena Mata Besi atau Buatan

8
Pengenalan Ringkas Khat Arab

9 Kertas, buku latihan dan pelapik menulis. Sebaiknya


gunakan kertas yang agak tebal, licin dan memudahkan
pengeringan dakwat. Kertas yang biasa digunakan ialah
Art Paper, Mattart, Tracing Paper atau kertas biasa
(seperti A4) 80 GSM ke atas yang licin serta tidak
mudah mengembangkan dakwat. Pelapik digunakan
bagi menghalang kekasaran pada permukaan meja dan
disyorkan pelapik yang digunakan mempunyai grid
seperti contoh di bawah.

9 Dakwat, dibeli atau dibuat sendiri. Dakwat yang terbaik


ialah yang mempunyai kehitaman yang maksimum,
cepat kering ketika di atas kertas, memudahkan
pergerakan tangan semasa menulis dan warna yang
bersinar ( shinning ) selepas kering. Antara dakwat
yang biasa dipakai ialah Rotring, Faber Castell,
Calligraphy dan Sheppers. Dakwat tidak boleh dibiarkan
melekat pada mata pena khususnya mata pena besi
kerana ianya boleh menghalang aliran dakwat semasa
menulis.

9
Pengenalan Ringkas Khat Arab

9 Buku Panduan dan latihan. Buku panduan yang terbaik


ialah yang dihasilkan di timur tengah oleh penulis-
penulis terkenal. Setiap buku panduan juga mempunyai
pendekatan tersendiri mengikut iklim negara masing-
masing.

b) Cara duduk dan Kedudukan kertas (dada menghadap


ke meja dengan 180o :

10
Pengenalan Ringkas Khat Arab

c) Cara memegang pen:


i. Pen yang digunakan bersaiz mata 2.0mm/0.2cm
ii. Pen dipegang selari dengan kedudukan kertas 900
iii. Keseluruhan mata pen menyentuh kertas.
iv. Pen dipegang dengan kadar satu setengah inci
dari awal mata pen.

d) Suasana semasa menulis:

9 Suasana mestilah tenang dan kemas


9 Cahaya yang cukup serta tidak melindungi ruang kertas
9 Jarak penglihatan tidak terlalu dekat atau terlalu jauh
9 Perjalanan nafas yang teratur dan tidak penat

e) Psikologi menulis:

9 Menulis dalam keadaan tenang dan memberi sepenuh


tumpuan kepada penulisan.
9 Menulis dengan penuh minat bukan sekadar suruhan.

3.2 SEMASA MENULIS

a) Setiap huruf yang ditulis wajib mengikut ukuran yang


ditanda dalam bentuk titik.
b) Setiap huruf atau perkataan yang ditulis wajib mengikut
Mizan (ukuran) yang betul.
c) Setiap tulisan digalakkan diulang sebanyak 10 kali sebagi
latih tubi yang berkesan.

11
Pengenalan Ringkas Khat Arab

4. Disiplin dan Kaedah Penulisan dan Pengajaran Khat Secara


Umum

Sesungguhnya proses pengajaran dan pembelajaran seni khat merupakan


satu aktiviti yang susah dan memerlukan kepada kesabaran dan masa yang
panjang di samping azam yang kuat tanpa rasa putus asa. Setiap murid perlu
diingatkan tentang kepekaan yang tajam semasa mendengar ulasan guru di
samping mengambil perhatian yang serius untuk memahami setiap
pengajaran guru terutama dalam espek pengukuhan dan pembetulan. Berikut
adalah beberapa disiplin dan kaedah penulisan dan pengajaran khat secara
umum, antaranya ;

a) Menulis bermula dari kaedah yang mudah kepada yang sukar.


Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan
seterusnya ayat.
b) Membuat penulisan yang berulang selepas menulis satu latihan.
Lazimnya sebanyak 10 kali ulangan penulisan dibuat.
c) Guru mestilah menulis samada di papan hitam menggunakan kapur
atau gabungan dua mata pena secara garisan (outline). Pelajar akan
mudah hilang kepercayaan kepada guru yang hanya bercakap tetapi
tidak menulis.
d) Guru sentiasa mendekati pelajar ketika latihan dibuat. Guru perlu
bergerak dari meja ke meja serta membetulkan tulisan pelajar secara
langsung sekiranya terdapat kesilapan.
e) Guru mesti menanamkan kepada pelajar bahawa khat bukanlah
sekadar satu seni atau hobi tetapi satu subjek yang diletakkan di
bawah Kurikulum Pelajaran Pendidikan Islam.
f) Guru mestilah memberikan latihan kepada pelajar dengan contoh-
contoh perkataan, kalimah dan ayat yang mudah dan mempunyai
kaitan dengan pembelajaran.
g) Guru mestilah mengawasi pergerakan tangan dan kedudukan badan
mereka semasa menulis.
h) Guru mestilah membetulkan kesilapan pelajar dengan baik, tidak boleh
menyebut nama pelajar yang membuat kesilapan secara umum di
hadapan pelajar yang lain.
i) Guru boleh menerangkan kesilapan pelajar dengan membuat
perbandingan tulisan yang salah dengan tulisan yang betul.
j) Guru mestilah memastikan setiap tulisan ditulis di atas garisan yang
dilukis oleh murid menggunakan pensil di dalam buku latihan.
k) Mengambil kira kecondongan huruf dan kedudukan di atas atau di
tengah atau di bawah garisan utama.
l) Guru membuat pembetulan menggunakan pen berdakwat merah yang
sama ukuran dengan tulisan murid.
m) Guru sepatutnya menyediakan teks terlebih dahulu dengan melakukan
latihan-latihan ringkas di rumah. Selepas itu menulis teks tersebut
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di atas papan hitam atau
bahan bantu yang sesuai.
n) Guru perlu mengingatkan murid agar membuat latihan susulan di
rumah.

12
Pengenalan Ringkas Khat Arab

o) Guru berhak menolak mana-mana tulisan murid yang tidak ditulis


tanpa melakarkan dahulu garisan utama di atas kertas.
p) Sekiranya guru mendapati beberapa huruf amat sukar untuk dikuasai
oleh para murid, maka bolehlah dia mengulangi pelajaran dengan
membuat pengukuhan atau yang seumpamanya.
q) Guru perlu memberikan kata-kata pujian dan galakan kepada murid
yang rajin dan tekun dalam usaha seni.
r) Guru perlu memastikan muridnya hanya menulis teks yang diberikan
sahaja, tanpa menambah atau mengurangkan teks yang ada.
s) Cara meletakkan titik huruf perlu diberi perhatian.
t) Memastikan murid sentiasa membawa buku teks dan buku panduan
lain sebagai bahan rujukan.
u) Guru memilih tempat duduk yang sesuai di dalam kelas bagi
memberikan peluang kepada murid memahami setiap ulasan yang
diberikan atau memilih di sudut-sudut tertentu supaya guru dapat
melihat muridnya seterusnya membuat pembetulan pada penulisan
mereka. Di sini juga guru boleh berjalan melalui setiap muridnya serta
membuat beberapa pembetulan yang perlu di tempat duduk murid.
v) Guru sepatutnya membuat pembetulan di dalam buku latihan yang
disediakan. Dalam hal ini guru tidak sepatutnya membuat sebarang
pembetulan di luar dari buku latihan seperti di atas kertas conteng atau
sebagainya.
w) Guru perlu mengingatkan muridnya agar tidak menjadikan tulisan di
dalam akhbar atau majalah atau yang seumpanya sebagai bahan
rujukan dalam penulisan khat.

13

You might also like