You are on page 1of 25

BERJAYAKAH MODEL EKONOMI BARU (MEB) MENTRANSFORMASI

SENARIO EKONOMI NEGARA?


Oleh: A Rahman bin Ramli *
1. Abstrak

Artikel ini mengupas prestasi pembangunan ekonomi Malaysia melalui dasar-dasar


pembangunan kerajaan saperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan
Nasional(DPN) dan berkemungkinankah kelemahan implementasi dasr-dasar tersebut
memberi kesan keatas Model Ekonomi Baru yang menggantinya. Kupasan yang di buat
dalam artikel ini mengenai senario pembangunan ekonomi Malaysia merupakan
pendapat peribadi penulis yang inginkan pembangunan yang telus serta memberi
manafaat kepada rakyat. Tiada terniat untuk menyentuh perasaan mana-mana pihak
atau menidakkan pencapaian yang telah kita semua nikmati. Ia adalah sekadar
memberi pandangan bahawa disebalik kejayaan ada juga ketidakpuasan dalam
perlaksanaannya kerana tanpa disedari atau tidak ada pihak yang merasakan terpinggir
dalam arus pembangunan. Maklumbalas ini semata-mata untuk kebaikan bersama baik
bagi teknokrat sebagai perancang dan perlaksana dan ahli politik sebagai ‘political
masters’ dalam penentuan dasar dan hala tuju negara dialaf baru ini.

2. Senario Pembangunan Ekonomi

Sejurus berakhirnya dasar Pasaran Bebas sebagai satu polisi pembangunan selepas
Merdeka, negara kita melangkah ke satu era baru menuju kearah pembangunan.Tidak
dinafikan senario ekonomi negara kita berkembang dengan pesat bermula 70han
hingga ke90han dan dikagumi serta disegani negara-negara yang sedang membangun
dan juga negara maju. Satu contoh yang paling diingati ialah President Park Chung He
daripada Korea Selatan telah datang menimba pengalaman pembangunan di Malaysia.
Semasa taklimat di Bilik Gerakan Negara President Park tertarik dengan kata-kata
tulisan Arab di dinding dan menanyakan maksud ayat itu. Ayat itu ialah sepotong ayat
Al Quran daripada Surah Ar ra’d ayat 11 yang maksudnya,

“ Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka


merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.

*Pensyarah di Jabatan Muamalat, KIAS

1
President Park telah menjadikan intipati ayat itu sebagai dasar pembangunan
negaranya yang terkenal sebagai ‘Semaul Undong” atau “self-reliance’ dalam Bahasa
Inggeris iaitu membawa maksud semangat berdikari. Beberapa negara Afrika juga cuba
mencontohi model pembangunan Malaysia. Malaysia dijadikan contoh bagaimana
sesebuah negara berbilang kaum dapat membuktikan bahawa keharmonian dan
kesetabilan politik boleh dijadikan asas ramuan atau formula pembangunan.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat adalah berlandaskan dasar-dasar pembangunan


yang digubal kerajaan bagi mengatasi cabaran semasa negara. Kita tidak asing lagi
dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun
Abdul Razak mulai 1971 hingga 1990, kemudiannya diberi suntikan nafas baru oleh
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pada 1991 dengan panggilan Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) yang berterusan ke abad 20. (Rajah 1)

Tiga dekad pencapaian cemerlang, membolehkan Malaysia menyediakan kemudahan


kesihatan dan pendidikan untuk rakyatnya, membasmi sebahagian besar kemiskinan,
membina infrastruktur bertaraf dunia dan menjadi pengeksport utama di peringkat
global. Rakyat kita lebih kaya dan lebih berpelajaran. Berbanding dengan generasi
terdahulu, rakyat kini hidup lebih lama, bergerak lebih jauh dan mudah mendapat akses
kepada teknologi moden.

Rajah 1 Dasar-Dasar Pembangunan Utama

2
Namun begitu, kemajuan yang kita capai dalam separuh abad yang lalu, kini menjadi
perlahan dan prospek pertumbuhan ekonomi pula menjadi lembap. Kegemilangan
bertukar malar dan Malaysia ketinggalan dibandingkan dengan negara seangkatan.
Mengapa berlaku demikian? Mengapa Malaysia tidak unggul saperti dahulu? Adakah
ini bermakna dengan berlaku perubahan pada persekitaran luar, dasar dan strategi
yang negara kita gunakan untuk pembangunan tidak mampu membawa kita ke
peringkat seterusnya? Atau berlakukah kepincangan dalam perlaksanaan dasar
semasa kerajaan hingga menyebabkan prestasi yang malar? Sekarang ini pula satu
dasar pembangunan iaitu Model Ekonomi Baru (MEB) sudah disajikan kepada rakyat
oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak untuk mengembalikan keunggulan
negara dipersada ekonomi dunia dalam alaf baru ini. Berjayakah MEB
mentransformasikan ekonomi Malaysia keperingkat global atau terbatas dengan ranjau
yang mencabar DEB dan DPN?

3. Dasar Ekonomi Baru (DEB)

DEB telah diperkenalkan untuk menangani masaalah ketidak seimbangan ekonomi di


antara pelbagai kaum di Malaysia yang menjejaskan perpaduan antara kaum dan
keamanan negara. Sejurus mencapai kemerdekaan dari penjajah British pada tahun
1957 Malaysia telah mencorakkan pembangunan ekonominya berasakan beberapa
dasar ekonomi. Dasar pertama iaitu Sistem Ekonomi Bebas adalah satu sistem
warisan dari penjajah, yang diamal sejak Malaya merdeka hingga ke akhir 1960,
dimana peranan swasta dalam bidang ekonomi adalah bebas. Hasilnya, Malaysia
mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi tetapi masih wujud ketidak
seimbangan yang serius. Ini bermakna walaupun pertumbuhan ekonomi yang tinggi,
kekayaan tidak diagihkan dengan baik. Golongan miskin, kebanyakkannya kaum
Bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai petani, masih
ramai dan masih mundur. Manakala kaum Cina dan orang asing pula menguasai
bidang perindustrian, perniagaan dan sektor korporat. Ini yang dikatakan “market
failure”. Situasi ini menyebabkan jurang perbezaan antara kaum dalam bidang ekonomi
menjadi bertambah ketara sehingga menyebabkan ketegangan politik. Dalam Kongres
Ekonomi Bumiputera yang pertama yang diadakan sebelum peristiwa 13 Mei
kegelisahan Bumiputera keatas fenomena ini jelas membara dan memerlukan
perhatian. Hanya apabila peristiwa 13 Mei berlaku barulah pihak kerajaan telah
mengambil tindakan dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970

3
3.1 Matlamat DEB

DEB bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur
semula masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman disamping
hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Pengstrukturan semula
masyarakat adalah supaya jenis kaum tidak sinonim dengan kegiatan ekonomi. Strategi
serampang dua mata ini tertumpu kepada usaha menambah pendapatan golongan
miskin dan penduduk luar bandar, memodenkan sektor pertanian, meningkatkan tahap
pelajaran, mewujudkan golongan komersial Bumiputera dan menambah pegangan
ekuiti korporat Bumiputera.

Sasaran juga ditetapkan, iaitu 30% pegangan ekuiti korporat oleh Bumiputera,
penatapan kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti dan 30% bilangan pekerja
mestilah Bumiputera. Prinsip pokok penstrukturan ini adalah supaya sasaran ini dapat
dicapai dari konomi yang yang sedia berkembang dan tidak mengambil dari kaum
bukan Bumiputera untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

3.2 Pencapaian DEB

Kejayaan Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi beserta dengan agihan seimbang


telah diakui oleh berbagai pihak termasuk Bank Dunia dan DEB merupakan satu
elemen penting dalam kejayaan itu.

Kejayaan DEB yang paling nyata dan membanggakan ialah penurunan kadar
kemiskinan dan peningkatan taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling menonjol
ialah penurunan kadar kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada
tahun 2005. Di kawasan luar bandar, pendapatan penduduk telah meningkat dan
pengangguran tidak ketara (under-employment) hampir hilang. Kemudahan moden
saperti jalan raya, sekolah, kelinik kesihatan, kuasa letrik dan bekalan air telah menjadi
satu kemestian.

Pelajar Bumiputera bukan sahaja mendapat pendidikan diperingkat rendah dan


menengah tetapi ramai yang berjaya ke peringkat universiti. Ramai juga yang dihantar
ke institusi pengajian tinggi di luar negeri. Kini terdapat ramai pakar perubatan
Bumiputera di hospital-hospital. Keadaan ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan
kira-kira 45 tahun lalu dimana hanya ada segelintir sahaja doktor pakar Bumiputera.
Banyak syarikat besar di Malaysia sekarang diketuai oleh golongan professional
Bumiputera. Ramai professional Bumiputera mampu berdaya saing untuk bekerja di
luar Negara.

Dalam erti kata lain, DEB telah melahirkan golongan professional dan golongan kelas
menengah Bumiputera yang mempunyai kuasa beli yang kuat. Ini dapat dilihat,
misalnyadari pemilikan rumah oleh kaum Bumiputera di kawasan perumahan kota.

4
Sekarang ini, terdapat ibu bapa Bumiputera yang mampu membiayai anak mereka ke
university di dalam mahupun di luar negara.

Pegangan ekuiti korporat Bumiputera telah meningkat dari 2.4% pada tahun 1970
kepada 19% pada tahun 2000. Jika dahulu tiada institusi perbankan yang mempunyai
pemilik Bumiputera, tetapi bank-bank utama di Malaysia dimiliki serta diuruskan oleh
Bumiputera. Golongan peniaga Bumiputera juga telah wujud walaupun kebanyakannya
berstatus industry kecil dan sederhana.

Justeru terbukti telah ada pengstrukturan ekonomi dimana bidang pekerjaan tidak
dikenal secara automatik dengan kaum. Ertinya, sebelum DEB, kaum Bumiputera
adalah petani atau nelayan yang tinggal di luar Bandar sementara kaum Cina
merupakan peniaga di kota. Kini penglabelan automatik itu tidak lagi berlaku. DEB juga
telah merapatkan jurang pendapatan antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera.
Misalnya nisbah pendapatan kaum Bumiputera kepada kaum Cina meningkat 1: 1.74
pada tahun 1990 kepada 1 : 1.64 pada tahun 2004.

3.3 Kelemahan DEB

Walaupun DEB telah memberi buah kejayaan, namun ianya juga mempunyai beberapa
kelemahan dan telah menghasilkan kesudahan yang tidak dijangkakan. Intervensi
kerajaan diperlukan untuk mencapai sasaran DEB. Akibatnya wujud dikalangan
Bumiputera sindrom penggantungan kepada kerajaan. Ada pengusaha atau peniaga
Bumiputera yang berniaga secara “ Ali-Baba” atau berniaga diatas angin. Mereka
mendapat kontrak untuk menjalankan sesuatu projek dan kemudiannya menjualkan
atau memberi sub-kontrak kepada peniaga bukan Bumiputera. Mereka sebenarnya
tidak menjalankan projek itu sendiri tetapi mendapat bayaran imbuhan sebagai
pengantara. Amalan saperti ini telah membawa kepada ketirisan perbelanjaan kerajaan
dan penggunaan dana yang tidak efisyen.

Sebagai satu konsep penstrukturan sosial, DEB mempunyai nilai dan sasaran murni.
Namun implementasinya telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak
kerana ianya menjurus kepada amalan siapa yang dikenali dan bukannya berdasarkan
keupayaan atau dalam pepatah Inggeris “ who you know and not what you know”.Selain
itu, ada juga rungutan yang tiada “ padang sama rata” dikalangan kaum Bumiputera
sendiri. Keadaan demikian mengundang sindrom patronage, nepotisma dan kronisma
yang berakhir dengan sogokan dan rasuah untuk mendapat “favour”. Oleh itu
implementasi DEB mungkin tidak mewujudkan keadaan dimana yang terbaik akan
berjaya. Merit tidak lagi menjadi kayu prestasi.

Akibatnya diperingkat awal implementasi DEB, sasarannya boleh berjaya, tetapi untuk
jangka panjang pencapaian itu sukar dikekal dan dipertigkatkan kerana ianya tidak
berasaskan daya saing. Contohnya, pegangan ekuiti korporat masih belum lagi

5
mencecah sasaran 30% kerana pegangan yang ada dijual untuk keuntungan jangka
pendek dan bukan dikekalkan serta ditambah untuk pegangan jangka panjang.

Implementasi DEB yang dianggap tidak adil, telus dan cekap teah menimbulkan
kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan kaum bukan Bumiputera. Antaranya,
system kuota kemasukan universiti telah dianggap oleh kaum bukan Bumiputera
sebagai menyempitkan peluang anank-anak mereka yang berkelayakan mendapat
pendidikan universiti.

4. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama


(RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 -
1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi
pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian
DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai.
Jelas bahawa proses socio economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang
lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan
daripada pergolakan dunia amnya.

DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)
1991 - 2000 teah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),
menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

4.1 Matlamat

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang
bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik
dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu
langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju
dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan
politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

4.2 Strategi pelaksanaan

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan
ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan

6
perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan
yang lebih seimbang yang merangkumi aspek - aspek kritikal seperti berikut:

 Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan


ekonomi dengan pengagihan yang saksama;

 Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi


untuk meningkatkan daya saing melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan;

 Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi


negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah
yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua
rakyat Malaysia;

 Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan


jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara
negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;

 Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat


menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai
sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan
cintakan negara;

 Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang


berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi
menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan
tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;

 Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan
dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan
keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta
memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu
ekonomi perindustrian yang moden; dan

 Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian


yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi
supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat
dikekalkan secara berterusan.

7
DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta
kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi
beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam
usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut:

 Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk


tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin “hardcore
poor” di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin
adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis
Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak
$370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz
isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira
143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai
keluarga termiskin);

 Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat


Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi
penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan
Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;

 Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam


proses penyusunan semula masyarakat; dan

 Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem


nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan
yang saksama.

4.3 Program Pelaksanaan

Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah
seperti berikut:

4.3.1 Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan

Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambik kira


keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam
proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan
juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan
kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan;

8
4.3.2 Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa

DPN telah mengambilkira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih


terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran
baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu
meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat
memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula,
halangan- halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan
meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus
mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta
lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport Negara
juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem
Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya
saingan yang tinggi;

4.3.3 Wawasan 2020

Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk


Memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020.
Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan
terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan
menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk
membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi
mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh kerana
setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah
penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu
membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan
pembangunan negara; dan

4.3.4 Pembasmian Kemiskinan

Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2%


dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar
pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000.
Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan
mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor
awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar
Bandar pada akhir tahun1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah
memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui
9
pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada
petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu
meningkatkan pendapatan mereka.

Pengalaman telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim


pembangunan tanah seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih
tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh sector swasta.
Tambahan pula anak-anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih
tinggi kurang berminat untuk bekerja di luar bandar Ramai di antara
mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar- bandar.Dengan itu
pembukaan tanah baru oleh agensi kerajaan untuk mengatasi masaalah
pengangguran tidaklah ekonomikal lagi. Peranan ini lebih sesuai untuk
dikendalikan oleh estet-estet komersial.

Latihan yang diberikan kepada belia- belia di luar bandar akan


membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan
berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk
menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini.
Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan
penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah
mempertingkatkan produktivit pengeluaran mereka.

Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan


pada program-program sapert pendidikan dan latihan, kesihatan, jalan-
jalan luar bandar, pengangkutan, perumahan, bekalan air dan elektrik

Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan


ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya
di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.

Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di Bandar - bandar


juga akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan
dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk
meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan,
pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan
diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon
pembangunan Bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-
bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal
pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan

10
peluang - peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan
industri kecil.

4.3.5 Penyusunan Semula Masyarakat

Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan


penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di
bawah strategi ini. Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah untuk
meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap
yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan
pelaksanaan strategi berikut:

 meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera dalam


pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan
program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada
usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan
usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan
daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan
subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang
pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai
langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda
juga akan diberi tumpuan.

 menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam


sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan.
Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam
industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan
franchise. Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan
Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat
Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Bagi membolehkan
Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan
didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-
kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan
dengan pasaran antarabangsa.

 penyusunan semula gunatenaga bagi memastikan corak


gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi
mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara.
Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan
11
memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang
saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya
dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal. Langkah-
langkah akan diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan
kemahiran - kemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi mengurus
dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi
mengekalkan kekayaan mereka.

 merancang dan menyelaras dengan lebih berkesan dalam


mewujudkan harta - harta baru dan membeli kepentingan tertentu
bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional Berhad
(PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan
Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Amanah Saham
Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan
sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan
usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh
DPN. Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk
mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera
dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula
modal saham.

4.4 Pencapaian DPN

Prestasi ekonomi negara telah menunjuk kemajuan dalam 15 tahun pertama Wawasan 2020,
(1991-2005) saperti berikut:

 Malaysia mencapai kemajuan yang membanggakan dalam tempoh 15 tahun


pertama Wawasan 2020. Asas ekonomi kekal kukuh.

 KDNK meningkat 6.2% setahun meskipun berlaku krisis kewangan Asia; peristiwa
September 11, 2001; peperangan di Afghanistan & Iraq; SARS & Selsema burung &
kenaikan harga minyak. ( Rajah 2)

 Kadar kemiskinan menurun ke 2.8% dan kemiskinan tegar ke 1.8% (Rajah 3)

 Ekonomi beralih daripada pertumbuhan berasaskan modal kepada yang lebih


seimbang antara modal, buruh dan produktiviti faktor keseluruhan (TFP).

 Struktur ekonomi terus berkembang kepada berasaskan pembuatan dan


perkhidmatan.
Purata OECD 14,938 26,868 4.0

12
 Kadar penyertaan pendidikan, purata saiz kelas & nisbah guru – murid meningkat tetapi
kualiti sekolah kebangsaan perlu ditingkatkan.
 Kadar inflasi – 2.9%; dan pengangguran – 3.1%;

 Lebihan berkembar akaun semasa imbangan pembayaran & akaun sektor


awam disatukan

 Tabungan & rizab luar negeri terus meningkat

 Kemajuan dalam S & T dan R & D

 Kemudahan infrastruktur lebih baik dan bertaraf dunia ~ peningkatan liputan


elektrik, bekalan air dan jalanraya.

Rajah 2 Pengagihan Pendapatan 1999 - 2010

Sumber : Laporan Ekonomi. Unit Perancang Ekonomi.

13
Rajah 3 Kadar Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar Mengikut Kumpulan Etnik [%]

Sumber: Laporan Ekonomi. Unit Perancang Ekonomi

Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan


ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan
miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan
berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk
mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

5. Model Ekonomi Baru (MEB)

5.1 Mengapa Perlunya MEB?

Prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh satu dekad lalu menjadi asas bagi kerajaan
untuk merencana masa depan negara. Krisis ekonomi Asia pada 1997/98 sudah
meninggalkan kesan yang amat mendalam. Keluaran Negara Kasar (KDNK)
menguncup sehingga 7.4%. Ekonomi negara tumbuh pada kadar 8.1 % setahun
seppanjang tempoh 1990-1997, tetapi jatuh pada kadar 5.6 % antara 2000-2007

Angka ini menunjukkan kesan akibat krisis tersebut masih terasa sehingga kini, dan ini
meletakkan ekonomi negara malar.Keadaan demikian menimbulkan beberapa
kekangan. Pranan sector swasta kini bertambah kecil.Pelaburan swasta meningkat
25.4% pada tahun 1995 tetapi pada tahun 2008 ia berkembang hanya 1.5%. Nisbah

14
pelaburan asing (FDI) kepada KDNK jga menunjukkan trend penurunan yang konsisten.
Dalam tempoh 1882-1997 nisbah ini ialah 7.3% sebaliknya menurun kepada 4.2%
sepanjang tempoh 2002-2007.

Pada masa yang sama sektor perkhidmatan tidak berkembang saperti dijangkakan
sungguhpun ada kemajuan dalam sektor pelancongan dan pertumbuhan industri baru
saperti pendidikan dan logistik. Sumbangan sektor ini dalam ekonomi adalah pada
kadar 55% iaitu jauh lebih kecil daripada yang disasarkan.

Sektor ekspot yang dianggap pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara


menunjukkan trend yang menurun dengan hanya mencapai pertumbuhan 5.2% bagi
tempoh 2001-2008 berbanding pencapaian 15.1% bagi tempoh 1996-2000.

Dari segi penanda aras daya saing, Malaysia kekal pada tahap sederhana sejak tahun
2000. Berdasarkan Indeks Pertumbuhan Daya Saing (Growth Competitiveness Index)
2008 diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia, Malaysia berada ke tangga 21 daripada
131 negara, berbanding ke 19 pada tahun 2007.

Jurang perbezaan eonomi juga semakin ketara berbanding dengan negara saperti
Taiwan, hong Kong dan Singapura. Negara tersebut telah mendahului kita dari segi
kadar pertumbuhan pendapatan per kapita, keupayaan teknologi dan pembangunan
modal insan.

Semua fakta ini membuktikan bahawa Malaysia tersekat dalam perangkap pendapatan
sederhana dan tidak tergolong dalam kalangan ekonomi global berpencapaian unggul.
Dengan perubahan yang berlaku pada persekitaran luar, kebanyakan dasar dan strategi yang
negara kita gunakan untuk mencapai kedudukan pembangunan yang sedia ada pada masa
sekarang tidak mampu untuk membawa kita ke peringkat seterusnya. Malah pertumbuhan
ekonomi kita ini dicapai dengan menanggung kos alam sekitar yang besar dan juga tidak
memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

Hakikatnya, Malaysia memerlukan satu model ekonomi baru. Model ekonomi itu juga
akan menggariskan bagaimana Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya
daripada sebuah negara yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi
kepada pendapatan tinggi.

5.2 Matlamat MEB


Matlamat utama MEB adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang
berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang tahun 2020
disamping menjamin kualiti hidup rakayat sentiasa diutamakan. Keperincian matlamat MEB
adalah saperti berikut:

15
 Berpendapatan tinggi dengan sasaran AS $15,000 – 20,000 per kapita pada
tahun 2020.
 Keterangkuman untuk membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan
negara sepenuhnya.
 Kemampanan untuk memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan
generasi akan datang.

Bagi mempastikan kelancaran dasar ini kerajaan telah merumuskan satu rangka kerja
yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan yang hendak dicapai ke arah
status negara maju.

5.3 Empat Tonggak Transformasi Negara

 Konsep 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan - untuk


menyatupadukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang
 Program Transformasi Kerajaan (PTK) - untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam
Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA).
 Program Transformasi Ekonomi – tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke
arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020
 Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011 – 2015 sebagai pelan bertindak melaksanakan
program yang dirancang

5.4 Ciri Teras MEB

Bagaimanakah keadaan Malaysia pada tahun 2020? Pada masa depan MEB akan melahirkan
Malaysia yang terkenal dengan transformasi kukuh, hasil daripada kepintaran rakyatnya yang
ditunjukkan oleh kepelbagaiannya yang harmoni dan tradisi budayanya yang kaya. Ekonominya
kelak adalah berpandukan pasaran, ditadbir urus dengan rapi, berintegrasi serantau,
berorientasikan keusahawanan dan inovatif.

Sektor swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam pelaburan berpandukan
pasaran dan pengeluaran semakin dikuasai oleh barangan dan perkhidmatan yang mempunyai
nilai tambah yang tinggi dalam persekitaran yang bersaingan. Kerajaan akan menjadi fasilitator
yang cekap menerusi rangka kerja kawal selia yang rapi, seimbang, fokus pasaran dan membantu
pasaran. Kerajaan akan terus berperanan untuk menangani gangguan daripada kegagalan pasaran
yang tidak dapat dielakkan.

Institusi kerajaan dengan tadbir urus yang rapi dan lebih cekap dipertanggungjawabkan terhadap
hasil berasaskan pencapaian selaras dengan PTK dan memiliki kakitangan berkelayakan tinggi

16
dengan keupayaan melaksanakan pelbagai tugas dan pada masa yang sama, mempamerkan
fleksibiliti serta dinamisme.

Firma swasta, badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil akan menaruh hasrat untuk
mencapai standard tadbir urus yang diterima pakai di peringkat antarabangsa. MEB akan
menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat keusahawanan bagi
memanfaatkan sebaik-baiknya peluang pertumbuhan daripada pembiayaan yang tersedia.

Inovasi dan teknologi terkini akan menjanakan produk, perkhidmatan dan proses kreatif yang
memiliki nilai tambah yang tinggi dalam arena teknikal, sosial dan institusi. Kesemuanya ini
akan menyumbang kepada perluasan pasaran melalui integrasi serantau dalam perdagangan dan
perkhidmatan serta melalui pembentukan rantaian penawaran dan rangkaian pengeluaran rentas
sempadan.

5.5 Inisiatif Pembangunan Strategik (IPS)

MEB juga menggariskan 8 Inisiatif Pembaharuan Strategik untuk merealisasi


matlamatnya saperti berikut:

5.5.1 Menyubur kembali sektor swasta.

Sektor swasta perlu bangkit dan menyandang profil yang lebih tinggi dalam transformasi
negara. Sepanjang sejarah yang tercatat, ekonomi mengalami pertumbuhan jangka
panjang yang terjamin berterusan melalui inisiatif keusahawanan sektor swasta, didorong
oleh insentif ekonomi yang menggalakkan individu mengambil pandangan jauh dan
mengelak daripada sikap suka mengambil kesempatan jangka pendek.

5.5.2 Membangunkan tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan


pada pekerja asing.

Pasaran buruh mesti berfungsi dengan lancar: pekerjaan dan pekerja mesti dipadankan
dengan cekap untuk meningkatkan produktiviti dan dengan itu meningkatkan upah untuk
semua. Penyesuaian pasaran buruh mestilah lancar: pekerja yang layak perlu segera
mendapat kerja yang layak dengannya; kerja ini pula mesti segera menarik pekerja yang
layak, termasuk mereka yang dari luar negara. Dalam masa yang sama, asas bakat
Malaysia mesti ditingkatkan. Sistem pendidikan yang berkualiti yang memupuk pekerja
yang mahir, bersifat ingin tahu dan inovatif untuk terusmenerus mendorong produktiviti
ke hadapan merupakan asas pertumbuhan ekonomi yang mampan. Pendapatan tinggi
datang daripada insan mahir yang menggunakan bakat mereka untuk menghadapi cabaran
ekonomi dengan cemerlang. Malaysia tidak boleh terlepas peluang untuk menggerakkan
sumbernya yang amat berharga ini. Oleh itu, Malaysia mesti menghapuskan halangan
yang menghindarkan rakyatnya yang berkebolehan daripada mendapatkan kemahiran dan
pada masa yang sama, menarik insan berbakat ini supaya terus berkhidmat dalam negara

17
5.5.3 Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing.

Banyak herotan akan dilenyapkan dan ekonomi akan mengalami suasana kebersaingan
yang lebih sengit dengan terhapusnya subsidi, kawalan harga dan aneka insentif yang
telah hilang objektif asalnya. PTE akan membantu individu dan firma untuk
mengurangkan impak daripada langkah berani ini dengan menyediakan jaring
keselamatan sosial yang lebih baik dan dana transformasi khas.

5.5.4 Mengukuhkan sektor awam.

Institusi awam mesti disusun semula. Institusi awam tidak harus menduplikasikan fungsi
yang dijalankan dengan baik oleh sektor swasta. Sebaliknya, ia seharusnya berusaha
memikul tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh sector swasta. Penyampaian
perkhidmatan kerajaan mesti cekap dan berkesan, menggunakan pendekatan ‘menyeluruh
kerajaan’ bagi memudahkan operasi sektor swasta. Pengurusan fiskal mesti dikukuhkan
supaya merangkumi ketelusan yang lebih tinggi dan untuk memberikan insentif yang
betul. Asas hasil kerajaan mesti dipelbagaikan dan perbelanjaan diperkemasuntuk
merangsang penggunaan hasil yang lebih baik.

5.5.5 Tindakan afirmatif yang telus dan mesra kerajaan

Komponen utama keterangkuman adalah untuk memupuk peluang ekonomi


yang sama dan adil. Institusi dan program tindakan afirmatif sedia ada akan
diteruskan dalam MEB tetapi, selaras dengan pandangan pihak berkepentingan
yang utama, akan disusun semula untuk menghapuskan ciri merentir
(rentseeking) dan kuasa naungan (patronage). Tindakan afirmatif akan
mengambil kira semua kumpulan etnik dengan adil dan sama rata selagi
mereka tergolong dalam kumpulan 40% isi rumah berpendapatan rendah.
Program tindakan afirmatif akan didasarkan pada criteria mesra pasaran dan
berasaskan pasaran sambil mengambil kira keperluan dan merit pemohonnya.
Suruhanjaya Peluang Sama Rata akan ditubuhkan untuk memastikan keadilan
dan menangani diskriminasi tidak wajar apabila berlakunya penyalahgunaan
oleh kumpulan yang dominan.

5.5.6 Membina infrastruktur berasaskan pengetahuan

Transformasi ekonomi dalam sektor perindustrian, pertanian dan perkhidmatan


merupakan proses yang memerlukan inovasi berterusan dan pertumbuhan produktiviti
dengan kemajuan teknologi yang ketara dan dorongan keusahawanan. Penggunaan proses
yang selaras dengan amalan baik dan standard antarabangsa akan menambahbaikkan
peluang bagi firma Malaysia untuk berjaya dalam arena pasaran global.

5.5.7 Meningkatkan sumber pertumbuhan

18
Malaysia mesti memanfaatkan lokasi strategiknya dan kelebihan berbandingnya
yang datang daripada anugerah sumber aslinya untuk mewujudkan platform pengeluaran
yang mendorong pertumbuhan nilai tambah yang tinggi dengan kesan limpahan.
Ekonomi ikut bidangan mesti diberikan tumpuan melalui koridor pertumbuhan untuk
menyuburkan pengembangan berpotensi ke dalam pasaran baru, seperti output pertanian
hiliran, ekopelancongan, penjanaan tenaga alternatif dan pengurangan perubahan iklim.

5.5.8 Memastikan kebolehmampanan pertumbuhan


Memulihara sumber asli kita dan melindungi kepentingan generasi masa depan mesti
dimudahkan dengan melaksanakan dasar penentuan harga, kawal selia dan dasar strategik
untuk mengurus sumber mudah lupus dengan cekap. Kebolehmampanan kewangan awam
melalui disiplin fiskal yang ketat, yang mewajibkan pembaziran dan kos lebihan
dikurangkan, merupakan mercu tanda untuk memelihara keseimbangan makroekonomi
dan kestabilan kewangan.

6. Dasar-Dasar Pembangunan Pra-MEB - Satu Penilaian

Sejak lebih tiga dekad yang lalu ekonomi Malaysia bergerak di atas landasan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang dilanjutkan pula dengan Dasar Pembangunan Nasional
(DPN). Dasar- dasar ini bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan tanpa mengira
kaum dan pengagihan kekayaan negara secara seimbang antara kaum. Justeru kerana
dasar-dasar ini menekankan keadilan sosial tatkala ianya digubal maka majoriti rakyat,
mendukung pelaksanaannya.

Masyarakat Bumiputera ketika itu gelisah kerana keselesaan hidup yang dijanjikan
tatkala negara mencapai kemerdekaan kekal sebagai slogan. Penyertaan mereka
dalam sektor industri dan perdagangan amat kecil sekali. Ini dirumitkan dengan
kekurangan jumlah mereka dalam bidang profesional. Maka tindakan tegas pemerintah
untuk melaksanakan dasar serampang dua mata: membasmi kemiskinan dan
menyusun semula masyarakat dilihat sebagai langkah positif.

Tidak dinafikan kenyataan bahawa dasar-dasar pembangunan kerajaan telah


menghasilkan mobiliti sosial untuk kaum Bumiputera. Paling jelas kesannya adalah
dalam bidang pendidikan, termasuk dalam bidang matematik dan sains melalui
pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin dan dari luar bandar. Pelaburan
pendidikan tinggi untuk Bumiputera , termasuk dengan penghantaran pelajar-pelajar ke
luar negera, dari awal 70-an, 80-an dan 90-an bagi pelajar-pelajar Bumiputera yang
cemerlang, telah berjaya melahirkan golongan profesional dan berketerampilan dalam
pelbagai bidang.

19
Walau bagaimanapun, setelah sekian lama matlamat asal DEB dan DPN untuk
mencapai keadilan sosial dan memupuk semula perpaduan nasional mula dikaburi dan
dipersoalkan. Dasar itu disalahgunakan segelintir pemimpin-pemimpin memberi
“favour” kepada keluarga, kroni dan rakan-rakan mereka untuk membolot saham,
kontrak dan program penswastaan. Dasar ini juga telah membuka ruang yang lebih luas
kepada rasuah dan lain-lain jenayah kewangan serta penyalahgunaan kuasa. Prosedur
tender, penilaian terbuka dan telus dalam soal penswastaan, pengagihan saham
diketepikan atas alasan melaksanakan dasar kerajaan untuk kepentingan Bumiputera.
Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pelaksanaan dasar-dasar tersebut, yang
terkumpul atas nama bumiputera adalah tinggi.

Hanya yang dikesali ialah diatas sebab-sebab penyelewengan, rasuah, kronisma dan
sebagainya menggagalkan Bumiputera mengumpul harta  saperti dijanjikan.
Akibatnya ternyata dasar tersebut lebih merupakan kesempatan kelompok kecil
mengaut kekayaan yang banyak atas nama Bumiputera. Kaedah pembahagian tidak
telus dan berlegar di kalangan kelompok tertentu. Rasuah di Malaysia semakin
menjadi. Malaysia telah jatuh lima tangga kepada tempat ke 44 antara 163 negara di
dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2006, dengan memperoleh
lima dari 10 mata berbanding 5.1 mata tahun sebelumnya. 10 mata menggambarkan
ekonomi yang bersih dan satu mata merujuk negara yang sangat rasuah. Malaysia
tersenarai di nombor 10 dari 25 ekonomi di rantau Asia Pasifik. Singapura, Hong Kong
dan Jepun mendahului senarai Asia Pasifik sebagai negara paling rendah kadar rasuah
sementara Myanmar berada di tempat paling corot. Malaysia masih lagi di hadapan
China, India, Indonesia, Thailand dan Pakistan.

Wawasan DEB dan DPN untuk mencapai keadilan sosial tidak kesampaian kerana jelas
terbukti jurang pendapatan dan kehidupan yang semakin melebar antara golongan kaya
dengan golongan bawahan yang kurang bernasib baik. Pada tahun 2005, Malaysia
mencatat kesenjangan paling ketara di Asia Tenggara, malah di belakang Indonesia
dan Thailand. Mengikut ukuran nisbah Gini (Gini coefficient), ukuran yang digunakan
untuk mengukur ketidaksamaan pendapatan, Malaysia berada pada 0.47.

Menurut Bank Dunia, jurang pendapatan di Malaysia adalah kedua paling teruk di
antara negara-negara Asia yang mempunyai data untuk kajian. Hanya Papua New
Guinea lebih corot dari Malaysia. Malah, dari 127 negara yang diberikan data, Malaysia
berada di nombor 101 dari segi nisbah Gini. Selain dari Papua New Guinea, negara-
negara yang mempunyai jurang pendapatan yang lebih besar terletak di Amerika
Selatan dan Tengah – rantau yang sememangnya mempunyai jurang ekonomi yang
besar – dan negara-negara Afrika seperti Afrika Selatan dan Zimbabwe.

20
Keadaan demikian mempunyai kesan berpanjangan kerana negara-negara yang
mencapai tahap pembangunan manusia yang tinggi biasanya memiliki jurang ekonomi
yang lebih kecil. Malaysia bukan lagi ekonomi yang baru atau negara dunia ketiga dari
segi pembangunan. Di dalam laporan Pembangunan Manusia Program Pembangunan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Malaysia tersenarai di nombor 59 dari
177 negara. Di Asia hanya Jepun, Korea Selatan dan Singapura yang tersenarai di
tempatyang lebih tinggi. Malah dengan mata indeks pembangunan manusia sebanyak
0.793, Malaysia sudah teramat hampir dengan 0.800 mata untuk dikategorikan sebagai
negara maju. Malangnya Malaysia terangkul di antara negara dengan pembangunan
manusia yang tinggi tetapi ketidaksamaan ekonomi terus membesar.

Perbezaan kawasan bandar dan desa juga amat ketara, yang tidak diselesaikan oleh
tindakan afirmatif dasar-dasar tersebut. Pada tahun 1999, pendapatan isirumah luar
bandar hanya 55% dari pendapatan isirumah di bandar, dan kebanyakan keluarga
miskin di luar bandar terletak di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan
Sarawak yang majoriti besarnya terdiri daripada masyarakat Bumiputera.

Kita tidak menyangkal kenyataan bahawa terdapat kemajuan dari sudut prasarana luar
bandar, pendidikan dan kesihatan yang lebih menyeluruh berbanding dengan keadaan
pada awal tahun 50-an. Namun sekali lagi kejayaan tersebut tidak harus dibandingkan
nisbah dengan negara-negara mundur Afrika. Kita telah berjaya menurunkan kadar
kemiskinan dari 29% pada 1980 kepada 5-6% pada tahun 2000. Namun indeks garis
kemiskinan yang digunakan juga terlalu rendah. Kos sara hidup telah meningkat secara
berterusan dan kadar pendapatan RM510 yang diguna untuk mengukur kemiskinan di
pantai barat Semenanjung Malaysia langsung tidak munasabah. Jumlah tersebut tidak
mencukupi untuk menyara keluarga 5 orang termasuk sewa rumah, makan minum dan
pakaian. Data dan angka mungkin menarik dihidangkan sebagai propaganda tetapi
tidak meleraikan kenyataan mengenai kesengsaraan hidup rakyat.

Sementara masyarakat Bumiputera dibelai dengan dasar yang akan menyelamatkan


mereka, tetapi apa yang dimusykilkan ialah kerana sementara masyarakat Bumiputera
terus menggantungkan harapan kepada satu dasar yang dianggap penyelamat,
masyarakat bukan Bumiputera di sebaliknya resah gelisah kerana menganggap mereka
didiskriminasikan. Mereka gusar merenungkan anak pintar dinafikan peluang
pendidikan di universiti tempatan, kontrak dikaut oleh kelompok kecil dan pemacuan
ekonomi keseluruhannya agak lembab.

Tidak dinafikan, beberapa langkah yang diperkenalkan sejurus selepas krisis mata
wang Asia untuk menyelamatkan ekonomi nasional kita menampakkan hasil. Namun,
dasar-dasar tersebut seharusnya menerima kenyataan bahawa cara terbaik
menghadapi arus globalisasi ialah bukan dengan menutup ekonomi kita, tetapi dengan

21
menanganinya secara terbuka dan berhemah. Kita mengorak langkah sejak akhir 70-an
kerana kejayaan menarik pelaburan asing ke Pulau Pinang dan Lembah Klang. Ia telah
membantu mencatat pertumbuhan, memberi peluang pekerjaan kepada jumlah yang
ramai. Pengalaman tersebut harus mengajar kita untuk yakin dan bijak memilih aspek
kesejagatan yang amat diperlukan untuk mengangkat ekonomi supaya lebih terbuka,
pantas membangun dan mapan.

Malaysia tersenarai hanya di nombor 6 dari sepuluh negara Asia Tenggara di dalam
menarik pelaburan asing tahun lepas, berbanding beberapa tahun lalu di mana kita
berada di tempat kedua. Secara keseluruhannya, pelaburan asing ke Asia Selatan,
Timur dan Tenggara melonjak ke RM610.5 bilion tahun lepas, meningkat 19% dari
2004. China, Hong Kong dan Singapura merupakan penerima terbesar pelaburan asing
pada 2005. Sekali lagi, kita ketinggalan berbanding Indonesia di dalam pelaburan asing
buat pertama kali sejak 1990. Aliran wang masuk ke Indonesia meningkat sebanyak
177% ke RM19.46 bilion tahun lepas.

7. Misi Yang Belum Selesai

Tidak dinafikan MEB yang dibentangkan oleh Kerajaan merupakan satu ajenda
memantapkan ekonomi negara dalam satu era yang penuh cabaran. Matlamat untuk
menjadikan negara yang maju serta berpendapatan tinggi bukan mudah direalisasikan
tanpa komitmen semua pihak baik dari pihak kerajaan mahupun swasta. Semua orang
tertunggu hasilnya, semua ingin mecapi nikmat pembangunan, semua hendak gaya
hidup yang berkualiti, dan semua pasti inginkan kemajuan.

Persoalannya yang berlegar diminda kita ialah apakah perlaksanaannya.mempunyai


rentak dan tempo yang sama saperti dirancangkan. Berkemungkinankah berlakunya
kepincangan sehingga menjejas pencapaian saperti dijangkakan. Kita tidak mahu
berulang lagi isu-isu yang menyebabkan dasar-dasar terdahulu (DEB, DPN) dilihat
kurang berkesan. Walaupun selama tiga dekad negara mencapai kemajuan dan rakyat
menikmati buah hasilnya, kita berdepan dengan masaalah rasuah, kronisma,
penyelewengan dan salah guna kuasa. Walaupun ada sedikit penurunan pada kadar
rasuah, fenomena ini masih jadi kudis kepada pembangunan dan melibatkan sejumlah
besar wang kerajaan.

Seperkara lagi yang membimbangkan masyarakat ialah bertambahnya penyakit sosial


dan kes jenayah. Tiap hari kita disajikan dengan berita penagihan dadah, pembuangan
bayi, pencolekan, rogol, merempit, meragut, rompak, pembunuhan dan bermacam kes
jenayah. Masaalah pendatang haram masih belum selesai. Walaupun ada usaha untuk
menangani gejala ini namun ia masih leluasa. Mengapa berlaku demikian? Adakah ini
satu perkara lumrah yang dialami negara yang membangun? Adakah dasar-dasar yang

22
digubal merangkumi pencegahan gejala yang menular ini. Cukup kah program agama
dan moral yang dijalankan untuk membendungnya? Adakah dasar pembangunan
terdahulu tidak mempunyai roh dan tidak menekankan kepentingan akhlak yang
merupakan satu asas terpenting dalam memastikan transparensi dan ketelusan
pelaksanaan sesuatu dasar ekonomi?

Sesebuah negara boleh sahaja mempunyai dasar yang melangit halatujunya, tetapi
tanpa akhlak yang dihayati oleh pembuat dan pelaksana dasar, maka negara masih
akan dibelenggu dengan sistem liberal kapitalis, dan akhirnya ianya hanya bersifat
membuat perubahan terhadap kulit dan bukannya bersifat holistik yang merangkumi
perkaitan antara dosa-pahala dan keadilan menyeluruh.

Kita tidak ingin melihat MEB terpalit dengan stigma dasar-dasr terdahulu. Kita
dahagakan pembangunan supaya rakyat dalam negara kita mampu mempunyai kuasa
membeli yang tinggi, hidup lebih aman, pengurusan yang baik dan pemuliharaan
sumber alam. Objektif ini sangat murni – tetapi penekanan terhadap peranan syarikat
swasta dalam memacu ekonomi liberal kapitalis ini secara drastik akan meninggalkan
kesan ekonomi terhadap penduduk luar bandar dan memungkinkan jurang antara
bandar dan luar bandar terus melebar.

MEB itu juga merupakan imbasan kembali kepada konsep pensyarikatan dan
penswastaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir semasa menjadi
Perdana Menteri , di mana pihak kerajaan akan melepaskan kepentingannya sedikit 
demi sedikit dalam sektor perkhidmatan rakyat kepada pihak swasta. Walaupun pihak
kerajaan memberikan jaminannya, akan tetapi rekod menunjukkan bahawa berlakunya
pelepasan tangggungjawab kerajaan itu telah melahirkan satu monopoli baru sektor
perkhidmatan yang akhirnya menekan ekonomi rakyat.

Apa yang diinginkan oleh rakyat bukannya peningkatan angka atau nilai peratusan
pendapatan semata-mata, contohnya sasaran bagi meningkatkan pendapatan rakyat
Malaysia daripada AS$15,000 kepada AS$20,000 dalam tempoh 10 tahun;  tetapi yang
diinginkan ialah kesan sebenar dari perubahan suasana masyarakat yang lebih
kondusif dan selamat dari jenayah, sifar rasuah, akauntabiliti yang nyata serta struktur
ekonomi yang lebih adil.

Selain dari itu juga, kita inginkan tindakan yang adil dan saksama tanpa mengambil kira
kaum atau fahaman politik. Jangan timbul pengkhianatan terhadap mereka yang berhak
kerana ini adalah tanggugjawab kerajaan kepada rakyat. Kita tidak mahu mendengar
tuduhan-tuduhan yang bakal dilontar kepada kerajaan menjalankan system “double-
standard” mereka yang tidak sealiran dengan pemerintah. Penerusan sikap ini serta

23
tidak menghormati prinsip demokrasi akan menjadi bom jangka yang akan
menggagalkan kesejahteraan ekonomi negara dan rakyat jelata.

8. Penutup

Kita dihidangkan kek ekonomi yang besar yang patut sama-sama dinikmati oleh rakyat
jelata. Kita tidak mahu ada yang kempunan merasainya. Kita tidak mahu jurang yang
besar membezakan yang ada dan tidak berada. Kita juga tidak mahu hidup miskin
dalam negara yang kaya. Kita inginkan kemajuan, kemakmuran dan kemakmiran yang
diredhai Allah.. Justeru kita ingin pastikan negara maju dengan ekonomi yang “vibrant”
serta dinamik. Kemajuan dan kemakmuran akan tercapai jika semua pihak telus
memberi komitmen dalam perlaksanaan MEB. Kelemahan dasar-dasar terdahulu harus
dihindari sebaik mungkin. Masaalah perlaksanaan perlu ditangani dengan bijaksana
bagi mengelak satu “doldrum” dalam pembangunan yang pasti menjejas kesejahteraan
rakyat. Dapatkah MEB menjarakkan dari kepincangan ketirisan pembangunan
terdahulu? Mampukah ia merrealisasikan transformasi negara di alaf baru ini? Sama-
sama kita tunggu dan lihat.

Bibliografi

1. Abd al Rahman Zaki Ibrahim “ Penunjuk Amalan Ekonomi” Terj. olehMujaini Tarinun,
DBP.Kuala Lumpur 1998

24
2. Al Quran da hadith
3. Bank Negara Annual Report 2009
4. Britanica – New Economic Development Policy: Malaysia 2009
5. Dasar Ekonomi Baru 1971 -1991
6. Dasar Pembangunan Nasional 1992
7. Dato Dr Mahani Zainal Abidin “ Driving Towards High Income Economy” Paper
presented at the Conference on Competitiveness : Driving Innovation for
Competitiveness Nov 2010.
8. Dato Dr Mahani Zainal Abidin and Prof. Rajah Rasiah “The Global Financial Crisis and
The Malaysian Economy” UNDP 2009
9. Donald R Snodgrass “Inequality and Economic Development in Malaysia” 1979
Malaysian Institute of Management (MIM)
10. James B Ang “ Financial Development and Economic Growth in Malaysia” Routlege
UK 2008
11. Laporan Ekonomi 2009 EPU
12. Lo, Fu-Chen and Byong-Nak Song “ The Saemaul Undong – The Korean Way of Rural
Transformation”. 1972
13. M. Umer Chapra “Ke Arah Sistem Kewangan Yang Adil” Terj. Oleh Ismail bin Omar.
DBP Kuala Lumpur 1990
14. Model Ekonomi Baru. 2010 Economic Planning Unit.GOM
15. Mahadevan Raduka “ Sustainable Growth and Economic Development : A Case Study of
Malaysia” . Edward Elgar Publishing 2007
16. New World Encyclopedia “ Park Chung He – The New Community Movement”
17. Philip Schellekens “The Winds of Change Are Blowing in Malaysia” blogs
worldbank.org 2009
18. Philip Schellekens “What is New in Malaysia’s New Economic Model” blogs
worldbank.org 2010
19. Philip Schellkens “ Malaysia Cannot Afford to Go Slow in Structural Reform
Implementation” blogs worldbank.org 2030
20. Ramon Navaratnam “ Malaysian Economic Challenges – A Critical Analysis of the
Malaysian Economy, Government and Society” Asean Economic Press 2003
21. World Bank - Reports on Malaysia. Article by Dr Hsu Nov 2009
22. World Bank Report on Malaysia MEM April 2010 “ Growth Through Innovation”
23. World Bank Institute – Country Data Report for Malaysia 1996-2009

25

You might also like