You are on page 1of 9

KP.1573/17/Jld.

14 ( 4 )

16 Oktober 2002

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Sekolah)


Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Pendidikan Teknikal)
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Pendidikan Khas)
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Jabatan Pendidikan Islam & Moral)
Semua Pengarah Pendidikan Negeri

SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL. 5 TAHUN 2002


PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA UNTUK SEKOLAH

1. TUJUAN

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara


pemberian Bantuan Per Kapita mata pelajaran dan bukan mata pelajaran
kepada sekolah.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Bantuan Per Kapita (Per Capita Grant-PCG) merupakan satu bantuan
kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid sekolah sama ada
sekolah yang bertaraf Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Ia
meliputi PCG mata pelajaran dan PCG bukan mata pelajaran. Selaras
dengan perkembangan dan keperluan semasa dalam sektor pendidikan
masa kini, beberapa perubahan ke atas PCG perlu dilakukan bagi
memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah
berjalan lancar. Di antara perubahan yang dicadangkan adalah
menaikkan kadar PCG, menyusun semula kumpulan PCG mata pelajaran
dan bukan mata pelajaran serta memudahkan tatacara tuntutan oleh
pihak sekolah. Penyusunan semula kumpulan PCG juga akan memberi lebih
fleksibiliti dan akauntabiliti kepada Pengetua/Gurubesar dalam
menguruskan kewangan sekolah.

2.2 Berdasarkan cadangan baru, kumpulan PCG mata pelajaran telah


dikurangkan kepada empat (4) iaitu Teras, Wajib, Tambahan/Bahasa Asing
dan Elektif. Manakala PCG Bukan Mata Pelajaran dikurangkan menjadi
tiga (3) iaitu Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, serta Lain-
Lain Perbelanjaan Berulang Tahun/Lain-Lain Perbelanjaan Khas (LPBT/LPK)

1
Sekolah. Di samping itu, surat pekeliling ini juga mengambilkira LPBT/LPK
Asrama dan PCG bagi Aktiviti Pra Sekolah.

3. KUMPULAN PCG DAN MAKSUD PERBELANJAAN

3.1 Kumpulan baru PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran bagi
semua jenis sekolah ( sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah
berasrama penuh, sekolah sukan, sekolah teknik/vokasional, sekolah
pendidikan khas dan program pendidikan khas integrasi ) di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti di Lampiran A.
Lampiran B pula menggariskan maksud perbelanjaan bagi setiap
kumpulan PCG mata pelajaran dan bukan mata pelajaran. Bagi setiap
mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan, ia perlu diletakkan di bawah kumpulan-kumpulan PCG yang
bersesuaian.

3.2 Bagi tingkatan enam, untuk memudahkan tuntutan dan perekodan


oleh pihak sekolah maka mata pelajaran yang ditawarkan
dikategorikan secara pentadbiran sebagaimana kumpulan mata
pelajaran tingkatan empat dan lima.

4. KADAR PCG MATA PELAJARAN DAN BUKAN MATA PELAJARAN

Bagi memudahkan tuntutan dibuat oleh sekolah, kategori enrolmen murid


dikurangkan daripada lima (5) kepada empat (4) kategori sahaja iaitu kategori
enrolmen murid 100 dan ke bawah, 101 hingga 500 murid, 501 hingga 1,000
murid dan enrolmen murid 1,001 dan ke atas. Kadar PCG seterusnya
ditetapkan pada satu kadar mengikut kategori enrolmen murid dan
disenaraikan seperti di Lampiran C mengikut jadual-jadual berikut:-

(a) Pra Sekolah - Jadual 1


(b) Sekolah Rendah Harian/Sekolah Rendah Sukan - Jadual 2
(c) Sekolah Menengah Harian/Sekolah Berasrama Penuh/
Sekolah Menengah Sukan - Jadual 3

(d) Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional - Jadual 4


(e) Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas
Integrasi (Rendah) - Masalah Penglihatan - Jadual 5(i)

(f) Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas


Integrasi (Rendah) - Masalah Pendengaran - Jadual 5(ii)

(g) Program Pendidikan Khas Integrasi Rendah


(Masalah Pembelajaran) - Jadual 5 (iii)

(h) Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas


Integrasi (Menengah) - Masalah Pendengaran - Jadual 6(i)

2
(i) Sekolah Pendidikan Khas / Program Pendidikan Khas
Integrasi (Menengah) -Masalah Penglihatan - Jadual 6(ii)

(j) Program Pendidikan Khas Integrasi Menengah - Jadual 6 (iii)


(Masalah Pembelajaran)

5. PROSEDUR TUNTUTAN

5.1 Prosedur tuntutan PCG oleh sekolah terbahagi kepada dua (2) iaitu:-

(i) Sekolah Yang Menyelenggara Akaun Kumpulan Wang Kerajaan


(Semua jenis sekolah di Semenanjung Malaysia dan Sekolah
Teknik/Vokasional, Sekolah Berasrama Penuh serta Sekolah
Pendidikan Khas di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
Labuan)

Sekolah ini perlu mengemukakan tuntutan PCG kepada Pusat


Tanggungjawab (PTJ) masing-masing yang akan seterusnya
mengemukakan kepada Pejabat Pembayar bagi urusan
pembayaran dan mengkreditkan terus ke dalam Akaun Sekolah
berkenaan. Sekolah akan mencatitkan jumlah yang diterima dalam
Akaun Kumpulan Wang Kerajaan mengikut kumpulan PCG yang
ditetapkan iaitu Teras, Wajib, Tambahan/Bahasa Asing dan Elektif
(dipecahkan mengikut jenis elektif). Urusan perolehan dibuat
mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Buku Tatacara
Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah yang dikeluarkan
oleh Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) Sekolah Yang Tidak Menyelenggara Akaun Kumpulan Wang


Kerajaan
(Bagi sekolah rendah dan menengah di Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan)

Bagi sekolah yang bertaraf PTJ, tuntutan PCG akan disalurkan ke


sekolah melalui waran peruntukan kecil mengikut kadar berdasarkan
bilangan enrolmen murid yang ditetapkan. Sekolah akan
mencatitkan jumlah yang diterima dalam buku vot mengikut
kumpulan PCG yang ditetapkan iaitu Teras, Wajib,
Tambahan/Bahasa Asing dan Elektif (dipecahkan mengikut jenis
elektif). Bagi sekolah rendah yang tidak bertaraf PTJ, peruntukan
PCG akan disalurkan melalui waran peruntukan kecil ke PPB/PPD
mengikut kadar berdasarkan bilangan enrolmen murid yang telah
ditetapkan. Semua urusan perolehan dibuat oleh sekolah/PPB/PPD
hendaklah mengikut peraturan kewangan dan perolehan yang
sedang berkuatkuasa.

5.2 Peruntukan PCG yang diterima oleh sekolah hendaklah dibelanjakan


pada tahun semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG
yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan dibawa ke tahun
hadapan.

3
5.3 Asas Tuntutan

5.3.1 Tuntutan PCG ditetapkan sekali setahun.

5.3.2 Tuntutan PCG tahun berkenaan adalah berdasarkan bilangan


enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya.

5.3.3 Borang tuntutan PCG tahun berkenaan hendaklah dikemukakan


oleh sekolah kepada PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 30
November tahun sebelumnya.

5.3.4 Bagi mata pelajaran elektif di sekolah menengah, tuntutan adalah


berdasarkan bilangan murid yang mengambil setiap mata
pelajaran dalam setiap kumpulan elektif. Contoh perkiraan kadar
PCG yang layak dituntut bagi mata pelajaran elektif Sastera
Ikhtisas adalah seperti berikut:-

Mata Pelajaran Bilangan Kadar Jumlah


Murid (RM) (RM)
Ekonomi Asas 100 5.00 500.00
Perdagangan 50 5.00 250.00
Prinsip Akaun 150 5.00 750.00
Ekonomi 100 30.00 3,000.00
Rumahtangga
Jumlah 400 4,500.00

*Jumlah tuntutan bagi 400 murid adalah = RM4,500.00

5.3.5 Bagi sekolah/asrama baru yang dibuka selepas tarikh 1 Oktober,


tuntutan hendaklah dibuat berdasarkan bilangan enrolmen murid
pada tarikh sekolah tersebut beroperasi dan peratus tuntutan yang
dibenarkan adalah seperti berikut :-

Sekolah Peratus Tuntutan


Beroperasi

Januari - Mac 100%

April - Jun 70%

Julai - September 50%

Selepas September 25%

4
5.3.6 Ketua PTJ yang telah ditetapkan mengikut sekolah adalah seperti
berikut:-

i) Pengarah Bahagian Sekolah, Jabatan Sekolah bagi Sekolah


Berasrama Penuh ;

ii) Pengarah Bahagian Sukan, Jabatan Sekolah bagi Sekolah


Sukan ;

iii) Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan


Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal bagi Sekolah
Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional;

iv) Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan


Khas bagi Sekolah Pendidikan Khas ; dan

v) Pengarah Pendidikan Negeri bagi Pra Sekolah, Sekolah


Rendah, Sekolah Menengah, Asrama dan Program Pendidikan
Khas Intergrasi di sekolah Rendah dan Menengah Harian.

5.3.7 Tuntutan oleh sekolah hendaklah menggunakan borang tuntutan


PCG seperti di Lampiran D.

6. TUNTUTAN PENYELARASAN

6.1 Tuntutan penyelarasan bagi Aktiviti Pra Sekolah adalah tidak dibenarkan.

6.2 Tuntutan penyelarasan boleh dibuat sekali oleh sekolah yang mengalami
pertambahan murid sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid
berbanding bilangan murid pada tarikh asas tuntutan. Tuntutan
penyelarasan ini perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Julai tahun
semasa.

6.3 Tuntutan hendaklah menggunakan borang yang ditetapkan seperti di


Lampiran E.

7. PINDAHAN BANTUAN PCG

7.1 Sekolah yang menyelenggara Akaun Kumpulan Wang Kerajaan dibenarkan


membuat pindahan di antara kumpulan bantuan PCG mata pelajaran
sahaja. Lain-lain pindahan adalah tidak dibenarkan kecuali dengan
kelulusan daripada Ketua PTJ dengan mengisi borang pindahan seperti di
Lampiran F.

5
7.2 Sekolah yang tidak menyelenggara Kumpulan Wang Kerajaan hanya
dibenarkan membuat pindahan di antara kumpulan bantuan PCG mata
pelajaran dan bukan mata pelajaran dengan kelulusan daripada Ketua PTJ
dengan mengisi borang yang sama (seperti di para 7.1).

7.3 Sebelum pemindahan bantuan PCG dibuat, Pengetua/Gurubesar


hendaklah memastikan baki bantuan PCG selepas pemindahan mencukupi
untuk menampung keperluan sehingga akhir tahun. Bantuan PCG yang
telah dipindah keluar tidak dibenarkan pindah masuk semula atau
sebaliknya bagi satu tahun kewangan. Pengetua/Gurubesar dikehendaki
menyelenggara dan mengemaskinikan rekod buku tunai Akaun Kumpulan
Wang Kerajaan setiap masa. Pengetua/Gurubesar adalah
bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan supaya baki di setiap
ruangan mengikut bantuan di dalam Akaun Kumpulan Wang kerajaan
tidak defisit.

8. PERINGATAN

8.1 Pengetua/Gurubesar diingatkan supaya memaklumkan kepada Ketua


Bidang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun Peringkat
Sekolah mengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima supaya
perancangan perbelanjaan dapat dilakukan dan peruntukan yang
diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh murid sepenuhnya.

8.2 Bantuan PCG bagi murid di bawah program pendidikan khas intergrasi
hendaklah dibuat di ruang berasingan dalam Akaun Kumpulan Wang
Kerajaan dari murid biasa. Satu rekod subsidiari perlu dibuat bagi
mengawal peruntukan yang diberi kepada program tersebut mengikut
kumpulan mata pelajaran dan bukan mata pelajaran.

8.3 Bagi mata pelajaran elektif, satu lagi rekod subsidiari perlu disediakan bagi
setiap kumpulan mata pelajaran tersebut (contohnya, Sains Tulen,
Pengajian Islam, Sastera Ikhtisas dan Kemanusiaan).

8.4 Semua tuntutan PCG yang tidak dikemukakan dan tidak dibayar dalam
tahun kewangan berkenaan akan luput dan tidak boleh dituntut dalam
tahun berikutnya.

9. PEMBATALAN

9.1 Dengan ini dimaklumkan bahawa surat-surat pekeliling berikut adalah


dibatalkan:-

(i) Surat Pekeliling Kewangan Bil. 4 Tahun 1995 (Pemberian Bantuan


Kepada Pra Sekolah), dan

(ii) Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2000 (Pemberian Bantuan Per
Kapita Untuk Sekolah-Sekolah).

6
10. TARIKH KUATKUASA

10.1 Surat Pekeliling ini berkuatkuasa serta-merta.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“TINGKATKAN PRODUKTIVITI KURANGKAN KOS”

Saya yang menurut perintah,

(MAHANUM ABDULLAH)
Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

S.k.

Y. Bhg. KSU

Y. Bhg. KPPM

Y. Bhg. TKSU (K&P)

Akauntan Negara Malaysia


Jabatan Akauntan Negara

Akauntan Kanan Perbendaharaan


Negeri : _______________________

Ketua Nazir Sekolah

Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

SUB (Audit Sekolah)

SUB (Audit Dalam)

Ketua Akauntan 1

Ketua Akauntan 2

7
LAMPIRAN F
PERMOHONAN UNTUK AGIHAN SEMULA BANTUAN PERKAPITA (PCG) OLEH
SEKOLAH KEPADA PUSAT TANGGUNGJAWAB

Program/ Objek Sebagai/ Jumlah Jumlah


Aktiviti/ Aktiviti Kecil/ Dikurangkan Ditambah
Kod Sekolah Kod PCG (RM) (RM)

JUMLAH

CERAKINAN PERUNTUKAN PCG YANG HENDAK DITAMBAH


MENGIKUT OBJEK SEBAGAI/AKTIVITI KECIL/KOD PCG

BUTIR-BUTIR ANGGARAN SEMASA: (2003)

(a) Peruntukan Semasa RM

(b) Tambahan (Agihan Semula/Pindah Peruntukan) RM


(c) Peruntukan Dipinda (a+b) RM

(d) Perbelanjaan pada tarikh permohonan ini RM


(e) Tanggungan yang belum selesai RM

(f) Tanggungan yang diperlukan masa depan RM

(g) Jumlah dikehendaki sekarang untuk tahun ini (d+e+f) RM

Tarikh :…………………. ……………………………………………………


Tandatangan Pegawai
Yang Menyediakan

(UNTUK KEGUNAAN UNIT KEWANGAN PUSAT TANGGUNGJAWAB)

PINDAHAN DILULUSKAN/
TIDAK DILULUSKAN

……………………………..
Pegawai Yang Meluluskan
1. Sebab-sebab peruntukan tambahan dikehendaki dan asas-asas pengiraan jumlahnya.

2. Nyatakan keadaan yang membolehkan lebihan peruntukan dikemuka untuk


diagihkan.
Sila beri butir-butir seperti berikut:

(a) Peruntukan Asal RM

(b) Tambahan/Pengurangan RM

(c) Perbelanjaan sehingga tarikh permohonan ini RM

(d) Baki RM

(e) Tanggungan RM

(f) Sebab-sebab :

* Format ini tidak boleh dipinda.

You might also like