You are on page 1of 7

Penulisan Ayat Yang Berkesan

Karangan merupakan wacana, iaitu kesatuan buah fikiran atau pernyataan yang disusun
secara logis dan berkaitan antara satu dengan yang lain. Justeru, sesuatu binaan karangan
mestilah dibentuk melalui jalinan ayat yang berkesan. Ayat yang berkesan mestilah
mengandung ciri-ciri yang berikut.

1. Kesatuan gagasan

• Ayat yang dihasilkan harus dapat memperlihatkan tema atau mempunyai


fokus.
• Sebaik-baiknya satu gagasan sahaja.
• Gunakan ayat yang berpada panjangnya kerana ayat yang terlalu panjang
mempunyai kecenderungan berisi lebih daripada satu gagasan.
• Ayat yang lebih daripada satu gagasan akan kehilangan fokus dan ayat
menjadi lemah.

Untuk memahami maksud ayat yang berisi lebih daripada satu gagasan, lihat
contoh yang berikut.

“Oleh sebab itu, salah satu cara ialah memberi didikan agama yang sempurna
untuk pedoman anak-anak, diiringi pula oleh pengawasan yang teliti dan bijak
daripada kedua-dua ibu bapa yang sekaligus memahami kejiwaan anaknya.”

Terdapat tiga gagasan dalam ayat di atas iaitu,

i. Ibu bapa perlu memberi didikan agama yang sempurna


ii. Ibu bapa perlu memberi pengawasan yang rapi
iii. Ibu bapa perlu bijaksana dalam mengawasi anak-anak.

Ayat di atas juga tidak jelas apakah temanya.

Contoh ayat yang mengandung satu gagasan ialah,

“Oleh sebab itu, ibu bapa perlu memberi didikan agama yang sempurna untuk
pedoman anak-anak. Ibu bapa juga perlulah bijak dalam mengawasi anak-anak
kerana merekalah yang memahami jiwa anak-anak.”

• Selain daripada itu, ayat mesti sempurna subjek dan predikatnya. Sebagai
contoh,

“Menurut Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat


dapat dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.”

14
Ayat di atas tidak sempurna kerana frasa sendi tidak boleh menjadi subjek.
Sepatutnya ayat di atas diubah kepada
“Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kegiatan ajaran sesat dapat
dibendung jika masyarakat memberikan kerjasama.”

Atau:

“Menurut Kementerian Dalam Negeri, kegiatan ajaran sesat dapat dibendung


jika masyarakat memberikan kerjasama.”

Hal ini demikian, kerana Kementerian Dalam Negeri bukan lagi berfungsi sebagai
subjek tetapi kegiatan ajaran sesat merupakan subjek ayat. Menurut Kementerian
Dalam Negeri bertugas sebagai keterangan ayat sahaja.

2. Kepaduan

Kepaduan bererti hubungan timbal balik yang baik dan jelas antara unsur
pembentuk ayat iaitu kata dan frasa kerana jalinan antara kata dengan kata dan
frasa dengan frasalah ayat terbentuk. Perhatikan contoh di bawah.

i. Ali mengirimkan ayahnya sepucuk surat.


ii. Ali mengirim sepucuk surat kepada ayahnya.
iii. Ali mengirimi ayahnya sepucuk surat.

(Nota: imbuhan –kan mendukung maksud ‘kena’, manakala imbuhan i


mendukung maksud menerima)
Jadi, dalam ayat di atas, ayat (i) tidak tepat kerana yang dikirim oleh Ali bukan
surat tetapi ayahnya.

Kepaduan juga terbentuk melalui penggunaan Hukum DM dengan tepat. Contoh


kesilapan yang sering dilakukan oleh calon ialah,

i. ...mempunyai cukup modal


ii. ...memerlukan banyak pekerja
iii. ...kedua-dua cara mempunyai sama faedah

Ayat juga menjadi tidak padu jika meletakkan sesuatu kata yang tidak perlu
seperti meletakkan kata sendi sesudah kata kerja transitif. Contohnya,

i. ...mengetahui akan
ii. ...memahami tentang
iii. ...memperkatakan mengenai

15
3. Penegasan

Penegasan bertujuan untuk menonjolkan sesuatu gagasan yang hendak kita


sampaikan. Ada beberapa kaedah untuk menyerlahkan penegasan dalam ayat yang
berkesan iaitu:

a. Penyongsangan ayat

i. Amira menjadi tenang apabila diberitahu tentang hal yang


sebenarnya.
ii. Apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya, amira menjadi
tenang. (Penegasan)

b. Ayat aktif dan ayat pasif

i. Anda perlu memikirkan keputusan itu masak-masak.


ii. Keputusan itu perlu anda fikirkan masak-masak. (Penegasan)

c. Unsur pengulangan

i. Kestabilan mestilah dilihat secara luas dari segi politik, ekonomi,


dan sosial.
ii. Kestabilan mestilah dilihat secara luas dari segi kestabilan politik,
kestabilan ekonomi, dan kestabilan sosial. (Penegasan)

d. Pertentangan dua kenyataan

i. Kita tidak mengingini generasi yang memuja budaya hedonisme.


ii. Kita tidak mengingini generasi yang memuja budaya hedonisme
tetapi generasi yang berpegang kuat pada nilai akhlak.

(Ayat (i) didapati kekurangan upaya dan dampak jika dibanding ayat (ii)
yang ada penegasan).

e. Penggunaan partikel pementing predikat

i. Ibu bapa yang perlu mengawasi anak-anak.


ii. Ibu bapalah yang perlu mengawasi anak-anak.

(Ayat (i) tidak bertenaga dan tidak gramatis kerana ayat seolah-olah belum
selesai)

4. Ciri kepelbagaian dalam ayat yang berkesan

16
Bererti kelainan bentuk yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud.
Kepelbagaian bentuk bahasa boleh dizahir seperti yang berikut.

a. Sinonim
Perindustrian - perusahaan
Generasi - keturunan
Kontradiksi - percanggahan
Konfrontasi - pertentangan
Situasi - suasana
Konteks - keadaan
Formal - rasmi
Persepsi - pengamatan
Justifikasi - kewajaran
Koleksi - kumpulan
Canggih - sofistikated
Tuntas - lengkap
Penataran - peningkatan
Mangkus - efektif
Terampil - mahir
Kompeten - cekap
Mustaid - selesai

b. Penggunaan pola ayat inti, ayat tunggal dan ayat terbitan mengikut
kesesuaian konteks. Bandingkan,

i. Negara kita masih perlu mengimort beras walaupun penanaman


padi merupakan salah satu kegiatan pertanian yang utama di
negara ini. (Ayat majmuk)
ii. Penanaman padi merupakan salah satu kegiatan pertanian utama
di negara ini. Namun, negara kita masih perlu mengimport beras.
(2 ayat tunggal)

b. Kepelbagaian ayat aktif dan ayat pasif

i. Kita perlu membangkitkan kesedaran dalam kalangan siswazah


kita tentang pentingnya penglibatan mereka dalam sektor
perindustrian. Kesedaran itu dapat kita bangkitkan dengan
memberi mereka maklumat tentang peluang pekerjaan dan faedah
yang dapat diperoleh daripada sektor tersebut.

5. Pentingnya kesejajaran dalam ayat yang berkesan

17
Bererti bahawa sesuatu gagasan atau idea yang dinyatakan dalam bentuk Kata
Nama (Gaya Nominal) atau Kata Kerja (Gaya Verbal) hendaklah diikuti oleh
gagasan lain (yang sama fungsinya) dalam bentuk kata nama juga.

Gaya Nominal:

Perubahan tabiat dan sikap yang buruk, pengakuan akan kelemahan, kesediaan
menerima perubahan, dan keupayaan mengatasi cabaran semasa merupakan
prasyarat bagi kemajuan sesebuah negara.

Gaya Verbal:

Mengubah tabiat dan sikap yang buruk, mengakui akan kelemahan, bersedia
menerima perubahan, dan berupaya mengatasi cabaran semasa merupakan
prasyarat bagi kemajuan sesebuah negara.

Ayat Rancu:

Mengubah tabiat dan sikap yang buruk, mengakui akan kelemahan, bersedia
menerima perubahan, dan keupayaan mengatasi cabaran semasa merupakan
prasyarat bagi kemajuan sesebuah negara.

6. Penalaran Dan Logika Dalam ayat Yang Berkesan

Penalaran ialah keupayaan untuk menggunakan daya hujah yang baik. Manakala
logika bermaksud sistem berfikir, iaitu sesuatu gagasan disusun sehingga dapat
diterima oleh akal yang sihat.

Bagaimana menghasilkan ayat yang malar dan logis?

a. Takrif

i. Sinonim
Menggunakan kata yang sama maksud untuk menerangkan takrif
contohnya loghat untuk menggantikan dialek.

ii. Etimologi
Menghuraikan pengertian sesuatu perkataan. Contohnya,
a. Kata baku berasal daripada bahasa Jawa yang bermaksud
sesuatu yang menjadi dasar atau ukuran.
b. Adil ialah kata dalam bahasa Melayu yang diambil daripada
bahasa Arab (Adl) dengan erti meletakkan sesuatu pada
tempatnya.

iii. Formal/logik
Mengutarakan hujah yang logik. Contohnya,

18
a. Kapal terbang ialah sejenis pengangkutan udara yang dapat
mempercepat perjalanan.

b. Generalisasi

Bererti bahawa sesuatu sifat atau hal bagi sesuatu berlaku juga bagi
kebanyakan atau semua yang lain. Contohnya,

Orang Jepun ialah bangsa yang zalim kerana pada zaman pendudukannya
di Tanah Melayu dahulu banyak rakyat yang diseksa.
(Ayat di atas tidak logis)

19
Kaedah Menghasilkan Perenggan Yang Padu

i. Pengulangan kata dalam ayat


ii. Penanda wacana

a. Melanjutkan idea

Selain itu
Demikian juga
Di samping itu
Oleh itu
Maka
Setelah itu
Jadi
Sementara itu
Dengan demikian
Dengan perkataan lain
Demikian juga
Selanjutnya
Tambahan pula
Malahan

b. Pertentangan idea

Namun
Bagaimanapun
Meskipun demikian
Namun demikian
Walau bagaimanapun
Sebaliknya

20

You might also like