You are on page 1of 2

Definisi Rogol

Dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana
penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual.
Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk
seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan.
"Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi
undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".

Kesan
Sebagai satu bentuk serangan seksual, rogol boleh menjadi amat dashyat, dan banyak kes serangan
seksual berakhir dengan kematian mangsa. Rogol juga boleh mengakibatkankecederaan fizikal yang
serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual. Kesan paling biasa pada
mangsa rogol adalah kesan psikologi. Pada masa dahulu, mangsa rogol dan mangsa serangan
seksual yang masih hidup, biasanya, didapati terhidap Sindrom Renjutan Emosi Rogol (Rape Trauma
Syndrome (RTS)) yang dianggap sebagai sejenis penyakit psikologi pada zaman itu. Sekarang, RTS
dianggap sebagai sejenis balasan psikologi dan fisiologi yang biasa dialami oleh seorang mangsa
rogol, dan bukan sejenis penyakit psikologi lagi. Ia melibatkan perasaan dosa dan malu, ketegangan,
kemarahan, ketidakselesaan pada perut, dan kekadangnya kegundahan. Balasan-balasan yang
dialami rapatnya dengan apa jua renjutan emosi yang dialami oleh penghidap-penghidap yang bukan
mangsa rogol. Renjutan emosi psikologi telah disebut sebagai salah satu daripada alasan-alasan
mengapa rogol sentiasa tidak dilaporkan kepada pihak-pihak berkuasa.

Di negara Barat, rogol yang menggunakan kekerasan dianggap sebagai kes kecermasan. Pegawai
perubatan dan undang-undang profesional mengesa mangsa mendapatkan pertolongan untuk
melaporkan jenayah dan mendapatkan rawatan. Kecederaan fizikal seperti pendarahan
gynekologi (gynecologic hemorrhage) mungkin boleh berlaku. Tambahan lagi, pencegahan hamil yang
cemas dan rawatan pencegahan penyakit sebaran seksual mungkin juga diperlu. Pembantu-
pembantu perubatan kecemasan dan doktor-doktor terlatih dalam cara-cara menolong mangsa rogol.
Ada kemungkinannya bahawa bukti-bukti seumpama sampel DNA yang boleh membantu dalam
pendakwaan perogol, dapat dikutip.

Oleh kerana sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa biasanya akan
mengalami renjutan emosi psikologi yang serius. Ini memang benar di kalangan masyarakat-
masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin yang pantang. Umpamanya, seorang perempuan,
terutamanya seorang anak dara yang telah dirogol, dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang
"rosak". Mangsa-mangsa akan terpaksa menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun
mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin. Mangsa rogol juga mungkin berasa "kotor"
ataupun berasa bahawa dia yang bersalah.
Proses penghukuman perogol biasanya dihalangi oleh kesan-kesan psikologi yang lebih kurang sama.
Mangsa-mangsa kerapkalinya berasa malu apabila mereka ingin mewajahkan apa yang terjadi
(terutamanya, jika mangsa perempuan dikena melaporkan kejadian kepada pegawai lelaki).
Tambahan lagi, soalan-soalan sensitif dan pemeriksaan perubatan yang diperlu untuk pendakwaan
akan menyebabkan mangsa tidak selesa. Di masyarakat-masyarakat yang tidak mengakui kaum
perempuan sebagai penduduk-penduduk yang setanding dengan kaum lelaki, proses ini akan
memberatkan lagi kepayahan mangsa-mangsa wanita.

You might also like