You are on page 1of 1

Langkah-langkah memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan remaja dan kesannya

€€ € Perkembangan semasa dan pelbagai isu yang sering dipaparkan dalam media massa bel
akangan ini jelas telah banyak menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat
. Berita tentang golongan remaja bertindak liar di luar batas-batas kesopanan da
n kesusilaan cukup mengejutkan masyarakat. Kesibukan ibu bapa mencari rezeki keh
idupan dan memburu kebendaan saban hari menyebabkan mereka terlepas pandang akan
kepentingan kasih sayang dan kebajikan anak-anak. Kekurangan didikan moral dan
agama merupakan antara punca berlakunya kepincangan akhlak remaja pada hari ini.
€€ € Oleh itu, penerapan salah satu nilai murni kehidupan yakni nilai budi bahasa dian
ggap amat penting dalam usaha melahirkan modal insan yang sempurna akhlaknya dan
mempunyai kekuatan jati diri. Amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi. Ibu ba
pa dan guru-guru berganding bahu membentuk peribadi anak-anak remaja yang boleh
diibaratkan seperti sehelai kain putih. Golongan ini mudah menerima dan seterusn
ya mengamalkan nilai-nilai budi bahasa yang terpuji. Generasi remaja perlu digal
akkan komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan. Amalan
berkomunikasi secara berhemah ini berjaya menghasilkan penghayatan maksud secar
a berkesan dan berterusan. Malahan, budi bahasa dalam institusi pembelajaran dan
institusi perkhidmatan juga perlu dititikberatkan.
€€ € Penerapan budi bahasa dalam pelbagai institusi ini sangat penting dalam semua sit
uasi. Dalam kehidupan masyarakat majmuk, golongan remaja perlu sentiasa mengguna
kan tutur kata yang sopan dan pekerti yang mulia. Mereka akan dilihat sebagai go
longan yang berhemah dan menjafi idola kepada golongan yang lain. Remaja juga ha
ruslah sentiasa mengutamakan nilai-nilai bekerjasama. Aktiviti yang dianjurkan o
leh kerajaan seperti Program Latihan Khidmat Negara mampu memantapkan nilai beke
rjasama sesama remaja. Sebagai warga ilmu, mereka perlu berdisiplin dan mentaati
peraturan sekolah.
€€ € Disiplin yang tinggi sebenarnya menjadi wadah untuk melahirkan pelajar yang cemer
lang akedemiknya. Remaja pelajar perlu menghargai perbezaan agama dan idea rakan
sebaya. Penerapan amalan ini akan menjamin hubungan yang baik sesama rakan seba
ya yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai generasi pelapis, remaja perlu d
idedshkan nilai-nilai kepimpinan yang baik kerana diharap menjadi pemimpin yang
cemerlang pada masa akan datang. Tuntasnya, pemupukan nilai berbudi bahasa menja
di tanggungjawab semua warganegara yang cinta akan pengekalan budaya positif. Am
alan saling menghormati tanpa mengira bangsa dan agam diharap menjafi benteng pe
nghayatan nilai-nilai murni ini untuk mencapai wawasan 2020.

You might also like