P. 1
PERANAN BAHASA MELAYU 2011

PERANAN BAHASA MELAYU 2011

|Views: 1,269|Likes:

More info:

Published by: Abdul Halim Mohamed Zelan on Feb 02, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/05/2013

pdf

text

original

PERANAN BAHASA MELAYU

1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum. Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina sebuah negara.

2) Lambang jati diri Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020. 3) Bahasa perpaduan Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai

Menurut penyata itu. dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks hubungan antara kaum.penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan. 5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan negara. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang “dipinjam” semata-mata untuk menunjukkkan status penutur. . bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. 4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Oleh hal demikian. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Oleh sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa. bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.

Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa itu dengan terancang. 7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa” menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju. Bahasa Jiwa Bangsa. dan berbudi bahasa. untuk mengetengahkan bahsa Melayu. Contonya. beradab. 2006. lalu disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan. berkuasa dan berketerampilan. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik. Maka. Namun begitu. pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa. dan ali masyarakat. bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan. pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta. golongan professional. POSTED BY ABDULLAH IBNI ABU BAKAR AT 6:48 PM . pelajar sekolah. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain terkenal dengan ciri-ciri ketimuran. 8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Cintailah Bahasa Kita ! Sumber : Kerja Kursus Sosiolinguistik. seperti lemah lembut. jika ali politik dan ahli profesional mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu. Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain. meliputi pelbgai bidang. lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam era globalisasi. Awang Sariyan.6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasa ini menjadi pengukur kesantunannya. ahli korporat. Bahasa yang dapat membina neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti. Oleh sebab itu. bahsa itu akan dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya. Dr.

Daripada banyak faktor. Bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia. Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu.Di akhirnya pula saya akan menuliskan beberapa ancaman ke atas Bahasa Melayu dalam kedudukannya untuk bertahan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan. Secara konseptual Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia bolehlah didefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini.Yang kurik kundi Yang merah saga Yang cantik budi Yang indah bahasa Indahnya Bahasa Melayu. Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan? Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. begitu halus sehingga menusuk kalbu. Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen . Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik. bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu banyak bahasa. Maka dalam tulisan ini saya ingin membuktikan kepada pembaca mengapa dan bagaimana Bahasa Melayu mampu menjadi teras atau tunjang kepada perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu tentunya Bahasa Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat bahasa ini sebagai Teras Perpaduan Bangsa .

Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan mengajar mereka. Ini membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam Perkara 152. para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka. Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan. Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah. Bagaimanakah Bahasa Melayu Boleh Berfungsi Secara Berterusan sebagai Bahasa perpaduan? Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. . namun bahasa rasmi dan tidak rasmi. Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan.perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa. Bahasa melayu bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan.

Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang pengetahuan seperti sains dan teknologi. Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinossours yang akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan semasa dan persekitaran. Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa. Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama untuk semua. Dunia semakin berkembang. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuh . Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah. maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi. Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid. masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan. buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.kepada kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing. Selain itu. Dinamika bahasa ini amat diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang berlaku kepada bahasa Sanskreta. pendidikan. undang-undang. Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain. Bahasa Melayu yang standard wajar digunakan. terpencil dan statik tidak akan mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa. Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri tertentu. perbankan. komputer dan internet. tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu. dalam buku teks.

Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan. mms. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduan melonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini seperti sistem pesanan ringkas. kini menjadi sebuah kampung besar tanpa sempadan. Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih pantas dan ringkas. Sejak itu banyak kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum. Ini membuktikan bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja. Surat yang dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel . Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta. Sebabnya Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing akan menerima nasib malang. Ancaman Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat. Persekitaran lokal tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju global.Buktinya yang jelas ialah dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987 membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum.apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak berhubung. mel elektronik dan chating. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.

Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera sebagai roh bangsa dan negara yangmerdeka tidak seharusnya dikorbankan atas nama pembangunan dan kemajuan. mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “BAHASA WAHANA PERPADUAN NEGARA”.com/bahasa-kebangsaan-sebagai-bahasa-perpaduan. Akhirnya marilah kita menyahut cabaran 1Malaysia cetusan idea YAB DS Mohd Najib Tun Abdul Razak. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. bahasa ilmu dan bahasaranah-ranah lain di negara berdaulat ini hendaklah dilihat sebagai amanah besar yang perlu dilaksanakanoleh semua warganegara. yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi sebuah negara.find-docs. bahasa rasmi. iaitu Bahasa Melayu yang telah terbukti mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia Sumber : http://gurubashid. Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan. iaitu Malaysia tetapi juga berkongsi satu bahasa.com/ Dicatat oleh Cikgu Taufiq di 09:56 Label: RENCANA PILIHAN Penutup Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Yang paling utama ialah ketekalan sikap dan pendirian para pemimpin negaraagar peranan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang pembinaan negara bangsa terus ditingkatkan dandiperkukuh. Cuma terpulanglah kepada Kementerian pelajaran dan DBP untuk menyelaraskan semua ini.html Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Minat anak muda daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini menjadikan bahasa Melayu akan terus berkembang sebagai alat perpaduan utama. menelefon telah digantikan dengan SMS dan MMS. Bahasa kebangsaan.elketronik. . http://www. kerana kemajuan yang hakiki turut meliputi keupayaan kita maju dalam bahasa dan landasan budaya kita sendiri. Bagi saya ini satu perkembangan yang menakjubkan sekali gus menunjukkan bahasa Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan semasa.

Sheikh Daud al-Fatani. Kitab-kitab karangan mereka ini. Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 24-25: Maksudnya: “Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan. Malah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan. Agama Islam menyarankan umatnya berbahasa dengan bahasa yang terbaik kerana ia mencerminkan tahap keimanan dan ketakwaan seseorang. yang akar tunjangnya tetap teguh. Di antara tanda kebesaran Allah SWT ialah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsa dan bahasa. Setiap bangsa dikurniakan bahasa sebagai alat untuk berurusan di antara satu sama lain demi mencapai kesejahteraan hidup. sama ada untuk kebaikan atau kejahatan dan berperanan utama dalam pembinaan tamadun sesuatu bangsa. bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama di institusi pendidikan maka tugas untuk memperkasakannya hendaklah sama-sama kita dukung dengan mengambil langkah seperti . Kerana itulah masyarakat Melayu menganggap bahawa bahasa itu merupakan jiwa kepada sesuatu bangsa dan telah di ungkapkan dalam pepatah masyarakat Melayu seperti. Abdullah Munsyi dan lain-lain lagi yang telah mengarang dan menyebarkan pemikiran agama dengan menggunakan bahasa Melayu. Dakwah Islamiah ke rantau alam Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai alat pengantara penyebaran ajaran Islam. Setelah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu disempurnakan melalui penggubalan undang-undang. “Bahasa menunjukkan bangsa. supaya mereka beringat. Abdul Rauf Singkel. Kita amat menghargai perjuangan tokoh-tokoh ilmuwan dan agamawan Melayu tersohor seperti Hamzah Fansuri. Walaupun sumber ajaran agama Islam dalam bahasa Arab namun. Dalam Akta Pendidikan pula menyatakan bahasa Melayu ialah bahasa pengantar utama di institusi pendidikan. proses penyebaran ajaran Islam kepada masyarakat Melayu tidak menggunakan bahasa Arab. dan cabang pucuknya menjulang ke langit Ia mengeluarkan buahnya pada setiap masa dengan izin Tuhannya. Hal ini jelas membuktikan betapa tahap dan kualiti pemikiran yang telah berjaya dicapai telah menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana penyebarannya. bahasa Melayu berfungsi sebagai tonggak dalam proses pembudayaan semula masyarakat. Dan Allah membuat perbandingan itu untuk manusia. Bahasa jiwa bangsa”. Bahasa mempunyai medan yang luas untuk digunakan. Peranan mereka dalam usaha mengungkapkan pemikiran dan ajaran Islam menggunakan wahana bahasa Melayu merupakan sumbangan teragung dalam pembentukan tamadun umat Melayu yang unik dan utuh hingga kini. iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik. Nuruddin al-Raniri.” Dalam sejarah perkembangan tamadun Melayu-Islam. Apabila undang-undang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tun Sri Lanang. Arshad a-Banjari. Abdul Samad al-Falambani. Syamsuddin al-Sumaterani. Muslimin Yang di Rahmati Allah. Dalam perkara 152 mencatatkan bahawa Perlembagaan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita.Muslimin Yang di Rahmati Allah. kini telah menjadi sumber khazanah pemikiran umat MelayuIslam. Raja Ali Haji.

Semua papan tanda. Kita merasa bangga kerana bahasa Melayu telah dituturkan oleh lebih daripada 250 juta manusia dan telah menjadi salah satu bahasa yang ditawarkan untuk dipelajari di 118 institusi pengajian tinggi di dunia. kadar kemampuan tersebut meliputi juga tahap dan keupayaan berbahasa. bahasa ilmu dan bahasa budaya tinggi. Tujuan utama dasar ‘Memartabatkan Bahasa Melayu’ adalah untuk masyarakat menguasai bahasa Melayu pada tahap yang baik sehinggakan mereka ini boleh menggunakan bahasa tersebut untuk segala maksud bersesuaian dengan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan. Rasulullah SAW menganjurkan kepada para ilmuwan dan agamawan agar dalam usaha menyampaikan ajaran agama Islam kepada masyarakat. maka dia akan terselamat dari tipu daya mereka'. alat ekonomi dan alat pendidikan serta budaya. alat perpaduan. dan beliau berbicara dengan . Kita hendaklah menjauhkan dari menggunakan bahasa rojak atau sekerat bahasa Melayu dan sekerat bahasa Inggeris. maka pengungkapannya hendaklah setimpal dengan kadar kemampuan berfikir masyarakat setempat. majlis-majlis rasmi dan mesyuarat hendaklah diadakan dalam bahasa Melayu. baginda memerintah Saidina Zaid bin Thabit supaya mempelajari dua bahasa iaitu bahasa Sirianiah dan Ibriah( bahasa kitab Injil dan Taurat ). Demikianlah juga kata-kata hukama’: 'Barangsiapa menguasai bahasa sesuatu kaum itu. Sabda Rasulullah SAW : Maksudnya: “Dan telah memerintahkan Nabi SAW Zaid bin Thabit supaya mempelajari bahasa Suryani. Diriwayatkan juga bahawa Abdullah Ibn Zubair mempunyai 100 orang khadam yang berlainan bahasa. Mereka yang mahir berbahasa Melayu inilah yang akan memartabatkan bahasa Melayu dan memacu pembinaan sebuah negara bangsa yang bercitrakan ‘ 1Malaysia ’. “Wahai Zaid.” Zaid berkata. Walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi agama Islam menggalakkan umatnya menguasai bahasa asing. kerana sesungguhnya aku tidak mempercayai Yahudi itu untuk menulis suratku. Saidina Zaid bin Thabit mempelajari kedua-dua bahasa tersebut dalam masa 12 hari sahaja.berikut: Pertama: Setiap warganegara Malaysia hendaklah menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan betul bersesuaian dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan. Dalam membina tamadun ummah bahasa berperanan besar antaranya sebagai alat penyebaran agama dan dakwah. bahasa rasmi. Kedua: Bahasa Melayu hendaklah digunakan secara meluas di semua peringkat seperti urusan surat-menyurat. Sejarah membuktikan bahawa bahasa berperanan dalam penyebaran dan pengukuhan agama. Tentulah. setelah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Keupayaan menguasai banyak bahasa menentukan umat Islam dapat mengelak dari tertipu dan terpedaya dengan umat-umat lain. Dalam kitab Sahih Bukhari ada menyebut. “Lalu aku mempelajarinya”. Muslimin Yang di Rahmati Allah. bahasa perhubungan utama warga Malaysia dan bahasa ilmu. pelajarilah tulisan Yahudi untukku. iklan dan nama-nama kawasan perumahan juga hendaklah menggunakan bahasa Melayu. Baginda ada bersabda kepada Zaid bin Thabit RA.” (Riwayat Iman Ahmad) Persoalannya kenapa Rasulullah SAW memerintahkan sedemikian? Ini kerana Rasulullah SAW mahu melihat dari kalangan umat Islam cendekiawan-cendekiawan yang dapat menguasai bidang-bidang ilmu lain yang menjadi nadi kekuatan umat.

semuanya itu datang dari sisi Tuhan kami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang yang berfikiran. Manakala maksud ‘bahasa’ pula ialah satu sistem lambang-lambang yang arbitrari. dan lebih-lebih lagi. Mengakhiri khutbah ini marilah kita menginsafi bahawa perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab bersama. Muslimin Yang di Rahmati Allah. Daripada maksud tersebut dapat dirumuskan bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang ada makna dan difahami oleh semua anggota dalam masyarakatnya. bahasa ekonomi dan bahasa budaya kita. ia akan menghasilkan sebuah negara yang makmur.aspx? k=bahasa+kebangsaan+wahana+perpaduan&d=10 http://www. sejahtera serta disegani kawan dan lawan. mempunyai makna dan difahami maknanya. istilah ‘fungsi’ bolehlah didefinisikan sebagai tugas atau peranan.php?id=216&mnu=216 http://prpm. Penggunaan bahasa yang hebat ini bukan sahaja membuatkan manusia mudah menerima Islam. Al-Quran telah menggunakan bahasa sebagai wasilah dakwah. Justeru mimbar menyeru kepada semua pihak agar menyumbang tenaga dan fikiran untuk terus mengangkat martabat bahasa melayu ini agar ia menjadi bahasa agama. Merujuk negara Malaysia.com/index. Penduduk Madinah pula tidak sehebat penduduk Mekah dalam berbahasa maka ayat al-Quran Madaniyyah menggunakan ayat yang panjangpanjang untuk menerangkan sesuatu serta menggunakan bahasa jelas pada maksudnya.my/Search. tetapi turut merangsang perkembangan pemikiran sehingga menjadi pemangkin kemajuan umat Islam.dbp.gov. Allah SWT menerapkan penggunaan bahasa yang agung dalam menyentuh hati manusia. .my/lamandbp/main. bahasa ilmu. Mereka yang mempelajari pendidikan al-Quran dan as-Sunnah tentang ayat Makkiyyah dan Madaniyyah tentunya memahami hakikat ini.mereka dalam bahasa setiap seorang dari mereka.dbp. mereka yang berstatus warganegara Malaysia. dan digunakan oleh sekelompok masyarakat dalam komunikasi mereka.” http://islam. Ayat al-Quran Makkiyyah menggunakan ayat-ayat pendek dan bersastera kerana penduduk Mekah kebanyakannya mahir berbahasa dan mampu menangkap maksud ayat yang diturunkan. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah dalam surah Ali.php Menurut Kamus Dewan (2006). penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang dapat difahami oleh setiap orang. Dengan menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan tidak menghalang bahasa ibunda setiap kaum dituturkan serta tidak pula menyekat penggunaan bahasa lain.gov.Imran ayat 7: Maksudnya: “Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama berkata: Kami beriman kepadanya.dunyahalal.

AJang-alang ba hasa dijulang. bukan hanya dari segi politik. amalan. perindustrian.blogspot. Rasa kemesraan. dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama. Apabila penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan. agama.com/2010/03/fungsi-bahasa-melayu-dalam-komunikasi. Dengan itu. Biar sampai ke pangkal lengan. Justeru. sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. mari kita terus perjuangan yang telah lama digerakkan oleh pemimpin terdahulu demi mengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca. di situ langit dijunjung. Hal ini kerana. rasa hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang membina perpaduan antara kaum. rasa kepercayaan. atau satu bahasa untuk satu negara.Wacana saya yang ketiga. “di mana bumi dipijak. fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia. agama dan bahasa. Biar kekal sepanjang zaman.” http://retibasa. Ia memainkan peranan mengurangkan jurang perkauman. masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan.html Alang-alang menyeluk pekasam. bahasa yang menyatupadukan rakyat peJbagai kaum dalam semua bidang. bak kata perpatah. mengeratkan hubungan setiap lapisan masyarakat dalam segala bidang. pendidikan malahan juga dalam komunikasi awam. ayuh. dasar-dasar yang dilaksanakan dan pelbagai aktiviti kempen. kesukanan. hormat dan rasa selamat. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat. ringan sama dijinjing. ekonomi.” atau “berat sama dipikul. Tugas bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan akan dapat diperkasakan melalui perlembagaan negara. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. kepercayaan. perubatan. maka akan wujud kemesraan. Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang penyatuan atau perpaduan. budaya. sistem pendidikan. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->