You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BALIK PULAU,

11010 BALIK PULAU, PULAU PINANG.


-

KERTAS KERJA
KEM KEPEMIMPINAN PENGAWAS
INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
SK. ST GEORGE,11000 (IKS):-
BALIK PULAU
SATU TINJAUAN
PULAUTERHADAP
PINANG. KEKANGAN
DAN HALANGAN YANG DIHADAPI
2010

NAMA KUMPULAN : ANJAKAN PARADIGMA

KELAS : 6 ATAS ZAMRUD 1

NAMA MENTOR : PN. ASMA BINTI RAHIM

AHLI : 1. SITI SALWA BINTI SIRIN


2. NAZILAH BINTI ISMAIL
3. NURSYAFIQAH BINTI ABDUL
MUTALIB
4. SYAZWANI BINTI AZMI

TAHUN : 2010

PENDAHULUAN

Industri kecil dan sederhana (IKS) dapat didefinisikan sebagai firma yang mempunyai

antara 51 hingga 150 orang pekerja sepenuh masa dan jumlah jualan tahunan antara RM10

juta hingga RM25 juta serta modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta. Gabungan IKS

melibatkan proses pembuatan pemprosesan dan penghasilan bahan-bahan mentah kepada

barangan siap. Pengeluaran IKS melibatkan penggunaan teknologi yang sederhana dan

tenaga pekerja separuh mahir.

Selain itu, penubuhan IKS adalah mudah dan ringkas kerana diasaskan oleh individu

atau dalam kalangan ahli keluarga itu sendiri. IKS juga tidak menjalankan pengkhususan dan

kurang proses birokratik, berskala kecil dan sebagainya, malahan IKS juga boleh ditempatkan

di mana-mana sahaja mengikut kemudahan dan kesesuaian untuk mendapatkan bahan

mentah, pekerja atau sewa tapak yang murah. Biasanya pengguna IKS menggunakan modal

simpanan sendiri atau pinjaman daripada ahli keluarga terdekat. IKS juga berintensifkan

buruh. Kebanyakan tenaga kerja IKS terdiri daripada penduduk tempatan atau dalam

kalangan ahli keluarga.

Sepanjang kajian dijalankan, kami mendapati bahawa kebanyakan kegiatan IKS di

kawasan Balik Pulau melakukan industri berasaskan sumber, industri pemprosesan makanan

dan industri pembuatan lain. Industri berasaskan sumber dapat dilihat melalui kegiatan IKS di

kampung Pulau Betong dalam penghasilan keropok lekor, manakala pemprosesan makanan
dapat dilihat melalui kegiatan IKS di kawasan kampung Jalan Baharu iaitu pemprosesan kuih

bahulu. Industri pembuatan lain pula dapat dilihat melalui kegiatan IKS di kampung Sungai

Burung iaitu mencanting batik dan penghasilan kraf tangan bersumberkan pokok pisang di

Kampung Perlis. Secara keseluruhannya, tempoh masa yang diambil sepanjang menjalankan

kajian ini adalah selama 1 bulan.


PENGENALAN

Kami daripada Kumpulan Anjakan Paradigma yang terdiri daripada 4 orang ahli

bersama-sama seorang guru pembimbing telah melaksanakan Kajian Penyelidikan

Prauniversiti 2010. Kami telah memilih nama kumpulan iaitu ‘Anjakan Paradigma’ yang

bermaksud perubahan ke arah yang lebih baik. Oleh itu, kami berharap agar kumpulan kami

dapat melakukan sebarang perubahan yang membawa ke arah kebaikan sejajar dengan nama

kumpulan yang telah dipilih. Hasil daripada perbincangan dalam kumpulan, kami telah

menimbulkan kata sepakat iaitu untuk menjalankan kajian mengenai Masalah-masalah yang

dihadapi oleh IKS di kawasan Balik Pulau.

Balik Pulau menjadi sasaran kami kerana terdapat pelbagai buah kampung yang ada

di pekan ini, malah kami juga berasal dari Balik Pulau. Kami telah memilih 4 buah kampung

di pekan Balik Pulau ini untuk menjalankan kajian penyelidikan sepertimana yang

dikehendaki. Antara kampung yang telah menjadi sasaran kami ialah, kampung Jalan Baharu,

Sungai Burung, Kampung Perlis dan Pulau Betong.Kami telah memilih kampung-kampung

ini bagi menjalankan kajian kerana terdapat IKS yang begitu aktif telah dijalankan di

kawasan tersebut.

Di kampung Jalan Baharu, kami telah memilih untuk menjalankan kajian di kilang

kecil pembuatan kuih tradisional masyarakat Melayu iaitu bahulu. Di kampung Sungai

Burung pula, kami menjalankan kajian di tempat penghasilan batik dan seterusnya di

Kampung Perlis iaitu tempat penghasilan kraftangan bersumberkan pokok pisang atau

dikenali sebagai ‘GOING BANANAS’. Akhir sekali, kami menjalankan kajian di kampung

Pulau Betong iaitu di bengkel pemprosesan keropok lekor.


PENYATAAN MASALAH

Kami telah memilih tajuk Masalah-masalah yang dihadapi oleh Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) di kawasan Balik Pulau bagi memenuhi Kajian Penyelidikan Prauniversiti

bagi tahun 2010. Kami talah memilih lokasi projek di kawasan Balik Pulau kerana kami ingin

menjalankan kajian di tempat kelahiran kami sendiri. Kami telah mengedarkan borang soal

selidik serta menemubual pengusaha dan para pekerja di setiap kawasan kajian.

Balik Pulau merupakan kawasan yang kaya dengan sumber bahan mentah. Sebagai

contoh, Kampung Perlis kaya dengan tanaman pokok pisang. Oleh itu, terdapat perusahaan

batang pisang yang dijalankan di situ dimana batang pisang digunakan untuk menghasilkan

produk-produk kraf tangan. Di kampung Sungai Burung pula, terdapat tempat pemprosesan

batik yang dijalankan. Mereka menghasilkan pelbagai jenis batik yang tinggi kualitinya.

Selain itu, Balik Pulau juga kaya dengan hasil lautan. Sebagai conto, Kampung Pulau

Betong kaya dengan hasil lautan seperti ikan. Oleh yang demikian, terdapat tempat

pemprosesan hasil lautan seperti ikan telah dijalankan di kawasan itu. Hasil lautan seperti ikan

diproses untuk dijadikan keropok lekor. Melalui penilaian yang dijalankan, kami mendapati

bahawa sebilangan kecil penduduk Kampung Pulau Betong yang menjalankan aktiviti ini

terdiri daripada golongan ibu tunggal manakala tangkapan laut pula dilakukan oleh kaum

lelaki yang bekerja sebagai nelayan.

Kampung Jalan Baharu pula sangat terkenal dengan kuih masyarakat tradisional

masyarakat Melayu iaitu ‘Kuih Bahulu’. Hal ini kerana terdapat sebuah kilang kecil yang

memproses kuih bahulu di situ. Hasil kajian mendapati bahawa pekerja yang bekerja di kilang

kecil itu adalah penduduk di kawasan itu sendiri. Rata-rata pekerja disitu, terdiri daripada

kaum wanita yang juga merupakan suri rumah dan ibu tunggal. Kewujudan kilang kecil itu,
KEPENTINGAN KAJIAN

Kami Kumpulan Anjakan Paradigma yang terdiri daripada 4 orang ahli, telah

menjalankan kajian mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh Industri Kecil dan

Sederhana (IKS). Tujuan utama kami menjalankan kajian ini adalah untuk memenuhi Kajian

Penyelidikan Prauniversiti sesi 2010. Kami juga turut dibantu oleh mentor yang sangat

dedikasi iaitu Pn Asma Bt Rahim.

Selain untuk memenuhi Kajian Penyelidikan Prauniversiti sesi 2010, kami juga ingin

mengetahui perkembangan mengenai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang terdapat di

kawasan Balik Pulau dengan lebih terperinci. Memandangkan ahli-ahli kumpulan kami

berasal dari Balik Pulau, maka projek ini dapat dijalankan dengan sistematik. Tujuan utama

kami adalah untuk mengkaji punca-punca berlakunya masalah serta bebanan tanggungan yang

dihadapi oleh IKS.

Sesuatu perkara baru merupakan pelajaran. Hal ini bermaksud,penerokaan terhadap

sesuatu bidang baru merupakan pembelajaran. Kami merupakan pelajar pertama yang

didedahkan dengan aktiviti kokurikulum seperti ini. Oleh itu, kajian yang telah dijalankan ini

sedikit sebanyak turut memberi pendedahan baru kepada kami dan sebagai langkah awal

sebelum menjejakkan kaki ke menara gading, iaitu Universiti.

Selain itu, kajian yang dijalankan ini turut mengajar kami erti bekerjasama dimana

sikap tersebut perlu ada dalam setiap diri ahli. Setiap tugasan yang dapat di selesaikan

bersama-sama pasti akan menghasilkan kejayaan seperti slogan ‘Sepakat Membawa Berkat’.
OBJEKTIF KAJIAN

Kami Kumpulan Anjakan Paradigma yang terdiri daripada 4 orang ahli, telah

menjalankan kajian mengenai Masalah-masalah yang dihadapi oleh Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) di kawasan Balik Pulau. Objektif utama kajian ini di jalankan adalah untuk

memenuhi Kajian Penyelidikan Prauniversiti sesi 2010. Kajian Penyelidikan ini wajib

dipenuhi oleh setiap pelajar Prauniversiti di seluruh Malaysia bermula pada tahun ini.

Kumpulan kami dibimbing oleh Puan Asma binti Rahim selaku mentor bagi kumpulan

Anjakan Paradigma.

Selain untuk memenuhi Kajian Penyelidikan Prauniversiti 2010, kami juga ingin

mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang

terdapat di kawasan Balik Pulau. Kami juga ingin mengkaji punca-punca berlakunya masalah

serta bebanan yang ditanggung oleh IKS di kawasan Balik Pulau.

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, setiap masalah yang telah

dikenalpasti akan cuba diselesaikan seperti memberi cadangan untuk memajukan IKS dari

segi teknik pembuatan mahupun pemasaran. Tujuan utama kami berbuat demikian adalah

untuk membantu IKS di kawasan Balik Pulau agar terus berkembang maju serta

meningkatkan taraf ekonomi Negara kita iaitu Malaysia.


BATASAN KAJIAN

Kumpulan kami iaitu Anjakan Paradigma, telah menjalankan kajian di kawasan Balik

Pulau. Hal ini kerana tajuk utama kajian kami ialah Masalah-masalah yang di hadapi oleh

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di kawasan Balik Pulau. Balik Pulau merupakan sebuah

pekan kecil yang terdiri daripada beberapa buah kampung yang kaya dengan sumber alam

semulajadi dan bahan mentah. Antara kampung-kampung yang terdapat di pekan Balik Pulau

ialah kampung Paya Kongsi, Titi Teras, Jalan Baharu, Sungai Pinang, Sungai Rusa, Sungai

Burung, Pulau Betong, dan lain-lain lagi.

Kami telah memilih beberapa buah kampung di pekan Balik Pulau ini untuk

menjalankan kajian penyelidikan sepertimana yang di kehendaki. Kami telah memilih

kampung Jalan Bharu, Kampung Perlis, Sungai Burung dan Pulau Betong sebagai sasaran

utama kajian kami. Kami memilih 3 buah kampung ini kerana terdapat kegiatan IKS yang

begitu aktif dijalankan di kawasan tersebut. Selain itu, lokasi yang dinyatakan ini

sememangnya telah dikenali umum khususnya penduduk-penduduk di sekitar pekan Balik

Pulau.

Di kampung Jalan Baharu, kami telah memilih untuk menjalankan kajian di kilang

kecil pembuatan kuih tradisional masyarakat Melayu iaitu bahulu. Di kampung Sungai

Burung pula, kami menjalankan kajian di tempat penghasilan batik manakala di Kampung

Perlis pula, kami ke tempat penghasilan kraftangan bersumberkan pokok pisang atau dikenali

sebagai ‘ GOING BANANAS’. Akhir sekali, kami menjalankan kajian di kampung Pulau

Betong iaitu tempat pemprosesan keropok lekor.


KAEDAH KAJIAN

Kumpulan kami telah menjalankan beberapa jenis kaedah kajian. Antara kaedah

kajian yang telah kumpulan kami jalani ialah kaedah soal selidik, kaedah pemerhatian, kaedah

temubual, serta kaedah rujukan. Kaedah-kaedah ini sedikit sebanyak turut membantu kami

dalam menjalankan dan menyelesaikan projek.

Kaedah pertama yang kumpulan kami jalankan ialah kaedah soal selidik. Kaedah ini

dijalankan dengan cara mengedarkan borang berbentuk soalan kepada pihak pengusaha dan

juga para pekerja. Pihak pengusaha dan para pekerja dikehendaki menjawab soalan yang

tertera pada borang yang telah diedarkan.

Kaedah kedua kami ialah, kaedah pemerhatian. Kaedah ini amat penting dalam

sesuatu kajian kerana ini merupakan cara untuk menunjukkan bukti mengenai kajian yang

telah dijalankan. Sewaktu kaedah kajian dijalankan, kami turut merakam dan mengambil

gambar di setiap lokasi kajian sebagai bahan bukti.

Kaedah ketiga kami pula ialah kaedah temu bual. Kaedah ini dijalankan semasa

tinjauan atau kaedah pemerhatian dijalankan. Semasa pemerhatian dijalankan, kami juga turut

menemubual beberapa orang pekerja mengenai penghasilan produk dan sebagainya. Kaedah

ini dapat membantu kami mengetahui dengan lebih terperinci mengenai produk dan lain-lain.

Kaedah kami yang terakhir ialah kaedah rujukan. Kaedah ini dijalankan bertujuan

untuk memantapkan lagi maklumat projek. Kumpulan kami telah mendapatkan sumber

rujukan di perpustakaan awam seperti buku dan majalah mengenai tajuk kami iaitu IKS.

Selain itu, kami juga turut menggunakan perkhidmatan teknologi dunia tanpa sempadan iaitu

melayari internet.
DEFINISI OPERASIONAL

Menurut Pusat Maklumat Rakyat (PMR), Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan

berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji

kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia, terdapat pelbagai

peluang usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.

Sesiapa yang mahu menjalankan aktiviti IKS perlulah mendapatkan lesen premis dan

lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan. Kerajaan turut menawarkan pelbagai

bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-

agensi bertanggungjawab dan juga melalui institusi-institusi kewangan. Berikut adalah geran

dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS:

 Skim kewangan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

 Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC)

 Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

 Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)

 Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)

 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Kementerian Kemajuan Bandar

dan Wilayah (KPLB)


bab
TINJAUAN PERMASALAHAN

Hasil tinjauan yang kami lakukan di kilang penghasilan bahulu, kami mendapati

bahawa IKS ini mengalami beberapa masalah yang turut menyebabkan kemerosotan

perkembangan perniagaan. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai cara-cara yang berkesan

untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Masalah utama yang diahadapi oleh IKS ini ialah pemasaran produk yang di keluarkan

tidak begitu meluas.Hal ini berlaku kerana produk yang dihasilkan hanya dipasarkan di kedai

yang terletak di hadapan kilangnya sahaja.Oleh itu, hasil produk yang dikeluarkan agak terhad

dan hanya berpandukan permintaan pelanggan tetap sahaja.

Selain itu , lokasi kilang bahulu ini terletak di kawasan pedalaman dan keadaan ini

turut menyumbang kepada masalah.Sebilangan penduduk dari kampung atau kawasan lain

tidak mengetahui langsung mengenai kilang dan produk yang dihasilkan ini kerana kurangnya

info atau maklumat mengenai kewujudan IKS itu apatah lagi para pelancong yang malalui

kawasan tersebut.Kewujudan masalah-masalah ini telah menyebabkan gangguan dimana

pengeluaran atau penghasilan produk turut terjejas.

Beralih pula kepada IKS pembuatan batik di kampung Sungai Burung, kami dapati

bahawa industri ini juga turut mengalami beberapa jenis masalah. Masalah utama yang

dihadapi oleh IKS ini ialah, mereka kekurang kakitangan pekerja.Mereka tidak mampu untuk

mengambil lebihan pekerja kerana mengalami masalah dari segi pembayaran gaji. Selain itu

juga, bengkel penghasilan batik ini kurang daya tarikan pengunjung atau pelanggan kerana

teletak di kawasan pedalaman dan bangunannya agak kecil serta kurang menyerlah.
PERIHAL KAJIAN

Kumpulan kami telah menjalankan kajian penyelidikan ke beberapa buah kampung

seperti kampung Jalan Baharu, Sungai Burung, Kampung Perlis dan Pulau Betong. Kami

menjalankan kajian peyelidikan melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Pada

tarikh 30.1.2010, kumpulan kami telah menjalankan kajian ke 3 buah tempat. Lokasi awal

atau pertama kami ialah di kampung Jalan Baharu iaitu di sebuah kilang kecil yang

menghasilkan kuih tradisional masyarakat Melayu iaitu ‘Bahulu’. IKS bahulu ini telah bergiat

aktif hampir 8 tahun iaitu sejak tahun 2002.

IKS bahulu ini mempunyai bilangan pekerja yang agak sedikit iaitu 3 orang sahaja.

Para pekerja di IKS ini merupakan penduduk tetap di kampung tersebut. Mereka terdiri

daripada golongan wanita dan ada di antara mereka yang merupakan ibu tunggal. Mereka

akan datang ke tempat kerja pada jam 7.00 pagi dan pulang ke rumah pada jam 12.00 tengah

hari. IKS ni beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dan akan ditutup pada hari Sabtu dan

Ahad.

IKS ini tidak hanya mengeluarkan produk bahulu saja malahan produk lain juga.

Antara produk yang turut dihasilkan ialah kerepek pisang, kerepek ubi kayu dan kerepek

bawang. Produk-produk yang dihasilkan ini akan dipasarkan di kedai kecil yang terletak di

hadapan kilang tersebut. Orang yang akan memasarkan atau menjual produk-produk itu

adalah pekerja-pekerja itu sendiri. Para pelanggan yang datang untuk membeli produk

tersebut pula merupakan pelanggan tetap yang memiliki kedai dan gerai kecil sendiri. Mereka

mendapatkan produk yang dikeluarkan dari kilang tersebut dengan membuat tempahan

terlebih dahulu.

You might also like