You are on page 1of 10

SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

JXEA 1104
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
TOKOH FALSAFAH:
EPISTEMOLOGI IBNU TUFAIL
FAKULTI:
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

NAMA:
FAIZATUL SYAHEERA ABDUL AZIZ

NO MATRIK:
JEA 080180

NAMA PENSYARAH:
DR AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER:
SATU SESI 08/09
PENDAHULUAN

Kursus falsafah dan logika bertujuan melahirkan insan yang berilmu pengetahuan

falsafah, berilmu dan mempunyai ciri-ciri insan kamil disekelilingnya. Bidang falsafah

adalah satu bidang melatih manusia untuk berkeupayaan menganalisis dan menghayati

paradigma disebalik strategi penyelidikan falsafah dan logika serta meguasai idea-idea

dan falsafah dan logika.

Kajian ini adalah mengenai tokoh falsafah Islam terkemuka, Ibnu Tufail dari segi

epistemologi dalam bidang penulisan. Epistemologi bermaksud bidang yang mengkaji

tentang ilmu pengetahuan. Epistemologi membahas pelbagai hal tentang pengetahuan

seperti batas, sumber serta kebenaran suatu pengetahuan. Kajian terhadap tokoh falsafah

Islam ini adalah sangat penting kerana ahli falsafah terkemuka telah dianggap sebagai

kelompok yang semakin hilang dari pemikiran manusia.

Kajian Epistemologi Ibn Tufail ini menggunakan kaedah rujukan,perpustakaan

dan internet.

2
PENGENALAN IBN TUFAIL

Ibnu Tufail dilahirkan pada 1106 masihi di Asya,Grada. Gelaran beliau berasal

dari nama keluarganya iaitu Tufail. Nama sebenar Ibnu Tufail ialah Abu Bakr

Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi. Semasa

hayatnya, beliau telah menyumbangkan pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang selari

dengan peranan beliau sebagai pemikir yang banyak menghasilkan karya dalam bidang

falsafah, sastera, ilmu matematik, astronomi dan ilmu perubatan. Segala sumbangan

beliau amat bernilai dan dihargai sehingga kini walaupun beliau telah meninggal dunia

pada 1185 Masihi.

EPISTEMOLOGI IBNU TUFAIL

Ibnu Tufail dikenali sebagai ahli hukum, perubatan, dan ahli politik yang handal

dan ketika pemerintahan Al-Mu'min ibn Ali, beliau dilantik sebagai pembantu Gabenor

Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi selain pernah dilantik sebagai menteri dan ahli

politik yang dihormati oleh pihak pemerintah. Selain itu, ketinggian ilmu telah

membawa beliau membabitkan diri dalam bidang pendidikan,pengadilan dan

penulisan.Hasil tulisan beliau adalah bukti yang paling jelas untuk menerangkan tentang

falsafah beliau mengenai ilmu.

Walaupun Ibnu Tufail dikatakan telah menulis banyak buku tetapi hanya sebuah

sahaja kitab yang diwariskan kepada generasi umat Islam hari ini iaitu ’Hay Ibn Yaqzan’

yang memuatkan pandangannya secara umum, dengan gaya bahasa yang menarik dan

imaginasi yang indah. Buku ini dianggap warisan yang paling unik ditinggalkan oleh

3
seorang ahli falsafah kerana kandungannya yang menyentuh mengenai potensi manusia

untuk megenali Allah dengan menggunakan ketinggian ilmu. Ilmu yang dimaksudkan

adalah dengan keupayaan manusia membuat penelitian terhadap alam sekitar dan

sekelilingnya Judul karya ini memang sama dengan dengan karya yang

telah dibuat sebelumnya oleh Ibnu Sina tetapi falsafah yang

ditekankan oleh Ibnu Tufail amat berbeza. Dalam buku ini, Ibnu Tufail

menekankan kebijaksanaan timur yang dapat diidentifikasikan sebagai

tasawuf yang saat itu banyak ditolak oleh banyak ahli falsafah,

termasuk Ibnu Bajjah.Menerusi buku itu,beliau cuba merangka satu sistem falsafah

berdasarkan perkembangan pemikiran manusia yang dapat mengungkapkan persoalan

serta hubungan antara manusia,akal dan Tuhan. Untuk itu,beliau telah menggunakan

watak Hay Ibn Yaqzan yang hidup disebuah Pulau Khatulistiwa.

Ketinggian ilmu Ibnu Tufail dapat dilihat apabila beliau menggunakan Pulau

Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsur penting dalam kehidupan iaitu

panas, sejuk, kering dan basah dengan tanah. Watak itu hidup terpencil dan dapat

mempertahankan hidupnya dengan kepimpinan akal dan bantuan pancaindera.Contoh ini

amat tepat dengan ciri-ciri falsafah yang dipelajari kini iaitu falsafah dapat diterima atau

dicari menggunakan akal,hati dan deria atau pancaindera. Maka, langkah Ibnu Tufail

menggunakan analogi watak tersebut dalam penulisannya bukanlah sesuatu yang luar

biasa dalam penulisan berbentuk falsafah.

4
Watak Hay Ibn Yaqzan ini juga tidak pernah mengenali kedua-dua ibu

bapanya.Tetapi alam telah memberinya seekor kijang yang menyusu dan memberinya

makan. Setelah dewasa, dia mula mengarahkan pandangannya terhadap perkara yang

berlaku disekelilingnya dan mula membahaskan tentang kejadian dan rahsia perubahan

yang berlaku. Pada anggapannya,di sebalik alamnya, terdapat sebab-sebab yang

tersembunyi yang mentadbir dan membentuknya. Dia selalu mentafsir dan meganalisis

sehingga dia mampu mengetahui bahawa kebahagiaan dan kesengsaraan manusia itu

bergantung pada hubungannya dengan Allah.

Watak Hay Ibnu Yaqzan oleh Ibnu Tufail itu berjaya membuat huraian yang

menarik dan membantu pembaca lebih memahami pemikiran falsafahnya. Selain

ketinggian falsafahnya, buku tersebut juga mengandungi pengamatan Ibnu Tufail

mengenai ilmu metafizik, matematik, fizik dan sebagainya. Ibnu Tufail melihat alam ini

sebagai baru dan ditadbir oleh Alllah yang satu dan berkuasa sepenuhnya tanya

pertolongan pihak atau kuasa lain. Beliau menekankan bahawa dalam diri manusia

terdapatnya roh yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi.

Melalui karyanya ini, Ibnu Tufail mengaku dapat memecahkan pertentangan yang

timbul antara falsafah dan agama atau akal dan iman. Dua hal yang bertentangan ini

dapat diumpamakan sebagai kebenaran internal dan kebenaran eksternal yang pada

prinsipnya sama-sama mempunyai kebenaran. Namun dua kebenaran ini tidak dapat

dianalisis oleh siapa saja tanpa melihat kecerdasan yang dimiliki oleh orang yang

berkenaan. Kerana kebenaran falsafah hanya dapat dicapai oleh orang yang memiliki

5
kecerdasan yang tinggi. Sementara kebenaran agama yang melalui kitab suci Al-Quran

yang menggunakan bahasa inderawi dan makna-makna harfiah akan dapat dengan mudah

difahami oleh umum.

Falsafah beliau bukan sahaja menyentuh perkara yang berkaitan dengan metafizik

tetapi juga sains tabii seperti fizik tetapi masih mengekalkan falsafah mengenai ilmu dan

akal. Sebagai contoh,beliau mendapati bahawa lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan

nipis berbanding lapisan yang rendah. Hal ini disebabkan kepanasan yang berlaku di

permukaan bukannya di ruang dan lapisan udara.

Beliau juga mendapati bahawa kepanasan boleh dihasilkan melalui geseran,

gerakan cahaya sama ada dari api atau matahari. Meskipun pandangan itu dianggap

sebagai satu perkara yang biasa pada hari ini, tetapi pandangan ini sebenarnya telah

menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian terhadap kepanasan dan

segala fenomena yang berkaitan dengannya. Selain itu, falsafah dan contoh-contoh yang

telah diberikan oleh beliau membuktikan bahawa setiap perkara yang berlaku itu adalah

bergantung kepada pemikiran yang kreatif dan berusaha untuk mencari penyelesaian

sesuatu masalah menggunakan akal.

Ibnu Tufail hidup hampir sezaman dengan Ibnu Bajjah. Maka, sebab itu beliau

mudah menerima pandangan falsafah Ibnu Bajjah, Al-Farabi, dan beberapa ahli falsafah

Islam yang lain dengan baik. Menurut pengkaji dan pemikir, Ibnu Tufail banyak

dipengaruhi oleh falsafah Ibnu Bajjah sebagaimana yang dapat diperhatikan pada

6
pertengahan buku Hay Ibn Yaqzan yang banyak membawa saranan yang terdapat dalam

kitab ’Al-Mutawwadid’. Dalam buku tersebut, Ibnu Bajjah telah melakukan pembelaan

terhadap tulisan-tulisan Al-Farabi dan Ibnu Sina.

Namun begitu, Ibnu Tufail tidak menerima saranan itu bulat-bulat melainkan

selepas dibahaskan secara kritis. Selain itu, beliau seorang yang berpegang kepada logik

dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia. Sesuai dengan kehendak

falsafah itu sendiri selepas dilakukan penyelidikan, terbukti bahawa interaksi antara

manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai kerohanian ke atas alam dan

pengalaman kepada diri sendiri dimana tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia

lain.

Justeru interaksi dengan alam akhirnya akan membawa manusia kepada

peningkatan hidup dan membuatkan akal fikiran serta pemikiran yang maju. Ibnu Tufail

juga seorang ahli falsafah yang realistik kerana sikapnya yang tidak menyepi diri seperti

segelintir ahli falsafah lain. Sebaliknya, beliau bergiat dalam hal-hal yang berkaitan

dengan kemasyarakatan dan urusan pemerintahan sehingga beliau menghembus nafas

yang terakhir pada 1185Masihi. Pemikiran, falsafah dan ketinggian ilmu yang dimiliki

Ibnu Tufail yang dikaitkan dengan alam dan kekuasaan pencipta-Nya sejajar dengan

sabda Rasulullah SAW,”Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekali-kali kamu

tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan

sunah nabi-Nya”-Riwayat Malik.

7
PENUTUP

Secara  kesimpulannya,  falsafah adalah  satu  bidang  mengenai  penyelidikan dan 

mencari jawapan yang benar secara menyeluruh yang sangat berhubungkait dengan cara 

seseorang   individu   membina   pengetahuan.    Berdasarkan perbincangan di atas, jelas

terbukti dan menunjukkan bahawa Ibnu Tufail yang telah dikaji dan dibincangkan di sini

adalah satu contoh terbaik untuk menjelaskan kepada pembaca mengenai kehebatan

falsafah, kepentingan penyelidikan dan ketinggian pemikiran Ibnu Tufail dalam bidang

epistemologi atau bidang ilmu. Kesahihan epistemologi Ibnu Tufail adalah terbukti

berdasarkan beberapa kriteria dan contoh-contoh yang telah diberi untuk menyokong isi-

isi yang telah dihuraikan. Tulisan Ibnu Tufail ini perlu dipanjangkan kepada generasi

akan datang kerana penulisan beliau adalah khazanah terbaik yang diwarisi daripada ahli-

ahli falsafah terkemuka dunia dan tidak ternilai harganya

8
RUJUKAN

Mohd. Shafei Abu Bakar. 1987. Metodologi Penyelidikan dan Bidang Berkaitan. Bangi:

Penerbit UKM.

Hasliza Hassan.2006.Ibnu Tufail:Pakar Ilmu hokum.Masa Enterprise.

Oliver Leamen, 2002.Pengantar Filsafat Islam: Sebuah Pendekatan Tematis, Mizan,

Bandung.

Farrukh, `Umar, 1959 Ibn Tufail (Abubacer) and his philosophical romance Hayy ibn

Yaqzan. Bayrut.

www.blogfalsafah.com.my

www.yahoo.com

www.google.com

9
10

You might also like