You are on page 1of 37

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En.

Abdull Mutalib bin Denan diiringi dif-dif kehormat masuk ke


dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena
persaraan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha
Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran
Guru Penolong Kanan 1
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Berusaha
Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Berusaha
En. Rahmat bin Ibrahim
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati
En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Yang Dihormati
En. Mohd Rosli bin Othman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Menengah

Yang Dihormati
Tn. Hj. Muhammad bin Salleh
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
Bahagian Rendah

Yang Dihormati
En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman
Pegawai Maklumat
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
Barisan Guru Besar dan Pengetua
Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah
Daerah Kulai

Yang Dihormati
En. Abdul Naser bin Bedu
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati
En. Md. Sukor bin Marzuki
Pengerusi Jawatankuasa Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
dan seluruh ahli jawatankuasanya

Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan
Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong

Seterusnya
Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru
Besar di SK LKTP Sungai Sayong.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena


persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Mudah-mudahan
ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad
Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin
Basiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang


Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang
Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj.
Redwan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala hormatnya
ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka
sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang
bertajuk “Jasamu Dikenang” dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk
“Terlalu Indah” dan “Bertemu dan Berpisah”.

Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan


sebuah pesembahan yang cukup istimewa.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang
Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong
Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil


kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2

Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang


Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul


Naser bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md.
Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan
Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull
Mutalib bin Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis
turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn.
Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib
bin Denan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan
turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan
khusus daripada beliau sendiri.

Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada
Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan upacara
tersebut.

Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin
Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK
LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin
Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai
Pelajaran Daerah Kulai.
Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah.

Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong


Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah.

Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman,
Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan


daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai,
kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul Mutalib
bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda
berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
En. Abdull Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang
penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En.
Abdull Mutalib bin Denan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
“Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Oleh : Noor Azaref bin Naim


SK LKTP Sungai Sayong
81000 Kulai, Johor
12 September 2008

p/s : moga dapat jadi panduan kepada pengacara-pengacara majlis.


Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan

Diiringi paluan kompang, berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin yang


segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Mohd
Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, apa yang dapat kita
saksikan kini, adalah persembahan silat pengantin untuk kedua-dua
mempelai.

Bunga mawar cantik berseri


Dipetik juragan dibawa ke pekan
Tarian kuda kepang nama diberi
Marilah bersama kita saksikan

Anak Cina memasang lukah


Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih

Berarak masuk ke dalam Dewan, pasangan raja sehari; Mohd Fairuz bin
Samad dan Delima binti Hj. Osman.

Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk berdiri, bagi sama-sama kita
berselawat ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Bersarang merbah di Kuala Langat


Manis madunya pabila dimakan
Suasana meriah bertambah hangat
Tarian zapin kami persembahkan

Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada


kedua-dua mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga
kedua-dua mempelai untuk naik ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih
yang telah disediakan. Dipersilakan.

Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang
telah disediakan.

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T.

Hari ini menugal jagung


Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri


Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati Ustaz Samad bin Hj. Misbah dan Puan Siti Mariam binti Hj.
Dayat, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini,
yang diraikan pasangan mempelai; Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti
Hj. Osman, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, bekas-bekas guru
dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang
diRahmati Allah S.W.T. sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Perkahwinan Mohd Fairuz bin Samad dan Delima binti Hj. Osman.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Khairul Anuar bin Samad. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Khairul Anuar bin Samad di atas
bacaan doa sebentar tadi.

Orang jauh dikenang-kenang


Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin


Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati

Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula


berkenalan pada tahun 2001 ketika sama-sama menuntut di UNITAR, Johor
Bharu. Perkenalan yang tidak disengajakan itu, akhirnya memutikkan rasa
cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga,


mereka mengikat tali pertunangan pada November 2007. Dan pada hari
yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di
dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah selamat


diijabkabulkan pada 9 Ogos 2008 iaitu pada hari semalam dan telah
dilangsungkan Majlis Walimatul `Urus di sebelah pihak perempuan.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan kepada En. Mohd Fauzi bin Samad,
selaku wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Fauzi bin Samad di atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya Majlis ingin mempersilakan kepada dot.dot.dot. selaku wakil bagi


pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada
wakil kedua-dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan
sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta.


Kerana cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan
sempurna apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota


Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati

Untuk memeriahkan lagi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, marilah
sama-sama kita dengarkan nyanyian yang akan dipersembahkan oleh Pn.
Hjh. Norazrah binti Ayub sebagai hadiah yang cukup istimewa buat kedua-
dua mempelai kita. Lagu yang akan dipersembahkan ialah dot.dot.dot.

Itulah sebentar tadi nyanyian yang telah dipersembahkan oleh Pn. Hjh.
Norazrah binti Ayub. Terima kasih diucapkan.

Puan dibawa ke Gunung Ledang


Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis
makan beradab. Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa makan beradab yang akan dibacakan oleh
dot.dot.dot. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada dot.dot.dot. di atas doa yang telah
dibacakan sebentar tadi.

Semerbak bunga seroja


Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga
buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari
yang penuh keberkatan ini.

Tanam langguna tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini.
Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam
hormat buat semua, wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum
W.B.T. Saya serahkan kembali kepada rakan saya En. Ashaari. Dipersilakan.

Oleh : Noor Azaref bin Naim (Master of the ceremony of the day)
10 Ogos 2008
Di Dewan Seri Sayong, Felda Sungai Sayong, Kulai, Johor

EKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS PENUTUPAN
KEM LITERASI DAN KHATAM AL-QUR’AN PROGRAM j-QAF
PERINGKAT DAERAH KULAI TAHUN 2010
DI MASJID AR-RAHMAN, TAMAN PUTERI, KULAIJAYA, JOHOR
29 SEPTEMBER 2010

BIL. PERKARA CATATAN

1 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Ustaz


Jamil bin Hussin,Penolong Pengarah, Unit
Pengurusan Kepimpinan, Sektor Pendidikan
Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

2 Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Sebagai pembukaan majlis kita pada hari yang penuh


dengan keberkatan ini, marilah sama-sama kita
saksikan Majlis Khatam al-Qur’an yang akan
dijayakan oleh murid-murid Program j-QAF Kohort
2005 yang akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Yunos bin
Mohd Sujak dan Ustaz Mohd Faisol bin Palal.
Dipersilakan.

3 Terima kasih diucapkan kepada semua murid dan


pemimpin majlis yang telah menjayakan Majlis
Khatam al-Qur’an sebentar tadi.

4 Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis.

Min Raub ila Pontian


Mubasyaratan ila Kuala Perlis
Arju lakum al-ikhtimam
Asta’dzinu li abda’al jilsah.

Dengan lafaz yang mulia :

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.


‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬.

‫ والصلواة والسالم على أشراف األنبياء‬،‫الحمدهلل رب العالمين‬


‫والمرسلين‬،
‫وعلى آله وصحبه أجمعين‬.

Yang Berbahagia
Ustaz Jamil bin Hussin
Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Kepimpinan
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Yang Berbahagia
En. Hamzah bin Abu Talib
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Unit Pembangunan Profesional
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai
selaku wakil rasmi
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustaz Ziman bin Mohammad
Ketua
Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustaz Khairul Anuar bin Abdul Rahman
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah
Unit j-QAF
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Berusaha
Ustazah Kalthom binti Abdul Rahman
Penyelia Pendidikan Islam
Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati
Tn. Hj. Mustafa bin Md. Salleh
Imam I
Masjid ar-Rahman
Taman Puteri, Kulaijaya
selaku wakil kepada tuan rumah

Yang Dihormati
En. Jais bin Sudin
Pengerusi
Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Panitia Agama Islam Rendah Daerah Kulai

Yang Dihormati
Tn. Hj. Othman bin Talib
Pengerusi
Jawatankuasa Kurikulum Daerah
Program j-QAF Daerah Kulai

Barisan Guru-Guru Besar atau wakilnya

Ahli Jawatankuasa Kerja


Kem Literasi dan Khatam al-Qur’an Program j-QAF
Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010

Barisan fasilitator

Barisan ustaz dan ustazah

Para peserta

Muslimin dan muslimat


Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

5 Selamat datang ke :

Majlis Penutupan Kem Literasi dan Khatam al-Qur’an


Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010.

6 Hadirin dan hadirat sekalian,

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan


menzahirkan rasa kesyukuranke hadrat Rabbul Izzah,
Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan
izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis
Penutupan Kem Literasi dan Khatam al-Qur’an
Program j-QAF Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010.
Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi
yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui
program-program sebegini.

Indah mekar si bunga siantan


Mekar mewangi di taman larangan
Cintakan al-Qur’an, fahami al-Qur’an
Moga terealisasi jadi kenyataan.

7 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bagi memohon agar majlis kita pada hari ini


dilimpahi dengan keberkatan, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Nawawi bin Palal.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd


Nawawi bin Palal atas bacaan doa itu tadi.

8 Hadirin dan hadirat sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalnya
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.

Untuk itu, majlis dengan ini ingin mempersilakan


kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin Abu Talib,
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Unit
Pembangunan Profesional, Pejabat Pelajaran Daerah
Kulai selaku wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah
Kulai untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En.


Hamzah bin Abu Talib atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.

9 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Kini tibalah masanya untuk sama-sama kita


dengarkan ucapan perasmian penutup yang akan
disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin
Hussin, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan
Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pelajaran Negeri Johor.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Syukran jazilan diucapkan kepada Yang Berbahagia


Ustaz Jamil bin Hussin atas ucapan perasmian
penutup yang telah disampaikan sebentar tadi.

10 Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil


penyertaan kepada wakil daripada setiap sekolah.
Untuk menyempurnakannya, majlis ingin menjemput
dan mempersilakan kepada Yang Berbahagia En.
Hamzah bin Abu Talib untuk mengiringi Yang
Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Dipersilakan wakil daripada SK Sinar Bahagia.


SK Kulai Kg. Melayu.
SK Polis Kem.
SK Senai.
SK Felda Bukit Besar.
SK Taman Kota Kulai
SK Senai Utama
SK Taman Muhibbah
SK Taman Kota Kulai 2
SK Kangkar Pulai 2
Seterusnya, dipersilakan wakil daripada SK Bandar
Tenggara 2.
Dipersilakan wakil daripada SK Bandar Tenggara 1.
Dan yang terakhirnya, dipersilakan wakil daripada SK
Bandar Putra.

11 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Sebagai tanda penghargaan kepada pihak pengurusan


Masjid ar-Rahman, Taman Puteri, Kulaijaya, Johor
dipersilakan kepada Tn. Hj. Mustafa binMd. Salleh
untuk menerima tanda penghargaan tersebut.

Dan yang terakhirnya, sebagai tanda ucapan terima


kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Jamil bin
Hussin atas kesudian hadir dan merasmikan
penutupan majlis kita pada hari ini, majlis ingin
mempersilakan kepada Yang Berbahagia En. Hamzah
bin Abu Talib untuk menyampaikan sedikit tanda
penghargaan kepada beliau.

12 Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Ustaz Jamil bin Hussin atas kesudian
menyampaikan sijil penyertaan dan tanda
penghargaan sebentar tadi.

13 Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat mempelai direnjis dipilis
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah kita di penghujung majlis.
Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana
Kem Literasi dan Khatam al-Qur’an Program j-QAF
Peringkat Daerah Kulai Tahun 2010, ingin
mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat di dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara
langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan
beroleh keberkatan daripada-Nya, in sya Allah.

14 Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari


ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-
`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq
walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi
wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’,
ma’as salamah.

15 Dijemput kepada Yang Berbahagia En. Hamzah bin


Abu Talib untuk mengiringi Yang Berbahagia Ustaz
Jamil bin Hussin disertai para tetamu kehormat untuk
menikmati sedikit hidangan jamuan yang telah
disediakan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Hjh Nor Hayati binti Hj
Bakri diiringi dif-dif kehormat dan guru-guru masuk ke Dataran Jaya.
Semua hadirin diminta berdiri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai”
sempena persaraan Pn. Hajjah Nor Hayati bt Hj Bakri,Mantan
Pengetua SMK Sijangkang Jaya.

09.15 pagi : Nyanyian lagu negaraku.

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita


kumandangkan suara untuk menyanyikan lagu Negaraku dengan
iringan muzik. Dipersilakan hadirin untuk berdiri.

Majlis merakamkan ribuan terima atas nyanyian itu tadi.

09.20 pagi : Doa dan Ucapan-Ucapan

BismilLahir Rahmanir Rahim


Assalamu `Alaikum W.B.T…Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang Berhormat,
Tuan Dr Ahmad Yunus bin Hj Hairi,
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sijangkang,

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Megat Md Salleh bin Md Arshad,
Pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yang Berbahagia,
En. Muhammad Yazari bin Subari,
Penolong Pengarah, 
Pengurusan Kelas Aliran Agama,
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Yang Berbahagia,
Tuan Haji Basri bin Hj Abdullah,
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,
Sektor Pengurusan Sekolah,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat.

Yang Berbahagia,
Encik Zulkefli bin Mohamed,
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah,
Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat.

Yang Dikasihi dan Diraikan


Pn Hajjah Noor Hayati binti Hj Bakri,
Mantan, Pengetua SMK Sijangkang Jaya

Yang Berusaha,
Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya.

Yang Berusaha,
Puan Ramlah binti Haji Hashim, 
Penolong Kanan Pentadbiran,
SMK Sijangkang Jaya.

Yang Berusaha,
Barisan Pengetua & Guru Besar Daerah Kuala Langat,

Yang Dihormati,
Dif-dif jemputan,

Yang Dihormati
Barisan Kepimpinan Penolong-Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan
Mata pelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Barisan guru-guru, murid-
murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat


datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Pn Hajah
Noor Hayati binti Hj Bakri, Mantan Pengetua SMK Sijangkang Jaya.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al fadhil Ustaz
Zahri bin Mamat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Ustaz Zahri bin Mamat atas bacaan doa itu tadi.

Aturcara majlis dimulakan dengan mendengar ucapan daripada Wakil


Pelajar. Untuk itu, dipersilakan Sdr Mohd Hanafi b. Mohd Raziff untuk
menyampaikan ucapan.
Majlis merakamkan ucapan terima kepada Ketua Pelajar SMK
Sijangkang Jaya atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Pn Ramlah


binti Hj Hashim, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Sijangkang Jaya.
Dipersilakan.

Terbang melayang sianak kedidi, terima kasih Pn. Ramlah atas atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang


Dihormati Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib, Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj Zulkapli atas


ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika suaranya tiada berbicara

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang


Berbahagia, Tuan Haji Talib bin Abd Hamid, Pegawai Pelajaran
Daerah Kuala langat untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati Tn Haji Talib bin Abd
Hamid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadhirin Yang dihormati Sekalian 

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang disempurnakan oleh Yang Diraikan Pn Hjh Noor
Hayati bt Hj Bakri sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang berakhir sebagai Pengetua SMK Sijangkang Jaya.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

09.45 : Persembahan Multimedia – Biografi Mantan Pengetua.

Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan


tentang biografi dan memori perjalanan Yang Diraikan Pn Hjh Noor
Hayati bin Hj Bakri. Marilah kita sama-sama saksi dan hayati
persembahan multimedia ini.

Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Yang


Diraikan Puan Hajah Noor Hayati binti Hj Bakri. Mudah-mudahan
ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Kini, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan Pn. Hjh Noor Hayati bt Hj Bakri. Majlis dengan segala
hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan puan untuk
memberikan ucapan.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan Pn Hjh Noor Hayati Hj Bakri atas ucapan itu
tadi. 

10.30 pagi : Acara Persembahan

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, Kami tampilkan satu
persembahan daripada Pelajar Pendidikan Khas sebagai kenangan
dihalwa telinga untuk kita khusunya untuk yang diraikan. Sama-sama
kita saksikan persembahan nasyid yang bertajuk “doa perpisahan”
dan “tinggal kenangan”.

Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi di bawah pimpinan


Puan Sharipah binti Samsuri. Sekalung penghargaan diucapkan.

Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan tarian


daripada Kelab Seni Budaya. 

Begitulah santapan mata yang dihadiahkan oleh pelajar buat yang


diraikan. Sekalung penghargaan atas persembahan istimewa itu tadi.
Untuk makluman hadirin, persembahan itu tadi di bawah pimpinan
Puan Nuraziatul Mazida bt Neimad.

Sidang Hadhirin Sekalian,

Tinggi sungguh pohon kuini,


Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan kumpulan koir guru SMKSJ


untuk mendendangkan alunan suara mereka. Dengan hormatnya
dijemput.
Begitulah lontaran suara daripada pendidik SMKSJ yang dialunkan
untuk kita semua. Tahniah dan syabas.

Mengakhiri persembahan kita pada pagi ini, dipersilakan kumpulan


koir pelajar SMKSJ Untuk menampilkan persembahan lagu-lagu
mereka. Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan itu tadi. Persembahan koir guru dan
pelajar itu tadi dibawah pimpinan Puan Norain Abd Halim. Terima
kasih diucapkan.

12.15.tgh : Penyampaian Cenderamata


Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Puan Ramlah binti Hj Hashim untuk mengiringi Yang
Diraikan Puan Hajah Noor Hayati bt Hj Bakri bagi menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cendermata hasil


sumbangan daripada pelajar SMK Sijangkang Jaya. Dipersilakan
Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar untuk menyampaikan
sumbang tersebut.

Seterusnya,

Dipersilakan PK HEM En. Kowangid bin Taupek untuk menyampaikan


tanda hati daripada Unit HEM

Dipersilakan PK Kokurikulum Pn Zaleha bt Selamat untuk


menyampaikan tanda ingatan daripada Unit Kokurikulum

Dipersilakan GKMP Sains Dan Matematik, Pn Hjh Noraznayati Abd


Manap untuk menyampaikan tanda ingatan daripada Bidang Sains
Matematik

Dipersilakan GKMP Bahasa, Pn Aslamihah bt Zakaria untuk


menyampaikan tanda ingatan daripada Bidang Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris

Dipersilakan GKMP Kemanusiaan, Ustaz Zahri bin Mamat untuk


menyampaikan tanda ingatan daripada Bidang Sains Sosial.

Dipersilakan GKMP Teknik dan Vokasional, Pn Suzanna bt Mohamad


untuk menyampaikan tanda ingatan daripada Bidang Teknik dan
Vokasional

Dipersilakan PK Petang, Puan Rubi’ah t Hayat untuk menyampaikan


tanda mata daripada pihak Koperasi SMK SJ Berhad.

Dipersilakan PK Pentadbiran, Puan Ramlah bt hj Hashim untuk


menyampaikan tanda mata daripada AJK Pengurusan Sekolah.

Dan yang terakhir Majlis mempersilakan (pelajar) ……….

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan


khusus untuk Yang Diraikan Pn Hjh Noor Hayati binti Hj Bakri. Majlis
merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda
ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga
menjadi memoir indah dalam dakapan Puan Hjh Noor Hayati.

12.00 tgh : Majlis Sambutan hari Jadi.


Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan meraikan Hari Jadi Mantan
Pengetua SMK Sijangkang Jaya, dipersilakan PK Pentadbiran untuk
menjemput dan mempersilakan Pn Hjh Noor Hayati bagi upacara
pemotongan kek hari jadi. Dijemput Wakil Jabatan Pelajaran
Selangor, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, YDP PIBG dan semua
Penolong Kanan untuk naik ke pentas. Marilah sama-sama kita
nyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk yang diraikan….
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua. Dipersilakan
wakil jabatan, PPD, YDP PIBG dan Penolong Kanan untuk mengambil
tempat dikhemah utama. Mantan Pengetua dan Pn Ramlah diminta
berada di astaka untuk acara seterusnya.

Hadhirin yang dihormati sekalian,


Sebagai Tanda Penghargaan atas perkhidmatan Puan Hjh Noor
Hayati binti Hj Bakri dalam bidang pendidikan, majlis mempersilakan
………………………………………….. Ketua Sektor/Ketua Unit
Perjawatan dan Pencen, Jabatan Pelajaran Negeri Selagor untuk
menyampaikan Sijil Penghargaan dari pihak Jabatan Pelajaran
Selangor.

Dipersilakan Tuan Haji Talib bin Abd Hamid, Pegawai Pelajaran


Daerah Kuala Langat untuk menyampaikan Sijil Penghargaan dari
pihak PPD Kuala Langat.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan Pn Hjh Noor Hayati bt Hj


Bakri turut berbesar hati menyumbangkan sebuah Astaka di Dataran
Jaya ini. Pihak Pengurusan Sekolah berstuju untuk menamakan
astaka ini sebagai ASTAKA HJH NOOR HAYATI. Astaka ini juga
sebagai kenangan dan tanda sayang beliau terhadap sekolah ini.
Sebagai tanda perasmian Astaka Noor Hayati, majlis sekali lagi
mempersilakan Pn Ramlah bt Hashim, menjemput dan mengiringi
Puan Hjh Noor Hayati untuk melakukan upacara perasmian. Dijemput
Tuan Pegawai Pelajaran Daerah, YDP PIBG dan semua Penolong
Kanan naik ke pentas utama.

Berikan tepukan gemuruh kepada Pn Hjh Noor Hayati binti Hj Bakri.


Terima kasih daun keladi…sumbangan puan amat dihargai.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Sebelum saya mengakhiri majlis ini,izinkan saya menyampaikan bait-


bait puitis yang bertajuk “Bak Air yang Mengalir”

Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir.


Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan,


Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,


Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,


Tiba juga kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
selamanya pun bergelar guru.

Selamat tinggal suara-suara ceria,


Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu kerenah,


Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Selamat datang persaraan,


Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,


Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
hakikat seorang individu,
Bernama Pengetua.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!
Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Bak air yang mengalir,


Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!

Untuk akhirnya, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya, yang


diraikan Pn Hjh Noor Hayati akan menandatangani buku Junjungan
Kasih Catatan Kenangan sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi
beliau dalam dunia pendidikan. 

Terima kasih atas tandatangan yang dimeterailkan atas Buku


Junjungan Kasih Catatan Kenangan 

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan Pn Hj Noor Hayati kerana sudi untuk bersama kita pada hari
yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang
Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu


dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai


ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Dipersilakan Puan Hajjah Noor Hayati untuk bersalaman dengan para


tetamu.

Pelajar diminta berada ditempat duduk masing-masing.

Guru-guru bertugas diminta menyusun pelajar sepanjang laluan ke


pintu pagar utama

Para pelajar diminta beratur dari Garaj Kereta Puan Hajah Noor hati
sehingga ke pintu pagar utama bagi membuat lambaian perpisahan.

You might also like