You are on page 1of 24

pengenalan,definisi,komponen,dan konsep pendidikan alam sekitar

Pendidikan Alam Sekitar : Kepentingannya dalam pembangunan Negara

Pengenalan

Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang


dan kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan
untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara
untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan
alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini
sudah pun diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1998 dengan terbitnya Buku
Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan
menengah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Walau bagaimanapun, Pendidikan Alam Sekitar tidak terhad di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di kelas sahaja dan perlu dilihat sebagai suatu bidang
pendidikan yang merentas kurikulum dan kokurikulum.

Definisi

Pendidikan Alam Sekitar adalah dimensi baru dalam sistem pendidikan yang terhasil di
atas kerumitan dan keperluan yang mendesak terhadap masalah alam sekitar.
(MUTHOKA, 1985)

Pendidikan Alam Sekitar adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan


kefahaman seseorang mengenai bagaimana dunia berfungsi dan perkaitannya dengan
kehidupan untuk memupuk sikap positif untuk memilih cara hidup yang
bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar untuk mewujudkan satu
ekosistem yang boleh menyokong kehidupan bersih,sihat,produktif,seimbang dan
terjamin disamping (PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN WORLD WIDE
FUND FOR MALAYSIA, 1998)

Pendidikan adalah satu proses yang berpanjangan. Ia adalah cara untuk melihat
tentang pelbagai kehidupan yang berkaitan belajar mengenalpasti kesan baik dan buruk
terhadap fizikal dan tanggungjawab yang harus diterima terhadap aktiviti alam
(HUGHES, 1977)

Pengenalan komponen alam sekitar

Komponen alam sekitar terdiri daripada empat bahagian iaitu

(a) Biosfera (Sistem ekologi) - flora dan fauna

(b) Litosfera (Sistem geomorfologi) - mineral dan tanah

(c) Hidrosfera (sistem hidrologi) - air dan marin

(d) Atmosfera (sistem atmosfera) - udara dan angin Sumber-sumber dari alam
sekitar fizikal digunakan untuk aktiviti pembangunan ekonomi dan sosial.
A) Konsep Ekologi dan Ekosistem

Ekologi ialah kajian tentang hubungan antara organisma hidup dengan alam sekitarnya.
Mengkaji habitat organisma.

Ekosistem kajian unit-unit kecil dalam ekologi mengenai salingkaitan antara organisma
dalam sesuatu ekosistem dan kaitannya dengan persekitaran.Keseimbangan Ekologi

KESEIMBANGAN EKOLOGI

Antara sifat semulajadi sesebuah ekosistem ialah mempunyai keupayaan


pemulihan kendiri (self regulation) untuk sentiasa mencapai tahap kesimbangan.
Keseimbangan ekosistem penting untuk kestabilannya berkekalan. Sebuah ekosistem
yang tidak seimbang akan menimbulkan masalah. Contoh ekosistem sungai yang
mengalami gangguan akan menyebabkan banjir atau kemarau.

Keseimbangan yang ingin dicapai dalam ekosistem ialah “keseimbangan


dinamik” iaitu keseimbangan yang sentiasa berubah-ubah mengikut gangguan yang
berlaku dalam sesebuah ekosistem. Contoh dalam ekosistem hutan banjir dan kemarau
mempengaruhi populasi pengeluar dan pengguna. Keseimbangan sesebuah ekosistem
dicapai apabila input tenaga dan bahan yang masuk ke dalam ekosistem tersebut sama
dengan output tenaga dan bahan yang keluar dari ekosistem tersebut.

Mengikut teori ekosistem terdapat kecenderungan bagi sesebuah ekosistem


berkembang ke arah suatu keadaan yang stabil dan mantap supaya menjadi sebuah
ekosistem yang matang. Proses menuju ke arah kestabilan dan kemantapan ini
dinamakan sebagai sesaran. Apabila keadaan stabil dicapai makan tenaga dan bahan
yang ada di dalam sebuah ekosistem digunakan dengan cekap dan optimum.
B) KONSEP GEOMORFOLOGI

Ia berasal daripada bahasa Yunani:-

GEO = BUMI

MORPHE = BENTUK

LOGOS = ILMU / KAJIAN = KAJIAN BENTUK

Geomorfologi merupakan bidang sains yang mengkaji interaksi antara proses,


faktor dan bentuk di permukaan bumi secara saintifik. Ia berkait rapat dengan disiplin
sains yang lain seperti fizik, kimia, biologi, kartografi, geologi, pedologi dan sebagainya.

Proses Geomorfologi

Eksogenik Endogenik

- Luluhawa - Gerakan tektonik

- Hakisan - Lipatan kerak bumi

- Gelinciran
- Gerakan Jisim
- Gempa bumi
- Pengangkutan
- Gunung berapi
- Pemendapan

• Proses endogenik menghasilkan bentuk muka bumi manakala proses


eksogenik mengukir dan mengubah bentuk muka bumi
http://www.classzone.com/

C) KONSEP SISTEM HIDROLOGI

Kitaran hidrologi

Fasa-fasa pertukaran air dalam pelbagai bentuk(cecair,gas dan pepejal) dan melalui
pelbagai ruang di bumi secara berterusan. Ia meliputi pelbagai proses fizikal dan
simpanan.

Imbangan air

Imbangan air merupakan keseimbangan antara jumlah air yang diterima bersamaan
dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera.

Kerpasan Air Bawah Tanah


proses-proses dalam
Imbangan air Larian
Sejatan Permukaan

Sejatpeluhan

Lebihan air (air positif)

Lebihan air / imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima melebihi
jumlah sejat peluhan, perubahan air tanah, larian permukaan dan simpanan.

Kurangan air (air negatif)

Lebihan air / imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan yang diterima kurang
daripada jumlah sejat peluhan, perubahan air tanah, larian permukaan dan simpanan.

D) KONSEP SISTEM ATMOSFERA

Atmosfera ialah satu lapisan nipis gas tanpa bau, warna dan rasa yang berada di atas
permukaan bumi disebabkan oleh tarikan daya graviti bumi.”

STRUKTUR ATMOSFERA

Struktur Atmosfera terbahagi kepada empat iaitu:

i) Termosfera
ii) Mesosfera
iii) Stratosfera
iv) Troposfera

Ciri Termosfera/ionosfera
Suhu meningkat mengikut ketinggian sehingga 1000˚C.Lapisan paling bawah dipenuhi
dengan gas nitrogen dan molekul oksigen. Berlaku pemisahan elektron bercas negatif
daripada atom oksigen dan molekul nitrogen. Penting untuk telekomunikasi.

Ciri Mesosfera

Ketinggian sehingga 80 km, suhu berkurangan mengikut ketinggian sehingga -90˚C. Di


kawasan ini wujud awan noktilusen. Bahan meteor mula terbakar di sini

Ciri Stratosfera

Ketinggian sehingga 50 km, suhu bertambah secara perlahan-lahan mengikut


ketinggian. Lapisan ini sangat kering, tidak mengandungi awan atau cuaca.
Mengandungi gas ozon.Kebanyakkan bahan meteor memasuki lapisan ini.

Ciri Troposfera

Ketebalan kira-kira 8 km, meliputi 25 % daripada jisim bumi. Pengurangan suhu 6.5˚C
bagi setiap 1000m.Kawasan terdapatnya perubahan iklim dan cuaca.

PERANAN ATMOSFERA

Perana Atmosfera terbahagi kepada lima bahagian iaitu;

1. Kepada Biologi

Oksigen - penyokong kepada semua kehidupan di permukaan bumi.

2. Mencorakkan kontur permukaan bumi

Kejadian cuaca seperti angin, hujan dan larian air. Tindakan unsur-unsur cuaca ini telah
mewujudkan pelbagai bentuk permukaan bumi yang sentiasa berubah tanpa mengira
masa dan tempat.

3. Kekayaan semula jadi


Perlombongan logam dan simpanan bijih dikaitkan dengan pengumpulan bahan logam
melalui tindakan kimia air hujan ke dalam batuan.

4. Perdagangan / rekreasi

Pedagang pada zaman dahulu menggunakan kapal layar yang memerlukan tiupan
angin.

5. Membentuk dan menpengaruhi cuaca

Atmosfera bumi sentiasa mengalami perubahan secara berterusan. Manusia perlu


menyesuaikan diri dengan setiap perubahan yang ekstrem agar tidak mengalami kesan
perubahan tersebut.

KONSEP PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

Pendidikan berkaitan alam sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang dan
kualiti alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan untuk
mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Satu cara untuk
menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam
sekitar dalam pengajaran di bilik darjah.

Alam semulajadi boleh diertikan sebagai alam ciptaan Tuhan yang meliputi aspek yang
terdapat di sekeliling manusia yang wujud secara semulajadi. Alam semulajadi boleh
dilihat sebagai semua komponen semulajadi di mana semua hidupan tinggal dan
berinteraksi antara satu sama lain dalam keseimbangan. Keseimbangan ekosistem
telah terganggu akibat degradasi alam yang menimbulkan pelbagai isu alam sekitar
seperti pemusnahan hutan, pencemaran kesan rumah kaca, hakisan kepupusan sepsis
dan lain lain. Isu-isu ini telah mendorong pihak pemimpin untuk bertindak secara
bersama bagi memperbaiki kualiti alam sekitar. Salah satu tindakan yang telah
dipersetujui adalah perancangan serta perlaksanaan satu program pendidikan yang
berkesan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Salah satu perancangan jangka panjang yang diambil ialah mendidik masyarakat
terutama pelajar supaya peka dan bertanggungjawab terhadap isu-isu alam sekitar
melalui pendidikan alam semulajadi. Melalui program ini, pelajar dapat
mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran serta sikap tanggungjawab terhadap alam
semulajadi secara pro-aktif dan berperanan.

Kepentingan Pendidikan

Pendidikan adalah penting untuk mempertingkatkan pembangunan mapan dan


memperbaiki keupayaan manusia untuk menangani isu-isu alam sekitar dan
pembangunan. Alam sekitar dan pembangunan perlu digabungkan sebagai komponen
penting dalam pembelajaran. Pendidikan formal dan tidak formal adalah penting untuk
menukar sikap manusia agar mereka mempunyai keupayaan untuk menilai dan
menghadapi kepekaan mereka terhadap pembangunan mapan.

Ianya juga penting untuk mencapai kesedaran alam sekitar dan etika, nilai dan sikap,
kemahiran dan tingkah laku yang konsisten dengan pembangunan mapan dan untuk
keberkesanan penglibatan awam dalam membuat keputusan. Untuk mencapai
keberkesanan pendidikan alam sekitar dan pembangunan hendaklah dikendalikan
dengan mengambil kira persekitaran biologi, fizikal, sosio ekonomi yang dinamik,
pembangunan manusia, dan juga kerohanian. Semua elemen ini hendaklah
digabungkan dalam semua disiplin dan menggunakan kaedah formal dan tidak formal
dan cara berkomunikasi yang berkesan. Selain itu ianya juga bertujuan untuk mencapai
kesedaran alam sekitar dan pembangunan di dalam semua sektor masyarakat di
peringkat sedunia secepat mungkin.
Pendidikan yang dimaksudkan ini juga adalah dengan tujuan untuk berusaha mencapai
perolehan pendidikan alam sekitar dan pembangunan, yang dikaitkan dengan
pendidikan sosial, daripada peringkat umur sekolah rendah dan tadika hingga kepada
setiap orang dewasa.

Selain itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan konsep persepaduan alam sekitar
dan pembangunan di dalam semua program pendidikan, khasnya analisa ke atas
punca isu-isu alam sekitar dan pembangunan yang utama dalam konteks tempatan,
berasaskan bukti saintifik yang paling tepat dan punca-punca pengetahuan lain yang
sesuai, dan memberi penekanan khas kepada latihan lanjutan untuk pembuat
keputusan di semua peringkat.

Di samping itu kita juga menyedari bahawa terdapat kekurangan dalam kesedaran
dalam aktiviti-aktiviti manusia dengan alam sekitar akibat maklumat yang tidak
mencukupi dan tidak tepat. Negara-negara membangun khasnya kurang mempunyai
teknologi dan kepakaran. Adalah perlu untuk meningkatkan kepekaan awam terhadap
masalah alam sekitar dan pembangunan dan melibatkan mereka dalam penyelesaian
masalah dan menggalakkan sikap bertanggungjawab dan motivasi dan komitmen
terhadap pembangunan mapan.

Selain daripada meningkatkan kesedaran, salah satu aspek lagi yang penting untuk
dikemukakan kepada masyarakat ialah latihan. Latihan adalah salah satu alat penting
untuk membangunkan sumber manusia dan memudahkan peralihan ke arah dunia
yang lebih mapan. Ianya hendaklah menumpukan kepada usaha untuk mengisi dan
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang akan membantu individu
mendapatkan pekerjaan dan melibatkan diri dalam kerja yang berkaitan dengan alam
sekitar dan pembangunan. Dalam masa yang sama, program latihan hendaklah
meningkatkan kesedaran dalam isu-isu alam sekitar dan pembangunan sebagai proses
pembelajaran dua hala.
Kesimpulan

Sebagai seorang yang beriman, kita tidak mahu kemajuan sains dan teknologi yang
dikecapi selama ini hanya bertujuan untuk melayani kehendak nafsu manusia semata-
mata. Dengan berbekalkan kesedaran inilah maka segala tindakan atau aktiviti yang
diambil terhadap alam sekitar adalah merupakan sebahagian daripada usaha untuk
mengingatkan manusia dalam menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di
mukabumi. Begitu juga dengan jalan penyelesaian yang diambil terhadap masalah alam
sekitar yang timbul tidak seharusnya bertujuan untuk memenuhi tuntutan lahiran dan
fizikal manusia yang tidak terbatas itu sahaja.

WARGA ALAM SEKITAR

Sikap dan tingkah laku terhadap alam sekitar ini harus disemai bermula dari
bangku sekolah lagi. Menurut Moroye (2005), sekolah menjadi salah satu cara utama
menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pelajar yang dididik
dengan amalan-amalan murni alam sekitar akhirnya akan menjadi Warga Alam
(Environmental Citizen) yang sentiasa sensitive terhadap isu-isu alam sekitar. Menurut
Rosnani (2007), pelajar hari ini yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan
seharusnya memulakan amalan-amalan murni alam sekitar kerana nasib alam sekitar
yang akan didiami pada masa depan bergantung kepada mereka.
Maksud warga alam sekitar

Seluruh manusia yang hidup di alam ini bertanggungjawab untuk menjaga alam
sekitar. Ini adalah kerana alam sekitar mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan
kehidupan manusia. Menurut Hungerford et al. (1988), persekitaran yang baik
bergantung kepada masyarakat atau warga dunia dan kita merupakan warga dunia
yang menjadi sebahagian daripada alam sekitar. Segala aktiviti dan amalan harian
manusia akan memberi kesan kepada alam sekitar. Setiap hari kita mendengar berita
berkenaan kemusnahan alam sekitar seperti banjir lumpur di Lapindo, Indonesia,
kebakaran hutan di Australia, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, kejadian tsunami
dan sebagainya. Menurut Grove (2002), akibat daripada kemusnahan ini ialah kematian
ribuan manusia di seluruh dunia.

Semua yang berlaku di atas adalah akibat kurangnya kesedaran manusia


terhadap penjagaan alam sekitar. Oleh itu, jalan terbaik ialah memberi kesedaran
kepada masyarakat untuk mengubah sikap dan amalan mereka terhadap alam sekitar.
Pemikiran manusia harus diubah daripada sikap mementingkan diri (anthropocentric)
kepada berfokuskan alam sekitar (ecocentric) (Callicott, 2000; Knapp, 1999).Ini adalah
kerana sikap terhadap alam sekitar mempengaruhi tingkah laku seseorang terhadap
alam sekitar.

Sikap dan tingkah laku terhadap alam sekitar ini harus disemai bermula dari bangku
sekolah lagi. Menurut Moroye (2005), sekolah menjadi salah satu cara utama
menangani masalah-masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pelajar yang dididik
dengan amalan-amalan murni alam sekitar akhirnya akan menjadi Warga Alam
(Environmental Citizen) yang sentiasa sensitif terhadap isu-isu alam sekitar. Menurut
Rosnani (2007), pelajar hari ini yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan
seharusnya memulakan amalan-amalan murni alam sekitar kerana nasib alam sekitar
yang akan didiami pada masa depan bergantung kepada mereka.

Warga Alam (Environmental citizen) bermaksud seseorang yang menjadi ahli


dalam kumpulan alam sekitar atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti alam
sekitar dalam sesuatu jangkamasa, tersentuh dengan isu-isu alam sekitar dan
mempunyai perasaan bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah-masalah alam
sekitar (Era Hijau, 2007). Ini bermakna, seseorang Warga Alam itu adalah individu yang
bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mengambil bahagian yang aktif untuk
menyelesaikan masalah alam sekitar pada peringkat individu atau masyarakat.

Untuk menjadi warga alam ,seseorang itu perlu:

i) Melalui pendidikan Alam Sekitar


ii) Memeriksa amalan-amalan terhadap alam sekitar
iii) Menyumbangkan masa atau kewangan untuk kepentingan alam sekitar
iv) Mengetahui dan mempunyai maklumat tentang isu-isu alam sekitar dan
memainkan peranan yang penting dalam membuat keputusan.
v) Melengkapkan diri dengan pengetahuan berkenaan strategi dan tindakan ke
atas alam sekitar Inilah yang menjadi matlamat utama pendidikan alam
sekitar iaitu untuk melengkapkan seseorang dengan pengetahuan asas alam
sekitar seterusnya bertindak sebagai Warga Alam(Environment Citizen).
Menurut Arbaat (2008), objektif utama pendidikan alam sekitar ialah untuk
melahirkan masyarakat yang sedar, berpengetahuan, berkemahiran dan
melibatkan diri dalam menanggani isu-isu alam sekitar.

BADAN KERAJAAN ALAM SEKITAR

JABATAN ALAM SEKITAR


Ia merupakan satu jabatan yang memberi nasihat perundangan kepada Jabatan
yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan di mana sesuai. Perlembagaan
Negeri-Negeri dan undang-undang lain, dan juga mengambil kira dasar Kerajaan dan
kepentingan awam. Selain itu, jabatan ini juga melaksanan kerja-kerja dalam bidang
undang-undang antarabangsa, menasihati Jabatan berasaskan undang-undang
antarabangsa dengan mengambil kira kepentingan Negara dari segi kedudukan
Malaysia di dalam masyarakat antarabangsa, hubungan dua hala dan hubungan
pelbagai hala. Berikut adalah fungsi jabatan alam sekitar;
a) Memberi nasihat perundangan kepada Jabatan Alam Sekitar (Jabatan) selaras
dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkaitan;
b) Menggubal dan meminda undang-undang yang berada di bawah bidang kuasa
Jabatan;
c) Menyemak perjanjian dan dokumen perundangan yang lain yang berkaitan
dengan Jabatan;
d) Meneliti Memorandum Jemaah Menteri;
e) Memberikan arahan bagi penyiasatan kes-kes di bawah bidang kuasa Jabatan;
f) Menjalankan pendakwaan di mahkamah bagi kes tertentu;
g) Mewakili kerajaan/Jabatan dalam kes sivil;
h) Menghadiri mesyuarat berkenaan dengan hal ehwal Jabatan;
i) Memberikan ceramah sekiranya diminta oleh Jabatan dan
j) Menjalankan tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

JABATAN PERHUTANAN

Jabatan ini merupakan salah satu badan yang mengawal dan melindungi alam sekitar.
Berikut adalah fungsi jabatan perhutanan;
i) Menyelia kegiatan pembalakan.
ii) Menyelia penubuhan dan perjalanan industri berasaskan kayu.
iii) Mengutip / memungut hasil hutan.
iv) Menguatkuasakan undang-undang dan kaedah-kaedah hutan.
v) Melaksanakan projek - projek pengurusan dan pembangunan sumber hutan
serta pemulihan dan pemeliharaannya; dan menjalankan tugas-tugas
pentadbiran hutan.

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN


i) PENGAIRAN DAN SALIRAN PERTANIAN

Membangun, mengendali dan menyelenggara kemudahan-kemudahan pengairan,


saliran dan tebatan banjir serta menjalankan kerja pemeliharaan sungai bagi
mendokong pembangunan dan kemajuan sektor pertanian, khususnya bagi faedah
sektor pekebun-pekebun dan petani-petani kecil.

ii)SALIRAN DAN TEBATAN BANJIR

Mengkaji, merancang dan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di kawasan bandar


bagi mengurangkan kejadian banjir yang berlaku di negeri ini bagi menjamin
kesejahteraan hidup penduduk dan mengurangkan kerosakan harta benda.

iii)KEJURUTERAAN SUNGAI

Mengkaji, merancang dan melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan


sungai-sungai di Negeri Pahang bagi penduduk-penduduk luar bandar dan bandar
dengan melindungi nyawa, harta benda dan kawasan-kawasan pertanian serta
menyediakan kemudahan rekreasi di sepanjang koridor sungai.

iv)KEJURUTERAAN PANTAI

Memungut data-data mengenai kejuruteraan pantai untuk mengesan hakisan dan bagi
kegunaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam perancangan dan rekabentuk
projek-projek spesifik dan untuk tujuan penyelidikan. Menjalankan kerja-kerja mengawal
dan mencegah hakisan pantai.

v)HIDROLOGI DAN SUMBER AIR


Mengumpul data hidrologi diseluruh negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan
dan pengurusan sumber air yang dikendalikan oleh pelbagai jabatan dan agensi
kerajaan.

vi)KHIDMAT NASIHAT DAN SOKONGAN

Memberi ulasan terhadap Permohonan Pembangunan Tanah (PPT), termasuk tukar


syarat/pecah sempadan tanah, semua permohonan LPS dan perkara-perkara lain yang
terlibat dengan Enakmen Air. Melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan awam / bangunan
untuk lain-lain agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Kementerian Alam Sekitar
(NRE).

BADAN BUKAN KERAJAAN ALAM SEKITAR


SAHABAT ALAM MALAYSIA
Sahabat Alam Malaysia (SAM) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO)
yang ditubuhkan pada tahun 1977. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam
yang dianugerah dan diamanahkan oleh Tuhan daripada dieksploitasi dan
dimusnahkan oleh kegiatan manusia dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan
dan kemajuan. Sahabat Alam Malaysia (SAM) merupakan sebuah NGO di Malaysia
yang sangat prihatin dengan nasib flora dan fauna daripada ancaman manusia.

PERSATUAN PENCINTA ALAM MALAYSIA


Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Inggeris: Malaysian Nature Society; MNS)
adalah satu badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta
alam sekitar di Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta
Alam Malaya (Malayan Nature Society) pada tahun 1940. MNS berpusat di Bukit
Persekutuan di Kuala Lumpur. Cawangan Singapura persatuan ini telah menamakan
dirinya semula sebagai Pencinta Alam (Singapura) ataupun Nature Society (Singapore)
pada tahun 1991.
MNS merupakan badan/persatuan alam sekitar yang bergiat aktif dalam
mengetengahkan isu-isu berkaiatan alam sekitar khususnya di Malaysia. Dalam masa
yang sama, badan ini menguruskan beberapa pusat kajian alam sekitar yang terkenal di
Malaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran MNS-
BOH dan rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Pembangunan Lestari

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) ditubuhkan pada 1 Oktober 1994
sebagai salah satu institut pengajian multi disiplin dalam struktur Universiti Kebangsaan
Malaysia. Institut ini memenuhi aspirasi universiti seperti mana yang telah dicapai
semasa Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan Persatuan Bangsa-bangsa
Bersatu (United Nations Conference on Environment and Development -UNCED) yang
telah berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil, iaitu untuk memastikan objektif
pembangunan lestari melalui penyelidikan dan pembangunan kapasiti.

LESTARI juga ditubuhkan untuk menjadi pusat rujukan yang mempunyai


berkemampuan dalam menangani isu-isu alam sekitar dan pembangunan, membantu
kerajaan dalam memformulasikan polisi berdasrkan kajian dan penyelidikan yang
menyeluruh dan seimbang. Fungsi pembangunan dioptimumkan untuk memajukan
kapasiti sumber manusia melalui pembangunan kemahiran dan latihan, untuk kedua-
dua pihak awam serta swasta.

Pembangunan lestari bermaksud pembangunan atau perkembangan yang memenuhi


keperluan semasa tanpa memusnahkan keperluan generasi akan dating (Bruntland
Report,1987). Kelestarian merupakan satu paradigm pemikiran masa depan dengan
aspek-aspek keseimbangan persekitaran, social dan ekonomi diambil kira dalam
merancang pembangunan dan penaik tarafan kualiti kehidupan.

Dalam satu masyarakat lestari, sama ada generasi semasa dan akan dating, mereka
adalah masyarakat yang sihat, mempunyai keperluan asas yang cukup,mempunyai
equity dan assesibiliti kepada sumber-sumber dan kualiti kehidupan yang normal dalam
satu eko-sisteem kepelbagaian biologi yang tidak dimusnahkan. Saintis, jurutera dan
ahli perniagaan perlulah bentuk teknologi dan merancang aktiviti ekonomi kea rah yang
lebih sihat dan mapan tanpa memusnahkan persekitaran sedia ada.

Dengan kata lain, kit aharus hidup dalam ruang lingkup system yang direka
bentuk mengguna pakai model biologi dimana keperluan mengurangkan penggunaan
dan pembaziran sumber asli dititikberatkan. Malaysia sebagai salah satu Negara yang
menyokong pembangunan kelestarian dan telah memasukkan isu kelestarian
persekitaran selaras dengan pembangunan ekonomi dalam perancangan Jangka
Panjang Malaysia melalui “ Third Outline Perspective plan 2001-2010”. Salah satu dari
cadangan pembangunan kelestarian oleh Malaysia ialah kelestarian dalam pendidikan
atau Educational Sustainable Development (ESD). ESD telah menjadi salah satu
saluran terpentong untuk mewujudkan kesedaran seterusnya membangunkan altruism
dalam kalangan masyarakat Malaysia dan diharap pembangunan lestari ini akan
menjadi kenyataan bukan hanya sekadar visi.

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI

Pendidikan unutk pembangunan lestari merujuk kepada pembelajaran yang diperlukan


untuk mengekal dan memperbaiki kualiti hidup unutk generasi masa depan. Menurut
Rohaty (2005),

“Education for sunstainable development is a way ensuring a better quality of life for
everyone now and the future generation to come. It is a dynamic process which
enables all people to realize their potential and improve their quality of life in ways
simultaneously protect and enhances the earth’s support system”. (m.s.175)
Pendidikan untuk pembangunan lestari ialah satu misi pendidikan untuk mencari
keseimbangan antara kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama
tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber semulajadi. Amalan-amalan dalam
pendidikan untuk pembangunan lestari termasuklah penyertaan awam untuk membuat
keputusan secara berkesan, koloboratif dan rakan kongsi secara silang sector, visi
secara holistic, komitmen antara intra-generasi dalam menangani isu-isu keadilan
sosial, kepelbagaina budaya bagi kelestarian akan dating, menyemak semula peranan
sains dan pendidikan, serta menjalankan rundingan, penilaian dan tindakan bagi
mencapai hasrat tersebut (Mohammad Zohir 2003).

Manakala pendidikan lestari pula merujuk kepada satu proses pembelajaran seumur
hidup yang dapat menghasilkan masyarakat bermaklumat dan mengambil bahagian
dengan cirri-ciri kemahiran dalam penyelesaian masalah, berliterasi saintifik dan sosial
serta mempunyai komitmen dan tanggungjawab individu dan kumpulan. Proses ini
dilihat dapat membantu menghasilkan sebuah masyarakat yang mapan daripada aspek
ekonomi, sosial dan persekitaran. Pendidikan lestari dapat membantu pelajar-pelajar:

 Mendapatkan pengetahuan dan makna tentang perkembangan lestari secara


umum dan dalam bidang profession mereka.
 Dilatih dalam kemahiran-kemahiran, cara-cara dan teknik-teknik untuk
membantu pekerjaan dan bidang profession mereka.
 Mengembangkan sikap positif kea rah kepentingan pembangunan lestari.

Secara kesimpulannya, pendidikan dan kesedaran yang mendalam tentang


konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari bertujuan untuk
membentuk dan memupuk sikap keperihatinan terhadap alam sekitar.

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

Pemeliharaan Alam Sekitar


Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia,
tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati
oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama
manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai
kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan
dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi
tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut
taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan
sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan
oleh aktiviti manusia. Untuk mengatasi semua ini alam sekitar perlu ditadbir urus
melalui kaedah dan pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan
insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama,
bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi
penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang
berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh
peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu
dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan
risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari
agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya
disamping berusaha untuk terus maju.
Pemeliharaan alam semulajadi amat penting. contohnya kerajaan memberikan
tumpuan bukan sahaja kepada kepesatan pembangunan tetapi juga kepada aspek
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berterusan agar negeri ini terus
aman. Banyak fakta telah membuktikan pencemaran berpunca daripada musim.
Misalnya penanaman semula selepas aktiviti pembalakan, menanam pelbagai
tumbuhan untuk mengindahkan halaman rumah, tidak membunuh binatang liar untuk
kepentingan diri semata-mata serta tidakmelakukan pembakaran terbuka. Kita boleh
mengadakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
alam, contoh mengadakan kempen mengindahkan alam, lawatan ke Taman Negara
dan sebagainya.
Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemulihan alam sekitar ialah bidang yang berkenaan dengan penghapusan
pencemaran atau bahan kontaminasi dari:
 bahan-bahan alam sekitar (seperti tanah, endapan, dan air bumi) demi
perlindungan am kesihatan manusia dan alam sekitar; atau
 kawasan perindustrian terbiar yang bertujuan untuk dibangun semula.

Jika kita meneliti kefahaman terhadap alam sekitar yang difahami oleh masyarakat
masa kini pastinya ianya ditakrifkan dalam pelbagai perspektif yang berbeza-beza. Bagi
golongan pencinta alam, pembuat dasar dan ahli perniagaan tentunya akan
memberikan makna kepada alam sekitar mengikut perspektif dan nilai masing-masing.
Umpamanya, alam sekitar boleh ditakrifkan sebagai bahagian muka bumi yang memiliki
nilai kebudayaan dan saintifik yang tinggi dan perlu dipulihara; ia juga boleh dilihat
sebagai komponen bumi yang penting untuk kesejahteraan manusia dan perlu diurus
dan dimanfaatkan untuk keperluan pembangunan negara; manakala daripada
perspektif yang lain pula, alam sekitar boleh dianggap sebagai sumber asli yang
memiliki nilai ekonomi yang tinggi yang perlu dimanfaatkan. Dari sudut mana sekalipun
alam sekitar itu difahami, ianya tetap dianggap sesuatu yang penting, sama ada penting
untuk kesejahteraan manusia seluruhnya ataupun menyumbang kepada kepentingan
peribadi seseorang.

Kemelut yang melanda antara usaha memulihara alam sekitar dengan aktiviti
memugar-punah alam menjadi lebih meruncing apabila kita telah meletakkan tahun
2020 sebagai tarikh akhir untuk mencapai status negara maju. Ini bermakna kita hanya
mempunyai sekitar sepuluh tahun sahaja lagi untuk merancang strategi yang mantap
untuk pembangunan negara dan alam sekitar serta memperbaiki apa yang telah rosak
dan lemah sebelum ini. Apakah mungkin bagi kita mencapai status tersebut dengan
tidak mengorbankan kepentingan alam sekitar? Ini adalah persoalan yang perlu diberi
perhatian serius.
Dalam cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju, kita perlu mengatasi pelbagai
cabaran yang umumnya tertumpu kepada peningkatan kesejahteraan hidup. Ini
bermakna pembangunan di Malaysia akan bersandarkan kepada pembangunan
ekonomi sambil memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan kestabilan sosial dan
politik. Pastinya penekanan pembangunan yang dicita-citakan itu akan tertumpu
kepada kepelbagaian gunatanah, perumahan, perindustrian, perhutanan, pertanian dan
sebagainya yang kesemuanya membabitkan kepentingan alam sekitar. Apakah kita
memiliki keupayaan dan kebijaksanaan untuk mengimbangi arus pembangunan ini?
Iaitu keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan alam sekitar, dan
antara kemajuan fizikal dengan perkembangan rohaniah. Apakah tanggungjawab kita
dalam perkara ini?

TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Masyarakat hari ini harus berani tampil untuk mengemukakan bantahan terbuka
dan kritikan yang membina. Komuniti masyarakat kita kini mampu bekerjasama dan
bekerjamasa demi pemuliharaan alam sekitar. Selain itu, golongan ibubapa juga
memainkan perana penting dalam pemuliharaan alam sekitar. Dimana peranan dan
tanggungjawab ibubapa dalam mendidik anak-anak supaya mempunyai satu sikap
yang sewajarnya dalam memulihara dan memelihara alam sekitar menjadi asas yang
penting. Ibubapa harus menjadi contoh terbaik dalam memimpin keluarga. Melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Kesedaran untuk terus memulihara dan memelihara alam
sekitar harus bermula dari dalam diri sendiri. Malaysia memiliki kepelbagaian biologi
yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Justeru, usaha harus dipergiatkan untuk
menjaga amanah Tuhan yang sangat bermakna. Marilah kita bersama-sama terus
memainkan peranan masing-masing sebagai warga yang bertanggungjawab untuk
memelihara dan memulihara alam kurniaan Tuhan. Mulakan langkah pertama hari ini
dengan menjaga alam di sekeliling kita agar menjadi pemangkin ke arah pemeliharaan
dan pemuliharaan alam yang lebih berkesan di peringkat global dan glokal.
Kesimpulan

Kejayaan penerapan pendidikan alam sekitar dalam kurikulum sekolah amat


bergantung bukan sahaja kepada kepada komitmen guru sebagai pelaksana malah
kepada semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung. Matlamat akhir
pendidikan alam sekitar untuk melahirkan individu yang mempunyai tingkah laku yang
bertanggungjawab terhadap alam sekitar mudah tercapai jika semua pihak seperti
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, sekolah-
sekolah dan para guru mengambil tanggungjawab untuk mendidik dengan serius.

RUJUKAN

Arbaat Hassan. (2008). The adult non formal environment education (EE): A scenario in
Sabah, Malaysia. Procedia Social Sciences, Science Direct. Elsevier Ltd.

Callicott, J. B. (2000). Harmony between man and land: Aldo Leopold and the
foundation of ecosystem management. Journal of Forestry, 98(5), 4 - 13.

Hungerford et. al. (1998). Investigating and Evaluating Environmental Issue and Actions
Skill Development Modules. A Curriculum Development Project Designed to Teach
Students How to Investigate and Evaluate Science-Related Social Issues.

Moroye, C.M. (2005). Common ground: an ecological perspective on teaching and


learning. Curriculum and Teaching Dialogue 7(1/2): 123- 139.

Rosnani Ibrahim (2007), Warga Alam. Era Hijau, Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Keluaran 3:2007

Grove, R. (2002). Climatic fears: Colonialism and the history of environmentalism.


Harvard International Review, 23(4), 50 - 55.

Mohammad Zohir bin Ahmad @ Shaari. 2003 Geografi Sebagai Medium Pendidikan
Alam Sekitar, Diges Pendidik,3(2):51:60.

Rohaty Mohd Majzub.2005. Model Latihan Perguruan Glokal Untuk Pembangunan


Lestari,Prosiding Seminar Pendidikan JJPG 2005, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Internet

http://pengajianam900.forumotion.com/isu-alam-sekitar-f21/ekologi-ekosistem-t335.htm

http://cikguseri73.tripod.com/geografistpmkertas1dan2/id5.html

http://geografifizikalpengajianam.blogspot.com/2009/09/tema-sistem-hidrologi-konsep-
kitaran.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Pencinta_Alam_Malaysia

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=679&cmd=resetall

You might also like