You are on page 1of 26

FATIN HAFIZAH BINTI

MOHAMMAD SUKRI
KOP 211
SEJARAH, PRINSIP DAN
FALSAFAH KOPERASI
PENGENALAN KEPADA
KOPERASI
• DEFINISI KOPERASI
• FALSAFAH KOPERASI
• LATAR BELAKANG, NILAI-NILAI
ASAS KOPERASI, NILAI ETIKA
ANGGOTA KOPERASI
• PERBEZAAN ANTARA KOPERASI
DAN BADAN BUKAN KOPERASI
DEFINISI KOPERASI
• Koperasi atau “co-operative” adalah terjemahan
langsung daripada “co-operative” yang berasal
daripada perkataan Latin “co-operari”.

• Co- bersama ; operari – bekerja

• BI – co-operative ( bekerjasama, tolong-menolong


& bantu- membantu )

• Koperasi = sebuah persatuan manusia


ditubuhkan secara sukarela yang dimiliki,dikuasai
dan dilanggani oleh anggota ditadbir secara
demokrasi untuk membuat keperluan sosio-
ekonomi dan cita-cita bersama.
• H.CALVERT
• Koperasi adalah sebuah bentuk organisasi di
mana orang-orang perseorangan bergabung
secara sukarela sebagai manusia di atas hak-hak
yang sama untuk meninggikan kepentingan
ekonomi mereka.
• PROF.DIRAJA UNGKU AZIZ (YANG DIPERTUA
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN
MALAYSIA; ANGKASA)
• Koperasi sebagai satu kaedah menguruskan
kegiatan ekonomi dengan cara tolong-menolong,
bergotong-royong atau bekerja bersama-sama.
• C.R FAY
• Koperasi adalah sebuah badan perniagaan yang
dipunyai oleh orang-orang yang menggunakan
perkhidmatannya dan diuruskan secara bersama
olehnya.
• AKTA KOPERASII 1993, SEKSYEN 4(1)
• Suatu pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang
individu dan koperasi berdaftar yang matlamatnya ialah
untuk meningkatkan kepentingan sosio-ekonomi
anggota mengikut prinsip-prinsip koperasi .
• IKATAN KOPERASI ANTARABANGSA (ICA)
• Sebuah persatuan manusia yang berautonomi,
bergabung secara sukarela untuk memenuhi keperluan
dan aspirasi bersama di dalam bidang ekonomi, sosial
dan budaya melalui pertubuhan yang dimiliki bersama
dan dikawal secara demokratik.
• C.R FAY
• Koperasi adalah sebuah badan perniagaan yang
dipunyai oleh orang-orang yang menggunakan
perkhidmatannya dan diuruskan secara bersama
olehnya.
Peraturan utama koperasi

1) Layanan yang sama rata antara


anggota tanpa mengira pangkat dan
darjat.
2) Menggalakkan atau meningkatkan
tahap penglibatan anggota untuk
bekerja bersama-sama dalam setiap
aktiviti demi menyelesaikan masalah
bersama.
3) Menyediakan produk dan
perkhidmatan untuk mencapai
keperluan anggota bukan tujuan
mendapat keuntungan semata-mata.
Falsafah koperasi
1) Keanggotaan sukarela dan
terbuka
2) Kawalan demokratik anggota
3) Penglibatan ekonomi anggota
4) Autonomi dan kebebasan
5) Pendidikan, latihan dan maklumat
6) Kerjasama antara koperasi
7) Prihatin terhadap komuniti
1)Keanggotaan
sukarela dan terbuka
• Keanggotaan sukarela dan terbuka
tanpa ada sebarang sekatan dari segi
taraf sosioekonomi, agama mahupun
pegangan politik.

• Keanggotaan adalah kepada sesiapa


yang boleh mendapat manfaat daripada
kegiatan koperasi dan bersedia
menerima segala tanggungjawab
sebagai anggota.

• Bebas untuk menarik diri.


2)Kawalan demokratik
anggota
• Kuasa muktamad terletak pada anggota
kerana kuasa tertinggi di dalam struktur
organisasi koperasi adalah berada di
tangan anggota dalam mesyuarat
agung.

• Prinsip pengundian adalah satu anggota


satu undi tanpa mengira jumlah saham
yang dimiliki anggota.
3)Penglibatan ekonomi
anggota
• Setiap anggota akan menyumbang modal
mengikut syarat yang telah ditetapkan dan
mempunyai peluang untuk melibatkan diri
dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh
koperasi.

• Untuk menghargai sokongan dan penglibatan


anggota, koperasi boleh memberikan
pulangan ke atas apa yang telah
disumbangkan oleh mereka.

• Cth: rebat
4)Autonomi dan
kebebasan
• Koperasi bersifat autonomi dan mempunyai hak untuk
menjalankan aktiviti mengikut kesesuaian.

• Koperasi juga berhak menentukan faedah yang boleh


diperoleh dan juga bagaimana koperasi digerakkan
berlandaskan prinsip-prinsip dan undang-undang
koperasi yang sedia ada.

• Memberi kebebasan kepada koperasi menentukan hala


tuju dan matlamat koperasi, kebebasan untuk
menggaris, menambah dan membatalkan Undang-
Undang Kecil (UUK), memilih anggota Lembaga
Koperasi (ALK) untuk mentadbir koperasi, bebas untuk
bergabung dengan mana-mana koperasi yang difikirkan
sesuai dan memberi manfaat kepada anggota-anggota
koperasi.
5)Pendidikan, latihan dan
maklumat
• Pendidikan dan latihan disediakan
kepada setiap anggota, perwakilan
yang dilantik mentadbir koperasi serta
kakitangan koperasi.

• Melalui maklumat pula, masyarakat


sekeliling akan mengetahui kebaikan
apabila berkoperasi.

• Objektifnya untuk menyebarkan


maklumat berkaitan koperasi kepada
orang ramai.
6) Kerjasama antara
koperasi

• Untuk memastikan institusi ini


berkekalan, koperasi-koperasi
sendiri perlu bekerja bersama-
sama dan mempunyai rangkaian
(networking) yang baik di
peringkat setempat, kebangsaan
dan antarabangsa.
7)Prihatin terhadap
komuniti

• Menitik beratkan tanggungjawab


sosial pihak koperasi dan anggota-
anggotanya terhadap komuniti di
kawasan operasi.
Latar belakang koperasi
Sejarah awal gerakan
koperasi
• Gerakan koperasi mula mengambil tempat di pertengahan
abad ke-18 apabila tercetusnya Revolusi Perindustrian di
England.

• Timbul hasil dari kesan langsung kepada pembanjiran pekerja


di sektor perkilangan yang telah dieksploitasi pihak pengilang.

• Tenaga buruh ini telah ditindas dengan bayaran upah yang


rendah, masa kerja yang panjang dan keadaan bekerja yang
amat membebankan.

• Ini memberikan kesedaran kepada 28 orang penenun untuk


menyumbang modal sebanyak 1 pound seorang dengan
menubuhkan sebuah kedai runcit yang menjual barangan
kegunaan asas.
• Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1844 dan merupakan titik
permulaan kepada sejarah gerakan koperasi.

• Mereka dikenali sebagai Pelopor Rochdale telah muncul


sebagai kedai koperasi pengguna yang terawal di dunia,
seterusnya berjaya menubuhkan koperasi kilang tepung
dan kilang kain.

• Konsep yang mereka gunakan adalah faedah tetap atas


modal dengan agihan keuntungan berasaskan langganan
kepada pembelian di koperasi.

• Aktiviti koperasi yang bermula dengan aktiviti pengguna di


kawasan bandar akhirnya tersebar sehingga ke kawasan
luar bandar di kalangan petani-petani.

• Ekoran daripada perkembangan ini, koperasi telah terlibat


dalam berbagai aktiviti seperti pertanian, kredit, insurans,
khidmat kesihata, perumahan dll.
• Dengan perkembangan ini, satu badan yang dikenali sebagai
Ikatan Koperasi Antarabangsa / International Co-operative
Alliance (ICA) telah ditubuhkan dalam tahun 1895 hasil idea
seorang peguan, E.V Neale.

• Tujuan badan ini adalah untuk menyeragamkan identiti


koperasi dan memastikan entiti ini dikenali sebagai sebuah
perniagaan.

• Sehingga kini badan ini telah dianggotai oleh lebih dari 222
organisasi dari 88 buah negara dengan anggaran lebih
daripada 800 juta orang di dunia yang terlibat secara
lanngsung dengan kegiatan koperasi.

• Pada akhir abad ke-19, konsep berkoperasi ini telah


berkembang luas ke beberapa bahagian Eropah dan Amerika
Selatan. Pada awal abad ke-20, Afrika dan Asia, termasuklah
Malaysia yang ketika itu berada dibawah penjajahan British.
Sejarah umum gerakan
koperasi di Malaysia
• Kegiatan koperasi di Tanah Melayu adalah hasil idea daripada
penjajah British yang cuba menyelesaikan masalah keterhutangan
yang serius di kalangan penduduk di Tanah Melayu.

• Setelah undang-undang koperasi yang pertama diluluskan pada


28 jun 1922, maka koperasi yang pertama berasaskan kredit telah
didaftarkan dengan nama “ The Federated Malay States Posts and
Telegraphs Co-operative Thrift and Loan Society Limited” pada 21
julai 1922.

• Manakala di kawasan luar bandar, koperasi pinjaman desa


“Syarikat Bekerjasama-sama Kerana Meminjamkan Wang
Kampung Tebuk Haji Musa, Mukim Ttiti Serong, Krian Dengan
Tanggungan Tidak Berhad” telah didaftarkan pada 3 Disember
1923.

• Jabatan Kemajuan Kerjasama yang kemudiannya dikenali sebagai


Jabatan Pembangunan Koperasi telah ditubuhkan sebagai
organisasi kerajaan yang bertanggungjawab membimbing,
mengawal selia serta memajukan gerakan koperasi di negara ini.
• Sepanjang 83 tahun (1922-2005) gerakan koperasi
bertapak di Malaysia, berbagai peristiwa telah melanda
gerakan ini.
• Gerakan Koperasi telah berkembang dengan baik semenjak
diperkenalkan sehinggalah terhenti sementara apabila
Jepun menakluki Malaya.

• Selepas itu, atas kesedaran rakyat koperasi dibangunkan


semula sehinggalah sekarang.

• Bagaimanapun, gerakan koperasi di negara ini juga


mengalami beberapa sejarah hitam seperti kes kejatuhan
Bank Rakyat dalam tahun 1970an, keruntuhan Bank Pusat
Kerjasama Malaysia ( CCB) dalam tahun 1980an serta
berlakunya krisis 24 buah penerima deposit.

• Kegawatan ekonomi yang melanda negara pada tahun


1990an juga telah memberi impak negatif kepada segelintir
koperasi khususnya yang melabur menggunakan sumber
pinjaman daripada institusi kewangan.
3 peraturan koperasi
• Layanan yang sama rata antara anggota tanpa
mengira pangkat dan darjat.

• Menggalakkan atau meningkatkan tahap


penglibatan anggota untuk bekerja bersama
dalam setiap aktiviti demi menyelesaikan
masalah bersama.

• Menyediakan produk dan perkhidmatan untuk


memenuhi keperluan anggota bukan bertujuan
mendapat keuntungan semata-mata.
Nilai-nilai asas koperasi
• Berteraskan kepada pembentukan
peribadi diri sendiri, organisasi dan
masyarakat.

• Membantu diri sendiri


• Bertanggungjawab ke atas diri sendiri
• Demokrasi
• Kesamarataan
• keadilan
Nilai-nilai etika anggota
koperasi
• Merujuk kepada perubahan tingkah laku
anggota koperasi melalui penglibatan
dalam setiap aktiviti dan perkhidmatan
yang dijalankan oleh koperasi yang
berhubung kait dengan kehendak dan
keperluan mereka.

• Keterbukaan
• Amanah
• Tanggungjawab sosial
• Prihatin terhadap orang lain
Perbezaan di antara
koperasi dan
badan bukan koperasi
( syarikat swasta)
koperasi Syarikat swasta
Tujuan koperasi ialah perkhidmatan Tujuan syarikat swasta ialah untuk
ekonomi yang lebih baik untuk mempertingkat keuntungan kepada
memperbaiki taraf hidup ahli. pelaburan yang dibuat oleh pemegang
saham.
Koperasi ialah kumpulan manusia. Syarikat swasta ialah pengumpulan
modal.
Keahlian dalam koperasi terbuka Milik saham seseorang tidak dihadkan
dan milik saham seseorang ahli tetapi syarikat swasta ialah jenis
dihadkan. tertutup.
Koperasi dikawal oleh ahli-ahli atas Syarikat swasta dikawal oleh
asas seorang ahli, satu undi. pemegang-pemegang saham, milik
terbanyak lebih berkuasa.
Perniagaan koperasi tidak lazim Perniagaan syarikat swasta boleh
membenarkan undi proksi. dikawal oleh undi proksi.
Kegiatan koperasi ialah untuk Kegiatan syarikat swasta ialah untuk
kepentingan ahli-ahli dan kepentingan pemegang-pemegang
pelanggannya. sahamnya sahaja.
Koperasi memberi keutamaan Syarikat swasta berusaha
kepada ahli-ahli pelanggan dan mendapatkan langganan daripada
kemudian pelanggan-pelanggan sesiapa sahaja yang mungkin.
bukan ahli.
koperasi Syarikat swasta
Keuntungan Keuntungan syarikat
koperasi balik swasta pergi kepada
kepada ahli-ahli atas pemegang dan tiada had
asas langganannya. bayaran dividen. Kekayaan
Dividen atas saham tertumpu kepada hanya
terhad. segelintir pemegang
Saham ahli dalam saham
Pemegang saham syarikat
koperasi ialah untuk swasta menggunakan
mendapatkan pelaburannya
pulangan faedah mendapatkan faedah;
sahaja. untuk mendapatkan
keuntungan; dan untuk
mendapatkan kuasa
kawalan.

You might also like