You are on page 1of 10

PRINSIP KEABADIAN TENAGA C3009/ UNIT 9 / 1

UNIT 9 PRINSIP KEABADIAN TENAGA

OBJEKTIF

Objektif am:

Mempelajari dan memahami jenis- jenis tenaga di dalam bendalir, prinsip keabadian
tenaga, garis cerun tenaga dan Teorem Bernoulli.

Objektif khusus:

Di akhir unit ini pelajar akan dapat:-

1. Menyatakan jenis-jenis tenaga yang dimiliki oleh aliran bendalir.


2. Menyatakan tenaga dalam sebutan turus, turus tekanan, turus kenetik dan turus
keupayaan.
3. Melakar garis cerun hidraulan dan garis cerun tenaga.
4. Menyatakan Teorem Bernoulli untuk sesuatu system aliran bendalir.
5. Menggunakan Teorem Bernoulli untuk masalah mudah yang berkaitan dengan
aliran bendalir.
PRINSIP KEABADIAN TENAGA C3009/ UNIT 9 / 2

INPUT

9.0 Pengenalan

Perubahan tekanan dengan halaju dari satu titik ke satu titik sepanjang aliran
bendalir adalah sangat penting kepada jurutera. Dalam beberapakes, sebagai
contoh dalam merekabentuk bangunan yang tinggi, perubahan tekanan
disebabkan oleh perubahan halaju angin perlu diambilkira untuk merekabentuk
tingkap serta kestabilan bangunan untuk menerima bebab angin (wind load).
Fenomena kavasiti (cavitation) dalam pam perlu dielakakn kerana perubahan
tekanan yang mendadak disebabkan oleh kehadiran udara akan merosakkan
pam. Perubahan tekanan yang berlaku pada dalam system paip agihan air
menjadi lebih penting untuk mempastikan bekalan air sampai kepada pengguna
pada tekanan yang mencukupi.

Pada unit ini kita akan membincangkan perkaitan antara tekana dengan halaju
bendalir dalam sistem aliran. Sebenarnya pekaitan ini sangat kompleks tetapi
dengan menggunakan beberapa andaian (assumption) dan anggaran
(approximation), hubungan antara halaju dengan tekanan telah dipermudahkan.
Hubungan antara keduanya terkandung di dalam Persamaan Bernoulli.
Persamaan ini diterbitkan dari hokum keabadian tenaga di antara dua titik dalam
sistem aliran bendalir.

Kita dapat mengetahui Persamaa Keterusan dan persamaan Bernuolli


merupakan di antara persamaan asas dalam mekanik bendalir.

9.1 Tenaga Di Dalam Bendalir Yang Bergerak

Tenaga boleh didefinasikan sebagai keupayaan membuat kerja. Terdapat tiga


jenis tenaga utama di dalam bendalir yang bergerak.

1. Tenaga upaya
2. Tenaga kinetik
3. Tenaga tekanan

9.1.1 Tenaga Keupayaan.

Tenaga upaya adalah tenaga yang dimiliki oleh kumin-kumin bendalir


berdasarkan kepada kedudukannya. Jika satu kumin bendalir berada
pada Z meter di atas satu datum ufuk, tenaga upaya yang dimiliki oleh
PRINSIP KEABADIAN TENAGA C3009/ UNIT 9 / 3

kumin tersebut ialah Z meter-kilogram (mkg) per kg bendalir tersebut.


Tenaga upaya untuk bendalir pada titik tersebut ialah ketinggian titik
tersebut dari datum (Z m).

 Tenaga Keupayaan = mgz Per.(9.1.1)

Di mana jisim bendalir x gravity


x ketinggian kumin bendalir
pada suatu datum atau
garaisan rujukan.

Turus keupayaan ialah ketinggian sesuatu titik dalam aliran bendalir yang
di ukur dari datum atau garisan rujukan. Rajah dibawah menunjukkan
turus keupayaan Z1 dan Z2 untuk titik 1 dan 2 masing-masing.

Z2
Z1

Rajah 9.1

9.1.2 Tenaga Kinetik

Tenaga kinetik adalah tenaga yang dimiliki oleh kumin-kumin bendalir


berdasarkan kepada halajunya. Jika satu kumin bendalir bergerak atau
mengalir pada halaju (v) m/s, tenaga kinetik yang dimiliki oleh kumin
tersebut V2/2g mkg per kg. Bendalir tersebut. Tenaga kinetik untuk
bendalir pada halaju ini ialah v2/2g m bendalir.

Turus halaju adalah tenaga kinetik per unit berat yang wujud pada suatu
titik yang tertentu. Jika halaju pada suatu keratan lintang seragam, maka
turus halaju yang dikira adalah tenaga kinetik per unit berat bendalir yang
sebenar.
PRINSIP KEABADIAN TENAGA C3009/ UNIT 9 / 4

9.1.3 Tenaga Tekanan

Tenaga tekanan adalah tenaga yang dimiliki oleh bendalir berdasarkan


tekanan di dalam bendalir. Jika satu kumin bendalir berada di bawah
tekanan p kg/m2, tenaga tekanan yang dimiliki oleh kumin ialah p/w mkg
per kg bendalir, di mana w ialah berat tentu bendalir. Tenaga tekanan
bendalir pada tekanan tersebut ialah p/w m bendalir.

Cecair yang mengalir mempunyai tekanan, kaedah pengukuran tekanan


bagi cecair yang mengalir dalam paip ini telah diterangkan dalam unit 3.
Rumusan turus tekanan yang diperolehi dari per (3.1)

Di mana:
Tekanan, P = gh

Oleh itu h = P/g ( h diukur secara pugak)

Nilai h ini ialah merupakan ketinggian yang akan dinaikki oleh cecair jika
tiub piesometer diletakkan pada mana-mana titik (Rajah 9.2).

Aras air

Rajah 9.2 Ketinggian air pada tiub


bersamaan dengan tekanan air
PRINSIP KEABADIAN TENAGA C3009/ UNIT 9 / 5

9.2 Garis Cerun Hidraul Dan Garis Cerun Tenaga.

Garisan kecerunan Hidraulik adalah garisan yang menunjukkan paras cecair di


dalam piezometer akan naik jika piezometer dipasangkan di sepanjang paip Jika
turus tekanan p/w di sepanjang paip dikira dan diplotkan secara pugak dari
garisan tengah paip satu garisan menyambung titik-titik yang telah diplotkan tadi
akan diperolehi (Rajah 9.3).

P/W

Rajah 9.3 Garisan cerun hidraulik

Garis cerun hidraul terletak di bawah garis cerun tenaga dengan jumlah yang
sama dengan turus halaju pada keratan yang berkenaan

Garis cerun tenaga adalah gambaran secara graf bagi tenaga setiap keratan.
Dengan merujuk kepada suatu datum yang dipilih, jumlah garis cerun tenaga
boleh diplotkan pada setiap keratan yang diwakilinya dan garisan yang diperolehi
itu merupakan alat yang sangat berguna dalam banyak masalah aliran.

v2/2g

P/w

Rajah 9.4 Garisan cerun tenaga


PRINSIP KEABADIAN TENAGA C3009/ UNIT 9 / 6

Aktiviti 9.0

1. Nyatakan jenis-jenis tenaga yang dimiliki oleh suatu bendalir yang bergerak.

2. Berdasarkan soalan 1 diatas, nyatakan bagaimana tenaga-tenaga berkenaan


dimiliki oleh suatu jasad.

3. Takrifkan perkara-perkara berikut:


a) Turus keupayaan
b) Turus halaju
c) Garis cerun hidraulik
d) Garis cerun tenaga

4. Untuk setiap Rajah di bawah lakarkan garis cerun hidraulik dan garis cerun tenaga.

h2
h1

a)
b)

c)
PRINSIP KEABADIAN TENAGA C3009/ UNIT 9 / 7

MAKLUMBALAS AKTIVITI 9.0

1. Tenaga upaya, Tenaga kinetik, dan tenaga tekanan

2. a) Tenaga upaya adalah tenaga yang dimiliki oleh kumin-kumin bendalir


berdasarkan kepada kedudukannya.

b) Tenaga kinetik adalah tenaga yang dimiliki oleh kumin-kumin bendalir


berdasarkan kepada halajunya.

c) Tenaga tekanan adalah tenaga yang dimiliki oleh bendalir berdasarkan tekanan
di dalam bendalir.

3. a) Turus keupayaan ialah ketinggian sesuatu titik dalam aliran bendalir yang di
ukur dari datum atau garisan rujukan.
b) Turus halaju adalah tenaga kinetik per unit berat yang wujud pada suatu titik
yang tertentu.
PRINSIP KEABADIAN TENAGA C3009/ UNIT 9 / 8

 
PENILAIAN
KENDIRI

1. Air mengalir melalui satu paip yang mengecil yang mempunyai garispusat 15cm
pada bahagian masuk dan 10 cm pada aliran keluar. Kirakan turus kinetik dan
kadaralir jika halaju bahagian masuk ialah 1.5 m/s.

2. Dapatkan jumlah tenaga apabila air mengalir melalui sebatang paip yang yang
bergaris pusat 70 mm pada tekanan 300 kN/m2 dengan halaju purata 2 m/s. Paip
berkenaan berada pada paras 7m dari datum

3. Lukiskan garis jumlah tenaga bagi kes soalan 2 diatas.


PRINSIP KEABADIAN TENAGA C3009/ UNIT 9 / 9

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

1. 0.5 m/s , 0.027 m3/s


2. 37.78 m
3. Rujuk nota
PRINSIP KEABADIAN TENAGA C3009/ UNIT 9 /
10

4.

a)

b)

c)

You might also like