You are on page 1of 5

53

BAB 5

PERBINCANGAN

5.1 Pengenalan

Hasil daripada ujian yang telah dijalankan terdapat beberapa kriteria yang
boleh dibincangkan hasil daripada analisis dan dapatan yang telah diperolehi.
Tujuan utama dalam kajian pengelasan tanah ini adalah untuk mengetahui jenis-jenis
tanah, sifat-sifat tanah dan seterusnya membuat pengelasan tanah supaya dapat
menghasilkan satu sistem pengelasan tanah ringkas dan mudah difahami. Melalui
ujikaji yang telah dijalankan, tanah dapat dikelaskan melalui beberapa kriteria.
Pengelasan tanah dapat dibuat berdasarkan agihan saiz zarah tanah berbutir kasar
dan agihan saiz zarah tanah berbutir halus hasil daripada analisis ujikaji Had-Had
Atterberg.
54

Hasil daripada ujiakaji ujian Had Atterberg bagi mengehtahui kesesuaian


tanah tambak ini, sifat-sifat Keplastikan (PI), Had Cecair (LL) dan Had Plastik (PL)
dapat ditentukan melalui ujikaji Had-Had Atterberg (Casagrande Method). Sampel
tanah berbutiran dikelaskan dengan merujuk kepada Carta Keplastikan dan Jadual
Sistem Pengelasan Tanah Bersekutu (USCS).

Secara keseluruhannya, hasil perbincangan yang telah dibuat menjurus


kepada pencapaian objektif projek dan melalui kajian pengelasan tanah ini, ketiga-
tiga objektif projek telah tercapai dan memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan
hasil daripada dapatan dan analisa projek.
55

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan mengenai hasil kajian yang telah diperolehi daripada
Kajian mengenai Tanah Tambak dan Tanah Asal yang telah dijalankan di kawasan
Perindustrian KKIP dan sekitar kawasan Likas, Kota Kinabalu. Secara
keseluruhannya, hasil analisis dan dapatan telah diperolehi dan objektif bagi kajian
kesesuaian tanah ini telah berjaya dicapai dengan menggunakan kaedah ujian yang
sesuai iaitu Ujian Had Atterberg (Casagrande Method) yang mana merupakan satu-
satunya cara mecari kesesuaian tanah tambak yang kerap digunakan oleh pihak
Jabatan Kerja Raya (JKR).
56

6.2 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, hasil kajian daripada Ujian Had-Had Atterberg yang


dijalankan dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat disimpulkan
kepada beberapa kriteria yang telah dikaji. Antaranya seperti penentuan kandungan
lembapan, analisis sifat-sifat tanah dan seterusnya penentuan jenis-jenis tanah hasil
daripada ujikaji-ujikaji tanah yang telah dijalankan.

Dua kawasan yang dipilih untuk menjalankan projek kami ialah pembinaan
jalan raya dan pembinaan bangunan. Setiap kawasan mewakili ciri-ciri tanah yang
berbeza dari segi sifat dan bentuk. Dengan menggunakan Ujian Had Atterberg ini,
tanah asal dan tanah yang digunakan untuk menambak dapat dibezakan bagi
memenuhi keperluan penambakan.

Kawasan yang dipilih bagi pembinaan jalan raya adalah kawasan


perindustrian KKIP. Kawasan ini adalah kawasan jenis berbukit dan perlu dipotong
bagi mengaras kawasan jalan tersebut. Ciri-ciri tanah bagi pembinaan jalan ini
adalah berbeza dari ciri tanah di kawasan pesisir pantai. Tanah tambak yang
digunakan juga akan turut berbeza. Dari ujian Had Atterberg yang dijalankan, ciri
tanah asal dan tanah tambak dapat dibezakan.

Bagi kawasan pembinaan bangunan pula, kawasan yang sesuai bagi kajian
kami ialah kawasan pembinaan sekolah agama di Likas, Sabah. Kawasan tapak
bangunan ini hendaklah di tambak kerana ciri kawasannya yang berpasir kerana
pembinaan ini dijalankan di kawasan tanah laut. Tanah jenis ini adalah tanah jenis
berpasir dan perlu di tambak menggunakan tanah yang betul agar penambakan dapat
dilakukan dengan sempurna.

Kesimpulannya, dengan mengetahui ciri tanah tambak dan tanah asal


tersebut, seseorang jurutera itu telah mempunyai kefahaman secara am tentang kerja
penambakan dan bagaimana hendak bertindak semasa proses pembinaan atau dari
aspek yang lain.
57

6.3 Cadangan

Terdapat beberapa jenis kegagalan atau ketidaksempurnaan pada struktur


tanah dan jenis tanah yang digunakan untuk menambak. Kegagalan struktur tanah
ini sering berlaku sekiranya struktur tanah yang digunakan untuk tujuan penambakan
tidak kuat ataupun kukuh. Kajian ini juga dijalankan bagi mencadangkan fungsi
pembaikan sifat-sifat tanah.

Dalam mana-mana projek pembinaan seperti pembinaan bangunan dan jalan


raya, kesemua beban struktur akan ditanggung oleh tanah. Oleh yang demikian,
sturktur asas tanah mestilah dalam keadaan yang sempurna atau dalam erti kata lain
mempunyai kriteria yang baik untuk menjamin kekuatan struktur binaan tersebut.
Antara sifat-sifat tanah yang sesuai untuk kerja kejuruteraan awam adalah :-

i. Mempunyai kekuatan ricih yang baik dari segi kejelekitan dan juga sudut
geseran
ii. Mempunyai indeks kebolehmampatan yang sesuai agar dapat mengurangkan
kesan mendapan pada tanah
iii. Mempunyai kebolehtelapan yang sesuai agar tidak mempengaruhi kesan
kekuatan tanah
iv. Jenis-jenis tanah itu sendiri sama ada tanah berbutiran kasar atau bebutiran
halus atau kedua-duanya sekali

You might also like