You are on page 1of 52

BAHASA MELAYU

JENIS DAN BENTUK KESENIAN


MELAYU
JENIS DAN BENTUK KESENIAN MELAYU
• Pada zaman moden banyak cabang seni yang telah
muncul namun tidak semua cabang seni tersebut
dapat diamalkan pada zaman Melayu tradisional
• Kesenian Melayu tradisional difokuskan kepada 4
kategori:
- seni suara
- seni tari
- seni muzik
- seni kraf tangan
• Masuri S.N. pula membahagikan kesenian
Melayu kepada lima bahagian iaitu seni suara,
seni bahasa, seni rupa, seni lakon dan seni tari
• Ada pendapat mengatakan seni terbahagi
kepada 3 iaitu seni rupa , seni suara dan seni
gerak
• Pendapat lain pula mengatakan seni terbahagi
kepada 2 sahaja iaitu seni plastik dan seni
yang bukan berbentuk material
SENI TARI
• Merupakan satu perlakuan yang bersifat teknikal dan
adakalanya agak kompleks.
• Tarian memperlihatkan gerak-geri, lenggang-lenggok
dan pergerakan jari yang lemah gemalai
• Ada tarian yang berunsur intelek dan mesej yang
perlu ditafsirkan
• Tarian selalunya disampaikan dan diiringi alat bunyi-
bunyian atau muzik dan nyanyian yang terdiri
daripada kata-kata yang puitis.
• Dalam kalangan masyarakat tertentu ,seni tari
berhubung rapat dengan ritual,iaitu tatacara dalam
upacara keagamaan
1. Makyung
• makyung popular di negeri sebelah pantai timur
terutamanya Kelantan
• dimainkan setelah selesai musim menuai dalam
kalangan masyarakat nelayan untuk upacara memuja
pantai
• merupakan gabungan antara unsur drama, komedi,
tarian,dan muzik.
• dimainkan di kawasan tanah lapang,sementara
penonton duduk dihadapan atau berkeliling-
makyung mempersembahkan bermacam-macam
cerita yang berunsur nasihat,pengajaran dan komedi
• watak utama dilakonkan oleh gadis cantik yang beraksi
sebagai tuan puteri raja atau permaisuri
• pelakon lelaki pula berperanan sebagai raja atau
pemerintah,panglima,pengawal, atau orang suruhan
• makyung biasanya memakai pakaian tuan puteri atau
permaisuri beserta makhkota di kepala,manakala
pakyung memakai pakaian seperti raja dengan tanjak
diatas kepala.
2. Tarian kuda kepang
• tarian ini dipersembahkan dalam upacara sambutan dan
majlis-majlis keramaian.
• dikatakan ada hubungan dengan kuasa ghaib.
• Tarian ini masih diamalkan di negeri Johor dan Selangor.
• kuda kepang ialah kuda-kudaan yang diperbuat daripada
anyaman buluh.
• kuda ini tidak berkaki,Cuma ada bahagian kepala,badan dan
ekor sahaja.
• kuda ini dihiaskan dengan bulu pada ekor dan diikatkan tali
pada lehernya.
• tali ini digantung di leher penari semasa menarikan tarian ini.
• pada bahagian sebelah menyebelah kepala kuda itu
dilukiskan matanya.
• selain kuda-kudaan ,disediakan juga pemecut atau tali tas
yang digunakan ketua penari
• setiap kali pemecut dibunyikan ,penari-penari akan menukar
langkah
• alat muzik yang digunakan dalam tarian kuda kepang ialah
jidur,angklung,gendang,gong,dan kenong.
• perkataan ‘kepang’ membawa maksud anyaman.
3. Tarian Mak Inang
• terkenal dalam masyarakat Melayu sejak zaman Kerajaan Melaka
dan masih ditarikan hingga hari ini.
• sesuai dengan adat resam Melayu yang menyanjung tinggi
kehalusan budi dan tatatertib dalam tingkah laku dan tutur kata.
• dalam tarian ini,penari menggerakkan tangan dan kaki secara
bersama dengan lemah lembut.
• biasanya dipersembahkan di istana raja dan majlis perkahwinan.
• perkataan ‘inang’ merujuk kepada perempuan yang menjadi
pengasuh kepada anak raja dan bangsawan.
• tarian Mak Inang,diambil dari aktiviti merisik untuk mencari
jodoh.
• bunyi-bunyian yang digunakan dalam persembahan tarian Mak
Inang ialah biola,rebana,dan gong.
4. Tarian zapin

• berasal dari Arab-Parsi.


• asalnya tarian ini hanya menggunakan penari-penari lelaki sahaja.
• tarian ini ditarikan berbeza mengikut negeri atau tempat seprti di
Perak,Selangor dan Johor.
• Antara ragam tarian ini,dinamakan sebagai baris dasar,pusing tiga
balik,bunga silang dan wainad.
• alat muzik yang digunakan dalam tarian ini ialah gambus,rebana
dan marwas.seruling juga boleh digunakan bagi mengiringi alat
muzik yang lain.
• mereka biasanya akan memakai seluar panjang kerana tarian ini
memerlukan gerakan yang cepat.
5. Tarian ronggeng
• tarian ini berasal dari Portugis dan diperkenalkan
apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis.
• terdapat persamaan antara rentak tarian ronggeng
dengan rentak tarian yang yang berasal dari Portugis.
• ditarikan secara berpasangan,lelaki dan perempuan.
• pada peringkat akhir tarian ,iramanya semakin rancak
dan pada masa ini penari akan menari dengan rancak
dan cepat menggambarkan suasana gembira.
• pada masa dahulu,ronggeng dimainkan oleh
sebuah orkestra kecil yang terdiri daripada
pemain biola rebana dan gong untuk
memberikan sukatan rentak.
• pada hari ini,alat muzik moden digunakan
seperti gitar dan piano,akordion serta trompet.
• rentak lagu ronggeng yang terkenal ialah
Jingkling Nona,dan Joget Pinang Muda.
6. Boria
• popular di negeri Pulau Pinang.
• perkataan boria berasal daripada perkataan ‘bori’ iaitu satu
kaum yang berasal dari Gujerat ,India.
• dalam satu persembahan boria terdapat dua bahagian,iaitu
lakonan yang berbentuk lawak jenaka dan nyanyian.
• lakonan dan nyanyian pula akan digabungkan dalam sesuatu
tema yang akan dipersembahkan.
• lakonan yang dibuat secara spontan ,tidak memerlukan skrip.
• dialog yang disampaikan mengandungi unsur kelucuan.
• peserta dalam boria terdiri daripada tukang karang dan kelasi.
• tukang karang akan memulakan nyanyian diikuti dengan
kelasi.
Seni kraf tangan
• memerlukan daya kreativiti dan kemahiran
menggunakan tangan oleh pembuatnya.

• ada yang menggunakan istilah seni hias atau seni


rupa.

• dikaitkan dengan industri desa iatu hasil kraf tangan


yang diusahakan penduduk tempatan secara kecil-
kecilan.
1. Seni tembikar
• tembikar sayung atupun dikenali dengan panggilan labu
tanah.
• fungsi usus iaitu sebagai bekas untuk menyimpan air
minum dan selalu juga digunakan dalam upacara-upacara
tertentu yang melibatkan air,
• perusahaan ini terdapat di negeri Perak iaitu di Kuala
Kangsar,Sayong,Parit dan Pulau Tiga.
• tanah liat digunakan untuk membuat labu atau buyung ini.
• tanah liat busut yang diambil itu dijemur hingga kering.
• kemudian ditumbuk halus menggunakan lesung kaki.
• tanah itu diayak untuk mengasingkan sampah
dengan pasir kasar.
• tanah debu ini dicampur dengan air dan diuli
seperti adunan tepung.
• setelah diuli barulah tanah liat ini dibentukuntuk
menjadi seperti labu atau buyung.
• labu kemudian dibakar,dan setelah dikeluarkan ia
dimasukkan ke dalam sekam padi yang bertujuan
untuk menghitam labu-labu itu.
2. Tenunan kain songket
• negeri Terengganu ,Kelantan dan Pahang amalkan
tradisi tenun kain songket.
• di negeri kelantan tenunan kain songket ini
diamalkan sejak Zaman Pemerintahan Cik Siti Wan
Kembang.
• kemahiran menenun diajar pada anak-anak gadis.
• perkataan songket berasal dari perkataan ‘songkit’
yang bermaksud satu teknik menyungkit dengan
menggunakan lidi buluh atau bilah nibung melalui
benang lesung di permukaan alat tenun yang
dinamakan kek.
• proses ini dilakukan apabila benang karat butang
yang disediakan untuk membuat reka corak atau
sulaman benang emas.
• mengambil masa yang lama.
• proses bermula daripada mencelupkan warna pada
benang sutera atau kapas hinggalah kepada proses
menenun.
• motif atau corak diilham kan dari alam semula jadi
seperti tumbuh-tumbuhan.
3.Anyaman kelarai
• memerlukan kemahiran dan daya kreativiti yang unik.
• pada zaman dahulu ,kemahiran menganyam merupakan
satu kebolehan yang perlu dimiliki oleh anak-anak gadis.
• kemahiran ini bukan dimonopoli kaum wanita sahaja
kerana orang lelaki juga mahir menghasilkan kelerai.
• anyaman kelerai digunakan bagi menghasilkan alat-alat
seperti bakul,tikar,dinding,atau skrin,beg,tudung saji dan
sebaginya,
• antara jenis kelerai ialah kelerai jari lidi,kelerai mata
ketitir,kelerai bunga berembang,
kelerai mata lalat,kelerai papan pecah,dan kelerai
tompok jantung.
SENI SUARA
• Merujuk kepada bidang nyanyian
• Sesuatu lagu yang dinyanyikan biasanya diiringi
oleh alat muzik
• Nyanyian berfungsi untuk mendodoikan bayi dan
untuk menghiburkan hati pada zaman Melayu
tradisional
• Kini amalan tersebut tidak lagi diamalkan dan
nyanyian ini digantikan dengan lagu kanak-kanak
yang lebih moden
1. Dondang Sayang
• Bermaksud naynyian kasih yang terbit daripada perkataan
dendang yang bermaksud nyanyian dan sayang bermaksud
kasih
• Pendapat ada mengatakan dondang sayang berasal dari
Tanjung Penyengat,Riau dan kemudian berkembang di Melaka
• Pendapat lain pula menyebut ia memang berasal dari Melaka
• Mula terkenal setelah kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka
• Penyanyi perempuan memakai baju kebaya panjang dan
berkain batik manakala penyanyi lelaki pula memakai baju
Melayu serta bersamping dan bersongkok
• Persembahannya diiringi alat muzik seperti
biola, rebana, gong, gendang dan akordion
• Seni kata atau pantun yang dilagukan tidak
disediakan terlabih dahulu kerana dihasilkan
secara spontan
• Nyanyian dinyanyikan secara berpasangan
• Pantun yang disampaikan oleh penyanyi
pertama akan dibalas oleh penyanyi kedua
• Soalan dan jawapan mestilah berkaitan
• pantun yang digunakan ialah pantun 4 kerat
2. DIKIR BARAT
• Terkenal di Kelantan
• Kombinasi antara dikir dengan pantuan atau dikir
dengan karut
• Perkataan karut itu berasal dari istilah mengarut
dalam pantun yang disampaikan
• Juga disebut dikir pantun, dikir karut atau dikir syair
• Pendapat ada mengatakan dikir barat berasal dari
selatan Thailand berdasarkan perkataan barat yang
merujuk kepada Thailand
• Persembahannya diiringi alat bunyian seperti
rebana ibu, rebana anak dan tetawak
• Dipersembahkan secara berpasukan antara 15-30
orang
• Dalam pasukan terdapat seorang tukang karut,
seorang juara dan beberapa orang awok
• Tukang karut mestilah pandai mendendangkan
pantun dan syair secara spontan
• Peranan juara ialah berdikir dan ketua kepada
awok
• Awok hanya akan mengikut dan mengulangi seni
kata yang didendangkan juara dan tukang karut
SENI MUZIK
• Alat bunyian digunakan untuk hiburan dan
juga untuk tujuan tertentu
• Kebanyakan alat muzik yang digunakan untuk
mengiringi persembahan seperti nyanyian dan
tarian
1. CANANG
• Digunakan dalam pertunjukan wayang kulit, main
puteri dan dikir barat
• Dibuat daripada tembaga
• Sebatang kayu yang dibalut getah digunakan
untuk memukul canang
• Diletakkan dia atas tapak yang diperbuat daripada
kayu empat segi dan diikat denagn tali
• Terdapat 2 jenis canang iaitu canang anak dan
canang ibu
2. GENDANG
• Digunakan dalam persembahan tradisional
seperti wayang kulit, main puteri, kuda kepang
dan juga pencak silat
• Kelawangnya diperbuat daripada kayu keras
• Mempunyai 2 muka di kiri dan kanan dan tidak
sama besar
• Dimainkan dengan memukul kedua-dua
permukaan dengan menggunakan tangan
3. KOMPANG
• Berasal dari asia barat
• Diperbuat daripada kayu keras yang telah
dipotong berkeping dan dikorek di bahagian
tengah menjadi lubang
• Kulit lembu atau kambing digunakan untuk
membuat kompang
• Dimainkan secara berkumpulan terutamanya
dalam majlis perkahwinan
4. ANGKLUNG
• Alat ini sangat penting dalam tarian kuda kepang
• Dimainkan sebanyak lima buah di mana 2
berpasangan dan 1 dimainkan tunggal dalam
tarian kuda kepang
• Diperbuat daripada buluh
• Tabung buluh yang berdiri, bergerak ke hadapan
dan ke belakang sepanjang ruang yang
dilubangkan akan menghasilkan bunyi
5. REBAB
• Merupakan alat bunyian yang bertali
• Mempunyai 3 bahagian iaitu muka, batang dan
pucuk rebung
• Batang rebab diperbuat daripada kayu sena atau
nangka
• Bahagian tempurung ditutup dengan kulit lembu
• Tali rebab diperbuat daripada benang kasar
• Penggesek rebab diperbuat daripada tangsi dan
kayu
6. GEDUK/BEDUK
• Rupanya mirip gendang tetapi lebih besar dan
panjang
• Dipukul dengan kayu yang berbalut getah
• Badannya dibuat daripada kayu keras dan
penutupnya daripada kulit binatang
• Ianya digunakan dalam permainan wayang kulit
• Masih digunakan di surau untuk melaungkan
bunyi azan
8. GONG/TAWAK
• Ada 2 jenis iaitu gong anak dan gong ibu
• Bunyi gong anak lebih kuat berbanding bunyi gong
ibu
• Diperbuat daripada gangsa dan pemukulnya
diperbuat daripada kayu dan hujungnya dibalut
kain untuk menghasilkan bunyi gema
• Digunakan dalam tarian kuda kepang dan seni silat
• Kadangkala diunakan dalam sesuatu majlis bagi
menandakan perasmian seuatu majlis
9. JIDUR
• Bentuknya seakan-akan rebana besar
• Kelawangnya diperbuat daripada batang kayu
yang ditebuk tengahnya untuk membentuk lubang
• Mulutnya ditutup dengan kulit kambing atau
lembu
• Dibunyikan dengan memukul dengan
menggunakan pemukul yang diperbuat daripada
kayu
• Digunakan dalam tarian kuda kepang

You might also like