You are on page 1of 21

Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

BAB 3 : BAHAN BINAAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan membincangkan perkara berkaitan bahan binaan yang sering
digunakan didalam pembinaan. Melalui tajuk ini, maka dapatlah kita mengetahui sedikit
sebanyak mengenai bahan binaan .

3.1.1 Konkrit

Konkrit merupakan salah satu bahan komposit yang sering digunakan didalam
pembinaan. Konkrit terdiri daripada campuran simen,batu baur halus dan kasar (agregat)
dan air.ia juga boleh di takrifkan sebagai tindakbalas kimia diantara simen dan air.

68
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.1.1 Simen

Simen Portland merupakan simen yang biasa digunakan. Ia merupakan bahan asas bagi
konkrit,mortar pembinaan dan plaster. Joseph Aspdin Mepaten telah menjumpai simen
Portland pada tahun 1824 dan ia dinamakan sempena tebing batu kapur di kepulauan
Portland isle of Portland di England . disebabkan warnanya yang menyerupai batu yang
dikuari di situ. Ia terdiri daripada campurab kalsium oksida,silicon oksida dan
aluminium oksida. Simen Portland dan bahan sepertinya dihasilkan dengan pemanasan
batukapur (kalsium) dengan selut (klinker), dengan sumber sulfat. Apabila simen ini
bercampur air akan menyebabkan terhasilnya perbentukan pepejal daripada
penghidratan tersebut.
Aplikasi suhu tinggi, seperti pemanasan oven batu-bata seumpanya memerlukan
penggunaan konkrit pantulan,ini kerana konkrit berasaskan simen portlandmampu
musnah atau rosak oleh suhu yang tinggi naamun konkrit refraktori(refractory concreter)
mampu untuk menahan keadaan seumpanya.

3.1.1.2 Batu Baur (Agregat)

Campuran air dan simen mengeras dan semakin kukuh dalam tempoh tertentu. Untuk
mendapatkan penyelesaian yang ekonomik dan pratikal, kedua-dua agregat halus dan
kasar digunakan bagi membentuk sebahagian besar campuran konkrit. Pasir, anak batu
dan batu kelikir merupakan bahan utama yang digunakan bagi tujuan ini.
Bagaimanapun, ia semakin menjadi kebiasaan bagi agregat dikitar semula (dari sisa
pembinaan, perobohan dan pembongkaran) untuk digunakan sebagai sebahagian
penggantian agregat semulajadi, sementara sebahagian agregat bahan sampingan
industri, termasuk sanga (sisa) relau bagas dingin udara (air-cooled blast furnace) dan
abu dasar juga digunakan.

69
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

Batu perhiasan seperti quartzite, anak batu sungai atau serpihan kaca kadang kala
ditambah kepada permukaan konkrit sebagai perapian "agregat terdedah" akhir, popular
dikalangan pereka penghias laman.

3.1.1.3 Air

Air boleh digunakan bagi menghasilkan konkrit. Nisbah air berbanding simen (w/c ratio
- water to cement) merupakan faktor utama menentukan kekuatan konkrit. Nisbah w/c
akan menghasilkan konkrit yang lebih kuat, sementara nisbah w/c lebih tinggi
menghasilkan konkrit dengan kekuatan yang kurang. Simen merupakan bahan yang
terbentuk hasil campuran air dan bahan bersimen; iaitu bahagian konkrit tanpa agregat
atau sokongan. Kelenturan atau kelikatannya ditentukan oleh kandungan air, jumlah
kandungan simen dalam campuran keseluruhan dan ciri-ciri fizikal (saiz maksima,
bentuk dan gred) agregat.

3.1.1.4 Bahan Tambah

Campuran tambahan adalah bahan dalam bentuk serbuk atau cecair yang ditambah
kepada konkrit bagi memberikannya ciri-ciri tertentu yang tidak terdapat pada konkrit
biasa. Dalam kegunaan biasa, dos campuran tambahan adalah kurang dari 5% jisim
simen, dan ditambah kepada konkrit pada pra campuran / batch. Jenis campuran
tambahan biasa adalah:
 Pemecut bagi mempercepatkan proses hidration (pengerasan) konkrit.
 Perencat (Retarder) memperlahankan penghidratan campuran simen bagi
menambah masa kerja.

70
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

 Memasukkan Udara bagi menambah dan mengedarkan buih udara kecil dalam
campuran simen, yang akan mengurangkan kerosakan semasa kitaran cuaca beku
dan cair.
 Pemplastik boleh digunakan bagi meningkatkan kebolehkerjaan plastik atau
konkrit ‘baru’, membenarkan ia diletakkan lebih dengan mudah, dengan usaha
yang sedikit. Superpemplastikan membenarkan konkrit yang direka khusus
mengalir setiap sudut walaupun disekeliling alang besi yang sesak, Pilihan lain,
mereka boleh memilih untuk mengurangkan kandungan air dalam konkrit
(pengurang air) sementara masih memelihara kebolehkerjaan. Ini meningkat ciri-
ciri kekuatan dan ketahanannya.
 pigmen boleh digunakan untuk mengubah warna konkrit, bagi kecantikan

3.1.1.5 Ciri-Ciri Konkrit

Semasa hidration dan pengerasan, konkrit perlu membentuk ciri-ciri fizikal dan kimia
tertentu. Antara lain adalah kekuatan mekanikal, ketelusan kelembapan yang rendah, dan
kestabilan kimia dan volumetrik adalah perlu.Kerana sifatnya separa cecair, konkrit
boleh dipam ketempat ia diperlukan.

3.1.1.6 Kebolehkerjaan

Kebolehkerjaan atau kelikatannya adalah kebolehan campuran konkrit baru untuk


mengisi bentuk dan membentuk dengan sempurna dengan bentuk yang diingini dan
tanpa mengurangkan kualiti konkrit. Kebolehkerjaan bergantung kepada kandungan air,
campuran tambahan (admixtures) kimia, agregat (taburan bentuk dan saiz), kandungan
simen dan tempoh (tahap penghidratan). Meningkatkan kandungan air atau menambah

71
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

campuran tambahan kimia akan meningkatkan kebolehkerjaan konkrit. Air berlebihan


akan mendorong peningkatan penyingkiran air pada air permukaan dan memisahkan
simen dan agregat yang akan mengakibatkan konkrit yang bermutu rendah. Pengunaan
agregat dengan gred yang tidak diingini boleh menhasilkan campuran kasar dengan
kadar mendak rendah, yang tidak boleh dijadikan mudahkerja dengan tambahan air yang
bersesuaian
Kebolehkerjaan boleh diukur dengan ujian penurunan , satu ukuran mudah bagi menguji
kelikatan campuran simen baru menurut ujian piawai ASTM C 143 atau EN 12350-2.
Kemendakan biasanya diukur dengan mengisi satu kon Abrams dengan suatu sampel
dari satu kumpulan baru campuran simen. Satu campuran simen agak basah mungkin
mendak sehingga enam atau tujuh inci (150 to 175 mm).
Kemendakan boleh ditingkatkan dengan mencampur bahan kimia seperti agen
pengurang air (super pemplastikan) tahap tengah atau tahaptinggi tanpa mengurangkan
nisbah air/simen. Ia adalah tabiat tidak elok bagi menambah air tambahan pada pengaul
konkrit. Konkrit cair seperti konkrit mengemas diri (self-consolidating), diuji dengan
kaedah mengukur aliran lain. Salah satu kaedah termasuk meletakkan kon pada bahagian
kecil dan memantau aliran melalui kon sementara ia diangkat perlahan-lahan.

3.1.1.7 Jenis Konkrit

3.1.1.7.1 Konkrit biasa

 Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.


 Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan (compressive
stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress).
 Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak
tembok, lantai atas tanah.

72
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.1.7.2 Konkrit bertetulang

 Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang keluli
didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan.
 Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.

3.1.1.7.3 Konkrit Tuang Dahulu

 Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan dibina di dalam bengkel atau tapak
pembinaan dengan kuantiti yang banyak.
 Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih
dahulu dan kualitinya dapat dikawal dengan baik.

3.1.1.7.4 Konkrit tegas-dahulu

 Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan


tinggi.
 Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung
beban yang lebih tinggi.
 Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,
 Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:
1. Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung
lagi ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.
2. Tegas kemudian (post-tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan
sebelum bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos
dikeluarkan, meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang
kemudiannya.

73
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

 Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya
panjang, struktur kalis air, cerucuk dan sebagainya.

3.1.1.7.5 Konkrit ringan

 Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen
perangkap udara (seperti CO2) supaya hasilnya lebih ringan.
 Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai struktur
yang tidak memegang beban.

3.1.1.7.6 Konkrit selular

 Ia berbentuk seperti blok konkrit yang mempunyai ruang kosong diantaranya


bagi membolehkan rumput atau tumbuhan hidup.
 Kegunaanya utamanya adalah untuk menyokong cerun bukit. Juga digunakan
bagi kawasan letak kereta (occasional use), driveway.
 Tidak begitu selesa untuk berjalan di atasnya.

3.1.1.7.7 Konkrit in-situ

 Merupakan permukaan kejur yang paling murah;


 Mempunyai bentuk permukaan yang tidak begitu menarik dan mudah retak;
 Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, kawasan letak kenderaan;

74
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.1.7.8 Konkrit pre-cast

 Bahan konkrit dimasukan di dalam acuan dan dibentuk di kilang;


 Saiznya boleh ditentukan mengikut keperluan;
 Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, dan tempat meletak kenderaan.

3.1.1.7.9 Konkrit mampat giling

 Konkrit mampat giling, kadangkala dikenali sebagai rollcrete, adalah satu konkrit
kaku kandungan simen rendah yang diletakkan dengan menggunakan teknik
yang dipinjam daripada kerja tanah dan penurapan. Konkrit diletakkan pada
permukaan yang hendak dilitupi, dan ia dipadatkan pada tempatnya dengan
menggunakan jentera pengiling, penggolek berat besar yang lazimnya digunakan
dalam kerja tanah. Campuran konkrit ini mencapai kepadatan tinggi dan akan
mengeras bagi membentuk satu kepingan blok yang teguh. Konkrit mampat
giling lazimnya digunakan untuk turapan konkrit, tetapi juga digunakan untuk
membina empangan konkrit, kerana kandungan rendah simen menghasilkan
kurang haba semasa pengerasan berbanding kebiasaanya bagi penuangan konkrit
biasa yang banyak.

75
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.1.8 Contoh Gambar

3.1.1.8.1 Konkrit yang dibancuh menggunakan kaedah insani

3.1.1.8.2 Contoh bahan simen

76
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.2 Bata

3.1.2.1 Pengenalan

Batu bata dibuat daripada sejenis tanah liat yang dibentuk dalam bentuk empat segi dan
dibakar dalam relau, khas berbentuk iglu. Setelah dua tiga hari dibakar, warnanya
berubah menjadi kemerah-merahan dan lebih bermutu tinggi untuk membina bangunan
dan perumahan.

3.1.2.2 Fungsi

Bata digunakan untuk menjadi dinding atau tembok bagi memisahkan dua bahagian dan
menjadi bahagian perhiasan lantai.

3.1.2.3 Jenis

Bata yang sering digunakan terdapat tiga jenis iaitu


i. Bata tanah liat
ii. Bata simen
iii. Blok simen

77
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.2.3.1 contoh gambar bata

3.1.2.3.2 contoh pembinaan dinding mengunakan bata simen

3.1.2.3.3 contoh blok simen

78
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.2.4 Jenis Ikatan Bata

Jenis ikatan bata yang sering digunakan ialah


i. Ikatan flemish
ii. Ikatan ‘stretcher’
iii. Ikatan inggeris
iv. Ikatan kepala bata
v. Ikatan amerika
vi. Ikatan ‘rat-trap’
vii. Ikatan ‘heeringbone’
viii. Ikatan bola keranjang ( a sample basketball pattern)

Ikatan ‘stretcher’ Ikatan inggeris

79
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

Ikatan kepala bata Ikatan flemish

Ikatan amerika Ikatan ‘rat-trap’

Ikatan ‘heeringbone’ Ikatan bola keranjang

80
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.2.5 Contoh Gambar Pembinaan Bata Diprojek JKR Labuan

3.1.2.5.1 contoh pembinaan dinding ikatan satu bata

3.1.2.5.2 contoh ikatan separuh bata dan berserta kasa dawai

81
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.2.5.3 contoh pemilihan ‘mock –up’ bata

3.1.2.5.4 pemerhatian pemilihan dinding bata

82
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.2.6 Contoh Bahan

Bata tanah liat Bata simen

Kasa dawai Bitumin

Membran kalis lembab

83
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.2.7 Cara-Cara Mengikat Bata

i. Bitumin dicairkan dengan ii. Lapisan kalis lembab diletakan diatas


menggunakan api lapisan bitumin

iii. Bata diletakkan diatas lapisan kalis iv. Lapisan bata ketiga hendaklah
lembab yang mempunyai mortar. diletakkan kasa dawai.

84
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

v. Letak bata seperti biasa sehingga vi. Susun bata sehingga habis.
lapisan ke lima kemudiannya lapisan
keenam hendaklah diletakkan kasa
dawai.

3.1.3 Besi

3.1.3.1 Pengenalan

Besi merupakan sebatian yang terbentuk daripada hasil tindakan kimia didalam perut
bumi. Besi atau keluli digunakan secara meluas didalam industri pembinaan jentera.
Keupayaanya yang dapat menangung tegangan yang tinggi menyebabkan digunakan
didalam pembinaan. Selain daripada itu besi juga digunakan kerana mudah diperolehi
dan mudah dibentuk. Besi telah dijumpai pada 4000 tahun sebelum masihi di mesir dan
sumeria.

85
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.3.2 Fungsi Dan Kegunaan.

Besi digunakan didalam industri pembinaan sebagai penguat bagi konrit yang hanya
mampu menanggung mampatan untuk struktur rasuk, tiang dan lantai. Selain itu besi ini
juga digunakan untuk membuat kerangka bangunan dan bumbung.

3.1.3.3 Jenis

Jenis besi yang selalu digunakan dalam pembinaan ialah besi jenis bar atau rod. Antara
saiz besi yang sering digunakan ialah:-
i. Y10
ii. Y12
iii. Y16
iv. Y20
v. Y25
vi. R10
vii. R12
Selain daripada itu besi BRC juga digunakan untuk pembinaan lantai.

86
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.3.4 Perbezaan Antara Besi

Jenis besi R Y T
Kekuatan Rendah Tinggi Lebih Tinggi
Kegunaan Pengikat (link) Rasuk , lantai dan tiang Rasuk , lantai dan tiang
Permukaan Licin Berbunga Berbunga
Saiz 10, 12 dan 16 10, 12, 16, 20, 25, dan 30 20, 25, 30, dan 35
Jumlah Banyak Banyak Sederhana
kegunaan

3.1.3.5 Contoh Gambar Besi

3.1.3.5.1 Besi bar yang sering digunakan

87
Ahmad Shayuti Bin Abdul Rahim/Jabatan Kejuruteraan Awam/LI Januari-Jun 2009

3.1.3.5.2 Keadaan bentuk sebenar besi bertegasan tinggi

3.1.3.6 Contoh Bahan

Besi Brc Dawai pengikat

3.1.3.7 Rujukan bacaan besi

88

You might also like