You are on page 1of 2

Langkah-langkah mengekalkan perpaduan di

mengekalkan perpaduan di negara


Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan
kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin
kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat
mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing.Antara cara
mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk semangat
partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat
Malaysia dan menyayangi negara kita.
Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka
yang berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka
untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik. Perjuangan
tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting
dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa
pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.
Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara
juga harus dikenali dan dihormati oleh setiap warganegara Malaysia. Bendera negara
kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai
sesuatu yang suci. Kita tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau
dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang
bendera tertinggi di dunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu
negaraku, menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat.

Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan


negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati
negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat
dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan
bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.
Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta
cara mengatasinya. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, oleh itu
kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.
Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan
bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar, dan
mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi
kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat
penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya
untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati antara satu
sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik
atau mengutuk
adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai
kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.
Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-
undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak.
Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan
berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat
meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan
sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah
mempertahankan serta menjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan
dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur akan dipercayai oleh orang lain dan
ini
akan membawa perpaduan antara rakyat.
Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara.
Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup
mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung
kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu
cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya
apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi
menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi
negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam
negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.
Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk
menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama
mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikan semua.

You might also like