You are on page 1of 3

CERPEN: MEMORI SEORANG TUA

TEMA

 Tema cerpen ini ialah semangat patriotik, iaitu tentang keinginan seorang tokoh
berkongsi memori lampaunya dengan masyarakat.

 Pak Itam ingin berkongsi perjuangan yang telah dilaluinya dengan anak cucu
cicit dalam usaha beliau membebaskan negara ini daripada penjajahan.

PERSOALAN

1. Sikap kurang perihatin generasi muda yang tidak menghargai jasa tokoh yang
banyak berjasa kepada negara.
2. Pengorbanan demi membuktikan rasa cinta yang mendalam terhadap bangsa
dan negara.
3. Kekecewaan pada saat-saat akhir kehidupan seorang nasionalis Melayu.
4. Kecintaan terhadap bangsa dan negara.

WATAK DAN PERWATAKAN

PAK ITAM
• Pak Itam anak Pahang yang berasal dari Kuala Semantan. Beliau berumur 85
tahun.
• Merupakan seorang pejuang tulen kerana keberanian beliau menentang
penjajah Inggeris. Sebagai akibatnya sebahagian besar hidupnya dihabiskan di
dalam penjara, iaitu di Singapura, di Penjara Pudu, di Melaka dan di Johor.
• Seorang Intelektual kerana merupakan anak Melayu pertama menyandang
jawatan majistret.
• Seorang yang taat akan perintah agama dan kuat beribadah terutamanya pada
waktu malam.
• Seorang yang baik hati kerana bersedia melayan tetamu yang ingin bertemu
dengannya.
• Beliau tekun mengumpulkan hasil kerja beliau seperti buku, rencana di majalah,
keratan akhbar dan gambar untuk tatapan umum.

TUK MAT

• Bekas anggota polis pencen berpangkat sarjan.


• Tinggal berjiran dengan Pak Itam
• Amat berdisiplin dan menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna
• Pipi kanannya berparut kerana terkena peluru Bintang Tiga dalam satu
pertempuran di Gua Musang semasa zamat darurat.
• Tuk Mat baik hati kerana beliau dan keluarganya menjaga kebajikan Pak Itam
• Seorang yang rajin. Buktinya, beliau banyak membantu Pak Itam dalam usaha
mengadakan sambutan hari lahirnya
SITI NURHIDAYAH

• Janda Pak Itam yang menuntut fasakh ketika Pak Itam berada dalam penjara.
• Siti Nurhidayah mempunyai dua orang anak, iaitu Izwan dan Nuryani Iman.
• Beliau sempat hadir pada hari kematian Pak Itam.
• Semasa Pak Itam meninggal dunia, Siti Nurhidayah datang membawa sejambak
bunga ros yang diletakkan di hujung kaki Pak Itam.

LATAR TEMPAT

• Di kampung Langat
• Di rumah Pak Itam

LATAR MASA

• Latar masa cerpen ini ialah masa sekarang


• Peristiwa yang berlaku dalam cerpen ini berlaku pada waktu pagi, tengah hari,
petang dan malam.

LATAR MASYARAKAT

• Masyarakat pejuang yang amat mencintai bangsa dan negara


• Masyarakat kampung yang masih mengekalkan amalan bekerjasama dan
bergotong royong.
• Masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara.
• Masyarakat yang menghargai jasa-jasa pejuang negara.
• Masyarakat yang membantu dengan ikhlas

GAYA BAHASA

 Penggunaan bahasa Inggeris: Happy Birthday to You, hot, vision.


 Penggunaan bahasa Arab: Insya-Allah, Alhamdulillah.
 Hiperbola: dia tidak pernah menghampakan harapan orang, tempat tercurahnya
air mata, walau seulas pun tidak akan dijual.
 Personafikasi: Pungguk di belakang rumah terus merintih, merindu bulan yang
tinggi.
 Metafora: Engkau adalah ombak, Kesabaran dan keyakian ini ialah inti untuk
meraik satu-satunya kejayaan, sehingga kehidupan zaman remajanya kering,
keharmonian yang menguntum, makanan kerohanian.
 Sinkope: tak, mau, tu, nak, pak, dulu, dah.
 Simile: kuning seperti emas, mengecil seperti sebiji debu.
 Perlambangan: air jernih-air mata
 Peribahasa: cekik darah, seperti enau dalam belukar, darah dagingnya.
NILAI

1. Pengorbanan- Pak Itam sanggup berkorban dengan menolak


kemewahan hidup demi cinta akan bangsa dan negara. Beliau menolak
jawatan majistret.
2. Semangat patriotik- Pak Itam memiliki semangat patriotik yang tulen
menentang Inggeris melalui mata penanya dan juga penentangan secara
terus.
3. Baik hati- Rokiah dan Halimah membantu membasuh pakaian Pak Itam.
4. Murah hati- Pak Itam membiayai segala perbelanjaan menyediakan
makanan dan keperluan lain untuk menjamu tetamu yang hadir pada
majlis hari jadinya.
5. Kasih sayang- Pak Itam amat menyayangi bekas isterinya dan dua orang
anak yang telah meninggalkannya semasa dia berada di dalam penjara.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara dan tidak membiarkannya
dijajah orang bangsa lain.
2. Kita perlulah sanggup berkorban demi negara yang tercinta serta tidak
terlalu mengutamakan kepentingan sendiri.
3. Kita hendaklah senantiasa mentaati suruhan Tuhan dengan
meningkatkan amal ibadah
4. Kita hendaklah menjaga kebajikan warga emas yang telah banyak
meninggalkan jasa kepada kita
5. Warga muda hendaklah tahu mengenang jasa tokoh yang banyak
berkorban untuk bangsa dan negara.
6. Kita hendaklah meneladani semangat tokoh terdahulu yang memiliki
semangat juang yang jitu.

You might also like