You are on page 1of 39

SMK Meru

Folio
Kajian Sejarah Tempatan
Tingkatan 2

Tajuk ;
Sejarah Sekolah

Nama Pelajar ;
Mohamad Faizal Bin Ab Wahab

Tingkatan ;
2 Bijak

Nama Guru :
En. Amirudin Bin Alias

PENDAHULUAN
Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru dimulakan
pada pertengahan pelaksanaan RMK-4 di batu 7, Pekan Meru,
Klang di kawasan tanah berukuran 18 ekar dan merupakan
kawasan sekolah kedua terbesar di Daerah Klang. Sekolah ini
telah siap dibina pada Mei 1982 dan mula digunakn pada 1 Jun
1982. Nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung Meru
yang pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah.
Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn. Hj. Ajidin Bin Hj. Hashim
yang bertugas dari
16 Feb 1982 – 31 Jun 1986.

Pada mulanya, sekolah ini hanya mempunyai 12 buah bilik


darjah yang mengandungi 17 kelas dari tingkatan 1-3. Pada tahun
1982, bilangan murid semakin bertambah seramai 647 orang dan
terus meningkat seramai 891 orang pada awal Januari 1983 dan
jumlah kelas juga bertambah kepada 28 buah yang terdiri
daripada kelas peralihan hingga tingkatan 5.

Sekolah Menengah Kebangsaa Meru tela mencapai


keputusan terbaik SPM seluruh Negara katagori luar Bandar
dengan mencapai keputusan 83% lulus pada tahun 1987. Sekolah
ini juga pernah menjuarai Sekolah Paling Bersih di Daerah Klang
Pada tahun 1985 dan tempat ke-3 peringkat Negeri Selangor.
Pada 22 Ogos 1985, SMK Meru telah dirasmikan oleh Yang
Berhormat Tuan Haji Bujang Bin Haji Ulis, Timbalan Menteri
Pelajaran Malaysia. Pada 1988, sebuah blok 2 tingkat yang
mempunyai 6 buah bilik telah dibina.

Sebuah makmal tulen dan surau sekolah telah dibina atas


inisiatif pengetua ke-3 iaitu En. Ghazali bin Othman, guru-guru
dan kakitangan sekolah. Pada 1999, sebuah dewan terbuka telah
diusahakan pembinaannya oleh pengetua ke-7 iaitu Puan Hajjah
Siti Meriam Binti Kasim dengan mengadakan Hari Usahawan.
Menjelang tahun 2001, sebuah dewan besar yang serba lengkap
telah dibina dan diberi nama Dewan Merak, dan pada tahun itu
juga, sebuah makmal komputer dan Bengkel MPV telah siap
dibina. Pembinaan bangunan Sekolah Model Khas bermula pada
tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada Mei 2003 yang
mengandungi 2 blok bangunan 4 tingkat, 1 blok dewan besar dan
2 blok asrama 3 tingkat. Murid-muridnya terdiri daripada Tahun
4,5 dan 6 yang berjumlah 75 orang murid.
Sehingga akhir Disember 2007, jumlah pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Meru berjumlah 3050 orang dengan kekuatan 159
orang guru.

OBJEKTIF

Mengenali dan memahami sejarah


perkembangan sekolah.
Mengenali nama dan lambang
sekolah.
Memupuk rasa bangga dan cinta
terhadap sekolah.
Mengamalkan nilai murni yang
diwarisi bersama dalam warga
sekolah.
Menguasai kemahiran mencari,
mengumpul, merekod dan
menganalisa maklumat tentang
sekolah.
ISI KANDUNGAN

Perkara m/s
Penghargaan
Objektif
Pendahuluan
Aspek Kajian:
Latar Belakang dan Lambang-lambang
Kemegahan Sekolah
Insfratruktur dan Kemudahan Asas
Pengetua SMK Meru
Guru-guru SMK Meru
Badan Pengurus dan PIBG
Tokoh-tokoh Bekas Pelajar
Peristiwa Bersejarah
Prestasi dan Kejayaan Akademik
Prestasi dan Kejayaan Kokurikulum

Kaedah Kajian
Guru menerangkan kaedah yang akan digunakan
semasa mencari dan mengumpul maklumat seperti:
1. Temubual
2. Analisis dokumen
3. Pemerhatian

Contoh temuramah :
 Menemuramah orang sumber.

Contoh analisis dokumen :


 Memilih maklumat, dokumen yang berkaitan
seperti fail kurikulum dan
kokurikulum dan menjadi sekolah.

Contoh pemerhatian :
 Membuat pemerhatian kemudahan
insfrastruktur seperti asrama, pusat sumber
dan pusat komputer.
 Selepas mengumpulkan maklumat, guru
membimbing pelajar mengolah dan
menyusun maklumat yang releven.
 Guru bertindak sebagai pembimbing dan
pemudah cara.

LATAR BELAKANG SEKOLAH DAN


LAMBANG-LAMBANG KEMEGAHAN
SEKOLAH:
SMK Meru mula digunakan pada 1 Jun 1982 dan
nama sekolah ini diambil sempena nama Kampung
Meru yang pada mulanya dkenali sebagai Sekolah
Menengah Rendah pada tahun yang sama.

Sekolah ini terletak di Batu 7, Pekan Meru, Klang di


kawasan tanah keluasan 18 ekar. Pada 22 Ogos 1985,
SMK Meru telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan
Haji Bujang Bin Haji Ulis, Timbalan Menteri Pelajaran
Malaysia. Pada 1988, sebuah blok 2 tingkat yang
mempunyai 6 buah bilik telah dibina.
Lencana Sekolah :

Makna :

1. 3 simbol manusia (biru) melambangkan


perpaduan erat pelajar dalam meneroka alam
ilmu pengetahuan.
2. 2 simbol manusia di kiri dan kanan (putih)
melambangkan tenaga pengajar yang berjiwa
suci menjadi pembimbing ke arah
meninggikan mutu pelajaran sekolah dan
negara.
3. Simbol atom yang dirangkumi oleh simbol
roda bergigi melambangkan mata pelajaran
Sains dan Teknologi penting disamping
pelajaran lain yang dilambangkan oleh lima
garisan berpenjuru.
4. 5 petak kuning melambangkan berpegang
teguh kepada nilai-nilai keIslaman.
5. 5 rantai besi (merah) mlambangkan semangat
gigih dalam aktiviti kesukanan.
6. Buku menjadi panduan dalam mencapai ilmu
pengetahuan.

Misi Sekolah :
Memantapkan kemudahan pendidikan dengan
kecekapan
maksimum untuk membentuk insan yang berdaya
saing
dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Mengeratkan hubungan kemasyarakatan bagi
merealisasikan
matlamat falsafah pendidikan kebangsaan.
Visi Sekolah :
Ke arah melahirkan insan yang cemerlang dan
bersahsiah
tinggi menjelang 2010.

Moto Sekolah :
Ilmu Teras Kemajuan

Lagu Sekolah :

Putera dan puteri


Megah berdiri
Mari kita semua seru
SMK Meru maju
Ilmu teras kemajuan
Pegangan kami
Ke arah mercu kejayaan
Ibu pertiwi
Gurumu berhati mulia
Perintis harapan
Mencurah ilmu terpendam
Teras kemajuan

Ikrar :
Bahawasanya kami, pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Meru
Berikrar, akan mematuhi undang-undang
sekolah dan akan menghormati
Guru-guru, ketua-ketua dan rakan-rakan
kami.

Bahawasanya kami, akan berusaha sedaya


uaya untuk belajar demi kejayaan kami.
Kami menghargai segala kemudahan yang
disediakan dan kami akan sentiasa
memelihara dan menjaga keselamatannya.
Bahawasanya kami, akan bergiat cergas
dalam kegiatan sekolah dan akan sentiasa
meninggikan nama Sekoalah Menengah
Kebangsaan Meru, berteraskan prinsip-
prinsip Rukun Negara:

Kepercayaan kepada Tuhan


Kesetiaan kepada Raja dan
Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Nilai Sekolah :

Nilai-nilai yang diberi


penekanan di sekolah ini
Kecemerlangan Berilmu
Kegigihan
Penyayang Keadilan
Kepekaan

Kecemerlangan
Maksudnya disini ialah mewujudkan kejayaan optimum
dalam semua aspek iaitu kurikulum, kokurikulum dan
sahsiah. Ia meliputi mendidik pelajar menjadi insane
yang cemerlang, dalam aspek rohani dan jasmani.

Berilmu
Dimaksudkan berkemampuan untuk menyelidik,
mengetahui atau memaklumi segala jenis pengetahuan
yang diperolehi melalui pembacaan, pengalaman dan
pendidikan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat.
Setiap warga sekolah harus berbudaya ilmu dan boleh
mengamalkannya untuk berbakti kepada orang lain.

Kegigihan
Maksudnya ialah sebagai tahap usaha da kesungguhan
yang tinggidilakukan oleh semua pihak di sekolah
dalam pelaksanaan tugas yang diamanahkan.

Penyayang
Maksudnya ialah memberi ruang dan peluang kepada
semua warga sekolah untuk merasai bahawa sekolah
adalah tempat yang bahagia, selesa dan selamat untuk
semua. Hubungan antara insan guru dengan murid dan
sebaliknya harus diberi penekanan kepada rasa
sayang-menyayang antara satu sama lain.

Keadilan
Maksudnya ialah sebagai memberi peluang dan
layanan yang adil dan saksama kepada semua warga
bagi meningkatkan prestasi kerja dan
memperkembangkan potensi yang ada pada setiap
individu tanpa mengira latar belakang yang berbeza.

Kepekaan
Maksudnya ialah mengambil berat terhadap semua
urusan yang berkait dengan sekolah sebagai sebuah
institusi pendidikan yang mengamalkan budaya ilmu,
kecemerlangan dan terkehadapan.

PIAGAM PELANGGAN:
Komitmen kami ialah untuk berkhidmad dan
bertindak dengan cekap, tepat dan mesra dalam
mengendalikan keperluan pelajar, guru dan
masyarakat. Melahirkann insan yang taat kepada
agama, bangsa dan Negara.
Menetapkan kualiti yang tinggi untuk dicapai oleh
pelajar. Menyediakan perkhidmatan, bimbingan
kaunseling dan kerjaya untuk pelajar. Mengutamakan
kebajikan pelajar.
Sentiasa menjalin hubungan terus dengan pelajar
dan masyarakat.
Mengamalkan mesyuarah dalam semua hal.
Berkhidmat dengan penuh kesungguhan.
Menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Meru
sebuah institusi Pendidikan yang terbaik.

FALSAFAH SEKOLAH:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
INFRASTRUKTUR DAN
KEMUDAHAN ASAS :
Sejak pembinaan SMK Meru hingga sekarang,
pembangunan di sekolah ini semakin bertambah dan
perkembangannya adalah seperti berikut :

1 Jun 1982 : Bangunan yang hanya menpunyai 12 bilik darjah


telah digunakan pada terikh tersebut.
1988 : Sebuah blok 2 tingkat yang mempunyai 6 buah
bilik darjah dibina.
1990 : Sebuah makmal tulen dibina dan surau sekolah
juga dibangunkan atas inisiatif pengetua ke-3 iaitu
En. Ghazali bin Othman, guru-guru dan kakitangan
sekolah.
1993 : 2 unit rumah guru ditambah.
1999 : Sebuah dewan terbuka telah diusahakan
pembinaannya oleh pengetua ke-7 iaitu Puan Hajjah
Siti Meriam binti Kassim dengan mengadakan Hari
Usahawan.
2001 : Menjelang tahun 2001, sebuah dewan besar
serba lengkap telah dibina dan diberi nama Dewan
Merak. Pada tahun ini juga, sebuak makmal
komputer dan Bengkel MPV telah siap dibina.
2003 : Bangunan Sekolah Model Khas yang
mengandungi 2 blok bangunan 4 tingkat, 1 blok
dewan besar dan 2 blok asrama 3 tingkat telah siap
dibina sepenuhnya.
Pelan Sekolah:
Peta Ke Sekolah:
PENGETUA SMK MERU :

Wajah-wajah pengetua SMK Meru...

Tn. Hj. Ajidin bin Hj.


Hashim
(16 Feb. 1982 - 31 Jun 1986)

Tn. Hj. Mohd. Noh bin


Munawar
(1 Feb. 1986 - 31 JUN 1992)
Tn. Hj. Ghazali Othman
(1 Feb. 1988 - 15 Jun 1992)

Tn. Hj. Ahmad tulani


Suratman
(16 Jun 1992 - 31 Okt.
1993)

Tn. Hj. Harun Hasan


(1 Nov. 1993 – 1994)

Pn. Hjh. Tek bt.


Mohammad
(1 Feb. 1995 - 15 Jan
1998)

Pn. Hjh. Siti Meriam Kassim


(1 April 1998 - 28 Nov 2004)

Pn. Hasnah Bt.


Mohamad
(29 Nov. 2004 -
sekarang...)

Biodata Pengetua Ke-8

Nama Puan Hasnah Bt. Mohamad.


:
Tarikh dan Tempat : 14. 8. 1955 di Kg. Jenjarom, Kuala Langat,
Lahir Selangor.
Hobi Mengumpul kenangan....
:
Cita-cita Untuk memberi yang paling baik.
:
Latar Belakang Anak ke-2 daripada 4 orang anak.
: Ayah orang Sijangkang, ibu orang Jenjarom.
keluarga Dibesarkan di Kuala Lumpur.
Kelulusan akademik B. Soc. Sc. [Hons] USM. Dip. Pend. [UM].
:
Pekerjaan sebelum Banker - memperolehi gaji yang lumayan
: tetapi tiada masa untuk keluarga.
menjadi guru
Perkara yang mendorong Menjadi guru berkesempatan mendidik anak
: bangsa dan ia seperti sebuah keluarga yang
menjadi guru besar dan dalam masa yang sama keluarga
sendiri akan terdidik.
Sejarah perkhidmatan : 1980 - 1984 : SM Kerajaan Bintangor,
Sarawak.
1985 - 1991 : SM Telok Panglima Garang,
Kuala
Langat.
1992 - 1995 : SMK Telok Datok, Banting.
1995 / 1996 – 2004 : SMK Sri Andalas, Klang.
Pencapaian cemerlang 1993 dan 2003 - Anugerah Khidmat
: Cemerlang
perkhidmatan
Kenangan pahit dan Manis Kenangan Manis : Seronok tinggal
: bersama kawan-kawan di perantauan
walaupun prasarana serba kekurangan.
Kenangan Pahit : Bila Sakit; demam
(paling ringan), kawan hanya mampu tengok
saja. Baru insaf betapa perlunya keluarga di
sisi.
Harapan Terhadap SMK Menjadi terbilang tanpa melupakan akar
: umbi, menjadi masyur walaupun tersohor,
Meru menjadi warga yang berguna kepada
keluarga, agama,bangsa dan negara.
Pengetua bagi SMK Meru ini merupakan anak kelahiran
Kg. Jemjarom yang mempunyai kelulusan B. Soc. Sc. [Hons]
USM. Dip. Pend. [UM]. Sebelum menjadi pengetua, beliau
pernah bekerja sebagai banker di sebuah bank dan mendapat
gaji yang lumayan. Beliau juga pernah menjadi guru di SM
Kerajaan Bintagor, Sarawak, SM Telok Panglima Garang, Kuala
Langat, SMK Telok Datok, Banting dan SMK Sri Andalas
sebelum ke SMK Meru. Beliau menaruh harapan yang tinggi
terhadap SMK Meru agar menjadi yang terbilang tanpa
melupakan akar umbi, menjadi mashur walaupun tersohor,
menjadi warga yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa
dan negara. Saya berasa amat berbesar hati kerana
mempunyai pengetua yang panyayang, baik hati,
bertanggungjawab dan amanah dalam menguruskan kerjanya.

Guru-guru SMK Meru


Sesi Pagi :
Sesi Petang :
Biodata Guru

Nama Husna Wizana Bt. Jaafar


:
Umur 31 Tahun
:
Tarikh Lahir 22 Disember 1976
:
Tempat Lahir Alor Star, Kedah.
:
Hobi Membaca Novel, Majalah dan Menonton
: teleisyen.
Karjaya Guru
:
Mengajar : Pend. Sivik & Kewarganegaraan,
Matapelajaran
Sejarah
Kelulusan Bachelor Pendidikan (PBMP)-UPM
:
Sekolah Rendah SK TITI HJ. Idris Lanaggar, Alor Star
:
Sekolah Menengah Ting. 1-2= Sekolah Menengah Agama
: Taufiqah Khairiah Al-Halimah
Ting. 3-5= Sekolah Menengah agama Al
Islah
Ting. 6 = Sekolah menengah
kebangsaan
Agama Kedah
Opsyen Dalam Latihan Bahasa Melayu & Sastera Melayu
:
Pengurusan
Sekolah Yang Pernah 1999- 2002=SMK Joseph Miri, Sarawak
: 2002- sekarang= SMK Meru, Klang
Diajar
Jantina : Perempuan
Status Sudah Berkahwin
:

Guru yang menagajar matapelajaran Sivik dan Sejarah


ini merupakan anak kelahian Alor Setar, Kedah mempunyai
kelulusan Bachelor Pendidikan (PBMP)-UPM. Beliau yang
berumur 31 tahun ini amat penyabar, baik hati, periang,
penyayang dan mengambil berat membuatkn saya memilih
beliau sebagai guru pilihan saya.

Badan Pengurus / PIBG


Pemgerusi PIBG
1983 - 1984 Tn. Hj. Hussain B. Abdul Rahaman
:
1985 - 1988 Tn. Hj. Rosman B. Warjono
:
1989 - 1990 Tn. Hj. Taklib B. Sarun
:
1991 - 1994 En. Mohamad Ramlan B. Mohd. Hanafiah
:
1995 - 1996 En. Daud B. Yaman
:
1997 En. Mohd Khalid B. Hashim
:
1998 - 2007 Tn. Hj. Jamaluddin B. Hj. Jupri
:
2007 - En. Mohlis B. Hj. Jaafar
:
sekarang
Anak lalaki Andiappan ini telah mendapat
pencapaian kokurikulum 2A, 1B dan 2C dalam UPSR, 3A
dan 4B dalam PMR dan 8A dan 3B dalam SPM.
Pencapaian kokurikulum beliau jugu agak
memberangsangkan kerana telah menyertai enam
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau juga
telah memegang tanggungjawab kepimpinan,
antaranya ialah Bendahari Pengawas pada tahun 2005
dan 2006 dan Urus Setia program ’Sehari Bersama
Pengawas 2006’.Selain itu, beliau telah menerima
anugerah khas jurujual terbaik (Hari Koperasi Sekolah)
tahun 2006, pelajar cemerlang akademi ’top 10’ tahun
2006 (tempat pertama) dan banyak lagi.
Peristiwa-peristiwa Bersejarah
Prestasi dan Kejayaan Akademik
Prestasi dan Kejayaan
Kokurikulum
PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan


izin-Nya saya dapat menyiapkan projek folio
yang diberi oleh En. Amirudin ini dengan
jayanya. Saya juga ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada En.
Amiruddin iaitu guru Sejarah saya yang
telah memberi tunjuk ajar kepada saya
tentang cara-cara untuk menyiapkan folio
ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa, adik-
beradik dan kawan-kawan saya yang tidak
kedekut ilmu memberi sedikit sebanyak
maklumat dan tunjuk ajar tentang cara
untuk menaip.
Sekian, terima kasih..

Yang Menaip,
Rujukan

Buku aturcara Anugerah Pelajar Cemerlang


Majalah Sekolah Teras
Pemerhatian
Folio kakak
Soal selidik
Internet
Rumusan

Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana saya telah


menyiapkan projek folio ini dengan jayanya. Semasa
membuat folio ini, saya dibantu oleh ibu bapa, guru
dan rakan-rakan saya yang sentiasa memberi maklmat-
maklumat terkini dan sedikit tunjuk ajar dari mereka
untuk saya menyiapkan folio ini. Saya tidak akan
melupakan jasa dan tunjuk ajar daripada mereka.
Dengan folio ini, saya lebih mengetahui tentang latar
belakang, kemudahan dan insfrastruktur sekolah.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih
mendalam tentang nama dan lambang sekolah.
Sejarah pembangunan sekolah ini membuatkan saya
bearasa teruja terhadap SMK Meru. Saya berharap agar
folio ini dapat memupuk rasa bangga dan cinta
terhadap SMK Meru. Sekian, wassalam...

Tokoh Pelajar 2007


Nama Amalina Zafira binti Sarip
:
Tarikh Lahir ; 24 Oktober 1990
Tempat Lahir : Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
Klang
Cita-cita : Pakar Othodontik
Pencapaian UPSR : 5A
: PMR : 8A
SPM : 8A1, 3A2

Tokoh pelajar ini dilahirkan di Klang pada 24


Oktober 1990. Puteri kepada pasangan Encik Sarip dan
Puan Noriyah ini merupakan anak ke empat daripada
enam orang adik- beradik. Beliau merupakan seorang
yang berkeyakinan tinggi dalam mencapai cita-cita
beliau. Bekas pelajar SMK Meru ini juga menjawat
pelbagai jawatan penting seperti pengawas, AJK Kelab
Bola Keranjang, AJK Kelab Pengakap dan AJK Persatuan
Bahasa Inggeris. Tokoh pelajar ini juga telah menyertai
pelbagai pertandingan, antaranya Kuiz Pengguna pada
tahun 2007, Kuiz Fizik, Kuiz Sains, Kuiz Matematik,
Forum Remaja dan Cabaran Celcom Exchange.
Sentiasa fokus dan berdisiplin merupakan faktor
kecemerlangan dalam hidupnya. Selain itu, tokoh
pelajat ini mempunyai sahsiah terpuji dan amat
menghormati guru.

Bendera sekolah
Histeria

Sekolah ini pernah mengalami kejadian histeria yang amat


teruk sehinggakan sekolah ditutup selama beberapa hari.
Kejadian ini berlaku pada bulan Ogos 2007. Seramai 66 pelajar
perempuan dan 3 pelajar leleki telah mengalami histeria. 11
bamoh juga dipanggil untuk mengawal keadaan itu.

You might also like