You are on page 1of 64

Memulih sahsiah pelajar

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN


rencana@kosmo.com.my

SABAN hari kita disajikan dengan laporan-laporan kes jenayah yang kebanyakan
dilakukan oleh golongan remaja seperti meragut, merogol, membunuh dan lain-
lain.Kisah-kisah yang menjadi tumpuan media cetak mahupun elektronik itu hanya
sekadar menjadi bahan bacaan harian yang telah dianggap sebagai insiden biasa dalam
masyarakat kita pada masa kini.Siapakah yang wajar dipersalahkan? Tidakkah kita
prihatin melihat anak bangsa yang bakal menjadi generasi negara diserang penyakit
mental atau stres?Dalam menangani isu membimbangkan ini, beberapa pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) tampil menggesa kerajaan mengambil serius dan telus dalam menangani
masalah remaja terutama golongan pelajar sekolah yang semakin membimbangkan pada
masa kini.Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN),
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) serta Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat
Malaysia (Mubarak) Wilayah Persekutuan berharap kerajaan menyelaraskan intipati
pendidikan mengikut transformasi persekitaran.Presiden PIBGN, Prof. Madya Datuk
Mohamad Ali Hasan berkata, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibubapa-Guru)
1998 yang termaktub di dalam Akta Pendidikan 1996 perlu dilihat semula dan diberi
nafas baru."Kini pelbagai masalah melibatkan remaja seperti bunuh, dadah, merompak
lebih banyak melibatkan golongan remaja yang bersekolah. Oleh itu kita kena lihat
dengan lebih menyeluruh untuk memberi pendidikan secara holistik kepada anak-anak
masa kini bermula dari akar umbi," katanya ketika di temui Kosmo! selepas
mempengerusikan mesyuarat bersama NGO yang terlibat di Memorial Tun Hussien Onn
baru-baru ini.

Kekurangan dana

Antara barisan panel yang membincangkan isu tersebut ialah Yang Dipertua Mubarak,
Aziz Yassin, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, Setiausaha Mubarak,
Prof. Datuk Seri Ibrahim Saad dan Panel Pemikir GPMS, Datuk Mohd. Ali Baharom.
Merujuk kepada akta tersebut di bawah fasal 5 (1), dinyatakan tujuan-tujuan persatuan
ialah untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan
murid-murid dalam sekolah dalam meningkatkan imej sekolah.Untuk tujuan itu kata
Mohamad Ali lagi, PIBG perlu meminta sumbangan daripada ibu bapa pelajar yang
kadangkala diiringi dengan rungutan yang tidak enak didengar."PIBG berusaha untuk
anjurkan aktiviti dan program untuk melibatkan ibu bapa, guru serta pelajar untuk
mewujudkan suasana yang sihat dan secara tidak langsung para pelajar khususnya
golongan belia dapat menghabiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah."Tetapi PIBG
kesal kerana sumbangan dana yang tidak mencukupi menjadi kekangan kepada kami
untuk terus melaksanakan tujuan asal pertubuhan ini diwujudkan," katanya.Tambahnya,
dalam mesyuarat tersebut, turut disentuh ialah Bahagian IV, fasal 13 akta tersebut iaitu
persatuan tidak boleh bergabung dengan mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja
atau lain-lain pertubuhan yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah undang-undang
bertulis yang berkuat kuasa berhubung dengannya."Kita bukan mahu berpolitik di
sekolah, kita perlukan permuafakatan daripada semua pihak tidak kira daripada parti
kerajaan mahupun pembangkang, dengan kekangan di bawah dasar berkenaan, PIBG
umpama 'terhalang' untuk bermuafakat dengan pertubuhan luar."Diharap kerajaan dapat
meneliti balik perkara ini kerana ia umpama kerajaan sendiri 'menghalang' PIBG untuk
membantu memulihkan sahsiah pelajar sekolah," katanya. Mohamad Ali turut
mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Jawatankuasa untuk mewujudkan Majlis
Penasihat Pendidikan."Apa yang kita lihat selalunya hanya ada penasihat dan pemerhati
dalam bidang ekonomi sahaja, kenapa tidak wujudkan untuk bidang pendidikan
pula?"Sekarang ini, kita perlu lihat aspek pendidikan secara keseluruhan iaitu bermula
daripada prapendidikan sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk
mencari satu pendekatan baru untuk membentuk remaja melalui pendidikan yang
berkesan," ujarnya.

Kaji dasar pendidikan

Tambah Mohamad Ali, dasar dan peraturan yang telah diwujudkan untuk pendidikan
negara perlu diteliti serta dikaji dengan lebih telus. Bukannya hanya melontarkan idea
secara ad-hoc."Kita bukan mahu wujudkan agenda politik dalam pendidikan, tetapi
mereka yang membuat peraturan perlu memikirkan bagaimana orang bawahan mahu
melaksanakan dasar berkenaan."Kita ambil contoh Program Pengajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pelaksanaan dasar itu tidak menyeluruh,
implikasinya ia menjadi beban kepada kita semua," katanya.Sementara itu, Pengerusi
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mustafa Latif berkata,
kerajaan sepatutnya memberi sokongan terhadap PIBG sekolah dalam membentuk
sahsiah remaja dan bukannya hanya tertumpu kepada akademik sahaja."Kita lihat dengan
pengiktirafan seperti Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), ia dilihat seperti memberi
pengiktirafan terhadap guru besar dan pengetua sahaja dan ia hanya melibatkan sekolah-
sekolah yang pelajarnya memang daripada kategori bijak."Bagi sekolah-sekolah panas
yang sentiasa bermasalah, hanya PIBG yang bertungkus-lumus menyediakan pelbagai
aktiviti kokurikulum untuk mengelakkan mereka terjebak dengan aktiviti tidak sihat
diluar," katanya.Tambah Mohammad Ali, kerajaan sepatutnya melihat bidang pendidikan
sebagai satu bidang yang menyeluruh bukan sahaja melibatkan Kementerian Pendidikan,
Kementerian Pengajian Tinggi tetapi kesemua kementerian secara amnya.Panel Pemikir
GPMS, Datuk Mohd. Ali Baharom yang juga Pegawai Khas Majlis Bekas Wakil Rakyat
(Mubarak) Wilayah Persekutuan Malaysia berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan
Kementerian Pertahanan Malaysia untuk menganjurkan beberapa aktiviti yang
melibatkan golongan belia."Bagi pemimpin-pemimpin parti politik tidak kira parti
pemerintah ataupun parti pembangkang, keprihatinan dan respon yang positif amat di
perlukan. Janganlah hanya berpolitik sahaja."Sebagai masyarakat majmuk, remaja dan
belia-belia kita perlukan keprihatinan daripada kita untuk menghindarkan mereka
daripada terjebak ke kancah yang tidak sihat ini," katanya.

Alat penyiram mesra pengguna


Kegunaan

Alat inovasi ini amat berguna kepada orang ramai. Ia dapat yang kesibukan atau tiada di
rumah bagi satu tempoh yang agak lama.Dengan alat ini mereka tidak perlu risau tentang
tanaman akan layu atau mati kerana kekurangan air.Ia akan melakukan siraman tanaman
secara automatik.Inovasi menarik ini juga boleh digunakan untuk membaja tanaman
dengan baja organik (organic enzyame) buatan sendiri. Cecair ini dicampur dengan air
dan diisi dalam botol air.

Cara Operasi

1.Alat ini amat mudah dikendalikan. Dengan menggunakan konsep tekanan air
mengembang dan mengecut.

2.Pada siang hari, ia menyerap pancaran cahaya matahari, tenaga haba menjadikan
tekanan dalam botol air naik dan seterusnya membolehkan air mengalir keluar menerusi
paip getah. Pada waktu malam, suhu persekitaran menurun menyebabkan tekanan dalam
botol air juga menurun. Disebabkan tekanan air kurang, maka air akan berhenti mengalir
keluar.

3.Lilitan dawai yang terikat dipaip getah juga memainkan peranan sebagai 'kunci pintu'.
Dengan konsep mengembang dan mengecut , ia boleh mengawal pengaliran air pada
waktu siang dan malam.

4.Akhir sekali, masukkan air yang dicampurkan dengan baja organik yang dibuat
daripada kulit buah-buahan (bahan buangan).

Cara ini bukan sahaja dapat mengurangkan bahan buangan, malah menjadikannya lebih
bernilai dan dapat menjimatkan wang.

Manfaat

Alat ini amat mudah digunakan, menjimatkan masa dan wang. Pengguna tidak perlu
menyiram tanaman setiap hari.Ramai mendapat manfaat daripada penggunaan alat ini
sebab mudah digunakan dan menjimatkan masa. Alat ini boleh diperbuat dengan bahan
buangan, jadi untuk menghasilkan alat ini tidak memakan kos yang tinggi.

klerosis rosakkan saraf otak


Oleh Zuhayati Yazid

SEJAK beberapa tahun lalu penganalisa data, Zamani Ahmad, mengalami masalah
penglihatan yang kabur. Kadang kala objek di depannya dilihat berganda-ganda
walaupun telah mengenakan kaca mata.Dia tidak menganggapnya sebagai masalah serius
hanya berandaian disebabkan kesan kerja yang sentiasa menghadap komputer.Namun
akhir-akhir ini dia berasakan ada kelainan pada tubuhnya terutama di bahagian tangan
dan kaki yang sesekali terasa kebas selain mudah berasa letih.Khuatir dengan keadaan
tersebut lebih-lebih lagi dengan usianya yang semakin mencecah persaraan, dia membuat
temu janji dengan doktor.Hasil pemeriksaan, doktor mengesyaki simptom-simptom yang
dialami Zamani menunjukkan kemungkinan dia mengalami apa yang dipanggil sebagai
sklerosis berbilang yang lazim menyerang tanpa disedari penghidapnya.Sklerosis
berbilang atau Multiple Sklerosis (MS) ialah sejenis serangan saraf terutama pada otak. Ia
sememangnya tidak menunjukkan gejala khusus. Simptom-simptom yang ditunjukkan
mirip kepada masalah biasa seperti keletihan, pandangan kabur dan rasa kebas pada kaki
serta lengan.Keadaan ini menyebabkan ia sukar dikesan dan penghidapnya menderita
bertahun-tahun.MS berlaku apabila sistem ketahanan tubuh menyerang myelin, iaitu
lapisan selaput yang melindungi sel-sel saraf membabitkan otak, tulang belakang dan
mata.Serangan yang berterusan boleh menyebabkan kerosakan kekal pada saraf
mengakibatkan isyarat tidak dapat disampaikan melalui saraf ke bahagian tubuh lain
seperti yang sepatutnya dan timbulnya gejala MS.Berdasarkan laporan perubatan, MS
merupakan salah satu penyakit saraf yang paling kerap menyerang orang dewasa di
seluruh dunia. Kerap kali juga menyerang golongan muda pada usia antara 20-an dan 30-
an.Dianggarkan seorang hingga sembilan daripada 100,000 penduduk Asia mengidap
penyakit ini. Statistik di Malaysia pula menunjukkan dua atau tiga orang dalam 100,000
kes.Perunding neurologi, Dr. Shanti Viswanathan berkata, gejala-gejala MS sukar diduga
malah simptom-simptom yang dialami oleh seseorang juga berbeza antara satu sama
lain.‘‘Biasanya simptom ini boleh di kesan melalui penglihatan yang kabur atau
pertuturan yang tidak jelas serta mengalami kebas-kebas ringan di bahagian muka serta
bahagian atas badan,” katanya. Kata Dr. Shanti lagi, kurang kesedaran mengenai penyakit
ini menyebabkan penghidapnya terus menderita.Menurutnya, rawatan awal sangat
penting dalam melambatkan perkembangan penyakit itu.Namun, bagi pesakit MS kronik,
mereka memerlukan rawatan sepanjang hayat.‘‘Kami percaya di luar sana, ramai yang
menghidap MS tetapi belum dirawat atau diketahui.‘‘Biarpun sehingga kini masih tidak
ditemui penawar kepada penyakit ini, kaedah rawatan interferon beta mampu
mengurangkan jumlah kes MS sehingga ke 40 peratus.“Rawatan ini juga juga dapat
memperlahankan kemampuan MS merebak,” katanya.Sementara itu syarikat framasutikal
antarabangsa, Bayer Schering Pharma melancarkan program bantuan kepada pesakit yang
menghidap MS melalui kaedah rawatan interfon beta.Melalui kaedah ini membantu
pesakit menjalani kehidupan yang lebih berkualiti jika pesakit mendapatkan rawatan awal
dan secara berterusan.Program telah diperkenalkan sempena Hari Multiple Sklerosis
(MS) Sedunia 2010. Program bantuan kepada pesakit MS ini yang dijalankan dengan
kerjasama jabatan-jabatan kebajikan serta hospital-hospital kerajaan.

Sementara itu, Pengarah Perubatan Bayer Bayer Schering Pharma, Dr. Shunitra Devi
memberitahu, dalam kajian yang telah dilakukan jangka hayat pesakit mampu bertahan
lebih lama jika mendapat rawatan awal.‘‘Kami sedar kos yang mahal menjadi halangan
kepada seseorang penghidap MS mendapatkan rawatan.“Ini antara sebab utama kami
memulakan program bantuan kepada pesakit. Ia bertujuan membantu lebih ramai
penghidap MS mendapatkan rawatan terbaik dari awal serta meneruskannya dalam
jangka waktu lama sehingga keadaan mereka bertambah baik,” katanya.

Kawal iklan luar demi syarikat iklan tempatan


DI MANA silapnya apabila syarikat-syarikat produksi iklan tempatan berdepan dengan
situasi kelangsungan hidup yang tenat, sedangkan perkara berkenaan tidak sepatutnya
menjadi satu masalah.Laporan khas akhbar ini semalam mendedahkan bahawa syarikat
produksi tempatan dilaporkan berdepan dengan situasi tenat apabila industri iklan
televisyen menguncup ketara daripada mencatatkan nilai pasaran RM200 juta setahun,
turun sehingga RM19 juta.Penurunan yang besar itu tentulah mencemaskan pelbagai
pihak khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam industri pengiklanan
tempatan. Umum mengetahui bahawa negara yang dicintai ini tidak pernah kurang
dengan segala macam bentuk peraturan dan prosedur kawalan tetapi malangnya
penguatkuasaan cukup ketara lemahnya.Masalah sebegini tidak berlaku sekiranya
kebebasan yang diberikan kepada industri dan syarat iklan buatan Malaysia dikuatkuasa
sepenuhnya dan bukan sekadar memejam sebelah mata.Kegagalan menguatkuasakan apa
yang sepatutnya dalam industri tempatan kini menyaksikan kerja-kerja pembuatan iklan
dilakukan di luar negara dengan melibatkan golongan profesional yang dahulunya ada
dalam pasaran tetapi telah berhijrah keluar.Jadi, tidak menghairankan apabila Malaysia
tidak lagi menjadi pengeluar iklan utama, sebaliknya berada di tempat kedua terendah
dalam kalangan 13 buah negara-negara Asia.Persoalannya, kenapa kita terlalu
mengutamakan bahan luar sekali gus menyaksikan industri pengiklanan sendiri terus
dihimpit dan tertekan, sedangkan kemampuan yang kita ada tidak kurang hebatnya
dengan apa yang dihasilkan di luar negara.Kita tidak seharusnya membiarkan syarikat-
syarikat asing yang beroperasi di negara ini menggunakan iklan yang sudah dibuat oleh
ibu pejabat mereka di luar negara dengan hanya meletakkan garis sempadan bahawa
selagi iklan itu tidak menjejaskan nilai moral rakyat dan mengancam keselamatan
negara.Langkah membiarkan keadaan seumpama itu berleluasa hanya akan merugikan
negara daripada pengaliran keluar profesional dan juga wang. Pada masa yang sama, kita
juga mencantas perkembangan bakat-bakat yang ada di dalam industri tempatan.Kenapa
perlunya keadaan 'anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan' dibiarkan.
Pihak yang berkenaan seharusnya membantu industri pengiklanan tempatan untuk terus
berkembang pesat.Sebenarnya Malaysia tidak pernah kekurangan sumber dan bakat
untuk memajukan industri berkenaan kecualilah pihak berkuasa sendiri meragui
keupayaan anak tempatan, yang sebaliknya dihargai dan disanjung tinggi kehebatannya
oleh pihak luar.Kerajaan tidak seharusnya membiarkan iklan-iklan yang disiarkan di
dalam apa juga bentuk media di negara ini membawa wajah-wajah luar yang ternyata
sama sekali tidak sesuai dan gagal membayangkan kepelbagaian bangsa dan masyarakat
yang ada di dalam negara.Persoalan pihak berkuasa atau kementerian manakah yang
seharusnya dipertanggungjawabkan tidak seharusnya timbul kerana kita perlu mengiktiraf
keupayaan sendiri, kerana jika tidak siapa lagi.

MEMACU EKONOMI NEGARA


Oleh Rohami Shafie

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri,


Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis ini. Tumpuan rakyat kini terarah kepada
intipati RMK-10 yang merupakan rancangan lima tahun pertama dari tahun 2011- 2015
bagi menjayakan agenda Model Baru Ekonomi (MBE). Oleh itu, rakyat ingin mengetahui
sejauh manakah ia bakal memberi manfaat kepada mereka. Lebih-lebih lagi berkenaan
dengan usaha-usaha untuk meningkatkan ekonomi rakyat pada tahap terbaik. Ekonomi
rakyat perlu diperkasakan seiring dengan hal-hal kebajikan rakyat. Keperluan- keperluan
semasa rakyat pula mestilah diurus dengan baik. Dari kaca mata rakyat, mengurus
ekonomi negara dengan baik bermakna mengurus kesejahteraan rakyat. Oleh itu, apabila
ada pemimpin yang menyatakan rakyat mestilah menerima hakikat bahawa bantuan
kerajaan seperti subsidi patut dimansuhkan, pemimpin ini mungkin tidak mengetahui
hakikat sebenar kesusahan rakyat menjalani kehidupan harian. Turunlah ke padang
melihat realiti sebenar kepayahan rakyat. Bukannya sekadar berada di kerusi empuk dan
membuat keputusan untuk menyelesaikan masalah rakyat hanya berdasarkan nasihat
daripada penasihat-penasihat masing-masing. Amalan turun ke padang mampu memantau
secara dekat setiap program yang bakal dilaksanakan dalam RMK-10.Justeru itu, RMK-
10 tidak boleh lari daripada menjadikan rakyat sebagai pelanggan utama kerajaan.
Penumpuan ekonomi rakyat mestilah konklusif dan holistik. Ekonomi-ekonomi strategik
rakyat sewajarnya diberi keutamaan tertinggi. Jika dahulu, tumpuan lebih ke arah
memajukan ekonomi-ekonomi berskala besar berasaskan kos buruh rendah yang mana
sebahagian besarnya telah berjaya, maka RMK-10 seharusnya memberi tumpuan kepada
ekonomi majoriti rakyat yang tidak berada dalam golongan berpendapatan tinggi.
Penglibatan lebih ramai lagi rakyat seharusnya menjadi teras utama RMK-10.Tanpa
meminggirkan pelaburan langsung asing (FDI) dan ekonomi bernilai tinggi seperti
petrokimia dan kewangan Islam, bantuan seharusnya disalurkan kepada ekonomi
domestik yang banyak melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Majoriti
peniaga di Malaysia adalah PKS, manakala selebihnya melibatkan syarikat-syarikat
mega. Perbanyakkan dana, bantuan dan insentif-insentif untuk PKS. Jika PKS dapat
dimajukan dengan pelbagai strategi baru yang inovatif, manfaatnya akan lebih meluas
lagi berbanding dengan hanya tertumpu kepada segelintir syarikat-syarikat besar. Apa
yang penting, ekonomi berasaskan pengetahuan tinggi yang menitikberatkan teknologi
terkini diterapkan dalam budaya kerja PKS. Budaya kerja sebegini bakal menggandakan
prestasi PKS, seterusnya melonjakkan ekonomi rakyat secara menyeluruh.Ekonomi-
ekonomi strategik rakyat seperti pelancongan dan pertanian pula jangan sesekali
diketepikan. Jika kerajaan ingin mengurangkan defisit, dua sektor ini amat dekat sekali
dengan rakyat. Malaysia mempunyai banyak tempat pelancongan yang boleh
diintegrasikan. Jaringan pelancongan sewajarnya dibina dengan lebih kukuh lagi. Setiap
negeri mempunyai keistimewaan yang tersendiri.Keunikan inilah harus digemblengkan
dan diintegrasikan bersama-sama dengan suasana persekitaran yang lebih menarik.
Membangunkan pelancongan secara terancang mampu memberi limpahan ekonomi yang
berskala besar kepada rakyat. Melaluinya, pelbagai industri yang berkaitan seperti
industri makanan halal, perhotelan dan juga pengangkutan dapat dibangunkan.
Manakala, pertanian pula amat dekat dengan golongan petani dan penduduk luar bandar.
Pertanian berskala besar mampu mengurangkan import makanan, bahkan boleh
meningkatkan lagi eksport negara. Umum mengetahui, dalam membangunkan
infrastruktur-infrastruktur yang canggih berorientasikan industri hartanah, industri
pertanian tidak boleh sesekali dipinggirkan. Ini kerana krisis makanan pernah melanda
dunia sebelum ini. Tidak mustahil ia berpotensi untuk berlaku sekali lagi dengan keadaan
yang lebih teruk lagi jika keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa kini dijadikan
sandaran. Maka, mahu tidak mahu, industri pertanian patut diberi tumpuan. Malaysia
tidak boleh lagi hanya bergantung kepada produk-produk pertanian import. Pertanian
tidak sepatutnya dilabelkan sebagai industri desa sahaja. Banyak negara di dunia ini telah
berjaya membangunkan produk-produk pertanian mereka sehingga berupaya
mengeksport dalam skala besar ke seluruh dunia, seterusnya memacu ekonomi rakyatnya.
Inilah yang sepatutnya diketengahkan dalam RMK-10.Namun begitu, dalam usaha
menjayakan RMK-10 bagi memacu ekonomi rakyat, kerajaan seharusnya mempelajari
kesilapan-kesilapan yang lepas. Salah satu daripadanya adalah dengan menjadikan
laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada setiap tahun sebagai panduan utama
untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan kerajaan. Banyak lagi ruang
penambahbaikan bagi memastikan tiada lagi pembaziran dan ketirisan dalam
membelanjakan wang rakyat. Pemantauan setiap ringgit wang rakyat yang dibelanjakan
haruslah dibuat secara berterusan agar ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Begitu juga, sebarang penyelewengan dan rasuah mestilah diperangi secara habis-
habisan. Kesemua ini memberi kesan buruk kepada pembangunan ekonomi negara dan
rakyat. Jika risiko-risiko ini tidak diurus dengan baik, maka tidak mustahil objektif dan
matlamat RMK-10 tidak dapat dicapai dengan jayanya. Seterusnya, ia meningkatkan lagi
risiko kegagalan MBE.
MENANGANI ISU NUKLEAR
Oleh ROHANI IBRAHIM
rencana@utusan.com.my

Akta Perdagangan Strategik 2010 yang diluluskan Malaysia pada April baru-baru ini
merupakan komitmen Malaysia dalam memastikan dunia bebas daripada senjata nuklear
serta mencegah negara dari menjadi sarang senjata pemusnah besar-besaran. Akta itu
membolehkan kerajaan mengawasi sebarang program pembangunan senjata nuklear serta
senjata pemusnah lain. Melalui akta berkenaan juga, Malaysia yang kini merupakan
Pengerusi Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berupaya mengawasi kemasukan
dan perbincangan perdagangan senjata di negara ini. Akta berkenaan diluluskan selepas
penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Amerika Syarikat
(AS) pertengahan April lalu.Pengarah Eksekutif Pusat Kawalan Senjata dan Senjata
Nuklear Washington DC, John Isaacs berkata, biarpun Malaysia bukan sebuah negara
kuasa nuklear, namun komitmen Malaysia mewujudkan dunia bebas daripada nuklear
tetap penting. ''Ini kerana pada tahun 2003 dan 2004 terdapat laporan yang mendapati
bahan berkaitan senjata nuklear dibawa melalui perairan Malaysia. Biarpun tidak ada
bukti penglibatan kerajaan Malaysia, nama sebuah syarikat Malaysia tercatat pada
bungkusan berkenaan," katanya. Isaacs berkata demikian dalam sesi perbincangan
mengenai kawalan senjata nuklear anjuran Kedutaan AS di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas beliau, apabila berlaku serangan nuklear di AS atau Eropah atau mana- mana lokasi
di dunia, sebahagian besar daripada negara akan mengehadkan pergerakan keluar masuk
bagi mengawal senjata tersebut daripada masuk ke negara masing- masing. ''Pasaran
kewangan akan jatuh merudum dan penganalisis pernah meramalkan jumlah kerugian
boleh mencecah trilion dolar AS. Aktiviti dagangan dunia juga akan menghadapi
masalah. Ini merupakan satu situasi yang digeruni oleh ramai orang. ''Justeru, AS sentiasa
mencari pendekatan baru untuk mewujudkan suasana nuklear sifar termasuklah
mewujudkan zon bebas nuklear di Asia Barat," katanya. Perdana Menteri dalam Sidang
Kemuncak Keselamatan Nuklear April lalu, menegaskan pendirian Malaysia bahawa
program nuklear hanya perlu ditumpukan kepada kepentingan pembangunan dan
keamanan semata-mata.Malaysia yang dijangka memiliki loji jana kuasa nuklear
pertamanya pada 2021 kini sedang melaksanakan kajian kebolehsanaan penggunaan
tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik pada masa akan datang. Loji jana kuasa
nuklear negara ini akan menjadi loji yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara
bertujuan menampung peningkatan penggunaan bekalan tenaga pada masa depan. Datuk
Seri Najib Tun Razak sebelum ini dilaporkan berkata, dalam menimbang semua sumber
tenaga, sedikit sebanyak kerajaan memberikan tumpuan kepada tenaga nuklear kerana
kelebihannya dari segi efisien dan kos yang tidak boleh tidak dipertikaikan. Ditanya
mengenai perkembangan di Malaysia yang sedang mendapatkan pelbagai pandangan
mengenai loji nuklear, Isaacs menjelaskan, perdebatan mengenai isu nuklear turut
menimbulkan kontroversi di AS. ''Antara perkara yang dibangkitkan adalah bagaimana
memastikan loji berkenaan tidak digunakan untuk membangunkan senjata serta
pengurusan sisa nuklear. ''Di AS, isu ini masih belum selesai manakala program
pengurusan sisa nuklear di Nevada terbengkalai lebih setahun dulu. Saya tidak pasti
bagaimana Malaysia boleh menyelesaikan masalah ini dan saya juga tidak tahu jika
adanegara yang berjaya menyelesaikan masalah ini," katanya.
Perpecahan punca Islam terus ditindas

BEBAS beragama dalam erti kata melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan
larangan-Nya, adalah antara nikmat terbesar bagi umat Islam di Malaysia. Hakikatnya,
kita di Malaysia tidak perlu rasa bimbang atau curiga untuk beribadat di masjid atau
surau pada bila-bila masa. Malangnya, dalam keterbukaan itu, berlaku cubaan-cubaan
untuk menjadikan masjid dan surau sebagai ‘gelanggang berpolitik’. Natijahnya,
berlakunya label melabel dan berpuak-puak yang akhirnya menyebabkan masjid yang
antara fungsinya untuk menyatukan umat bertukar kepada tempat bermasam muka dan
perpecahan. Sedangkan Allah menegaskan supaya umat Islam bersatu-padu dan jangan
berpecah-belah.

Ia sebagaimana firman Allah yang maksud-Nya: Dan berpegang teguhlah kamu


semuanya kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat
Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu,
sehingga dengan nikmat-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan kamu berada di tepi
jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. (ali-‘Imran:
103)Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZHAFARAN NASIB
menemu bual Pengerusi Rancangan Pengajian Islam, Fakulti Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia, Dr. Mohd. Farid Mohd. Sharif bagi mengupas isu ini.Mega:
Dalam al-Quran di atas Allah menjelaskan kepentingan jangan berpecah-belah.
Malangnya, akhir-akhir ini, umat Islam dilihat sudah berpecah akibat perbezaan ideologi
politik. Apakah natijahnya jika hal ini berlarutan?DR. FARID: Kepentingan perpaduan
umat Islam jelas dapat dilihat menerusi firman Allah dalam surah ali-‘Imran
tadi.‘Nikmat’ yang dimaksudkan oleh Allah menerusi ayat tersebut ialah Islam. Allah
menyebut Islam itu sebagai nikmat yang membuatkan manusia itu bersaudara dan bersatu
padu. Oleh itu, menolak atau merosakkan perpaduan boleh dianggap seperti menolak
rahmat Allah. Allah telah menjanjikan kesejahteraan dan keselamatan di dunia dan
akhirat kepada mereka yang mementingkan ikatan persaudaraan dan menjauhkan
persengketaan.Sejarah perpecahan umat Islam bermula sejak awal lagi, iaitu pada tahun
37 Hijrah, dalam Perang Siffin, perang saudara yang pertama dalam sejarah umat Islam,
antara kumpulan Ali dengan kumpulan Muawiyah. Konflik ini timbul bukan berpunca
daripada soal agama tetapi disebabkan kepentingan politik, rebutan kuasa dan
perkauman. Oleh itu, saya berpendapat selagi umat Islam berbeza daripada sudut
pemikiran dan ideologi, selagi itulah akan ada konflik antara mereka.Lagi satu saya ingin
jelaskan bahawa dalam masyarakat itu sendiri ramai antara mereka terdiri daripada orang
yang kecewa. Antaranya ada dalam kalangan mereka yang kecewa dalam politik, kecewa
kerana tidak naik pangkat, kecewa kerana tidak berkahwin atau tidak bertemu jodoh yang
sesuai dan sebagainya. Mereka ini kemudiannya akan mewujudkan kumpulan, persatuan
atau parti politik dan melahirkan kekecewaan terhadap realiti yang mereka lalui. Kita
semua sudah sedia maklum bahawa antara kesan yang akan timbul daripada perpecahan
ini ialah umat Islam akan hilang jati diri dan maruah. Ramai pemikir Islam telah
melahirkan kebimbangan ini, antaranya ialah Malik ben Nabi.
Beliau berkata umat Islam mestilah menjadi seperti air yang bertakung di atas tanah
tinggi dan mampu mengalirkannya ke tanah rendah. Kerana air yang berada di bawah
tidak akan sesekali mengalir ke atas.Kebimbangan yang sama juga telah dinyatakan oleh
Shakib Arsalan dan Sheikh Ali al-Nadwi. Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan
ideologi politik menjadi salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan umat
Islam.Lebih menyedihkan, masjid yang sepatutnya menjadi lokasi penyatuan ummah
turut terkena tempias perpecahan ini. Menyebabkan ada pihak yang tidak lagi mahu
berjemaah di masjid. Apa pandangan Islam tentang hal ini?DR. FARID: Apabila orang
bukan Islam bertanya kepada saya, “Apakah maksud orang Islam”, jawapan saya yang
mudah, orang Islam itu ialah orang yang percaya kepada Allah yang satu, al-Quran yang
satu, nabi yang seorang iaitu Muhammad SAW. Perpaduan umat Islam lahir daripada
kepercayaan yang sama ini berasaskan kepada tauhid. Walau di mana mereka berada
sekalipun, tidak semestinya hanya di masjid, bahkan di tempat kerja, atau di padang
rekreasi, orang Islam tetap dikatakan bersaudara. Memang benar masjid itu menjadi
tempat terbaik untuk umat Islam menyemai konsep tauhid ini. Masjid adalah milik umat
Islam secara berjemaah, tidak sepatutnya menjadi harta milik individu atau puak tertentu.
Orang yang pergi ke masjid niatnya mahu mencari ketenangan dan kekhusyukan, tetapi
jika ketenangan yang dicari-cari itu tidak ditemui di masjid, kerana wujudnya gangguan
atau tindakan yang tidak sewajarnya, maka orang itu akan berpendapat apa perlu lagi dia
ke masjid.Hal inilah kadangkala yang menjadi faktor kenapa sesetengah masjid tidak
begitu digemari oleh orang ramai. Satu perkara lagi yang ingin saya jelaskan ialah kita
perlu membezakan antara maksud ‘berbincang tentang politik’ dengan ‘berpolitik’ dalam
masjid. Jika berbincang tentang politik di masjid, saya fikir hal itu tiada salahnya.
Memang benar inilah antara aktiviti yang dijalankan di masjid pada zaman nabi. Sebagai
contoh, berbincang atau berdebat tentang isu pendidikan negara, isu kenaikan cukai, isu
kenaikan harga barang, isu pendatang asing dan lain-lain. Semua isu ini memang
berkaitan dengan politik dan boleh diperdebatkan di dalam masjid.Tujuannya untuk
memberi kefahaman kepada anggota masjid yang lain dan menyalurkan maklumat
penting berkaitan negara. Hal yang menjadi masalah jika mereka ‘berpolitik’ dalam
masjid. Maksud ‘berpolitik’ di sini adalah berkempen politik iaitu berkempen untuk
menaikkan imej sesuatu pihak dan menjatuhkan imej satu pihak yang lain. Tentulah
dalam berkempen politik ini ada pihak yang akan menggunakan cara atau kaedah yang
kurang wajar seperti membuka aib atau keburukan pihak lain, melakukan fitnah dan
mengumpat.Saya berpendapat bahawa cara ‘berpolitik’ dalam masjid seperti inilah jika
tidak dibendung akan mendorong berlakunya perpecahan dalam masyarakat.
Mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestik dan FDI -
Rasuah dari sudut ekonomi

Penulis Tamu Oleh Dr. Mohd. Haflah Piei


SALAH satu daripada iltizam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari
hari pertama beliau mengambil alih tampuk kerajaan negara ialah untuk mencegah dan
seterusnya membasmi amalan rasuah di kalangan masyarakat di negara ini. Walaupun
penyakit rasuah di Malaysia tidaklah seteruk yang terdapat di kebanyakan negara
membangun seperti di Filipina, Bangladesh, Pakistan dan negara-negara dalam peralihan,
tetapi ia perlu disekat sebelum merebak. Pada tahun 2003, mengikut Transparency
International, Malaysia menduduki tempat ke-37 dari segi tahap amalan rasuah - satu
kedudukan kurang selesa sementara negara Finland menduduki tempat pertama dan
terbaik.Namun, tidak banyak yang membincangkan tentang ekonomi atau lebih tepat lagi
disekonomi amalan rasuah tersebut. Perbincangan atau kajian tentang ekonomi rasuah ini
termasuk isu-isu penting tentang sumber dan punca rasuah dari perspektif ekonomi, kesan
atau kos amalan rasuah ini ke atas firma, industri dan ekonomi negara serta kesan ke atas
individu dan masyarakat.Di sebaliknya kebanyakan isu rasuah dibincangkan dari sudut
moral dan etika amalan tersebut. Oleh sebab itu, rencana ini akan membincangkan
amalan rasuah dari perspektif ekonomi secara ringkas.Sebenarnya, konsep rasuah ini
bersifat multifaceted, melibatkan berbagai-bagai unsur dan bentuk. Secara umum ia
dianggap sebagai penyalahgunaan kedudukan, awam dan tidak kurang juga swasta, bagi
keuntungan persendirian. Ia lebih cenderung berlaku apabila individu menganggap
kedudukan yang diperoleh sebagai satu peluang untuk membuat keuntungan peribadi dan
bukan sebagai tanggungjawab dan amanah beberapa pihak yang perlu dipikul dan
dipenuhi.Di antara jenis rasuah, terdapat tiga jenis yang penting serta diberi penekanan.
Ini termasuk rasuah pentadbiran (administrative corruption), rasuah dalam urusan
perolehan awam (public procurement corruption) dan rasuah dalam bentuk `penawanan'
beberapa institusi negara (state capture).Rasuah pentadbiran merujuk kepada
penguatkuasaan dan pelaksanaan secara menyeleweng dan secara sewenang-wenang
peraturan, undang-undang dan garis panduan, yang berkuat kuasa oleh kakitangan awam
bagi tujuan memperoleh keuntungan peribadi secara haram. Ia diukur dengan berbagai-
bagai petunjuk seperti peratusan bayaran rasuah berbanding dengan jualan hasil yang
diperoleh. Lagi berat undang-undang dan peraturan yang dilanggar lagi tinggi jumlah
rasuah yang perlu dibayar. Rasuah perolehan awam pula merupakan suatu dimensi
penting rasuah yang melibatkan agihan/peruntukan kewangan dan sumber awam ataupun
kerajaan. Ia kerap diukur sebagai peratusan bayaran rasuah untuk mendapatkan sesuatu
kontrak kerajaan.Rasuah dalam bentuk penawanan beberapa institusi negara (state
capture corruption) merupakan beberapa tindakan ejen-ejen ekonomi atau firma dalam
sektor awam atau swasta untuk mempengaruhi penggubalan serta pelaksanaan undang-
undang, peraturan, arahan (decrees) dan lain-lain dasar kerajaan supaya memihak serta
menguntungkan mereka dengan memberi sogokan kewangan.Di antara institusi yang
kerap menjadi target termasuklah akta-akta parlimen, peraturan bank pusat, perundangan
dengan cuba mempengaruhi keputusan-keputusan mahkamah sivil ataupun perdagangan;
parti politik selalunya parti yang memerintah dengan memberi sumbangan kewangan
untuk membiayai aktiviti parti berkenaan.
Dalam semua keadaan, amalan rasuah melibatkan kos sama ada dalam bentuk
peningkatan dalam perbelanjaan awam, pembaziran sumber, peningkatan dalam kos urus
niaga, pengurangan dalam keluaran, kemerosotan dalam kualiti infrastruktur dan
perkhidmatan dan sebagainya.Mengikut beberapa kajian, rasuah mengakibatkan salah
agihan kemahiran dan bakat (misallocation of talent) termasuk masalah guna tenaga tidak
penuh beberapa golongan kemahiran yang penting dalam sesuatu masyarakat. Kita kerap
mendengar, melalui rasuah seseorang diberikan jawatan yang kanan ataupun tugasan
yang lumayan di samping menyekat peluang yang sama kepada individu lain yang lebih
berkebolehan dan berkelayakan. Akibatnya hasil kerja yang diperoleh selalunya lebih
inferior dibandingkan jika ia dilakukan oleh individu yang lebih cekap dan
berkebolehan.Rasuah cenderung mengakibatkan pengurangan dalam pelaburan domestik
dan pelaburan asing langsung (FDI). Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi
pelaburan terutama pelaburan langsung asing. Selain daripada insentif pelaburan yang
ditawarkan, faktor-faktor lain termasuklah kos buruh, sumber asli tempatan, saiz pasaran
domestik dan juga kecekapan urus tadbir (governence) ekonomi dan kerajaan yang
meliputi juga tahap rasuah, birokrasi dan red tape. Dalam keadaan sesebuah ekonomi
yang menghadapi masalah urus tadbir yang teruk, birokrasi dan red tape yang
membebankan serta tahap rasuah yang kronik, kos pelaburan selalunya meningkat.
Akibatnya pelaburan akan berkurangan kecuali para pelabur diberikan insentif seperti
pelepasan cukai yang lumayan.Dalam keadaan di atas negara menanggung dua jenis
kerugian: Pertama, rasuah yang dibayar oleh pelabur dan kedua, jumlah cukai yang
dilepaskan oleh kerajaan. Jika urus tadbir diperbaiki serta rasuah dibanteras, kedua-dua
kerugian tersebut dapat diatasi.Mengikut satu kajian, jika Filipina boleh mengurangkan
rasuah kepada tahap yang terdapat di Singapura, ia akan dapat meningkatkan nisbah
pelaburan kepada KDNKnya sebanyak 6.6 mata peratusan. Dalam kajian yang sama, bagi
sebuah negara yang korup, kesan mengurangkan amalan rasuah adalah sama dengan
kesan pengurangan cukai korporat melebihi 20 mata peratusan dalam usaha untuk
menarik pelaburan. Dalam erti kata lain, dengan mengawal amalan rasuah, sesebuah
negara yang korup mampu menarik sejumlah pelaburan asing yang sama tanpa
memberikan pelepasan cukai yang lumayan hanya dengan mengawal amalan
rasuah.Rasuah juga kerap mengakibatkan herotan (distortion) dalam perbelanjaan dan
pelaburan awam serta kemerosotan kualiti infrastruktur fizikal seperti jalan raya,
jambatan, pelaburan dan sebagainya berasaskan kepada beberapa pertimbangan. Pertama,
rasuah lebih cenderung untuk meningkatkan perbelanjaan awam melebihi daripada yang
diperlukan. Lagi besar perbelanjaan awam sesebuah projek awam, lagi luas ruang untuk
para pegawai tinggi kerajaan yang tidak jujur memanipulasikan keadaan.Kedua, projek-
projek raksasa yang melibatkan pembinaan infrastruktur lebih disukai daripada projek-
projek untuk pembangunan luar bandar, sektor pertanian dan pembasmian kemiskinan.
Ini disebabkan skop untuk melakukan rasuah adalah lebih luas dan lumayan lagi. Ini
sudah tentu mempunyai kesan ke atas pendapatan, kebajikan serta kualiti hidup penduduk
luar bandar dan golongan miskin.Ketiga, perbelanjaan kendalian, operasi serta
penyelenggaraan alat-alat jentera dan lain-lain aset kerajaan kurang diminati daripada
perbelanjaan pembelian mesin dan peralatan baru.Keempat, amalan rasuah lebih
cenderung untuk mengurangkan hasil kerajaan akibat daripada pelepasan cukai yang
diberikan sebagai insentif pelaburan dan pengelakan daripada membayar cukai dengan
merasuah pegawai-pegawai berkenaan.Mengikut satu kajian, peningkatan dalam rasuah
dari tahap yang terdapat di Singapura kepada tahap yang terdapat di Pakistan akan
menyebabkan peningkatan nisbah perbelanjaan kepada KDNK sebanyak 1.6 mata
peratusan di samping mengurangkan nisbah hasil kerajaan kepada KDNK sebanyak 10
mata peratusan.Akhir sekali, amalan rasuah memperlahankan malah membantutkan
pertumbuhan sesebuah ekonomi. Sebagai contoh, jika dalam tempoh 1960-85,
Bangladesh dapat mengurangkan rasuah kepada tahap Singapura dalam tempoh tersebut,
kadar pertumbuhan per kapita tahunan Bangladesh sebanyak 4 peratus boleh ditingkatkan
sebanyak 1.8 mata peratusan iaitu bersamaan peningkatan sebanyak 50 peratus daripada
kadar pertumbuhan per kapita yang benar-benar dicapai dalam tempoh tersebut. Satu
peluang yang terlepas begitu sahaja kerana ia gagal untuk membanteras rasuah!
Sebenarnya terdapat banyak lagi kesan ekonomi atau kos akibat berlakunya rasuah dalam
ekonomi. Memadai dengan perbincangan di atas. Walaupun ia kurang merujuk kepada
keadaan rasuah di Malaysia, ia sudah cukup untuk menjadi renungan kita berhubung
dengan beberapa jenis rasuah yang sedikit sebanyak terdapat di Malaysia dan betapa
buruknya kesan rasuah tersebut kepada ekonomi negara.Persoalannya sekarang
bagaimana hendak mengurangkan dan jika boleh membasmi gejala rasuah ini?Dalam
ruang yang terhad ini, digariskan secara kasar strategi-strategi yang perlu diambil untuk
menggarap masalah rasuah ini. Beberapa strategi tersebut telah dan sedang dilaksanakan
di Malaysia, seperti pengisytiharan aset oleh pegawai-pegawai kerajaan dari semasa ke
semasa; memperbaiki urus tadbir kerajaan supaya lebih telus, sistematik, cekap dan
profesional; mewujudkan beberapa sistem check and balance; membina sistem
pentadbiran awam yang berorientasikan perkhidmatan dan meritokrasi;
kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan perbelanjaan awam;
kebertanggungjawaban pemimpin-pemimpin politik; pegangan teguh kepada rule of law
dan sebagainya.Namun, strategi-strategi tersebut bukan setakat adanya sahaja tetapi lebih
penting ia dilaksanakan sepenuhnya serta kelihatan oleh masyarakat dilaksanakan dengan
cekap dan adil. Sebagai contoh kita ada peraturan pengisytiharan harta oleh pegawai
kerajaan tetapi sejauh mana ia benar-benar berkesan untuk membasmi amalan rasuah?
Kita mempunyai Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi sejauh mana ia benar-benar bebas
berfungsi tanpa mengira bulu?Jika kita renung-renung dengan teliti, kita akan dapat lihat
banyak perkara yang berunsurkan rasuah tetapi disebabkan sudah menjadi kebiasaan
maka ia tidak lagi dianggap rasuah malah digalakkan. Disebabkan biasa tegal bisa.Sukar
ditentukan di mana urusan rasmi berakhir dan rasuah bermula dan di mana sumbangan
dan bantuan ikhlas berakhir dan rasuah bermula. Pendek kata, amalan rasuah dalam
berbagai-bagai manifestasi, sebab dan akibat perlu diuraikan (unbundle) ditakrifkan dan
difahami dari segi konsep dan empiris dalam usaha untuk memerangi gejala rasuah ini.
Dalam konteks ini, penubuhan Akademi Anti Rasuah amat bertepatan pada waktu dan
ketikanya, dan ia amat dialu-alukan.

- Dr. Mohd. Haflah Piei ialah Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi
Malaysia (MIER). Beliau boleh dihubungi di alamat e-mel haflah@mier.po.my
HUBUNGAN Diet dan Diabetes

Sangat sedikit orang yang menyadari efek berat badan terhadap diabetes. Pada diabetes
gestational jauh lebih besar pada pasien yang kelebihan berat badan dibandingkan pada
mereka yang tidak. Diabetes Tipe 2, atau diabetes dewasa lebih sering ditemukan pada
orang yang kelebihan berat daripada orang yang dengan berat badan ideal. Bahkan,
hampir 90% dari mereka dengan diabetes tipe 2 kelebihan dalam berat badan. Jika Anda
menderita diabetes tipe 2, hadiah terbaik yang bisa Anda berikan kepada diri Anda
sendiri adalah dengan mengendalikan berat badan Anda.Di antara orang-orang yang
menderita diabetes tipe 2, hampir 40% mereka menderita tekanan darah tinggi, kondisi
lain yang dipercaya akan diperburuk dengan kelebihan berat badan. Kelebihan berat
badan mungkin juga menyebabkan kondisi yang dikenal sebagai resistensi insulin dimana
tubuh tidak lagi merespon insulin yang dibutuhkan untuk membantu tubuh dalam
menguraikan glukosa sebagai bahan bakar pada tingkat sel.Ada beberapa hal yang dapat
Anda lakukan untuk membantu diri Anda sendiri apakah anda telah didiagnosa dengan
diabetes tipe 2. Pertama-tama, kurangi beberapa kilo berat badan Anda. Saya tahu ini
jauh lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Diet tidak pernah mudah dan jarang
menyenangkan bagi kebanyakan orang. Namun, jika Anda tidak memulai mengambil
langkah-langkah drastis terhadap kesehatan, Anda mungkin tidak dapat menikmati
kualitas hidup yang telah Anda rencanakan untuk tahun-tahun keemasan Anda.Melawan
sambil berdiri. Jangan duduk dan membiarkan Diabetes mengendalikan Anda. Berdiri
dan kontrol tubuh Anda kembali. Anda harus berjuang sampai akhir dan jika Anda
membiarkannya, diabetes akan menjadi akhir dari segalanya. Lakukan aktivitas seperti
olahraga dan mendengarkan perintah dokter. Menemukan kekuatan dalam diri Anda
untuk melawan penyakit ini. Anda akan kagum dengan apa yang terjadi ketika Anda
memutuskan untuk berdiri dan berjuang untuk kesehatan Anda.Cari berbagai kegiatan
yang Anda sukai dan lakukan. Jangan membuat kegiatan-kegiatan dalam benuk pasif.
Menikmati waktu Anda di bawah sinar matahari. Melakukan apa pun untuk bangkit dan
bergerak setiap hari untuk mengingat mengapa Anda ingin hidup selamanya di dunia
ini.Perhatikan apa yang anda makan. Anda perlu kebutuhan makanan dengan diet yang
ketat setelah Anda didiagnosis dengan diabetes. Ini berarti bahwa Anda benar-benar
harus mengikuti pantangan Anda. Belajar untuk hidup dalam batas-batas tersebut agar
dapat menikmati hidup sepenuhnya. Hal yang menakjubkan adalah bahwa ada berbagai
macam makanan yang tersedia bagi penderita diabetes. Hal ini sangat mungkin untuk
hidup dan makan dengan cukup baik. Yang paling penting tentang diet diabetes adalah
bahwa Anda tidak pernah melupakan betapa pentingnya hal-hal yang sudah dipaparkan
dalam artikel kesehatan di atas untuk dilakukan.
RENCANA:MARDI BERUSAHA HASILKAN DAGING BERMUTU
Oleh Hatipah Ahmad

SEMAKIN ramai rakyat negara ini mengubah tabiat pemakanan mereka daripada
mengambil ikan kepada daging. Aliran itu menjadikan permintaan terhadap daging
bertambah dan dijangka terus meningkat dalam tempoh 40 tahun lagi.Ini berikutan
jumlah penduduk dunia yang diunjurkan naik sekali ganda iaitu kira-kira enam bilion.
Perubahan tabiat pemakanan itu turut berlaku kepada penduduk Asia Tenggara lain dan di
beberapa negara kurang membangun. Justeru, permintaan terhadap daging dijangka
meningkat di rantau ini. Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Pembangunan
Pertanian (Mardi), Datuk Saharan Anang, berkata oleh kerana permintaan terhadap
daging dijangka meningkat, industri penternakan lembu di negara ini perlu dimajukan
secara intensif bagi menampung pasaran. Permintaan terhadap daging lembu di negara ini
dijangka meningkat kepada lebih 171,972 tan menjelang 2010, berbanding hanya 18,222
tan sekarang. Katanya, negara dijangka dapat menampung permintaan daging
berdasarkan kepada kaedah penternakan yang diamalkan sekarang. Antaranya
menerusi penggunaan teknologi moden dan pemberian makanan ternak yang
bermutu kepada lembu. “Bagi menampung permintaan daging berkualiti dan
setanding import, Mardi sentiasa berusaha mencari kaedah terbaik dalam
menghasilkan daging bermutu iaitu daging gred terbaik iaitu kurang urat dan
lemak tetapi mempunyai isi yang lembut, tidak liat dan kaya dengan protin.
“Antara cara mendapatkan daging yang baik ialah dengan mengawal dan
meningkatkan diet pemakanan lembu. Justeru, Mardi memperkenalkan banyak
makanan ternak yang khusus untuk lembu bagi mendapatkan daging bermutu,”
katanya.
Saharan berkata, kebanyakan makanan ternak untuk lembu dihasilkan Mardi
dikeluarkan di dalam negara. Industri ternakan lembu memerlukan bekalan
makanan yang mencukupi supaya dapat menghasilkan daging yang bermutu untuk
pasaran tempatan dan luar negara.Katanya, makanan ternakan yang bermutu
adalah komponen utama yang diperlukan dalam penternakan atau pembiakan
lembu atau binatang lain kerana ia memberi sumber protein boleh menggemukkan.

Beliau berkata demikian pada satu bengkel yang dianjurkan Mardi dengan
kerjasama Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) di Kuala Lumpur,
baru-baru ini.
Bengkel itu bertajuk ‘foraj (sumber makanan ternakan daripada daun-daunan
hijau) dalam sistem pengeluaran ternakan komersial.’ Ia turut disertai Jabatan
Perkhidmatan Haiwan, Universiti Putra Malaysia dan 30 peserta dari Laos,
Thailand, Vietnam dan Filipina. Timbalan Pengarah Program Sistem Pengeluaran,
Pusat Kajian Ternakan Strategik Mardi, Dr Azizan Abd Rashid, berkata Mardi
memperkenalkan beberapa kaedah untuk meningkatkan pengeluaran makanan
ternakan binatang. Katanya, antaranya dengan memproses sisa atau bahan
sampingan kelapa sawit seperti pelepah kelapa, hampas isirung, enap cemar kelapa
sawit, distilat asid lemak sawit dan minyak sawit mentah. Pelepah kelapa sawit
boleh dijadikan makanan ternakan daripada jenis serabut dan diproses dengan
menggunakan teknologi moden sehingga berbentuk pelet dan kiub. Ia sangat
berkhasiat untuk diet binatang yang meragut seperti lembu, kambing dan kerbau.
“Selain dapat menghasilkan makanan ternakan yang bermutu, teknologi
pemprosesan yang digunakan Mardi juga mampu mempercepatkan penuaian,
pemungutan dan pengurusan sisa bahan sampingan kelapa sawit,” katanya. Dr
Azizan berkata, bagi meningkatkan pengeluaran daging lembu di negara ini, Mardi
turut memajukan teknologi penghasilan baka lembu yang bermutu dan
memantapkan sistem pengurusannya untuk merangsangkan pengeluarannya.
Hasilnya, beliau berkata, Mardi berjaya menghasilkan dua baka lembu bermutu
iaitu jenis Charoke KK, kacukan lembu Charolais dari Perancis dengan baka
KedahKelantan (KK) dan Brakmas KK, kacukan Brahman dari Texas, Amerika
Syarikat dengan KK.
Berat badan Brakmas KK ialah kira-kira 380 kilogram (kg) dengan pertambahan
0.75 kg sehari berbanding 0.47 kg baka tempatan manakala berat Charoke KK pula
ialah 400 kg dengan pertambahan 0.82 kg sehari berbanding tempatan. "Kedua-
dua baka kacukan itu mudah diselenggara kerana mempunyai daya tahan yang
tinggi terhadap serangan parasit, senang menyesuaikan diri dengan cuaca tempatan
dan menunjukkan prestasi menggalakkan terhadap tumbesaran di padang rumput
terbuka.
"Baka ini ada kelebihan daripada segi kadar kelahiran, umur ketika beranak kali
pertama dan peratusan daging serta tulang yang tinggi apabila disembelih,"
katanya. Dr Azizan berkata, kaedah lain untuk meningkatkan pengeluaran daging
lembu bermutu ialah menerusi sistem penternakan bersepadu (Pintar). Pintar
dijalankan di kawasan kelapa sawit dan getah. Katanya, Brahmas KK sesuai
diternak secara bersepadu di ladang kelapa sawit dan getah manakala Charoke KK
pula secara sistem fidlot (kandang) dan separuh insentif. Program Pintar
dimulakan pada 1987 dan ia termasuk dalam Sistem TAC (Tumpuan Kawasan
Sasaran). Ketika ini, ada 16 kawasan TAC dalam program Pintar meliputi keluasan
146,527 hektar di seluruh negara dengan 174,000 ekor lembu. Dalam Rancangan
Malaysia Kelapan (RM-8), sebanyak 23 kawasan TAC baru dijangka ditubuhkan
meliputi keluasan 1.2 juta hektar. Selain sesuai untuk penternakan lembu, Dr
Azizan berkata, kawasan TAC juga boleh meningkatkan produktiviti dan
kecekapan sumber seperti tanah dan buruh.
PERTANIAN

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan,


dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan
tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan
seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata.
Kajian pertanian dikenali sebagai sains pertanian.Pertanian merangkumi pelbagai bidang
dan teknik, termasuk cara meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina
terusan air dan bentuk pengairan yang lain. Penanaman tanaman di tanah suai tani dan
penternakan haiwan di kawasan ragut merupakan asas pertanian. Pada abad yang lalu,
pengenalpastian dan pengkuantitian pelbagai bentuk pertanian telah menjadi perkara
yang dipentingkan. Di dunia maju, julat bentuk tersebut biasanya terbentang antara
pertanian mampan (misalnya, permakultur dan pertanian organik) dan pertanian intensif
(misalnya, pertanian perindustrian).Agronomi (ilmu pertanian) moden, pembiakbakaan
tumbuhan, racun perosak, dan baja, serta juga peningkatan teknologi telah menambah
hasil tanaman secara mendadak tetapi pada waktu yang sama, sangat menjejaskan ekologi
dan kesihatan manusia.[1] Pembiakbakaan pilihan dan amalan moden penternakan seperti
penternakan babi intensif (dengan amalan yang serupa juga dipergunakan untuk ayam)
juga meningkatkan keluaran daging, tetapi menimbulkan rasa bimbang tentang
kekejaman haiwan dan kesan kesihatan antibiotik, hormon pertumbuhan, dan bahan
kimia yang lain yang umum digunakan dalam pengeluaran daging perindustrian.
[2]
Keluaran pertanian utama secara umum boleh digolongkan kepada makanan, gentian,
bahan api, bahan mentah, bahan farmaseutik, dan perangsang, serta beraneka jenis
keluaran hiasan dan lepa hiasan yang eksotik. Pada 2000-an, tumbuhan telah ditanam
terutamanya untuk menghasilkan:

 biobahan api, bahan farmaseutik,[3] bahan biofarmaseutik, dan bioplastik; [4]


 makanan, misalnya bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, dan daging;
 gentian, misalnya kapas, bulu biri-biri, hem, sutera, dan flaks;
 bahan mentah, misalnya kayu gergaji, dan buluh;
 perangsang, misalnya tembakau, alkohol, candu, kokaina, dan digitalis;
 biobahan api, misalnya metana (daripada biojisim), etanol, dan biodiesel;
 keluaran hiasan, misalnya bunga potong, dan tumbuhan semaian, serta juga ikan
dan burung tropika untuk perdagangan haiwan kesayangan; dan
 bahan lain yang berguna, misalnya damar.

Walaupun pada 2003, bilangan pekerja pertanian tidak sebegitu banyak, namun kerana
kesedaran terhadap pentingnya pertanian, jumlahnya naik dengan pesat pada 2008.
Sesungguhnya, sektor perkhidmatan melebihi pertanian sebagai sektor ekonomi yang
menggaji paling banyak orang di seluruh dunia pada tahun itu.[5] Meskipun pertanian
menggaji melebihi satu pertiga daripada jumlah penduduk dunia pada 2007, pengeluaran
pertanian hanya menyumbangkan kurang daripada 5% keluaran dunia kasar (iaitu jumlah
kesemua keluaran dalam negara kasar (KDNK).[6]

Pertanian selepas banjir

Oleh FATIMAH MOHAMED ARSHAD


BARU-baru ini sekumpulan ahli akademik dari Universiti Putra Malaysia (UPM)
telah melawat kawasan banjir di Kota Tinggi, Batu Pahat dan Segamat untuk melihat
sendiri kesan banjir kepada sektor pertanian di kawasan tersebut di samping cuba
untuk menganggar jumlah kerugian ekonomi.
Pasukan UPM juga meninjau beberapa pembaharuan yang perlu dilaksanakan untuk
memulihkan semula pertanian di kawasan tersebut.
Kemusnahan yang melanda memang serius, terutama kepada tanaman sayur-sayuran,
buah-buahan, malahan pokok getah juga mengalami ‘wintering’ walaupun belum tiba
masanya. Kelapa sawit sahaja yang nampaknya dapat bertahan dengan takungan air.
Tanaman makanan boleh dikatakan 100 peratus musnah, yang juga bermakna petani
yang terlibat dengan tanaman ini akan kehilangan pendapatan dalam jangka masa
pendek – iaitu antara enam bulan hingga setahun.
Untuk pekebun kelapa sawit, produktiviti mungkin menurun apabila musim menuai,
tetapi harga dijangka meningkat kesan daripada kekurangan penawaran.
Pengusaha pertanian seperti penternak ikan hiasan, sejumlah 70 peratus daripada 300
penternak telah mengalami kerosakan yang serius. Penternak ini akan mengambil
masa lebih daripada enam bulan untuk pulih beroperasi seperti biasa.
Pendek kata banjir kali ini memusnahkan tanaman, maka memusnahkan sumber
pendapatan dan pekerjaan di samping kerosakan infrastruktur. Pengeluar akan
kehilangan sumber pendapatan dalam jangka masa dua-tiga bulan ini sehingga
tanaman mereka dipulihkan. Dan ini mengambil masa.
Sebagai langkah bantuan, kerajaan telah menyediakan pelbagai bayaran pampasan
kepada mangsa banjir, termasuk petani. Wang tunai sebanyak RM200 sekeluarga
selepas banjir pertama melanda, RM200 selepas banjir kedua dan tambahan RM500
Utusan Malaysia Online - Rencana http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0212&p...
2 of 4 2/12/2007 11:54 AM
apabila mereka pulang ke rumah.
Kerugian
Pampasan kepada petani-petani padi adalah (RM573 sehektar), sayur-sayuran,
(RM2,000 sehektar), buah-buahan (RM1,000 sehektar), lembu (RM700 seekor) dan
pembiak akuakultur (RM1,500 sehektar).
Jika dimasukkan kos pembersihan kawasan dan kemusnahan peralatan, mungkin
pampasan ini tidak mencukupi.
Menganggar kerugian ekonomi terutama untuk sektor pertanian, tidak semudah yang
dijangkakan. Ini kerana ketiadaan pangkalan data yang lengkap di agensi kerajaan
yang berkenaan. Jika jabatan berkenaan telah membina pangkalan data yang
komprehensif mengenai kawasan masing-masing, anggaran mudah dibuat, sekali gus
memudahkan pengiraan pampasan yang perlu diberikan.
Pangkalan data yang komprehensif adalah gudang data yang dikemas kini dari tahun
ke tahun tentang pelbagai maklumat pertanian sesuatu kawasan daripada profil petani
sehingga hasil pertanian mereka, input yang digunakan dan juga sumber input yang
digunakan.
Maka, jika berlaku perubahan, beberapa anggaran boleh dibuat tentang kesan
perubahan kepada sektor tersebut. Sebagai contoh, selain banjir, kita boleh
menganggar kesan kenaikan harga petrol – katakan 10 peratus kepada kos
pengeluaran pertanian lantas ke atas pendapatan petani dan juga harga kepada
pengguna. Begitu juga, kita boleh meramal apakah kerugian ekonomi apabila banjir
berlaku kepada sektor pertanian sesuatu kawasan.
Anggaran yang baik membolehkan kerajaan membuat keputusan tepat dan kerugian
dapat dielakkan. Sebagai contoh, anggaran kerugian yang tepat, memungkinkan
kerajaan menganggar nilai pampasan yang ‘sewajarnya’ untuk petani memulakan
pertaniannya. Juga, membantu kerajaan merancang rancangan pemulihan kawasan
dan juga industri pertanian.
Antara gejala yang diperhatikan kesan daripada ketiadaan pangkalan data yang
lengkap adalah ketirisan dalam wang bantuan yang diberikan. Temu bual dengan
orang kampung dan mangsa banjir, menunjukkan ketirisan wang tunai berlaku di
mana wang tersebut tidak sampai ke golongan sasaran. Selain ketiadaan pangkalan
data yang lengkap, ia juga berlaku kerana ketiadaan koordinasi di antara agensi yang
memberi bantuan. Pada masa yang sama, terdapat kes di mana penerima menerima
wang bantuan lebih daripada satu sumber.
Agensi kerajaan memang murah hati dengan bantuan. Sikap ini sungguh
membanggakan. Namun dari segi penyampaian bantuan, mekanisme sedia ada tidak
dapat menjamin bantuan sampai ke golongan sasaran. Lawatan UPM menunjukkan
bahawa semua agensi kerajaan yang terlibat seperti RISDA, MPOB, Jabatan
Pertanian, Kemas, Pertubuhan Peladang, masing-masing menjanjikan bantuan kepada
petani. Gabungan jumlah yang dijanjikan memang mencukupi untuk memulihkan
keseluruhan sektor pertanian. Namun banyak mana yang sampai ke tangan petani
atau pengusaha - masih boleh dipertikaikan.
Mungkin skala banjir kali ini agak di luar dugaan sehinggakan kerajaan tidak
bersedia dengan mekanisme yang cekap untuk menangani krisis sebegini. Walau
bagaimanapun krisis banjir ini boleh digunakan sebagai satu titik permulaan baru
untuk membina satu mekanisme penyediaan pampasan ketika berlaku krisis. Semua
agensi perlu bersemuka untuk menyelaraskan sistem agihan untuk meminimumkan
pertindihan dan menggunakan sumber dengan cekap.
Dalam tempoh sebulan dua ini, kebanyakan petani mungkin tidak mampu memulakan
pertanian masing-masing tanpa sebarang bantuan. Malah, tanpa bantuan, mungkin
petani ini akan beralih kepada pekerjaan lain setelah mengalami kerugian yang besar
ke atas tanaman.Pengalaman kemusnahan yang besar mungkin mendorong mereka untuk
meninggalkan pertanian dan memilih pekerjaan yang memiliki risiko yang lebih
rendah seperti bekerja di kilang atau di bandar. Maka, kerajaan melalui agensinya
perlu menyediakan satu pakej bantuan yang komprehensif kepada petani.
Pakej ini sepatutnya merangkumi pelbagai aspek termasuk perparitan, input pertanian
dan racun serangga, khidmat memulihkan tanah, benih tanaman dan yang berkaitan.
Tanpa bantuan ini, sektor pertanian mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk
pulih.Pada masa yang sama kemudahan infrastruktur seperti kemudahan air, elektrik,
komunikasi, jalan raya, sekolah dan pusat kesihatan perlu dipulihkan semula untuk
membolehkan petani dan penduduk kampung meneruskan kegiatan ekonomi mereka
dengan licin. Dalam jangka waktu pemulihan ini, kerajaan mungkin perlu memberi
peruntukan dan subsidi yang besar untuk membantu petani dan pengusaha tani
membangun semula perusahaan masing-masing. Setelah pengusaha ini mampu
berdikari, bantuan boleh ditarik balik secara berperingkat.
PampasanTahniah kepada kerajaan kerana membayar pampasan kepada petani untuk
pemulihan perusahaannya. Namun, bagaimanakah petani harus bersedia untuk mendepani
sebarang ketidakpastian di masa hadapan yang mungkin akan menjejaskan
pengeluaran dan seterusnya pendapatan mereka? Insurans tanaman merupakan
opsyen yang mampu meminimumkan risiko pendapatan yang tidak stabil.
Walaupun idea insurans tanaman telah lama diperkenalkan, namun ia tidak begitu
popular di Malaysia kerana industri pertanian di Malaysia tidak dianggap lumayan.
Maka syarikat insurans tidak berminat untuk menyediakan khidmat tersebut.
Syarikat perladangan besar (seperti kelapa sawit) boleh meminimumkan risiko
melalui strategi lindung-nilai atau hedging dalam pasaran serahan hadapan. Pekebun
kecil walau bagaimanapun tidak mampu dan tidak berkemahiran untuk mengambil
kedudukan dalam pasaran sebegini.
Maka, insurans tanaman boleh menyediakan pampasan di masa hadapan apabila
berlaku gejala atau malapetaka. Untuk membangunkan industri insurans pertanian
ini, kerajaan perlu memberi insentif fiskal yang lumayan untuk mendorong syarikat
insurans menceburi bidang ini.
Begitu juga, petani perlu diberi insentif untuk menyertai skim ini.
Banjir memusnahkan, tetapi ia juga membawa kesedaran dan peluang baru. Krisis
banjir seharusnya membuka mata kita untuk meneliti semula apakah faktor yang
menyebabkan banjir ini berlaku dalam skala yang besar - selain faktor alam semula
jadi.Sejauh manakah faktor ‘manusia’ seperti pembangunan, penebangan hutan dan
pembukaan tanah baru telah menjejaskan sistem eko dan saliran? Begitu juga dengan
pengurusan kawasan pantai dan persisiran, perparitan dan sungai. Mengapakah
berlaku situasi ‘banjir termenung’? Kesemua ini perlu didiagnosis dengan teliti dan
terperinci untuk mendapat jawapan pasti dan untuk mengelakkan krisis yang lebih
serius berlaku di masa hadapan.
Pada masa yang sama, krisis ini membuka peluang kepada kerajaan untuk membina
sistem infrastruktur, perparitan yang lebih canggih kerana banjir telah secara tidak
langsung memudahkan kerajaan membina sistem yang baru. Maka perancangan yang
teliti perlu dibuat untuk mewujudkan sistem yang lebih cekap dan dapat bertahan
dengan bencana seperti ini di masa hadapan.
Di sebalik kemusnahan, gejala banjir ini perlu dilihat sebagai titik permulaan baru
untuk membina sistem yang lebih bertahan untuk mengurangkan kerugian. Ini
termasuk sistem pampasan, pembinaan pangkalan data, pembangunan infrastruktur
dan pengurusan sumber dan air yang mapan. Hanya dengan pendekatan sebegini,
sektor pertanian dapat dipulihkan dan bertumbuh dengan lebih pesat.
Rencana: Industri Pertanian
Memperkasa Industri Pertanian Selepas Merdeka

Dasar perindustrian negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju sebenarnya, bukan
mahu menjadikan sektor pertanian ketinggalan hingga tidak menjadi tonggak
pertumbuhan, malangnya ia dilihat dari sudut itu.Dan krisis makanan dunia serta kemelut
bekalan beras yang melanda negara ini buat beberapa ketika baru-baru ini membuatkan
kita semakin terdesak untuk memperkasa industri pertanian.Kerajaan begitu komited dan
telus ke arah usaha ini, antaranya menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi yang baru
serta pelbagai insentif untuk menaikkan hasil tuaian padi.Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia pula bertindak proaktif dengan melancarkan kempen “Bumi
Hijau” bagi menggalakkan rakyat bercucuk-tanam termasuk sayur, ulam-ulaman dan
herba serta menternak ikan dan ayam bagi kegunaan sendiri.

DUA SUB SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian terbahagi kepada dua sub-sektor iaitu tanaman industri seperti kelapa
sawit, getah, koko dan lada hitam dan tanaman makanan yang terdiri daripada padi,
sayuran, buah-buahan, perikanan dan akuakultur serta ternakan.Menurut Dr Amin Mahir,
Ketua Laboratori Dasar Perniagaantani dan Pengurusan, Institut Kajian Dasar Pertanian
dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), pertumbuhan sub-sektor tanaman
makanan tidaklah sepantas tanaman industri.Selepas kemerdekaan, mulai tahun 60-an
hingga 70-an, katanya, kerajaan melabur lebih daripada RM1 bilion untuk pembangunan
perparitan dan saliran bagi penanaman padi.Bagaimanapun, kata beliau, pertumbuhan
ekonomi negara yang pesat menyebabkan keutamaan diberi kepada tanaman industri
yang mempunyai potensi untuk menjana pendapatan eksport.

KEPERLUAN MENINGKAT

Keperluan makanan sesebuah negara akan meningkat dengan pertambahan penduduk,


tambahan pula Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka di mana berlaku
pengaliran masuk orang asing sama ada pelancong atau pekerja di samping pendatang
tanpa izin.Krisis bekalan beras yang berlaku sebelum ini, meskipun dapat ditampung
dengan menambah import menjadikan negara semakin perlu meningkatkan tahap sara
diri.Dalam hal ini, Dr Amin yang juga pensyarah kanan Jabatan Perniagaantani dan
Sistem Maklumat, Fakulti Pertanian UPM merujuk kepada bil import makanan negara
yang mencecah RM23 bilion (2007).“Ini adalah ketirisan yang agak besar dan usaha
untuk meminimumkan ketirisan ini perlu disokong semua pihak,” tegasnya.

DASAR YANG KONSISTEN


Usaha memperkasa semula sektor pertanian terutama sub-sektor makanan memerlukan
dasar yang konsisten dan berterusan tanpa mengira kepimpinan di samping komitmen
kerajaan yang tinggi dari segi sumber dan dana.Dalam menyuarakan pandangan itu, Dr
Amin berkata sumber perlu diperuntukkan secukupnya agar projek yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan berkesan kerana sebelum ini ada projek tidak dapat dijalankan
kerana kekurangan sumber.“Keperluan sosial-politik-ekonomi dari aspek sumber
terutama dana perlu diseimbangkan,” katanya.Dalam hal ini, katanya, kerajaan negeri
juga perlu memberi komitmen dengan menyediakan lebih tanah yang sesuai untuk
pengeluaran makanan.

PERANAN GLC

Syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC), harus turut memainkan peranan yang
lebih besar.“Sebagai contoh Felda mempunyai keluasan kelapa sawit yang terbesar iaitu
690 ribu hektar. Ladang ini boleh diintegrasikan dengan ternakan lembu daging atau
kambing. Cuba kita bayangkan populasi ternakan jika terlaksananya ladang integrasi
ini.“Saya kira tahap sara diri daging lembu yang sekarang ini hanya 26 peratus bukan
sahaja dapat dinaikkan tetapi kita mungkin dapat mengeksport pula daging tersebut
dalam jangka masa panjang. Meskipun ladang integrasi ini telah dimulakan, ia harus
diperluaskan,” jelasnya.Pada masa yang sama, katanya, isu kenaikan kos makanan
ternakan perlu diberi perhatian yang serius. Dr Amin turut mencadangkan GLC yang
bukan berasaskan pertanian seperti Tenaga Nasional atau Petronas mempelbagaikan
aktiviti dengan melabur dalam pengeluaran makanan.Katanya Penunjuk Pencapaian
Utama (KPI) GLC berkenaan perlu disemak semula dengan mengambil kira sumbangan
mereka terhadap dasar jaminan makanan negara.“Saya kira ini dapat membantu usaha
kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran makanan negara dan seterusnya menyumbang
kepada dasar jaminan makanan di samping mengurangkan pergantungan kepada import,
berkemungkinan kita mengeksport,” katanya.

TAK PERLU BANDING

Dr Amin berkata mana-mana pihak tidak perlu membandingkan pencapaian Malaysia


dalam pembangunan pertanian dengan negara lain termasuk Thailand.Kata beliau, dalam
pengeluaran minyak sawit, Malaysia telah lama jauh ke hadapan dan tidak dapat
ditandingi negara lain.“Tetapi Thailand pula adalah pengeksport utama beras dunia.
Inilah maksud saya, keutamaan dalam dasar yang berbeza. Jika Thailand berhasrat
menjadi ‘kitchen to the world’, kita mempunyai aspirasi menjadi hab makanan halal.“Jadi
saya kira kita tak perlu bersaing dengan mereka. Apa yang harus kita lakukan ialah
memperkukuhkan lagi sub-sektor makanan dengan meningkatkan pengeluaran dan
mampu memenuhi permintaan domestik dan sekali gus mengurangkan pergantungan
kepada import,” tegasnya.Bagaimanapun, Dr Amin berkata tidak ada salahnya jika
Malaysia mengkaji faktor kejayaan sesuatu negara untuk mengambil apa yang boleh
dicontohi.Dasar Pertanian Negara, katanya, menggariskan keutamaan komoditi makanan
yang perlu diberi tumpuan, manakala Pelan Induk Perindustrian menunjukkan bagaimana
pertalian industri harus berlaku antara pengeluaran makanan dan penambahan
nilai.“Cuma apa yang saya nampak ialah terdapat masalah pelaksanaannya. Sebagai
contoh pembabitan sektor swasta dalam perladangan tanaman makanan masih belum
mencapai suatu tahap yang diharapkan,” kata Dr Amin.

NILAI SEMULA

Krisis makanan dunia jelas membuka mata kita untuk menilai semula dasar dan
pengeluaran makanan terutama beras.Dunia pernah mengalami krisis makanan pada
tahun 1970-an tetapi krisis makanan kini berbeza puncanya, kata Dr Amin.Sekarang,
jelasnya, tanaman makanan bukan lagi berfungsi sebagai makanan manusia tetapi juga
digunakan untuk makanan ternakan dan yang terbaru untuk menghasilkan bahan bakar
bio.“Persaingan ini mengakibatkan penghasilan makanan manusia terhad dan
melonjakkan harga barang makanan. Amerika Syarikat, pengeluar utama jagung dan
gandum memberi insentif penanaman jagung untuk penghasilan ethanol (bahan baker
bio) mengakibatkan pengurangan kawasan untuk tanaman gandum.“Kesannya, kenaikan
harga gandum dan harga beras. Kenaikan harga minyak dan kejatuhan nilai dolar
Amerika memburukkan lagi keadaan. Kita perlu berhati-hati dengan bio-diesel kita
kerana ia berkemungkinan menaikkan harga minyak masak,” tambah Dr Amin.

CABARAN MENANTI

Ketika kerajaan mengorak langkah memperkasa sektor pertanian negara, Dr Amin


berkata terdapat beberapa kekangan yang perlu diberi perhatian.Beliau menyebut
persaingan sumber antara sektor pertanian dan sektor lain sebagai satu daripada kekangan
itu.“Tanah adalah sumber penting dalam pertanian. Begitu juga bagi sektor lain seperti
perumahan dan pembuatan. Dalam persaingan ini, sektor pertanian yang tewas. Bukan
sahaja pembukaan kawasan baru, kawasan pertanian sedia ada pun telah banyak ditukar
kepada kawasan perumahan atau perkilangan.“Tanah juga hak kerajaan negeri. Jika pun
terdapat kerjasama dengan kerajaan pusat, masalah seperti ketiadaan prasarana yang
mencukupi di kawasan tanah yang diperuntukkan atau tanah yang diperuntukkan adalah
tanah bermasalah seperti tanah masam, berbatu atau tanah yang boleh ditenggelami air
laut apabila air laut pasang,” jelasnya.Bidang pertanian juga kurang diminati terutama
golongan muda tempatan dan ada yang menganggap pekerjaan tani menawarkan
pendapatan rendah, kotor, kerja berat dan tradisional.“Walaupun ramai di antara mereka
anak petani, peneroka atau nelayan, melihatkan keadaan ibu bapa mereka, ditambah
dengan tiada galakan ibu bapa, mereka ini lebih cenderung bekerja makan gaji,”
katanya.Pertanian juga sering dikaitkan dengan kemiskinan. Justeru, rakyat negara ini
perlu mengubah minda selaras dengan yang diuar-uarkan Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani, ‘Pertanian Adalah Perniagaan.’Dalam hal ini, Dr Amin turut
menekankan bahawa pembangunan seimbang antara sektor pertanian dan sektor
perindustrian menuntut peruntukan kewangan serta pelaksanaan dasar yang sama
rata.Yang pasti, semua ini memerlukan keazaman yang tinggi untuk memperkasa
pembangunan pertanian dan menjadikan sektor pertanian pengeksport utama negara
menjelang 2010!

MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN

Cabaran Besar Menanti Majlis Harga Negara

Penubuhan Majlis Harga Negara (MHN) dilihat sebagai satu lagi kesungguhan kerajaan
untuk melindungi kepentingan masyarakat pengguna daripada terus-menerus menjadi
mangsa manipulasi harga dan bekalan barangan.Di bawah MHN, tiga inisiatif bakal
diwujudkan iaitu Stok Penimbal Kebangsaan, Pusat Panggilan Kebangsaan dan
Kumpulan Pakar.Memandangkan Majlis ini dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri
Rakyat secara keseluruhannya mengharapkan ia dapat memberikan impak seperti yang
diuar-uarkan ketika penubuhannya diumumkan pada 9 Januari lepas.

PERLU SOKONGAN UNDANG-UNDANG

Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr


Hamdan Adnan berpendapat MHN perlu disokong undang-undang untuk memastikan
keberkesanannya.Ketika diminta mengulas mengenai penubuhan MHN, beliau
berpendapat, tanpa undang-undang, MHN tidak ada taring.“Sekarang pun kita sebenarnya
mempunyai banyak undang-undang (Akta Kawalan Harga 1946, Akta Perlindungan
Pengguna 1999 dan Akta Kawalan Bekalan 1961) untuk melindungi kepentingan
pengguna tetapi banyak juga kelemahannya selain tidak dikemaskinikan, ada yang sudah
ketinggalan zaman,” katanya.Beliau yang sudah terbabit dalam bidang kepenggunaan
hampir 30 tahun turut menyarankan supaya undang-undang yang sedia ada itu dikaji
semula.“Kita tidak mahu rakyat menganggap penubuhan MHN ini sebagai gimik pilihan
raya atau hanya sekadar penghias untuk pilihan raya. Rakyat kini menanggung keperitan
kenaikan harga barangan. Kita tidak mahu ada pihak yang mempersendakan penubuhan
Majlis ini,” jelas beliau.Dr Hamdan turut menyarankan supaya mekanisme yang sedia
wujud di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) akan digunakan sepenuhnya.“Jika pun ada kelemahan, ia boleh diperbaiki
atau diperbetulkan,” tambah beliau.

PENENTUAN HARGA

Harga barangan yang melonjak setiap kali musim perayaan atau apabila berlaku
kekurangan bekalan sama ada tidak dapat dielakkan atau disengajakan merupakan antara
krisis genting yang perlu ditangani segera.“Justeru, cabaran paling besar bagi MHN ialah
bagaimana hendak menetapkan harga. Bagaimana hendak meramalkan perilaku
pengguna di masa akan datang, maknanya MHN perlu tahu berapa jumlah produk yang
akan menjadi permintaan.“Bagaimana hendak meramal keadaan pasaran dunia dan bila
hendak menaikkan harga,” ini adalah di antara soalan yang dilontar Dr Gairuzazmi M
Ghani, penolong profesor, Jabatan Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM).Secara peribadi, beliau berpendapat kerajaan tidak perlu mengawal
harga.“Mengawal harga adalah satu bentuk subsidi. Banyak lagi cara untuk memberi
subsidi dengan sasaran terus kepada pengguna yang memerlukan.

“Secara amnya, langkah mengawal harga memberi subsidi kepada semua orang sama ada
orang itu memerlukan atau tidak. Kupon atau baucer boleh diberikan kepada mereka
yang benar-benar memerlukan subsidi. Bukannya setiap orang perlu membayar dengan
harga yang murah,” jelas Dr Gairuzazmi.

MENJADI LANGKAH AWAL

Fomca pula berharap penubuhan MHN boleh menjadi langkah awal kepada penubuhan
sebuah Suruhanjaya Harga.“Kenaikan perbelanjaan sara hidup akibat peningkatan harga
keperluan harian seperti makanan, pengangkutan dan perkhidmatan kesihatan memberi
impak ke atas kehidupan rakyat.“Untuk mengatasi kesan buruk daripada kenaikan harga,
Fomca merasa amat kritikal untuk diwujudkan Suruhanjaya Harga di bawah bidang kuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai agensi pusat
menyelaras, memantau dan mengawal harga barangan serta perkhidmatan di negara ini,”
kata Presiden Fomca, Datuk N. Marimuthu.Suruhanjaya Harga itu, katanya boleh
ditubuhkan di bawah undang-undang yang sedia ada seperti Akta Kawalan Harga, Akta
Kawalan Bekalan atau Akta Perlindungan Pengguna.Bagaimanapun, tegasnya,
Suruhanjaya tersebut mestilah tidak tertakluk kepada kuasa mutlak mana-mana
Kementerian bagi memastikan ia dapat melaksanakan tujuan penubuhannya secara
rasional, objektif dan keputusannya tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

BADAN MENGAWAL HARGA

Menurut beliau, badan mengawal harga seperti Suruhanjaya Harga yang dicadangkan itu
sudah wujud di banyak negara.Tambahnya, negara maju seperti United Kingdom dan
Australia mempunyai badan regulatori harga, Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal
Bebas untuk Harga dan Regulatori.“Di negara membangun seperti Kenya dan Jamaica,
ada badan kawal selia harga seperti Suruhanjaya Monopoli dan Harga serta Suruhanjaya
Perniagaan Adil yang telah wujud lebih sedekad untuk memastikan perkhidmatan utiliti
awam berada pada tahap yang berpatutan.“Di Singapura, wujud Suruhanjaya Persaingan
dan Akta Amalan Perniagaan Adil untuk memastikan harga dan mutu barangan serta
perkhidmatan pengguna berpatutan,” jelas Marimuthu.Beliau menekankan bahawa
Suruhanjaya Harga akan menggalakkan kecekapan ekonomi Malaysia serta melindungi
kepentingan pengguna negara ini melalui kawalan ke atas amalan anti-saingan serta
tindakan dominasi pasaran.

STOK PENIMBAL KEBANGSAAN

Inisiatif menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan pula dilihat sebagai jalan keluar kepada
krisis kekurangan bekalan barangan keperluan pengguna.Petrol dan minyak masak adalah
antara barangan yang dikatakan akan dimasukkan dalam senarai Stok Penimbal
Kebangsaan ini.Secara umumnya, bekalan barangan keperluan harian bergantung kepada
pengeluar atau pengimport. Bagi barangan yang diimport seperti tepung, sebahagian
daripada sayur-sayuran dan hasil tangkapan laut, bekalan tempatan sudah pasti terjejas
apabila berlaku masalah di negara sumber.“Dengan adanya stok penimbal ini, apabila
berlaku kekurangan, kerajaan dapat mengeluarkan bekalan daripada stok penimbal bagi
memastikan bekalan sentiasa mencukupi. Ini dapat menstabilkan harga,” demikian
pandangan Marimuthu.Beliau turut menyenaraikan barangan yang perlu dimasukkan ke
dalam stok penimbal adalah barang keperluan asas dan kegunaan harian antaranya
tepung, gula, minyak masak, beras, garam, ayam dan daging.

PERLU MAKLUMAT

Bagi barang yang tidak tahan lama, kata Marimuthu, bekalan stok penimbal perlu
berdasarkan maklumat bekalan daripada agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan
Perkhidmatan Haiwan.“Sekiranya didapati pada masa-masa tertentu akan wujud
kekurangan bekalan, kerajaan telah membuat persiapan untuk memastikan bekalan ayam
dan daging telah ada dalam stok penimbal,” jelasnya.Dalam hal ini, sudah tentunya
kerjasama pelbagai agensi diperlukan bagi membekalkan maklumat bekalan barang
keperluan asas dengan kadar yang konsisten dan tepat.Badan yang menyelenggarakan
Stok Penimbal Kebangsaan ini juga perlu sentiasa peka tentang keadaan semasa dan akan
datang bagi memastikan bekalan barang keperluan harian sentiasa mencukupi.

LAGI CADANGAN UNTUK STOK PENIMBAL

Marimuthu berpendapat, kerajaan juga perlu mewujudkan sistem amaran tentang bekalan
barang keperluan pengguna.“Sekiranya didapati bekalan barang keperluan harian tertentu
akan mengalami kekurangan kerana faktor cuaca, peperangan, peningkatan harga bahan
mentah di peringkat antarabangsa, maka amaran awal perlu dimaklumkan kepada badan
yang menyelenggara stok penimbal.“Ini adalah penting supada badan berkenaan dapat
menyimpan barang keperluan dengan jumlah yang mencukupi sehingga masalah tersebut
selesai,” kata Marimuthu.Bagi Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), Dr Maamor Osman, beliau berharap pihak yang mengendalikan Stok Penimbal
Kebangsaan ini akan mengambilkira isu kehalalan sumber dan tempat penyimpanan
produk.Beliau yang turut menyokong penubuhan Suruhanjaya Harga berkata Dasar Stok
Penimbal Kebangsaan juga perlu memberi keutamaan kepada golongan rakyat yang
susah.“Sebahagian daripada stok penimbal ini juga perlu disalurkan kepada rakyat bukan
sahaja apabila berlaku bencana alam tetapi diagihkan kepada mereka yang susah,”
tambahnya.

SEJAUH MANA BERKESAN STOK PENIMBAL

Persoalannya sekarang ialah apakah stok penimbal dapat menyelesaikan isu kenaikan
harga barangan?Menurut Dr Gairuzazmi, stok penimbal mungkin dapat mengurangkan
harga untuk jangka masa pendek tetapi mungkin tidak untuk jangka masa
panjang.“Sebagai contoh, kerajaan mempunyai stok minyak masak. Apabila berlaku
kekurangan, kerajaan boleh menambah bekalan. Jika harga dijangka meningkat secara tak
menentu, stok penimbal tidak akan membantu.“Sekiranya MHN dapat meramalkan
permintaan dengan baik, pada pandangan saya tidak perlu ada stok penimbal. Tambahan
jika kerajaan boleh memaksa pengeluar menambah pengeluaran serta merta, tidak perlu
juga timbul keperluan mengadakan stok penimbal. Sekiranya pengeluar tidak mampu
berbuat demikian, maka perlulah diwujudkan stok penimbal ini,” jelasnya.Walau apa pun
cabaran yang bakal dihadapi MHN, komitmen serta kerjasama semua pihak sudah tentu
diperlukan bagi memastikan MHN dapat lebih bertindak seperti yang diharap-harapkan.

Mungkin juga terlalu awal untuk membuat penilaian sejauh mana keberkesanannya
Majlis ini namun yang pasti masyarakat pengguna negara ini menaruh harapan besar
supaya MHN akhirnya dapat melindungi kepentingan mereka!

– BERNAMA
Lahirkan belia kreatif,
berinovasi

Oleh ROHANA MAN


rohana.man@utusan.com.my

KEHIDUPAN belia yang diharungi hari


ini begitu mencabar. Ia berbeza dengan BERATUS ribu golongan belia dijangka berkampung di Putrajaya hujung
minggu ini.
apa yang ditempuhi belia beberapa
dekad lalu. Seiring dengan
perkembangan zaman, kriteria yang harus dimiliki oleh belia iaitu kumpulan usia antara
15 hingga 40 tahun juga perlu berubah. Belia berinovasi, kreatif, berdaya saing dan
bertenaga menjadi tuntutan masa kini terhadap kualiti diri yang mesti dimiliki oleh setiap
mereka. Jika tidak, mereka pasti ketinggalan.Menyedari sumbangan kumpulan belia
begitu besar kepada pembangunan negara, maka tidak hairanlah tema Hari Belia Negara
2010 yang dipilih adalah ‘Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara’.Ketua Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Fathul Razi Bakri berkata, memandangkan 41.5
peratus penduduk negara terdiri daripada golongan belia, maka kerajaan begitu fokus
dalam menyusun program dan latihan yang boleh membantu melahirkan belia kreatif dan
berinovasi. Menurutnya, jumlah penduduk Malaysia kini pada keseluruhannya adalah
28.9 juta dan daripada bilangan itu, sebanyak 11.9 juta (41.5 peratus) adalah
belia.Justeru, katanya, jumlah yang besar ini begitu bermakna buat kerajaan dan kerana
itu, peluang dan pengiktirafan harus diberi untuk mereka menerobos alaf baru dengan
penuh jaya. “Setiap tahun, kerajaan mengadakan sambutan hari belia bagi mengiktiraf
sumbangan mereka dalam pelbagai bidang. Peluang juga dibuka untuk mereka menceburi
dan mengasah kemahiran dalam bidang-bidang yang diminati.“Pengiktirafan yang diberi
dalam bentuk anugerah dan lain-lain itu bertujuan menyemarakkan lagi semangat anak
muda untuk berubah ke arah kecemerlangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di
pejabatnya di Putrajaya.Sambutan Hari Belia Negara 2010 akan diadakan selama tiga hari
iaitu pada 14 hingga 16 Mei di Putrajaya.Sebanyak 88 acara meliputi kesenian, sukan,
ekspo dan pameran, penyertaan swasta, kerohanian dan kebajikan, kesukarelaan,
kemajuan dan pengiktirafan belia serta kreatif dan inovatif akan diadakan sepanjang
karnival tersebut berlangsung.Acara-acara itu akan diadakan di sekitar Putrajaya seperti
di Dataran Putra, Persiaran Perdana, Taman Cabaran, Pusat Ekuestrian, Pusat Sukan Air,
Taman Pancarona, PICC, Masjid Putra, Taman Wetland dan Jambatan
Putra.Perhimpunan Hari Belia Negara 2010 pula akan diadakan pada 15 Mei dan
dijangka kira-kira 250,000 belia dari seluruh negara akan menghadirinya.Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka berucap pada petang hari tersebut,
manakala bacaan ikrar belia turut diadakanMengulas lanjut, Fathul berkata, terdapat kira-
kira 7,000 pertubuhan belia dari seluruh negara telah berdaftar dengan Pendaftar
Pertubuhan Belia (ROY) Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Katanya, pihaknya mengalu-alukan sebarang penganjuran aktiviti belia dengan memberi


sokongan sama ada dalam bentuk latihan atau kewangan.“Pertubuhan belia kini meliputi
di peringkat kampung, daerah, bandar dan negeri. KBS juga mempunyai jalinan
kerjasama erat dengan Majlis Belia Malaysia sebagai rakan kongsi dalam menganjurkan
program untuk belia,” katanya.Beliau menekankan bahawa potensi belia perlu digilap
menerusi latihan dan kemahiran yang disediakan oleh pihak kementerian.“Misalnya, jika
seseorang itu meminati kesenian, maka kami mahu belia tersebut turut mencipta perkara-
perkara baru yang boleh diketengahkan dalam bidang kesenian.“Begitu juga, jika beliau
mahu menggilap kemahiran dalam bidang teknikal atau vokasional, maka kami akan
mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan atau sektor swasta berkaitan bagi
menyediakan latihan untuk mereka,” ujarnya.Menurutnya, jika belia tidak dapat mencari
pekerjaan untuk ‘makan gaji’, itu bukan penamat buat hidupnya kerana banyak peluang
dalam pelbagai sektor boleh diteroka seperti pertanian, penternakan, industri, kemahiran
bengkel dan lain-lain. Katanya, jika belia tidak meminati bidang-bidang tersebut kerana
beranggapan ‘tidak glamor’, maka mereka boleh menceburi kerjaya lain, misalnya
sebagai pramugara atau pramugari di syarikat penerbangan tambang murah,
AirAsia.“KBS telah menjalin kerjasama dengan AirAsia untuk melatih belia yang layak
dan berminat bekerja di awam biru,” katanya lagi.Beliau berkata, iklan-iklan mengenai
peluang tersebut diwar-warkan di dalam media dari semasa ke semasa.Malah, katanya,
belia di kampung atau daerah boleh merujuk kepada wakil rakyat masing-masing untuk
mengetahui tentang peluang-peluang latihan dan kemahiran yang ditawarkan itu.“Ini
bermaksud, wakil rakyat perlu menyampaikan apa sahaja mesej dan maklumat yang
disalurkan oleh kerajaan agar ia sampai ke peringkat akar umbi,” katanya lagi.Sementara
itu, mengulas mengenai Anugerah Belia Negara, katanya, nama-nama pemenang akan
diumumkan menjelang sambutan hari belia tahun ini.Katanya, salah satu kategori
anugerah iaitu Anugerah Cabaran Malaysia Boleh diwujudkan khusus untuk memberi
pengiktirafan kepada belia-belia yang berjaya mencipta rekod yang luar biasa seperti
berenang merentasi Selat Inggeris, menawan tujuh puncak tertinggi dunia dan lain-
lain.“Anugerah ini adalah untuk belia yang berjaya menyahut cabaran Malaysia Boleh
menerusi apa sahaja bidang yang diceburi dan pencapaiannya pula mestilah luar biasa,”
tambahnya.
Bola dan produktiviti

Biasanya keadaan lalu lintas di ibu negara sekitar pukul 10 hingga 12 malam pada malam
Sabtu, agak sibuk. Kelmarin, keadaan berbeza. Semuanya kerana satu perkara -
perlawanan pertama bola sepak Piala Dunia antara tuan rumah Afrika Selatan dan
Mexico. Ramai yang berada di depan televisyen sama ada di rumah mahu pun di restoran
serta lobi hotel yang menyediakan layar raksasa.Begitulah penangan bola sepak Piala
Dunia, sukan paling popular. Malam tadi, suasananya juga sama pada perlawanan yang
menyaksikan Korea Selatan menewaskan Juara Eropah 2004 Greece 2-0. Terlalu banyak
perkara yang boleh diperkatakan apabila menyentuh Piala Dunia. Ramalan, kejutan,
drama, aksi bintang, daya juang dan analisis perlawanan. Berjayakah Maradona
membawa Argentina menjulang Piala Dunia, apakah Amerika Syarikat akan melakukan
kejutan dan mampukah Samuel Eto'o serta Wayne Rooney menyinar adalah antara
persoalan menarik. Itu belum bercakap tentang gejala judi haram, isteri dan anak-anak
yang asyik ditinggalkan di rumah kerana trend menonton di luar dan golongan wanita
yang makin menggilai bola sepak. Ternyata Piala Dunia mencuri banyak perhatian.
Perdana Menteri dalam ucapan RMK-10 turut menggunakan analogi kerjasama dalam
pasukan bola sepak bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Tidak kurang juga
akan menenggelamkan banyak program dan aktiviti yang telah diatur termasuk
Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung sekarang. Awang tidak faham
mengapa temasya sukan itu diadakan pada musim Piala Dunia. Tiadakah pilihan waktu
lain supaya kesan penganjurannya turut meresap kuat di sanubari rakyat? Sebahagian
perwakilan dalam Muktamar Pas yang sedang berlangsung di Kota Bharu, khabarnya
juga tidak bermaya kerana mengantuk menonton perlawanan awal pagi. Awang berharap
agar demam Piala Dunia tidak akan menjejaskan produktiviti dan kualiti kerja kita
semua. Awang juga peminat bola sepak tetapi janganlah kita keterlaluan sehingga
menjadi leka dan hilang tumpuan kepada tugas serta tanggungjawab.Ada satu hal lagi
yang Awang teruja apabila tiba musim Piala Dunia iaitu ia menjadi masa terbaik untuk
kita mengurangkan, kalau tidak pun melupakan isu politik yang selalunya merimaskan.
Terlalu banyak hal dan kemelut politik, memang tidak baik. Piala Dunia boleh menjadi
penawar buat sementara.
Zionis akan kalah

Sebagai manusia, Tuhan menghiasi diri kita dengan dua sikap dan sifat yang saling
bertentangan. Sifat yang mulia akan menjadikan manusia makhluk yang disayangi dan
dihormati oleh seluruh kehidupan. Mereka yang mengambil keputusan bertindak dengan
cara yang berbeza kelaziman, akan terus dikutuk dan dipersenda oleh sesama makhluk,
walaupun dirinya itu sebenarnya adalah manusia yang terbaik.Dalam kehidupan
bermasyarakat, ada peribahasa mengatakan, dalam masyarakat manusia ada binatang. Ini
jelas menggambarkan bahawa manusia yang dilengkapi akal fikiran, peraturan dan norma
kehidupan akan terus melakukan sesuatu yang bertentangan, iaitu menyamai tingkahlaku
binatang.Dalam al-Qur'an sifat manusia yang mengamalkan tabiat kebinatangan ini
banyak terkandung dalam kisah-kisah yang memerihalkan tentang masyarakat Yahudi
dan Nasrani. Sejak manusia hidup dan bermasyarakat, ada pendapat mengatakan bahawa
manusia adalah "haiwan bermasyarakat". Apakah maksudnya 'haiwan bermasyarakat",
kenapa tidak dinyatakan sahaja sebagai "individu atau manusia bermasyarakat"?Petunjuk
ini menjadi lebih jelas apabila kita memerhatikan kandungan al-Qur'an yang bermaksud:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu
(wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
(al-Baqarah, ayat 120)Kenapa orang-orang Yahudi dan Nasrani? Jawabnya mungkin
boleh kita menyelusuri sejarah. Sejak berzaman lagi dua bangsa itu merupakan yang
paling banyak melakukan kejahatan di muka bumi ini sehingga menjadikannya sebagai
bangsa yang merempat di seluruh pelosok dunia. Bangsa Yahudi, bangsa yang banyak
melahirkan bijak pandai dan pemikir tersohor, hingga sekarang tidak dapat diterima
sebagai bangsa yang bermoral dan boleh dipercayai, kerana sentiasa mengkhianati
janjinya.Yahudi yang merempat di seluruh dunia, mendapat semangat baru apabila
Theodor Herzl mengeluarkan doktrin bahawa bangsa itu merupakan bangsa yang mulia,
manakala bangsa-bangsa lain adalah berjiwa binatang. Doktrin ini kemudiannya
dikembangkan oleh para pendeta mereka, sehinggalah kematian seorang rabbi pada 7 Jun
lalu kita mendapat gambaran bahawa, Elayanhu yang berumur 79 tahun berkata: "Jika
kita membunuh 1,000 orang mereka (Palestin) tidak berhenti, maka kita bunuhlah 10,000.
Jika mereka juga tidak berhenti, maka bunuhlah 100,000 orang. Jika tidak juga berhenti,
bunuhlah semuanya." Doktrin yang dikeluarkan pada tahun 2007 itulah menyemarakkan
semangat Zionis untuk terus menghukum bangsa Palestin, apabila menyerang Gaza,
menyekat pelbagai bentuk bantuan, mengenakan tekanan dan seterusnya menyiksa
kanak-kanak dan wanita sebagai dorongan pembersihan etnik.Berdasarkan pegangan dan
ideologi Zionisme, penganutnya beranggapan bahawa membunuh bangsa yang bukan
berketurunan Yahudi adalah satu tindakan yang mulia serta disuruh oleh Tuhan, kerana
bangsa lain selain Yahudi menjadikan dunia berada dalam ketidaktentuan dan
bersengketa. Bangsa Yahudilah yang mampu mengamankan dunia, dan kerana itulah
mereka terus berslogan "sebagai bangsa pilihan", orang Yahudi boleh melakukan apa
sahaja kerana "tujuan menghalalkan cara."Perlu dicungkilkan kembali sejarah, orang
Yahudilah merupakan bangsa yang bertindak membunuh nabi-nabi. Mereka tidak pernah
puas dengan segala tindakan yang telah dibuat. Mereka sering mengkhianati janji.Mereka
menentang para Nabi dan memusuhi para malaikat Allah, kerana membawa berita
kejahatan dan keburukan mereka dan mendedahkan segala rahsia mereka kepada
Rasulullah saw.

Kebencian orang-orang Yahudi kepada Jibril telah diabadikan di dalam al-Quran,


sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud: Katakanlah, barang siapa yang menjadi
musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (al-Quran) ke dalam hatimu dengan
seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk
serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjadi musuh
Allah, malaikat- malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya
Allah adalah musuh-musuh orang kafir. (Al-Baqarah: 97-98).Bukhari meriwayatkan
dalam sahihnya, di mana Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah saw pernah bersabda
(yang bermaksud): Sesiapa yang memusuhi wali-Ku (Jibril), maka sesungguh dia itu
mengisytiharkan perang terhadap-Ku.

Adakalanya tindakan pelampau Yahudi turut mencabar kuasa Tuhan. Apabila Tuhan
menurunkan seorang nabi bagi membetulkan akidah mereka, mereka tidak
mengendahkan malah mencabar agar Tuhan memberikan mereka seorang nabi yang
boleh mengabdikan diri dengan kehendak mereka. Mereka memerlukan nabi yang
khusus, yang mematuhi secara mutlak keinginan mereka walaupun melanggari norma-
norma yang ditetapkan oleh Tuhan.Menganalisis sindiran, ungkapan dan petunjuk al-
Quran, hampir semua yang kita temui adalah menggambarkan sisi negatif bangsa Yahudi.
Mereka juga digambarkan paling banyak melakukan perubahan prinsip dan menyimpang
akidah, kerana mereka amat meyakini kerasionalan pemikiran tanpa perlu merujuk
kepada kuasa lain yang lebih besar dan kuat.Mereka menjadi sombong dan bongkak
kerana sebahagian besar nabi-nabi yang diutuskan memimpin manusia adalah dari
kalangan bani Israel. Terbit dari rasa bangga itulah mereka akhirnya menanggap Yahudi
itu adalah bangsa pilihan, bangsa istimewa yang diberikan kedudukan oleh Tuhan. Tuhan
amat menyayangi bangsa Israel, kerana itulah penubuhan negara Israel terus dilihat
sebagai penubuhan sebuah negara yang pernah dijanjikan. Tanah Palestin adalah "tanah
yang dijanjikan" dan tindakan ganas mereka adalah satu tindakan yang tidak pernah
tertakluk kepada mana-mana peraturan. Namun janji Allah swt tentang kemenangan
Islam ini akan tetap berlaku dan kita akan mencapai kemenangan ke atas musuh Islam,
Yahudi itu. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: Dialah yang mengutuskan
Rasul-Nya dengan pertunjuk dan agama yang sebenar (Islam) untuk mengatasi atas
seluruh agama sekeliannya meskipun orang musyrik membencinya. (At-Taubah:
33).Kemenangan ke atas Yahudi ini kemudian dikuatkan lagi oleh hadis, daripada Abu
Hurairah, di mana Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Kiamat tidak akan terjadi
sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh
mereka hingga setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu
dan pohon itu berkata, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di
belakangku, ke marilah dan bunuhlah dia.' Kecuali(pohon) gharqad kerana ia adalah
pohon Yahudi. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Berdasarkan hadis ini, jelas bahawa
peperangan yang dapat menjamin kemenangan itu ialah apabila umat Islam benar-benar
bersatu hati dalam ikatan ukhuwah Islamiah. Mereka bersatu di bawah naungan
kehambaan kepada Allah swt sehingga mereka itu benar-benar layak mendapat gelaran
Muslim sejati dan gelaran hamba Allah, bukan atas nama kebangsaan, asabiah atau kaum
tertentu seperti mana yang berlaku di Palestin hari ini.

Hakikat sebuah perpaduan

SEJARAH bukan ditulis oleh para sejarawan atau sarjana sahaja tetapi juga oleh tokoh-
tokoh politik yang mengisahkan pelbagai peristiwa gembira atau sedih yang mereka
alami. Seperti Memoir Politik Asri Meniti Arus (UKM 1993).Lalu dicatat antara lainnya
betapa seorang semasa muda pernah menjadi penoreh getah dan kemudian menjadi
Menteri Besar diundang berkongsi kuasa oleh seorang yang berkaki ayam ke sekolah
ketika mula belajar di sekolah rendah dan akhirnya menjadi Perdana Menteri.Segalanya
berlaku dalam arena politik yang tidak terperi luasnya dalam Malaysia merdeka dan
selepas tragedi 13 Mei. Kerana, pelbagai kaum, agama dan budaya terlibat.Dengan
persetujuan yang dicapai antara Perikatan dengan Pas pada 28 Disember 1972, maka
Datuk Asri Haji Muda menjadi Menteri Tanah dan Galian dan tugas-tugas khas dalam
Kabinet Tun Razak.Lain hal berlaku kemudiannya dalam muktamar Pas ke-28 di Balai
Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka pada 23 Oktober 1982 yang membawa kepada saat
akhir Asri dalam Pas. Ucapan dasar beliau sebagai Yang Dipetua Pas tidak diterima oleh
muktamar.Lalu disebut mengenai suasana muktamar dipenuhi dengan gambar-gambar
tokoh Revolusi Iran serta pekikan dan laungan. Kisah beliau bersambung: “Malah
pekikan Marakbar Asri berselang-seli dengan kalimah suci Allahhuakbar. Ketika itu
banyak orang yang tahu makna “marakbar Asri” yang bererti “mampuslah Asri” dan saya
mencatatkan peristiwa ini hanyalah sekadar untuk kenangan sejarah bagi generasi akan
datang”.Kata pengantar bagi memoir Asri ditulis oleh Wan Hashim Wan Teh, dahulu
pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM. Antara lain dicatat: “Semasa berada
di Padang Rengas buat kali ketiganya pada 1950, iaitu setelah mendirikan rumahtangga
dengan Sakinah Haji Junid, Mohd Asri berkesempatan menyumbangkan bakatnya dalam
bidang persuratan terutama menulis cerita pendek.“Semasa tinggal di Padang Rengas,
Mohd. Asri hidup cara orang kampung membuat pelbagai pekerjaan seperti menoreh
getah, membuat kain batik, bersawah serta menjual ikan”.Dalam penglibatan awal
politiknya Asri berdamping dengan Dr. Burhanuddin, ketua Parti Kebangsaan Melayu
Malaya (PKMM) dan Ahmad Boestaman, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) dan
beliau kemudian menyertai Pas hingga menjadi penolong kepada Setiausaha Agung
Pas.“Namun, kerjanya adalah pelbagai termasuk menyapu sampah, membersihkan
pejabat, menulis surat serta minit mesyuarat dan sebagainya”.Selanjutnya beliau kembali
ke Kelantan untuk bergiat di kawasan Pantai Timur hingga Pas mencapai kemajuan
pesat.Asri menyebut mengenai kerjasama Pas dengan UMNO (Perikatan) mulai 1 Januari
1973 “ untuk menukar ragam politik yang penuh dengan onak dan duri, namun demikian
masih ada lowongan yang boleh ditembusi”.Usaha ke arah perpaduan bermula daripada
pertemuan dengan Tun Razak di bangunan Parlimen selepas Peristiwa 13 Mei. Darurat
telah diisytiharkan, Perlembagaan Negara digantung dan Dewan Parlimen serta Dewan
Negeri dibekukan. Negara diperintah oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Negara).Asri
menambah, “Dalam suasana yang sedemikianlah saya tiba-tiba dijemput oleh Perdana
Menteri Tun Abdul Razak untuk bertemu di Kuala Lumpur, saya datang ke Kuala
Lumpur dengan menaiki kapal terbang tentera, kira-kira tiga hari selepas berlakunya
peristiwa hitam 13 Mei 1969”.

Menurut beliau kerajaan campuran Pas-Perikatan (UMNO) memberi sumbangan “amat


tinggi nilainya dari segi hakikat perpaduan dan keharmonian umat. Simpang-siur
pertarungan politik di kalangan bangsa Melayu telah reda”.Keadaan berubah dalam
Pilihan Raya Umum 1974 yang “menyaksikan suatu pertarungan yang hebat dan luar
biasa apabila banyak anggota Pas yang tidak senang dengan kerjasama dalam Barisan
Nasional”.Bagi Asri selanjutnya “cuaca tidak selamanya kekal, ada kalanya panas terik
dan ada kalanya hujan lebat hingga banjir”.Beliau juga menulis mengenai isu kafir-
mengkafir dan Revolusi Iran. “Di beberapa tempat di Terengganu dan Kelantan
khususnya, telah muncul beraneka kejadian yang dimulai dengan kafir-mengkafir sesama
sendiri yang mengakibatkan perpecahan masyarakat, bahkan perpaduan keluarga.“Anak
berpecah dengan bapa, suami isteri berkelahi dan jadilah masyarakat yang dibahagi-
bahagikan oleh perbezaan politik yang menyebabkan berlakunya sembahyang dua imam
dan lahirnya dua masjid semukim dan kubur yang berasingan”.Asri akhirnya meletakkan
jawatan Yang Dipetua Agung Pas dengan kandungan surat, antara lain berbunyi: “Maka
saya telah mengambil keputusan menyerahkan kembali mandat dan kepercayaan
muktamar Pas ke-27 yang lalu yang telah memilih saya menjadi Yang Dipertua Agung
Pas bagi tempoh 1981-1983”.Beliau meninggal dunia pada 28 Ogos 1992. Semoga Tuhan
mencucuri rahmat baginya. Al-Fatihah.
Pentingnya kesukarelaan dalam pertubuhan belia

BELIA didefinisikan menurut Akta Belia Dan Pembangunan Belia 2007 merupakan
mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Definisi itu sekali gus mengelaskan
seramai 11.9 juta penduduk Malaysia dalam kumpulan belia. Namun begitu, jumlah yang
menyertai pertubuhan belia kurang tiga juta orang. Ke mana perginya belia kita
terutamanya para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang majoritinya adalah belia.
Persoalan itu seterusnya menjadi penyebab mengapa pertubuhan belia di negara ini
ketandusan pemimpin berpendidikan tinggi. Pendidikan dan kelulusan pengajian
bukanlah satu-satunya kayu pengukur sebenar bagi menilai kualiti kepimpinan sesebuah
persatuan, tetapi masyarakat yang dipimpin rata-ratanya menganggap keintelektualan
merupakan elemen utama seseorang pemimpin, apatah lagi jika memimpin golongan
belia yang bakal menerajui kepimpinan negara suatu masa nanti.Jika hari ini pelajar-
pelajar IPT ditanya mengenai pertubuhan belia, kebanyakan mereka tidak peka mengenai
peranan pertubuhan itu, malah ada yang langsung tidak tahu mengenai kewujudan
pertubuhan belia. Jadi, untuk siapakah pertubuhan belia jika ia bukan sebagai platform
kepada belia? Di bawah Majlis Belia Malaysia sahaja terdapat 40 persatuan belia yang
aktif digerakkan oleh golongan belia di pelbagai peringkat daerah, negeri mahupun
kebangsaan. Itu belum termasuk ratusan pertubuhan pelajar yang merangkumi pelbagai
teras ilmu yang dinaungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di IPT. Terdapat pelbagai faktor
yang menyebabkan golongan pelajar tidak berminat melibatkan diri dalam persatuan
belia. Antaranya adalah ketaksuban pelajar mengejar keputusan peperiksaan cemerlang
sehingga mengabaikan pendidikan dari sudut lain. Kesilapan utama adalah akibat
tanggapan masyarakat yang salah mengenai pendidikan itu sendiri. Pendidikan sentiasa
disamakan dengan kelulusan pelajaran seperti markah peperiksaan, purata nilai gred dan
pelbagai jenis penilaian pendidikan formal yang lain. Pendidikan dari segi moral,
pergaulan, khidmat sosial dan kemasyarakatan semakin diabaikan, kesan ketaksuban
terhadap pendidikan formal. Salah tanggapan itu bukannya baru, tetapi dididik sejak dari
sekolah rendah lagi. Sikap memandang remeh terhadap pendidikan tidak formal ini
akhirnya menanamkan salah anggap dalam diri pelajar sehingga meningkat
dewasa.Faktor seterusnya adalah kurangnya sikap kesukarelaan dalam diri pelajar IPT.
Kegiatan di dalam persatuan belia banyak melibatkan semangat sukarela sesuai dengan
peranannya sebagai salah satu cabang badan bukan kerajaan (NGO). Penulis selalu
terdengar jenaka pemimpin-pemimpin belia yang menyebut perkataan NGO sebagai
‘Non-Gaji Organization’. Tidak dinafikan wang, upah, ganjaran dan seumpamanya
menjadi satu kemestian, namun jika itulah yang menjadi buruan, sampai bilakah
pertubuhan belia mampu menjadi NGO yang sebenar? Kesukarelaan merupakan elemen
yang paling penting dalam menjayakan sesebuah pergerakan pertubuhan belia. Ia
melibatkan pengorbanan yang tidak ternilai dari segi tenaga dan juga masa yang tak
mungkin mampu disamakan dengan nilai wang. Hanya itulah pengorbanan yang amat
diharapkan daripada golongan terpelajar di IPT. Selain itu, pandangan masyarakat
terhadap golongan belia di IPT juga memainkan peranan dalam meletakkan golongan itu
di satu kedudukan yang menjadikan mereka sekurang-kurangnya pemimpin orang muda.
Kebanyakan masyarakat masih lagi menganggap pelajar IPT sebagai ‘budak’, lantas tidak
memberikan keyakinan kepada mereka untuk memimpin.

Sikap inilah yang melemahkan semangat pelajar IPT untuk menyertai kepimpinan belia
di peringkat persatuan. Masalah inilah juga yang mengundang situasi kucar-kacir di
dalam beberapa persatuan belia pada 2007 apabila kerajaan mengehadkan umur
pemimpin persatuan belia kepada bawah 40 tahun menerusi Akta Belia dan
Pembangunan Belia 2007. Itulah yang berlaku apabila golongan yang dianggap sebagai
‘budak’ selama ini diberi amanah yang besar oleh kerajaan. Persoalannya, sampai bilakah
pelajar IPT ingin terus dianggap tidak matang sehingga tidak diberi peluang memimpin
masyarakat?Kerajaan cukup peka terhadap hal ini dan amat menghargai peranan
persatuan belia sebagai sebuah platform yang mendidik pemimpin muda. Hal ini
dibuktikan dengan pengumuman bajet RM10 juta bagi tujuan aktiviti persatuan belia di
negara ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sambutan Hari
Belia peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 15 Mei
lalu.Amat rugi jika kepercayaan yang dilemparkan oleh pihak kerajaan kepada persatuan
belia tidak disambut dengan kesungguhan dan tanggungjawab melalui penglibatan belia
terutama pelajar IPT di dalam persatuan belia. Jika lebih 50 tahun lalu, belia di IPT
memainkan peranan yang besar bagi mencapai kemerdekaan, tidak mustahil hari ini
golongan inilah yang akan sekali lagi melakar sejarah dan menjadi peneraju kepada
kemajuan dan kemakmuran Malaysia.
Medan raikan belia Malaysia

Oleh EZARUDDIN ABD. RAHMAN

MULAI hari ini hingga Ahad, Putrajaya akan dihuni oleh generasi muda daripada seluruh
negara. Sambutan hari Belia Negara 2010 pada 14 hingga 16 Mei 2010 berlangsung di
Putrajaya merupakan program terbesar untuk belia Malaysia. Pelbagai sambutan telah
diatur dan disusun untuk menanti kehadiran belia di seluruh negara. Sambutan ini akan
menjadi perkampungan terbesar belia negara di Malaysia disebabkan hampir seluruh
Putrajaya akan digunakan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti program
belia.Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan amanat beliau kepada belia pada
15 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ( PICC). Golongan muda pada hari
ini sudah terpesona dengan gaya kepimpinan Perdana Menteri yang dekat dengan hati
mereka kerana sikap turun padang beliau. Perdana Menteri boleh bersantai bersama anak
muda di kedai-kedai kopi. Fenomena kelesuan belia telah berlalu. Belia semakin rancak
setelah Akta Belia dikuatkuasakan. Gerakan belia semakin hebat dan menunjukkan
penyertaan daripada golongan muda. Jika dahulu golongan belia tidak mahu berpersatuan
kerana bosan dengan pemimpin pertubuhan belia liat untuk melepaskan jawatan mereka.
Malah ada yang memegang jawatan pertubuhan belia dalam usia lebih daripada 50 tahun.
Dahulu golongan muda diberikan jawatan sebagai ketua kompang dan pemegang bunga
manggar malah hanya diberikan jawatan sebagai pengerusi AJK jamuan. Peranan
golongan belia dalam pertubuhan belia dipinggirkan malah dianaktirikan kerana mereka
masih ditakrifkan sebagai pemimpin belum matang . Banyak pertubuhan belia ketika
dahulu berhadapan dengan masalah kekurangan pemimpin pelapis berwibawa apabila
mereka melepaskan jawatan kerana sikap pemimpin lama yang menyekat generasi baru
dalam kepimpinan mereka. Pada waktu ini, kita masih mencari ikon belia yang hebat
yang mempunyai idealis yang boleh menarik minat golongan belia. Kita masih
ketandusan pemimpin belia yang lantang berhujah dan berpidato dalam memimpin
gerakan belia di negara ini. Pada hari ini, masih ramai lagi generasi muda tidak
mengetahui kewujudan Majlis Belia Malaysia (MBM). Gabungan pertubuhan belia ini
perlu diperkasakan lagi dalam memastikan golongan belia menghargai kewujudan MBM.
Mungkin sikap pemimpin MBM tidak mahu menonjolkan diri ataupun MBM tidak
mempunyai taring lagi dalam gerakan belia di negara ini. Bagaimana kita ingin
meletakkan MBM sebagai organisasi penting kepada belia? MBM perlu memikirkan
kaedah untuk turun padang bertemu anak muda.Tidak menghairankan jika ramai belia
tidak menyertai persatuan belia kerana belum ada peruntukan undang-undang yang
mewajibkan golongan berusia 15 hingga 40 tahun menyertai pertubuhan belia.
Sebaliknya kita akan hairan jika ramai generasi muda tidak mengetahui kewujudan
MBM.Pada hari ini orang muda dulu dan sekarang berbeza, mereka mempunyai pelbagai
cita rasa dan kehendak. Ramai pemimpin belia hari ini mengadakan program untuk
melonjakkan nama mereka dahulu sehingga banyak program yang diadakan sangat
membosankan dan tidak langsung menarik minat orang muda. Pemimpin belia pada hari
ini perlu mengikis sikap ego mereka dan sentiasa mendampingi anak muda. Program
perlu mengikut kehendak orang muda pada masa kini.

Kini program-program seperti aktiviti lasak mula mendapat tempat di hati masyarakat.
Orang muda pada ketika ini sudah malas dan muak mengikuti program seminar dan
konvensyen kerana ia tidak secocok dengan jiwa mereka. Oleh itu banyak program
seminar dan konvensyen yang dianjurkan oleh pertubuhan belia dipenuhi oleh mahasiswa
universiti sahaja. Golongan muda kini lebih suka mengikuti program lasak seperti
mendaki gunung, pertunjukan kereta, meneroka gunung dan hutan, futsal, berakit dan
pelbagai program lain. Inilah hakikat yang harus pertubuhan belia terima kerana aktiviti
di dalam dewan tidak lagi menarik minat orang muda dan mereka lebih suka aktiviti luar.
Golongan belia harus diberikan kebebasan yang luas kepada orang muda untuk
mengadakan program mengikut kehendak mereka. Mereka mempunyai kreativiti dan
jiwa mereka sangat berbeza dengan cita rasa pemimpin belia. Kehendak pemimpin belia
kita hanya ingin mengadakan program seminar, konvensyen, mesyuarat dan bengkel.
Sambutan Hari Belia Negara 2010 diharapkan Kementerian Belia dan Sukan dan MBM
telah mendengar suara kehendak generasi muda pada hari ini. Pelbagai program seperti
Jambori Pengakap, pertandingan Futsal, Karnival jualan belia, persembahan band,
pertandingan cheer leading, pameran kereta dan motor, cabaran Sukan Lasak, aktiviti
sukan dan pelbagai program lain telah disusun membuktikan suara anak muda didengar
oleh Kementerian Belia dan Sukan. Sambutan Hari Belia Negara 2010 adalah satu
permulaan untuk meraikan kehendak belia, bukan meraikan kehendak pegawai
Kementerian Belia dan Sukan. Semoga sambutan Belia Negara 2010 akan dipenuhi oleh
generasi muda dan menarik anak muda yang selalu lepak di Bukit Bintang untuk datang
ke Putrajaya pada minggu ini. Menteri Belia dan Sukan, Pegawai dan pemimpin belia
perlu kurangkan protokol dalam sambutan pada kali ini untuk mendekatkan mereka
dengan anak muda. Hari Belia Negara perlu mewujudkan mood untuk anak muda
Malaysia kerana ini adalah medan mereka untuk bersuara dan meluahkan perasaan.
Program Kementerian Belia dan Sukan dan MBM perlu menggunakan pendekatan
sentuhan program dengan hati anak muda. Ini kerana selama ini hubungan kementerian
dan anak muda sangat jauh dan terlalu banyak protokol.

Penulis ialah Setiausaha Agung Kelab Belia Graduan 1Malaysia


Belia Jaguh Negara

SAMBUTAN Hari Belia Negara 2010 selama dua hari yang bermula hari ini adalah satu
pengiktirafan kepada belia di negara ini.Meskipun ia adalah satu era penuh cabaran
kepada belia hari ini, dengan ramai yang terdedah kepada gejala negatif, Ketua Pengarah
Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Datuk Fathul Razi Haji Bakri berpendapat di
sebaliknya."Meskipun ramai belia hari ini sering dikaitkan dengan masalah sosial, namun
bagi JBS masih ramai belia yang menempa kejayaan cemerlang dalam bidang yang
mereka ceburi dan adalah penjana kepada nilai dan ekonomi negara," katanya."Mungkin
ianya tidak melibatkan pencapaian yang boleh diukur mengikut semasa menyebabkan
kurangnya tumpuan pihak media. Jika ada berita-berita mengenai anak muda, ia lebih
kepada gejala sosial seperti buang bayi, rempit dan dadah."Seolah-olah yang negatif
sahaja. Sedangkan pencapaian mereka dalam sesuatu bidang tidak ditonjolkan. Saya fikir,
kita perlu ada perubahan minda supaya kecemerlangan anak muda dapat ditonjolkan,"
ulas beliau.

MENDEKATI BELIA

Mengambil pendekatan memahami golongan anak muda, JBS kini menumpukan


kegiatannya kepada golongan muda yang berada dalam organisasi seni kreatif, NGO
belia, agensi kerajaan dan swasta.JBS menyedari bahawa gerakan belia hari ini penuh
dengan kreativiti dan inovasi dalam apa jua aktiviti mereka, yang menurut beliau adalah
selaras dengan pemilihan tema pada tahun ini 'Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu
Ekonomi Negara'.Malahan, kata Fathul Razi, belia hari ini masih perlu terus diberi
bimbingan dan pimpinan, ruang dan peluang untuk menjana inovasi dan kreativiti
mereka.Belia mengikut garis panduan Dasar Belia Negara adalah mereka yang berusia
lingkungan 15 hingga 40 tahun hendaklah juga diberi sokongan dari segi potensi dan
sekaligus menjadikan mereka model ataupun idola kepada anak muda yang
lain.Bagaimanapun, menurut Fathul Razi, cabaran untuk menjadikan mereka sebagai
modal insan adalah untuk mengekalkan tahap pencapaian dan kecemerlangan golongan
ini.Di sinilah Fathul Razi percaya bahawa 'model ikutan' boleh banyak membantu selain
daripada menjalani proses latihan, pendedahan dan galakan. TIDAK TERBATAS

KEPADA SUKAN

Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sukan dan juga
belia, Fathul Razi turut berharap agar persepsi yang mengatakan kementerian dan JBS
melebihkan pembangunan sukan daripada pembangunan belia. Beliau berpendapat,
kurangnya hebahan atau maklumat mengenai kejayaan belia selain di bidang sukan
adalah antara faktor yang menunjukkan seolah-olah pihaknya melebihkan pembangunan
sukan. Menurutnya, gerak kerja KBS adalah seimbang dan berterusan berasaskan kepada
peruntukan yang diperoleh dan tidak ada perbezaan dengan peruntukan pembangunan
sukan. "Pembangunan belia digerakkan di setiap peringkat di daerah dan negeri. Ruang-
ruang pembangunan belia bertumpu kepada keusahawanan dan kemahiran selain program
Rakan Muda berasaskan keperluan dan kehendak anak muda. BELIA ELITPihak
kementerian kini dalam usaha melahirkan golongan belia elit iaitu menerusi sistem
memberikan bintang (star rating) kepada persatuan-persatuan yang dianggap cemerlang.
Selain itu, latihan berterusan akan diberikan kepada kelompok yang berpotensi dijadikan
'model ikutan'. Menerusi kesedaran berterusan, barulah para belia akan melihat peri
pentingnya mereka menyediakan diri, dan menyumbang secara positif kepada negara,
kepada masa depan mereka sendiri dan generasi seterusnya. Selain itu, JBS sebagai
agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam merangka dan mengurus program
pembangunan belia telah mengambil inisiatif mewujudkan program "Generasi Bebas
Jenayah" dengan memberi sasaran kepada golongan belia dan remaja yang berumur dari
13 hingga 40 tahun, khususnya belia-belia tidak berpersatuan dan mereka yang tinggal di
kawasan berisiko tinggi untuk terlibat dengan perlakuan jenayah. Menurut Fathul
Razi,pendekatan program ini adalah satu langkah yang proaktif oleh pihak kementerian
bagi memastikan anak muda negara mempunyai kesedaran mengenai bahaya perlakuan
jenayah dan sebagai satu tindakan pencegahan jenayah oleh belia di peringkat komuniti.
Program "Generasi Bebas Jenayah" diharap dapat melahirkan generasi muda yang
mempunyai tanggungjawab sosial bagi membanteras jenayah dalam masyarakat dan
membantu merealisasikan generasi muda yang bebas daripada jenayah. Malah pihak
kementerian turut mengadakan kerjasama dengan pihak RELA untuk melatih 3,000 belia
sebagai RELA Muda yang akan mempunyai pengetahuan dalam kerja-kerja sukarela dan
boleh menyumbang sekiranya berlaku bencana alam.Beliau berkata, ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
SAMBUTAN HARI BELIAHari Belia Negara tahun ini dijangka dihadiri kira-kira
250,000 belia dari seluruh negara. Acara kemuncak sambutan diadakan di Pusat
Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya dengan perhimpunan Hari Belia Negara
bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebanyak 88 acara dan aktiviti
dirancang sehingga 16 Mei yang termasuk kesenian, ekspo dan pameran, sukan,
penyertaan swasta, kerohanian dan kebajikan, kesukarelaan, kreatif dan inovatif serta
kemajuan dan pengiktirafan belia. - BERNAMA
Pengguna era kapitalisme baru

Oleh: KU SEMAN KU HUSSAIN (Wartawan Utusan)

Cabaran pengguna era kapitalisme baru bersesuaian dengan tema Hari Pengguna tahun
ini; Pengguna Bijak, Peniaga Beretika, Negara Sejahtera. Isu pengguna dan
kepenggunaan bukan sekadar kenaikan harga barang keperluan harian seperti yang selalu
dibangkitkan menjelang sesuatu perayaan. Dalam konteks jendela globalisasi, budaya
kepenggunaan melampaui hal-hal yang disebutkan tadi.Cabaran menjadi pengguna era
kapitalisme baru tentunya lebih besar apabila doktrin dalam budaya kepenggunaan
menghakiskan kuasa pengguna untuk membuat pilihan. Pilihan semacam telah dibuat
oleh korporat ke atas budaya kepenggunaan apa yang wajar dimiliki oleh
pengguna.Misalnya tidak semua barangan pengguna yang berada di pasaran satu
keperluan. Tetapi dengan mengeksploitasi fahaman kepenggunaan, barangan tersebut
menjadi satu keperluan misalnya untuk tujuan memperlihatkan status sosial.Memanglah
kenaikan harga barang memberikan kesan yang nyata kepada pengguna. Tetapi apabila
memperkatakan cabaran pengguna pada era kapitalisme baru, tentu saja susuk bicara
bukan lagi kenaikan harga barang keperluan harian. Malah budaya kepenggunaan di
Barat perlu dilihat kesannya ke atas pengguna di negara ini.Sebagai pengguna mereka
boleh bergantung kepada kerajaan atau KPDNHEP untuk mengawal harga barang. Tetapi
KPDNHEP tentunya tidak dapat menolong pengguna daripada diancam dan dipengaruhi
oleh ledakan yang tidak terkawal budaya kepenggunaan pada era kapitalisme baru di
Barat. Inilah masalah pengguna sebenarnya.Antara faktor yang menjadi pemangkin
kapitalisme baru dalam budaya kepenggunaan adalah revolusi dalam ledakan sektor
pengiklanan. Iklan membuatkan pengguna kehilangan kuasa memilih kerana terpengaruh
dengan kehidupan artifisial dalam iklan.Memang benar, sebagai pengguna kita wajar
sensitif kepada isu yang melingkari rutin harian; tambang bas, petrol, diesel hinggalah
susu tepung untuk generasi kita yang baru hendak mengenal dunia. Tidak mengapa malah
sangat wajar bersikap demikian.Tetapi pada masa yang sama kita juga wajar melihat
budaya kepenggunaan yang diledakkan di Barat turut memberi kesan kepada kita. Nilai-
nilai tradisional dalam masyarakat Barat misalnya telah berubah dengan drastik dengan
pengaruh politik korporat, budaya komersial serta media massa. Kapitalisme baru
menyuburkan berbelanja untuk gaya hidup bukan keperluan hidup.Menurut Worldwatch
Institute dalam laporan tahunan State of the World 2004, dianggarkan tidak kurang 1.7
bilion orang di seluruh dunia berada dalam ``kelas pengguna''. Tentu saja mereka dalam
kelas ini mempunyai kuasa membeli yang tinggi dan menjadi sasaran kapitalisme
baru.Separuh daripada mereka yang berkelas pengguna ini datangnya dari negara
membangun. China umpamanya dianggarkan mempunyai 240 juta pengguna di mana 120
juta daripadanya berpotensi berbelanja mewah. Di China, pada tahun 2000 hanya lima
juta kereta saja di jalan raya tetapi meningkat dengan drastik dan dijangka hingga akhir
tahun ini 24 juta kereta berselerak di seluruh China.Pengguna di Amerika Syarikat (AS)
membelanjakan AS$18 bilion untuk barangan kosmetik berbanding AS$16.3 bilion kos
untuk menyediakan air bersih. Tentu saja publisiti untuk barangan kosmetik jauh lebih
hebat daripada keperluan mendapatkan air yang bersih.

Di negara kita, pengguna kad kredit meningkat 25 peratus kepada 6.4 juta tahun lalu. Kad
kredit menjana cara berbelanja yang kurang cerewet kepada harga, mengikut selera. Pada
tahun lalu saja pengguna kad kredit membelanjakan RM34.2 bilion iaitu jumlah yang
paling besar pernah dicatatkan oleh pengguna kad kredit setakat ini.Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Radzi Sheikh Ahmad tidak lama dulu pernah menyatakan
kebimbangan apabila separuh daripada kes kebankrapan di negara ini kerana gagal
melunaskan bayaran kad kredit. Tahun lalu 16,251 orang diisytiharkan bankrap
berbanding 12,351 tahun sebelumnya.Siapa yang mengubah kedudukan statistik ini kalau
bukan pengguna? Maka kuasa yang ada kepada pengguna sangat besar malah besar
jugalah risiko kalau mereka pula dieksploitasikan oleh budaya komersial dalam
kapitalisme baru.Pemilihan tema Pengguna Bijak, Peniaga Beretika, Negara Sejahtera
mempunyai saranan ke arah menyedarkan pengguna dengan cabaran-cabaran yang
disebutkan di atas tadi. Tema ini memperlihatkan matlamat mengembalikan kuasa
memilih ke tangan pengguna dengan frasa ``Pengguna Bijak.''
Tindakan berkesan legakan pengguna

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL


rencana@utusan.com.my

DARI sudut kepenggunaan, 2009 barangkali adalah tahun yang paling banyak
menyaksikan pembabitan orang ramai selaku pengguna dalam beberapa isu dan dasar
kerajaan. Penyertaan orang ramai secara lebih terbuka dan telus itu sebenarnya selaras
dengan pendekatan pemerintahan baru yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Antara
komponen utama yang ditekankan oleh Najib ialah mencapai matlamat Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti yang diumumkan pada Julai lalu. Tumpuan
NKRA itu adalah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses pendidikan
berkualiti dan berkemampuan. NKRA lain termasuk meningkatkan taraf hidup rakyat
berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta
menambah baik pengangkutan awam. Pertengahan Disember ini juga, beberapa inisiatif
bagi mencapai matlamat NKRA itu diumumkan kepada orang ramai pada Hari Terbuka
Program Transformasi Kerajaan (GTP). Program sehari itu membuka peluang kepada
orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat perincian program secara spesifik, agensi
dan kumpulan sasaran, rangka masa pelaksanaan serta kos yang terlibat dalam NKRA itu.
Menerusi hari terbuka itu, orang ramai dapat menilai tindakan atau rancangan bagi
melaksanakan setiap NKRA berkenaan dan mengemukakan cadangan untuk menambah
baik perkara itu. Pengumuman NKRA itu merupakan sebahagian daripada fasa pertama
inisiatif Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu satu lagi pendekatan berani yang
diperkenalkan Najib bagi membolehkan rakyat menilai prestasi kerajaan. KPI itu turut
merangkumi penilaian barisan menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan
perkhidmatan awam yang akan diserahkan kepada Najib. Tempoh 100 hari Najib sebagai
Perdana Menteri pada 11 Julai lalu turut membawa bersama khabar gembira kepada
orang ramai. Najib pada hari tersebut mengumumkan 11 insentif yang kebanyakannya
memberi manfaat kepada rakyat dari sudut pengguna. Antaranya penawaran diskaun
sehingga 20 peratus kepada pengguna kad prabayar Touch 'n Go dan SmartTag yang
menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
Penyewa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan pula dibenarkan
membeli rumah yang disewa pada harga RM35,000 dengan rebat RM2,500 untuk kerja
pembaikan rumah. Insentif itu memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 45,000
orang penyewa sedia ada untuk memiliki rumah idaman masing-masing. Penduduk di
Wilayah Persekutuan khususnya peniaga kecil sekali lagi mendapat manfaat apabila
diberikan potongan sehingga 50 peratus bagi memohon dan membaharui lesen
perniagaan. Najib turut mengumumkan tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi
individu selain mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada
RM211 berkuat kuasa pada 1 September. Peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta
juga diberikan kepada TEKUN manakala RM15 juta lagi kepada program pembangunan
usahawan muda kaum India.

Najib turut komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian
kenderaan. Dalam masa yang sama, usaha memastikan bilangan pendaftaran lewat
kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera. Komitmen lain termasuk usaha menambah
baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air
serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan. Najib
turut mengumumkan peruntukan sehingga 10 billion unit saham di bawah Amanah
Saham 1Malaysia yang dibuka kepada rakyat berumur 18 tahun. Bagaimanapun di
sebalik berita gembira itu, sektor kepenggunaan negara sepanjang tahun ini juga masih
bergelut dengan isu basi dan lapuk. Krisis kekurangan gula yang berlaku pada Ogos lalu
misalnya, adalah isu yang berulang sejak bertahun-tahun lamanya. Percayalah, jika tiada
tindakan serius daripada kementerian berwajib, kita akan berdepan dengan isu
kekurangan gula ini sekali lagi pada 2010. Seperti tahun-tahun sebelumnya, krisis gula
tahun ini juga berlaku ketika menjelang musim perayaan. Di pihak pengguna, kumpulan
peniaga, pemborong dan pembekal disalahkan kerana dikatakan cuba mengambil
kesempatan daripada permintaan yang mendadak.Di pihak mereka pula, pengguna yang
menyebabkan bekalan gula berkurangan apabila membuat pembelian dalam jumlah yang
besar kerana bimbang kehabisan bekalan. Tidak cukup dengan itu, persatuan-persatuan
pengguna pula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang didakwa turut
menyumbang kepada krisis kekurangan gula. Pengumuman kebarangkalian harga
bekalan itu dinaikkan selepas Tahun Baru Cina misalnya, mendorong pembelian panik di
kalangan pengguna. Kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan oleh agensi berkaitan
juga menjadi sasaran rasa tidak puas hati di kalangan pengguna dan badan-badan bukan
kerajaan (NGO). Kemelut harga barang dan pemantauan yang tidak berkesudahan
menyebabkan NGO tersebut mendesak kerajaan mengasingkan Hal Ehwal Pengguna
daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Hal
Ehwal Pengguna sebaliknya diminta diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)
bagi memastikan hak-hak pengguna dilindungi sepenuhnya. Seperti gula, harga ayam
juga mengalami kejutan bermusim tahun ini apabila ia melonjak sekitar 40 hingga 60 sen
sekilogram pada April lalu. Wabak pandemik influenza A dikatakan punca yang
mendorong lonjakan permintaan ayam di pasaran secara mendadak. Ironinya harga ayam
itu meningkat selang seminggu selepas kerajaan mengumumkan harga bekalan itu
diturunkan sebanyak 10 sekilogram. Keadaan itu mendesak pelbagai pihak menyeru
supaya kerajaan campur tangan dengan menentukan harga akhir bekalan itu bagi
mengelak ia dimanipulasi oleh pembekal yang memonopoli pasaran itu. Selain turun naik
harga bekalan makanan, tambang baru bagi pengangkutan awam di seluruh negara yang
diperkenalkan kerajaan turut memberi kesan kepada pengguna. Kadar baru meliputi
semua jenis kategori perkhidmatan iaitu bas ekspres, bas berhenti-henti, bas mini, bas
pengantara, bas sekolah, teksi, teksi lapangan terbang dan kereta sewa itu berkuat kuasa 1
Ogos lalu. Dengan kenaikan itu, kadar baru bagi tambang teksi di Lembah Klang, Johor
Bahru, Kuala Terengganu dan Melaka dinaikkan dari RM2 untuk satu kilometer pertama
kepada RM3. Kadar tambang bas ekspres untuk setiap kilometer pula dinaikkan dari 6.5
sen menjadi 8.05 sen setiap kilometer. Kenaikan itu bagi kebanyakan pengguna dianggap
membebankan jika diambil kira dari sudut perkhidmatan awam yang ditawarkan ketika
ini. Namun bagi kerajaan, kenaikan itu juga akan mendorong kepada transformasi
perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik kerana sektor itu kini tidak lagi
mempunyai alasan kerana menikmati kadar tambang baru.

Apa pun, kita juga patut mengucapkan terima kasih kepada Menteri dan warga kerja
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kerana berusaha
mengawal harga dan kadar inflasi sepanjang tahun 2009.Indeks Harga Pengguna berada
pada kedudukan stabil dan bekalan barang makanan juga mencukupi. Pertama kali dalam
sejarah Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak timbul masalah kenaikan harga barang dan
bekalan tidak mencukupi. Semua ini adalah kesan daripada tindakan pantas Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob
yang rajin turun padang dan hands on dalam menyelesaikan isu-isu barangan keperluan
rakyat.
Fomca Lancarkan Kempen “Perpaduan Teras
Kepenggunaan”
KUALA LUMPUR - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) telah
melancarkan kempen ”Perpaduan Teras Kepenggunaan” pada 1 Ogos 2009 di Kompleks
Sukan Tenaga Nasional Berhad. Pelancaran kempen ini telah dilaksanakan oleh YB Dato’
Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Kempen “Perpaduan Teras Kepenggunaan” bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia selaras dengan inspirasi 1Malaysia yang dipelopori oleh
Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan
sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan sepanjang bulan Ogos ini.Kempen
“Perpaduan Teras Kepenggunaan” dibuat dengan orang ramai meletakkan tapak tangan
mereka yang diwarnakan dengan cat di atas kain pemidang sepanjang 13 meter dan 1.3
meter lebar. Sebanyak 800 cetakan tapak tangan telah diletakkan di atas kain pemidang,
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan umur.  
Selain itu, bersempena dengan kempen ini juga, FOMCA mengadakan program menulis
mesej ”Apa Yang Saya Banggakan Sebagai Rakyat Malaysia”. Sehingga kini sebanyak
1,500 mesej telah dikumpulkan semenjak ia diadakan semasa sambutan Hari Pengguna
Malaysia 2009 pada 24 Ogos hingga 26 Ogos 2009 di Kuantan, Pahang. Rakyat Malaysia
yang ingin turut serta menulis mesej ”Apa Yang Saya Banggakan Sebagai Rakyat
Malaysia” boleh berbuat sedemikian menerusi laman web: www.kkk.org.my.
Perlaksanaan kempen ini merupakan sebahagian daripada program Kempen Konsumer
Kebangsaan (3K) yang dilaksanakan oleh FOMCA dengan kerjasama Majlis Kebangsaan
Pertubuhan Wanita (NCWO), Majlis Belia Malaysia (MBM), Kongres Kesatuan Pekerja-
Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan PETRONAS.
Pada hari tersebut juga, FOMCA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan turut mengadakan Majlis penyampaian Hadiah bagi meraikan para
pemenang pertandingan Hari Pengguna Malaysia 2009. Seramai 73 orang pemenang bagi
lapan jenis pertandingan telah menerima hadiah wang tunai yang jumlah keseluruhannya
bernilai RM180,000. Seramai 2,000 orang hadir semasa majlis penyampaian hadiah
tersebut. Selain itu, turut diadakan pertandingan mewarna peringkat akhir yang disertai oleh
550 orang kanak-kanak, gerai pameran dan demonstrasi anjing K9 serta pertolongan cemas
dari Persatuan Bulan Sabit Merah.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Datuk Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA,
Tuan Haji Ismail Abdul Rahman, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional
Berhad, Tuan Haji Ahmad bin Othman, Timbalan Presiden FOMCA dan Dr. Mohd
Mokhtar Tahar, Pengarah Bahagian Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.Dalam pada itu, FOMCA menerima sebanyak 21,351
penyertaan daripada lapan pertandingan kepenggunaan yang diadakan selama tiga bulan,
iaitu bermula pada bulan Mei sehingga Julai 2009.

Sementara itu, FOMCA telah mengadakan aktiviti jangkauan (outreach program) y bagi
mempromosi pertandingan kepenggunaan ini. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan
mewarna di 19 lokasi iaitu 17 pasar raya Giant serta dua kawasan komuniti, iaitu di Batu
Muda, Jln Ipoh dan Taman Bt 3, Shah Alam. Selain itu, sebanyak 38 buah sekolah telah
diadakan sesi penerangan pertandingan, yang melibatkan seramai 12,322 orang pelajar.
Program Pertandingan Kepenggunaan Hari Pengguna Malaysia ini turut mendapat
kerjasama Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan
Pustaka, ERA Consumer Malaysia, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC),
Pesarsatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga
Malaysia (WECAM) dan Angkatan Seni Foto Nasional Wilayah Persekutuan. Penaja
program ini ialah Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia (TM), GCH Retail (M) Sdn
Bhd (Pasar Raya Giant), ASTRO. Sementara itu penaja bersama ialah Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP), SIRIM Berhad, Konsortium ABASS, Proton Bhd, Sime Darby
Berhad, Kumpulan Maybank, Hong Leong Bank dan Tropicana Twister (Permanis Sdn.
Bhd.)

Graf Bar
Klu soalan bagi setiap graf sebenarnya terdapat di dalam arahan soalan
Bil Jenis Graf Klu dalam soalan
1 Graf Bar Komponen Jika anda perhatikan dalam arahan soalan ada perkataan
i. Jumlah
ii. Diterapkan
iii. Komposisi
iv. Komponen
2 Graf Bar Kompaun Dalam arahan soalan ada perkataan
i. Graf paling sesuai (ingat PALING sesuai dan bukannya graf yang sesuai)
ii. Bilangan
3 Graf Bar Memesong Dalam arahan soalan ada perkataan:
i. Peratus perubahan
4 Graf Bar Piramid Dalam arahan soalan ada 3 tugasan (pemboleh ubah) yang perlu
pelajar tunjukkan

Carta Pai
Bil Jenis Carta Klu dalam soalan
1 Pai Berbanding Dalam arahan soalan ada diminta calon sediakan carta. Klunya:
i. Membandingkan/perbandingan
ii. Membezakan
2 Bertingkat Klunya:
i. Bukan klu carta pai perbandingan

Graf Garis
Bil Jenis Graf Klu dalam soalan
1 Graf Garis Komponen Jika anda perhatikan dalam arahan soalan ada perkataan
i. Jumlah
ii. Diterapkan
iii. Komposisi
iv. Komponen
2 Graf Kompaun/Segaris Dalam arahan soalan ada perkataan
i. Turun naik
ii. Kadar perubahan
iii. Trend
iv. Pola
v. Kadar pertumbuhan

Difailkan dalam: PENGAJIAN AM

Wanita sasaran syarikat rokok

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


mazlina@kosmo.com.my

BAYI pramatang antara risiko dan kemungkinan yang terpaksa dihadapi oleh wanita hamil yang merokok.

RAUT wajah penuh resah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai jelas terpancar
ketika beliau ditemui sejurus selepas Perasmian Sambutan Hari Tembakau Sedunia 2010
Peringkat Kebangsaan kali ini membawa tema Wanita dan Tembakau - Waspada.

Rupa-rupanya beliau tidak senang duduk apabila mendengar perkhabaran bahawa wanita
di negara ini kini telah menjadi sasaran syarikat-syarikat rokok dalam strategi pemasaran
mereka.

Fakta itu dibuktikan menerusi laporan terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Wanita dan Kesihatan menyatakan bahawa pemasaran dan pengiklanan rokok yang
menjurus ke arah wanita telah meningkat.
"Data dari 151 buah negara menunjukkan bahawa tujuh peratus daripada remaja
perempuan merokok dan angka itu tidak jauh daripada peratus remaja lelaki iaitu 12
peratus," katanya.

Di sesetengah negara yang tidak dinyatakan beliau, terdapat ramai perokok gadis yang
melebihi lelaki.

WHO dalam laporannya menyatakan, syarikat rokok telah menghabiskan kira-kira


sepuluh juta dolar setahun untuk mendapatkan perokok baru dan menggalakkan perokok
sedia ada supaya tidak berhenti merokok.

"Pihak industri dilihat mengambil pendekatan terutama kepada remaja perempuan agar
menjadi perokok.

"Ia bertujuan untuk memenuhi matlamat masing-masing bagi menambah perokok baru di
kalangan wanita bagi menggantikan hampir separuh perokok-perokok yang akan mati
akibat penyakit yang berkaitan dengan amalan yang tidak sihat itu," katanya kepada
Kosmo! baru-baru ini.

Apakah faktor yang mendorong wanita terjebak dengan gejala merokok yang jelas
bertentangan dengan budaya ketimuran itu?

Tiong Lai menjelaskan, hasil informasi WHO, untuk merealisasikan matlamat pihak
industri telah menggunakan pelbagai helah untuk menjerat kaum Hawa.

"Antaranya ialah dengan memberi gambaran bahawa dengan merokok, seseorang wanita
kelihatan langsing.

"Namun percayalah, ini semua tipu kerana merokok boleh meningkatkan berat badan,"
ujarnya.

Bukan itu saja, syarikat rokok juga kreatif dalam hal-


hal pembungkusan rokok. Umpamanya, beritahu
orang kuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
itu, saiz kotak rokok telah disamakan dengan kotak
menyimpan lipstik yang dibaluti dengan warna-
warna kegemaran wanita seperti ungu dan biru.

Strategi pengiklan

Lebih mengecewakan Tiong Lai, strategi pengiklan


juga dianggap keterlaluan apabila imej wanita
merokok digambarkan akan kelihatan lebih matang,
AMARAN kesan merokok yang tertera pada kotak
rokok sedikit pun tidak menakutkan wanita.
anggun, glamor, bebas, penuh daya tarikan seks berbanding dengan mereka yang tidak
memilih jalan itu.

"Saya ingin mengingatkan semua terutama wanita bahawa sama ada anda merokok secara
aktif atau pasif, anda akan berhadapan dengan risiko penyakit tidak berjangkit," katanya.

Kepada wanita, beliau ingin memaklumkan bahawa golongan itu berisiko untuk putus
haid awal, mengalami kelewatan hamil, berpotensi untuk mandul, melahirkan bayi
pramatang, boleh mengakibatkan kematian janin dalam kandungan, keguguran termasuk
tumbesaran janin akan terencat, saluran pernafasan kronik dan penyakit jantung.

Selain itu, perokok wanita juga barangkali akan mendapat kanser paru-paru, tekak, pundi
kencing, payu dara serta kanser serviks.

"Justeru, nasihat saya khususnya para gadis, jangan mudah terpedaya dengan taktik dan
tipu helah syarikat rokok dan jangan biarkan diri mudah diekploitasi," nasihatnya.

Namun fakta itu lebih keras dan harus direnung oleh semua perokok supaya tidak
mengira jantina, WHO mengisytiharkan bahawa tembakau adalah pembunuh nombor
satu masa kini.

Pada abad ke-21, sebanyak satu bilion manusia dijangka akan maut akibat tembakau!

"Kerajaan juga akan terus memastikan harga rokok kekal tinggi demi mengehadkan
kebolehpercayaan rokok oleh golongan sasaran," tegas Tiong Lai.

Ada satu lagi kebimbangan beliau iaitu trend wanita yang berpendidikan dan bekerjaya
kian meningkat.

Ya, memang benar kerana di kalangan rakan-rakan penulis sendiri tidak kira yang bekerja
di sektor kerajaan mahu pun swasta memang merokok.

Alasannya ialah merokok membantu menghilangkan stres di samping ingin menunjukkan


kepada masyarakat bahawa dengan merokok, mereka memiliki pesona tersendiri.

Rokok: Wanita sasaran baru


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
2010/05/30

DI MANA cantiknya wanita merokok? Adakah mereka lebih bergaya atau dipandang
tinggi? Setiap kali diajukan soalan begini, penulis tidak dapat memberikan jawapan
kerana sememangnya tidak tahu apa yang mereka cari atau inginkan. Pada mata penulis,
lelaki yang merokok pun nampak cukup merimaskan, inikan pula wanita.
Isu wanita yang menjadi mangsa asap rokok (perokok sekunder atau pasif) bukanlah isu
baru dan sudah kerap sangat dibincangkan tetapi ia masih belum dapat menimbulkan
kesedaran atau rasa belas di kalangan perokok terhadap kesihatan orang lain -
termasuklah isteri dan anak-anak mereka.

Budak kecil pun tahu bahaya asap rokok tetapi mengapa masih ada yang mahu mencuba
dan meneruskan tabiat ini? Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu
terperangkap dalam jerat rokok, antaranya faktor sosial dan budaya contohnya teladan
daripada ibu atau bapa perokok; pengaruh dan tekanan rakan sebaya; pengaruh filem
khususnya dari Barat, kesan iklan (semua bentuk media).

Faktor peribadi juga turut berperanan dalam soal ini. Kurang pengetahuan mengenai
risiko dan kesan asap rokok terhadap kesihatan; rendah jati diri (merokok dianggap dapat
meningkatkan kemampuan, keyakinan dan untuk menarik perhatian) menjadikan
seseorang mudah mendekati rokok. Dari segi faktor sosio ekonomi; dulu rokok hanyalah
untuk golongan atasan tetapi kini dengan perkembangan ekonomi, rokok sudah mampu
dimiliki semua golongan. Jadi tidak hairanlah jika di negara kita misalnya ada yang sudah
merokok sejak darjah dua! Selain itu, syarikat rokok memang tidak kedekut
membelanjakan wang untuk iklan dan promosi khususnya bagi menarik perhatian
golongan muda. Walaupun kebanyakannya menafikan perkara ini tetapi kajian
menunjukkan syarikat rokok memang bekerja keras untuk menggalakkan orang muda
merokok. Malah mereka juga memastikan supaya wanita turut menjadi pengguna untuk
mengekal dan mengembangkan perniagaan, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Zarihah Mohd Zain.

“Apa yang menyedihkan ialah apabila seseorang merokok kerana kurang keyakinan dan
mahu membentuk imej diri terutama di kalangan remaja kerana rokok akan membuat
mereka nampak lebih matang. “Mereka mahu menarik perhatian dengan melakukan
sesuatu di luar kebiasaan dan tindak balas negatif seperti ini biasanya memang berjaya
membuat kehadiran mereka disedari. “Namun ia pendekatan yang silap kerana merokok
bukan jalan terbaik untuk membina sahsiah dan imej diri. Individu yang tidak merokok
sebenarnya mempunyai keyakinan dan jati diri yang lebih tinggi. Bagi menarik perhatian
pengguna perempuan pula, rokok digembar-gemburkan boleh menguruskan badan dan
membuatkan seseorang wanita tampak lebih cantik. “Memang rokok boleh
mengurangkan selera makan sekali gus membuatkan berat badan susut tetapi perlu ingat,
ada ramai perokok tegar yang gemuk. Malah tanpa sedar mereka sebenarnya sengaja
mengundang kedatangan pelbagai penyakit berkaitan rokok,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 dengan
tema Wanita dan Rokok - Wanita Sasaran Pemasaran Industri Rokok. Hari Tanpa
Tembakau disambut setiap 31 Mei di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran bahaya
asap rokok.
Sebenarnya, ramai perokok di dunia ini ingin berhenti merokok. Dianggarkan 70 peratus
mempunyai keinginan untuk berhenti tetapi gagal berbuat demikian selepas beberapa
cubaan. Perkara ini disebabkan mereka sebenarnya ketagih nikotin - iaitu antara bahan
utama dalam asap rokok. Namun ia bukanlah perkara mustahil untuk dilakukan tetapi ia
memerlukan tekad, kesungguhan dan semangat kuat.

“Pada bulan Ramadan contohnya, ramai perokok boleh menahan keinginan sepanjang
siang kerana mereka ada tekad kuat iaitu mahu berpuasa. Bagi perokok wanita, rata-rata
boleh berhenti merokok selama sembilan bulan apabila mengandung dan semua ini
dilakukan demi anak. “Mereka ada tekad dan keazaman kuat untuk mengelakkan
perkembangan bayi dalam kandungan terjejas akibat asap rokok tetapi sedihnya kembali
merokok selepas bersalin.

“Sepatutnya ia diteruskan sehinggalah anda benar-benar bebas daripada keinginan untuk


merokok. Mungkin ramai perokok wanita tidak tahu bahawa racun dari asap rokok
sebenarnya akan memasuki susu badan yang anda berikan kepada bayi. Jadi setiap kali
anda memberikan bayi anda susu badan, anda secara tidak sedar turut memberinya racun
asap rokok yang meningkatkan risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS),”
katanya.

Kajian menunjukkan bayi yang mempunyai ibu bapa perokok lebih kerap sakit dan
mendapat bronkitis atau pneumonia. Paru-paru bayi lebih kecil berbanding bayi yang
dibesarkan dalam persekitaran bebas asap rokok. Kanak-kanak ini juga lebih mudah
mendapat asma dan jika anak anda menghidap asma, asap rokok akan menjadikan asma
mereka semakin teruk dan lebih sukar dikawal.

Perokok wanita berhadapan dengan penyakit yang sama dengan perokok lelaki, tetapi
kajian menunjukkan perokok wanita mendapat penyakit berkenaan lebih cepat.
Maknanya tempoh mereka merokok adalah lebih pendek untuk mendapat penyakit
berbanding perokok lelaki. Malah tahap penyakit akibat rokok atau berkaitan rokok juga
lebih teruk pada wanita.

Rokok punca penyakit paling utama yang boleh dielakkan. Berdasarkan laporan Pusat
Kawalan Penyakit (CDC), di Amerika Syarikat saja penyakit berkaitan rokok membunuh
kira-kira 178,000 wanita setiap tahun. Secara purata, wanita berkenaan meninggal 14.5
tahun lebih awal kerana rokok. Antara penyakit yang dikaitkan dengan rokok ialah kanser
(mulut, peti suara, tekak, hidung, paru-paru, salur makanan atau esofagus, buah pinggang,
perut); penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), kerosakan buah pinggang dan
penyakit salur darah periferal (aliran darah ke tangan dan kaki menjadi lemah). Rokok
juga boleh menjejaskan kesuburan baik pada lelaki mahu pun wanita. Wanita yang mula
merokok sejak belasan tahun dikatakan bakal melalui gejala menopaus yang lebih teruk,
mempunyai ketumpatan tulang lebih rendah dan berisiko tinggi untuk patah tulang
berbanding wanita tidak merokok. Malah mereka juga lebih berkemungkinan untuk
mengalami artritis reumatoid dan katarak serta kemerosotan makular pada mata yang
boleh menyebabkan kebutaan.

“Dapatkan bantuan doktor supaya tabiat buruk ini dapat dihentikan segera untuk
kebaikan diri sendiri dan keluarga. Namun yang lebih baik ialah jangan mulakan
langsung. “Jika ada keinginan untuk merokok, cuba tangguhkan dulu kerana kajian
menunjukkan kebarangkalian untuk mula merokok pada individu dewasa adalah jauh
lebih rendah berbanding ketika remaja,” katanya.

Manfaat makan perlahan


Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
2010/07/04

“MAKAN cepat!” Ini mungkin antara arahan yang paling kerap diberikan ibu bapa
kepada anak-anak ketika berada di meja makan, tidak kira sama ada di rumah atau di
restoran kerana tidak sabar menunggu si kecil menghabiskan makanan mereka.

Mungkin anda tidak tahu bahawa makan perlahan-lahan sebenarnya mempunyai banyak
manfaat terhadap kesihatan. Antara manfaat berkenaan ialah:

 Mengunyah makanan perlahan-lahan boleh merangsang pengeluaran lebih banyak air


liur. Air liur kita mengandungi enzim emilase yang membantu menghancurkan dan
menghadamkan makanan. Makan perlahan- lahan boleh membantu memperbaiki proses
penghadaman di dalam usus kecil, maka penyerapan zat daripada makanan akan menjadi
lebih baik. Ia juga akan mengelakkan berlakunya masalah ketidakhadaman seperti sakit
perut.

 Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke


dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan.
Dalam kata lain, kuranglah kalori yang anda ambil. Otak kita mengambil masa 15 hingga
20 minit untuk mengesan isyarat ‘kenyang’.

Bagi orang yang makan cepat, mereka akan mengambil banyak makanan untuk berasa
kenyang dan ketika itu, jumlah kalori yang masuk ke dalam badan mungkin dua kali
ganda daripada yang diperlukan.
 Makan perlahan-lahan membolehkan kita menikmati keenakan, keharuman dan
tekstur makanan dengan lebih baik. Makanan yang dinikmati dalam keadaan tenang akan
terasa lebih enak.

 Mengelakkan masalah pedih hulu hati atau asid refluks. Tabiat makan cepat antara
punca pedih hulu hati. Ada yang menggelarnya masalah ketidakhadaman makanan. Jadi,
mengapa mahu mempertaruhkan kesihatan perut hanya semata-mata kita mahu cepat
beredar dari meja makan?

 Makan perlahan-lahan adalah antara langkah bijak ke arah kesihatan yang lebih baik.
Individu yang makan cepat lebih terdorong untuk makan makanan ringan (snek) yang
kurang berkhasiat.

 Mengurangkan tekanan. Ada pakar pemakanan menyarankan apabila kita makan, kita
perlu memberi tumpuan kepada makanan. Ini adalah latihan untuk kita melakukan
sesuatu dengan tenang. Ia juga boleh menjadi latihan untuk menumpukan perhatian
terhadap kerja yang dilakukan.

Individu yang makan cepat lebih cenderung untuk berfikir mengenai kerja atau apa yang
perlu dilakukan selepas makan. Ia akan membuatkan individu berkenaan berasa tertekan
kerana masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Itu antara faedah makan perlahan-lahan. Tetapi bagaimana kita boleh memperlahankan
rentak makan yang sudah menjadi amalan sejak kecil? Ada beberapa langkah yang boleh
diamalkan seperti:

 Luangkan masa khusus untuk makan. Tidak kira berapa sibuk pun anda, apabila tiba
masa makan, bangun dari meja dan bawalah bekal anda ke ruang yang dikhaskan untuk
makan. Otak dan mata anda perlu rehat. Jadi, inilah masa yang baik untuk berehat.

 Kunyah makanan perlahan-lahan sehingga benar-benar lumat. Berapa kali hendak


kunyah? Terpulang kepada anda tetapi ada doktor menyarankan, kunyahlah makanan
mengikut umur anda. Jika anda berumur 30 tahun, maka anda perlu kunyah 30 kali.
Semakin kita berusia, kita memerlukan makanan yang lebih lembut.

Ini kerana semua organ termasuk usus mengalami proses penuaan, selaras dengan
peningkatan umur kita. Makanan yang dikunyah hingga benar-benar lumat adalah lebih
lembut kerana mengandungi banyak air liur dan lebih mudah dihadamkan.

 Sebagai ibu bapa, anda bertanggungjawab menentukan corak dan tabiat pemakanan
anak. Beritahu mereka untuk makan perlahan-lahan dan manfaatnya. Pastikan tiada
gangguan ketika makan. Matikan televisyen kerana ia boleh mengganggu tumpuan
terhadap makanan.
 Letak sudu dan garpu di antara suapan. Ini akan memperlahankan rentak makan anda.
Kalau mahu lebih perlahan, cuba makan menggunakan copstik. Jika anda makan dengan
tangan, pastikan makanan anda mengunyah sekurang-kurangnya 20 hingga 30 kali
sebelum menelan.

 Makan bersama keluarga atau kawan. Makan bersendirian akan menyebabkan anda
makan cepat kerana mahu segera beredar dari restoran atau meja makan. Berbual juga
boleh memperlahankan rentak makan. Bahkan ia juga cara yang baik untuk mengeratkan
hubungan kekeluargaan.

 Tambahkan sayur-sayuran dan buah-buahan ke dalam menu harian anda. Sayur-


sayuran dan buah-buahan memerlukan lebih masa untuk dihancurkan.

 Buat catatan dan rekodkan masa yang anda ambil untuk makan. Ini adalah langkah
yang baik untuk melihat perkembangan anda. Ia secara tidak langsung akan mengajar
anda untuk makan perlahan-lahan demi kebaikan diri sendiri.

KEK KARAMEL

experiment kaler...

kek caramel...resepi dri munira"kongsi resepi"

bahan2...

2 @ 4 sudu besar gula...jadikan gulakan gula hangus.ratekan pde keseluruhan loyang


supaye kek tak melekat pade loyang

bahagian atas

1/2 tin susu cair


70 gm gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 kuning telur
kacau sebati..lembut je

lapisan kek (A)

140 gm tepung gandum


70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak
pukul telur kuning,air dan minyak hingge kembang..masukkan gula..pukul kembang lgi
hingge naik skali gande.masukkan tepung yng dicampur b.powder.ketepikan

meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu teh krim tar2
pukul hingge kembang dan tak menitis..

campurkan A dan B..KACAU DNGN TANGAN..sehale

****masukkan karamel dalam loyang...masukkan adunan kek yng telah diwarnekan.

1 jam yang pertame letak loyang dibhgian bawah oven..1/2 jam yng akhir alih loyang ke
atas.masak care double boi ler untuk mengelakkan karamel hangus

10 PETANDA DIA JODOH KITA.......

 Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan
menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera


 

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi
bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT
mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk
berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.
Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti
memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-
masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu
gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti
yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia
berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia
spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa
dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia
sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia
adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun
tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang,
gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang
sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa
dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

 
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu
perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak
mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia
tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung.
Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak
perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama.
Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh
dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran
bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran
menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya
mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan
yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

 
 

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya
dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin
memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang
berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati
nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada
kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun
kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui
kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
 

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang
panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu
memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan
tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini
dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya
tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana
ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi
kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus
peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita
sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita
mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi
pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang
gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami
pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula
suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama
kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang
sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan
yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan
keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu
menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan
senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia
tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur
ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada
melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-
masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

 
9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat
mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat
saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu
sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita
yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?
Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha
berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan
peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang
mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya
Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya.
Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik.
Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia.
Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat
di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau


dengan satu ayat..

Lagi artikel menarik di :

http://www.facebook.com/murahjual2

 
 

ler untuk mengelakkan karamel hangus..

You might also like