You are on page 1of 44

KELEBIHAN ILMU DAN ULAMA’

Hadis 1 – Kelebihan Orang Yang Alim Hadis 24 – Bertanya Itu Anak Kunci Ilmu
Hadis 2 – Kehebatan Orang Yang Alim Hadis 25 – Jadikan Diri Anak Kunci Kebaikan
Hadis 3 – Ilmu Mengangat Martabat Manusia Hadis 26 – Taqwa Itu Kemuncak Ketinggian
Hadis 4 – 0rang Yang Alim Itu Hidupnya Hadis 27 – Sampaikan Ilmu Yang Sesuai
Berkat Dengan Pendengarnya
Hadis 5 – Macam-macam Jenis Ulama Hadis 28 – Semua Penuntut Pasti Untung
Hadis 6 – Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Hadis 29 – Kelebihan Mengajar Ilmu
Syurga Hadis 30 – Sampaikan Ilmu Walaupun Sedikit
Hadis 7 – Menuntut Ilmu Itu Satu Kewajipan Hadis 31 – Ambil Berkat Rasulullah dan
Hadis 8 – 0rang Yang Alim Itu Pilihan Allah Ulama’
Hadis 9 – Pelajar Agama Sama Dengan Hadis 32 – Hati-hati Bila Menyampaikan Ilmu
Mujahid Hadis 33 – Semua Sabda Nabi Adalah Benar
Hadis 10 – Pelajar Agama Diampun Dosanya Hadis 34 – Memelihara Ilmu Dengan
Hadis 11 – Pelajar Agama Dijamin Rezekinya Menulisnya
Hadis 12 – Carilah Ilmu Sebelum Ia Hadis 35 – Yang pandai Tolong Menulis Bagi
Dipertikaikan Yang Kurang Pandai
Hadis 13 – Carilah Ilmu Sebelum Ia Hilang Hadis 36 – Lebih Banyak Menulis, Lebih Luas
Hadis 14 – Kelebihan Mempelajari Al Quran Ilmunya
Hadis 15 – Orang Alim Itu Tawadhuk Hadis 37 – Apabila Ulama’ Dimatikan Allah
Hadis 16 – Kesudahan Pencari Ilmu Hadis 38 – Tuntutlah Ilmu Sebelum Ia
Hadis 17 – Ilmu Dan Amal Di Syurga Diangkat
Hadis 18 – Hikmah Idaman Orang Beriman Hadis 39 –Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia Telah
Diangkat
Hadis 19 – Hakikat Ilmu
Hadis 40 – Ikhlas Dalam Mencari Ilmu
Hadis 20 – Jangan Malu Hadir Majlis Ilmu
Hadis 41 – Mengajar Itu Sedekah Yang Paling
Hadis 21 – Jangan Menyembunyikan Ilmu Baik
Hadis 22 – Jadikan Diri Sebagai Pintu Hidayah Hadis 42 – Pahala Yang Berterusan
Hadis 23 – Murid Itu Amanah Rasul Pada
Seorang Guru
Hadis 1 – Kelebihan Orang
Yang Alim
• Daripada Abu Amamah r.a
berkata: Telah disebut disisi
Rasulullah s.a.w dua orang lelaki.
Pertama orang yang abid (ahli
ibadat) dan kedua orang yang
alim. Maka Rasulullah s.a.w
bersabda: “Kelebihan orang yang
alim atas orang yang abid seperti
kelebihanku atas yang paling
rendah daripadamu”.
Hadis 2 – Kehebatan Orang
Yang Alim
• Daripada Abdullah Bin Abbas r.a
berkata: Telah bersabda Rasulullah
s.a.w: “Seorang yang alim itu lebih
kuat pengaruhnya atas syaitan
daripada seribu abid (yang tidak
alim).

Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah


Hadis 3 – Ilmu Mengangat Martabat
Manusia
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah ditanya
Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling
mulia disisi Allah? Lalu Nabi s.a.w menjawab:
“Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang
yang paling taqwa”. Seterusnya mereka berkata
lagi: bukan ini yang kami tanyakan! Lantas Nabi
menjawab pula: “Kalau begitu mungkin yang kamu
maksudkan itu Nabi Yusuf a.s kerana Baginda
adalah seorang Nabi, anak seorang Nabi, anak
kekasih Allah”. Mereka berkata lagi: bukan ini yang
kami tanyakan! Terus Nabi menjawab lagi:
“Apakah kamu bertanya tentang tokoh-tokoh dari
bangsa Arab?” Mereka menjawab: Ya! Lalu Baginda
bersabda: “Orang yang
baik pada zaman jahiliyah dahulu, itulah
juga orang-orang
Hadis 4 – 0rang Yang Alim Itu
Hidupnya Berkat
• Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a
berkata: Telah bersabda Rasulullah
s.a.w: “Orang yang paling baik itu
ialah orang yang alim. Jika ia
diperlukan maka ia akan memberi
manafaat bagi orang lain. Dan
jikalau ia tidak diperlukan maka ia
mencukupkan dirinya sendiri (tidak
menyusahkan orang lain)”.
Hadis 5 – Macam-macam
Jenis Ulama
• Daripada Anas r.a berkata: Bahawa
Nabi s.a.w bersabda: “Ulama itu ada
tiga jenis. Pertama orang yang alim
yang hidup dengan ilmunya
(mengamalkan ilmunya) dan
masyarakat juga hidup dengan
ilmunya. Kedua orang yang alim
yang masyarakat mengambil
manafaat dengan ilmunya tetapi dia
sendiri membinasakan dirinyanya
(tidak mengamalkan ilmunya). Ketiga
orang alim yang hidup dengan
ilmunya (mengamalkan ilmunya)
tetapi orang lain tidak mengambil
manafaat dengan ilmunya”.
Hadis 6 – Menuntut Ilmu Bererti Menuju
ke Syurga
• Daripada Abu Darda’ r.a berkata: Aku telah
mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa
yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah
menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan
syurga. Sungguhnya para malaikat
menghamparkan sayapnya kerana redha bagi
orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya
orang yang ada diseluruh lapisan langit dan
bumi meminta ampun bagi orang yang alim
sehingga ikan yang ada dilaut. Dan
sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas
orang yang abid seperti kelebihan bulan
purnama atas sekalian bintang-bintang. Dan
sesungguhnya ulama’ itu pewaris Nabi-nabi.
Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan
dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)
tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu.
Maka
Hadis 7 – Menuntut Ilmu Itu Satu
Kewajipan

• Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “


Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina,
kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap
orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat
itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut
ilmu kerana redha dengan apa yang mereka
tuntut”.

Hadis Riwayat Al Bara

• Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda:


“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang
Islam. Dan orang yang meletakkan ilmu itu
disisi orang yang tidak ahlinya seperti
memberikan rantai permata, mutiara dan
emas ke leher babi”.
Hadis 8 – 0rang Yang Alim Itu
Pilihan Allah
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang dikehendaki
oleh Allah kebaikan padanya sudah
tentu Allah menjadikannya
seorang yang mengerti dengan
hal-hal agama”.

Hadis Riwayat Ibnu Majah


Hadis 9 – Pelajar Agama Sama
Dengan Mujahid
• Daripada Anas r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa keluar mencari ilmu
maka ia sebenarnya berjihad di
jalan Allah sehingga dia kembali”.

Hadis Riwayat At Tirmizi


Hadis 10 – Pelajar Agama
Diampun Dosanya
• Daripada Sakhbarah r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa mencari ilmu maka
yang demikian itu akan
menghapuskan dosa-dosanya yang
lalu”.

Hadis Riwayat At Tirmizi


Hadis 11 – Pelajar Agama Dijamin
Rezekinya
• Daripada Ziyad Bin Al-Harith
berkata: Bersabda Rasulullah
s.a.w: “Barangsiapa mencari ilmu
maka Allah Taala menjamin untuk
mencukupkan rezekinya”.

Hadis Riwayat Al Khotib


Hadis 12 – Carilah Ilmu Sebelum Ia
Dipertikaikan
• Daripada Uqbah Bin Amir r.a
berkata: Bersabda Rasulullah
s.a.w: “Carilah ilmu sebelum lahir
orang-orang yang suka
mempertikaikan nilai-nilai agama”.

Hadis Riwayat Bukhari


Hadis 13 – Carilah Ilmu
Sebelum Ia Hilang
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Belajarlah ilmu fardu ain dan al-
Quran, dan ajarkanlah akan dia
kepada orang lain, kerana aku
akan meninggal dunia”.

Hadis Riwayat At Tirmizi


Hadis 14 – Kelebihan
Mempelajari Al Quran
• Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a
berkata: Bersabda Rasulullah
s.a.w: “Sebaik-baik kamu ialah
orang yang belajar Al Quran dan
mengajarkannya kepada orang
lain”.

Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi


Hadis 15 – Orang Alim Itu
Tawadhuk
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Tuntutlah ilmu dengan
bersungguh-sungguh, dan tentu
telah bersama ilmu itu akan
ketenteraman dan kewibawaan.
Dan hendaklah kamu bersifat
tawadhuk bagi guru yang kamu
belajar kepadanya”.
Hadis 16 – Kesudahan Pencari
Ilmu
• Daripada Abu Said al-Khudri r.a
berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: “Orang yang berilmu itu
tidak akan puas dari mencari ilmu
yang didengarinya sehingga
adalah kesudahannya itu di dalam
syurga”.

Hadis Riwayat At Tirmizi


Hadis 17 – Ilmu Dan Amal Di
Syurga
• Daripada Abu Hurairah r.a bahawa
Nabi s.a.w bersabda: “Orang yang
alim, ilmu dan amal itu ketiga-
tiganya itu di dalam syurga. Dan
apabila orang alim tidak
mengamalkan ilmunya maka ilmu
dan amal itu tetap di dalam
syurga, sedang si alim itu akan
dimasukkan ke dalam neraka”.
Hadis 18 – Hikmah Idaman
Orang Beriman
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Nabi s.a.w bersabda: “Perkataan
hikmah itu adalah idaman orang-
orang yang beriman. Maka mana
sahaja ia menemukannya maka
pasti ia akan mengambilnya”.

Hadis Riwayat At Tirmizi


Hadis 19 – Hakikat Ilmu

• Daripada Abdullah Bin Amru r.a


berkata: Nabi s.a.w bersabda:
“Hakikat ilmu itu tiga perkara,
maka yang lain daripadanya
adalah sesuatu yang tidak ada
faedahnya. Pertama ayat yang
jelas. Kedua sunnah Nabi s.a.w
yang ditegakkan (amalkan). Ketiga
kewajipan yang adil”.
Hadis 20 – Jangan Malu Hadir
Majlis Ilmu
• Daripada Abu Waqid Al Laithi r.a berkata: Ketika
Nabi s.a.w sedang duduk (bersama2 sahabatnya
dalam majlis ilmu) di dalam masjid, tiba-tiba
datang tiga orang. Dua orang terus menyertai
majlis Nabi s.a.w. orang yang pertama ia melihat
ada tempat yang kosong di tengah2 halaqah,
maka ia pun terus duduk di sana. Orang yang
kedua hanya duduk di belakang majlis. Adapun
orang yang ketiga (kerana ia melihat orang
ramai maka ia rasa malu masuk ke majlis ilmu
itu) maka terus ia pergi ke tempat lain. Maka
setelah selesai Nabi s.a.w daripada
percakapannya lalu Baginda bersabda:
“Hendakkah kamu aku beritahu tentang tiga
orang yang baru datang tadi? Yang pertama ia
bersungguh mencari ilmu maka Allah
memberikan tempat kepadanya. Yang kedua ia
merasa malu (tidak bersungguh2) maka Allah
juga malu daripadanya (tidak memberi
Hadis 21 – Jangan
Menyembunyikan Ilmu
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa ditanya tentang
suatu ilmu lalu ia
menyembunyikannya, maka ia
akan dikekang pada hari kiamat
nanti dengan kekang daripada api
neraka”.

Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi


Hadis 22 – Jadikan Diri Sebagai Pintu
Hidayah
• Daripada Sahal Bin Saad r.a
berkata: Nabi s.a.w bersabda:
“Demi Allah, bahawa memberi
petunjuk oleh Allah akan seorang
dengan sebab engkau, maka itu
lebih baik daripada unta yang
merah (sejenis kenderaan yang
paling mahal pada zaman
dahulu)”.
Hadis 23 – Murid Itu Amanah Rasul Pada
Seorang Guru

• Daripada Abi Harun Al Abdi r.a


berkata: Kami sering datang
menemui Abi Said Al Khudri r.a, lalu
beliau berkata: Selamat datang
wasiat Rasulullah s.a.w, kerana
sesungguhnya Rasulullah s.a.w
bersabda bagi kami: “Sesungguhnya
umat manusia akan datang
mengikuti kamu. Dan sesungguhnya
orang ramai akan datang menemui
kamu dari seluruh dunia. Mereka
datang untuk belajar ilmu agama
daripada kamu. Oleh itu, apabila
mereka datang, maka wasiat ku pada
kamu hendaklah kamu melayani
Hadis 24 – Bertanya Itu Anak
Kunci Ilmu
• Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“ilmu itu seperti gudang, dan
kuncinya adalah bertanya. Maka
hendaklah kamu sering bertanya
semoga kamu diberi rahmat oleh
Allah Taala. Maka sesungguhnya dari
satu pertanyaan itu diberi pahala
akan empat orang. Pertama orang
yang bertanya. Kedua guru yang
menjawab. Ketiga orang yang
mendengar jawapan itu. Keempat
orang yang cinta kepada mereka”.
Hadis 25 – Jadikan Diri Anak Kunci
Kebaikan
• Daripada Sahal Bin Said r.a
berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: “kebaikan itu laksana
beberapa gudang. Dan bagi
gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untung sekali bagi
seseorang hamba yang telah
dijadikan Allah sebagai anak kunci
bagi kebaikan, penutup bagi
kejahatan. Dan celaka bagi
seorang hamba yang menjadi anak
kunci bagi kejahatan, penutup bagi
Hadis 26 – Taqwa Itu Kemuncak
Ketinggian
• Daripada Yazid Bin Salmah r.a
berkata: Aku berkata kepada
Rasulullah s.a.w: bahawa aku sangat
banyak mendengar hadis daripada
engkau, dan aku takut bahawa yang
kemudiannya melupakan yang
pertamanya. Maka beritahukan
kepadaku wahai Rasulullah dengan
satu kalimat yang ringkas sekali,
sebagai kesimpulan daripada segala
yang aku dengar. Maka Rasulullah
s.a.w bersabsa: “Bertaqwalah engkau
kepada Allah pada barang yang
Hadis 27 – Sampaikan Ilmu Yang Sesuai
Dengan Pendengarnya

• Daripada Sahal Bin Said r.a


berkata: Rasulullah s.a.w
bersabda: “Kebaikan itu laksana
beberapa gudang. Dan bagi
gudang-gudang itu ada anak
kuncinya. Maka untung sekali bagi
seseorang hamba yang telah
dijadikan Allah sebagai anak kunci
bagi kebaikan, penutup bagi
kejahatan. Dan celaka bagi
seorang hamba yang menjadi anak
kunci bagi kejahatan, penutup bagi
Hadis 28 – Semua Penuntut Pasti
Untung
• Daripada Wasilah Bin Asqoq r.a
berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: “
Barangsiapa mencari ilmu lalu ia
mendapatkannya maka baginya
dapat dua pahala. Dan barangsiapa
mencari ilmu tetapi ia tidak
mendapatkannya maka baginya
dapat satu pahala ”.

Hadis Riwayat Al Darami


Hadis 29 – Kelebihan Mengajar Ilmu

• Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata:


Rasulullah s.a.w bersabda: “ Semoga
Allah memberikan kebaikan dan
keindahan akan seorang yang
mendengar daripada kami sesuatu
lalu ia menyampaikannya kepada
orang lain. Maka barang kali orang
yang mendengar itu lebih mengambil
manafaat daripada orang yang
menyampaikannya ”.
Hadis 30 – Sampaikan Ilmu
Walaupun Sedikit
• Daripada Abdullah Bin Umar berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: “
Sampaikanlah apa yang kamu
dengar daripadaku walaupun hanya
satu ayat. Dan sampaikan daripada
apa yang kamu dengar daripada Bani
Israil, maka tidak mengapa yang
demikian itu. Dan barangsiapa secara
sengaja berbohong atas namaku
maka hendaklah ia menyediakan
dirinya masuk dalam api neraka ”.
Hadis 31 – Ambil Berkat Rasulullah
dan Ulama’
• Daripada Mahmud Bin Rabiq r.a
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “
Saya masih ingat ketika Rasulullah
s.a.w menyembur (menghembuskan
air) ke muka saya dari sebuah timba
daripada air telaga yang ada di
kawasan rumah kami, dan saya
ketika itu baru berumur lima tahun ”.

Hadis Riwayat Bukhari, Muslim


Hadis 32 – Hati-hati Bila
Menyampaikan Ilmu
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata: “
Aku telah ingat daripada Rasulullah
s.a.w dua jenis ilmu. Adapun yang
pertama maka telah aku sebarkan
kepada kamu semua ( para tabi’in).
Adapun yang satu lagi, seandainya
aku sampaikan kepada kamu
nescaya akan dipotong leherku ini ”.

Hadis Riwayat Bukhari


Hadis 33 – Semua Sabda Nabi
Adalah Benar
• Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata:
Adalah aku menulis segala sesuatu yang aku
dengar daripada Rasulullah s.a.w, lalu orang2
Quraish melarang aku daripada yang demikian
itu dan merika berkata: Apakah engkau
menulis segala sesuatu yang diucapkan oleh
Rasulullah s.a.w, sedangkan beliau adalah
seorang manusia biasa yang bercakap2 dalam
keadaan redha dan marah. Maka aku berhenti
daripada menulis segala perkataan Rasulullah
s.a.w yang aku dengar, sampai suatu masa
maka aku menyebutkan yang demikian itu
bagi Rasulullah s.a.w. Maka Baginda bersabda:
“Tulislah olehmu
apa2 yang aku katakan. Maka
demi Tuhan yang
Hadis 34 – Memelihara Ilmu Dengan
Menulisnya
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Seorang lelaki dari kalangan orang
Ansar telah datang mengadukan hal
kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata:
Wahai Rasulullah! Aku sungguhnya
telah mendengar perkataanmu dan aku
sangat kagum dan hairan dengan
keindahannya, tetapi aku tidak dapat
menhafaznya. Maka apa yang perlu aku
lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w:
“Hendaklah engkau menggunakan
tangan kananmu”. Sambil
mengisyaratkan supaya ia menulis apa
yang ia dengarkan”.
Hadis 35 – Yang pandai Tolong Menulis Bagi
Yang Kurang Pandai

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata:


Telah berkhutbah Rasulullah s.a.w
akan suatu khutbah. Lalu Abu
Hurairah menyebutkan bahawa
Rasulullah s.a.w menyebutkan di
dalam khutbahnya itu satu kisah
yang panjang. Dan pada akhir hadis
itu disebut bahawa Abu Syah berkata
bagi Rasulullah. Wahai Rasulullah!
Tolong tuliskan untuk ku isi khutbah
tadi. Maka Rasulullah s.a.w
bersabda: “Tolong tuliskan untuk Abu
Syah”.
Hadis 36 – Lebih Banyak Menulis, Lebih
Luas Ilmunya

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata:


Tiada ada dari keseluruhan sahabat
Rasulullah s.a.w orang yang paling
banyak meriwayatkan hadis lebih
daripada aku, kecuali Abdullah Bin
Umar, maka dia lebih banyak
daripada aku, kerana dia menulis dan
aku tidak menulis.

Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi


Hadis 37 – Apabila Ulama’ Dimatikan
Allah
• Daripada Abdullah Bin Umar r.a
berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“sungguhnya Allah Taala tidak
menghilangkan ilmu agama itu dengan
dicabut sekaligus daripada manusia,
tetapi Allah Taala akan menghilangkan
ilmu dengan mematikan para ulama’.
Sehingga apabila sudah tiada para
ulama’, manusia akan melantik
pemimpin mereka daripada kalangan
orang-orang yang jahil, lalu mereka
akan ditanya hukum sesuatu masalah,
maka mereka menjawab atau berfatwa
tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka
Hadis 38 – Tuntutlah Ilmu Sebelum
Ia Diangkat
• Daripada Abu Amamah r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: “
Tuntutlah ilmu sebelum ia dicabut.
Dan maksud ilmu itu dicabut ialah
diangkat dari permukaan bumi ini.
Lalu Nabi s.a.w mengisyaratkan
dengan menggambarkan jari tangan
telunjuknya sambil bersabda: orang
yang alim dan orang yang belajar
ilmu itu bersama-sama dalam
mendapatkan pahala. Dan orang
yang lain dari mereka berdua sudah
tidak ada apa-apa kebaikan”.
Hadis 39 –Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia
Telah Diangkat
• Daripada Abu Darda’ r.a berkata: Pada suatu masa kami
bersama Rasulullah. Lalu baginda mengangkatkan pandangan
ke arah langit, kemudian Baginda bersabda: Inilah masanya
ilmu itu dicabut daripada manusia sehingga mereka sudah tidak
dapat lagi untuk menahannya. Maka berkata Zaid Bin Labid Al
Ansari r.a: Bagaimana ilmu itu dicabut daripada manusia
sedangkan kami masih membaca Al Quran. Demi Allah, kami
akan sentiasa membaca Al Quran dan mengajarkannya kepada
anak2 kami dan isteri2 kami. Lalu Baginda bersabda: Celakalah
ibumu (kerana kehilangan kamu) wahai Zaid! Aku sebenarnya
menganggap engkau dari kalangan ulama’ di negeri Madinah
ini. Cuba lihat! Ini kitab Taurat yang ada di kalangan orang2
Yahudi. Dan ini kitab Injil yang ada di kalangan orang2 Nasrani.
Apakah kitab yang ada di kalangan mereka itu telah memberi
faedah kepada mereka? Berkata Jabir r.a: lalu aku datang
menemui Ubadah Bin Shomit r.a dan aku berkata kepadanya:
apakah engkau pernah mendengar apa yang diriwayatkan oleh
Abu Darda’ seperti yang tersebut pada hadis tadi? Maka Ubadah
berkata: benar apa yang dikatakan oleh Abu Darda’ itu. Dan
kalau engkau mahu maka aku akan ceritakan kepadamu akan
ilmu yang pertama sekali diangkat dari manusia! Ilmu yang
pertama sekali diangkat dari manusia itu ialah khusyuk (dalam
solat). Barangkali
Hadis 40 – Ikhlas Dalam Mencari
Ilmu
• Daripada Kaab Bin Malik r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: “
Barangsiapa mencari ilmu untuk
menandingi para ulama’ atau
mengalahkan orang2 yang jahil, atau
untuk memusatkan perhatian
manusia kepadanya, maka orang ini
akan dimasukkan Allah ke dalam api
neraka ”.

Hadis Riwayat Tirmizi


Hadis 41 – Mengajar Itu Sedekah Yang
Paling Baik
• Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Nabi s.a.w bersabda: “ Sebaik-baik
sedekah itu bahawa muslim itu
belajar akan suatu ilmu kemudian dia
mengajarkannya akan saudaranya
yang muslim ”.

Hadis Riwayat Ibnu Majah


Hadis 42 – Pahala Yang Berterusan

• Daripada Abu Hurairah r.a berkata:


Nabi s.a.w bersabda: “ Apabila mati
seorang anak Adam maka
terputuslah segala amalannya
kecuali yang datang dari tiga
sumber. Pertama sedekah jariah.
Kedua ilmu yang memberi manafaat.
Ketiga anak yang soleh yang
mendoakan baginya ”.

Hadis Riwayat Muslim

You might also like