P. 1
Dalil-dalil Mengenai Allah Tidak Bertempat

Dalil-dalil Mengenai Allah Tidak Bertempat

|Views: 288|Likes:
AQIDAH ISLAM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYA'IRAH WAL MATHURIDHIAH
AQIDAH ISLAM AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AL-ASYA'IRAH WAL MATHURIDHIAH

More info:

Published by: Shamsul Kamal Hj Maamor on Feb 05, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/14/2013

pdf

text

original

DALIL-DALIL YANG MENUNJUKKAN BAHAWA ALLAH TA`ALA WUJUD TANPA BERTEMPAT DAN TIDAK BERHAJAT KEPADA `ARASY

DAN TEMPAT
Dipetik dari : http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/al-asyairah-al-syafii/dalildalil-mengenai-allah-tidak-bertempatvolume-1/191477634213112

AL QURAN 1. Allah ta`ala berfirman:

Maksudnya: "(Oleh kerana Allah Menguasai segala-galanya, maka) Wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam Segala perkara), sedang Allah Dia lah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji". (Surah al-Faathir : 15) 2. Firman Allah ta`ala:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian (alam) makhluk (`Arasy, Kursi, langit, tempat dan lain-lain)".

(Surah Al-Ankabut : 6) Apabila kita mengatakan bahawa Allah ta`ala berhajat kepada makhluk yang diciptakan-Nya, nescaya lemahlah Allah ta`ala. Apabila lemah, maka Dzat tersebut tidak layak untuk dijadikan Tuhan. Ini adalah kerana, lemah itu sifat makhluk. Setiap yang lemah pasti ada (berhajat kepada) yang memperkuatkannya. Maka, mustahil Allah ta`ala berhajat kepada makhluk yang diciptakan-Nya.

AL HADIS 1. Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

"‫."كان ال ولم يكن شيء غيره‬ ُ ُ ْ َ ٌ ْ َ ْ ُ َ ْ ََ ُ َ َ
Maksudnya: “Allah telah wujud (pada azali) sedang sesuatu selain-Nya masih belum wujud”. [Diriwayatkan oleh al-Bukhari, al-Bayhaqi dan Ibn Jarud]

Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani (W. 852 H) telah menghuraikan hadis di atas di dalam kitabnya Fath al-Bari dengan katanya[1]:

"‫."والمراد بكان في الول الزلية وفي الثاني الحدوث بعد العدم‬ ِ َ َ ْ َ ْ َ ُ ْ ُ ُ ْ ِ ّ ِ َ ُ ّ َِ َ ِ ّ َ ِ َ َ ِ ُ َ ُ ْ َ
Maksudnya: “Dan maksud kana dalam lafaz yang pertama ialah keazalian (kewujudan tanpa didahului oleh ketiadaan atau kewujudan tanpa permulaan) dan dalam lafaz kedua ialah kebaharuan selepas ketiadaan (kewujudan yang didahului oleh ketiadaan atau kewujudan yang ada permulaan)”.

Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) juga mensyarahkan hadis tersebut di dalam kitabnya al-Asma’ Wa al-Sifat dengan berkata:

"‫".يدل على أنه لم يكن شيء غيره ل الماء ول العرش ول غيرهما وكل ذلك أغيار‬ ٌ َ ْ َ َ َِ ّ ُ َ َ ُ َ ْ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ ْ ُ ُ ْ َ ٌ ْ َ ْ ُ َ ْ َ ُ ّ َ ََ ّ ُ َ
Maksudnya: "(Hadis ini) Menunjukkan bahawa Allah ta`ala sudah wujud walaupun selain-Nya belum ada, air tidak ada, `Arasy tidak ada dan selain kedua-dua benda itu dan semua itu adalah bukan Allah ta`ala." Justeru, Allah taala telah wujud sejak dari azali dalam keadaan tiada suatupun yang bersama keazalian-Nya. Tiada sesuatu pun sama ada air, udara, bumi, langit, `Arasy, Kursi, manusia, jin, malaikat, tempat dan lain-lain daripada makhluk yang menyerupai-Nya. Oleh itu, Allah taala wujud sebelum kewujudan tempat tidak bertempat, dan Dia-lah yang telah mencipta tempat dan `Arasy serta Dia tidak berhajat sama sekali kepada ciptaan-Nya. 2. Rasulullah sallallahu`alaihi wa sallam bersabda:

"‫اللهم أنت الول فليس قبلك شيء, وأنت الخر فليس بعدك شيء, وأنت الظاهر‬ ُ ِ ّ َ ََ ٌ ْ َ َ َ ْ َ َ ْ ََ ُ ِ َ ََ ٍ ْ َ َ َْ َ َ ْ ََ ُ ّ َ َ َ ّ ُ ّ ٌ َ َ َ ْ ُ َ ْ ََ ُ ِ َ ْ َ ََ ٌ ْ َ َ َ ْ َ َ ْ ََ ‫".فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيْء‬
Maksudnya: “Ya Allah! Engkau al-Awwal maka tiada suatupun sebelum-Mu, Engkau al-Akhir maka tiada suatupun selepas-Mu, Engkau al-Zahir maka tiada suatupun di atas-Mu, dan Engkau al-Batin maka tiada suatupun di bawah-Mu”. [Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim] Al-Hafiz Abu Bakr Ahmad ibn al-Husayn al-Bayhaqi (W. 458 H) berkata dalam kitabnya al-Asma’ wa al-Sifat[2]:

".‫وأنه الظاهر فيصح إدراكه بالدلة, الباطن فليصح إدراكه بالكون في مكان‬ ٍ َ َ ِ ِ ْ َ ْ ِ ُ ُ َ ْ ِ ّ ِ َ َ ُ ِ َ ْ ِ ِّ َ ِ ُ ُ َ ْ ِ ّ ِ َ َ ُ ِ ّ ُ ّ ََ ‫َ ْ َ َ ّ َ ْ ُ َ ْ َ ِ َ َ ْ ُ ْ َ َ ِ َ ِ ِ َ َ َ ِ َ ْ ِ ّ ِ ّ َ ْ َ ّ ِ ُ َ َ ْس‬ َ ‫واستدل بعض أصحابنا نفي المكان عن ال تعالى بقول النبي: ))أنت الظاهر فلي‬

ُ َ ْ ُ َ ٌ ْ َ ُ َ ْ َ ْ ُ َ ْ َ َ َِ ٌ ْ َ َ َ ْ ُ َ ْ ََ ُ ِ َ ْ َ ْ ََ ٌ ْ َ َ َ ْ َ ‫فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء(( وإذا لم يكن فوقه شيء ول دونه‬ ٍ ََ ِ ْ َُ َْ ٌْ َ ‫."شيء لم يكن في مكان‬
Maksudnya: "Allah ta`ala itu Maha Zahir kerana (kewujudan-Nya) boleh didapati dengan bukti-bukti (daripada kekuasaan-Nya melalui alam ini) dan Maha Batin kerana tidak boleh didapati (kewujudan-Nya) secara bertempat. Sebahagian para sahabat kami mengambil dalil tentang penafian tempat daripada Allah taala dengan sabdaan Nabi : ((‫))أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء‬ iaitu Engkaulah (Allah) yang Zahir dan tidak ada sesuatupun di atas-Mu dan Engkaulah yang Batin dan tidak ada sesuatupun dibawah-Mu). Dan jika tiada suatupun di atas-Nya dan tiada sesuatupun di bawah-Nya maka Allah tidak berada di suatu tempat pun". SAHABAT 1. Al-Misbah al-Munir wa Sabah al-Tafrid al-Sahabi al-Jalil wa al-Khalifah al-Rashid Sayyiduna `Ali ibn Abi Talib radiyallahu`anhu (W. 40 H) berkata[3]:

."‫"كان – أي ال – ول مكان وهو الن على ما عليه كان‬ َ َ ِ ْ ََ َ ََ َ َ ُ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ
Maksudnya: "Allah wujud sejak azali, dan sedangkan pada ketika itu suatu tempat pun tidak ada dan Dia sekarang dengan keadaan yang Dia telah ada (wujud-Nya azali dan abadi tanpa bertempat)". Diriwayatkan oleh Abu Nu`aim di dalam kitabnya Hilyah al-Auliya’, beliau berkata : Diceritakan pada kami oleh Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Al-Haris, diceritakan pada kami oleh Al-Fadhl Al-Hibab Al-Jamhiy, diceritakan pada kami oleh Musaddad, diceritakan pada kami oleh Abdul Waris bin Sa`d, diceritakan pada kami oleh Muhammad bin Ishaq dari Nu`man bin Sa`d, beliau berkata : Ketika saya di Kuffah berada dalam Darul Imaroh rumah Sayyidina Ali bin Abi Tholib, tiba-tiba Nauf bin Abdillah datang kepada kami lalu berkata "Wahai Amirul Mu’minin ! di pintu ada empat puluh lelaki Yahudi" Kemudian Sayyidina Ali radhiyallahu`anhu menjawab "Serahkan mereka kepadaku", setelah mereka sampai di depan Sayyidina Ali radhiyallahu`anhu mereka berkata : "Wahai Ali! Sifatkan kepada kami tentang tuhanmu yang berada di langit, bagaimana Dia ?, bagaimana ada-Nya ? bila Dia wujud ? dan Dia berada di atas apa ?"[4]. Kemudian Sayyidina Ali pun duduk dan berkata : "Wahai orang Yahudi dengarlah dariku dan jangan hiraukan untuk tidak bertanya kepada selainku[5], sesungguhnya Tuhanku adalah yang awal, ada tanpa permulaan, tidak ada dalam sesuatu, tidak seperti yang dibayangkan oleh prasangka, bukan jisim, tidak diliputi oleh tempat dan tidak ada setelah yang tidak ada." Kemudian beliau berkata[6]:

"‫."من زعم أن إلهنا محدود فقد جهل الخالق المعبود‬ َ ْ ُ ْ َ ْ َ ِ َ ْ َ ِ َ ْ َ َ ٌ ْ ُ ْ َ َ َ َِ ّ َ َ َ َ ْ َ
Maksudnya: “Barangsiapa beranggapan (berkeyakinan) bahawa Tuhan kita terhad (boleh ditentukan saiz bagi ZatNya) maka ia tidak mengetahui Tuhan yang wajib disembah (belum beriman kepada-Nya)”.

Menurut ulama` Tauhid dan ahli bahasa bahawa yang dimaksudkan dengan perkara yang terhad adalah sesuatu yang mempunyai bentuk, seperti `Arasy dan zarrah, kedua-duanya adalah terhad. Oleh itu yang dimaksudkan dengan kenyataan Saiyyidina Ali radhiyallahu`anhu bahawa Allah tidak mempunyai bentuk adalah Allah wujud tanpa bertempat. Manakala duduk adalah sifat yang mempunyai had, sedangkan Allah ta`ala bukanlah jisim yang besar dan yang kecil dan Allah juga tidak disifati dengan sifat-sifat jisim seperti bentuk, ukuran, warna, panas, dingin, duduk atau bersemayam, bergerak, diam dan berubah. Maksud perkataan Saiyidina `Ali tersebut adalah sesungguhnya berkeyakinan bahawa Allah adalah jisim atau berkeyakinan Allah mempunyai bentuk, yang demikian itu adalah merupakan kekufuran.

2. Al-Misbah al-Munir wa Sabah al-Tafrid al-Sahabi al-Jalil wal-Khalifa al-Rashid Sayyiduna `Ali ibn Abi Talib radiyallahu`anhu (W. 40 H) berkata[7]:

"‫."إن الذي أين الين ليقال له أين وإن الذي كيف الكيف ليقال له كيف‬ َ ْ َ ُ َ ُ َ ُ َ ْ َ ْ َ ّ َ ِ ّ ّ َِ َ ْ َ ُ َ ُ َ ُ َ ْ َ َ ّ َ ِ ّ ّ ِ
Maksudnya: “Sesungguhnya yang menciptakan (aina) tempat tidak boleh ditakatakan bagi-Nya dimana (pertanyaan tentang tempat), dan yang menciptakan (kaifa) bagaimana, tidak boleh dikatakan bagiNya bagaimana”.

3. Al -Imam Abu Bakar al-Siddiq radiyallahu`anhu berkata[8]:

"‫."العجز عن درك الدراك إدراك والبحث عن ذاته كفر وإشراك‬ ُ َ ْ َِ ٌ ْ ُ ِ ِ َ ْ َ ُ ْ َ ْ َ ٌ َ ْ ِ ِ َ ْ ِ ِ َ َ ْ َ ُ ْ َ ْ
Maksudnya: "Pengakuan bahawa pemahaman seseorang tidak mampu (lemah) untuk sampai megetahui hakikat Allah adalah keimanan, adapun mencari tahu tentang Allah, yakni membayangkan-Nya adalah kekufuran". Maksudnya ialah kita beriman bahawa Allah ta`ala tidak seperti makhluk-Nya, tanpa memikirkan tentang hakikat Dzat-Nya. Adapun berfikir tentang makhluk-Nya adalah perkara yang dianjurkan kerana segala sesuatu yang wujud di dalam alam ini adalah merupakan tanda wujudnya Allah.

AQIDAH KETURUNAN RASULULLAH 1. Al-Imam Ahmad al-Rifa`i berkata[9]:

"‫."غاية المعرفة بال اليقان بوجوده تعالى بل كيف ولمكان‬ ٍ َ َ َ ٍ ْ َ ِ َ َ َ ِ ِ ْ ُ ُ ِ ُ َْ ِ ِ ِ ِ َِ ْ َ ْ ُ َ َ
Maksudnya: “Setinggi-tinggi ma`rifatullah (kemuncak dalam mengenal Allah ta`ala) adalah dengan menyakini bahawa Allah ta`ala wujud tanpa bentuk dan tanpa tempat”.

2. Al-Imam al-Sajjad Zainal `Abidin `Ali ibn al Husain ibn `Ali ibn Abi Thalib (38 H- 94 H) berkata[10]:

":‫أن َ ال الذي ل يحويك مكان" وقال: أنت ال الذيْ ل تحد فتكون محدودا وقال‬ َ َ َ ً ْ ُ ْ َ َ ْ ُ ََ ّ َ ُ ِ ّ ُ َ ْ َ َ َ َ ٌ َ َ َ ْ ِ ْ َ ْ ِ ّ ُ ‫َ ْت‬ ّ َ ُ َ ّ َ ُ َ ّ َ ُ َ َ َ ُْ ‫." سبحانك لتحس ول تجس ولتمس‬
Maksudnya: "Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat", dan dia berkata lagi:"Engkaulah Allah yang Maha Suci dari had (benda bentuk dan ukuran)", beliau berkata lagi :"Maha Suci Engkau yang tidak boleh diraba mahupun disentuh",(Allah tidak menyentuh sesuatupun daripada makhlukNya dan Ia tidak disentuh oleh sesuatupun dari makhlukNya kerana Allah bukan jisim. Allah Maha Suci dari sifat berkumpul, menempel, berpisah dan berlaku jarak antara Allah dan makhlukNya kerana Allah bukan jisim dan ada tanpa arah)." 3. Al-Imam Ja`far al-Sadiq radiyallahu`anhu (W. 148 H) berkata[11]:

"‫من زعم أن ال في شيء أو من شيء أو على شيْء فقد أشرك إذ لو كان على‬ ََ َ َ ْ َ َ ِ َ َ ْ َ ْ َ َ ٍ َ ََ ْ َ ٍ ْ َ ْ ِ ْ َ ٍ ْ َ ِ َ ّ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ ٍ ْ َ ْ ِ َ َ ْ ََ ً ْ ُ ْ َ َ َ ٍ ْ َ ِ َ َ ْ ََ ً ْ ُ ْ َ َ َ َ ٍ ْ َ ‫شيء لكان محمول ولو كان في شيء لكان محصورا ولو كان من شيء لكان‬ ‫."محدثا – أي مخلوقا‬ ً ْ ُْ َ ْ َ ً َ ْ ُ
Maksudnya: "Barangsiapa menyangka bahawa Allah itu berada di dalam sesuatu atau daripada sesuatu atau di atas sesuatu maka sesungguhnya dia telah syirik. Ini kerana jika Dia ada di atas sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang ditanggung, jika Dia di dalam sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang terbatas, dan jika kewujudan-Nya daripada sesuatu nescaya Dia menjadi suatu yang baharu – iaitu makhluk (yang diciptakan)". MAZHAB HANAFI 1. Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit radiyallahu`anhu (W. 150 H) berkata di dalam kitabnya al-Fiqh al-Absat[12]:

"‫كان ال تعالى ول مكان قبل أن يخلق الخلق وكان ال تعالى ولم يكن أين ول‬ َ ٌ ْ َ ْ ُ َ ْ ََ ْ َ َ َ ُ َ َ َ َ ْ َ ْ َ ُْ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ َ ٍ ْ َ ّ ُ ُ ِ َ َ ُ َ ٌ ْ َ َ ٌ َْ ‫."خلق ول شيء وهو خالق كل شيء‬
Maksudnya: "Allah ta`ala itu wujud (pada azali tanpa permulaan) tanpa bertempat sebelum Dia menciptakan makhluk. Dan Allah ta`ala itu wujud (pada azali) tanpa di mana tanpa makhluk dan tanpa sesuatupun dan Dia pencipta segala sesuatu". 2. Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radiyallahu`anhu (W. 150 H) telah berkata di dalam kitabnya Al-Wasiyyah[13]:

"‫".ولقاء ال تعالى لهل الجنة بل كيف ولتشبيه ولجهة حق‬ ّ َ َ َ ِ َ َ ْ ِ ْ َ َ َ ْ َ ِ ِ ّ َ ْ ِ ْ َ َ َ َ ِ ُ َ َِ

Maksudnya: "Pertemuan dengan Allah Ta`ala bagi ahli syurga tanpa kaifiyat, tanpa tasybih dan tanpa sudut adalah benar". 3. Al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nu`man ibn Thabit radhiyallahu`anhu (W. 150 H) berkata dalam kitabnya al-Wasiyyah:

"‫فلوْ كان محتاجا إلى الجلوس والقرار فقبل خلق العرش أين كان ال؟ تعالى ال‬ ُ َ َ َ ُ َ َ َ ْ َ ِ ْ َ ْ ِ ْ َ َ ْ َ َ ِ َ َ ْ َ ِ ْ ُُ ْ َِ ً َ ْ ُ َ َ ََ ‫."عن ذلك علوا كبيرا‬ ً ْ ِ َ ّ ُُ َ َِ ْ َ
Maksudnya: "Seandainya Allah berhajat kepada duduk dan bertempat, lalu di manakah Allah sebelum diciptakan `Arasy? Maha Suci Allah daripada duduk dan bertempat dengan kesucian yang agung."

MAZHAB MALIKI 1. Al-Imam al-Mujtahid Malik pernah ditanya tentang makna “Istawa” sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi di dalam kitabnya al-Asma’ Wa al--Sifat[14]:

"‫يا أبا عبدِال: الرحمن على العرش استوى كيف استوا ُه؟ قال: فاطرق مالك و أخذته‬ ُ ْ َ َ َ َ ٌ ِ َ َ َ ُ َ َ َ ُ ‫َ َ َ َ ْ ِ ّ ْ َ ُ ََ ْ َ ْ ِ ْ َ َ ْ َ ْ َ ْ ِ َ ؤ‬ ‫ّ ْ َ َ ُ ّ َ َ َ َ ْ َ ُ َ َ َ ّ ْ َ ُ ََ ْ َ ْ ِ ْ َو ْ َ َ َ َ َ َ ْ َ ُ َ ُ َ ُ ك ْف‬ َ ‫الرحضاء ثم رفع رأسه فقال: الرحمن على العرش است َى كما وصف نفسه, ول يقال َي‬ َ ‫."و كيف عنه مرفوع و أنت رجل سوء صاحب بدعة َخرجوه. قال فأخرج الرج‬ ‫َ َ ْ َ َ ْ َ َ ْ ُ ْ ٌ َ َ ْ َ َ ُ ٌ ُ ْ ٌ َ ِ ُ ِ ْ َ ٍ أ َ َ ُ ْ ُ َ َ ََ ْ ُ َ ّ ُل‬
Maksudnya: "Wahai Abu Abdillah: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa”, bagaiman Dia istawa? Maka al-Imam Malik menundukkan kepalanya dan peluh membasahinya, kemudia beliau mengangkat mukanya lalu berkata: “Ar-Rahman di atas `Arasy istawa sepertimana Dia sifatkan diri-Nya dan bagaimana istawaNya (kaif) diangkat daripada-Nya (tiada bagi-Nya kaif). Sesungguhnya engkau ahli bid`ah, usirlah dia. Maka lelaki itupun diusir pergi" . Kata-kata al-Imam Malik ini perlu difahami dengan betul. Ada pihak yang tersilap faham maksud daripada kata-kata al-Imam Malik ini lalu mendakwa bahawa al-Imam Malik mengatakan Allah duduk atau bersemayam di atas `Arasy. Marilah kita melihat tafsiran para ulama’ mengenai kata-kata al-Imam Malik ini. Maksud kata-kata al-Imam Malik tersebut bahawa Allah Maha Suci dari semua sifat jisim, seperti duduk atau bersemayam di atas `Arasy, berada suatu tempat, berada di mana-mana tempat, berjihah, berbentuk, berjuzuk dan sebagainya kerana itu semua adalah sifat makhluk. Kata-kata al-Imam Malik ini perlu difahami dengan betul dan berhati-hati kerana ada sebahagian golongan yang tersilap dalam memahami maksud daripada kata-kata Imam Malik ini lalu mendakwa bahawa al-Imam Malik, mengatakan Allah ta`ala itu duduk atau bersemayam di atas `Arasy. Na`uzubillah…

Golongan Wahhabi iaitu pengikut Ibn Taimiyah al-Mujassimah mengubah perkataan al-Imam Malik dan berhujah dengan golongan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dengan menggunakan kata-kata al-Imam Malik untuk mengatakan Allah duduk di atas `Arasy. Sedangkan dalam kata-kata al-Imam Malik tidak ada pun mengatakan Allah jalasa (duduk) dan riwayat yang mengatakan “Wa al-Kaif Majhul” adalah tidak benar dan al-Imam Malik tidak pernah mengatakannya. Berhati-hatilah dengan golongan Wahhabi kerana mereka mengubah kata-kata ulama` untuk menyebarkan fahaman kufur mereka. Wal`iyyal zubillah…. Kata-kata al-Imam Malik : “al-Rahman beristawa di atas `Arasy sepertimana Dia sifatkan Dzat-Nya” : Disini al-Imam Malik tidak menentukan (ta`yin) makana yang tertentu bagi kalimah istawa sebaliknya menyerahkan makna yang tertentu bagi kalimah istawa sebaliknya menyerahkan makna tersebut kepada Allah ta`ala dengan beri`tiqad bahawa Allah tidak menyerupai sesuatupun daripada makhluk-Nya. Dalam erti kata lain, apa yang dilakukan oleh al-Imam Malik ini dinamakan tafwidh (menyerahkan). Dan maksud kata-kata al-Imam Malik “tidak ditanya bagaimana (kaif) istawa-Nya dan bagaiamana (kaif) diangkat daripada-Nya” : Bahawa istawa Allah ta`ala itu tanpa mempunyai keadaan atau bentuk tertentu kerana yang mempunyai rupa dan bentuk tertentu adalah makhluk. Ini juga membuktikan bahawa al-Imam Malik tidak maksudkan dengan kata-katanya “al-Rahman beristawa di atas `Arasy” itu bahawa Allah ta`ala itu duduk di atas `Arasy kerana duduk itu mempunyai rupa dan bentuk tertentu. Al-Imam Malik tidak mengambil zahir sepertimana yang dilakukan oleh golongan yang mendakwa mereka sebagai Salafiyyah yang tokoh utamanya ialah Ibn Taimiyah al-Mujassimah. Di sisi Ibn Taimiyah dan para pengikutnya mengambil makna istawa ialah duduk kerana mereka mengambil makna ayat tersebut secara zahir. Kemudian mereka juga mengatakan bahawa istawa Allah itu mempunyai bentuk dan keadaan tertentu tetapi bagaimana tidak diketahui. Sedangkan golongan salaf sebenar mengatakan bahawa Allah ta`ala itu tidak boleh di bagaiman atau dibentukkan dengan bentuk-bentuk tertentu. Inilah membezakan Ibnu Taimiyah al-Mujassimah dengan golongan salaf yang sebenar. Dan dapat dilihat bahawa al-Imam Malik mengingkari pertanyaan lelaki tersebut tentang bagaimana (kaif) istawa Allah itu kerana pertanyaannya menampakkan seolahnya Allah itu istawa dengan bentuk tertentu. Seolahnya lelaki itu berkata “bagaimana bentuk” istawa Allah itu?. Dan suatu yang dapat “dibagaimanakan” maka bermakna ia suatu yang dapat digambarkan oleh akal fikiran dan suatu yang dapat digambarkan oleh akal fikiran dan suatu yang dapat digambarkan oleh akal fikiran maka ia boleh dikadarkan dalam bentuk tertentu dan suatu yang dapat dikadarkan dalam bentuk tertentu maka menunjukkan ianya adalah makhluk. Pendapat Ibnu Taimiyah yang mengatakan bahawa Allah itu duduk tetapi kita tidak tahu bagaimana duduk-Nya membuktikan bahawa Ibnu Taimiyah tidak menafikan bahawa Allah itu mempunyai bentuk tertentu tetapi kita tidak mengetahuinya. Sedangkan Ahl al-Sunnah Wa alJama`ah yang sebenar menafikan bahawa Allah mempunyai bentuk tertentu kerana suatu yang mempunyai bentuk sudah pasti ianya makhluk. Terdapat satu riwayat tentang kenyataan al-Imam Malik yang berbunyi:

"‫."و الكيف غير المعقول واليمان به واجب والسؤال َنه بدعة‬ ٌ َ ْ ِ ُ ْ ‫َ ْ َ ْ ُ َ ْ ُ ْ َ ُْ ْ ِ َ ِ ْ َ ُ ِ ِ َ ِ ٌ َ ّ َ ُ ع‬

Maksudnya: "(Istawa’ itu disebut di dalam al-Quran) Dan kaifiyyatnya tidak ada sama sekali (tidak masuk akal), beriman dengannya adalah wajib dan bertanyakannya adalah bid`ah". Al-Imam al-Qarafi mensyarahkan maksud perkataan al-Imam Malik yang menyebut : "al-Kaif tidak masuk akal" berkata[15]:

"‫والْكيف غير معقول" معناه أن ذات ال لتوصف بما و َعت له العرب لفظ كيف, وهو‬ َ ُ َ َ ْ َ َ ْ َ ُ َ َ ْ ُ َ ْ َ ‫َ َ ْ ُ َ ْ ُ َ ْ ُ ْ ٍ َ ْ َ ُ َ ّ َ َ ِ ُ ْ َ ُ ِ َ َض‬ ِ ّ ِ ْ ُ ّ ِ َ ِ ْ ِ ِ ِ َ َ ِ ْ ِ ِ ّ َ ْ ِ َ َِ ُ َ ْ ُ َ ُ ّ ِ ْ ِ ْ ُ َ ْ َ ْ َ ُ َّ َ َ ُ ْ ُ َ ْ َ ‫."الحوال المتنقلة والهيئات الجسمية...فل يعقل ذلك في حقه لستحالته في جهة الربوبية‬
Maksudnya: "Al-Kaif tidak masuk akal" maknanya, zat Allah tidak disifati dengan apa yang diletakkan oleh kaedah bahasa Arab dengan lafaz Kaif iaitu (maksud sifat kaif) suatu keadaan-keadaan yang berpindah-pindah (terpisah-pisah) dan suatu keadaan (sifat) kejisiman...Maka tidak masuk akal (mustahil) ianya (Kaif) dinisbahkan kepada Allah kerana ianya (kejisiman dan sifat makhluk) mustahil bagi sifat ketuhanan (Allah ta`ala)" . Adapun perkataan yang dinisbahkan kepada al-Imam Malik yang berkata: "Kaif Majhul", maka menurut sebahagian besar ulama`, ianya tidak jelas menunjukkan al-Imam Malik menetapkan kaifiyyat bagi Allah ta`ala di samping riwayat tersebut lemah dan tidak sahih jika dikaji dari sudut sanadnya berbanding riwayat yang menyebut: "Kaif ghair ma`qul" iaitu tanpa kaif. Maka disisi bahasanya, menetapkan kaifiyyat bagi Allah bererti menetapkan ukuran dan kadar batas bagi Allah ta`ala ini bukan pegangan salafus-soleh. Tiada dalam kalangan salaf yang pernah mendakwa Allah ta`ala mempunyai kadar dan kaifiyyat tetapi kita tidak mengetahuinya. Malah, mereka menafikan asal bagi kaifiyyat itu sendiri daripada dinisbahkan kepada Allah ta`ala berdasaarkan perkataan al-Imam al-Qarafi radiyallahu`anhu. Al-Zahabi turut meriwayatkan dengan berkata[16]:

":‫والْمحفوظ عن مالك رحمه ال رواية الوليد بن مسلم أنه سأله عن أحاديث الصفات، فقال‬ َ َ َ ِ َ ّ َ ْ ِ َ َ ْ َ ُ ََ َ ُ ّ َ ٍ ِْ ُ ِ ْ ِ ْ َِ ْ ُ َ َ ِ ُ ُ َ ِ َ ٍ ِ َ ْ َ ُ ْ ُ ْ َ َ ٍ ِْ َْ ِ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ ‫."أمرها كما جائت بل تفسير‬
Maksudnya: "Diriwayatkan secara terpelihara (sanadnya) daripada Malik rahimahullah dengan riwayat al-Walid bin Muslim bahawasanya beliau bertanya kepadanya (Malik) tentang hadith-hadith sifat maka beliau berkata: "Laluinya sebagaimana ia tanpa tafsir" . Al-Imam al-Qadhi `Iyadh meriwayatkan pendirian al-Imam Malik radhiyallahu`anhu dengan berkata[17]:

"‫رحم ال المام مالكا فلقد كره التحديث بمثل هذه الحاديث الموهمة للتشبيه‬ ِ ْ ِ ْ ّ ِ ِ َ َ ْ ُ ْ ِ ْ ِ َ َ ِ ِ َ ِ ْ ِ ِ َ ْ ِ ْ ّ َ َ َ ْ َ ََ ً ِ َ َ َ ِ ُ َ ِ َ ْ َ ْ َ ْ ِ َِ ْ ُ ْ َ ‫."والمشكلة المعنى‬

Maksudnya: "Semoga Allah merahmati Imam Malik radiyallahu`anhu. Beliau sangat membenci berbicara tentang hadith-hadith yang membawa kesamaran tasybih dan kekeliruan maknanya." Jelaslah menurut al-Imam al-Qadhi `Iyad bahawasanya, ada hadith-hadith yang membawa waham tasybih dan maknanya sukar difahami. Apa sebabnya? Ini kerana, berdasarkan makna lafazlafaz tersebut dari sudut bahasa, ianya membawa makna kejisiman yang tidak layak bagi Allah ta`ala. Kalau lafaz-lafaz tersebut perlu difahami dengan makna zahir, maka tidak timbul kekeliruan dan tidak timbul juga prasangka bahawasanya ianya tasybih. Timbul prasangka begitu kerana makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat tersebut tidak layak bagi Allah ta`ala. Al-Imam al-Alusi (W 1270 H) di dalam kitab tafsirnya yang berjudul Ruh al-Maani dengan menyatakan[18]:

"‫لي َ نصا في هذا المذهب لحتمال أن يكون المراد من قوله: غير مجهول أنه‬ ُ ّ َ ٍ ْ ُ ْ َ ُ ْ َ ِ ِ ْ َ ْ ِ ُ َ ُ ْ َ ْ ُ َ ْ َ ِ َ ِ ْ ِ ِ َ ْ َ ْ َ َ ْ ِ ّ َ ‫َ ْس‬ ‫َ ِ ٌ َ ُْ ْ ُ ّ ُ ْ ِ َ ّ َ ْ َ ُ ُ َ ِ ْ ِ ْ َ ُ َ ْ َ َ ْ ُ ْ ٍ َ ِ ْ َ ِْ ِ َ ْ َ ْف‬ ُ ‫ثابت معلوم الثبوت ل لن معناه هو الستقرار غير مجهول. و من قوله: والكي‬ ْ َ ِ ْ ِ َ َ ِ ً ِّ ْ َ ُ َ ُ ْ َ ْ ُ ِ َ ‫غير معقول إن كل ما هو من صفة ال تعالى ل يدْرك العقل له كيفية لتعاليه عن‬ َ َ َ ِ ِ َِ ْ ِ َ ُ َ ّ ُ ّ ِ ٍ ْ ُْ َ ُ ْ َ َ َِ ‫."ذلك‬
Maksudnya: "Ianya bukan merupakan satu nas bagi mazhab[19], ini kerana kemungkinan yang dimaksudkan dengan kata-katanya’dimaklumi’ itu ialah bahawa makna istawa itu sahih dan diketahui sahih kewujudannya dalam bahasa Arab, bukanlah maksud beliau bahawa sifat ‘menetap’ (istiqrar) itu yang diketahui. Dan kata-kata beliau bahawa kaif itu tidak dapat di bayangkan oleh akal ialah setiap sifat Allah ta`ala itu tidak dapat dicapai oleh akal kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai kaif" . Al-Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari (W 1371 H) mengatakan[20]:

"‫إن الستواء معلوم يعني مورده في اللغة, والكيفية التي أرادها ال, مما ي ُوز‬ ُ ْ ‫ِ ّ ِ ْ ِ َ َ َ ُْ ْ ٌ َ ْ ِ ْ ُ ْ َ ُ ُ ِ ّ َ ِ َ ْ َ ْ ِ ّ َ ّ ِ ْ َ َ َ َ ُ ِ ّ َج‬ ّ َ ‫ََ ْ ِ ِ ْ َ َ ِ ِ ْ ِ َ ِ َ ْ ُ َْ ٌ َ َ ْ ُ َ ّ ُ َ ْ ُ ِ ْ ُ َ َ ّ َ ُ َ ْ ُ ِ ْ َة‬ ‫عليه من معاني الستواء مجهولة فمن يقدر أن يعينها؟ والسؤال عنه بدع ٌ لن‬ ِ َ ِ ِ َ ْ ِ َ َ ُ ُ ْ َ َ ِ َ ْ ِ ْ َ َ َ ْ ِ ِ ِ ِ ِ َ َ ُ ْ َ ََ ُ ْ ِ ُ ْ َ ِ ِ َ َ ِ ْ ِ ‫الشتغال به قد يثير طلب المتشابه به إبتغاء الفتنة. فتحصل لك من كلم امام‬ ِ ْ ََ ُ ْ ِ َ ْ َ َ َ ٍ ّ َ َ ُ ُ ْ َ ِ ََ ُ ْ ُ َ َ ّ َ َ َ َ ِ ْ ِ ّ َ َ ِ َ َ ْ ِ ِْ ُ ْ ‫المسلمين مالك أن الستواء و أن ما يجوز على ال غير متعين و ما يستحيل عليه‬ ِ َ َ ُ َ ُ ْ َ ِ ْ ِ ْ ّ ِ ْ َ ِ َ َ ْ ِ َ َ ْ ِ ْ ّ َ َ َ َ َ ْ َ َ ُ ْ َ ٌ ّ َ ُ ‫ُو‬ ‫ه َ منزه عنه...وقد حصل لك التوحيد و اليمان بنفي التشبيه و المحال على ال‬ ُ َ ِ َ ُ َ ْْ َ َ َ َ َ ُ َ َ ْ ُ ‫."سبحانه و تعالى فل يلزمك سواه‬
Maksudnya: "Sesungguhnya maksud istiwa’ itu diketahui ialah diketahui kewujudannya dalam bahasa Arab. dan kaifiyyat yang dikehendaki oleh Allah daripada makna-makna yang harus ke atas Allah ta`ala tidak diketahui, maka siapa yang mampu menentukannya? Dan soalan mengenainya adalah bid`ah kerana bekerja keras mencari maknanya akan membawa kepada mencari makna mutasyabih yang boleh membawa kepada fitnah. Maka daripada kata-kata al-Imam Malik ini Imam kaum muslimin ialah

istiwa’ itu diketahui dan apa yang harus ke atas Allah tidak ditentukan dan apa yang mustahil ke atas Allah, Maha Suci Allah daripada perkara tersebut…dengan ini kamu telah memperolehi iman dengan menafikan tasybih dan menafikan apa yang mustahil ke atas Allah dan kamu tidak dituntut selain daripada itu" . Dengan penjelasan ini, maka adalah tidak benar sama sekali dakwaan golongan wahhabi yang mendakwa bahawa Allah duduk di atas `Arasy dengan berhujahkan kaya-kata al-Imam Malik tersebut. Dapat diperhatikan bahawa al-Imam Malik tidak menentukan (ta’yin) sebarang makna yang tertentu ke atas makna istiwa’ tersebut. Sebaliknya al-Imam Malik hanya mengatakan makna istiwa’ itu diketahui. Bukanlah maksud beliau makna istiwa’ itu diketahui ertinya Allah itu duduk di atas `Arasy, sebaliknya kalimah istiwa’ itu terdapat maknanya di dalam bahasa Arab dan maknanya difahami oleh orang-orang Arab. Jadi adalah satu yang menghairankan apabila golongan Wahhabi mendakwa bahawa Allah duduk di atas `Arasy hanya berdasarkan kata-kata al-Imam Malik yang tidak ada sama sekali menyebut bahawa al-Imam Malik mengatakan Allah itu duduk, sebaliknya beliau hanya mengatakan bahawa istiwa’ itu diketahui, itu sahaja!. Al-Qadhi Abu Bakr al-Baqillani al-Maliki (W. 403 H) berkata di dalam kitabnya al-Insaf ketika membicarakan tentang perkara yang wajib diiktikadkan dan tidak boleh jahil tentangnya[21]:

"‫ول نقول إن العرش له – أي ل – قرار ول مكان، لن ال تعالى كان ول مكان‬ ََ َ َ َ َََ َ ّ َ ٌ ََ َ ٌ َ َ َ ُ َ َ ْ َ ْ ّ ِ ُ ْ َُ َ َ َ ّ َ ْ ّ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ َ ََ ّ ََ ‫."فلما خلق المكان لم يتغير عما كان‬
Maksudnya: "Dan kami tidak berkata bahawa Arasy itu sebagai suatu kediaman dan bukan suatu tempat bagi-Nya, kerana Allah taala telah wujud (sejak azali) tanpa bertempat. Tatkala Dia mencipta tempat maka Dia tidak berubah dari apa yang telah Dia ada (kewujudan-Nya tetap tidak bertempat)".

MAZHAB SYAFI`E 1. Al-Imam al-Mujtahid Muhammad ibn Idris al-Syafi`e radiyallhu`anhu (W. 203 H) telah berkata[22]:

"‫إن ُ تعالى كان ول مكان فخلقَالمكان وهو على صفة الزلية كما كان قب َ خلقه‬ ِ ِ ْ َ ‫ِ ّه َ َ َ َ َ َ َ َ َ ََ ْ َ َ َ َ ُ َ ََ ِ َ ِ َ َِ ّ ِ َ َ َ َ َ ْل‬ ِ ِ َ ِ ِ ْ ِ ْ ّ َ ِ ِ َ ِ ُ ْ ِ ْ ّ ِ ْ ََ ُ ْ ُ َ َ َ َ ْ ‫."المكان ل يجوز عليه التغيير في ذاته ول التبديلُفي صفاته‬
Maksudnya: "Sesungguhnya Dia ta`ala wujud (sejak azali) tanpa bertempat, maka Dia mencipta tempat sedangkan Dia tetap di atas sifat keazalian-Nya sebagaimana Dia wujud (sejak azali) sebelum Dia mencipta tempat. Perubahan tidak harus (pada akal) berlaku perubahan ke atas-Nya pada zat-Nya dan tidak juga berlaku penukaran pada sifat-Nya". 2. Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallhu`anhu (W. 203 H) berkata[23]:

"‫من انتهض لمعرفة مدبره فانتهى إلى موجود ينت ِي إليه فكره فهو مشبه وإن‬ ْ َِ ٌ ّ َ ُ َ ُ َ ُ ُ ْ ِ ِ ْ َِ ْ ‫َ ْ ْ َ َ َ ِ َ ْ ِ َ ِ ُ َ ّ ِ ِ َ ْ َ َ َِ َ ْ ُ ْ ٍ َ ْ َه‬ ْ‫اطمأن إلى العدم الصرف فهومعطل وإن اطمأن إلى موجود واعترف بالعجز َن‬ ‫ْ َ َ ّ َِ ْ َ َ ِ ّ ْ ِ َ ُ َ ُ َ ّ ٌ َِ ْ َ َ ّ َِ َ ْ ُ ْ ٍ َ ْ َ َ َ ِ ْ َ ْ ِ ع‬ ٌّ َ ُ َ ُ َ ِ ِ َ ْ ِ ‫."إدراكه فهو موحد‬
Maksudnya: "Barangsiapa yang berusaha untuk mengetahui pentadbirnya (Allah) hingga menyakini bahawa yang ia bayangkan dalam benaknya adalah Allah, maka dia adalah Musyabbihah (orang yang meneyrupakan Allah dengan makhluk-Nya), kafir. Dan jika ia berhenti pada keyakinan bahawa Tuhan (Tuhan yang mentadbirnya) maka dia adalah mu`aththil (orang yang meniadakan Tuhan/ atheis). Dan jika ia berhenti pada keyakinan bahawa pasti ada pencipta yang menciptakannya dan tidak menyerupainya serta mengakui bahawa dia tidak akan dapat membayangkan-Nya maka dia adalah muwahhid (orang yang mentauhidkan Allah)". 3. Telah berkata al-Syeikh Muhammad al-Fudhali di dalam kitabnya Kifayah al-`Awwam:

"‫والرابعة المماثلة ضد المخالفة فستحيل عليه تعالى أن يماثل الحوادث في شيء‬ ٍ ْ َ ْ ِ َ ِ َ َ ْ َ ِ َ ُ ْ َ َ َ َ ِ ْ ََ ُ ْ ِ َ ْ َ ِ َ َ َ ُ ْ ّ ِ ُ ََ َ ُ ْ ُ َ ِ ّ َ ‫مما التصفوا به فل يمر عليه تعالى زمان وليس له مكان وليس له حركة ول‬ َ ٌ َ َ َ ُ َ َ ْ ََ ٌ َ َ ُ َ َ ْ ََ ٌ َ َ َ َ َ ِ ْ ََ ّ ُ َ َ ِ ِ ْ ُ َ ّ ّ ِ ٍ َ ِ ِ َ ِ َ َْ ِ ُ ِ َّ َ ٌ ْ ُ ُ ‫."سكون ول يتصف باللوان ول بجهة‬
Maksudnya: "Dan keempat adalah mumathalah (menyamai) lawan daripada mukhalafah (tida menyamai) maka mustahil atas Allah ta`ala menyamai segala yang baharu pada sesuatu daripada apa-apa yang mereka bersifat dengannya, maka masa/zaman tidaklah berlalu atas Allah ta`ala dan tidak ada bagi-Nya tempat, tidak ada bagi-Nya pergerakan, tidak ada bagi-Nya diam dan Dia tidak bersifat dengan berwarna serta tidak pula (bersifat) dengan arah (pihak yang enam)".

MAZHAB HANBALI 1. Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H) berkata [24]:

"‫وأنكر على من يقول بالجسم وقال إن السماء مأخوذة بالشريعة واللغة. وأهل‬ ُ ْ ََ ِ َ ّ َ ِ َ ْ ِ ّ ِ ٌ َ ْ ُ ْ َ َ َ ْ َ ّ ِ َ َ َ ِ ْ ِ ْ ِ ُ ْ ُ َ ْ َ ََ َ َ ْ ََ ٍ َ ْ ُ َ ٍ ْ ِ ْ َ َ ٍ ْ َ َ ‫ّ َ ُ َ َ ُ ْ َ َ ِ ْ َ َ َ ُ ّ ِ ْ َ ْ ٍ َ َ ْض‬ ‫اللغة وضعوا هذا السم على كل ذي طول وعر ٍ وسمك وتركيب وصورة‬ ‫وتأليف وال تعالى خارج عن ذلك كله فلم يجز أن يسمى جسما لخروجه عن معنى‬ َ ْ َ ْ َ ِ ِ ْ ُ ُ ِ ً ْ ِ ّ َ ُ ْ َ ْ ُ َ ْ ََ ِ ُّ َ َِ ْ َ ٌ ِ َ َ َ َ ُ َ ٍ ْ ِْ َ َ َ َ َ َ َ َِ ِ َ ْ ِ ّ ‫."الجسمية ولم يجئ في الشريعة ذلك فبطل‬ ِ ْ ِ َ ْ ََ ِ ّ ِ ْ ِ ْ
Maksudnya: "Beliau (Imam Ahmad bin Hanbal) mengingkari mereka yang menyifatkan Tuhan dengan kejisiman. Beliau (Imam Ahmad) berkata: Sesungguhnya, nama-nama itu diambil daripada syariat dan bahasa. Adapun ahli bahasa (Arab) meletakkan nama tersebut -jisim- dengan maksud, sesuatu yang ada ukuran ketinggian, ukuran lebar, tersusun dengan beberapa anggota, mempunyai bentuk dan sebagainya, sedangkan Allah di luar daripada yang demikian (tidak mempunyai cantuman, anggota dan sebagainya) Maka, tidak boleh dinamai Allah sebagai Jisim kerana Allah di luar (terkeluar dari)

makna kejisiman (tidak beranggota, tiada ukuran, tiada bentuk dan sebagainya) dan syariat tidak pernah menyebut tentang perkara tersebut (penyamaan Dzat Allah dengan jisim) maka batallah (fahaman Tajsim atau Allah berjisim)". 2. Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H) berkata[25]:

"‫وأما المام الجليل أبو عبد ال أحمد بن حنبل الشيباني فقد ذكر الشيخ ابن حجر‬ ََِ ُ ْ ّ َ َ َ ْ َ َ ِ َ ْ َ ٍ َ ْ َ ُ ْ ُ َ ْ َ ِ ُ ْ َ ْ ُ َ ُ ْ َِ ْ ُ َ ِ ّ ََ ‫الهيثمي أنه كان من المنز هين ال تعالى عن الجهة والجسمية, ثم قال اب ُ حجر‬ ٍ َ َ ‫ْ َ ْ َ ِ ْ َ ّ ُ َ َ ِ ْ ُ َ ّ ِ ْ َ َ َ َ َ َ ِ ْ ِ َ ِ َ ْ ِ ْ ِ ّ ِ ُ ّ َ َ ْن‬ ٍ َ ِ ٌ ِ َ ُ ّ َ ْ ِ ِ َ ْ َ ِ َ ِ َ َ َِ َ ْ ِ ْ ُ ْ َ ْ ِ ََ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ َ ُ ّ َ َ ‫ما نصه: وما اشتهر بين جهلة المنسوبين إلى هذا المام العظم من أنه قائل بشيْء‬ ِ ْ ََ ٌ َ ِ ْ َ ٌ َ ْ ُ َ ٌ ْ ِ َ َ ِ ْ َ ْ َ ِ َ ِ ْ َ ِ ‫."من الجهة أو نحوها فكذب وبهتان وافتراء عليه‬
Maksudnya: "Dan adapun al-Imam Ahmad al-Jalil Abu `Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Syaibani bahawasanya beliau (Imam Ahmad) dalam kalangan mereka yang mensucikan Allah ta`ala daripada sebarang tempat dan kejisiman. Kemudian, Ibnu Hajar berkata: Adapun yang masyhur dalam kalangan orang-orang jahil yang menisbahkan kepada Imam yang agung ini, bahawa beliau bercakap tentang (Allah ta`ala) bertempat dan sebagainya, maka ia merupakan sesuatu yang dusta, tipu daya dan rekaan ke atas beliau". 3. Al-Imam al-Mujtahid al-Jalil Abu Abdullah Ahmad Ibn Hanbal radiyallahu`anhu (W. 231 H) berkata[26]:

"‫كان يقول- أي المام أحمد- في معنى الستواء ه َ العلو والرتفاع ولم يزل ال‬ ُ ِ َ َ ْ ََ ُ َ ِ ْ ِ َ ّ َُ ‫َ َ َ ُ ْ ُ َ ْ ِ َ ُ َ ْ َ ُ ِ ْ َ ْ َ ِ ْ ِ َ ِ ُو‬ ‫عاليا رفيعا قبل أن يخلق عرشه فهو فوق كل شيء والعالي على كل شيء...عل‬ َ ٍ ْ َ ّ ُ ََ ْ ِ َ ْ َ ٍ ْ َ ّ ُ َ ْ َ َ ُ َ ُ َ ْ َ َ ُْ َ ْ َ َ ْ َ ً ْ ِ َ ً ِ َ ُ َ ً ْ ِ َ ّ ُُ َ َِ ْ َ ُ َ َ َ ٍ َ ُ ِ َ ٍ َ َ ُ ِ َ َ ْ َ َ ُ ْ َ ُ ْ ُ َ َ ‫ول يجوز أن يقال استوى بمماسة ول بملقاة تعالى ال عن ذلك علوا كبيرا وال‬ ِ َْ َ ْ َ َ ِ ْ َ ْ ِ َْ َ ْ َ ُ ْ ُ ُ ْ ُ َُ َْ َ ٌ ْ ِ ْ َ َ ٌ ْ ِْ َ ُ ْ ِ َْ ْ َ َ َ َ ‫تعالى لم يلحقه تغيير ول تبديل ول تلحقه الحدود قبل خلق العرش ول بعد خلق‬ ِ ْ َْ ‫."العرش‬
Maksudnya: "Telah berkata –iaitu al-Imam Ahmad- pada menjelaskan tentang makna istawa iaitu ketinggian darjat dan keagungan-Nya. Allah ta`ala sentiasa Maha Tinggi dan Maha Tinggi (darjat-Nya) sebelum Dia menciptakan `Arasy. Dia di atas setiap sesuatu dan Maha Tinggi (kedudukan-Nya) daripada setiap sesuatu… Tidak boleh seseorang berkata bahawasanya, istawa itu zat Allah ta`ala menyentuh `Arasy atau menempatinya. Maha Suci Allah ta`ala daripadanya (bertempat) setinggi-tinggi-Nya. Dia tidak akan berubah-ubah, tidak dibatasi dengan sebarang batasan sebelum penciptaan `Arasy dan setelah kejadian (terciptanya) `Arasy tersebut".

ِ َِ َ َ ْ ُ ْ ِ َ ْ ِ ْ ِ َ ِ ْ َ ُ َ َ َ َ ْ َ َ ‫\فقد نقل أبو الفضل التميمي رئيس الحنابلة‬
Maka sesungguhnya Abu Fadhl al-Tamimi, penghulu ulama` Hanabilah Berdasarkan perkataan Imam Abu al-Fadhl al-Tamimi (ini, al-Imam Ahmad radiyallahu`anhu menafikan bagi Allah ta`ala sebarang makna-makna yang membawa kepada kelaziman-kelaziman jisim seperti berganggota, berukuran, mempunyai bentuk dan sebagainya.

Imam Ahmad bukan sekadar menolak fahaman Tajsim, tetapi diriwayatkan juga bahawasanya beliau mengkafirkan mereka yang berfahaman tajsim. `Abd al-Wafa` `Ali Ibn `Aqil al-Baghdadi seorang Shayk al-Hanabilah pada zamannya (W. 513 H) seperti yang dinaqalkan daripadanya menerusi kitab al-Bazl al-Ashab[27]:

."‫"تعالى ال أن يكون له صفة تشغل المكنة، هذا عين التجسيم‬ ِ ْ ِ ْ ّ ُ ْ َ َ َ َ َِ ْ َ ُ َ ْ َ ٌ َ ِ ُ َ َ ْ ُ َ ْ َ ُ َ َ َ
Maksudnya: "Allah Maha Suci dari mempunyai sifat mendiami tempat. Ini adalah diri pentajsiman".

4. Al-Hafiz `Abd al-Rahman ibn `Ali yang dikenali dengan nama Ibn al-Jawzi al-Hanbali (W. 597 H) berkata di dalam kitabnya Daf`u al-Syubahat al-Tasybih[28]:

"‫الواجب علينا أن نعتقد أن ذات ال تعالى ل يحويه مكان ول يوصف بالتغيير‬ ِ ْ ِْ ّ ِ ُ َ ْ ُ َ ٌ َ َ ِ ْ ِ ْ َ َ َ َ ِ َ َ ّ َ َ ِ َ ْ َ ْ َ َ ْ ََ ُ ِ َ ْ ‫."والنتقال‬ َ ِْ ِ َ
Maksudnya: "Wajib ke atas kita agar beriktikad bahawa zat Allah taala tidak diliputi oleh suatu tempat dan tidak disifatkan dengan sebarang perubahan dan perpindahan".

AL IMAM ABU HASSAN AL-ASY`ARI 1. Berkata al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H)[29] tentang Dzat Allah ta`ala:

"‫."وقد علمنا أنه لم ينقل نفسه من حال إلى حال‬ ٍ َ َِ ٍ َ ْ ِ ُ َ ْ َ ْ ُ ْ َ ْ َ ُ ّ َ َ ْ َِ ْ َ َ
Maksudnya: "Dan sesungguhnya kita telah mengetahui bahawasanya Allah tidak memindahkan diri-Nya daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain (Allah tidak mengambil tempat)". 2. Berkata al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H)[30] berkenaan Allah ta`ala:

"‫كان ال ول مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان. وهو بعد َلق‬ ِ ْ ‫َ َ ُ َ َ َ َ ََ َ ْ َ ْ َ َ ْ ُ ْ ِ ّ ََ ْ َ ْ َ ْ َِ َ َ ٍ َ ُ َ َ ْ َ خ‬ ِ ِ َْ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ ‫."المكان كما كان قبل خلقه‬

Maksudnya:

"Allah telah wujud (sejak azali) sedangkan suatu tempat pun tidak ada (pada ketika itu), kemudian Allah mencipta Arasy dan Kursi dan Dia tidak memerlukan kepada tempat. Dia wujud setelah menciptakan tempat sebagaimana Dia telah wujud sebelum menciptakan tempat (iaitu tidak bertempat)". 3. Berkata Al Imam Abu Hassan Al Asy`ari radiyallahu`anhu (W 324 H)[31]

"‫."إن ال ل مكان له‬ َُ َ ََ ُ َ ِ
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah wujud tanpa bertempat". 4. Berkata Al-Imam Abu Hassan Al-Asy`ari radiyallahu`anhu (W. 324 H) berkenaan “Istawa”[32]:

",‫وأن ال تعالى استوى على العرش على الوجه الذي قاله, وبالمعنى أراده‬ ُ َ َ َ َ ْ َ ْ ِ َ ُ َ َ ْ ِ ّ ِ ْ َ ْ ََ ِ ْ َ ْ ََ َ ِ ْ َ َ َ َ ّ ََ ُ ُِ َ ِ َ ِ ْ ِ َ ِ ْ ُُ ْ َ ‫ا ِستواء منزها عن المماسة, والستقرار, والتمك, والحلول, والنتقال, ليحْمله‬ َ ِ َ ْ ِْ ِ َ ِ َ َ ُ ْ ِ َ ً ّ َُ ُ َ ِْ ‫ل‬ َ ‫ْ َ ْ َ َ ِ ْ َ ْ َ َ َ ََ ْ ُ َ ْ ُ ُْ ْ َ ُِ ْ ِ ُ ْ َ ِ ِ َ َ َ ُ ْ ُ ْ َ ِ َ ْ َ ِ ِ َه‬ ‫العرش بل العرش وحملته محمولون بلطف قدرته, ومقهورون في قبضته, و ُو‬ ِ ْ َ ْ َِ ً ْ ُ ُ ُ ْ ِ َ ٌ ّ ِ ْ َ َ ّ ُ ْ ُ َ َِ ٍ ْ َ ّ ُ َ ْ َ َ ِ ْ َ ْ َ ْ َ ‫فوق العرش وفوق كل شيء إلى تخوم الثرى, فوقية لتزيده قربا إلى العرش‬ ِ ْ َ ْ ِ َ ِ َ َ ّ ُ َِْ َ ُ ْ َ ِ َ ّ َ ‫."والسماء, بل هو رفيع الدرجات عن العرش‬
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah ta`ala “beristawa” di atas `Arasy mengikut apa yang difirman dan makna yang dimaksudkan-Nya. Istawa itu Maha suci daripada bersentuh, menetap, mengambil tempat, menjelma dan berpindah. Dia tidak menanggung `Arasy tetapi `Arasy dan penanggungnya (malaikat) itu ditanggung oleh kekuasaan-Nya, kesemuanya itu dikuasai di dalam genggaman-Nya" (kekuasaanNya). Sesungguhnya darjat-Nya lebih tinggi daripada `Arasy dan di atas setiap sesuatu kepada sempadan bintang surraya. Tinggi yang tidak lebih hampir kepada `Arasy dan langit, bahkan tinggi darjat-Nya daripada `Arasy" . Oleh itu jelaslah bahawa al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari tidak berkeyakinan bahawa Allah ta`ala berada di suatu arah dan beliau juga mengatakan bahawa "Tidak boleh berkata Allah ta`la di satu tempat atau di semua tempat". Perkataan Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari ini telah dinukilkan oleh al-Imam Ibnu Furak iaitu murid kepada al-Imam al-Bahili iaitu murid kepada al-Imam Abu alHassan al-Asy`ari (W. 406 H) di dalam kitabnya “Al-Mujarrad” Persolan tentang kitab al-Ibanah yang disandarkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari yang mengatakan Allah bertempat adalah satu kenyataan yang dusta dan tidak ada asasnya, kerana kitab al-Ibanah yang sebenar mengatakan Allah ta`ala wujud tanpa memerlukan tempat sebagaimana yang dinyatakan di atas. Ini adalah satu bukti yang menunjukkan bahawa kitab al-Ibanah yang dicetak dan disebar sekarang dinisbahkan kepada al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari telah banyak dimasukkan sisipan-sisipan palsu, dusta dan penuh kebohongan, maka hendaklah dijauhi kitab tersebut. IMAM ABU MANSUR AL MATURIDI

1. Berkata al-Imam Abu al-Mansur al-Maturidi radiyallahu`anhu (W. 333 H)[33] di dalam kitabnya al-Tauhid:

"‫إن ال سبحانه كان ول مكان...فهو على ما كان, َكان على ما عليه الن, جل‬ ّ َ َ ِ ْ ََ َ ََ َ َ ‫ِ ّ َ ُ ْ َ َ ُ َ َ َ َ َ َ َ ُ َ ََ َ َ َ و‬ ِ َ َ ِ ْ ِ َ ِ َ ّ َ ِ َّ ّ ِ َ ‫."عن التغير والزوال والستحالة‬
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah Subhanahu wata`ala wujud tanpa bertempat…Dia kini sama seperti wujud-Nya sebelum ini (tanpa bertempat), dan sehingga kini wujud seperti sebelumnya (tiada bertempat). Maha suci Allah ta`ala daripada berubah-ubah, hilang mahupun daripada kemustahilan".

AHLI TAFSIR 1. Al-Mufassir al-Imam al-Tabari (W. 310 H) radiyallahu`anhu dalam kitab “Tarikh alTabari”[34]:

"‫فتبين إذا أن القديم بارئ الشياء وصانعها هو الواحد الذي كان قبل كل شيء, وأنه كان‬ َ َ ُ ّ ََ ٍ ْ َ ّ ُ َ ْ َ َ َ ْ ِ ّ ُ ِ َ ْ َ ُ َ ُ ِ َ َ ِ َ ْ َ ُ ِ َ َ ْ ِ َ ْ ّ َ ً ِ َ ّ َ َ َ ّ ُ ّ ََ َ ْ ُ ُ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ ‫ولزمان ولليل ولنهار, ولظلمة ولنور ولسماء ولشمس ولقمر ولنجوم, وأن كل‬ ٌ ْ ُْ َ ٌ َّ ُ ٌ َ ْ ُ ُ َ ِ ٍ ْ ‫ش‬ ‫." َيء سواه محدث مدبرمصنوع‬
Maksudnya: "Jelaslah bahawa Allah ta`ala qadim, Tuhan kepada makhluk dan pencipta-Nya. Dia Maha Esa yang wujud sebelum sesuatu wujud. Dia kekal setelah kewujudan makhluk. Dia-lah yang Maha Awal sebelum sesuatu dan Maha Akhir setelah segala sesuatu. Allah ta`ala itu wujud tanpa masa, zaman, siang, malam, tanpa kegelapan dan tanpa cahaya, tanpa langit, tanpa bumi, tanpa matahari, tanpa bulan dan tanpa bintang. Semua selain-Nya adalah baharu yang ditadbir dan diciptakan (oleh-Nya) ". 2. Al-Mufassir Fakhr al-Din al-Razi (W. 606 H) berkata dalam kitab tafsirnya yang berjudul alTafsir al-Kabir[35]:

"‫قوله تعالى:[ وهو العلي العظيم ]ل يجوز أن يكون المراد بكونه عليا العلو بالجهة والمكان‬ ِ َ َ ْ َ ِ َ ِ ْ ِ ّ ُُ ْ ّ َِ ِ ِ ْ َ ِ ُ َ ُ ْ َ ْ ُ َ ْ َ ُ ْ ُ َ ُ ْ ِ َ ْ ّ َِ ْ َ ُ َ َ َ َ ُ ُْ َ ‫ِ َ َ َ َ ْ ّ َ ُ ََ َ َ ِ ِ َ َ َ َ َ ْ َ ُ ْ َ ْ ُ َ ُ َ ِ ْ َِ ّ ْ ُ َ َ ِ َ ْ ُ َ َ َ ِ ْ ُ ْ ِ َ ت‬ ِ ‫لما ثبتت الدللة على فساده، فوجب أن يكون المراد من العلي المتعالي عن مشابهة الممكنا‬ ِ ََ ْ ُ ْ ِ ََ َُ َ ‫".ومناسبة المحدثات‬
Maksudnya: "Firman-Nya taala: {‫ }وهو العلي العظيم‬yang mafhumnya "Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Agung" tidak harus (pada akal) bahawa maksud keadaan-Nya Yang Maha Tinggi itu sebagai tinggi dengan makna arah dan tempat lantaran pembuktian ke atas kebatilannya telah sabit. Oleh itu, wajib (pada akal) bahawa maksud Yang Maha Tinggi itu ialah Maha Suci dari penyerupaan dengan segala mumkinat (perkara yang harus ada - makhluk - ) dan persamaan dengan muhdathat (perkara yang baharu - makhluk - )".

3. Al-Mufassir Muhammad ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi al-Maliki (W. 671 H) berkata ketika mentafsir ayat di atas dalam kitabnya Tafsir al-Qurtubi[36]:

"‫وقد قال بعض العلماء المحققين: التوحيد إثبات ذات غير مشبهة للذوات ول معطلة من‬ َ ِ ٍ َّ َ ُ َ ِ َ ّ ِ ٍ َ ِ ْ ُ ِ ْ َ ٍ َ ُ َ ْ ِ ُ ْ ِ ْ ّ َ ْ ِ ّ َ ُ ْ ِ َ َُ ْ ُ ْ َ َ َ ْ َ َ ٌ ْ ِ ِ ِ ْ ‫ّ َ ِ َ َ َ َ ِ ِ ْ َ ِ َ ُ ُ َ َ ً َ َ َ َ ْ َ َ َ ِ ِ َ ٌ َ َ ْ ِ ِ ْ ٌ َ َف‬ ‫الصفات وزاد الواسطي رحمه ال بيانا فقال: ليس كذاته ذات ول كاسمه اسم ول ك ِعله فعل‬ ُ َ ِ َ ِ َ َ َ ْ َ ِ ّ ّ ِ ْ َ ُ َ ْ ‫َ َ ِ َ ِ ِ ِ َ ٌ ِ ِ ْ ِ َ ِ ُ َ َ َ ِ ّ ْ ِ َ َ َ ُّ ُ م‬ ‫ول كصفته صفة إل من جهة موافقة اللفظ... وهذا كله َذهب أهل السنة والجماعة رضي ال‬ ْ ُ َْ ‫".عنهم‬
Maksudnya: “Dan sesungguhnya sebahagian ulama muhaqqiqin telah berkata: “Tauhid itu ialah penetapan suatu zat yang tidak menyerupai zat-zat yang lain dan tidak menafikan sifat-sifat, al-Wasiti menambah suatu penjelasan dengan berkata: “Tiada suatu zat pun seperti zat-Nya, tiada suatu perbuatan pun seperti perbuatan-Nya dan tiada suatu sifat pun seperti sifat-Nya melainkan dari segi persamaan lafaz… Dan ini semuanya ialah mazhab Ahl al-Sunnah wal-Jama`ah radiyallahu`anhum”. 4. Al-Mufassir Muhammad ibn Ahmad al-Ansari al-Qurtubi al-Maliki (W. 671 H) dalam kitabnya al-Jami` li Ahkam al-Quran[37]:

."‫"والعلي يراد به علو القدر والمنـزلة ل علو المكان لن ال منزه عن التحيز‬ ِ ّ َ ّ ِ َ ٌ ّ َ َ َ ّ َ ِ َ َ ْ ّ ُُ ِ َِ ْ َ ْ َ ِ ْ َ ْ ّ ُُ ِ ِ ُ َ ُ ّ َِ ْ َ
Maksudnya: "Dan al-`Aliyy yang dimaksudkan dengannya ialah ketinggian martabat dan pangkat bukannya ketinggian tempat kerana Allah itu disucikan dari sifat mengambil ruang". 5. Al-Mufassir `Abdullah ibn Ahmad al-Nasafi (W. 701 H) dalam kitab tafsirnya[38]:

"‫".إنه تعالى كان ول مكان فهو على ما كان قبل خلق المكان، لم يتـغير عما كان‬ َ َ ّ َ ْ ّ َ َ َ ْ َ ِ َ َ ْ ِ ْ َ َ ْ َ َ َ َ ََ َ ُ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ُ ّ ِ
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah taala itu wujud (sejak azali) sedangkan suatu tempat pun masih belum ada. Oleh itu, Allah wujud dengan keazalian-Nya sebelum penciptaan tempat sedangkan Dia tidak berubah dari keazalian-Nya (kewujudan-Nya tanpa bertempat)". 6. Al-Mufassir al-Muqri’ al-Nahwi Muhammad ibn Yusuf yang dikenali dengan nama Abu Hayyan al-Andalusi (W. 745 H) berkata dalam kitabnya al-Bahr al-Muhit[39] ketika mentafsir ayat 19 surah al-Anbiya’[40]:

"‫وعند هنا ل يراد بها ظرف المكان لنه تعالى منـزه عن المكان بل المعنى شرف المكانة‬ ِ َ َ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ ْ ْ َ ِ َ َ ْ ِ َ ٌ ّ َ ُ َ َ َ ُ َّ ِ َ َ ْ َ ْ َ َ ِ ُ َ ُ َ ُ َ ْ ِ َ ِ َِ ْ َ ْ ّ ُُ َ ‫."وعلو المنـزلة‬
Maksudnya: "Dan perkataan `inda di sini tidak dikehendaki dengannya makna keadaan tempat kerana Dia taala itu disucikan dari tempat, bahkan makna (yang dikehendaki) ialah kemuliaan kedudukan dan ketinggian martabat". ULAMA` SALAF

1. Al-Imam al-Faqih Abu Ja`far al-Tahawi radiyallahu`anhu (W. 321 H) dalam risalahnya al`Aqidah al-Tahawiyyah[41]:

"‫وتعالى – أي ال – عن الحدود والغايات والركان والعضاء والدوات ل تحويه الجهات‬ ُ َ ِ ْ ِ ِْ ْ َ ِ َ َ َ َ ِ َ ْ َ َ ِ َ ْ َ َ ِ َ َ ْ َ ِ ْ ُ ُ ْ ِ َ ْ َ َ َ ََ ِ َ َ َْ ُ ْ ِ ِ َ َ ّ ّ ‫."الست كسائر المبتدعات‬
Maksudnya: "Allah Maha Suci dari batasan (bentuk kecil mahupun besar, jadi Allah tidak mempunyai ukuran sama sekali), batas akhir, sudut (sisi-sisi), anggota besar (seperti wajah, tangan dan lain-lain) dan anggota kecil (seperti mulut, lidah, anak lidah, hidung, telinga dan lain-lainnya) sedangkan Dia tidak diliputi oleh arah yang enam (atas, bawah, kanan, kiri, depan dan belakang) seperti sekalian makhluk (yang diliputi oleh enam arah)".

2. Berkata Al Imam Ahmad ibn Hanbal dan Al Imam Dzu al-Nun al Mishri dan Al Hafiz al Khatib al-Baghdadi (salah seorang murid al-Imam Malik yang masyhur)[42]:

"‫."مهما تصورت ببالك, فال بخلف ذلك‬ َِ ِ ِ ِ ُ َ ِ َ ِ َ ْ ّ َ َ َ ْ َ
Maksudnya: "Apapun yang terlintas dalam benak kamu (tentang Allah), maka Allah tidak seperti itu(sesuatu yang terlintas dibenak kamu)". ULAMA` KHALAF 1. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fath al-Bari[43]:

"‫ول يلزم من كون جهتي العلو والسفل محال على ال أن ل يوصف بالعلو لن وصفه بالعلو‬ ِ ْ ُ ْ ِ ُ َ ْ َ ّ َ ِ ْ ُ ْ ِ ُ َ ْ ُ ْ َ ِ ََ ً َ ُ ِ ْ ّ َ ِ ْ ُ ْ ْ َ َ ِ ِ ْ َ ْ ِ ُ َ ْ َ َ ّ َِ ْ َ ّ ِ َ ْ ِ ِ َ ِ ْ ِ َ َ َ َ َِ َِ ّ ِ ْ ِ َ ِ ْ ِ َ َِ ُ ْ َ ُ ْ ِ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ْ ِ َ ِ ْ ِ ‫من جهة المعنى، والمستحيل كون ذلك من جهة الحس، ولذلك ورد في صفته العالي والعلي‬ ُ‫".والمتعالي‬ ّ ِ َ َُ ْ َ
Maksudnya: "Dan tidak lazim daripada keadaan dua arah atas dan bawah yang mustahil ke atas Allah itu untuk Dia disifatkan dengan tinggi kerana pensifatan-Nya dengan tinggi dari segi makna. Dan mustahil keadaan (tinggi) itu dari segi hissi (pencerapan deria), dan oleh itu, (sifat-sifat) al-`Ali, al-Aliyy dan alMuta`ali telah warid dalam pensifatan-Nya". 2. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`i (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fathul-Bari[44]:

"‫اسْتدل به أثبت الجهة وقال هي جهة العلو, وأنكر ذلك الجمهور لن القول بذلك يقضي إلى‬ َِ ْ ِ ْ َ َ َِ ِ َ ْ َ ْ ّ َ ُ ْ ُ ْ ُ ْ َ َِ َ َ ْ ََ ِ ْ ُ ْ ُ َ ِ َ ِ َ َ َ َ َ ِ ْ َ َ ْ َ ِ ِ ّ َ َ ِ َ َِ ْ َ ُ َ َ َ ِ ّ َ َ ‫."التحيز, تعالى ال عن ذلك‬
Maksudnya:

"Golongan yang cuba menetapkan tempat bagi Allah menggunakan hadis ini (hadis nuzul) sebagai hujah bahawa Allah bertempat di atas, sedangkan jumhur ulama` (iaitulah Ahlussunnah kesemuanya) mengingkarinya kerana perkataan tersebut (Allah bertempat di atas) membawa maksud Allah mengambil ruang (bertempat) sedangkan Maha Suci Allah daripada bertempat". 3. Al-Hafiz Ibn al-Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e (W. 852 H) berkata dalam kitabnya Fath alBari[45]:

",‫فمعتمد سلف الئمة و علماء السنة من الخلف أن ال منزه عن الحركة والتحول والحلول‬ ِ ْ ُُ ْ َ ِ ّ َ ّ َ ِ َ َ َ ْ ِ َ ٌ ّ َ ُ َ ّ َ ِ ََ ْ َ ِ ِ ّ ّ ُ َ َُ َ ِ ّ ِ َ ُ ََ ُ َ َ ْ ُ َ ٌ ْ َ ِ ِْ ِ َ َ ْ َ ‫."ليس كمثله شيء‬
Maksudnya: "Muktamad sebagai pegangan salaf dari kalangan Ahl al-Sunnah dan juga khalaf bahawasanya Allah ta`ala tidak bergerak-gerak, tidak berubah-ubah dan tidak bertempat. Tiada yang menyerupai-Nya". 4. Al-Hafiz Abu Zakariyya Muhyi al-Din Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi al-Syafi`e (W. 676 H) berkata dalam menghuraikan kitab Sahih Muslim[46]:

"‫إن ال تعالى ليس كمثله شيء وإنه منزه عن التجسيم والنتقال والتحيز فى جهة َعن سائر‬ ِ ِ َ ْ َ ‫ِ ّ َ َ َ َ َ ْ َ َ ِ ِْ ِ َ ْ ٌ َِ َ ُ ُ َ ّ ٌ َ ِ ّ ْ ِ ْ ِ َ ْ ِ َ ِ َ ْ َ َ ّ ِ ِ ِ َ ٍ و‬ ِ ْ ُْ َ ْ ِ َ ِ ‫."صفات المخلوق‬
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah ta`ala tiada suatu pun sama seperti-Nya dan bahawasanya Dia Maha Suci dari penjisiman, perpindahan dan mengambil ruang di suatu arah Maha Suci dari sekalian sifat-sifat makhluk". 5. Al-Imam Jahbal (W. 733 H) berkata[47]:

",‫ول يقال له أين ول حديث, يرى ل عن مقابلة ول على مقابلة, كان ول مكان, كو َ المكان‬ َ َ َ ْ ‫َ ْ ُ َ ََ ٍ َ ََ ُ َ ََ ٍ َ َ َ َ َ َ َ ّن‬ َ ُ ٌ ِْ َ َ ٌ َْ ُ َ ُ َُ َ ِ ّ ّ ِ ْ َ ُ َ ْ َ َ َ َ َ ِ ْ ََ َ ََ َ َ ُ َ َ َ ّ َ ّ َ َ ‫."ودبر الزمان, وهو الن على ما عليه كان, هذا مذهب أهل السنة‬
Maksudnya: "Tidak dikatakan bagi Allah di mana dan bagaimana. Dia dilihat oleh orang beriman di Akhirat tanpa bertentangan tanpa berpalingan. Allah wujud tanpa bertempat, lalu Dia menciptakan tempat dan mentadbir masa. Dia wujud sekarang sebagaimana Dia wujud sejak azali (tanpa bertempat?). Inilah mazhab Ahl Sunnah". 6. Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna al-Asy`ari (Pengasas Ikhwan Muslimin) berkata:

"‫السلف والخلف ليس بينهم خلف على أنه ل يجوز حمل ءاية الستواء على المعنى‬ َ ْ َ ْ ََ َ ِ ْ ِ ِ َ َ ُ ْ َ ُ ْ ُ َ ُ ّ َ ََ ٌ ِ ْ ُ َ ْ َ َ ْ َ ُ ََ ْ َ ُ َّ ‫."المتبادر‬ ِ ََُ ْ
Maksudnya: "Golongan Salaf dan Khalaf (bersepakat) di antara mereka bahawa tidak harus menjadikan ayat Istawa dengan maknanya yang zahir (iaitu duduk bersemayam)". ULAMA` MUHADDITHIN

1. Al-Hafiz Muhammad Ibn Hibban (W. 354 H) empunya kitab Sahih Ibn Hibban berkata dalam kitabnya al-Thiqat[48]:

"‫الحمد ل الذي ليس له حد محدود فيحتوى ول له أجل َعدود فيفنى ول يحيط به جوامع‬ ُ ِ َ َ ِ ِ ُ ِْ ُ َ ْ َْ ََ ٌ ْ ُ ْ ‫ْ َ ْ ُ ّ ّ ِ ْ َ ْ َ َ ُ َ ّ َ ْ ُ ْ ٌ ََ َْ ِ ْ َ َ ُ َ َ ٌ م‬ ِ ِ َ ّ ُ ُ َ َ ِ ْ ََ ُ ِ َ ْ َ َ ِ َ َ ْ ‫."المكان ول يشتمل عليه تواتر الزمان‬
Maksudnya: "Segala puji itu milik Allah yang tidak ada bagi-Nya suatu had tertentu lalu boleh diisi, tidak bagiNya suatu tempoh tertentu maka boleh binasa, dan Dia tidak diliputi oleh sebarang tempat dan tidak dilingkungi oleh rantaian masa”. 2. Al-Hafiz Muhammad Ibn Hibban radiyallahu`anhu (W. 354 H) dalam kitabnya yang masyhur Sahih Ibn Hibban[49]:

"‫."كان – ال – ول زمان ول مكان‬ َ ََ َ َ ََ َ ُ َ َ
Maksudnya: "Allah wujud (pada azali), sedangkan masa masih tidak wujud dan tempat juga masih tidak wujud". 3. Al-Imam al-Muhaddith `Umar bin Muhammad al-Nasafi (W. 537 H) berkata di dalam kitabnya Aqidah al-Nasafiyyah:

"‫."والمحدث للعالم هو ال تعالى, ليوصف بالماهية ول بالكيفية ول يتمكن في مكان‬ ٍ َ َ ْ ِ ُ ّ َ َ َ َ ِ ِّ ْ َ ْ ِ َ ِ َ ِ َ ْ ِ ُ َ ْ ُ َ َ َ ُ َ ُ ِ َ َ ِْ ُ ّ َ ُ ْ َ
Maksudnya: "Adapun yang mewujudkan alam daripada tiada adalah Allah ta`ala. Dia tidak disifati dengan sebarang jenis bagi sesuatu, tidak disifati dengan sebarang bentuk dan tidak bertempat pada sebarang tempat". 4. Al-Hafiz al-Muhaddith Waliyy al-Din Abu Zar`ah Ahmad ibn `Abd al-Rahim al-`Iraqi (W. 826 H) di dalam kitabnya Tarh al-Tathrib fi Sharh al-Taqrib ketika menghuraikan sabdaan Nabi sallallahu`alaihi wa sallam: ((‫العرش‬

‫ ,))فهو عنده فوق‬dia berkata[50]:

"‫ال تعالى منزه عن الستقرار والتحيز والجهة فالعندية ليست من حضرة المكان بلْ من‬ ْ ِ َ ِ َ َ ْ ِ َ ْ َ ْ ِ ْ َ ْ َ ُ ِّ ْ ِ َ ِ َ ِ ْ َ ِ َّ ّ َ ِ َ ْ َ ْ ِ ِ َ ٌ ّ َ ُ َ َ َ ُ ُ َ ْ ِ ٍ َ ْ ُ ّ َ َ ْ ِ ِ َِ ْ َ َ ُ ْ َ ْ َ ِ َ ّ ِ َ ْ َ ‫."حضرة الشرف، أي وضع هذا الكتاب في محل معظم عنده‬
Maksudnya: "Allah taala itu disucikan dari sifat menetap (di suatu tempat), mengambil ruang, dan mengambil arah. Oleh itu, maka `indiyyah (kesisian dalam hadis berkenaan) bukanlah dengan makna keberadaan di tempat, bahkan dengan makna ketinggian kemuliaan; iaitu catatan ini (Lawh al-Mahfuz) ada di suatu tempat yang mulia bagi-Nya".

5. Al-Imam al-Muhaddith Badr al-Din Mahmud bin Ahmad Al-`Aini Al-Hanafi (855 H) , salah seorang pensyarah hadith Sahih al-Bukhari berkata[51]:

"‫."تقرر أن ال ليس بجسم, فل يحتاج إلى مكان يستقر فقد كا َ ول مكان‬ َ َ َ َ ‫َ َ ّ َ َ ّ َ َ ْ َ ِ ِ ْ ٍ َ َ ْ َ ُ َِ َ َ ٍ َ ْ َ ِ ّ َ َ ْ َ ن‬
Maksudnya: "Telah diketahui bahawasanya Allah ta`ala tidak berjisim dan tidak memerlukan tempat untuk Dia menetap padanya. Dia wujud tanpa bertempat". 6. Al Hafiz Jalal al-Din `Abd al Rahman Ibn Abu Bakr al-Suyuthi al Syafi`i (W. 991 H) berkata[52]:

"‫قوله تعالى : [ليس كمثله شيء] فيه الرد على المشبهة وإنه تعالى ليس بحوهر ولجسم‬ ٍ ْ ِ َ ٍ َ ْ َ ِ َ ْ َ َ َ َ ُ ّ َِ ِ َ ّ َ ُ ْ ََ ّ ّ ِ ْ ِ ٌ ْ َ ِ ِْ ِ َ َ ْ َ َ َ َ ُ َْ َ ٍ َ َ َ ٍ َ َ ِ ٍ َ َ ٍْ َ َ ٍ ْ َ َ ٍ ْ َ َ ‫."ولعرض وللون ولطعم ولحال في مكان ولزمان‬
Maksudnya: "Firman Allah ta`ala : {‫ }ليس كمثله شيء‬dalam ayat ini ada sanggahan ke atas golongan al Musyabbihah dan bahawa sesungguhnya Allah ta`ala bukan suatu jauhar, bukan juga suatu jisim, buka suatu yang mendatang, bukan suatu warna, bukan suatu rasa dan bukan bertempat di suatu tempat dan juga tidak berada di suatu masa". 7. Al-Shaykh Muhaddith Beirut Muhammad Ibn Darwish al-Hut al-Husayni al-Sharif al-Syafi`i (W. 1279 H) berkata dalam kitabnya Rasa’il fi Bayan `Aqa’id Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah[53]:

"‫."ول يدخل في وجوده - تعالى - زمان ول مكان فإنه السابق على الزمان والمكان‬ ِ َََْ ِ َّ ََ ُ ِ ّ ُ ّ ِ َ ٌ َ َ َ ٌ َ َ َ َ َ ِِ ْ ُ ُ ْ ِ ُ ُ ْ َ َ
Maksudnya: “Dan tiada suatu masa pun dan tiada suatu tempat pun masuk dalam kewujudan Allah taala kerana sesungguhnya Dia terdahulu (azali) sebelum sebarang masa dan tempat”.

ULAMA` TASAUF 1. Al-Shaykh Abu Bakr Muhammad Ibn Ishaq al-Kalabadhi al-Hanafi (W. 380 H) berkata dalam kitabnya al-Ta`arruf li Madhhab Ahl al-Tasawwuf[54]:

"‫."اجتمعت الصوفية على أن ال ليحويه مكان وليجري عليه زمان‬ ٌ َ َ ِ ْ ََ ِ ْ َ َ ٌ َ َ ِ ْ ِ ْ َ َ ّ َ ََ ُ ّ ِ ْ ّ ِ َ َ َ ْ ِ
Maksudnya: "Telah ijma` (bersepakat) dalam kalangan Ahli sufi bahawa Allah tidak diliputi oleh tempat dan tidak dilalui oleh suatu masa pun".

2. Al-Shaykh Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad al-Ghazali al-Syafi`e (W. 505 H) berkata dalam kitabnya Qawa'idul-`Aqa'id[55]:

"‫تعالى – أي ال – عن أن يحويه مكان، كما تقدس عن أن يحده زمان، بل كان قب َ خلق‬ ِ ْ َ ‫َ ْ ُ َ ْ َ ْ َ ْ ِ َ ُ َ َ ٌ َ َ َ َ ّ َ َ ْ َ ْ َ ُ ّ ُ َ َ ٌ َ ْ َ َ َ ْل‬ َََ َ َ ِ ْ ََ َ ََ َ َ ُ َ ِ َ َ ْ َ ِ َ ّ ‫".الزمان والمكان وهو الن على ما عليه كان‬
Maksudnya: "Allah Maha Suci dari diliputi oleh suatu tempat pun sepertimana Dia Maha Suci dari dibatasi oleh suatu masa pun, bahkan Dia ada (azali) sebelum penciptaan masa dan tempat sedangkan Dia sekarang dengan apa yang telah Dia ada (azali tanpa bertempat dan tanpa bermasa)". 3. Al-Shaykh Imam al-Sufiyyah al-`Arif billah al-Sayyid Ahmad al-Rifa`i al-Syafi`e (W. 578 H) berkata dalam kitabnya al-Burhan al-Mu'ayyad[56]:

"‫طهروا عقائدكم من تفسير الستواء في حقه تعالى بالستقرار كاستواء الجسام َلى‬ َ‫َ ّ ُ ْ َ َ ِ َ ُ ْ ِ ْ َ ْ ِ ْ ِ ِ ْ ِ َ ِ ِ ْ َ ّ ِ َ َ َ ِ ِ ْ ِ ْ َ ِ َ ْ ِ َ ِ َ ْ َ ِ ع‬ ِ َ ْ َ ‫َ ْ َ ِ ْ ُ ْ َ ْ ِ ِ ِ ْ ُُ ْ ِ َ َ َ ُ َ ْ َِ َ َِ ّ ُ ْ َ ْ َ ْ َ ِ ْ َ ْ ِ َ ِ َ ّ ِْ ّ ِ َ ْم َ ن‬ ‫الجسام المستلزم للحلول، تعالى ال عن ذلك، وإياكم والقول بالفوقية والسفلية وال َكا ِ واليد‬ ِ َ ِْ ِ َ ِ َْ ِ ِ ِ ْ ُ ّ َ ِ َ ِ َ ْ ِ ِ ْ َ ْ َ ‫."والعين بالجارحة والنـزول بالتيان والنتقال‬
Maksudnya: "Bersihkan aqidah kamu dari mentafsirkan istiwa’ pada hak Allah taala dengan makna istiqrar (menetap, berada atau mendiami di suatu tempat) seperti duduknya jisim di atas jisim yang melazimi makna pengambilan tempat. Allah suci dari perkara itu. Jauhi dari perkataan zahir yang membawa makna arah atas, arah bawah, tempat, anggota tangan, anggota mata dan turun dengan makna datang dan berpindah".

ULAMA` LUGHOWI (AHLI BAHASA ARAB) 1. Al-Imam al-Lughowi Ibrahim al-Zujjaj (W. 311 H) berkata[57]:

"‫هو فعيل في معنى فاعل, فال تعالى عال على خلقه وه َ علي عليهم بقدرته, وليجب أن‬ ْ َ ُ ِ َ َ ِ ِ َ ْ ُ ِ ْ ِ ْ ََ ّ َِ ‫ُ َ َ ِ ْ ٌ ِ ْ َ ْ َ َ ِ ٍ َ ُ َ َ َ َ ٍ ََ َ ْ ِ ِ َ ُو‬ ْ‫."يذهب بالعلو: العلي...ار تفاع مكاني, إذ قدبينا أن ذلك ليجوز في صفاته تقدست‬ َ ّ َ َ ِ ِ َ ِ ْ ِ ُ ْ ُ َ َ َِ ّ َ َ ّ َ ْ َ ْ ِ ّ ِ َ َ ٌ َ ِ ْ ِ ّ َِ ْ ّ ُُ ْ ِ َ َ ْ َ
Maksudnya: "Ketinggian ialah fa`il yang membawa makna yang melakukan. Maka Allah ta`ala itu Maha Tinggi atas makhluk-makhluk-Nya iaitu Dia Maha Tinggi atas makhluk-makhluk-Nya dengan kekuasaanNya. Maka tidak perlu memahami ketinggian (Allah ta`ala) dengan maksud ketinggian dari sudut tempat. Ini kerana sepertimana yang telah kita jelaskan bahawasanya ketinggian dari sudut tempat tidak harus bagi sifat-sifat Allah ta`ala yang Maha Suci".

2. Al-Imam al-Lughowi Ibrahim al-Zujjaj (W. 311 H) berkata lagi[58]:

"‫ال تعالى عال على كل شيء, وليس المراد بالعلو: ارتفاع المحل, لن ال تعالى يجل عن‬ ِ َ ّ ِ َ َ َ َ َ ّ َ ّ َ َ ْ ُ َ ِ ْ ِ ّ ُُ ْ ِ ُ َ ُ ْ َ ْ ََ ٍ ْ َ ّ ُ ََ ٍ َ َ َ َ ُ ِ َ ْ ّ ُ َ ِ ْ َ ِ ْ ّ ّ ُُ ّ ُُ ْ َ ّ َِ ِ َ َ ْ َ ّ َ َ ْ ‫."المحل والمكان, وإنما العلو علو الشأن وارتفاع السلطان‬
Maksudnya:

"Allah ta`ala Maha Tinggi atas segala sesuatu. Bukanlah maksud ketinggian Allah ta`ala itu ialah ketinggian dari sudut tempat kerana Maha Suci Allah ta`ala dari menempati ataupun bertempat. Allah ta`ala itu Maha Tinggi iaitu keagungan-Nya yang tinggi dan kekuasaan-Nya yang tinggi". SYAIKHUL-AZHAR (W. 1335 H) Al-Syaikh Salamah al-Quda`i al-`Azami al-Shafi`e (w. 1376 H) berkata dalam kitabnya bahawa al-Syaikh Salim al-Bishri al-Misri al-Syaikhul-Azhar berkata:[59] "Ketahuilah - semoga Allah menolong anda dengan taufik-Nya dan melorongkan kami dan anda ke jalan-Nya yang lurus - bahawa mazhab al-Firqatun-Najiyah (Golongan Selamat) dan perkara yang telah diijmakkan oleh golongan Sunni (Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah) ialah bahawa sesungguhnya Allah taala maha suci dari persamaan dengan perkara baharu (makhluk) iaitu menyalahi perkara baharu itu dalam semua sifat baharu. Dan antara perkara yang diijmakkan itu ialah Allah maha suci dari arah dan tempat sebagaimana bukti-bukti yang putus telahpun menunjukkan perkara itu".

[1] Ibn al-Hajar al-`Asqalani(t.t), Fath al-Bari, Kaherah: Dar al-Rayyan, j. 6, hlm. 334. [2] Al-Hafiz Ahmad Ibn al-Husayn al-Bayhaqi (t.t), al-Asma’ was-Sifat, Beirut: Dar Ihya’ al-Turats, h. 400. [3] Abu Mansur Abd al-Qahir al-Baghdadi(t.t), al-Farq bayn al-Firaq, Beirut: Dar al-Ma`rifah, h. 333. [4] Orang Yahudi adalah mujassimah dan berkeyakinan bahawa Allah ada di atas langit dan duduk di atas `Arasy, ini adalah keyakinan kufur. [5] Dengarlah dariku. [6] Diriwayatkan oleh Abu Nu`aim (W. 430 H), Hilyah al-Auliya`, j. 1, h. 72. [7] Diriwayatkan oleh Abu Muzhoffar al-Asfaroyiini(1995), Al-Tabsir fi ad-Din, Cetakan Khanji Mesir, h. 144. [8] Diriwayatkan oleh al-Imam Badr al-Din al-Zarkarsyi dan lain-lainnya. [9] Al Imam Ahmad al-Rifa`i di dalam kitabnya Hal Ahl Al Haqiqah Ma`a Allah dan kitab Hikam alSyeikh Ahmad al-Rifa`i al-Kabir, h. 35-36. [10] Al-Imam al-Hafizh Muhammad Murtadha al-Zabidi al-Husaieny (t.t), Ittihaf al-Sadatil-Muttaqin fi Sayrh Ihya’ `Ulumiddin, Beirut: Dar al-Fikr, j. 4, h. 380. [11] Al-Imam Abu al-Qasim `Abd al-Karim al-Qushayri(t.t), al-Risalah al-Qushayriyyah, (t.tp): Dar al-Kitab al-`Arabi, h. 6. [12] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit, al-Fiqh al-Absat – h. 25 dan dikumpulkan juga di dalam Majmu` Rasa’il Abi Hanifah dengan tahqiq oleh al-Kawthari - , (t.p.), h. 6. [13] Abu Hanifah al-Nu`man Ibn Thabit(t.t), al-Wasiyyah, (t.tp): (t.p), h. 6.

[14] Al-Imam al-Bayhaqi, al-Asma’ was-Sifat; Bab ma ja’ fi al-`Arsy wa al-Kursi, Dar Al-Jail Beirut, hlm. 568 . [15] Al-Imam al-Qarafi di dalam kitabnya Az-Zakhirah,13/242. [16] Al-Zahabi, Syiar A`lam al-Nubala, j. 8. h. 105. [17] Al-Imam al-Qadhi `Iyadh, al-Syifa’, j. 2. h. 542. [18] Al-Imam al-Alusi, Ruh al-Maani, Dar Al-Fikr, j. 4, h. 136. [19] Maksud beliau ialah mazhab orang yang mendakwa bahawa kata-kata al-Imam Malik tersebut bermaksud Allah itu bersemayam atau tempat-Nya di atas `Arasy. [20] Al-Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari, Maqalat al-Kautahri (1998), Dar al-Salam, c. 1. h. 225. [21] Al-Baqillani(t.t), al-Insaf fi Ma Yajib I`tiqaduhu, Beirut: `Alam al-Kutub, h. 65. [22] Muhammad Murtada al-Zabidi(t.t), Ittihaf al-Sadat al-Muttaqin, Dar al-Fikr, Beirut, j. 2, h. 23. [23] Diriwayatkan oleh al-Imam al-Baihaqi dan lain-lain. [24] Manaqib al-Imam Ahmad oleh al-Imam al-Baihaqi dan rujuk I`tiqad al-Imam al-Mubajjal Ibn Hanbal, h. 294-295. [25] Syaikh al-Islam Ahmad bin Muhammad bin `Ali bin Hajar al-Haithamiy al-Makki al-Misri(t.t), al-Fatawa al-Hadithiyyah, (t.t.p): Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabiy, h. 144. [26] Abu al-Fadhl al-Tamimi(t.t), Risalah al-Tamimi, (t.tp): (t.p), j. 2, h. 265/290. [27] Ibn al-Jawzi(t.t), al-Bazl al-Ashab al-Munqid `ala Mukhalif al-Madhhab, Beirut: Dar al-Jinan, h. 86. - lihat hadis ke 11[28] Ibn al-Jawzi(t.t), Daf` Shubuhut al-Tashbih, Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah, h. 58. [29] Abu al-Hassan al-Asy`ari(1975), al-Luma` fi al-Radd `ala ahl al-Zaigh wa al-Bida`, Kaherah; alHai`ah al-`ammah li Syuun al-Matabi`, h. 18. [30] Diriwayatkan oleh Ibn `Asakir al-Dimasyqi(571 H), Tabyin Kadhib al-Muftari fi-ma Nusib ila alImam Abi Hasan al-Asy`ari, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi, h. 150. [31] Diriwayatkan oleh al-Bayhaqi di dalam kitab, al-Asma’ Wa al-Sifat. [32] Al-Imam Abu al-Hassan al-Asy`ari (1987), al-ibanah `an Usul al-Diyanah, Dr Fuqiyah Husain Mahmud (ed), Kaherah: Dar al-kutub li al-Nasyr wa al-Tawzi`, h. 21. [33] Al Imam Abu Mansur Al Maturidi(t.t), al-Tauhid, (t.tp): (t.p). h. 69. [34] Al Imam At-Tabari(t.t), Tarikh At-Tabari, (t.tp): (t.p), j. 1, h. 26.

[35] Al-Syaikh Fakhr al-Din al-Razi(t.t), al-Tafsir al-Kabir, Beirut: Dar al-Fikr, juz. 27, h. 144. - lihat Surah al-Syura, ayat 4 [36] Al-Qurtubi(t.t), Tafsir al-Qurtubi, Beirut: Dar al-Fikr, j. 8, juz. 16, h. 10. [37] Al-Imam al-Qurtubi(t.t), al-Jami` li-Ahkam al-Qur’an, Beirut: Dar al-Fikr, juz. 3, h. 278. - lihat Surah al-Baqarah, ayat 255 [38] Al-Nasafi(t.t), Tafsir al-Nasafi, Beirut: Dar al-Fikr, j. 2, juz. 2, hlm. 48. - lihat surah Taha, ayat 5 [39] Abu Hayyan al-Andalusi(t.t), al-Bahr al-Muhit, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi, juz. 6, h. 302. - lihat surah al-Anbiya’, ayat 19 [40] Iaitu firman Allah taala: {‫}وله من في السماوات والرض ومن عنده ل يستكبرون عن عبادته‬ Maksudnya: "Dan kepunyaan-Nyalah segala yang di langit dan di bumi. dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya.." [41] Abu Ja`far, al-`Aqidah al-Tahawiyyah - disertakan dalam Sharh al-`Aqidah al-Tahawiyyah oleh al-`Allamah al-Faqih `Abdul-Ghani al-Ghanimi - , Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 28. Dan Abdullah alHarari(1997), Izhar al-`Aqidah al-Sunniyyah bi Syarh al-`Aqidah al-Tahawiyyah, Beirut: Dar alMasyari`, h. 163 dan 343. [42] Diriwayatkan oleh Abu al-Fadhl al-Tamimi dalam kitabnya “I`tiqad” kata-kata al-Imam Ahmad Ibn Hanbal, kata-kata al-Imam Dzu an-Nun al Mishri diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi di dalm kitabnya “Tarikh Baghdadi”. [43] Ibn Hajar al-`Asqalani(t.t), Fath al-Bari bi-Sharh Sahih al-Bukhari, Beirut: Dar al-Ma`rifah, j. 6, h. 136. [44] Ibid, j. 3, h. 30. [45] Ibid, j. 7. [46] Al-Nawawi(t.t), Sharh Sahih Muslim, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi, j. 3, h. 19. [47] Al-Imam Jahbal(t.t), Tobaqat As-Syafi`iyyah Al-Kubra,(t.tp): (t.p) j. 9, h. 19. [48] Ibn Hibban(t.t), Al-Thiqat, Beirut: Mu’assasah al-Kutub al-Thaqafiyyah, j. 1, h. 1. [49] Ibn Hibban(t.t), Sahih Ibn Hibban, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, j. 8, h. 4. - lihat dalam alIhsan biTartib Sahih Ibn Hibban[50] Waliy al-Din al-`Iraqi(t.t), Tarh al-Tathrib fi Sharh al-Taqrib, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al`Arabi, j. 8, h. 84. [51] Al-Imam al-Muhaddith Badr al-Din Mahmud bin Ahmad al-`Aini Al-Hanafi (855 H) , salah seorang pensyarah hadith Sahih al-Bukhari, `Umdah Al-Qari 12/25/117) [52] Waliy al-Din al-`Iraqi(t.t), Tarh al-Tathrib fi Sharh al-Taqrib, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al`Arabi, j. 8, h. 84.

[53] Muhammad al-Hut(t.t), Rasa’il fi Bayan `Aqa’id Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, Beirut: `Alam al-Kutub, h. 44. [54] Al-Kalabadhi(t.t), al-Ta`arruf li-Madhhab Ahlit-Tasawwuf, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, h. 33. [55] Al-Ghazali(t.t), Ihya’ `Ulum al-Din, Beirut: Dar al-Fikr, j. 1, h. 108. - lihat di bahagian yang bertajuk Kitab Qawa’id al-`Aqa’id di fasal pertama -, [56] Al-Rifa`i(t.t), al-Burhan al-Mu’ayyad, Damsyiq: Maktabah al-Hilwani, h. 17 - 18. [57] Al-Imam al-Lughowi Ibrahim al-Zujjaj (t.t), Tafsir Asma’ Allah Al-Husna, (t.tp): (t.p), h. 48. [58] Ibid h. 60. [59] Al-Shaykh Salamah al-Quda`i al-`Azami al-Syafi`e(t.t): Furqanul-Qur'an, Beirut: Dar Ihya' alTurath al-`Arabi, h. 74.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->