You are on page 1of 26

 BACAAN KESELURUHAN

Persamaan dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta


Pendidikan 1996

Pengenalan:

 Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan


pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah
ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk generasi akan
datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan
bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang
baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang
sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956
yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga
banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran
1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah
untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai
pendidikan.

Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di


Malaysia, Akta Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan
perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran pendidikan
menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020.
Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak
relevan telah digugurkan.

Telah dikatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi
perkembangan sistem pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri
penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:

1. Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.
2. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .
3. Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air
dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.
4. Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di
negara ini.

[ke atas]

Laporan Razak

 Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan


mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan
kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

1.  
2. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama

3. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar

utama.

4. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan

menengah.

5. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

menjadi bahasa pengantar.

6. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

7. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

 
8. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.

9. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah


(SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.

10.Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah


Nazir Persekutuan ditubuhkan.

 Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem
pendidikan kita ini oleh Abdul Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan
Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran 1961.

[ke atas]

Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961

 Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak
yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:

a.  
b. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

c. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

d. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15


tahun.

e. Murid naik darjah secara otomatik

f. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya


15 orang.
 

g. Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi
Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang
dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu
ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum
yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai
matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya
orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina
tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang
getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti
Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan
ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya
berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

[ke atas]

Laporan Hussein Onn (1971)

 Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Mentei
Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan
pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah.
Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan
Tamil.

Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan


dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan
ini:

  

"Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi


keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya,
sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu
telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-
peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran
Inggeris.

(Laporan Hussein Onn, 1971)

Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem


pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai
bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh
mempetingkatkan pembangunan negara.

  

Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana


kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan
juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa
Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa
mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan
untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa
kedua.

(Laporan Hussein Onn, 1971)

[ke atas]

Laporan Mahathir (1985)

 Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa


Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana
Menteri, Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:
  

Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem


pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan
keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan
jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini
memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu,
berdisiplin dan terlatih.

(Laporan Mahathir, 1976)


Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan
Husein Onn. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk
menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961.
Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam
pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan.
Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu)
sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan
rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang
sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka.

Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-
guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah
mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa
Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu:

a.  
b. Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut
dalam kerja dan aktivitinya.

c. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk


digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi.

[ke atas]

Akta Pendidikan 1996

 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan


Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi
semua pihak.

Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan


dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah
hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah,
iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya


sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini
diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran
yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak
negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta
Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.

Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk
mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan
memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang
pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.

Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di


semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan
menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di
sekolah-sekolah.

Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan


menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada
di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang
menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan


kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan
Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains


dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah
teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional
ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan
program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi
perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program
latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan
program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-
institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri. [ke atas]

Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang


membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru
bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu
secara berkembar.
Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan
adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan
perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan
swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan,
Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk
semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.

Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan
yang cukup bagi pendidikan tersebut.

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan


berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin
negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua
kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan
dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified
Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola
sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.

Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku


kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-
kelas agama sepertibible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta
Pendidikan 1996.

 [ke atas]

Perbezaan Dan Persamaan Antara Akta Pendidikan 1996 Dengan Akta


Pelajaran 1961

1. 1.Landasan dan wawasan

Di dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa
dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan
Falsafah Pendidikan Negara. Ini dijelaskan seperti berikut:

DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan


masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang
diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan
daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.
DAN BAHAWASANYA pendidikan mempuunyai peranan penting dalam
menjayakan wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara maju
sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani,
moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, liberal dan dinamik.

……………….

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk
menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berkhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Akta
Pendidikan 1996)

Di dalam Akta Pelajaran 1961 kita dapati falsafahnya yang tidak tertulis dan
tidak jelas. Yang kita dapati hanyalah untuk menyatukan kaum di Malaysia
selari dengan masyarkat yang berbilang kaum. Ini dapat dilihat dalam Dasar
Pelajaran Kebangsaan mengikut Laporan Razak yang menjadi asas kepada
Akta Pelajaran 1961:

"Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialahh bermaksud hendak


menyatuukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar,
walapun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan
hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."

(Penyata Razak, Perenggan 12)

[ke atas] 

2. Sistem Pendidikan Kebangsaan di semua peringkat


Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang
Sistem Pendidikan Kebangsaan. yang meliputi semua peringkat dan jenis
sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.

"The National Education System shall comprise –

pre-School education;

primary education;

secondary education;

post-secondary education; and

higher education,

but shall not include education in expatriate schools.

( Education Act 1996, sec.15)

"There shall be three categories of educational institutions in the National


Education System , namely –

government educational institutions;

government-aided educational isntitutions; and

private educational institutions.

(Educational Act 1996, sec. 16)

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 menyebut bahawa Sistem Pendidikan


Kebangsaan hanyalah meliputi sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau
bantuan sahaja.

"For the purpose of this act, the stages of statutory education system shall be
as follws:

primary education;
lower secondary education;

upper secondary education;

education in the educational institutions referred to in paragraph (a) to (d) o f


section 25.

(Education Act 1961, Sec.19)

 [ke atas]

3. Kedudukan Bahasa Kebangsaan

Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta Pandidikan 1996
dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah Jenis
Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian. Di sini soal
bahasa telah diperkukuhkan.

" (1) The National language shall be the main medium of instruction in all
educational institutions in the National Education System except an national-
type school established under section 28 or any other educational intitution
exempted by Minister from this section.

(Education Act 1996, Sec. 17)

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa


pengantar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja.

[ke atas]

4. Kurikulum kebangsaan

Dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah


perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.
Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961, tiada langsung peruntukan.

 
" (1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National
Curriculum which, subject to subsection (3), shall be used by all schools in the
National Education System."

(Education Ac 1996, Sec.18)

5. Peperiksaan Awam

Dalam seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua


sekolah menyediakan murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang
dikecualikan. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 pula tiada peruntukan
diberi.

"Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer
this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by
or under this Act.

(Education Act 1996, Sec.19)

[ke atas]

6. Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata Pelajaran Wajib

Seksyen 17(2), Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan


sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

(2) Where the main medium of instruction in an educational institution is other


than the national language , the national language shall be taught as a
compulsory subject in the educational institution.

(Education Act 1996, Sec.17)

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961, Bahasa kebangsaan adalah wajib bagi
sekolah-sekolah yang dibiayai oleh kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

 
[ke atas]

7. Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

 Dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran


bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah
Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat : jika ada permintaan 15 orang
ibu bapa atau lebih. Dengan ini lebih mudah mengadakan kemudahan bagi
pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Manakala Dalam Akta Pendidikan 1961, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh
diajar dengan dua syarat:

a.  
b. ada permintaan dari 15 orang ibu bapa

c. jika didapati munasabah dan praktik.

Di sini menampakkan kepada kita bahawa Akta Pendidikan 1996 lebih mudah
mengadakan kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

1.  
2. Bahasa Kaum Asli

 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa kaum asli


dengan dua syarat:

a.  
b. jika ada permintaan dari 15 ibu bapa

c. jika didapati munasabah dan praktik

Melalui peruntukan ini , telah memberi pengiktirafan kepada

bahasakaum Bumiputera untuk diperkembangakan.

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 tiada diperuntukkan.

  
(ii) the indigenous languages shall be made avaiable if it
reasonale and practicable so to do and if the parents of at least
fifteen pupils in the school so request;

 (Education Act 1996, Sec.2)

1. Kategori Sekolah

Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi


pendidikan dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan, Bantuan kerajaan dan
swasta. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 institusi pendidikan atau sekolah
dibahagikan secara tidak langsung kepada dua kategori iaitu bantuan penuh
(termasuk kerajaan dan bukan milik kerajaan) dan swasta.

Klasifikasi institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 lebih


memudahkan pentadbiran khususnya berkaitan dengan sekolah kerajaan dan
bantuan kerajaan.

2. Menubuh dan meyenggara tadika

Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996, memberi kuasa kepada Menteri


untuk menubuh dan menyenggara tadika, sedangkan dalam Akta Pelajaran
1961 perkara ini tidak begitu jelas. Seksyen ini perlu untuk membolehkan
kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak
khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.

[ke atas]

"The Minister may subject to the provisions of this Act establish and maintain
kindergartens"

(Education Act 1996, Sec. 21)

3. Kurikulum untuk Tadika

Dalam seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan


kurikulum untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut
dan wajib digunakan oleh semuua tadika. Manakala dalam Akta Pelajaran
1961, garis panduan ini tidak wajib digunakan bagi semua tadika.
 

4. Tempoh Pendidikan Rendah

Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah


adalah antara 5 hingga 7 tahun (lihat Seksyen 29). Dengan adanya peruntukan
ini, dapat menampung keperluan murid cerdas, sederhana dan lembab.

Dalam Akta Pelajaran 1961 tempoh pendidikan rendah adalah 6 tahun. Dalam
akta ini tempohnya agak ketat.

[ke atas]

"A national or national-type school established under this Act shall provide a
course of primary education designed for duration of six years but which may
be completed within to seven years"

(Education Act 1996, Sec.29)

"national primary school", or Sekolah kebangsaan, means a fully-assited


primary school –

providing a six-year course of primary edducation appropriate for children


between the ages of six and eleven years;"

(Education Act 1961, Sec.2)

5. Pendidikan Lepas Menengah

Seksyen 33, Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan pendidikan lepas


menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan , kolej atau mana-mana institusi
pendidikan lain. Melalui Seksyen ini boleh manampung dengan jelas kelas
tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya. Dalam Akta Pelajaran 1961,
tiada peruntukan yang jelas tentang pendidikan lepas menengah.

[ke atas]

6. Politeknik Boleh Mengadakan Kerjasama


Akta Pendidikan 1996 seksyen 37, membolehkan politeknik mengadakan
program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi
perindustrian.Manakala seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan
kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain
kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.

Seksyen 37 dan 38 ini amat diperlukan untuk memenuhi keperluan


pembangunan tenaga manusia, berteraskan matematik, sains dan teknologi serta
informasi. Dengan ini wawasan 2020 akan menjadi kenyataan dan selaras
denga itu juga akan lahirnya sebagai sebuah negara maju setanding dengan
negara-negara maju yang lain.

Tiada Peruntukan berkenaan dengan perkara ini dalam Akta Pelajaran 1961.

7. Pendidikan Khas

Selaras dengan sebuah negara yang mahu mewujudkan masyarakat penyayang,


maka dalam Akta Pendidikan 1996 telah diperuntukkan dalam seksyen 40,
yang membolehkan Menteri mengadakan pendidikan khas di sekolah khas
atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. Sedangkan dalam Akta
Pelajaran 1961, perkara ini tidak jelas.

8. Maktab Perguruan

Melalui seksyen 47 (1) , membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan)


mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan
program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.
Melalui seksyen ini, selaras dengan hasrat untuk mempertingkatkan kualiti
tenaga pengajar, di sekolah-sekolah. Khususnya hendak memupuk kepada
pengeluaran guru-guru sains, matematik dan IT yang lebihh banyak selaras
dengan kehendak dan perkembangan negara dengan menubuhkan sekolah
bestari dan perkembangan teknologi maklumat yang menjadi sebahagian dari
unsur kemajuan dan ketamadunan sesebuah negara khususnya Malaysia.

Dalam Akta Pelajaran 1961, peruntukan mengenai pendidikan guru adalah


terlalu umum.
[ke atas]

9. Pengajaran Agama Islam

Dalam Seksyen 50, Akta Pendidikan 1996 , memperuntukkan supaya


Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila
terdapat 5 atau lebih murid Islam. Ini amat penting untuk syiar dan nilai-nilai
murni yang sejagat.

Dalam Akta Pelajaran pula menyebut bahawa Pendidikan Islam diwajibkan


apabila terdapat 15 orang atau lebih murid di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan sahaja.

10.Larangan tentang Pengendalian Peperiksaan

Seksyen 69, Akta Pendidikan 1996 mengkehendaki semua pihak yang


menganjurkan peperiksaan awam mendapatkan kebenaran dari Pengarah
Peperiksaa. Tujuan seksyen ini ialah untuk mengesan peperiksaan yang
dijalankan oleh pihak luar dan melindungi calon-calon dari tertipu dan
mendapat sijil-sijil atau apa-apa anugerah yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Perkara yang berkaitan dengan sekyen ini tiada diperuntukkan dalam Akta
Pelajaran 1961.

11.Lembaga Pengelola

Peruntukan dalam seksyen 62, Akta Pendidikan 1996 , membolehkan Lembaga


pengelola sekolah kerajaan yang tidak berfungsi lagi dimansuhkan kecuali bagi
sekolah Jenis Kebangsaan dan sekolah-sekolah tertentu. Lembaga Pengelola
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kerajaan dikekalkan atas permintaan mereka .
Lembaga Pengelola Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta memang
dikekalkan kerana masih diperlukan.

Dalam Akta Pelajaran 1961, semua kategori sekolah termasuk sekolah kerajaan
perlu menubuhkan lembaga pengelola.
 

12.Program "Twinning" dan "Lingkage"

Dalam seksyen 77 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa


isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan
"lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih
dahulu. Tujuan seklsyen ini ialah untuk mengawal institusi-institusi pendidikan
tinggi swasta yang sedang pesat menjalankan program "twinning" dan
lingkage", selain dari pada memudahkan ke arah Malaysia sebagai "Centre of
Education Excellence".

Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada peruntukan tentang perkara ini.

[ke atas]

13.Kuasa Untuk menyiasat

 Seksyen 136 Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada Pendaftar untuk
menyiasat, seksyen 137 kuasa untuk masuk tanpa waran, seksyen 138
memulakan dan mejalankan pendakwaan serta kuasa untuk mengkompaun
kesalahan. Dalam ketiga-tiga seksyen ini, Ketua Pendaftar atau seorang
pegawai awam yang diberikuasa bagi maksud itu secara bertulis oleh Ketua
Pendaftar atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari
Inspektor mempunyai kuasa dalam ketiga-tiga perkara dalam ketiga-tiga sekyen
tadi.

Seksyen-syeksen ini akan membolehkan Pendaftar Besar bertindak dengan


lebih cepat dan berkesan terhadap pihak-pihak yang melakukan kesalahan bagi
mengawal kepentingan masyarakat pengguna.

Dalam Akta Pelajaran 1996, tiada peruntukan-peruntukan seperti ini. Ini adalah
merupakan satu pembaharuan untuk memudahkan penyiasatan dan tindakan
diambil kepada mereka yang melanggari akta ini.

Hubungan Akta Pendidikan 1996 Dengan Pekembangan Sejarah Negara


 Akta pendidikan 1996 merupakan satu kesinambungan dengan Akta
Pendidikan 1961, sebagai sebuah Akta untuk melihatkan negara yang
memunyai masyarakat majmuk hidup bersatu padu di bawah satu bumbung
demokrasi melalui perlembagaan yang telah dibuat sebegitu rupa. Dalam
suasana masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic"yang
masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman "Cultural
pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu
diambil perhatian dari semasa ke semasa. Unutk mewujudkan proses
pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting.
Mendaulatkan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan untuk semua kaum
adalah termasuk dalam ciri ini
 [ke atas]

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah
amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan
atau bahasa rasmi negara. Dalam soal ini sepanjang tempoh negara kita
merdeka sampai ke hari perkara ini amat diambil perhatian. Melalui Akta
Pendidikan 1996 dengan jelas telah menyentuh tentang perkara ini.

Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu merupakan amat payah untuk
kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk
dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan
perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai
sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan. Dalam
aspek ini, adalah diharapkan semoga melalui Akta Pendidikan 1996 dapat
membaiki dan memantapkan perpaduan semua kaum di negara kita.

Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui


Penyata Razak dan Rahman Talib dulu telah menampakkan kejayaan .
Walaupun tidak sepenuhnya. Dengan cara menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dengan jelas kepada kita hasrat kerajaan
untuk menyetukan kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan satu bentuk
kurikulum yang sama.

Ekoran dari Akta Pendidikan 1961 telah lahirnya Universiti Kebangsaan


Malaysia(1971) yang menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini
telah menampakkan bahasa Melayu bukan sahaja untuk dijadikan bahasa untuk
pembinaan pemuafakatan tetapi juga sebagai bahasa ilmu. Menjelang tahun
1983, semua kursus di institusi pengajian tinggi (sastera, Sains, Kejuruteraan,
Perubatan , Undang-undang dan sebagainya) dikehendaki diajar dalam bahasa
Melayu kecuali beberapa kursus yang dilonggarkan penggunaan bahasa
pengantar itu. Hal ini kerana semua pelajar yang memasuki universiti-universiti
selepas itu adalah daripada aliran Melayu. Ini semua adalah wujud hasil dari
kesinambungan dari Akta Pendidikan 1961 dan berdasarkan Laporan Tun
Hussein Onn (1971) .

Berikut adalah kronologi kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa di sekolah-


sekolah: 

1. Merupakan mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan


menengah.bahasa pengantar darjah Satu

2. Semua sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah Rendah


Kebangsaan

3. Bahasa pengantar tingkat 1

4. Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sastera

5. Bahasa pengantar jurusan sastera tahun satu di universiti

6. Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains

7. Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan

8. Bahasa pengantar semua kursus di universiti


9. [ke atas]

Perkembangan pendidikan hendaklah sejajar dengan perkembangan negara.


Lantaran itu masyarakat kian maju sesuai dengan penggunaan sains dan
teknologi. Malaysia sebagai sebuah negara baru tidak kecuali untuk merebut
peluang dan berjalan seiring dengan negara-negara lain. Maka satu pendekatan
dalam pendidikan harus diambil, dikaji dan dibina semula. Sejaran negara telah
berkembang ke era Sains dan tekonolgi. Oleh itu pelajaran dan kurikulum
pendidikan haruslah berkembang selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan
melahirkan masyarakt yang berilmu pengatahuan. Beberapa buah sekolah yang
bercorak teknik dan vokasional telah ditubuhkan.

Kini negara telah mula melangkah ke tahap yang ketiga, dari dunia pertanian,
dunia teknologi, kini zaman dunia teknologi maklumat ( zaman global) yang
memerlu kepakaran dan kecanggihan yang tersendiri. Oleh itu amat sesuai
dengan adanya peruntukan-peruntukan tertentu yang menyentuh berkenaan
dengan insititusi yang berbentuk teknik danvokasional, kedudukan maktab
perguruan, universiti dan sebagainya. Kesemuanya di berikan peranan dan
kuasa-kuasa tertentu untuk meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai
dengan hasrat dan falasafah pendidikan negara kita.

Kini, Melalui Akta Pendidikan 1996, bukan lagi hanya mahu melihat dalam
aspek perpaduan semata-mata tetapi merupakan satu akta yang berupa agenda
negara yang perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah memupuk
masyarakat bersatu padu, tetapi turut menjadikan masyarakat Malaysia sebagai
masyarakat penyayang dan berkahlak mulia. Lantaran itu wjudnya sekolah-
sekolah khas seperti yang telah dinyatakan dalam akta tersebut. Dengan
memberi peruntukan-peruntukan tertentu terhadap institusi pendidikan kita,
maka akan lahirlah masyarkat yang serba maju dan serba boleh . Untuk
pengisian agenda negara bukanlah mudah seperti yang termaktub dalam Akta
Pendidikan ini tetapi memerlukajian dari semasa ke semasa agar ia tetapi sesuai
dan mana-mana yang tidak sesuai dalam akta ini perlu diperbetulkan mengikut
kesesuaian.

 [ke atas]

Komen Terhadap Akta Pendidikan 1996

 Akta Pendidikan 1996 telah menampakkan secara jelas, hala tuju dan
wawasan pendidikan kita , tidak seperti Akta pelajaran 1961 yang jelas
hanyalah untuk menyatupadukan kaum di Malaysia. Hal ini penting pada waktu
itu sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan tugas utama untuk menjaga
perpaduan kaum. Akta Pelajaran 1961 adalah sesuai pada waktu itu dan ia perlu
diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan masa kini. Lantaran
itulah lahirnya Akta Pendidikan 1996 yang lebih canggih dan dapat mencapai
cita-cita negara sekarang, yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas
pembangunan negara yang dilihat bukan sahaja pembangunan dari segi
material tetapi juga emosi dan jasmani serta intelektualisme individu.

Dengan adanya akta baru ini, maka hasrat dan cita –cita negara untuk menjadi
sebuah negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja dan rakyat yang mempunyai daya
inovatif dan kreatif , turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam mencapai
aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020.

Walaupun Akta Pendidikan 1996 ini merupakan satu akta yang dapat kita
katakan boleh memenuhi cita rasa dan aspirasi negara tetapi dalam beberapa
aspek dan sudut tertentu ia boleh diperbaiki lagi.

Dalam seksyen 136, 137 dan 138 yang memberi kuasa begitu besar dan longgar
kepada Ketua Pendaftar dan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari
Inspektor untuk menyiasat, memasuki premis dan membuat dakwaan walaupun
tanpa waran dari mahkamah merupakan satu perkara yang boleh ddikaji semula
kerana seolah-olah autoriti dan kuasa yang ada atau diberikan kepada pengetua
atau tuan punya premis tercabar dan boleh menjejaskan reputasi pendidikan
negara. Waupun ini adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan
pelajar dan mutu pendidikan tetapi kekerasan untuk memasuki premis
pendidikan oleh pihak berkuasa itu hendaklah dikaji semula. Kehadiran dan
penggelidahannya di premis pendidikan itu tanpa waran dapat dianggap sebagai
satu bentuk kekasaran.

Dalam soal bahasa bukan bahasa ibunda teutama sekali bahasa Arab (sebagai
bahasa Al-Quran) tidak disentuh dengan jelas dalam akta ini, tidak seperti
bahasa-bahasa lain yang merupakan bahasa ibunda kaum di Malaysia. Hanya
tercatat dalam seksyen 2 , perkara (iii), Akta Pendidikan 1996 yang berbunyi:

 [ke atas]

Arabic, Japanese, German or French or any other foreign


language may be made available if it reasonable and practicable
so to do;

Bahasa Arab sebagai bahasa untuk memperkembangkan agama Islam


sepatutnya diberi penekanan selaras dengan Islam sebagai agama rasmi negara.
Malah bahasa Arab juga adalah merupakan satu bahasa ilmu yang kita tidak
boleh anggap ringan. Sejarah perkembangan dan ketamadunan khususnya
tamadun Islam amat perlu kepada bahasa tersebut supaya ilmu yang dimilik
terutama oleh orang-orang Islam bukan hanya perlu merujuk kepada golongan
orientalis. Rujukan-rujukan agama Islam adalah tidak lepas dan tidak sudah
tanpa menggunkan bahasa Arab.

Peruntukan-peruntukan yang membenarkan bahasa lain sebagai bahasa


pengantar di institusi pendidikan melalui akta ini sepatutnya disemak semula.
Misalnya kedudukan sekolah-sekolah ekspatriat begitu bebas, tidak terikat
dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan, seperti yang terdapat dalam Seksyen
15.

Begitu juga dalam seksyen 23, yang membicarakan tentang kedudukan bahasa
pengantar di sekolah tadika. Manakala dalam seksyen 17 perkara 1 , Bahasa
Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi
pendidikan dalam Sistem Pendidikan kebangsaan, tetapi ada juga kekecualian
yang diberi iaitu sekolah kebangsaan yang ditubuhkan dibawah seksyen 28 atau
mana-mana pendidikan lain yang dikecuali oleh Menteri. Di sini menampakkan
kepada kita kedudukan bahasa kebangsaan masih lagi belum mantap
sepenuhnya dalam Akta ini.

Kesan daripada membenarkan bahasa-bahasa lain menjadi bahasa pengantar,


maka kita dapati 1,290 buah sekolah Kebangsaan Cina dengan 580,000 murid
dan 550 buah Sekolah Kebangsaan Tamil dengan 96,000 pelajar terus
menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Manakala 250 buah institusi
pendidikan tinggi swasta terus menggunakan Bahasa Inggeris. (Datuk Zainal
Abidin A. Wahid, 1999).

Menurut Datuk Zainal Abidin bin A. Wahid lagi, Pada tahun 1997, iaitu
terdapat 84,000 pelajar di Institu Pendidikan Tinggi Swasta. Dari jumlah
tersebut cuma 5 peratus sahaja pelajar Melayu dan di IPTA jumlah pelajar
bumiputera adalah 55 peratus dan bukan bumiputera 45 peratus.

Isu bahasa mempunyai perkaitan yang rapat dengan perpaduan. Perpaduan


yang wujud sekarang memang telah jauh berubah, namun usaha-usaha
memupuk dan meningkatkan perpaduan merupakan agenda penting. Jika
pengabaian isu bahasa boleh menjejaskan perpaduan kerana keadaan ini boleh
merosotkan nilai ekonomi bahasa Melayu, boleh menjejaskan tata bahasa rasmi
dan bahasa perpaduan, memburukkan lagi ketidakseimbangan dari segi
penyediaan tenaga iktisas di kalangan bumiputera. Pengabaian bahasa juga
boleh menjejaskan perpaduan negara kerana akan memperluaskan lagi jurang
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, juga mengakibatkan muculnya dua
atau tida kumpulan pelajar ; aliran kebangsaan, aliran Inggeris dan aliran Cina.
Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah telah membahaskan Rang
Undang-undang Pendidikan 1995 di dewan Rakyat, pada 18 Disember 1995
(yang menjadi Akta Pendidikan sekarang). Di antara kata-kata beliau ialah:

  

"………..Inilah yang tersurat di dalam seksyen 17 (1) rang


undang-undang ini. Seksyen ini menyatakan kedudukan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, tetapi seksyen ini
juga turut memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan
penggunaanya oleh mana-mana institusi pengajian kita.

Apakah makna kata-kata ini? Apakah ia melambangkan


kesungguhan untuk mendaulatkan Bahasa Kebangsaan atau ia
permulaan sikap tolak ansur kita dan seterusnya mebenarkan
kedudukan Bahasa Kebangsaan kita musnah? Atauu ia
permulaan kepada usaha untuk melenyapkan cita-cita
Allahyarham Tun Razak untuk menjadikan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar di semua peringkat?

Bahasa kebangsaan yang bererti bahasa Melayu seperti mana yang termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan , perkara 152 hendaklah menjadi teras dan
asas dalam memantapkan perpaduan dan pendidikan negara. Oleh itu perkara
yang longgar berkenaan dengan isu ini hendaklah perlu dikaji semula.

Dalam Akta Pendidikan 1996, apa yang nampak kura selesa ialah dari segi
kuasa yang diberikan kepada Menteri. Begitu banyak kuasa yang diberikan.
Sehingga menampakkan bahawa kuasanya bboleh menghapuskan kemurniaan
Akta Pendidikan itu. Kuasa Menteri seperti mana dalam seksyen 143 dalam
akta ini adalah dikira begitu besar:

  

Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan


sesuatu institusi pendidikan atau demi kepentingan murid atau
awam, melalui perintah yang disiarkan dalam warta,
mengucualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan
atau golongan-golongan institusi pendidikan daripada semua
atau mana-mana peruntukan Akta ini kecuali peruntukan
pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-
apa syarat yang difikirkan patut dikenakan, dan boleh pada bila-
bila masa menurut budi bicaranya membatalkan pengecualian itu
atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.

Walaupun ada beberapa perkara yang bolehh diperbincangkan lagi terhadap


beberapa keratan atau seksyen, tetapi ternyata ia adalah merupakan satu
perundangan yang dapat menggambarkan hasrat negara.Dengan harapan
melalui akta ini akan dapat melahirkan satuu corak pendidikan yang unggul dan
menjadi kebanggaan bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia.
Sesungguhnya ciri-ciri lama untuk menyatupadukan kaum masih terkandung
dalam Akta baru ini dan gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961
dengan hasrat yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk kurikulum
pendidikan yang canggih dan telah mulai dirasai oleh rakyat kini. Namun
usaha-usaha penyemakan terhadap kedudukan bahasa Melayu (Bahasa
Kebangsaan di institusi pendidikan, kedudukan institusi pendidikan dan kuasa-
kuasa menteri dan kuasa penyiasat yang tidak memerlukan waran untuk
memasuki premis dan kuasa penggeledahan adalah difikirkan patut disemak
semula. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga kemurnia Akta
Pendidikan itu sendiri dan mancapai matlamat pendidikan negara dan Wawasan
2020.

[ke atas]

Rujukan:

 1. Akta Pendidikan 1961, International


Law Book Service, Kuala

Lumpur, 1984

2. Akta Pendidikan 1996, International Law


Book Service, Kuala

Lumpur, 1998

1. 3.  Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji


Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kementerian
Pelajaran Malaysia , Kuala Lumpur, 1988

 4. Hamedi Mohd Adnab, Bahasa Melayu


STPM ,Nurin Enterprise,
Kuala Lumpur, 1994

 5. Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Leo Pau


Wing,

2. Dr.Saedah Hj. Siraj, Pendidikan di Malaysia,


Utusan Publication,

 1993

You might also like