You are on page 1of 32

SAH-KAH SOLAT ANDA?

20 KESALAHAN BESAR BACAAN FATIHAH


yang membatalkan solat anda tanpa disedari!
Oleh : Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

© 2011 Mohammad Asraff Ayob


Hakcipta Terpelihara
Versi 1.0

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang/menyebarkan mana-


mana bahagian isi kandungan daripada ebook ini termasuk artikel, ilustrasi dan
gambar dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun sama ada fotokopi, mekanik,
rakaman, cetakan, elektronik atau apa jua cara lain tanpa terlebih dahulu
mendapat izin bertulis dari MOHAMMAD ASRAFF AYOB.

Buktikan kecintaan dan kejujuran anda kepada Islam dengan memiliki mutiara
ilmu dari ebook ini dengan cara yang dihormati dan halal. Jika anda dengan
sengaja meniru, memperbanyakkan, mengedar, menjual atau melakukan cara-cara
yang menafikan hak penerbit, ia akan mengakibatkan ilmu serta integriti anda akan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla nanti.

Untuk mendapatkan ebook ini, sila layari :

http://www.kaedahjibril.com/sahkahsolatanda.html

Atau e-mel :

Asraff2@yahoo.com
Surah Al-Fatihah

“Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh


ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Qur’an yang
agung” (Surah Hijr : 87)
Dedikasi [m.s 1]

Bab 1 : Benarkah bacaaan Fatihah anda banyak kesilapan? [m.s 2]

 2 sebab ebook ini wajib anda miliki. [m.s 3]


 Mengapa Fatihah dlaam solat penting? [m.s 4]
 Masalah bacaan orang kita. [m.s 6]

Bab 2 : 'Lahnun Jaliy' & 'Lahnun Khofi' : kesalahan yang mana satu? [m.s 8]

 Tajwid, kesalahan dan perinciannya [m.s 8]


 Pembahagian kesalahan dalam bacaan Al-Quran [m.s 10]

Bab 3 : 20 kesalahan besar bacaan Fatihah [m.s 13]

 Ayat 1 [m.s 13]


 Ayat 2 [m.s 14]
 Ayat 3 [m.s 16]
 Ayat 4 [m.s 17]
 Ayat 5 [m.s 18]
 Ayat 6 [m.s 19]
 Ayat 7 [m.s 21]

Bab 4 : Penutup yang bakal membuka pembelajaran baru... [m.s 25]

 Tetapi, benarkah Fatihah kita 100% ‘perfect’? [m.s 25]


 Berita gembira buat anda. [m.s 26]

Istimewa buat anda….. [m.s 28]


Allah ‘Azza Wa Jalla
 Atas anugerah Islam, Iman, kesedaran, idea, kreativiti

Nabi Muhammad S.A.W


 Atas pengorbanan dan rasa kasih kepada umatnya

Ayahanda dan bonda


 Keranamu berdua angah pergi sejauh ini

Isteriku tercinta, Siti Ujila


 Bidadari yang comel & ceria

Si kecil-comel Aliya Altafunnisa


 Senyuman & tawa-nakalmu memberikan kekuatan

Tuan Guru, Ulama, Ustaz, Ustazah, Cikgu


 Di atas curahan ilmu dan pedoman

Dan,

Para pembaca ebook ini.


 Jutaan terima kasih atas perkongsian anda.

1
Assalamualaikum w.b.h.

Para pembaca yang dihormati,

Menyentuh tentang solat, kita semua sedia maklum akan kepentingannya.


Selain untuk menyerlahkan perasaan bertuhan serta melahirkan ekspresi ‘jiwa hamba’
kepada Allah Azza Wa Jalla, solat juga merupakan wasilah serta kaedah terbaik untuk
kita ‘berkomunikasi’ denganNya. Melaluinya,
kita boleh merintih kepada Tuhan, mengadu,
Melaluinya, kita
memohon taubat bahkan meminta agar
boleh merintih kepada
motivasi hidup sentiasa ‘tip-top’. Tuhan, mengadu,
memohon taubat
Junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W amat bahkan meminta agar
mengerti dan ‘pakar’ dalam hal ini. Disebabkan motivasi hidup
itulah, Baginda S.A.W mewajibkan solat malam sentiasa ‘tip-top’.
kepada dirinya kerana Baginda sangat arif,
dakwah ‘almost impossible’ yang sedang
dipikul mudah sahaja bertukar kepada ‘bisa diatur’ jika ‘bateri’ kekuatan dalamannya
dicas dengan solat malam setiap hari.

Melihat kepada kepentingannya, tidak hairanlah solat menduduki tangga


kedua dalam senarai 5 rukun islam.

Walaubagaimapun, disebalik keinginan untuk mencapai ‘solat sempurna’ persis


Rasulullah, sesetengah kita banyak menghabiskan tumpuan serta berbeza pendapat
kepada khilaf kecil dalam permasalahan solat seperti :

 silang tangan : letak di perut, pusat atau dada?


 gerakan jari ketika tasyahud : sekali, dua kali atau berkali-kali?
 Qunut solat subuh : sunat atau tidak?
 masalah isbal, adakah ia haram, makruh atau tidak digalakkan saja?
2
Para ulama telah menulis berpuluh-puluh kitab menghuraikan panjang-lebar
hukumnya berdasarkan mazhab/ kefahaman & teknik istinbat hukum yang boleh
dikeluarkan dari nas/hadis. Saya tidak akan memperincikannya disini. Terpulang
kepada pembaca untuk mengikuti pendapat mana yang lebih disukai.

Tetapi dalam banyak-banyak ragam pendapat tersebut, kita barangkali terlepas


pandang satu perkara yang lebih besar dari itu, iaitu setepat mana bacaan Al-Fatihah
dalam solat? Bagi saya, perkara ini lebih besar dari perbalahan silang tangan, gerakan
jari tasyahud awal & qunut kerana ia melibatkan perkara pokok, iaitu 13 Rukun Solat.

Dan tahukah anda, lebih ramai diluar sana bacaan Al-Fatihahnya ‘lintang-
pukang’ tajwid, makhraj serta sebutannya?

2 SEBAB EBOOK INI WAJIB ANDA MILIKI.

Ebook ini ditulis selepas saya mendapat ilham dari 2 situasi yang agak
memeranjatkan tentang tahap bacaan Al-Fatihah dalam masyarakat kita :

Situasi 1 :

Ketika mendirikan solat di sebuah surau di negeri xxx, saya hampir-


hampir ‘mufaraqah’ (keluar dari mengikuti imam’ kerana bacaan
Al-Fatihah imamnya sangat tidak teratur dengan kesalahan ‘Lahnun
Jaliy’ (kesalahan besar tajwid) disana-sini.

Berdasarkan bacaan tajwid imam yang sangat tidak teratur, saya tidak
dapat bayangkan, mengapa beliau masih dipilih menjadi imam. Adakah
ia bermaksud, memang sudah tidak ada orang lain yang lebih layak, atau
memang bacaan makmumnya lebih parah dari itu? Wallahu A’lam.

3
Situasi 2 :

Ustaz, nasib baik saya hadir ke kelas intensif hari ini…. Tak sangka ye,
banyak salah bacaan yang saya buat ketika jadi imam selama ini’….
Itulah diantara kata-kata yang masih saya ingati, diucapkan oleh seorang
imam masjid yang menghadiri Seminar Tahsin Al-Quran untuk para
imam dan bilal surau & masjid.

2 situasi di atas memperlihatkan


‘lompong besar’ dalam tahap bacaan Al-Fatihah
Semua ini
sebilangan besar masyarakat kita. Panjang- membawa kita
pendek tidak sekata, makhraj huruf bertukar- kepada satu kesimpulan :
tukar, sebutan ‘ala melayu’ yang kurang fasih, bacaan Fatihah sebahagian
curi nafas, serta yang lebih mengharukan, kita sangat jauh dari bacaan
kadangkala baris pun boleh bertukar! sempurna yang Rasulullah
‘amal’kan!
Semua ini membawa kita kepada satu
kesimpulan : bacaan Fatihah sebahagian kita
sangat jauh dari bacaan sempurna yang Rasulullah ‘amal’kan!

Soalnya, mengapa kesempurnaan bacaan Al-Fatihah dalam solat amat penting?

MENGAPA FATIHAH DALAM SOLAT PENTING?

Jika diperhatikan, dalam solat, Surah Al-Fatihah merupakan satu-satunya surah


yang diwajibkan untuk dibaca dalam setiap rakaat sehingga ia termasuk dalam salah
satu dari 13 rukun solat. Ketika membacanya pula, ia hendaklah menurut tertib
mengikut susunan ayat yang betul serta tajwidnya hendaklah dijaga sesempurna
mungkin.

Soalnya, apakah maksud rukun? Rukun menurut kefahaman ulama, ia


4
adalah bahagian yang dengannya tertegaklah sesuatu. Rukun solat tidak boleh
ditinggalkan sama ada sengaja atau tidak. Jika ia dilakukan, solat anda dikira tidak sah
(batal).

Bagi saya, rukun juga bolehlah dianggap seperti tiang seri rumah. Bayangkan
apa bakal terjadi kepada banglo agam anda jika tiang serinya tercabut atau tidak
kukuh ‘foundation’nya? Hancur jawabnya banglo jutaan ringgit tersebut!

Begitulah juga dengan solat. Ia akan hancur, sia-sia dan tidak bermanfaat andai
13 ‘tiang seri’nya termasuk Fatihah tidak dijaga betul-betul. Disebabkan itulah,
Rasulullah s.a.w sejak awal-awal lagi memberikan pesanan yang agak serius bila
bersangkutan dengan kepentingan bacaan Fatihah dengan bersabda :

‫ﻻ ﺻﻼة ﻟﻣن ﻟم ﯾﻘرأ ﺑﻔﺎﺗﺣﺔ اﻟﻛﺗﺎب‬

Maksudnya:
“Tiada solat bagi sesipa yg tidak membaca Al-Fatihah”.
(Riwayat Bukhari dari Ubadah bin As-Shomit)

Berdasarkan hadis ini dan hadis-hadis lain keutamaan Fatihah dalam solat,
jumhur ulama menyatakan bahawa Al-Fatihah merupakan salah satu rukun dan fardhu
dalam solat melainkan Mazhab Hanafi yang hanya menyatakan ia hanya wajib sahaja
bukannya rukun (menurut kaedah mereka yang membezakan definisi wajib serta
fardhu). (Fahul Bari 2/486/487, Fiqh Islami 1/648)

Berdasarkan kefahaman tersebut, kita bergerak kepada persoalan kedua :


apakah implikasinya jika kita tidak membaca Al-fatihah menurut tajwidnya yang
betul?

Persoalan ini telah dibahaskan para ulama dengan panjang-lebar dan mereka
telah mengeluarkan satu kesimpulan : tidak sah solat seorang yang membaca Fatihah
tetapi masih terdapat di dalamnya kesalahan besar yang boleh mencacatkan makna
5
Fatihah tersebut. Di antara kesalahannya ialah tidak menyebut huruf dengan makhraj
yang betul, menukar baris atau meninggalkan mana –mana tasydid dlm fatihah serta
lain-lain (Mughni Muhtaj 1/327).

MASALAH BACAAN ORANG KITA.

Penerangan di atas memberikan kita satu kesimpulan yang sangat terang lagi
bersuluh, bahawa membaca Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat. Apabila cacat
bacaannya maka rosaklah solat tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya mengajar ...membaca


Al-Quran kepada masyarakat kita, ia telah Al-Fatihah adalah satu
mendedahkan satu perkara yang agak rukun dalam solat. Apabila
mengejutkan iaitu : bacaan Fatihah orang kita cacat bacaannya maka
sangat longgar dan ‘rapuh’. rosaklah solat tersebut.

Banyak kesalahan besar kadangkala dilanggar serta kesalahan kecil tidak dijaga.
Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana seperti yang dikatakan sebelum ini,
ia mengakibatkan masalah besar, iaitu solat yang tidak sah kerana salah satu rukun-
nya pincang!.

Maka disebabkan itulah, ebook ini ditulis untuk membantu menutupi


kekurangan tersebut. Saya berharap, dengan pendedahan yang dikongsi, ia bakal
memberi kesedaran kepada kita semua supaya lebih memperkemaskan lagi bacaan
Fatihah. Kalaulah ia tidak dapat mencapai tahap kesempurnaan bacaan yang pernah
dialunkan Rasulullah suatu ketika dahulu, Kalau boleh, biarlah ia hampir setaraf
dengan bacaan para imam terkemuka seperti Imam Masjidil Haram dan sebagainya.

Saya akan cuba memperincikan bentuk kesalahan ‘Lahnun Jaliy’ atau


kesalahan besar bacaan Fatihah dalam ebook ini. Semoga melaluinya, bacaan kita
6
akan menjadi lebih kemas serta teratur tajwid, makhraj serta fasohahnya. Dan yang
lebih utama, biarlah usaha kita meningkatkan kualiti bacaan Fatihah bakal menjadi
modal keikhlasan yang akan menyebabkan Allah menerima solat kita semua.

Amin, Ya Robbal A’lamiin.

7
Berbicara tentang teknik untuk mengenalpasti serta memperbetulkan kesalahan
dalam bacaan Al-Fatihah, tidak boleh tidak fikiran kita akan terarah kepada bentuk-
betuk kesalahan lazim seperti :

 kurang panjang ‘mad’


 dengung tak cukup sempurna
 sebutan huruf ‘ala melayu’

dan sebagainya. Soalnya sekarang, adakah semua kesalahan tersebut, jika


dilakukan akan membatalkan solat secara automatik?, atau sudah ada pembahagian
serta kriteria yang boleh membezakan antara ‘salah kecil’ serta ‘salah besar’ yang
boleh membatalkan solat?

‘Salah kecil’ dan ‘salah besar’ dalam bacaan Al-Fatihah. Dari 2 premis inilah
perbincangan seterusnya bergerak.

TAJWID, KESALAHAN DAN PERINCIANNYA.

Ramai orang selalu bertanya saya : apakah dalil membaca Al-Quran secara
bertajwid?

Selalunya, saya akan membacakan kepada mereka 2 firman Allah ini :

1. Surah Al-Baqarah ayat 121.

َ َ ‫ﺣق ﺗ‬
...ِ‫ِﻼوﺗِﮫ‬ َ ُ ْ َ ‫ِﺗﺎب‬
‫ﯾﺗﻠوﻧﮫُ َ ﱠ‬ ُ َ ْ َ َ َ‫اﻟ ﱠذ ِﯾن‬
َ َ ‫آﺗﯾﻧﺎھم ُ اﻟ ْﻛ‬

‘Orang-orang yang telah kami (Allah) beri mereka al-kitab (al-Quran) lalu mereka
membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya….’
8
2. Surah Al-Muzammil ayat 4.

...‫ﺗرﺗ ًِﯾﻼ‬ َ َ ْ ُ ْ ‫ورﺗل‬


ْ َ ‫اﻟﻘرآن‬ ِ‫َ َﱢ‬

‘Dan bacalah al-Qur'an secara tartil……’

Kadang-kadang, sebelum sempat saya menjelaskan maksudnya, ada yang


mencelah ‘tapi ustaz, takda pun dalam ayat tu perkataan ‘tajwid’…. yang ada
perkataan ‘tartil’ je…’

‘ Haaa…. disinilah kita kena kuasai bahasa arab secara mendalam, sebab
maksud perkataan ‘tartil’ menurut Saidina Ali r.a ialah - mentajwidkan (membaguskan
bacaan) huruf-hurufnya dan mengetahui tempat-tempat waqaf (berhentinya)’….. Saya
terus mem’bahas’kan jawapannya.

‘…itu hujah para sahabat… para ulama tajwid Pokok-pangkalnya


pula seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal ialah : tajwid Al-Quran
Manyar telah menerangkan makna "haqqa diwarisi dari Rasulullah
tilaawatih" dalam ayat Baqarah sebagai : S.A.W, lengkap dengan
panjang--pendek-
membacanya secara tartil dan sesuai tajwid
dengung-qolqolah
sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi
dan lain-lain
Muhammad S.A.W….’ Saya menghabiskan komponennya.
penerangannya.

Pokok-pangkalnya ialah : tajwid Al-Quran diwarisi dari Rasulullah S.A.W,


lengkap dengan panjang--pendek-dengung-qolqolah dan lain-lain komponennya.
Itulah hakikat yang akan kita jumpai jika meneliti semua hadis-hadis yang
bersangkutan tentang teknik penerimaan Al-Quran dari Malaikat Jibril a.s kepada
Baginda.

9
Mungkin terkesan dengan kepentingan membaca Al-Quran secara bertajwid,
seorang pakar Al-Quran & Qiraat terulung iaitu Imam Jazari telah mengarang
‘matan’ - semacam bait syair untuk menjelaskan perkara tersebut :

َ ْ ُ ‫ُــﺟو ﱢ ِد‬
ُ‫اﻟﻘرآن ِآﺛـم‬ َ ‫ﻟــم ْﯾ‬ ‫ﻣــن ﱠ‬َ ُ ‫ﻻزم‬
ِ ٌ ْ ‫ﺣﺗـم‬ ْ ‫واﻷﺧذ ُ ِ ﱠ‬
َ ِ ‫ﺑـﺎﻟﺗـﺟوﯾد‬ ْ َ
‫وﺻﻼ‬ َ ْ
َ َ ‫إﻟـــﯾﻧـﺎ‬ ُ ‫وھـــﻛـذا ِﻣﻧْﮫ‬ َ ْ ُ‫اﻹﻟــﮫ‬
َ َ َ ‫أﻧـــزﻻ‬ َ ِ ِ ‫ﻷﻧــ ﱠﮫ ُ ِﺑﮫ‬

Pengambilan ( Pembacaan Al-Quran ) secara bertajwid adalah satu kemestian.


Berdosalah sesiapa yang tidak mengelokkan ( bacaan ) Al-Quran.
Kerana sesungguhnya ( Al-Quran ), Allah turunkan dengan bertajwid .
Dan begitulah ( Al-Quran ) daripadaNya sampai kepada kita.

PEMBAHAGIAN KESALAHAN BACAAN AL-QURAN.

Baiklah, sekarang kita bergerak kepada perbincangan seterusnya : apakah


kriteria ‘salah kecil’ dan ‘salah besar’ itu?

Dalam ilmu tajwid, para ulama secara umum telah memberi istilah khusus untuk
perkataan ‘salah’ iaitu istilah ‘Al-lahn’. Lahn ini pula dibahagikan kepada 2 bahagian di
mana darinya kita dapat menggolongkan bentuk-bentuk kesalahan yang terjadi pada
bacaan al-Qur'an.

1. LAHNUN JALIY (KESALAHAN BESAR)

Lahnun Jaliy adalah istilah yang diberikan kepada kesalahan bacaan Al-Quran
yang menyalahi kaedah tajwid serta bahasa arab khususnya i'rab sehingga boleh
mengubah maknanya. Ia dinamakan ‘Jaliy’ kerana kesalahan yang dilakukan amat je-
las dan mudah diketahui umum sama ada dari kalangan pakar Al-Quran atau orang
awam. Contoh bagi kesalahan ini seperti :

10
 Menukar sebutan sesuatu huruf dengan sebutan huruf lain seperti : Huruf (‫)ع‬
pada kalimah (‫اﻟﻌﻠ َﻣ ِﯾن‬
َ ْ ) dilafaz dengan bunyi huruf ( ‫) أ‬
 Menukar baris.
 Mengurangkan baris pada perkataan.
 Menambah huruf pada bacaan.
 Menukar kalimah dengan kalimah lain.
 Mentasydidkan huruf yang tidak bertasydid.
 Meringankan huruf yang bersabdu.

Haram hukumnya jika kita melakukan Haram hukumnya


kesalahan ini dengan sengaja. Malah, jika ia ber- jika kita melakukan
laku dalam bacaan Al-Fatihah dalam solat, maka
kesalahan Lahnun Jaliy
dengan sengaja. Malah,
ia boleh mengakibatkan solatnya terbatal atau
jika ia berlaku dalam
tidak sah.
bacaan Al-Fatihah dalam
solat, maka ia boleh
mengakibatkan
2. LAHNUN KHOFI (KESALAHAN KECIL) solatnya terbatal
atau tidak sah
Lahnun Khofi (yang bermaksud tersem-
bunyi) adalah istilah yang diberikan kepada kesalahan bacaan Al-Quran yang
menyalahi sebahagian kaedah tajwid namun tidak menyalahi kaedah bahasa arab. Ia
juga tidak mengubah harakat (baris) dan tidak pula mengubah makna perkataan,
seperti kesalahan pada bacaan izhar, ikhfa', iqlab, dan idgham. Contoh bagi
kesalahan ini seperti :

 Tidak memanjangkan sesuatu harakat dengan kadar yang betul. Contohnya


‫ﱠ ﱢ‬
kalimah َ ‫اﻟﺿﺎﻟﯾن‬ iaitu Mad Lazim Kalimi Muthaqqal yang sepatutnya dibaca dengan
kadar 6 harakat, tetapi dibaca dengan kadar yang tidak mencukupi.
 Menipis apa yang wajib ditebalkan serta sebaliknya.

Para ulama menyatakan, walaupun hukum melakukan kesalahan ini dengan

11
sengaja adalah makruh, di mana implikasinya tidaklah sampai ke tahap membatalkan
solat, namun kualiti bacaannya jauh dari roh pembacaan Al-Quran yang
dikehendaki serta diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Demikianlah secara ringkas, penerangan 2 jenis kesalahan dalam membaca


Al-Quran. Selepas ini kita akan masuk ke bab yang dinantikan iaitu - 20 ‘Lahnun Jaliy’
atau kesalahan besar yang dilakukan pada bacaan Al-Fatihah.

12
Perhatian : Walaupun saya sedaya upaya cuba menerangkan secara
terperinci kesalahan tersebut serta cara menyebutnya dengan betul, namun
ketepatan bacaannya tidak mungkin dapat dihadirkan melalui penulisan
yang berbentuk teoritikal, kerana ilmu ketepatan bacaan Al-Quran lebih
berbentuk praktikal. Oleh itu, saya amat menggalakkan para pembaca
mempelajarinya dari tuan guru Al-Quran yang berkemahiran.

AYAT 1

KESALAHAN 1

KALIMAH/ HURUF :
ّ ‫) ِﺑﺳ ْ م‬
Huruf (‫ )ب‬pada kalimah (‫ﷲ‬ ِ

JENIS KESALAHAN :
Sebutan huruf (‫ )ب‬berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut
‘Ismillah...’

BACAAN BETUL :
Sebutan dan bunyi huruf (‫ )ب‬berbaris bawah tersebut hendaklah disebut dengan jelas
dan terang. Mungkin kesalahan ini lebih mudah terjadi jika kita membacanya secara
‘sirr’ (perlahan), dimana banyak lafaz kalimah tidak disebut secara jelas.

KESALAHAN 2

KALIMAH/ HURUF :
2 huruf (‫ )ر‬bersabdu pada kalimah (‫اﻟرﺣﯾم‬
ِ ‫ﻣـن ﱠ‬
ِ َ ْ ‫اﻟرﺣ‬
‫) ﱠ‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf (‫ )ر‬tersebut tidak didatangkan dengan sempurna.
13
BACAAN BETUL :
Sebutan dan bunyi huruf (‫ )ر‬bersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga
jelas perbezaan antara huruf (‫ )ر‬bersabdu dengan huruf (‫ )ر‬tidak bersabdu. Ini
kerana sebilangan kita, disebabkan ingin membacanya secara cepat, ia akan
menyebabkan bunyi sabdu tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan
seolah-olah huruf (‫ )ر‬tidak bersabdu sahaja.

KESALAHAN 3

KALIMAH/ HURUF :
2 huruf Ha Maftuhah (‫ )ح‬pada kalimah (‫اﻟرﺣﯾم‬
ِ ‫ﻣـن ﱠ‬
ِ َ ْ ‫اﻟرﺣ‬
‫) ﱠ‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi Ha Maftuhah (‫ )ح‬tersebut tidak didatangkan dengan sempurna
sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh (‫)ه‬

BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah (‫ )ح‬sepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya
dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf (‫ )ح‬agar bunyinya
dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh (‫)ه‬

AYAT 2

KESALAHAN 4

KALIMAH/ HURUF :
ْ )
Huruf Ha Maftuhah (‫ )ح‬pada kalimah (‫اﻟﺣ َﻣ ْ ُد‬

14
JENIS KESALAHAN :
Huruf Ha Maftuhah (‫ )ح‬pada kalimah tersebut dilafaz dengan huruf Ha Marbuthoh (‫)ه‬

BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah (‫ )ح‬perlu disebut secara jelas pada makhrajnya iaitu dengan cara
menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Suara yang keluar akan berbunyi
seakan-akan ketika kita kepedasan.

Bunyi huruf Ha Maftuhah (‫ )ح‬juga akan lebih jelas jika kita menyempitkan sedikit aliran
keluar udara pada pertengahan kerongkong. Ini berbeza dengan huruf Ha Marbuthoh
(‫ )ه‬di mana udara akan keluar begitu sahaja ketika menyebutnya.

KESALAHAN 5

KALIMAH/ HURUF :
ََِْ)
Huruf (‫ )ع‬pada kalimah (‫اﻟﻌﻠﻣﯾن‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf (‫ )ع‬dilafaz dengan bunyi huruf ( ‫) أ‬

BACAAN BETUL :
Huruf (‫ )ع‬pada kalimah tersebut perlu disebut dengan jelas pada makhrajnya iaitu
dengan cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong.

Kesalahan yang selalu dilakukan ialah kita mengeluarkan bunyi huruf (‫ )ع‬dari makhraj
huruf ( ‫ ) أ‬iaitu dari pangkal kerongkong. Walaupun makhraj huruf (‫ )ع‬dan makhraj
huruf ( ‫ ) أ‬terletak bersebelahan iaitu pangkal dan pertengahan kerongkong, namun
bunyi serta sifatnya amat berbeza.

15
AYAT 3

KESALAHAN 6

KALIMAH/ HURUF :
Huruf (‫ )ر‬bersabdu pada kalimah (‫اﻟرﺣﻣـن‬
ِ ‫) ﱠ‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi huruf (‫ )ر‬tersebut disebut dengan bunyi huruf (‫)غ‬

BACAAN BETUL :
Bunyi huruf (‫ )ر‬perlu disebut sesempurna mungkin dari makhrajnya iaitu dengan cara
menekan kawasan belakang hujung lidah ke gusi hadapan sebelah atas dengan
melengkungkannya sedikit.

Ia sangat berbeza dengan makhraj huruf (‫ )غ‬yang keluar dengan cara menekankan
suara ke permulaan kerongkong.

KESALAHAN 7

KALIMAH/ HURUF :
2 huruf (‫ )ر‬bersabdu pada kalimah (‫اﻟرﺣﯾم‬
ِ ‫ﻣـن ﱠ‬
ِ َ ْ ‫اﻟرﺣ‬
‫) ﱠ‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf (‫ )ر‬tersebut tidak didatangkan dengan sempurna.

BACAAN BETUL :
Sebutan & bunyi huruf (‫ )ر‬bersabdu perlu didatangkan dengan sempurna hingga jelas
perbezaan antara bunyi huruf (‫ )ر‬bersabdu dengan (‫ )ر‬tidak bersabdu. Ini kerana
disebabkan kita cuba membacanya secara cepat, ia akan menyebabkan bunyi sabdu
tersebut tertinggal dan bunyi yang dikeluarkan seolah-olah (‫ )ر‬tidak bersabdu sahaja.

16
KESALAHAN 8

KALIMAH/ HURUF :
2 huruf Ha Maftuhah (‫ )ح‬pada kalimah (‫اﻟرﺣﯾم‬
ِ ‫ﻣـن ﱠ‬
ِ َ ْ ‫اﻟرﺣ‬
‫) ﱠ‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi Ha Maftuhah (‫ )ح‬tersebut tidak didatangkan dengan sempurna
sehingga menebabkan bunyi seakan-akan bunyi huruf Ha Marbuthoh (‫)ه‬

BACAAN BETUL :
Huruf Ha Maftuhah (‫ )ح‬sepatutnya dikeluarkan dari tengah kerongkong dan bukannya
dari pangkalnya. Kita perlu berhati-hati semasa menyebut huruf (‫ )ح‬agar bunyinya
tidak sama dan dapat dibezakan dengan sebutan Ha Marbuthoh (‫)ه‬

AYAT 4

KESALAHAN 9

KALIMAH/ HURUF :
‫) ﱢ‬
Bunyi sabdu huruf (‫ )د‬pada kalimah (‫اﻟدﯾن‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf (‫ )د‬tersebut tidak didatangkan dengan sempurna sehingga
ia dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘miDiin’, sedangkan bunyi tepatnya ialah
bersabdu iaitu ‘miDDiin’.

BACAAN BETUL :
Sebutan bunyi sabdu huruf (‫ )د‬perlu disebut dan didatangkan dengan sempurna. Cara
sebutannya hendaklah tepat dan agak berat, sesuai dengan kaedah sebutan huruf
bersabdu yang betul.
17
Bunyi huruf (‫ )د‬juga perlu dikeluarkan dari makhrajnya dengan betul iaitu hujung lidah
yang ditekan ke pangkal gusi gigi depan, agar ia tidaklah sama dengan bunyi huruf ‘D’
yang agak keras.

AYAT 5

KESALAHAN 10

KALIMAH/ HURUF :
Bunyi sabdu huruf (‫ )ي‬pada 2 kalimah (‫)ِﱠإﯾﺎك‬

JENIS KESALAHAN :
Sebutan bunyi sabdu huruf (‫ )ي‬tidak didatangkan dengan sempurna sehingga ia
dibunyikan seolah-olah tanpa sabdu seperti ‘iYaka’, sedangkan bunyi tepatnya ialah
bersabdu iaitu ‘iYYaka’.

BACAAN BETUL :
Sebutan bunyi sabdu huruf (‫ )ي‬perlu disebut dan didatangkan dengan sempurna agar
ia dapat dibezakan dengan bunyi huruf (‫ )ي‬tanpa sabdu.

Ketika membunyikannya juga, pastikan anda tidak ‘berhenti’ seketika pada henjutan
sabdu tersebut.

KESALAHAN 11

KALIMAH/ HURUF :
َ)
Huruf (‫ )ع‬pada kalimah (‫ﻧﻌ ْ ﺑ ُُد‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf (‫ )ع‬dilafaz dengan bunyi huruf ( ‫) أ‬
18
BACAAN BETUL :
َ ), pembaca perlu berhati-hati
Semasa menyebut huruf (‫ )ع‬yang mati pada kalimah (‫ﻧﻌ ْ ﺑ ُُد‬
dan cermat agar huruf (‫ )ع‬dapat dikeluarkan dari makhrajnya yang tepat iaitu dengan
cara menekankan suara pada pertengahan kerongkong. Ini kerana, ramai yang
terkadang mengeluarkan bunyi huruf ain dari makhraj huruf ( ‫) أ‬

KESALAHAN 12

KALIMAH/ HURUF :
ِ َ ْ ‫) َﻧﺳ‬
Huruf (‫ )ع‬pada kalimah (‫ﺗﻌﯾن‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf (‫ )ع‬dilafaz dengan bunyi huruf ( ‫) أ‬

BACAAN BETUL :
Memang huruf (‫ )ع‬berbaris bawah pada perkataan ini agak sukar dibunyikan dengan
tepat. Ini kerana bunyinya berada dalam keadaan lemah kerana huruf tersebut berba-
ris bawah. Namun begitu, kita tetap perlu membunyikannya dengan tepat hingga ia
dapat dibezakan dari bunyi huruf ( ‫ ) أ‬iaitu dengan cara menekankan suara pada
pertengahan kerongkong.

AYAT 6

KESALAHAN 13

KALIMAH/ HURUF :
َ ‫)اﻟﺻ‬
Huruf (‫ )ص‬pada kalimah (‫ﱢرط‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf (‫ )ص‬dilafaz dengan bunyi huruf (‫)س‬
19
BACAAN BETUL :
Jika tidak berhati-hati, bunyi huruf (‫ )ص‬akan mudah bertukar menjadi bunyi huruf (‫)س‬
terutamanya ketika huruf (‫ )ص‬berbaris dibawah. Ini kerana, huruf (‫ )ص‬dan huruf (‫)س‬
berkongsi makhraj yang sama iaitu dengan cara mendatarkan lidah, kemudian hujung
lidah dibawa ke belakang gigi hadapan sebelah bawah.

Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf
(‫ )ص‬memiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan
dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf (‫ )ص‬lebih ‘tebal’ dari huruf (‫)س‬

KESALAHAN 14

KALIMAH/ HURUF :
َ ِ َ ‫)اﻟﻣ‬
Huruf (‫ )ت‬pada kalimah (‫ُﺳﺗﻘﯾم‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf (‫ )ت‬dilafaz dengan bunyi huruf (‫)ط‬

BACAAN BETUL :
Bunyi huruf (‫ )ت‬boleh bertukar menjadi bunyi huruf (‫ )ط‬jika ia tidak dilafaz dengan
betul. Kesalahan ini terjadi kerana huruf (‫ )ت‬terletak bersebelahan dengan huruf (‫)ق‬
yang tebal dan berat bunyinya. Maka, jika pembaca tidak berhati-hati, kita akan terikut
‘menebalkan’ bunyi huruf (‫ )ت‬menjadi bunyi huruf (‫)ط‬

Oleh itu, pembaca perlu berhati-hati ketika melafazkan perkataan ini dengan
membunyikan huruf (‫ )ت‬pada makhrajnya secara tepat.

20
KESALAHAN 15

KALIMAH/ HURUF :
َ ِ َ ‫)اﻟﻣ‬
Huruf (‫ )ق‬pada kalimah (‫ُﺳﺗﻘﯾم‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf (‫ )ق‬dilafaz dengan bunyi huruf (‫)ك‬

BACAAN BETUL :
Huruf (‫ )ق‬disini mudah disebut secara salah menjadi bunyi huruf (‫ )ك‬kerana ia
berbaris di bawah. Tambahan pula, huruf selepas dan sebelumnya berbunyi agak
ringan.

Walau bagaimanapun, apabila huruf (‫ )ق‬berbaris bawah, bunyinya hanya menjadi


kurang tebal, bukannya nipis hingga bertukar kepada bunyi huruf (‫ )ك‬pula. Oleh itu,
kita perlu menjaga bunyi serta sifat ‘isti’la’ pada huruf (‫ )ق‬dengan membunyikannya
pada makhraj yang betul.

AYAT 7

KESALAHAN 16

KALIMAH/ HURUF :
َ ّ )
Huruf (‫ )ص‬pada kalimah (‫ﺻرط‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf (‫ )ص‬dilafaz dengan bunyi huruf (‫)س‬

21
BACAAN BETUL :

َ ّ ) pada ayat 6, kesalahan sama mungkin bakal berulang pada


Seperti perkataan (‫ﺻرط‬
perkataan ini. Jika tidak berhati-hati, bunyi huruf (‫ )ص‬akan mudah bertukar menjadi
bunyi huruf (‫ )س‬. Kesalahan ini akan lebih mudah terjadi memandangkan huruf (‫)ص‬
dan huruf (‫ )س‬berkongsi makhraj yang sama iaitu dengan cara mendatarkan lidah,
kemudian hujung lidah dibawa ke belakang gigi hadapan sebelah bawah.

Namun, perkara yang membezakan antara kedua huruf tersebut ialah sifatnya. Huruf
(‫ )ص‬memiliki sifat Isti’la’ dan Itbaq, dimana kedua sifat tersebut jika didatangkan
dengan sempurna akan menjadikan bunyi huruf (‫ )ص‬lebih ‘tebal’ dari huruf (‫)س‬

KESALAHAN 17

KALIMAH/ HURUF :
َ ِ‫) ﱠ‬
Huruf (‫ )ذ‬pada kalimah (‫اﻟذﯾن‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf (‫ )ذ‬dilafaz dengan bunyi huruf (‫)ز‬

BACAAN BETUL :
Huruf (‫ )ذ‬jika betul-betul disebut pada makhrajnya iaitu hujung lidah yang dikeluarkan
lalu ditekan ke hujung gigi hadapan sebelah atas, ia akan mengeluarkan bunyi yang
agak kurang desiran ‘zzzz’nya berbanding huruf (‫)ز‬

Namun kesalahan yang sering dilakukan, kita membunyikannya dengan bunyi huruf (‫)ذ‬
atau lebih tepat seperti bunyi huruf ‘Z’, sedangkan jika dirujuk ilmu tajwid, tempat
keluar makhraj kedua huruf tersebut amat jauh berbeza.

22
KESALAHAN 18

KALIMAH/ HURUF :
َ َ)
Huruf (‫ )ع‬pada kalimah (‫أﻧﻌﻣت‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf (‫ )ع‬dibunyikan bukan pada makhrajnya sehingga bertukar bunyi huruf tersebut
kepada huruf ( ‫) أ‬

BACAAN BETUL :
َ َ ) , ada sebilangan tersasul ketika menyebut huruf (‫)ع‬
Ketika menyebut kalimah (‫أﻧﻌﻣت‬
sehingga menyerupai sebutan huruf ( ‫) أ‬. Kesalahan ini agak popular dilakukan
memandangkan huruf (‫ )ع‬pada perkataan ini memang agak sukar disebut dengan
tepat pada makhrajnya. Maka, terjadilah kesalahan popular iaitu bunyi huruf ( ‫ ) أ‬yang
dikeluarkan.

Walaupun ia agak sukar, namun kita tetap perlu mendatangkan makhraj dan sifat
huruf (‫ )ع‬dengan sempurna agar maknanya tidak berubah.

KESALAHAN 19

KALIMAH/ HURUF :
Huruf (‫ )ض‬pada kalimah (‫ُوب‬
ِ ‫اﻟﻣﻐﺿ‬ َ ) dan kalimah (‫)اﻟﺿﺎﻟﯾن‬
َ ِ‫ﻏﯾر‬

JENIS KESALAHAN :
Huruf (‫ )ض‬dilafaz dengan bunyi huruf (‫)د‬

BACAAN BETUL :
Memang huruf (‫ )ض‬sukar dibunyikan dengan sempurna. Ini kerana makhrajnya agak
unik iaitu dengan menekan salah satu sisi (tepi) lidah ke sepanjang gigi geraham atas.
Tambahan pula, huruf (‫ )ض‬memiliki sifat khususnya iaitu sifat Istitolah.

23
Walaubagaimanapun, pembaca boleh mempraktikkan sebutan huruf (‫ )ض‬berulangkali
agar bunyi huruf (‫ )د‬yang selalu dilafazkan pada perkataan ini dapat dihindarkan.

KESALAHAN 20

ِّ )
14 tasydid (sabdu) selain dari yang telah disebutkan seperti tasydid pada kalimah (‫ﷲ‬
( ‫رب ﱢ‬
َ ) dan lain-lain. Bunyi tasydid (sabdu) semua perkataan tersebut hendaklah
didatangkan sesempurna mungkin.

24
Alhamdulillah, kita sudah mengetahui 20 kesalahan besar bacaan Fatihah
yang mungkin kita lakukan tanpa sengaja. Jika anda ada melakukan kesalahan
tersebut, cadangan saya, bolehlah mula berlatih betulkannya sekarang. Dan cara
terbaik untuk menyebut semua huruf itu dengan betul tidak lain tidak bukan melalui
‘berguru’ dengan pakar Al-Quran. Dari mereka, kita akan mengetahui kaedah tepat
mendatangkan sebutan sabdu, serta beza sebenar bunyi huruf ‘Ha pedas’ dan ‘Ha
gulung’.

‘Alhamdulillah,
Itu bagi mereka yang ada melakukan
saya 100% tak buat pun
kesalahan. Walaubagaimanapun, barangkali kesalahan - kesalahan
ada sebilangan para pembaca yang berfikiran ni…. mungkin sikit-sikit je
begini ‘Alhamdulillah, saya 100% tak buat pun lah terbabas sebut ‘Ha
kesalahan - kesalahan ni…. mungkin sikit-sikit pedas’ jadi ‘Ha kurang
je lah terbabas sebut ‘Ha pedas’ jadi ‘Ha pedas’……’
kurang pedas’……’

TETAPI, BENARKAH BACAAN FATIHAH KITA 100% ‘PERFECT’?

Sementara anda sedang mengurut dada kelegaan, saya mohon maaf kerana
terpaksa mengganggu ‘rasa lega’ anda - Apa yang dinyatakan hanyalah 1/10 dari
kesalahan yang kita lakukan dalam bacaan Fatihah, kerana saya masih belum
menyenaraikan kesemuanya.

Masih ingat ‘Lahnun Khofi’ - kesalahan kecil yang saya terangkan sebelum ini?
Ahaaa….. disitulah ‘lompong besar’ sebenar kesalahan kita. Memang benar, dalam
bab ‘Lahnun Jaliy’, barangkali ramai yang ‘lepas ujian’, tetapi bila masuk bab ‘Lahnun
Khofi’, silap haribulan, tuan imam dan tuan bilal pun selalu melakukannya.

Kesalahan kecil dalam Fatihah - inilah bentuk kesalahan yang saya kira hampir
25
semua orang melakukannya. Kesalahan jenis inilah yang perlu dielakkan agar bacaan
Fatihah mencapai taraf ‘pro’ yang dialunkan oleh para imam terkemuka kesukaan
anda. Perkara inilah yang perlu kita ‘gilap sekuat mungkin’ agar Fatihah kita benar-
benar menepati standard ‘tajwid’ yang dikehendaki Rasulullah S.A.W.

BERITA GEMBIRA BUAT ANDA…

Itu berita kurang gembiranya. Khabar gembiranya pula ialah :

“SAYA AKAN KONGSIKAN SEMUA BENTUK


KESALAHAN TERSEBUT SERTA CARA MEMPERBETULKANNYA”.

Ia akan dihantar melalui siri newsletter ke emel yang anda berikan sewaktu
mendaftar bagi memperolehi ebook ini.

(Bagi mereka yang mendapatkan ebook ini bukan melalui cara tersebut, saya
cadangkan, untuk meneruskan pengajian ‘Lahun Khofi’, anda boleh daftarkan emel
anda di : http://www.kaedahjibril.com/sahkahsolatanda.html )

Dalam siri emel tersebut, saya akan terangkan secara terperinci Lahnun Khofi
dalam setiap ayat, bermula dari ayat pertama Fatihah hinggalah ayat ketujuh.

Saya juga akan berkongsi sekali tips-tips berharga lain iaitu :

 teknik-teknik berharga jika anda ingin menghafaz Al-Quran.


 perkara-perkara penting yang perlu anda ketahui tentang Al-Quran,
 perbincangan kecil tetapi sangat penting dalam Tajwid yang ramai orang tidak
mengetahuinya,
 warna-warni dunia Qiraat - ilmu berharga yang paling kurang didedahkan,

serta banyak lagi.


26
Kesimpulannya, perkongsian ilmu dalam ebook percuma ini hanyalah
permulaan. Banyak lagi tips berharga lain yang bakal anda ketahui melalui ‘pengajian
maya eksklusif’ dalam siri emel newsletter selepas ini.

Apa yang saya mahukan dari semua ini? Kalau boleh, biarlah bacaan Fatihah
anda lebih baik dari saya. Biarlah kitab Al-Quran benar-benar dapat menerangi
kehidupan kita, baik di dunia mahupun akhirat.

Jika anda menemui ‘pencerahan’ melalui perkongsian ini, Alhamdulillah dan


saya berharap ia bakal menjadi salah satu koleksi ‘amal jariah’ berpanjangan. Tetapi,
jika pembaca punya pandangan, idea, atau sebarang cadangan positif untuk lebih
memantapkan lagi pengetahuan kita, saya amat gembira untuk mengetahuinya
melalui :
Emel : asraff2@yahoo.com

Akhir sekali, jika ada sebarang khilaf serta kesilapan, kepada Allah S.W.T saya
memohon hidayah & keampunan.

“….. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa dan
kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami
beban yang besar sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-
orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan
kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah
kami….
(Surah Al-Baqarah, 286)

Iqra! & Selamat membaca & bersolat!.

Wassalam.

Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz


1 Januari 2011

27
Ebook Ebook Ebook
145 Fakta Menarik & Menakjubkan KAEDAH JIBRIL QURANOLOGY
mengenai Al-Quran yang jarang Kaedah mudah & praktikal Panduan efektif memahami
anda ketahui walaupun menghafaz surah Al-Quran khusus Teks dan konteks Al-Quran, agar
membacanya setiap hari!! untuk gol. Awam yg sibuk setiap Anda teruja membacanya!

4 PRODUK HEBAT
Video panduan
KAEDAH JIBRIL
Video penerangan bergambar
Oleh Ustaz Asraff mengenai
Kaedah ini secara terperinci.

1 tiket percuma ke seminar


kaedah hafazan super utk sicilik
‘KAEDAH XXX’
(berharga RM 125)

Dan
1 tiket DISKAUN seminar sama
berharga RM 25 sahaja

28

You might also like