You are on page 1of 7

1.

0 DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

Menurut kamus dewan, fikir bermaksud akal atau keupayaan untuk


berfikir. Manakala berfikir mengikut terjemahan kamus dewan pula bererti
menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu. Jadi dapatlah disimpulkan
bahawa kemahiran berfikir ialah kemahiran menggunakan akal untuk
menyelesaikan sesuatu.

Menurut John Dewey, berfikir ialah satu operasi yang menggunakan


fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta-fakta yang lain supaya
fakta dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada. Selain itu, menurut
Beyer pula, beliau mendefinisikan berfikir sebagai memanipulasi input deria
dan persepsi yang diingat kembali secara mental untuk membentuk
pemikiran, sebab, atau keputusan.

Berfikir melibatkan tiga komponen, iaitu operasi mental, pengetahuan


dan sikap. Operasi mental dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kognitif
dan metakognitif. Operasi kognitif digunakan untuk mencari makna dan
meliputi kemahiran yang ringkas dan strategi atau proses yang kompleks.

Operasi metakognitif pula ialah operasi yang mengarahkan dan


mengawal kemahiran dan proses kognitif. Metakognisi selalunya diertikan
sebagai berfikir tentang pemikiran dan melibatkan operasi memandu usaha
seseorang demi mencari makna, khususnya operasi merancang, mengarah
dan menilai pemikirannya.

Kemahiran berfikir boleh dikelaskan kepada dua kategori utama, iaitu


kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.
Kemahiran berfikir secara kritis dapat dibahagikan kepada dua sub-kategori,
iaitu kemahiran menganalisis secara kritis dan kemahiran menilai secara
kritis. Kemahiran menganalisis secara kritis dapat meningkatkan pemahaman
dan kebolehan menggunakan maklumat yang sedia ada. Kemahiran berfikir
secara kritis bermaksud penggunaan operasi berfikir yang asas untuk
menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam.
Kemahiran berfikir secara kreatif pula bererti penggunaan operasi berfikir
yang asas untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baru,
estetik dan membina. Empat ciri kemahiran berfikir secara kritis ialah reaktif,
penilaian, analisis dan logik. Kemahiran berfikir secara kreatif pula
dibahagikan kepada empat ciri iaitu keberanian, imaginative, perkembangan
idea dan reka cipta.

Definisi buli : http://dukeamienerev.blogspot.com/2006/10/apakah-maksud-atau-


definisi-buli-dan.html

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=buli (dewan bahasa)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Buli (wiki)
2.0 DEFINISI BULI

Buli ialah suatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang yang


menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada pada dirinya untuk
menakutkan atau mencederakan orang lain. Si pembuli juga berupaya untuk
memaksa seseorang untuk melakukan sesuatu perkara mengikut
kehendaknya.

Jenis-jenis buli ialah buli siber. Antara contoh buli siber ialah
menghantar emel yang berbentuk hasutan, mahupun menceroboh laman web
atau blog seseorang. Di samping itu, contoh lain bagi buli ialah buli yang
berbentul fizikal seperti memukul dan memeras ugut. Terdapat juga buli yang
mendera mental dan pemikiran si mangsa, seperti mengejek, memanggil
nama yang kurang baik dan menimbulkan isu perkauman.
3.0 PUNCA-PUNCA BULI

Terdapat beberapa punca yang mendorong berlakunya gejala buli di


sekolah. Antaranya ialah kurangya perhatian kasih saying dan perhatian
daripada ibu bapa, pengaruh sekeliling pelajar serta sejarah masa lampau.

Kesibukan mengejar kekayaan dunia atau kenaikan pangkat


menyebabkan semakin ramai ibu bapa yang mengabaikan keluarga dan lebih
mementingkan kerjaya. Kesibukan mereka ini telah menyebabkan mereka
lupa pada tanggungjawab mereka terhadap keluarga, lebih-lebih lagi kepada
anak-anak mereka. Oleh kerana itu, si anak itu akan melakukan pelbagai cara
untuk menarik dan mendapatkan kembali perhatian daripada ibu bapa
mereka. Salah satunya ialah dengan melakukan aktiviti buli di sekolah. Selain
itu, sikap ibu bapa yang bersikap berat sebelah turut mendorong berlakunya
gejala buli di sekolah. Kelemahan pelajar dalam pelajaran menyebabkan ibu
bapa mereka kurang menumpukan perhatian kepada pelajar terbabit dan
melebihkan perhatian kepada anak yang lebih menyerlah dalam pelajaran.
Hal ini menyebabkan si pelajar yang disisihkan ini berasa tertekan dan lantas,
membuli pelajar lain untuk melepaskan tekanan.

Selain dari kesibukan ibu bapa bekerja, pengaruh sekeliling turut


menjadi faktor yang mendorong berlakunya gejaal buli di sekolah. Hasutan
serta pengaruh rakan sebaya yang kuat mendorong si pelaku mula mengikut
jejak langkah rakannya yang sering menimbulkan masalah disiplin serta
membuli pelajar di sekolah. Si pelaku juga turut terpengaruh dengan
pengaruh yang dibawa oleh media massa, terutamnya media elektronik.
Lambakan rancangan-rancangan yang berbentuk keganasan secara tidak
langsung mendorong pelajar untuk mencuba segala yang mereka tonton dan
menjadikan pelajar yang lemah sebagai mangsa. Keadaan mangsa yang
tidak melawan menyebabkan si pembuli berasa seronok dan terus membuli si
mangsa. Di samping itu, perasaan ingin menyertai sesebuah kumpulan
samseng di sekolah menyebabkan si pelaku membuli pelajar lain untuk
membuktikan bahawa dia layak diterima masuk ke kumpulan tersebut. Selain
itu, membuli pelajar tertentu juga merupakan salah satu syarat yang harus
dipatuhi oleh si pelaku jika ingi diterima masuk. Oleh kerana mahu diterima,
maka si pelaku akan membuli pelajar lain sehingga mendatangkan trauma
kepada magsa.

Sejarah masa lampau turut menyumbang kepada faktor berlakunya


gejala buli di sekolah. Pengalaman si pembuli yang pernah menjadi mangsa
penderaan ketika zaman kanak-kanaknya menyebabkan si pembuli
menyimpan dendam dan berasa tertekan. Apabila menjadi remaja, dia mula
melakukan perkara yang sama kepada orang lain untuk melepaskan tekanan
yang dialami dan apabila melihat kesengseraan dan rayuan yang diberikan
mangsa, si pembuli akan berasa puas hati. Selain itu, pengalaman si pembuli
yang sering menjadi mangsa buli ketika zaman kecilnya menyebabkan si
pembuli membuli orang lain apabila dewasa. Ini adalah kerana dia mahu
mangsanya merasai perasaan dibuli seperti yang dialaminya ketika zaman
kanak-kanaknya. Di samping itu, sejarah si pembuli yang pernah
menyaksikan penderaan yang berlaku di hadapan matanya, sama ada
terhadap ahli keluarga atau rakan-rakannya menyebabkan dia mula berasa
tertekan dan akhirnya, untuk melepaskan tekanan yang dialaminya, dia
membuli orang lain.

Punca lain yang mendorong berlakunya gejala buli ini ialah perassan
ingin tahu yang memuncak dalam dirinya. Perasaan ingin dikenali di sekolah
telah disalah gunakan oleh dia dengan melakukan aktiviti buli kepada pelajar
lain. Secara tidak langsung, selain dikenali di sekolah, dia turut digeruni oleh
pelajar lain atas sikapnya yang biadap dan suka membuli itu. Selain itu, si
pembuli juga melakukan buli kerana ingin menarik perhatian pelajar lain
supaya pelajar lain menyedari kehadirannya di sekolah dan tidak sesekali
menyakiti atau memandang rendah kepada dirinya.

4.0 KESAN BULI

Buli dapat mendatangkan beberapa kesan kepada mangsa.


Antaranya ialah menjejaskan tumpuan pelajaran, menjejaskan prestasi
akademik serta merendahkan tahap keyakinan diri pelajar. Setelah
menjadi mangsa buli untuk berulang kali, si mangsa akan hilang
tumpuannya terhadap pelajaran kerana kerap teringatkan pengalaman
dia dibuli. Fikiran si mangsa juga akan sering bercelaru dan diganggu
dengan ugutan-ugutan serta ejekan-ejekan yang diterimanya
sehinggakan menjejaskan tumpuannya kepada pelajaran.

Apabila terjejas tumpuannya terhadap pelajaran, maka


prestasinya terhadap akademiknya juga akan terjejas. Sikap mangsa
yang sering takut untuk ke sekolah menyebabkan si mangsa
ketinggalan banyak pelajaran dan akhirnya menyebabkan markah
peperiksaannya semakin merosot. Gejala buli turut menyumbang
kepada belakunya gejala ponteng sekolah akibat dari perasaan takut
dan bimbang dibuli oleh pelajar lain.

Di samping itu, buli turut menyebabkan seseorang pelajar itu
hilang keyakinan diri. Ini disebabkan oleh perasaan malu dan kecewa
kerana sering dibuli dan dianggap lemah oleh pelajar lain kerana kerap
menjadi mangsa buli. Secara tidak langsung, mangsa akan mula hilang
keyakinan diri dan lama-kelamaan, mangsa akan menajdi pelajar yang
lemah, pasif dan tidak berkeyakinan serta penakut.

You might also like