You are on page 1of 7

tips pelajar cemerlang

1. Masa sebelum tidur..masa berbaring sebelum tidur (menulis atau menyelesaikan


masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam)

2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)


3. Masa bangun tidur subuh/pagi (bayangkan pelajaran semalam)

4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)

5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)

6. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)

7. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)

8. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)

9. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)

10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)

11. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri pasal sifir/formula)

12. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)

13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)

14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)

15. Masa sebelum pulang (lewatkan pulang buat kerja rumah)

16. Masa berjalan pulang (tanya diri pasal sifir)

17. Masa berada dalam bas (baca kad nota)

18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)

19. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar)

20. Masa menonton tv (melukis rajah/peta/tulis formula


Menghadapi peperiksaan ?

Tanyalah pada setiap pelajar, saya pasti jawapannya tidak kerana menjelang
peperiksaan dianggap saat menyeksakan bukan saja terpaksa mengulang kaji
pelajaran tapi perlu memastikan kejayaan dalam genggaman.
suka menghadapi peperiksan ?
Malangnya, setiap pelajar di negara ini tidak boleh mengelak daripada
menghadapinya. Ia bukan saja sebagai medan ujian untuk menentukan pencapaian
seseorang tapi penentu sama ada berjaya atau tidak meneruskan pengajian ke
institusi pengajian tinggi.

Kenapa mesti menghadapi peperiksaan? Tidak bolehkah pencapaian pembelajaran


seseorang hanya dinilai ketika di sekolah?

Sistem peperiksaan walaupun tidak disukai, sebenarnya satu mekanisme terpenting


untuk menjana kecemerlangan pelajar dalam akademik.

Melaluinya, penilaian boleh dinilai sama ada pelajar itu berjaya mengikuti sesi
pembelajaran di sekolah atau tidak, melihat keupayaan dalam menerima arahan
dan sebagainya.

Kerana itu, peperiksaan diiktiraf sebagai elemen terpenting dalam industri


pendidikan negara walaupun tidak dinafikan di sesetengah negara, peperiksaan
terutama bertulis tidak terlalu dititik beratkan.

Peperiksaan juga antara platform terbaik menentukan pencapaian dan pemahaman


pelajar. Melalui peperiksaan, prestasi setiap daripada mereka dinilai seterusnya
menentukan kedudukan dalam darjah mahupun melanjutkan pengajian.

Jika kurang memuaskan, pelajar boleh menjadikan keputusan peperiksaan sebagai


rujukan supaya lebih berusaha sekali gus menyediakan garis panduan untuk
menjadi cemerlang.
Pada masa sama, peperiksaan mendorong pelajar supaya lebih rajin mentelaah dan
menjana kemampuan berfikir, menghafal, menulis dan memahami.

Untuk tujuan itu, setiap guru bertanggungjawab dalam memastikan setiap


pencapaian pelajar. Kalau mereka lemah, perlu tahu apa sebabnya dan jika
cemerlang, patut menggunakan pendekatan itu untuk pelajar lain.

Jika pelajar bermasalah, perlu tahu bagaimana mahu mengatasinya sejak awal
bagi memastikan apabila menjelang peperiksaan, mereka sekurang-kurangnya
mampu lulus melepasi tahap ditentukan walaupun bukan cemerlang.

Sistem yang dilaksanakan kini menuju ke arah Pentaksiran Berasaskan Sekolah


(PBS). Melalui sistem ini pelajar ditaksir sendiri guru sekali gus mampu menilai
setakat mana kemampuan mereka.

Ia juga dapat memberitahu guru mengenai kumpulan pelajar sasaran yang perlu
diperbaiki seterusnya membantu meningkatkan pencapaian mereka.

Perhubungan dua hala mampu diwujudkan dan sistem pembelajaran boleh


dijalankan dengan lancar kerana ada interaksi antara guru dan pelajar. Sekiranya
bermasalah, boleh diperbaiki kerana pada masa sama pelajar memperoleh
sokongan moral daripada guru.

Dunia peperiksaan sebenarnya merangkumi disiplin penting yang harus diberi


perhatian khusus bukan saja oleh pelajar tapi juga guru. Ia mengajar seseorang
supaya mementingkan tahap kebajikan, kesihatan, kecacatan, latar belakang
keluarga hingga persekitaran. Semua perlu diambil perhatian sebelum menduduki
peperiksaan.

Justeru, pelajar tidak harus gentar dengan peperiksaan. Ia satu wadah menjadikan
seseorang lebih bijak dan bertanggungjawab dengan diri sendiri.

Peperiksaan adalah tahap meningkatkan keupayaan diri untuk berjaya sekali gus
memberi kesan kepada sosio ekonomi dan kebanggaan negara.

Ia juga membalas jasa ibu bapa dan guru jika berjaya dengan cemerlang.
Mewujudkan suasana seronok belajar

Seronok Belajar Oleh Dr Ismail Zain

Pembelajaran yang berkesan ialah pembelajaran yang menyeronokkan. Apabila keseronokan dirasai,
segala keletihan, kerisauan atau kebosanan terhadap pelajaran dapat diatasi.

Oleh itu setiap murid haruslah bersedia agar diri mereka berada dalam keadaan yang seronok terutamanya
ketika belajar. Bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseronokan pada diri ketika belajar?

Kekemasan: Pakaian yang kemas, rambut yang terurus, susunan buku yang baik

Caranya: Pastikan pakaian sekolah berada dalam keadaan bersih, kasut tidak kotor, rambut lelaki digunting
dengan baik, rambut perempuan diurus dengan kemas serta bertudung, buku yang dibawa ke sekolah
berada dalam keadaan yang baik tidak terkoyak dan mudah diambil apabila diperlukan.

Kesihatan: Diri yang sihat tanpa penyakit, keadaan bilik darjah yang bersih.

Caranya: Pastikan murid membersih diri setiap hari. Pastikan kawasan bilik darjah dan sekolah bebas
daripada wabak penyakit. Adakan senarai tugas untuk membersih kawasan bilik darjah masing-masing.
Guna tandas dengan baik. Jangan makan makanan yang tercemar atau terdedah.
Tingkahlaku/budi bahasa: Cara berbual dengan guru dan rakan. Tidak melanggari peraturan sekolah. Tidak
ponteng sekolah.

Caranya: Perlu menghormati guru serta patuh segala arahan terutama apabila guru memberi tugasan
kepada murid. Rakan juga harus dihormati. Jangan bergurau sehinggakan menyakiti hati rakan dan berakhir
dengan perkelahian. Rajin ke sekolah, jangan terpengaruh dengan remaja luar yang ponteng sekolah.

Minda sihat: Mampu menggunakan fikiran ketika belajar

Caranya: Sentiasa berfikir sewaktu belajar. Banyak berinteraksi dengan guru dan rakan. Banyak membuat
latihan.

Jiwa tenang: Menumpukan sepenuh perhatian ketika belajar

Caranya: Tidak menaruh rasa benci, marah, iri hati terhadap rakan atau guru. Sentiasa bersyukur di atas
keselesaan yang dirasai. Sentiasa muhasabah diri untuk mengelak rasa bongkak dan sombong.

Cara-cara yang dinyatakan mampu menjadikan bilik darjah itu sebagai “rumah kedua” untuk murid-murid.
Apabila diri dan bilik darjah dalam keadaan yang selesa maka pembelajaran dapat berlaku dengan baik.
Tidak ada rasa bosan di jiwa kita malah ada pula murid yang suka datang ke sekolah untuk belajar
walaupun pada waktu petang atau pada hari cuti hujung minggu.

UJI KREATIVITI ANDA!

Sediakan satu poster yang mengandungi langkah-langkah mewujudkan keseronokan belajar. Anda boleh
menciptanya dengan menggunakan sebarang perisian berbantukan komputer yang sesuai atau melalui
lakaran tulisan tangan. Sisipkan juga gambar/lukisan/lakaran untuk dijadikan hiasan pada poster anda.
Lekatkan di papan pamer kelas anda.

You might also like