Professional Documents
Culture Documents
PANTUN adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia
khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat
Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat
komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi
masyarakat dengan lebih jelas. Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan
masyarakat nusantara dan Malaysia.Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan
25 bukan dialek. Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma, Kepulauan Cocos,
Sri Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan (kerana pengaruh imigran dari Indonesia
dan Malaysia). Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu. Malah,
ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan
Sejarah Melayu.Menyedari kepentingan pantun dalam memartabatkan budaya Melayu,
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara di Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan Malaysia telah mengadakan Seminar Pantun 2006 di Auditorium Jabatan
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Seminar itu bertujuan mengetengahkan bakat-bakat baru di kalangan sektor korporat di
samping memastikan generasi akan datang mengenali pantun sebagai seni tradisional Melayu
yang unik.Menurut Ketua Bahagian Kesusasteraan Tradisional Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), Rogayah A. Hamid, pantun merupakan satu-satunya hak milik kekal bangsa Melayu
yang tidak tercemar dalam pertembungan masyarakat dunia. Oleh itu, kata beliau, usaha
mengekalkan semula pantun terutama pada majlis-majlis tertentu haruslah dipelihara supaya
kesenian itu dapat dikembalikan dalam kehidupan Melayu sarwajagat. “Sayangnya hari ini
kita melihat ada unsur-unsur yang cuba menodai ciri-ciri pantun dengan mempopularkan
pantun dua kerat yang kononnya disesuaikan dengan kehidupan kosmopolitan,’’ katanya
dalam kertas kerja ‘Kebijaksanaan Emosi Dalam Pantun’ pada seminar itu di Kuala Lumpur
baru-baru ini.Penggiat pantun, Abdul Halim Salleh (Abdul Halim R) dalam kertas kerja
‘Berbalas Pantun dan Kaedahnya’ pula menjelaskan:“Pantun yang baik sepatutnya memiliki
dua baris pembayang dan dua baris maksud. Kata-katanya harus diambil daripada kata-kata
yang indah.”Menurut Rogayah, sejak zaman berzaman keindahan pantun memainkan peranan
penting sebagai bahan hiburan bergurau senda dan juga meluahkan perasaan yang tersirat.
Contohnya:
Jeling-jeling paku,
Contoh itu, katanya, melambangkan orang Melayu mempunyai kebijaksanaan yang tinggi
dalam mengeksploitasi dan memanipulasi hal percintaan dan kasih sayang.Malah, kata
Rogayah, kebijaksanaan orang Melayu menjadikan pantun sebagai alat komunikasi dalam
beberapa upacara penting seperti upacara merisik, meminang dan adat istiadat perkahwinan,
pembuka bicara dalam adat istiadat diraja juga telah memberi gambaran orang Melayu
sebagai satu bangsa yang unik.Selain digunakan untuk berkomunikasi dalam beberapa adat
istiadat, pantun juga dijadikan sebagai lirik dalam lagu-lagu Melayu lama seperti lagu
Melayu asli, keroncong, dondang sayang, zapin, ghazal, canggung, beduan, seloka rakyat,
bongai, belotah, barongan, tumbuk kalang, gendang Sarawak dan sebagainya. Contohnya:
Sehubungan itu, Rogayah berkata, secara jelas pantun dapat memperlihatkan kesopanan
Melayu kerana percakapan dalam pantun sentiasa beralas, suka berkias ibarat kerana sikap
tolak ansur yang tinggi dan merendah diri.PencemaranAbdul Halim Salleh menjelaskan,
pencemaran pantun berlaku kerana pemantun kerap kali tersilap dalam menyebut ataupun
tidak dapat membezakan antara pantun dengan syair.Menurut beliau, kesilapan pantun boleh
terjadi apabila terlebih atau terkurang suku kata, pembayang tidak betul, tidak sama rima,
rima akhir macam syair, baris pantun yang tergantung dan silap teknik dalam
menulis.Sementara itu, penulis dan penyelidik pantun tradisional Melayu, Dr. Harun Mat
Piah dalam kertas kerja ‘Sejarah Pantun dan Keindahannya’ berkata, sejarah dan
perkembangan pantun Melayu amat jelas membuktikan pantun adalah milik bangsa dan
tamadun Melayu. “Pemahaman terhadap pantun Melayu sewajarnya mengambil kira
beberapa aspek sastera dan budaya Melayu sendiri termasuk ciri-ciri keunikan bahasa, aspek
estetika dan etikanya, nilai dan pemikiran, jati diri dan pandangan dunia,” tambah beliau.
(Sumber : Utusan Malaysia (02/03/2006) )