You are on page 1of 5

3.

2 ISU II : PEMBESTARIAN SEKOLAH

Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang
mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan
pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya.
Penggunaan ICT sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan jantung kepada Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam
kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang
pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan agar pengurus sekolah
dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih efektif. Dr Ragbir Kaur a/p
Joginder Singh (2005), pula “berpendapat bahawa pembestarian pendidikan ialah untuk
mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang lebih bermakna dan berkesan di
mana guru bukan lagi sebagai pendeta di atas pentas tetapi sebagai pendidik dan pembimbing
kepada kepada murid-murid”.

Pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan
moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran
kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid
dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi
kos. (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005)

Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari diseluruh negara,


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos
efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah ke arah pembangunan negara.
Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari,
kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan
infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak
RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara
membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah
untuk setiap buah sekolah.

Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah


Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama
pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar
berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar
yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed)
dan kadar kendiri (self-paced)

Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira (leveraging) semua inisiatif ICT yang sedia
ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware. Untuk
itu, KPM telah pun membekalkan pelbagai peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer,
pencetak, server, projektor dan rangkaian. Statistik sehingga April 2005 menunjukkan
sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan
makmal komputer, sementara 8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet
berjalur lebar melalui rangkaian SchoolNet.

Pelbagai perisian kursus telah dibangunkan, baik oleh pihak KPM mahu pun dengan
kerjasama pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan
empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah
dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus
untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pembestarian sekolah melibatkan pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System (SSMS), Educational
Management Information System (EMIS) dapat m,embantu memperkemaskan pengaliran dan
perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan dan kementerian.

Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa ke
semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Bahagian-bahagian di KPM turut dibimbing
dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan. Ciri-ciri Sekolah Bestari
adalah pelajar perlu belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran itu sendiri.
Manakala guru pula perlu mengadaptasikan kurikulum kebangsaan berdasarkan keperluan,
kebolehan dan gaya pembelajaran individu serta penilaian pembelajaran dilakukan secara
online.

4.2 CABARAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

Pembekalan peralatan dan kemudahan ICT merupakan isu yang besar kerana terbukti
telah melibatkan kos pembelian dan pengurusan yang besar. Banyak wang yang telah
digunakan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan prasarana ini. Penyediaan perisian kursus
juga merupakan cabaran kepada pihak kementerian. Untuk itu, pembangunan perisian telah
dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah
Bestari yang melibatkan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan
Matematik telah dibangunkan dengan kerjasama pihak swasta. Se lain daripada menghasilkan
perisian kursus untuk digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPS MI ). Pembestarian sekolah
menuntut kepada pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan dengan penggunaan
aplikasi Smart School Management System (S S MS), Educational Management Information
System (EMIS) dapat membantu memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat
diperingkat sekolah, jabatan dan kementerian.

Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa diadakan dari semasa
ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel di pelbagai peringkat Pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan B ahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran
turut dibimbing dan dilatih menggunakan segala kemudahan ICT yang disediakan. Dalam
menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini, semua pihak harus mengorak
langkah yang proaktif. Perubahan ke arah sistem pendidikan bestari adalah suatu usaha yang
amat baik. Adalah menjadi harapan kementerian, melalui pembestarian sekolah ini akan
membentuk modal insan yang berkemahiran dalam bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi,
mengimbang jurang digital antara bandar, luar bandar dan pendalaman, membentuk masyarakat
yang kreatif, kritis dan inovatif, membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan
ICT serta membangunkan pendidikan bertaraf dunia. Pembestarian sekolah ini perlu disokong
dan dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengatasi cabaran-cabaran yang timbul ke arah
menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh negara,


KPM kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos efektif dengan memperkenalkan
Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan untuk membekalkan infrastruktur teknologi
penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala
untuk membekalkan infrastruktur teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan
sebanyak RM642,000 bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara
membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih rendah
untuk setiap buah sekolah.

5.2 PENDEKATAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

Menyediakan hardware yang lengkap dengan mengambil kira inisiatif sedia ada seperti;

i. Sekolah Bestari
 
ii. Makmal Komputer
 
iii. SchoolNet
 
iv. PPSMI
 
v. TV Pendidikan

SCHOOLNET
Projek SchoolNet
. Projek SchoolNet melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk
10,000 buah sekolah di seluruh negara.
. Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan
yang melangkaui bilik darjah biasa.
Mengapa SchoolNet diwujudkan?
. Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah
bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia.
. Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan
luar bandar.
. Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.
. Mewujudkan suasana pendidikan interaktif.

Wawasan SchoolNet
. Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.
. Mewujudkan masyarakat yang celik IT.
-1. Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.

Tanggungjawab Menjalankan Projek SchoolNet


. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK).
. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Bagaimana Projek SchoolNet Dibangunkan?


Bagi mempastikan kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia menikmati
Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps“uplink”,
tiga (3) jenis teknologi digunakan:-
. Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi memancarkan
maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk
kawasan Bandar.

You might also like