P. 1
Kertas Kerja

Kertas Kerja

|Views: 2,132|Likes:
Published by Zolkaply Yunus

More info:

Published by: Zolkaply Yunus on Feb 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/01/2013

pdf

text

original

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir

Kertas Kerja Program 1 Kelas 1 Tandas 2011
Jawatankuasa 3K: Unit Penyelenggaraan/Tandas

Siti Nurhanes binti Hj Zailani 27 Januari 2011

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR 73530 BATU BERENDAM, MELAKA.
TEL: 06-3174376 FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088 Email:mea2088@pd.jaring.my

KERTAS KERJA PROGRAM 1 KELAS 1 TANDAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR 1.0 PENDAHULUAN Apabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah serta menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat tandas memang adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam keadaan yang kotor. Jika sekalipun tandas itu berada dalam keadaan yang bersih, golongan ini tidak berfikir dua kali untuk mengotorkannya atau menggunakannya dengan cara yang salah sehingga merosakkannya. Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. Sebenarnya isu kebersihan tandas merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua ambil berat. Bayangkan jika kita tiba-tiba mendapat “call of nature “ di sekolah yang tandasnya rosak dan kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu isu ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas kita yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej sekolah. Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu yang remeh.

2.0

MATLAMAT
a. Membentuk budaya tandas bersih dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya dan

warga SMK Tun Mutahir khususnya. 3.0 OBJEKTIF
a. Menerapkan kesedaran dalam kalangan murid SMK Tun Mutahir tentang peri

pentingnya menjaga kebersihan tandas. b. Menukar persepsi murid dan warga sekolah terhadap kebersihan tandas sekolah. 4.0 KUMPULAN SASARAN Seluruh murid SMK Tun Mutahir (Tingkatan Peralihan – Tingkatan 5)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR 73530 BATU BERENDAM, MELAKA.
TEL: 06-3174376 FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088 Email:mea2088@pd.jaring.my

5.0

MASA Februari – November 2011

6.0

TEMPAT SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka

7.0

JAWATANKUASA PELAKSANA a. AJK Penyelenggaraan/Tandas b. Guru-guru Tingkatan c. Semua Guru

8.0

SUMBER KEWANGAN PIBG

9.0

STRATEGI PELAKSANAAN a. Membentuk jawatankuasa kerja dalam mesyuarat AJK. b. Memeriksa dan menganalisa segala kerosakan yang perlu dibaikpulih dan tandas yang perlu diselenggara. c. Merangka pelan penyelenggaraan dan anggaran kos yang diperlukan. d. Menyediakan sebutharga untuk kos pekerja bagi tujuan penyelenggaraan. e. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan. f. Menyediakan sistem pemarkahan bagi penilaian setiap minggu oleh guru bertugas mingguan. g. Menghargai pelajar dan Guru Tingkatan dalam setiap perhimpunan bulanan bagi kelas Terbersih Bulanan. h. Denda akan dikenakan terhadap murid dan guru tingkatan yang diumumkan sebagai tandas terkotor pada setiap perhimpunan bulanan.

10.0

PENUTUP

Tandas atau lebih lembut jika dikatakan bilik termenung, adalah destinasi kita yang pertama dalam memulakan hari-hari kita. Setiap kali selepas bagun tidur lagi tandas menjadi destinasi pertama dan ia juga menjadi tempat terakhir sebelum kita beradu di bilik tidur. Jelaslah disini bahawa jika tandas kita tidak bersih ia akan mencerminkan individu itu orang yang bersifat pembersih atau tidak.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR 73530 BATU BERENDAM, MELAKA.
TEL: 06-3174376 FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088 Email:mea2088@pd.jaring.my

Demi memupuk setiap warga sekolah ini semangat cintakan kebersihan dan dapat menghargai tandas, maka Unit Penyelenggaraan/Tandas merangka satu lagi program inovasi. Diharap dengan melaksanakan program ini akan dapat melahirkan warga sekolah yang cintakan kebersihan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->