You are on page 1of 14

FADHILAT SURAH DALAM AL-QURAN

Surah al-fatihah

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"

Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:

"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan

"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."

Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama
tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah
serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.

Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas'
sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat
(berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali
diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih)
kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.

 Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh
dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan
kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan
sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah
Al-Fatihah.
 Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang
fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya,
hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan,
dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur,
berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan
serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
 Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh
maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia
panjatkan doa yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya,
supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya
dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."

 Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali
maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan
kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya,
supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau
mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan
dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu
dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':

"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis
sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."

 Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan
dibacakan sebanyak 41 kali.
 Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu
air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh
badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
 Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci
dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
 Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat
putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia
akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
 Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan
sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada
orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
 Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit
lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur
(al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

 Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:

"Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu
yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".

 Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang
kabur (rabun)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w."

"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah


dilakukan:

 Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain
hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu
seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
 Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan
membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
 Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:

"Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih
penyayang."

 Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.


 Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:

"Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang
menyihatkan".

001 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
002
alam
003 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi
004 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
005
memohon pertolongan
006 Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan
007
(jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat

Tafsiran:

“AI-Quran” ialah Imam kita dan Panduan kita. Dalam ayat suci ini Allah Ta’ala mengajar
kita supaya tiap-tiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulakan dengan menyebut nama Allah
Ta’ala, iaitu dengan membaca: , semoga pekerjaan kita itu diberkati Allah Ta’ala dan
berjaya. Dengan melakukan yang demikian, bermakna kita berserah bulat-bulat kepada Allah
Azza wa Jalla sesudah kita berusaha dan berikhtiar. “Allah” : ialah nama yang khas bagi Zat
Tuhan Yang Wajib Al-Wujud, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya. Kalimah
“Allah” ini dinamakan “Lafzu’l Jalalah’’yakni kalimah yang menunjukkan “Kebesaran
Allah”, dan juga dinamakan “Sultanu’l Asmaa”’ yakni “Raja segala nama Tuhan”.“Ar-
Rahmaan”: (Yang Maha Pemurah), “Ar-Rahiim”: (Yang Maha Mengasihani), kedua-
duanya ialah di antara nama-nama Allah (AI-Asmaa’u’l Husna) yang menunjukkan bahawa
Allah Ta’ala amat melimpah rahmatNya kepada sekalian makhlukNya.

Puji-pujian itu ialah cara atau keadaan yang menzahirkan sesuatu sifat yang baik dan
sempurna pada yang dipuji seperti kecantikan, keindahan, kejayaan, kesempurnaan,
kebesaran, dan keagungan. Kerana segala kesempurnaan dan kebesaran serta keagungan dan
kekuasaan itu hanya ada pada Zat Allah Yang Maha Kuasa: maka hanya Allah Ta’ala
sahaja yang berhak menerima puji-pujian, sebagaimana Allah Ta’ala jua berhak memuji
ZatNya sendiri.

Menurut huraian Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor, Penyemak Kitab Tafsir
ini:
Satu-satunya jalan bagi menyatakan iman dan takwa kepada Allah Yang Maha Pemurah
Maha Kuasa, yang menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat) ialah dengan beribadat atau
memperhambakan diri kepada dan Nya dengan penuh rasa ikhlas dan tawadhu’.Tidak ada
lain yang berhak disembah atau diperhambakan diri kepadanya selain dari Allah Yang Maha
Kuasa; demikian juga tidak ada lain tempat kita memohon pertolongan iaitu dari Allah Yang
Maha Pemurah.
Pengertian “ibadat” secara ringkas dapat diertikan sebagai menunjukkan rasa taat setia dan
perhambaan diri kepada Allah ‘Azza wa Jalla yang dikenangkan limpah kurnia
kebaikanNyaNya .
Allah Ta’ala perintahkan supaya kita tidak menyembah selainNya, kerana Dialah sahaja
Tuhan yang wajib disembah dengan sebenar-benarnya. Kita juga diperintahkan supaya
hanya memohon pertolongan kepadaNya. Ayat ini seolah-olahnya bertentangan dengan ayat
2, surah Al-Maa’idah yang menyuruh manusia bertolong-tolongan antara satu sama dan
dalam membuat amal kebajikan dan bertakwa kepada Allah Ta’ala. Yang bererti kita disuruh
supaya meminta pertolongan sesama manusia; sementara ayat 5 dalam surah Al-Fatihah ini
menyuruh supaya kita hanya memohon pertolongan kepada Allah Ta’ala semata-
mata.Sebenarnya tidak ada pertentangan di antara kedua-dua ayat itu, kerana usaha dan amal
perbuatan manusia adalah bergantung kepada adanya sebab-sebab yang dapat menghasilkan
kejayaan itu dan ketiadaan halangan-halangan yang merintanginya. Demikianlah kejadian
alam ini, segala yang berlaku itu pada keseluruhannya adalah melalui adanya sebab-sebab
dan syarat-syarat yang telah diatur oleh Allah ‘Azza wa Jalla. Manusia sebagai makhluk
Tuhan Allah Subhaanahu wa Ta’ala. Semuanya ini adalah merupakan sebab-sebab yang
telah ditentukan oleh Allah Ta’ala bagi pelaksanaan sesuatu pekerjaan. Dan segala-galanya
itu tidak lain hanyalah merupakan usaha ikhtiar kita sahaja. Setelah kita berusaha dan
berikhtiar maka kita serahkan pula Penentuan natijah dari usaha kita itu kepada Allah Yang
Maha Kuasa. serta dirasai dalam hati nurani akan kehaibatan kekuasaan telah diberikan
nikmat ilmu pengetahuan melalui akal fikirannya yang waras, di samping itu diberikan tenaga
kekuatan untuk mengatasi sesuatu halangan. Oleh itu, yang menjadi tanggungjawab bagi
manusia ialah menggunakan segala ikhtiar dan daya usaha, meliputi cara-cara bergotong-
royong dan bantu-membantu antara satu sama lain, yang disertakan dengan doa memohon
bantuan dan pertolongan kepada

Penunjuk hidayah yang dipohonkan di sini ialah penunjuk yang disertakan dengan taufik
supaya kita sentiasa berada pada jalan yang diredhai Allah Ta’ala.

“Orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka” ialah Nabi-nabi, Rasul-
rasul dan orang-orang yang beriman serta beramal salih. Dan jalan mereka, selain daripada
beriman serta beramal salih ialah membimbing manusia ke jalan kebaikan dengan perbuatan-
perbuatan yang baik dan perkataan yang murni serta sanggup menanggung beban dan
tanggungjawab dengan penuh ikhlas, sabar dan bertakwa. Itulah dia “As-Siraatu’I
Mustaqiim” (jalan yang lurus).

Menurut Hadith Nabi Muhammad s.a.w.: "Orang-orang yang dimurkai" itu ialah kaum
Yahudi, dan “Orang-orang yang sesat” ialah kaum Nasrani.” (Tafsir Al-Alusi, 1:90).Ada juga
Ahli Tafsir yang memberikan huraian lanjut mengenainya. Menurut Sahibul-Fadhilah Datuk
Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim - Penyemak Kitab Tafsir ini - bahawa
kesimpulannya seperti berikut:

“Orang-orang yang dimurkai Allah” ialah orang-orang yang mengingkari atau


menyembunyikan sesuatu perkara agama yang telah diketahuinya betul dan benar, atau orang
yang tidak mahu menerima sesuatu hukum agama yang sampai kepadanya dengan
keterangan-keterangan yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti:
perasaan takassub atau fanatik kepada sesuatu pendapat, keinginan hendak menjaga nama dan
taraf, ingatan hendak memelihara keadaan dan kedudukannya yang turun temurun, atau
fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat.

"Orang-orang yang sesat” pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana
tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang pengetahuan agamanya tidak betul,
kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan yang sebenarnya. Orang-orang
yang tersebut kalau mereka tidak sesat dalam urusan kebahagiaan hidup dunia kerana sihat
pancaindera dan tepat pendapat akal mereka pada zahirnya, maka tak dapat tidak mereka
sesat dalam urusan kebahagiaan hidup di akhirat. kerana pengetahuan agama Allah sahaja
yang sanggup menunjuk dan membimbing pengikutnya kepada kebahagiaan akhirat.

SURAH AL-BAQARAH

Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata:

"Barangsiapa membaca Surat Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota


disyurga."

Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan:

"Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka
baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi."

UNTUK PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEJAHATAN:

 Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;

"Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari
hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan
bersembahyang malam)."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

UNTUK MEMOHON AGAR DIKABULKAN:

 Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi
Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat
kepalanya dan berkata: "Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan
turun seorang malaikat memberi salam dan berkata:

"(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t.
kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu:
FATIHUL KITAB dan akhir SURAH AL-BAQARAH. Tiada engkau membaca suatu
huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi)."

(Riwayat Muslim)

KEUTAMAAN DUA AYAT AKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH:

(Maksudnya) "Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada
Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Mereka berkata:
"Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari Rasul-rasulNya, dan mereka
mengatakan: Kami patuh dan taat; Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada
Engkaulah tempat kembali."

Allah s.w.t. tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia


mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan mendapat siksa dari
kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdoa "Ya Tuhan kami, jangan Engkau
bebankan orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami janganlah Engkau
pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami,
ampunilah kami; dan rahmatilah kami, Engkaulah penolong kami, tolonglah kami atas
orang-orang kafir."

(Surah AL-BAQARAH: 285-286)

Untuk perlindungan dari segala kejahatan:

Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud
"Barangsiapa yang membaca dua ayat dari akhir surat Al-Baqarah, maka cukuplah
baginya." (dari hal-hal yang membencikan dan menurut sebahagian pendapat; sama
dengan bersembahyang malam)

(Riwayat Bukhari Muslim)

Untuk memohon agar dikabulkan doa:

Ibnu Abbas r.a bercerita:

Pada suatu ketika Jibrail berada disisi Baginda s.a.w., tiba-tiba terdengar suara dari
atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata:

"Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat lalu
memberi salam serta berkata:

(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikab oleh Allah s.w.t.
kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu, iaitu:
Fatihul kitab dan akhir surah Al-Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf
daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi)

(Riwayat Muslim)
Surah al-imran

Imam ad-Dailami dari Imam Makhul mengatakan: "Barangsiapa membaca surat Ali
Imran pada hari Jumaat maka para malaikat memohon keampunan untuknya sampai
malam hari."

Juga Imam Ibnu Zanjawaeah dari Imam Wahab Ibn Munabih menjelaskan:
"Barangsiapa membaca Surat al-Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka
baginya Nur cahaya diantara Arasy dan dasar bumi."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: " Dalam tiga surat terdapat
ismullah al-a'zham dimana kalau untuk berdoa kepada Allah maka terkabullah dan
jika untuk memohon maka terpenuhilah yakni didalam: Surat al-Baqarah, permulaan
surat Ali Imran dan dalam surat Thana. Demikian dalam Khawashil-Quran.

Dari sahabat Utsman bin Affan r.a. Imam ad-Darimi mengatakan dari sahabat Utsman
ibn Affan r.a. yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca akhir surat al-Fatihah, ayat Kursi dan dua ayat surat Ali
Imran (iaitu) (Innafi qlfissamawati...ila akhirissurati) pada malam hari, maka ia tercatat
melakukan ibadah seluruh malam."

Dan siapa membaca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan dua ayat surah Ali Imran,
dibacanya ketika sehabis sembahyang fardhu, maka tempat kembalinya adalah syurga.

Surah al-anam

Surat al-An'am adalah suart yang terbesar dan terang berkatnya juga
telah masyur keistimewaannya. Maka sebaiknya anda membaca surat
tersebut dan selesai membacanya berdoa yang bermaksud:

" Dengan nama Allah yang Maha Pengsih lagi Maha Penyayang. Dan
semoga Allah memberi rahmat kepada penghulu kami Nabi
Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian, mudah-
mudahan Dia menyelamatkan mereka.Ya Allah, wahai yang singap
menghitung, wahai yang dahsyat sekda, wahai yang pengampun lagi
penyayang, wahai yang membuat sebab, wahai yang membuka pintu,
wahai penunai hajat, wahai penerima doa, wahai pemberi kebaikan,
wahai yang mengaturkan kebaikan, wahai yang menghidupkan yang
mematikan, wahai cahaya langit dan bumi, wahai yang
mengampunkan segala doa. Wahai yang menutupi aurat, wahai yang
menghapuskan keburukan, wahai yang menolak bala, wahai yang
menunaikan segala hajat, tunaikanlah hajatku pada saat ini
(..........................) Wahai Tuhan orang yang mula-mula dan yang
terkemudian, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan
(3kali) Sesungguhnya perkaraNya, apabila ia menghendaki sesuatu
hanya cukup berkata, jadilah engkau maka jadilah ia. Maka Maha
Suci Dia yang didalam kekuasaanNya alam malaikut tiap-tiap
sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan. Semoga Allah
merahmati penghulu kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat-
sahabatnya, dan semoga Dia memberi keselamatan untuk mereka
semua. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta."

Lalu memanjatkan permohonannya dan ketika sampai pada ayat 124


yang bermaksud:

"Dan apabila datang kepada mereka ayat (tanda), mereka berkata,


kami tidak akan beriman sehingga didatangkan kepada kami apa
yang pernah didatangkan kepada Rasul-rasul Allah. Allah-lah yang
lebih tahu sekira-kira bagaimana Dia menjadikan risalah"

diantara dua lafaz Allah itu maka berdoalah yang bermaksud:

"Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Ya Allah, Tuhan


yang menyeru-Mu maka Engkau tidak mahu memperkenankannya,
dan orang yang memohon kepada-Mu maka Engkau tidak
memberikannya dan orang yang memnyewa kepada-Mu maka Engkau
tidak menyewakannya dan orang yang meminta tolong kepda-Mu
maka Engkau tidak mencukupkannya (wahai yang menolong (3 kali)),
kepada-Mulah aku minta tolong, bantulah aku wahai yang
membantu, berilah aku hidayah daripada sisi-Mu, dan perbuatkanlah
kepadaku apa yang patut menurut ilmu-Mu, dan jangan perbuat
kepadaku apa yang ingin hatiku, maka sesungguhnya Engkau
adalah pemberi ketakwaan dan keampunan, wahai yang sigap
menghitung, wahai yang dahsyat menyeksa, wahai yang pengampun,
wahai yang penyayang, wahai yang membalikkan biji, wahai yang
membuka segala pintu. Wahai yang mengatur segala kebaikan,
wahai yang menunaikan segala hajat, tunaikanlah hajat-hajatku,
sembuhkanlah penyakit kami, langsaikanlah hutang-hutang kami,
tutuplah aurat kami, bukakanlah kebuntuan kami, rahmatilah
orang-orang yang mati diantara kami, perkenankanlah doa-doa
kami, berilah keampunan kepada kami, yang masih hidup dan
peliharalah kami daripada kerosakan dan bala. Ya Allah, ampunilah
kami, ayah kami, ibu kami, guru-guru kami, yang pernah mengajar
kami dan sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan
mukminat dengan kebenaran al-Quran yang mulia dan rasul yang
mulia. Ya Allah, sampaikanlah hajat kami, berilah kami kesudahan
yang baik, dan hindarkanlah kami daripada api neraka dan dari
azabnya. Dan masukkanlah kami kedalam golongan orang yang
baik-baik dengan rahmatMu, wahai yang paling pengasih diantara
yang pengasih. Maha suci Tuhanku yang Agung, Maha Suci Tuhanku
yang Agung.
Sekadar pengetahuan anda, ayat al-An'am itu turun diMekah sekaligus,
tidak menentu, pada malam hari dimana turun bersamanya tujuh puluh
ribu (70,000) malaikat denmgan iringan tasbih, tahmid dan tamjid,
hampir-hampir bumi bergoncang kerananya maka Nabi Muhammad
s.a.w. cepat-cepat sujud dengan membaca yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca surat al-An'am maka tujuh puluh ribu malaikat


memohon ampun kepadanya pada malam dan siang harinya."

Juga sabda Baginda s.a.w.

"Barangsiapa membaca tiga ayat permulaan surat Al;An'am sampai


hafal "taksibunna" dipagi hari maka Allah s.w.t. mengarahkan tujuh
puluh ribu malaikat untuk menjaganya dan amalnya tertulis terus
sampai kiamat, juga turun dari langit ketujuh malaikat dengan besi,
sewktu-wktu syaitan hendak mengenakan kepadanya suatu keburukan
maka dipukulkannya godam itu, pula antara dia dan syaitan ditegakkan
tujuh puluh ribu penghalang, dan kelak sewaktu hari kiamat terjadi.
Allah s.w.t. berfirma: "Hai anak Adam, berjalanlah dibawah
bayanganKu, makanlah buah-buahan syurgaku, minumlah air telaga
Kautsar dan mandilah pada sungai Saisabil, maka kamu sebagai
hambaKu dan Aku adalah tuhanmu, tiada bagimu hisab dan siksa."

(Syeikh Zadah, riwayat dari Imam al-Wahidi, didalam al-Wasith)

Ada juga faedah atau khasiat dari Surat Al-An'am ini ialah sebagaimana
berikut:

o Dapat mengubati penyakit dengan cara membacakan ayat ini


kemudian telan ludah kita sendiri seraya dibayangkan meratakan
penyakit itu diseluruh anggota yang sakit itu dan seterusnya
mengusir atau mengeluarkannya dari tubuh yang sakit.
o Untuk menjaga diri agar terhindar dari zalim, sihir dan khianat
orang lain. Untuk itu wiridkanlah tiap-tiap hari sesudah
sembahyang Maghrib dan sembahyang Subuh. Insyaallah kita
akan terpelihara dari sifat tersebut diatas.

FAADHILAT BASMALAH

unjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:


"Tiada seorang bambapun mengucapkan 'BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM"
kecuali Allah s.w.t. perintahkan para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia
untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus (400) kebaikan."

Dan diantara khasiat 'BASMALLAH" dan 'LA HAU LAWALA QHU WATAILLA
BILLAHI ALIYIL AZIM" maka ia dihindarkan daripada tujuh puluh musibah diluar
keperihatinan, kesusahan, penyakit akal dan membebel.

 Barangsiapa membaca 'Basmallah" 21 kali ketika hendak tidur maka ia aman dari
syaitan laknatullah, kecurian, maut mendadak dan bala.
 Barangsiapa membaca 'Basmallah" ketika hendak bersetubuh (jimak) maka
anaknya kelak cerdas dan terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh dan
baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.

 Barangsiapa membaca 'Basmallah" 41 kali pada telinga orang yang pengsan


maka ia akan segera siuman (sedar).

 Barangsiapa membaca 'Basmallah" 313 kali dan selawat atas Nabi Muhammad
s.a.w. 100 kali pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kearah
Kiblat maka Allah s.w.t. memberi rezeki tanpa diduga bersamaan fadhal dan
kemurahan Allah s.w.t.

 Barangsiapa membaca 'Basmallah" 786 kali lalu ditiupkan pada air lalu
diminumkan kepada orang yang bebal selama tujuh (7) hari disaat matahari terbit
maka lenyaplah kebeballannya dan ia akan hafal apa yang didengarnya.

 Barangsiapa membaca 'Basmallah" 50 kali dihadapan orang yang zalim atau


penguasa yang bengis maka ia akan tunduk atau ketakutan.

 Barangsiapa menulis 'Basmallah" 101 kali diatas kertas lalu diletak disawah
padinya maka sawahnya akan subur dan terpelihara dari bencana dan kalau
dituliskan pada kain kafan 70 kali maka mayatnya yang berselimutkan kain kafan
itu akan aman dari bahaya Munkar dan Nakir juga ia terlindung dari siksa kubur.

 Dan barangsiapa yang punya hajat kepada Allah s.w.t. maka sebaiknya ia
berpuasa dihari Rabu, Khamis dan Jumaat dan dihari Jumaat itu dia mandi sunat
dan wuduk lalu berangkat untuk menunaikan solat Jumaat dengan sedekah
sekadarnya lalu sebaik sahaja habis solat Jumaat membaca doa:

(Maksudnya) Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu dengan namaMu, dengan


nama Allah yang amat pengasih lagi penyayang; yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang
mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah yang maha pengasih lagi penyayang.
Aku memohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang pengasih lagi
penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, tidak pernah mengantuk apa
lagi tidur (sampai akhir ayat) Dialah yang penuh kebesaran-Nya dilangit dan dibumi. Dan
aku memohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang pengasih lagi
penyayang, yang melutut bagiNya setiap wajah, tunduk kepadanya riqab (tengkuk) dan
khusyuk bagiNya setiap mata, dan gentar kepadaNya setiap hati kerana terlalu takut, dan
mengalir kerananya air mata, bahawa berilah salawat serta salam kepada penghulu kami
Muhammad, keluarga dan para sahabatnya, dan berikanlah kepadaku apa yang ku hajati,
tunaikanlah apa yang ku kehendaki, yakni.....(disebut segala hajat)

Agar pintu rahmat dan rezeki terbuka juga JALBURRIZKI dan supaya dimuliakan
makhluk maka bacalah 'YA ALLAH" sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz
jalalah tersebut lalu membaca:

(Maksudnya) "Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatMu dan kurniaMu serta
RezekiMu. Curahkanlah untukku perasaan redha kepada-Mu dan takwa kepada-Mu.
Mudahkanlah bagiku untuk memperolehi rezeki-Mu dan sekelian makhluk-Mu,
sesungguhnya Engkau kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

 Ikhtiar dalam mengubati penyakit: tulislah lafaz 'ALLAH HU' sebanyak 66 kali
lalu diberi air itu dan diminumkan kepada orang yang berpenyakit dan orang yang
kena cubaan.
 Ubat sakit kepala (pening): menulis lafaz 'ALRAHIM' sejumlah dua puluh satu
diatas kertas lalu dikalungkan pada orang yang sakit kepala.

 Permohonan kesampaian hajat: Selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat,


bacalah 'YA ALLAH HU YA RAHMAN ' dalam keadaan suci dan menghadap
arah Kiblat sampai matahari terbenam lalu memohon kepada Allah s.w.t. akan
keperluan urusan dunia/akhirat, Insyaallah terkabul.(Dari Khadir a.s. Kitab
Is'adurrafiq, halaman 51)

 Barangsiapa menulis 'AR RAHMAN NIR RAHIM' sebanyak 50 kali khalimat


tersebut didalam bahasa Arab lalu dibawa dan pergi kehadapan orang yang zalim
maka ia akan aman dari keburukannya, dan saat menghadap itu bacalah
'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM' sebanyak 50 kali.

 Ikhtiar mohon anaknya hidup dan sihat: tulislah 'BISMILLAH HIR RAHMAN
NIRRAHIM' dengan huruf Arab lalu dipakaikan kepada perut perempuan yang
sedang hamil itu.

 Mohon maju perniagaannya: bacalah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM'


sebanyak 786 kali dihadapan dagangannya lalu dihembuskan. Demikianlah
dilakukan selama 7 hari. (Is'adurrafiq)

 Ikhtiar keselamatan dalam peperangan: Tulislah 'ALRAHIM' sejumlah 100


kalimat diatas kertas putih lalu dibawa selalu, Insyaallah tidak terkena bahaya.

 Ikhtiar mendapat ikan dengan cepat: Tulislah 'BISMILLAH HIR RAHMAN


NIRRAHIM' diatas timah lalu diletakkan pada jaring atau kail. Insyaallah
berduyunm-duyun datang ikan dari segala penjuru.
FADHILAT AL-QURAN

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"

Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata :Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang
bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu
mengajarnya."

Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas'ud:"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab
Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH (satu kebajikan) dan satu
HASANAH itu berganda sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah satu
huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM satu huruf dan MIIIN satu huruf."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN),
sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:

"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan
untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t.
maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."

Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang
bermaksud:

"Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau
selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para
malaikat berduyun-duyun kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-
duyun keBaitullah al-Haram."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih
baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan
solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar
yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."

Rahsia syafaat diakhirat dengan membaca surah Al-Mulk.

Ini antara fadhilat-fadhilat surah al-Mulk :-


1) Mendapat syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya di dalam
al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan
untuknya iaitu surah al-Mulk”

2) Menyelamatkan daripada seksa kubur

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah
di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan
surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : Wahai
Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa
ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga
khatam. ” Nabi SAW bersabda itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa
kubur. (HR At-Tarmizi)

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk
ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud
‘kerajaan’.

Pada awal surah, ayat tersebut menceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada
cacat-celanya. Allah telah menciptakan alam ini ‘from scratch/nothingness’, dan seterusnya
menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Sebagai nota kaki, Bilal Philips ada
menyarankan bahawa teori Einstein yang terkenal, iaitu E = mc^2 adalah suatu pernyataan
yang berunsurkan syirik, kerana ianya membawa maksud tenaga itu kekal, yakni tidak boleh
dicipta atau dimusnahkan. Ini adalah bertentangan dengan sifat Allah yang berkuasa
menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan
manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya ” Apakah belum
pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami
mendustakannya”. Begitulah respons mereka. Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita.
Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman,
mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui
perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan
yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang
mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama :

” Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering,
maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”

Sila lihat Video Surah Al-Mulk dari Misary Rashid Alafasy :

You might also like