You are on page 1of 15

SISTEM PERTANDINGAN DALAM PERMAINAN FUTSAL

Terdapat dua jenis sistem pertandingan Futsal yang seringkali digunakan di


Malaysia, iaitu:

(a) Sistem Pertandingan Liga

(b) Sistem Pertandingan Kalah-Mati

(c) Sistem Separuh Liga

Sistem Pertandingan Liga

Pertandingan Liga memberi peluang penyertaan yang maksimum untuk setiap


pasukan yang bertanding. Semua pasukan akan bertanding dengan setiap ahli
dalam kumpulan pertandingan. Sistem liga ini dianggap lebih adil kepada pasukan
yanng bertanding dan dapat menghasilkan pasukan yang benar-benar baik. Sistem
liga sesuai untuk pertandingan yang mempunyai bilangan peserta atau pasukan
yang tidak begitu banyak kerana ianya memerlukan tempoh kejohanan yang
panjang.Dalam pertandingan Liga, penentuan pasukan-pasukan teratas atau
pemenang akan mengikut susunan hirarki berikut:

(a) Pasukan yang mendapat mata yang tertinggi

(b) Pasukan yang mempunyai perbezaan gol yang terbanyak, jika seri

(c) Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang terbanyak, jika seri

(d) Pasukan yang mendapat jumlah kemenangan yang terbanyak, jika seri

(e) Pasukan yang menang dalam perlawanan dengan pihak lawannya, jika seri

(f) Jika seri, pasukan pemenang akan diputuskan oleh pihak penganjur dan
keputusan ini adalah muktamad.
Sistem Pertandingan Kalah-Mati

sistem pertandingan ini menyingkirkan peserta atau pasukan yang kalah. Proses
pertandingan kalah mati akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau
satu peserta atau satu pasukan yang tinggal. Peserta atau pasukan yang tinggal
diisytihar sebagai pemenang. Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati sekali
dan kalah mati dua kali. Sistem ini biasa digunakan dalam keadaan:

(a) masa yang diperuntukkan untuk pertandingan adalah singkat

(b) peruntukan kewangan yang disediakan untuk pertandingan adalah terhad

(c) penyertaan adalah besar dan memakan masa untuk mengelolakannya

(d) bilangan kemudahan yang digunakan adalah terhad

Dalam Pertandingan Kalah-Mati, satu pusingan penentuan pemenang adalah


mengikut susunan hirarki yang berikut:

(a) Pasukan yang menang dalam masa penuh permainan, jika seri

(b) Pasukan yang menang sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan FIFA, jika
seri, dan

(c) Pemenang akan ditentukan dengan lambungan syiling

Sistem Pertandingan Separuh Liga

Sistem pertandingan separuh liga merupakan sistem yang pada awal permulaan
permainan tersebut menggunakan sistem permainan jenis liga.tetapi, pada akhir
masa perlawanan bagi menetukan johan dan naib johan dalam pertandingan
tersebut, barulah digunakan sistem kalah-mati. Sistem ini dilakukan bagi
mempercepatkan proses perlawanan untuk menentukan johan pertandingan.
BYE

Bilangan peserta yang mendapat bye boleh dikira dengan formula gandaan kuasa
bagi angka 2. Bilangan penyertaan ialah 14 angka ganda dua yang terdekat
iaitu2(4)=16.

Jadi bilangan bye=16-14=2

Dua peserta yang mendapat bye akan diagihkan kepada dua kumpulan atas dan
kumpulan bawah.

Sekiranya dua bye yang diperuntukkan, bye akan diberi kepada peserta pilihan
pertama dan kedua.

TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN

Jika mana-mana pasukan yang menarik diri daripada pertandingan selepas cabutan
dibuat, atau sebelum menamatkan jadualnya. Semua pertandingan/ perlawanan
yang disertai pasukan yang menarik diri daripada pertandingan atau digantung pada
bila-bila masa semasa musim pertandingan akan di anggap sebagai tidak berlaku.

Pemain yang berdaftar dengan sesuatu pasukan yang menarik diri atau digantung
daripada pertandingan mesti memohon daripada pengurus pertandingan untuk untuk
berdaftar dengan pasukan baru dan keputusan ini akan dimaklumkan kepada semua
ahli gabungan.

BANTAHAN

(i) Semua pertanyaan mengenai kelayakan, kelulusan pemain, atau tafsiran


peraturan akan dirujuk kepada pengurus pertandingan.

(ii) Semua surat bantahan mestilah ditandatangani oleh pengurus pasukan.


Sebarang surat bantahan yang tiada ditandatangani oleh pengurus pasukan tidak
akan dilayan.

(iii) Tiada bantahan (termasuk bantahan yang berkaitan dengan ukuran padang atau
kelengkapannya) akan dilayan.
KEPUTUSAN MUKTAMAD

Keputusan Jawatankuasa pertandingan adalah muktamad.

PERLAWANAN

Semua perlawanan akan diadakan mengikut undang-undang perlawanan seperti


yang diiktiraf oleh FIFA/Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kecuali dinyatakan
sebaliknya di dalam peraturan ini.

PEMAIN YANG TIDAK BERDAFTAR

Mana-mana pasukan yang menurunkan pemain yang tidak berdaftar atau yang tidak
layak akan dikenakan akan di anggap telah kalah dalam perlawanan tersebut.
Tindakan lanjut akan di ambil terhadap pasukan tersebut mengikut budi bicara
Jawatankuasa Pertandinngan dan sebanyak tiga (3) mata akan diberikan kepada
pasukan lawan dengan jaringan 3—0.

PENGADIL

Sekiranya pemain atau pegawai sesuatu pasukan menyerang pegawai perlawanan


(pengadil/penolong pengadil/pengadil pengganti dan pegawai pertandinngan yang di
lantik). Pasukan itu akan digantung sementara serta merta daripada pertandingan.

Pengadil yang bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi tiap-
tiap permainan yang dipertandingkan mulai dengan peringkat awal.

Referi kehormat/ Ketua Pengadil hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa


Pengelola sepanjang pertandingan dijalankan bagi semua permainan yang
dipertandingkan.
TEMPOH PERLAWANAN

Masa permainan adalah 7 minit secara ‘running time’ bagi setiap separuh masa.
Rehat pada separuh masa hendaklah tidak melebihi 1 minit, kecuali dengan izin
Pengadil.

Jika masih tidak ada keputusan pada akhir perlawanan akan ditentukan dengan
tendangan dibuat dari tanda penalti.

AMARAN

Pemain yang mendapat dua(2) amaran (kad kuning) secara automatik digantung
untuk satu perlawanan selepas perlawanan ketika mana dia mendapat amaran
kedua.

Pemain yang menerima amaran ketiga akan secara automatik dilarang daripada
bermain dalam perlawanan berikutnya.

Pemain yang diperintah keluar padang oleh pengadil akan secara automatik
digantung dua perlawanan.

WARNA JERSI

Apabila warna jersi kedua-dua pasukan adalah sama, pasukan yang namanya
tercatat dahulu dalam senarai jadual perlawanan akan menukarkan jersinya.
Penjaga gol semasa bermain dalam perlawanan akan memakai warna yang berbeza
daripada kedua-dua pasukan yang bertanding dan juga berbeza daripada pengadil.

Kecuali penjaga gol, semua pemain mesti memakai jersi yang lengkap dengan
pelapik tulang kering (shin guard), dan pemain akan diberikan amaran jika ingkar.
Pasukan yang memakai warna yang tidak didaftarkan dengan jawatankuasa
pertandingan mesti mendapat persetujuan tentang pertukaran warna itu dengan
pasukan lawan terlebih dahulu.

Semua jersi hendaklah bernombor.


ISYARAT PENGADIL
Sistem pertandingan akan dijalankan secara liga atau kalah mati tertakluk
kepada penyertaan seperti berikut:

 CARA SATU KUMPULAN

Sekiranya hanya 5 pasukan mengambil bahagian, pertandingan secara LIGA 1


pusingan akan dijalankan. Johan dan Naib Johan ditentukan di dalam pertandingan
mengikut ‘ranking’ pasukan yang teratas.

 CARA DUA KUMPULAN

Pusingan Awal

a.    Sekiranya enam (6) hingga lapan (8) pasukan mengambil bahagian, pasukan
akan dibahagikan kepada dua (2) kumpulan A dan B. 

b.    Johan tahun lepas akan berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan akan
berada dalam kumpulan B1.

c.    Pasukan yang mendapat tempat ketiga dan keempat tahun lalu akan diundi
tempatkan dalam kumpulan A atau B dengan syarat pasukan yang mendapat tempat
keempat tidak akan bersama dengan tempat ketiga tahun lalu.

d.    Pasukan lain yang tidak terlibat dalam perkara di atas akan ditempatkan
berasingan secara undian. Penetapan kumpulan akan dibuat melalui undian.
e.    Sekiranya berlaku penarikan diri dalam kumpulan A sehingga tinggal 2 pasukan,
maka pasukan B2 secara automatik dipindahkan ke dalam kumpulan A.

 Pusingan Separuh Akhir

a.    Johan A akan bertemu Naib Johan B, dan Johan B akan bertemu Naib Johan A.

b.    Pertandingan dijalankan secara Kalah Mati.

Pusingan Akhir

a. Pemenang di peringkat Separuh Akhir akan bertemu untuk menentukan Johan


dan Naib Johan.

 CARA TIGA KUMPULAN

Sekiranya sembilan (9) hingga sebelas (11) pasukan mengambil bahagian, pasukan
akan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan (A,B dan C).

Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan.

Johan tahun lepas akan berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan berada dalam
kumpulan B1. 

Pasukan yang mendapat tempat ketiga tahun lalu akan ditempatkan di kumpulan C.
Manakala untuk pasukan lain, tempat akan ditentukan  melalui undian.

Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan A sehingga tinggal 2 pasukan, maka
pasukan B2 secara automatik masuk ke kumpulan A. Jika berlaku penarikan diri di
dalam kumpulan B sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan C1 secara automatik
masuk ke kumpulan B.

Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak untuk memasuki pusingan Suku Akhir.

Johan A dan Johan B terus layak ke peringkat separuh akhir.


 

Semua pertandingan peringkat Suku, Separuh Akhir dijalankan secara Kalah Mati.

 CARA EMPAT KUMPULAN                     

Pasukan akan dibahagikan kepada empat (4) kumpulan (A,B,C dan D).

Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan.


Johan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A manakala naib johan tahun
lalu akan ditempatkan dalam kumpulan B.
Tempat ketiga pula akan ditempatkan dalam kumpulan C dan tempat keempat tahun
lalu akan ditempatkan dalam kumpulan D.

Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan A sehingga tinggal 2 pasukan, maka
pasukan B2 secara automatik masuk ke kumpulan A. 
Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan B sehingga tinggal 2 pasukan, maka
pasukan C1 secara automatik masuk ke kumpulan B. Jika berlaku penarikan diri di
dalam kumpulan C sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan D1 secara automatik
masuk ke kumpulan C. 

Johan tahun lepas akan berada dalam kumpuan A1 dan Naib Johan berada dalam
kumpulan B1.
Lapan (8) pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan Suku Akhir seperti
berikut :

Semua pertandingan peringkat Suku, Separuh Akhir dijalankan secara Kalah Mati.

 CARA LIMA KUMPULAN

Pasukan akan dibahagikan kepada lima (5) kumpulan (A,B,C,D dan E).

Setiap kumpulan mengandungi sekurang-kurangnya 3 pasukan.

Johan tahun lepas akan berada dalam kumpulan A1 dan Naib Johan berada dalam
kumpulan B1.

Tempat ketiga pula akan ditempatkan dalam kumpulan C dan tempat keempat tahun
lalu akan ditempatkan dalam kumpulan D.

Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan A sehingga tinggal 2 pasukan, maka
pasukan B2 secara automatik masuk ke kumpulan A. Jika berlaku penarikan diri di
dalam kumpulan B sehingga tinggal 2 pasukan, maka pasukan C1 secara automatik
masuk ke kumpulan B. Jika berlaku penarikan diri di dalam kumpulan C sehingga
tinggal 2 pasukan, maka pasukan D1 secara automatik masuk ke kumpulan C. Jika
berlaku penarikan diri  di dalam kumpulan D sehingga tinggal 2 pasukan, maka
pasukan E1 secara automatik masuk ke kumpulan D.

Sepuluh (10) pasukan akan dipilih untuk bertanding dalam Pusingan Suku Akhir
seperti berikut :

Semua pertandingan peringkat Suku, Separuh Akhir dijalankan secara Kalah Mati.

 
 FORMAT PENENTUAN KUMPULAN
Format bagi sistem liga adalah seperti berikut:

JUMLAH JUMLAH PASUKAN


PASUKAN DALAM KUMPULAN
5 LIGA
6 3, 3
7 3, 4
8 4, 4
9 3, 3, 3
10 3 ,3, 4
11 3, 4, 4
12 3, 3, 3, 3
13 3, 3, 3, 4
14 3, 3, 4, 4
15 3, 4, 4, 4
16 4, 4, 4, 4
17 3, 3, 3, 4, 4

 Jadual Pertandingan

Susunan jadual pertandingan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut


format yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal pertandingan dan kejohanan.

Pemberian Mata

Menang - 3
Seri  - 1
Kalah  - 0

Atau mengikut syarat pemberian mata peraturan permainan yang mempunyai sistem
pemberian mata sendiri.

You might also like