You are on page 1of 2

Apakah KIA 2M?

- Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis.

Apakah program KIA 2M?


- KIA2M ialah program pemulihan awal untuk menangani masalah penguasaan
kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan pelajar-pelajar tahun 1.

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN KELAS INTERVENSI AWAL MEMBACA DAN


MENULIS

1.1 Mesyuarat Memperkasa Sekolah Kebangsaan pada 22 November 2005 telah


mengambil

- ketetapan supaya masalah kegagalan menguasai kemahiran asas membaca dan


menulis di
- kalangan murid Tahun 1 ditangani segera. Justeru, Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK)

- telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah ini.


Satu program

- alternatif telah dirancang untuk menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran


membaca dan

- menulis ini. Program ini diberi nama “Kelas Intervensi Awal Membaca dan
Menulis (KIA2M)”.

1.2 Setelah tamat mengikuti program intervensi ini, diharapkan murid dapat mengecam
dan

- mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan dan ayat
tunggal
- dengan sebutan yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Apakah sekolah-sekolah jenis kebangsaan terlibat dengan KIA 2M?


- Secara konsepnya,program ini melibatkan semua sekolah, namun sekolah-
sekolah jenis kebangsaan diberi pilihan sama ada untuk terlibat atau sebaliknya.

Siapakah yang terlibat dengan program KIA 2M?


- Semua murid tahun 1 akan menduduki Ujian Penapisan KIA2M, murid yang
gagal melepasi Ujian Penapisan akan mengikuti program KIA2M.
Bagaimana P&P KIA 2M dijalankan?
- P&P KIA2M dijalankan dalam waktu P&P Bahasa Melayu. Di samping itu,
kemahiran KIA2M ini juga diajar secara penyerapan dalam waktu P&P
Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan.

Bolehkan GSTT terlibat dengan P&P KIA 2M?


- P&P KIA2M hanya melibatkan guru yang terlatih sahaja.

Apakah peranan guru pemulihan dalam KIA 2M?


- Guru pemulihan amat digalakkan membantu guru KIA2M terutama dalam aspek
P&P seperti pedagogi dan penyediaan bahan.

http://www.spajpnsabah.gov.my/v1/index.php?
option=com_content&view=article&id=104:kia2m-unit-bahasa-malaysia&catid=28:unit-
bahasa&Itemid=44
 

You might also like