You are on page 1of 8

NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

PENGENALAN

Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-
kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk
melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif,
inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori
Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk
mencapai kecemerlangan. Teori ini amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting
dalam kurikulum. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan
kelebihan diri mereka. Selain itu, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik
yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.

Pendidikan Seni dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, bermaksud seni tampak yang
bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan
dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Bidang ini
melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar
dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Ia juga menekankan perkembangan imaginasi,
kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Pendidikan ini berkait rapat dengan kreativiti dan
pemikiran kreatif.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan
sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa
lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya
yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya
lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan
secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar.
Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Terdapat dua belas teknik menggambar yang boleh dibuat
dengan menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, lilin, krayon,
kertas warna, gam gunting dan berus.

HBEF1403 1
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

TEKNIK MENGGAMBAR

i. Lukisan

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk
imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit
seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Ia dilakukan di atas
permukaan yang rata. Lukisan juga boleh dihasilkan sama ada dengan cara berwarna
atau tidak berwarna.

Contoh gambar.

ii. Catan

Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan yang rata
dengan menggunakan berus. Catan banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk
menghasilkan gambar. Bahan-bahan pewarna seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat
tempera, cat gouache dan cat akrilik yang dapat membantu seseorang pelukis
menghasilkan catan.

Contoh gambar.

HBEF1403 2
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

iii. Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu
permukaan. Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan
dari gubahan bahan-bahan seperti berbagai-bagai jenis kertas, bahan buatan manusia
dan bahan alam semula jadi secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang
berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan
penyampaian gambar.

Contoh gambar.
iv. Montaj

Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari
berbagai-bagai sumber atau sumber yang sama. Aktiviti montaj menggunakan teknik
memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan dan teknik susunan gambar
digunakan bagi menghasilkan satu imej baru. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj
boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-
warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik
perhatian pemerhati.

Contoh gambar.

HBEF1403 3
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

v. Cetakan

Cetakan merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan
ke atas sesuatu permukaan lain. Alat dan media cetakan boleh dikategorikan kepada tiga
bahagian seperti alam semula jadi, alam benda dan bahan terbuang. Jenis cetakan boleh
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tahap pengenalan(cetakan jari, tumbuh-
tumbuhan, span), pertengahan (cetakan plastisin, kentang, tali, blok getah) dan tahap
lanjutan(cetakan lino, skrin, blok kayu). Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik
cetakan yang sesuai perlu diambil kira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.

Contoh gambar.

vi. Resis

Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna
basah dan contengan lilin. Lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau
lakaran dan digunakan sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli
sesuatu permukaan daripada terkena warna baru . Sapuan warna boleh dimulakan dari
peringkat warna terang ke peringkat warna gelap.

Contoh gambar.

HBEF1403 4
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

vii. Gosokan

Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan
ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak
dipindahkan. Teknik gosokan yang pelbagai akan menghasilkan kesan jalinan yang
menarik.

Contoh gambar.

viii. Stensilan

Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu
cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan
warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang
yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang
itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Contoh gambar.

HBEF1403 5
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

ix. Percikan

Teknik percikan boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan warna yang dipercik dari
sesuatu alat iaitu berus dari berbagai jenis. Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu
objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk menghalang percikan itu
ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah kedudukannya
supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikkan.

Contoh gambar.

x. Gurisan

Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, sesuatu alat yang tajam digunakan
untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan
kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon
yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang tajam atau keras seperti kayu, paku atau
plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan
gambar. Berbagai-bagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai-
bagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Contoh gambar.

xi. Capan
HBEF1403 6
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang
disapukan warna (cat air atau cat poster)dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Berbagai-
bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai-bagai jenis bahan
seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semula jadi (sayuran, cengkerang).
Jalinan berbagai-bagai bahan itu akan memberi berbagai-bagai kesan jalinan pada hasil
capan.

Contoh gambar.

xii. Mozek

Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-
bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu
permukaan seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak
bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada
mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan
keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

Contoh gambar.

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN 12 TEKNIK MENGGAMBAR

HBEF1403 7
NUR HUSNANIE BINTI OTHMAN

i. LUKISAN

Tajuk : Pokok

Alat dan Bahan : 1. Kertas


2. Pensel
3. Warna Oil Pastels

Langkah-langkah :

1. Lakarkan gambar dengan 2. Mulakan pewarnaan dengan


menggunakan pensel. mewarna batang pokok.

4. Seterusnya warnakan 3. Akhirnya, warnakan


bahagian daunnya. keseluruhan gambar.

HBEF1403 8

You might also like